Saturday, September 28, 2013

Memahami Sunnatullah

Bismillah,

Saya ada seorang sahabat yang rajin menyebut perkataan sunnatullah. Lalu saya rasa saya perlu memahami apa yang dikatakan olehnya itu. Lalu saya cuba mebuat carian di apps tafsir dalam tab ini dulu dan keluarlah ayat di bawah.

Al-'Aĥzāb:62 - Yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu.

Ghāfir:85 - Maka iman yang mereka katakan semasa melihat azab Kami, tidak berguna lagi kepada mereka; yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah) yang telah berlaku kepada hamba-hambaNya. Dan pada saat itu rugilah orang-orang yang kufur ingkar.

Al-Fatĥ:23 - (Kekalahan orang-orang yang menentang Rasul Allah sudah tetap menurut) "Sunnatullah" (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.

Fāţir:43 - Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi " Sunnatullah " (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan " Sunnatullah " itu.

Wush, bila baca ayat diatas, ada beberap poin yang saya faham berdasarkan ilmu saya yang tidak seberapa iaitu :
- sunnatullah sekali-kali tidak akan berubah
- siapa yang ikut, maka insya Allah akan menjadi orang yang selamat
- sebaliknya siapa yang melanggar sunnatullah maka nantilah balasan Allah

Ok, setakat itulah saja pun dapat saya fahami. Serasa tidak cukup kan? Macam mana nak kenal satu benda itu sunnatullah atau tidak ek? Lalu buat pula carian dan terjumpa dua link berikut :

KEMBARA DI PERJALANAN INI: ERTI SUNNATULLAH - http://puterinafisah.blogspot.com/2008/08/erti-sunnahtullah.html?m=1

Kewajiban Memahami Sunnatullah | Renungan2u - http://renungan2u.wordpress.com/2011/03/04/kewajiban-memahami-sunnatullah/

Kesimpulan yang boleh dibuat selepas membaca dua link diatas adalah seperti yang berikut :

Erti Sunnatullah
Peraturan/sistem/ketentuan Allah untuk hambaNya yang bernyawa atau tidak

Dua Aspek Sunnatullah
- Qarhan
~ setuju atau tidak kita mesti ikut
~ cth : oksigen adalah gas yang kita sedut dan karbon dioksida adalah gas yang kita lepaskan, hendak kenyang perlu makan, mahukan anak perlu ada hubungan seks terlebih dahulu
~ jika dilanggar qarhan ini maka bahaya yang akan datang tidaklah besar, paling tidak sakit sahaja (tapi kalau dah asyik langgar pun akan menyebabkan sakit yang membawa maut kan?) sebagai contoh sunnah makan adalah berhenti sebelum kenyang dan jika ini dilanggar maka terimalah akibatnya

- Tau'an
~ hanya boleh difahami oleh orang yang bertaqwa
~ bersifat maknawi dan rohani
~ orang yang bertaqwa akan diselamatkan Allah
~ orang yang tidak bertaqwa akan dimusnahkan Allah
~ semakin tidak bertaqwa, semakin dapat susah
~ tidak boleh buat keputusan menggunakan akal semata-mata tapi mesti nilai sesuatu dgn iman dan taqwa

Kesimpulan
- kita mesti memahami sunnatullah dan susun kehidupan selari dengan sunnatullah
- contohi gaya hidup Nabi SAW kerana cara hidup baginda adalah cara hidup paling selamat kerana Nabi dididik secara langsung oleh ALLAH SWT

Setelah habis memahami sunnatullah secara cetek ini, semoga saja kita sangat memahami, bahawa kita tidak boleh hidup diluar ketetapan Allah jika mahu selamat. Apa pun yang kita lakukan, pastikan mengikut sunnatullah. Jangan melawan sunnatullah supaya kehidupan menjadi lebih baik dan teratur.

Wallahua'lam

Muslim Belal dan Poet nya

Bismillah,

Semalam, saya berkesempatan menonton Halaqah dan Twins Of Faith sebab suami saya keluar. Setiap kali dia keluar malam, saya rasa xtenang tidur. Jadi selepas anak tidur saya pun buka tv.

Sangat mengujakan melihat Halaqah kerana jemputan merek adalah seorang syeikh yang bercakap.dalam bahasa melayu. Nanti insya Allah saya akan kongsi nota semasa menonton siri ulangan minggu depan. Semalam tak dapat buat nota kerana Ahmadan ajak bermain hehe..

Apa yang saya nak ceritakan disini adalah semasa menonton twins of faith itu, saya pertama kali mengenali Muslim Belal. Berikut adalah wiki notes mengenai Muslim Belal.

http://en.m.wikipedia.org/wiki/Ashley_Chin

Saya cuma hendak quote sikit berkenaan apa yg dia beritahu berkenaan impian dia pada seorang isteri. Katanya dia mahukan isteri yang solehah, yang akan memberinya 17 orang anak (gulp!) yang mana 10 lelaki, 7 perempuan.

Anak lelaki akan dia ajar menjadi pejuang dan anak perempuan akan diajar menjadi 'isteri'. Allahurabbi, ntah kenapa saya rasa betapa wawasan ini cukup tinggi. Jika seorang boleh berkata begini, saya rasa dia telah meletakkan keutamaan di tempat yang hampir tepat.

Terpandang anak dara saya yang bertiga itu tidur. Insya Allah, kalian akan menjadi isteri solehah kepada suami yg solehah. Umi akan doakan itu yang pastinya.

* 17? Phewwww -- tapi saya minat idea dia, dia keluar kerja dan ketika balik anak akan meraikannya di pintu. Bila masuk waktu mereka akan solat bersama. Slps solat, anak yg kecil akan bermain, yang besar akan menolong ibu didapur dan anak lelaki akan bersama ayah tadabbur alQuran.

