Sunday, February 27, 2011

Sedih Telefon Hilang :((((

Bismillah,

Perkataan hilang sebenarnya tak sesuai. Sebenarnya saya terlupa untuk double check masa saya turun dari teksi. Masa dalam perjalanan dari hotel ke airport, saya tengok banyak bangunan cantik2 di sana. Lalu saya teringin nak amik video dan saya keluarkan handphone saya tapi bila tgk bateri yang tinggal tak berapa nak banyak, saya batalkan aje hasrat saya.

Kemudian saya letakkan telefon saya dalam poket tapi mungkin saya terlupa nak kunci. Dan ia tercicir semasa saya nak turun dari teksi atau barangkali sebelum saya turun lagi. Benda dah hilang dan saya dah berikhtiar dengan minta tolong kawan yang tinggal di sana tapi biasalah. Tak banyak yang dapat dilakukan bila telefon hilang kerana dia call saya balik dan bgtau talian dah ditamatkan..

Telefon itu sebenarnya saya baru bayar 3 bulan dan saya masih berhutang 21 bulan for nothing! Ye saya baru 3 bulan beli dan ini pertama kali saya gembira dengan lengkapnya telefon tu kepada saya. Kata suami, ALLAH mahu menghapuskan dosa2 saya barangkali. Saya redha dah dengan kehilangan itu pada 5-10 minit pertama kehilangannya tapi saya marah pada diri saya yang selalu cuai.

Sekarang semua gambar kenangan tak dapat saya upload ke blog, fesbuk mahupun untuk simpanan saya sendiri. Banyak gambar candid suami saya ada di dalamnya. Gambar dia mendukung Ahmadi ke sana ke mari. Gambar dia mengangkat barang besar2 dan berjalan jauh2 untuk memindahkan barang ke bilik hotel. Oh..rasa nak menangis pula.



Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)

Wednesday, February 23, 2011

8 Makanan Yang Meningkatkan Metabolisme

Bismillah,


Beberapa hari yang lepas saya membebel kat fesbuk berkenaan makanan yang saya makan bagaikan tak cukup2. Sejak akhir2 ni, dah agak lama juga sebenarnya kami makan dalam talam. Suami saya kata tak payah nak basuh pinggan banyak2 plus waktu makan akan jadi waktu bersama. Bila makan dalam talam ni, kalau ada 2-3 orang nak tambah baru kami tambah lagi nasi.

Selalunya saya akan letakkan cukup2 nasi iaitu saya dan suami dengan kiraan dua senduk setiap seorang dan anak2 sesenduk sorang. Tapi sebab kelaparan saya agak pelik sejak akhir2 ni, maka saya tambahkan lagi sesenduk. Tapi suami saya kata banyak pulak kalau saya buat macam tu. Huhuhu... Sebab time makan tu memang OK2 aje tapi tak sempat lama lapar semula. Bak kata Redzuan dalam komen di fesbuk takkan nak makan 36 senduk sehari...ahahaha....

Punca lain saya cepat lapar barangkali seperti yang dikata Fakar dan Hanee bahawa dalam hidangan kami tidak ada serat. Ya....dan saya sebenarnya sangat gemar kepada sawi, bayam, kangkung dan sayur daun2 yang lainnya tapi suami saya adalah sebaliknya. Dia pernah berkebun sebelum ni dan dia tahu betapa banyaknya racun yang digunakan untuk menjaga sayur tersebut dari gangguan ulat dan serangga.

OK, berbalik kepada tajuk di atas, di bawah disenaraikan 8 makanan yang meningkatkan metabolisme. Dengan pengambilannya maka lebih banyak kalori akan dibakar.

Limau bali 
the grapefruit diet


Limau bali rendah kalori dan tinggi kandungan fibernya. Didalamnya ada enzim yang berfungsi membakar lemak. Ia juga boleh merendahkan insulin dan kolesterol dalam tubuh. Dengan menambah limau bali setiap kali makan walaupun kita tak tukar saiz hidangan ia tetap membolehkan seseorang kehilangan berat badan. Tak caya baca kat link ni ek.

Epal
Juga mempunyai serat yang tinggi yang mana kalau kita makan, badan kena kerja lebih untuk hadamkannya. Dalam link ni ada menyatakan macam mana 3 epal yang dimakan sebelum setiap kali makan boleh menyebabkan seseorang tu tahan kenyang lebih lama.

Lada
Oh oh saya suka makan pedas tapi jangan pedas sangat. Saya minat pedas yang sedang2 tu saja. Barulah saya perasan kalau makan pedas ni boleh menyebabkan kita kenyang lebih lama. Sebabnya, ia menyebabkan makanan yang boleh dihadam dalam 30 minit berlarutan jadi 3 jam. Tengok sini untuk cerita panjang nya ek.

Oat dan bijirin
Oh...lamanya saya tak makan ni. Masa zaman saya di UKM dulu ada seorang sahabat saya yang suka makan dan yang paling best adalah dia akan buat dua gelas besar. Sangat kenyang tau...eh, nape oat takde dalam rumah saya ek??? Cerita panjang baca di link ini yee.. tak pun tanya k.Amy Mastura sbb dia kata oat elok untuk sarapan!

