Tuesday, August 24, 2010

10 Sikap Agar Hidup Tetap Bahagia

Bismillah, 

Dah lama tak korek folder saya zaman tok kaduk ini. Masa takde line internet ni saya tak boleh blogwalking so kita walking into the folder lorr.. Terjumpa lah saya dengan presentasi kucing yang comel penuh dengan kata2 motivasi. Motivasi yang bukan main2 kerana ia adalah tips untuk tetap hidup bahagia.


1. Janganlah Bimbang!
Kebimbangan adalah penyebab aktiviti dan fikiran kita tidak produktif. Time kita serabut memang semua benda yang sepatutnya kita tak serabutkan akan turuta menjadi serabut! Pernah rasa tak?

2. Jangan membiarkan ketakutan yang tidak  beralasan menguasai hidupmu!
Kebanyakan sesuatu yang kita takutkan tak pernah terjadi!!! Yepp..selalu saja terjadi kita takutkan benda yang tak ada! Mcm kita takut pada hantu sedangkan hantu belum pun tumpang duduk atas bahu kita. Muahahahaa… ko mcm panggil hantu je Pijah?
                              
3. Jangan menyimpan dendam!
Hal inilah yg paling besar dan paling penghalang seluruh hidup kita!!! Betul jugak ye.. korang tengok cerita Cinta & Anugerah tak sinetron Indon yang Ashraf Sinclair berlakon petang2 tu. Watak Gio yang ntah sape nama pelakon sebenar lakonkan tu asal2nya jadi Mr X sbb nak balas dendam pada watak Reza (Ashraf Sinclair). Tatau la kalau hal ni dalam realiti terjadi ke tak tapi kalau sampai habis juta2 semata2 nak balas dendam baik duit tu bagi kat aku bayar hutang dilaburkan kepada benda lain yang lebih bermakna.

4. Selesaikan setiap masalah satu per satu!
Hanya inilah cara menangani setiap persoalan, satu demi satu. Memang masalah tak beratur dan datang satu demi satu tapi kaedah yang paling bijak adalah bila ada masalah, nilaikan masalah2 itu dan selesaikan satu demi satu. Insya ALLAH semuanya akan berjalan lancar

5. Semua masalah tak perlu dibawa tidur!
Hal tersebut buruk dan tidak sihat, biasakanlah tidur dengan nyaman dan nyenyak. Time nak tidur tak perlulah kenang2 masalah2 dunia yang tidak pernah sudah. ALLAH memang menjadikan masalah sebagai satu cara kita mempertingkatkan kehambaan kita kepadaNya dan setiap ujian itu selalu diiringi dengan rahmat kasih sayang Ilahi.

6. Jangan mencampuri masalah/urusan orang lain!
Mereka memiliki cara sendiri untuk menangani setiap masalahnya. Sebab kita tidak berada dalam kasut mereka (memanglah…saiz orang lain2 ma…). Jika mereka datang untuk meminta bantuan, barulah beri bantuan. Kalau kita nak masuk campur pun jangan sampai tahap kita ambil alih masalah tu pulak.

7. Jangan hidup pada kenangan silam!
 Nikmatilah masa lalu sebagai kenangan, namun jangan bergantung padanya. Konsentrasilah hidupmu pada kejadian ketika ini dan anda akan bahagia sekarang, bukan hanya pada kenangan silam. Serius, sape yang takde ’zaman silam’. Usahlah dikenang2 tapi mulakanlah hidup baru atas jalan yang telah dilorongkan ALLAH.

8. Jadilah pendengar yang baik!
Hanya saat menjadi pendengar seseorang mendapat dan belajar idea-idea baru yang berbeza dari orang lain.

9. Jangan biarkan rasa kecewa merosak dan mengatur hidupmu!

Kasihanilah dirimu lebih dari segalanya. aktiflah dengan kegiatan-kegiatan yang positif. Anda ada usrah? Jika tak ada, carilah sekumpulan orang dan carilah pula seorang naqibah untuk membimbing kumpulan kita. Jiwa kita selalu dahagakan ilmu rohani tapi kita tidak mencari pengisiannya.

10. Hitunglah rahmat ALLAH!

Jangan pernah melupakan rahmat Allah yang kita terima sekecil apapun. Semakin banyak rahmat kecil yg kita kumpulkan, akan semakin bererti bagi hidup kita. Salah satu caranya, teliti betul2 keajaiban2 yang berlaku dalam hidup kita. Itu adalah tanda besar bahawa rahmat ALLAH sedang melingkungi diri kita.

Semoga kita semua selalu berada dalam keadaan bahagia. Bahagia dalam ertikata sebenar, bukan bahagia di Wad Bahagia mcm lagu Pakcik kawin ramai ni :P


4 comments:

  1. salam, begitulah hendaklah dalam hidup..semoga berbahagia..

    ReplyDelete
  2. byk tips yg berguna dan harus digunakan...

    ReplyDelete
  3. tq kak..semoga aman bahagia sentiasa

    ReplyDelete
  4. banyak yg ditulis JGN tu yg selalu kita buat. Susah juga nak tukar sikap kita ni.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!