Boleh kot ada kalau nk tengok di tonton.com.mu

Friday, September 27, 2013

Bahana Riba : Nota Tanyalah Ustaz

Oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman
An Nisa 160-162
- 160 -- kezaliman org Yahudi lalu Allah haramkan makanan yg baik2
- 161 -- disbbkan Yahudi mengambil riba, tipu, pecah amanah maka Allah sediakan azab siksa yg xterperi
- 162 -- siapa yg masih beriman , yg mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan beriman kepada Allah dan hari akhirat akan dpt ganjaran yg sgt besar

Org yg dpt elak riba adalah org yg beriman, berilmu, berzakat, solat. Allah ulang dua kali perkataan beriman dlm ayat 162 menunjukkan keimanan tu penting

Hadis nabi : di akhir zaman, org yg nk pegang disiplin agama, seperti menggenggam bara api

Soalan : Tipu duit orang, adakah riba?
- ada sebut dlm satu hadis -- tipu (org yg xtau harga pasaran) adalah riba
- ada jenis tipu adalah riba
- tapi ikut mana pun, duit tipu adalah haram

Soalan : Majikan menetapkan akaun konvensional utk masukkan gaji, tapi saya pindahkan segera ke akaun islamik slps dpt gaji. Adakah msh kena riba?
- majikan tlg bertanggungjawab ttg hal pembayaran gaji
- akaun konvensional difatwakan haram

Soalan : saya tersilap melabur dalam riba. Bolehke ambil duit tu?
- duit pokok boleh ambil
- duit dividen kena ambil dan beri kepada fakir miskin. Jgn ambil utk diri sendiri.

Soalan : bila berniaga bayar cash harga lain, kalau hutang harga lain. Boleh tak?
- jawapannya harus (difatwakan)
- masa tangguh tu masuk dalam harga
- kena tetapkan masa dan tetapkan harga mengikut masa tu dan patuhi perjanjian

Kesan riba kepada ibadah?
- doa xmakbul
- hidup xtenang

Hadis -- xde sape pun xakan mati sehingga semua rezekinya tlh diambil dan nafasnya diambil, maka cantikkanlah cara mendapatkan harta dan jgn buat maksiat utk dpt rezeki yg cpt kerana semua rezeki disisi Allah akan didapati dgn mentaati Allah

Hadis -- ya hakim, sesungguhnya harta memang nampak kehijauan, tapi siapa yg ambil dgn rasa bangga tidak akan diberkati padanya spt makan tidak kenyang

Soalan : bagaimana kalau kita xtau kita melabur tu ke tpt halal atau haram?
- si ibu ayah bertanggungjawab kpd anak, ibu bertanggungjawab atas murid dll begitulah juga duit kita, mesti kena tau kemana nak dilaburkan
- dimalaysia boleh rujuk www.sc.com.my

- hadis -- akan dtg satu zaman, tidak akan berbaki satu org yg terkena riba. Yg tidak makan riba tetap terkena debu riba. (xboleh jdkan alasan utk amik riba)

Soalan : Seandainya seseorang beli barang dengan harga 100 tp jual dgn 110. Dikira riba ke?
- ikut hukum wakil
- kalau wakilkan org dgn sekian harga maka jangan mungkir harga
- kalau wakil fix harga maka xboleh jual lebih
- kalau wakil x fix harga so xapa jual lebih

Soalan : bagaimana kaedah perbankan Islam mcm menindas?
- confirm halal bila sebut perbankan Islam
- kena tengok kontrak semasa nak buat perjanjian
- kita kena tepati janji semasa pembayaran perlu dibuat
- digalakkan buat standing instruction
- jgn marah bank sbb mereka jalankan tugas
- kalau lambat bayar, kena cas 1% je tp konvensional cas 8% dan kemudian ditambah ke akaun pokok (lagi membebankan)

AlBaqarah : 267-268
- syaitan menjanjikan kefakiran kpd kita

Soalan : Adakah dikira riba jika tiada ijab dan qabul?
- ada ijab dan qabul xsemestinya tidak terhindar dr riba
- riba adalah apabila kita sewakan duit

Dosa riba
- org yg riba akan dicabut ketenangan
- satu dirham (rm 20) riba dosanya lebih besar dr 36x zina
- dosa riba adalah 73 btk dan plg ringan adalah sama dgn dosa lelaki berzina dgn ibunya sendiri
- siapa kembali terlibat dgn riba, kekal dlm neraka (redha dgn riba mungkin dihukum murtad)

Soalan : adakah wujud interest dalam perbankan Islam?
- jgn terlalu kritikal jika diluar bidang
- tiada interest dlm perbankan Islam

Apa itu riba?
- riba qard (pinjam) - kita bg pinjam satu barang yg homogenus (sama) --Bg pinjam duit kertas dgn nombor siri yg lain tp pulang no siri yg lain. Pastikan tiada syarat yg kita ambil. Setiap pinjaman yg mensyaratkan faedah pada org yg memberi pinjaman adlah riba.
- riba jahiliyyah - riba sbb lewat bayar, tp dlm perbankan islam, memang akan dikenakan penalti cuma penalti yg kita bayar akan dikumpulkan dan diberi kpd charity

Soalan : Betulkah duit riba boleh disucikan dengan zakat?
- zakat hanya dikeluarkan dr duit yg halal saja
- duit syubhah kena bayar dgn cara bg pd fakir miskin

Jika dah terlibat dengan riba atau jadi saksi mcm mana?
- buat refinance
- memang perlukan kos yg perlu ditanggung tp lebih baik dr terlibat riba

Soalan : Bagaimana dilantik sbg ejen, bolehkah ambil komisen?
- harus dgn syarat xde unsur riba dlm jual beli

Al Muthaffifin :
- riba tetap haram walaupun org yg terlibat rasa tidak dizalimi
- jgn demand pd org utk laksanakan tanggungjawab pada kita sedangkan kita culas menunaikan tanggungjawab pd org

Adakah riba semestinya berganda?
- haram walaupun tidak berganda

Soalan : Jika lambat bayar PTPTN akan ada interest. Ribakah itu?
- apply ujra
- kalau lambat bayar, ada cas penalti. Jika ptptn salurkan pd fakir miskin, akan jd harus (neutral)
- seeloknya jauhkan sbb akan menjadikan perkara ni syubhah
- org yg berhutang ptptn kena cpt byr

Soalan : Boleh ke riba dalam keadaan darurat?
- darurat itu adalah keadaan xbole hidup tanpanya
- di malaysia xde darurat sbb byk cara
- jika di tpt yg x offer perbankan islam, boleh amik dalam kadar yg sgt terbatas

