Tuesday, September 10, 2013

Facebook Kena Block

Bismillah,

Sebenarnya tak tau nak marah ke nak sedih ke nak tension ke nak stress pasal facebook ni hehe.. Saya cuba nk tengok ke arah bright side juga dengan mengisi masa saya berfikir untuk menulis kepada membaca buku tapi kebanyakan masa saya rasa bengang. Sebabnya bila saya membaca, saya rasa nak menulis yang membuak-buak.

Kemudian saya alih kepada menjahit baju koyak rabak di rumah ni. Untung juga menjahit berselang seli berzikir kan? Kalau ikut memang banyak baju yang dijahit dan alhamdulillah memang banyak le berjaya dijahit termasuklah kelambu.

Tapi menjahit tidak menyurutkan rasa untuk berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat. Lalu saya akui, oh my! I'm addicted to FB now!!! Waaaaaaaaaa

Fb minta ic dan copy lesen. Lawak ke? Tak lawak langsung. Sebenarnya tak ada fb tak apa, blog masih ada. Habis apsal membebel? Kerana di dalam fb lah ada serba mak neka rujukan saya yang selalu menjadi bahan untuk saya menulis.

Di sana ada peringatan dari sahabat, di sana juga saya berhubungan dengan staff saya, di sana juga saya menyuburkan jiwa seorang daie. Hadeiii... Apakah mengeluh? Huhu

Barangkali Allah mahu saya mempersiapkan diri untuk Mini Seminar Sabtu ni. Ye kot? Huks, taaaakuuyttttttt

Dah, tumpang meroyan dalam blog sendiri boleh?

*abaikan perangai xsolehah ini :p*

1 comment:

  1. Salam..

    ID : jelitawan organik (aza) hehe...

    First time komen (dalam proses ngan mengatam blog kak ni..). Bila baca entry yang ni nampak benar perang dalamannya hehe..

    Semoga Allah menguatkan kak untuk seminar ni, dan dengan IzinNya nak juga pergi tengok akak.. Ameen..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!