Monday, August 02, 2010

Jika Isteri Menangis Dihadapanmu

Bismillah,

Sajak di bawah saya dapat dari K.Chik, baca dulu ye :)


Jika Isteri Menangis Di Hadapanmu...



Jika isteri menangis di hadapanmu….

“hargailah dia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis di hadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, 

dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, 

dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, 

kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, 

hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.



Wahai suami2, 

jika seorang istri pernah menangis keranamu, 

tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu 

sepanjang hidupmu di saat kau terperuk terlalu dalam …



Wahai suami2, 

jika seorang isteri menangis keranamu, 

tolong jangan menyia-nyiakannya. 

Mungkin, kerana keputusanmu, 

kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu, 

saat dia menangis keranamu. 

Lihatlah jauh ke dalam matanya. 

Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?

"Apakah keistimewaan perempuan ini?”

Di balik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU, Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM di balik KESEDIHANnya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…



Rasa-rasanya, tulisan ni ditulis oleh seorang isteri. Kalau pihak suami yang tulis, rasanya pula ia tidak akan detail menerangkan jiwa seorang isteri..wah wah...

Ni kang ada pulak yang igt saya sedang sibuk melayan perasaan, maklumlah...last week bersempena dengan si cumil saya yang hilang itu, jiwa jadik kacau sikit kan. Pastu disambung dengan ujian di pagi Jumaat pulak. Maka terasa penuh jugak kepala ni. Tapi alhamdulillah, tengahari Jumaat, kami dah dapat gantiannya. :)

Saya tepekkan semula karangan di atas adalah kerana saya mahu buat satu pengakuan. Isteri itu, tidak minta banyak. Jika dia menangis, seandainya berat mulut kamu wahai suami untuk bertanya, cukuplah jika kamu duduk di sampingnya dan memegang bahunya. Itu sudah cukup besar menjadi tanda kepada perhatian anda kepada dia.

**suami ai baik tau, pagi tadi kul 5 ai nak bangun dia pergi selimutkan. Sudahnya ai bangun waktu dia sibuk2 nak ke masjid...padahal dah hilang ngantuk dah tapi sbb terasa sayang nak bangun bila orang yang tersayang selimutkan... ngeh hehehehehe....





yu......ai ni cerdik lagi solehah tak?? **mesti ada org penin kepala ni, urut dada sambil terfikir..."bini sappa la ni**

2 comments:

  1. Salam Pija,

    check email ye..

    TQ

    ReplyDelete
  2. salam...dah cek dan dah balas :)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!