Soalan : hukum membeli emas dengan ansuran sahkah?
- pembayaran mesti serta merta
- jika beli jongkong mesti dpt serta merta, jika xdpt terus hya limit setakat tiga hari proses plg lewat
- emas perhiasan boleh beli secara tangguh tapi bayaran mesti on the spot

Soalan : Bagaimana nak menjauhi riba?
- taubat
- berhenti terlibat on the spot
- tuntutlah ilmu
- banyakkan bersedekah
- berdoa
- minta kpd Allah dinampakkan jalan yg lurus

Soalan : Kereta terpakai tidak boleh dpt pinjaman islamik, boleh ke amik loan conventional?
- ada islamic bank yg boleh buat loan ni
- search syarikat kredit berlandaskan islamik

Jika suami terlibat riba, isteri dan anak bolehke makan hasilnya?
- halal pd anak isteri
- dosa riba tertanggung atas bahu suami

Wednesday, September 25, 2013

Ingin Mencuba : Nota Tanyalah Ustaz

Oleh Ustaz Izhar Ariff

Ibrahim : 24-26
'Ibrāhīm:24 - Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
'Ibrāhīm:25 - Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
'Ibrāhīm:26 - Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.

Buah yg sedap dtg dr pokok yg segar, elok dr segi penjagaan begitulah juga manusia

Soalan : Adakah Islam menuntut anak muda mencuba perkara baru?
- surah mutaffifin
- kita kena kejar mendapatkan perkara yg baik sama ada pernah atau xpernah dilakukan selagimana xbersalahan dgn syara'

Soalan : Bolehkah ustaz jelaskan prinsip untuk mencuba sesuatu yg baru?
- yusuf alqardhawi ada menulis halal dan haram dlm Islam, boleh dijadikan panduan
- pastikan kerja tu sesuatu yg harus dan membawa kebaikan
- almaidah : 5
- pastikan benda tu tidak haram
- pastikan tidak mendatangkan kemudharatan (la dharar wa la dhirar)
- pastikan perkara tu mendatangkan manfaat atau kebaikan kepada org

Soalan : Benarkah Rasulullah SAW turut mencuba perkara yg baru?
- nabi buat benda baru bab dunia, bab perang
- slps nabi jd nabi, adalah wahyu
- berniaga ketika kecil, lahir yatim piatu dan kemudian belajar bisnes dgn bapa saudaranya
- ketika remaja, berniaga dgn saidatina khadijah
- nabi pernah menggembala kambing
- semasa peperangan khandaq, dicadangkan oleh salman alfarisi mengorek parit
- nabi tanam pokok tamar
- berhubung perkara syara' semuanya arahan Allah, bukan perkara baru yg dicuba oleh Nabi

Soalan : Bolehkah mencuba arak untuk tahu beza halal dan haram?
- haram, xboleh cuba pada benda yg nyata haram

Soalan : Adakah seseorg tu berdosa jika dia mula berniaga lepas tu dia gagal?
- man jadda wa jada
- jika tidak mengambil duit org, tidak membawa kezaliman tidak berdosa

Sambungan hari ke 2

AnNur 36-38
An-Nūr:36 - (Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.
An-Nūr:37 - (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
An-Nūr:38 - (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.

- Allah menekankan kpd manusia utk menghidupkan masjid
- jgn sibukkan diri dgn kekayaan dan urusan dunia sehingga lupakan Allah
- banyakkan mengingati Allah

Soalan : Bolehkah kita mencuba nasib dalam sesuatu pertandingan?
- xboleh berserah 100% utk mencuba nasib
- faiza 'azamta fatawakkal 'alaAllah
- mesti berusaha dan kemudian bertawakal kepada Allah
- al Mulk : 15
- Allah jdkan dimuka bumi pelbagai jenis rezeki jadi makanlah dr rezeki yg Allah bagi

Soalan : Bolehkah berserah kepada nasib tanpa usaha langsung?
- xboleh diamalkan
- buat sesuatu biar ada ilmu

Soalan : Apakah ciri2 org yg berjaya di dunia dan akhirat?
- org yg sanggup menghabiskan masa, harta dan perkara baik pada diri dengan org lain
- org ni sedar bahawa nikmat adalah ujian

Soalan : Benarkah oramg yang tidak berjaya dalam hidup adalah orang yang dibenci Allah?
- tidak semestinya
- teruskan berusaha walaupun sering gagal
- cuba untuk jadi org yg kreatif
- jadi org yg berilmu

Soalan : Apakah keutamaan dalam mencuba sesuatu? 
- xboleh buat benda haram
- kejar redha Allah
- cari ilmu
- masa mesti byk igt pd Allah
- mesti ada keinginan
- tetapkan matlamat
- berdoa tanpa henti

Soalan : Bolehkah kejar akhirat saja, tinggalkan dunia?
- zuhud bukan semestinya xde harta
- biar diri rasa hina dgn Allah dan rasa nikmat yg ada adalah pinjaman
-Umar Al Khattab adalah org yg plg kaya tp zuhud. Seorg yg bersemangat, tegas, bila pukul org maka org tu akan sakit
- dicelah 10 sahabat dijanjikan syurga, ramai yg kaya
-

Tuesday, September 24, 2013

Amanah Saham Akhirat : Nota Halaqah

Ustaz Zulramli

Soalan : Hidup bukan sekadar nak.untung di dunia, tapi akhirat juga. Bagaimana?
- kita takkan dpt pengajaran jika xnampak akhirat
- akhirat adalah satu benda yg nampak
- Allah menggambarkan akhirat dlm alQuran, 'robbana absorna wa sami'na' -- menunjukkan manusia boleh nampak. Juga ayat 'adakah kamu melihat'
- sekurang2nya kita pernah mlihat gerbang akhirat iaitu kematian

Soalan : Bila sebut pelaburan, bagaimanakah pelannya? Siapa ejennya? Bagaimanakah bentuk ASA ini?
- org melabur sbb dpt untung, bahagia dan tenang
- mahu melabur, kena baca risiko tp ASA xada ruginya
- abdurrahman bin auf bawa barang dagangan dan hanya jual barangnya dengan 700 kali ganda dimana dia infak semua hartanya kerana melabur dlm ASA

AlKahfi : 103-106
Al-Kahf:103 - Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
Al-Kahf:104 - (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
Al-Kahf:105 - Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
Al-Kahf:106 - (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

