Tuesday, August 31, 2010

Hubbul Watan : Cintakan Negara

Bismillah, 

Selamat Hari Merdeka ya Bloggers!!

Saya bukan tidak patriotik, tetapi tidak pula saya sanggup berdiri bersama mereka2 itu menanti detik jam 12.00 tgh malam setiap 31 Ogos...

Yupp, saya pernah eksaited zaman sekolah rendah sbb mak saya masuk perbarisan dengan uniform misinya..
masa yang sama saya pulak akan masuk pancaragam dan lagukan lagu2 patriotik...
pernah jugak masuk koir (bajet suara sedap) juga sampai melarat nyanyi kat Dewan Merdeka 

malah masuk radio jugak!


Sekolah Menengah,
Kami kalut dgn persiapan masuk kawad...tahun saya adalah tahun ke 5
Taayah menjadi johan 5 kali berturut2 dalam acara kawad

Dan di situ adalah terjemahan dari 'Hari Merdeka' saya...

Di universiti, 
Saya keluar naik motor lepas Maghrib ke Taman Melewar
Nak dekat tengah malam baru saya balik dan pakcik jaga tahan...
ingatkan dia nak marah sbb saya pergi Taman Melewar..
rupanya saya tak pasang lampu motor...gilak...

Di Taman Melewar, semangat patriotik saya menggebu2...
Saya tiba2 rasa sayang dengan Malaysia....
Bila rasa sayang, saya tidak mahu Malaysia menjadi negara yang dijajah
Bila rasa sayang, saya runsing Malaysia jadi pusat di mana banyak maksiat berlaku di dalamnya
Bila rasa sayang, saya rasa marah kalau pemerintah yang rakyat beri amanah tidak mengambil tindakan atas semua yang berlaku..

Tidak mahu bersikap menyalahkan
Terpampang di mana2 yang pemerintah melakukan kerja mereka
Saya harap mereka berusaha lebih lagi untuk sebuah negara yang lebih aman
Semoga undang2 yang digunapakai juga adalah yang selari dengan hukum ALLAH

Dari, 
Rakyat 1Malaysia :))
Malaysia...Aku Cinta Kamu

Dan ini...hasil tangan Shanjhey Kumar Perumal,
kawan sekolah rendah saya tau...
diinspirasikan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad :)

2 comments:

  1. menarik dan sarat dgn pengajaran drama pendek tadi.

    ReplyDelete
  2. owh pernah jadi ahli koir dan pancaragam ye...sama la kita...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!