Soalan : Bagaimana boleh pelaburan membuatkan kita xdapat hasil?
- mati dalam keadaan derhaka walaupun asalnya melakukan ketaatan iaitu su'ul khatimah
-  Kisah saidina Ali ditikam dan minta susu sehingga keluar susu dr tpt tikaman, tetap menangis kerana runsingkan bekalny menuju akhirat yg sgt sedikit. Apatah lg kita yg tidak ada hadis yang menjanjikan syurga buat kita
- kaab al akhbar, diminta oleh saidina umar ttg bekalan akhirat

Soalan : Apa ubat, tonik yang boleh digunakan untuk melawan godaan dunia?
- bila berckp ttg akhirat pd sahabat Nabi, mereka tidak keliru
- umat kini sgt keliru
- ketika saidina umar menjadi amirul mukminin slps mengimamkan solat bawa tongkat ke tepi masjid dan berkata 'fan tashirul fil ardh' -- hai org yg beriman, berterebanlah kamu sekeliling dunia
- oleh itu, kita kena jd hebat dimana saja kita berada

Soalan : Pesan Nabi pada Abu Dzar : wahai abu dzar, perbaikilah bahteramu kerana laut itu terlalu dalam dan bawalah bekalammu kerana perjalanannya panjang. Lazimnya manusia berdoa tetapi tidak yakin mahu lebih di dunia atau akhirat, bagaimana?
- kekalkan niat yg betul Lillah adalah kekuatan yg terampuh
- kita mudah terpesona dgn pujukan syaitan
- manusia akan selalu boleh dihasut oleh syaitan kecuali orang yang diikhlaskan oleh Allah (mukhlasin)
- buat sebanyak2 amal sekalipun kecil seperti membuang duri di jalanan
- jangan tgu ikhlas baru nak buat sesuatu

'Āli `Imrān:185 - Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Soalan : Apa pelan tindakan sebagai pegangan?
- lihat tarbiah kepada Anas, Nabi tidak gunakan perkataan jangan
- jangan menzalimi makhluk
- jangan derhaka kepada Allah

Search :
- ustaz zulramli buku uturn,rnr kehidupan
- perkataan melihat, rugi dlm alquran

Monday, September 23, 2013

Iman dan Amal : Nota Tanyalah Ustaz

Oleh Ustaz Harriyanto Rizal

Surah Maryam : 59-62

Maryam:59 - Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),
Maryam:60 - Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, -
Maryam:61 - (Iaitu) Syurga " Adn " yang telah dijanjikan oleh (Allah) Ar-Rahman kepada hamba-hambaNya disebabkan kepercayaan mereka akan perkara-perkara yang ghaib; sesungguhnya Tuhan itu, janjiNya tetap berlaku.
Maryam:62 - Mereka tidak akan mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia tetapi mereka sentiasa mendengar perkataan yang baik-baik; dan makan minum untuk mereka disediakan di dalamnya, pagi dan petang (sepanjang masa).

- kita diciptakan berbagai2 bangsa dan darjat
- ia x jd tanda dalam nilai manusia melainkan iman dan amal
- adalah penting melihat soal iman dan amal melebihi soal pangkat dan keturunan
-ALLAH angkat darjat org yg beriman dan beramal

Soalan : Bagaimanakah caranya seseorang itu boleh meningkatkan imannya?
- iman yazidu wa yanqus (bertambah dan berkurang)
- Al-'Anfāl:2 - Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
- bila dibacakan ayat Allah, bertambahlah iman mereka
- tadabbur alQuran
- mengkaji isi alQuran

Soalan : Iman itu ibarat benteng. Apa yg berlaku jika iman lemah dan bagaimana mahu mengatasinya?
- kakau benteng lemah, gangguan akan masuk
- akan bertemankan syaitan dan seterusnya dibawa ke arah kekufuran

Soalan : Apakah keadaan iman dan amal pada zaman rasulullah masih terpakai di zaman ini?
- mekah - ayat berkait iman diturunkan
- madinah - ayat berkaitan ibadah diturunkan
- jgn tgu iman kuat dulu baru nak beramal

Soalan : Sejauhmanakah tahap iman seseorg itu akan menentukan amalnya?
- iman adalah asas, kalau asas xbetul, amal xbetul
- iman saidina abu bakar jika ditimbang imannya, maka imannya lebih berat dr umat kini. Sbb tu digelar assiddiq (yang membenarkan)

Soalan : Antara iman meningkatkan amal atau amal yg meningkatkan iman?
- bila iman lemah, amal tidak akan
- kena kerap beramal sama utk meningkatkan iman spt atlit bersukan, semakin giat berlatih semakin mantap prestasi

Friday, September 20, 2013

Sabar Dalam Bersabar : Nota Tanyalah Ustaz

Dr aminurrasyid Yatiban

Erti Sabar
- Bahasa : menahan diri dari sesuatu perkara
- Allah menyuruh kita bersabar dengan berterusan

Soalan : Benarkah sabar itu ada batas? Dimanakah batasnya?
- sabar sepatutnya tiada batas
- tapi bersabar bukan mengalah

Soalan : Adakah kita perlu bersabar dalam setiap keadaan? Ada masa kita perlu buat keputusan dengan cepat?
- Allah dan Rasul menyuruh sabar walaupun dalam keadaan genting
- cth Nabi berdepan dgn penduduk Taif yg menyerang baginda, nabi hanya sekadar berdoa 'berilah petunjuk kpd kaum ku, sesungguhnya mereka xtahu'
- jgn tergopoh gapah sekalipun keadaan genting
- sabar dan rehat supaya akal yg baik dpt diginakan

Soalan : Bagaimana Islam memandang sifat sabar kerana jika terlampau bersabar, nanti org pijak kepala?
- jgn berniat utk balas dendam kpd org yg pijak kepala kita itu
- doakan agar hatinya lembut
- nabi pernah diancam bunuh oleh suraqah tp baginda hanya berdoa dan memohon perlindungan dr Allah (search gelang raja parsi)

Soalan : Bukan semua orang boleh bersabar dengan ujian bertimpa-timpa. Apa tips utk terus bersabar?
- meletakkan nilai kehambaan yg sebenar kpd Allah
- seruan Allah utk sabar adalah kpd org yg beriman 'ya ayyuhal lazina amanu'. Jd org yg beriman insya Allah akan bersabar.
- cuba utk menyempurnakan nilai bersabar dlm keadaan berjemaah (disebut sobirin dlm ayat quran menunjukkan sekumpulan org yg sabar) - kongsilah dgn org yg lain jika ada ujian

Soalan : Adakah kaitan sabar, solat dengan iman? At taghabun : Allah suruh bersabar dgn pasangan?
- mmg sangat berkaitan ketiga itu
- minta tlg dr Allah dgn sabar dan solat
- kualiti sabar terbaik adalah dgn beriman, solat
- kalau ada masalah, solat dulu bersama2, sentuhan bersalaman slps solat insya Allah akan melembutkan hati masing2
- satukan hati2 kita suami isteri
- semakin intim kita dgn Allah, semakin Allah akan tunjukkan jalan utk selesaikan masalah (wahdina subulana)

Soalan : Apakah petua atau doa untuk bersabar supaya tidak jadi perkara buruk?
- sabar adalah anugerah dr Allah, tapi ia perlu dicari dan dimantapkan
- jgn berdoa tp xfaham apa yg kita baca
- boleh sekadar 'ya Allah kurniakan kepada kami kesabaran kpd kami dan orang disekeliling kami'
- kuasa doa dan sabar akan menundukkan org kpd kita
- seorg wanita yahudi sll letak duri di jalan nabi tp nabi hanya mendoakan dan menziarahi wanita tu bila sakit dan akhirnya wanita itu insaf
- allahummaj'alna minattawwabiin, waj'alna minassobirin

Soalan : Bagaimana nak buat dgn org yg terlampau benci dengan kita?
- sebut nama org yg benci sgt dgn kita didalam doa. Teruskan bersabar dan terus buat kebaikan.

Soalan : Bagaimana jika seseorg itu tiada sifat sabar? Adakah sempurna ibadahnya?
- Allah akan memberi peluang seseorg menjadi org yg bersabar dgn memberi ujian lagi
- Allah mahukan kita menjadi orang bersabar

Soalan : Sampai bila perlu bersabar jika asyik diuji dengan ujian yang sama?
- Allah tidak zalim kpd kita.
- jgn mengalah dengan ujian
- jgn balas dendam
- Allah akan beri jalan keluar
- berusaha utk berubah utk membuktikan diri jauh dr masalah

Soalan : Kenapa Allah tak maqbulkan doa saya sehingga tidak dapat khusyuk dalam solat?
- bila rasa masih tidak sempurna, itu tanda awal utk mendapat khusyuk. Kita akan berusaha untuk menampung kekurangan
- bersegera beristighfar apabila hilang fokus dlm solat
- jgn putus asa untuk meminta rasa khusyuk, Allah tidak menilai hasil tp menilai effort

Soalan : Sabar yang bagaimana yang sampai level separuh iman?
- banyak hadis Rasulullah yg suruh jgn  berhenti bersabar
-

Wednesday, September 18, 2013

Cabaran Godaan : Nota Tanyalah Ustaz

Oleh : Ust Abd Rashid Ahmad

Soalan : Beza godaan syaitan dan nafsu
- godaan syaitan : berpindah dari satu godaan ke satu godaan
- godaan nafsu : hanya pada satu keadaan sahaja
- nafsu teringin tgk gambar lucah, syaitan mengajak berzina slps tgk gambar lucah

Soalan : Terangkan tabiat syaitan yg perlu diketahui?
- Allah lebih byk igtkan kita ttg godaan syaitan berbanding nafsu
- takabbur dan sombong (xnak sujud pd Adam)
- tamak dan rakus (larang makan buah di syurga tp syaitan goda sehingga tamak nk makan)
- mungkir janji
- tabur fitnah
- maksiat
- batu api
- pandai mengambil kesempatan
- suka merayau sewaktu senja

Soalan : Apakah tanda jiwa yang telah tewas dengan nafsu dan syaitan?
- ulama menyimpulkan dgn tanda berikut
-- lupa zikrullah
-- tidak bersyukur
-- was-was
-- suka menunda amalan

Soalan : Bagaimana org yg bertuhankan hawa nafsu
- alfurqan : 43-44 --
- jatsiyah : 23

Soalan : Bagaimana kalau org berkahwin tp msh berzina
- jgn terpengaruh dgn budaya barat yg mengamalkan hedonisme
- nafsu tu wujud, kalau xdpt kawin mesti cari tpt melempiaskan nafsu
- zina menyebabkan byk lg maksiat berlaku

Soalan : Benarkah syaitan suka mengambil kesempatan ketika seseorang terkena musibah?
- bila ditimpa musibah, ucapkan innalillah
- bila kematian, syaitan hasut suruh meraung
- suka guna perkataan kalau (kalau dgr cakap mak, xkemalangan)

Soalan : Adakah kerana hasutan syaitan atau amarah yg menyebabkan qabil bunuh habil?
- alQuran cerita angkara nafsu

Soalan :
- bila marah jd xsiuman
- ada marah yg dibenarkan
- iblis janji setiap kali manusia marah dia akan ambil peranan

Soalan : Menurut hadis, syaitan dan iblis dikurung semasa bln ramadhan tp kenapa masih ada org buat kejahatan?
- ada pendapat kata syaitan yg mengintai di langit sahaja yg diikat
- mungkin juga org yg dgn nafsu jahat yg menjadikan seseorg itu membuat maksiat

Soalan : Bagaimana hendak menilai nafsu seseorg itu nafsu amarah, lawwamah atau mutmainnah?
- amarah - sentiasa melakukan kesalahan tanpa berasa berdosa
- lawwamah - buat dosa kadang2 dan pahala kadang2. Sll xteringat ttg dosa
- mutmainnah - sentiasa mahu melakukan kebaikan

Soalan : Bagaimana mengurangkan tabiat marah?
- jgn marah tidak bertempat
- jgn jadiat tabiat nak marah org
- pohon perlindungan Allah dgn a'uzubillah
- ambil wudhu sbb marah tu dari neraka
- elok duduk kalau marah semasa berdiri
- jauhkan tempat bergaduh

Soalan : Apakah kelebihan yang didapati oleh org yg boleh mengendalikan hawa nafsu jahat?
- annaziaat : 40-41
- org yg boleh kawal nafsu tempatnya adalah disyurga

Soalan : Benarkah syaitan cuba menggagalkan perintah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya sendiri?
- ya

Monday, September 16, 2013

Facebook Saya Masih Tidak Boleh Dibuka

Bismillah,

BENGANG.

Itulah perkataan pendek untuk menggambarkan rasa dihati saya berkenaan facebook.

Alkisah, suatu hari saya sedang komen di satu wall sahabat (dah xingat sape pun), tiba-tiba terlog out sendiri. Seperti selalu saya buat, akan minta staff di parit buntar tolong log in memandangkan saya tiada pc atau laptop untuk melayari internet. Dia kata gagal dan minta salinan lesen. What?

Jadi saya bersabar dulu beberapa hari. Sambil-sambil itu saya menyerahkan password saya kepada beberapa sahabat yg saya percayai untuk cuba buka facebook saya. Masih gagal disitu.

Dan ia berlarutan sehingga sekarang. Barangkali sudah hampir dua minggu. Puncanya adalah kerana saya dilantik menjadi admin semasa saya beriklan di satu laman page dan mereka sering menerima aduan dari pengguna facebook kerana tindakan admin lain yang menyalahi akta facebook.

Bukan salah saya, dan lebih malang xtau nak salahkan siapa. Saya perlukan facebook saya kerana di dalamnya terdapat macam-macam urusan saya. Dengan frenlist yang saya rasa melebihi 2000++ dan grup yang saya sertai yang sangat sesuai dengan jiwa saya dan page yang saya like selalu memberi peringatan kepada saya. Lebih saya terkilan adalah disitulah saya berhubungan dengan staf bagi mengetahui jatuh naik kedai saya yang jauh itu.

Betul facebook tidak lebih saya perlukan berbanding alQuran, tetapi saya bekerja dengannya. Ia ibarat tempat saya berniaga sedang disita.

Pengajarannya, tidak lain. Bagi saya, jangan biar diri dilantik menjadi admin kepada page yang mempunyai puluhan admin lain yang tidak dikenali. Sekalipun disana ada ratusan ribu likers dan anda pernah menambah jualan di situ. Anda hanya akan berisiko membuatkan akaun anda di block seperti saya.

Suami saya minta saya berdoa, jika ada kebaikan semasa saya ber facebook, dptlah saya log in dengan izin Allah. Tetapi saya malu untuk meminta perkara sebegini dalam doa saya. :(

Tidak apalah, sekadar melepaskan rasa. Alhamdulillah blog saya masih boleh digunakan.

Amalan Sunnah : Nota Tanyalah Ustaz

Oleh Us Asrul Nizam Abas

Definisi amalan sunnah?
- bahasa -- jalan/cara
- istilah -- sesuatu yg berasal dr perkataan, perbuatan, sifat, sejarah yg berasal dari rasulullah
- amal baik berkaitan rasulullah adalah sunnah
- dtg dgn hadis

Adakah amalan yg diamalkan pada zaman Rasulullah masih relevan dilakukan zaman kini?
- masih relevan kerana kita tgk dia sbg seorg manusia seperti kita
- amalan itu tlh dibuktikan scr saintifik secaa psikologi, kesihatan dll

Apakah kesan bersugi kepada pembangunan modal insan?
- kesedaran kpd kebersihan
- latihan pelaziman amalan dan disiplin
- org yg bersugi pentingkan kesihatan diri 

Soalan : Apakah aspek penjagaan kesihatan diri yg diamalkan oleh Rasulullah saw
- makan benda halal dan baik
- jaga cara makan
- menjaga fizikal spt bermain pedang, memanah,
- menjaga emosi dgn menjaga hubungan dgn Allah, pemaaf, tidak pemarah, sopan
- jaga kebersihan dan kekemasan

Soalan : Bagaimanakah cara makan yg sihat spt Rasulullah?
- makan makanan yg jaga perut spt zaitun, madu, kurma, delima, cuka
- mulakan dgn basmalah -- menimbulkan aura makanan yg baik
- tidak mencela makanan
- sarapan pagi seeloknya pada waktu sahur
- kunyah makanan
- tidak makan makanan panas, tidak tiub makaman panas
- tidak makan makanan campur
- jilat jari
- tomakninah
- minum sambil duduk
- banyakkan makan buah-buahan dan bijirin
- berhenti sebelum kenyang
- makan tangan kanan -- utk rangsang otak kiri jd kita lebih rasional dan analitik
- minum air secukupnya

Soalan : Bagaimana cara mudah utk bangun qiam?
- bangun malam tua lambat
- niat/ set mind
- jgn tidur dlm keadaan terlalu kenyang
- kurangkan selesa pada tidur
- tidur dgn org yg bole kejut

Soalan : Bagaimana cara Rasulullah bersedekah?
- sedekah apa yg mampu bagi
- sedekah apa yg terbaik
- senyum, duit, belanja makan, memberi nasihat

Soalan : Bagaimana mahu mengawal nafsu makan ketika berhadapan dengan makanan?
- susah kawal nafsu
- boleh kawal tp kena latihan berterusan
- belajar ambil hanya satu jenis makanan
- ambil yang paling dekat dgn kita
- minum air dulu sebelum makan
- ajar ambil makan sikit je dulu

Soalan : Apakah perbezaan makanan sunnah dan makanan lain?
- makanan sunnah dipuji di dalam alQuran
- makanan sunnah memberi energi walaupun dlm kuantiti yg sedikit
- menjaga sistem penghadaman
- mudah dihadam
- sebahagian dr diet
- gugel kebaikan makanan sunnah

Soalan : Adakah makanan yg kita makan akan mempengaruhi karektor pada diri?
- u are what u eat
- disebut dlm sura al-a'la pun disebut
- cuba bezakan atr haiwan pemakan daging dan tumbuhan
- Rasulullah saw jarang makan daging

Soalan : Bagaimana pula orang yang makan tetapi membazir?
- membazir makanan menunjukkan orang itu suka menyusahkan orang
- Aisyah menangis sbb Rasulullah makan se jenis makanan saja

Soalan : Bagaimana Rasulullah menjaga hubungan sosial dengan orang lain?
- bagi salam pada orang kerana dlm salam ada doa
- bermanis muka supaya orang selesa dgn kita
- bila bercakap, baginda bercakap dgn jelas - supaya sahabat dapat hafal apa yg dicakap - supaya org dpt mesej
- suka berjenaka - utk menceriakan suasana
- kenalpasti level orang yg berinteraksi dengan kita

Soalan : Bagaimana adab Rasulullah hendak tidur?
- wudhu
- berbaring atas pinggan kanan
- berdoa
- tidur dalam keadaan gelap - utk mengeluarkan toksin

Soalan : Adakah Rasulullah bersenam dlm hidupnya?
- bersenam dgn solat
- 10 all the time dlm youtube - search
- suka berjalan kaki utk kemasjid, ziarah sahabat, ke pasar, ke medan perang
- rasulullah berjalan plg laju berbanding sahabat --hadis
- penunggang kuda - bagi kesan pada pinggang, ajar balancing tubuh,
- berenang
- memanah

Cara pemakaian sunnah
- pakai baju putih Eg : kekotoran cepat nampak jd lebih berhati2
- baju putih mengingatkan kematian

Soalan : Adakah kasut juga dipakai rasulullah?
- ye rasulullah pakai khuf sepanjang masa (xperlu buka sms solat)
- elak penyakit masuk dari kaki
- pakai kasut bertutup
- pakai kasut kulit utk bantu menguatkan ingatan
- dikaki ada 62 mata urat (refreksologi) jd pakai kasut yg selesa

Tuesday, September 10, 2013

Facebook Kena Block

Bismillah,

Sebenarnya tak tau nak marah ke nak sedih ke nak tension ke nak stress pasal facebook ni hehe.. Saya cuba nk tengok ke arah bright side juga dengan mengisi masa saya berfikir untuk menulis kepada membaca buku tapi kebanyakan masa saya rasa bengang. Sebabnya bila saya membaca, saya rasa nak menulis yang membuak-buak.

Kemudian saya alih kepada menjahit baju koyak rabak di rumah ni. Untung juga menjahit berselang seli berzikir kan? Kalau ikut memang banyak baju yang dijahit dan alhamdulillah memang banyak le berjaya dijahit termasuklah kelambu.

Tapi menjahit tidak menyurutkan rasa untuk berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat. Lalu saya akui, oh my! I'm addicted to FB now!!! Waaaaaaaaaa

Fb minta ic dan copy lesen. Lawak ke? Tak lawak langsung. Sebenarnya tak ada fb tak apa, blog masih ada. Habis apsal membebel? Kerana di dalam fb lah ada serba mak neka rujukan saya yang selalu menjadi bahan untuk saya menulis.

Di sana ada peringatan dari sahabat, di sana juga saya berhubungan dengan staff saya, di sana juga saya menyuburkan jiwa seorang daie. Hadeiii... Apakah mengeluh? Huhu

Barangkali Allah mahu saya mempersiapkan diri untuk Mini Seminar Sabtu ni. Ye kot? Huks, taaaakuuyttttttt

Dah, tumpang meroyan dalam blog sendiri boleh?

*abaikan perangai xsolehah ini :p*

Monday, September 09, 2013

Wakaf : Nota Tanyalah Ustaz

Oleh : Ustaz Ibnu Haiban

Soalan : Nyatakan Jenis-jenis wakaf?
- wakaf am : wakaf sesuatu yg tidak dikhususkan utk apa, bagaimana, kemana. Cth : saya wakaf duit ni utk buat apa2
- wakaf khas : wakaf sesuatu dengan tujuan tertentu. Cth : saya wakaf duit ini untuk pembinaan surau

- wakaf xboleh minta balik dan xbole ungkit
- wakaf insurans kita dialam kubur
- selepas wakaf, harta wakaf menjadi hak Allah
- wakaf bukan soal duit tp soal keimanan

Soalan : Siapakah sahabat terawal yang melaksanakan ibadah wakaf?
- saidina Umar : tanah ghanimah diwakafkan kepada fakir miskin dll tanpa mengambil sikit pun keuntungan
- abu talhah : hadiahkan kebun tamar di sebelah masjid nabawi di bairuha

Soalan : Apakah jenis harta yang boleh diwakafkan?
- harta alih : kereta, Quran, duit
- harta tak alih : rumah, tanah
- duit jd wakaf jika bertukar jd sesuatu

Soalan : Apakah perbezaan wakaf, zakat dan sedekah?
- sedekah wajib : zakat bulan puasa, nafkah zahir batin suami kepada isteri
- sedekah sunat : wakaf
- sedekah muqata'ah : sedekah yg terpotong cth sedekah rm5 utk beli makan org susah, bila dia beli makan sehingga dia lapar semula tu kira pahala tp terhenti setakat tu saja
- zakat : mesti diberikan kpd 8 gol asnaf
- wakaf xperlu asnaf

Soalan : Apakah syarat sah bagi seseorang utk berwakaf?
- pastikan sempurna hak milik sendiri
- wakaf kerana Allah
- harta yang nak diwakafkan tu kalau boleh biar yg baru dan tahan lama
- harta dr hasil halal (patuh syariah)

Soalan : Mengapakah harta wakaf tidak boleh diwarisi?
- harta umat Islam bersama (jadi milik Allah)

Soalan : Apakah hukum non Muslim berwakaf?
- hukum harus jika hartanya dr sumber yg halal
- tak dpt pahala
- ali imran : 116-117

Soalan : Siapakah yang menguruskan wakaf?
- mesti ada satu entiti spt majlis agama islam

Soalan : Bagaimana wakaf memajukan ekonomi dan pendidikan negara?
- cth univ alazhar, diwujudkan dgn dana wakaf sbb tu yurannya murah

Soalan : Mengapa wakaf tunai diharuskan?
- utk beri peluang wakaf sekiranya tiada aset kekal

Soalan : Apakah kelebihan fadhilat berwakaf?
- sembuhkan penyakit
- panjang usia
- menghilangkan sifat kikir

Soalan : Bagaimanakah cara seseorang mahu mewakafkan rumah?
- pastikan rumah sempurna milik
- bawa geran ke majlis agama islam
- niatkan sama ada wakaf khas atau wakaf am

Soalan : Adakah boleh pahala berwakaf diniatkan kepada mereka yang telah meninggal dunia?
- boleh

Soalan : Bolehkah harta faraid diwakafkan?
- harta yg dah jd hak milik waris boleh diwakafkan
- jika semua waris setuju boleh, jika tak kena bahagi pd waris

Thursday, September 05, 2013

Jangan Marah : Nota Tanyalah Ustaz

Ustaz Abdullah Mahmud

Sekiranya rasa nak marah, jangan marah kerana kita akan menyesal jika kita marah.

Soalan : Patutkah marah pada ibubapa yang buat salah?
- selalunya ibubapa yang tua berkelakuan seperti budak
- jangan marah jika nak pahala
- Allah boleh matikan ibubapa sblm nyanyuk tetapi utk bagi pahala yg banyak pd si anak
- jagalah ibubapa kerana banyak pahala ada padanya.

Soalan : Adakah Rasulullah pernah marah?
- Pernah, Rasulullah marah dengan diam, telinga merah dan mukanya berubah.
- Ikut cara Rasulullah marah kerana org yg dimarahi akan berfikir sendiri kesalahannya.
- jangan bergerak ketika marah kerana itu akan menyebabkan kita akan memukul

Soalan : Kenapa tiada hukuman kepada orang yang berbohong seperti ada hukuman kepada orang membunuh dan mencuri?
- Allah akan menghukum sendiri org yg berbohong
- Orang akan selalu berbohong terutamanya bila rasa takut, rasa terpinggir dll
- marah2 akan menyebabkan orang lain jadi pembohong, bini pemarah akan menyebabkan suami berbohong

Soalan : Apakah hukumnya berbohong untuk elak dimarahi?
- Harus jika perbuatan itu tidak memudharatkan sesiapa.
- Haram jika menyebabkan kemudharatan pada orang lain.

Soalan : Bagaimana untuk menahan marah?
- sesiapa yang sll istighfar akan dikeluarkan masalah dari badannya

Soalan : Bagaimana mahu bertaubat jika orang tu selalu berbohong?
- jumpa orang yg dibohongi untuk terangkan perkara sebenar

Soalan : Apakah bezanya berbohong dengan berhelah?
- Nabi pernah berhelah untuk menyelamatkan seseorang
- berhelah dalam peperangan dengan pakai sutera utk nampak muda dan warnakan rambut putih ke perang untuk nampak garang

Soalan : Apakah berdosa jika marah diri sendiri?
- boleh tapi jgn sampai membawa keburukan kpd diri sendiri spt merajuk, memencilkan diri dan tidak makan
- bertaubat dan beristighfar

Soalan : Apakah hukum marah dibelakang orang?
- jgn marah di blkg sbb org yg dimarah xtau pun dan org yg marah sakit jiwa sendiri
- sifat org pemarah ni satunya adalah suka cerita benda buruk ttg org lain, terlalu cinta dunia, tidak malu dan keras hati

Soalan : Apakah kesan buruk sifat pemarah?
- orang benci padanya
- x ada kawan

Soalan : Bagaimana keadaannya orang yang berpura-pura marah?
- jangan pura2 marah utk membodek bos cthnya
- boleh pura2 marah supaya org buat kerja dan bos atas xmarah kepada kita

Soalan : Bilakah masa yang sesuai untuk menahan marah?
- jika marah akan menyebabkan org yg dimarahi akan malu, menjatuhkan maruah

Soalan : Apakah pemarah itu sebahagian daripada penyakit?
- ya, pemarah adalah penyakit
- bila marah lubang syaitan utk masuk dlm tubuh akan terbuka, syaitan senang masuk dan susah keluar

Soalan : Apakah hukumnya menghukum binatang jika marah?
- berdosa
- pd hari dibangkitkan, haiwan dibangkitkan utk menuntut bela dan kemudian hilang
- jgn marah serangga kerana mereka adalah indikasi kepada sesuatu seperti ada air bertakung atau rumah kotor

Soalan : Apakah pandangan pada orang yang cepat marah lambat sejuk?
- seeloknya lambat marah cepat sejuk

Wednesday, September 04, 2013

Wanita Dambaan Syurga : Nota Tanyalah Ustazah

Oleh Ustazah Siti Nor Bahyah

Alhijr : 45-46
- kenikmatan di dalam syurga rasa seperti jatuh cinta

Soalan : Apakah ciri ahli syurga?
- almukminun 1-11 : beruntunglah org yg khusyuk dlm solat. Dalam ayat inilah menerangkan ciri ahli syurga.
- ikut solat spt Hatim (cerita Hatim dan hisom)

Soalan : Bagaimana keperibadian wanita dambaan syurga?
- Sumayyah syahidah pertama
- sabarlah keluarga Yasir kerana tlh dijanjikan syurga buatmu

Soalan : Apakah contoh ahli syurga dan keistimewaannya?
- sebaik wanita penduduk syurga adalah Khadijah, Fatimah, Mariam dan Asiah
- Khadijah : dia beriman kpd Rasul ketika org lain mengingkari, membenarkan kata2 Nabi ketika org berpaling, menafkahkan harta utk perjuangan Islam, dpt zuriat dr Khadijah
- Asiah : isteri Firaun, keimanan yg sgt kuat, digelar ratu ibadah. Berdoa dgn ayat attahrim : 11. Allah nampakkan syurga di bayangan mata Asiah

Soalan : Bolehkah gambarkan keadaan wanita dambaan syurga?
- sesungguhnya tidak dimasuki nenek tua, semuanya muda
- cerita Ainul Mardhiah

Soalan : Sejauh manakah ketaatan kepada suami boleh menjamin syurga?
- bila seseorg wanita solat dengan sempurna, berpuasa, pelihara kehormatan diri dan taat kepada suami boleh pilih mana2 pintu syurga yang kita nak
- cakap lemah lembut, hormat suami, sambut suami balik, jaga penampilan

Soalan : Faktor ramai wanita duduk dalam neraka?
- mereka bukan kufur pd Allah tp kufur pd suami

Soalan : Bagaimana mendorong diri untuk jadi wanita dambaan syurga?
- usah sia2kan kesempatan
- umur terbatas, ingat kehidupan kekal
- pilih utk kekal dlm syurga
- kekalkan iman dalam diri