Ayam Turki
Kalau sapa dok kt area Pt Buntar bole order dari abah saya... kah kah..dan tu nak promote :p Secara khususnya ayam turki ni rendah lemak tau dan tinggi kandungan vit B

Kacang almond
Ramai yang suka kacang almond kan? So lepasni boleh la makan banyak2 ek sbb ia membantu tubuh untuk memetabolismekan makanan yang kita makan setiap hari. Ada 4 sebab kenapa mesti try makan ni untuk membantu diet ada di link ini. Tapi mau kena tau caranya la ek...

Green Tea
Saya pernah beli green tea dalam botol mcm ni..dia punya rasa adalah susah untuk tekak saya menerimanya. Kat rumah kami ada pokok malberi dan saya rebus daunnya saja untuk ganti green tea. Dalam green tea ni dia ada kafein dan sejenis bahan kimia lain iaitu epigallocatechin gallate atau EGCG. Dua bahan ni akan menyebabkan heart rate kita meningkat dan seterusnya akan membakar lebih kalori dalam tubuh. Dan ia juga boleh merencatkan selera...ahahaha...kalau dah kureng sedap ye lah kot boleh kuruskan badan..huhuhu

Air

Air yang mencukupi akan membantu proses metabolisme berjalan dengan baik. Kalau kita dehydrated, metabolisme pun menurun. Kalau rasa lapar pun mulakan dengan minum air sbb kadang2 walaupun kita rasa lapar, ia mungkin petanda yang kita sebenarnya dahaga aje...

OK, saya rasa saya dah kenalpasti punca saya cepat lapar. Barangkali kerana saya benar2 kekurangan serat dalam pemakanan saya. Atau ada idea lain??

*Saya masih berada jauh :( pasti saya rindu anak2 saya :((((

Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Tuesday, February 22, 2011

Jadual Pembelajaran Anak

Bismillah,

Saya ada dapat mesej dari UmmiAdam tentang jadual anak. Sebenarnya menjadualkan kehidupan anak2 ni perlu dari awal. Kalau tak, maka susahlah sikit nak disiplinkan mereka. Saya sendiri sukakan jadual atas alasan ini. Jadual pula kita boleh buat macam2 cara. Ada satu buku panduan untuk membantu kita menyusun jadual seharian anak dan saya telah tulis tentangnya dalam entry ini. Klik pada buku untuk membeli.




Ada macam-macam cara nak buat jadual. Satu caranya kita sediakan pukul sekian mereka perlu lakukan sekian benda. Satu lagi caranya adalah kita sediakan satu checklist, kemudian tampal di dinding. Beritahu anak2 yang dia perlu tanda perkara yang telah dia lakukan setiap hari. Tetapi adalah lebih afdhal jika anda berikan mereka timeframe. Cara ini lebih halus dan tidak mendesak.

Dulu saya pernah buat jadual sekali. Lihat link ini untuk melihat padatnya jadual saya. Ketika itu, saya masih mengurus kedai spek saya. Sekarang, saya tidak lagi menggunakan jadual itu memandangkan Asmaa' dah masuk darjah 1 dan Usamah&Uwaiys pula sudah bersekolah Cina. Agak susah untuk menyeimbangkan jadual mereka seperti yang saya lakukan sebelum ini jadi saya gunakan checklist untuk setiap seorang dan ia adalah tidak sama.

Minat saya pada pembelajaran di rumah juga masih tinggi. Ada masa saya akan suruh mereka ulangkaji sendiri dan ada masanya juga saya akan ajar mereka terkehadapan berbanding apa yang mereka pelajari di sekolah. Tapi semua itu adalah atas kemampuan saya dan anak saya juga. Adakalanya memang saya agak memaksa kerana mereka terlalu dominan untuk melakukan sesuatu dan meninggalkan yang lain.

Insya ALLAH selepas saya lihat keberkesanan buat checklist ni, saya akan kongsikannya pula. Buat masa ni saya masih tidak bersedia lagi. :)

The real homeschool :p


Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)

Monday, February 21, 2011

Udang Mahal

Bismillah,

Kami jarang sangat-sangat makan di luar. Tapi beberapa hari lagi saya akan sentiasa makan di luar mencuba resepi2 baru tapi agak menyedihkan adalah kerana anak-anak tak dpat di bawa bersama. Saya ada kerja beberapa hari ni jadi anak2 saya tinggalkan pada adik dan abah saya. Ye...mereka datang dari Pt Buntar sbb nak menolong saya. Terima kasih sangat!!

Mood dah ke laut, walaupun nak berjalan jauh tapi susah hati sangat nak tinggalkan anak2 ni. Tambah pulak Asmaa' dan Uwaiys baru baik demam. Semoga mereka OK saja sepanjang kami tinggalkan diorang. Ahmadi saya bawak bersama atas komitmen saya untuk menyusukan dia. Untung kan jadi Ahmadi?? Hehe... Kerana susu yang dia perlukan dari saya maka dia tak ditinggalkan.

Sebelum pergi, rasa macam nak ratah udang ni je...ahahaha...kalah perempuan mengandung punya mengidam.


Udang ni mahal sangat! Tapi untuk makan setahun sekali no harm to try. Sebelum beli fikir panjang2 dulu...ahaha.. udang ni pun saya beli masa staff saya datang ke rumah masa diorang ada kursus di Kota Bharu hujung tahun lepas. 


Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)

Sunday, February 20, 2011

Sukar Untuk Tidur Lena

Bismillah,

Tidur ni sedap...kadang2 boleh sampai London sebab tu saya suka tidur. Tapi sekarang ni anak dah ramai. Tidur kene awal dan bangun pun kene awal juga. Tidur awal tu tujuannya sebab kene bangun awal plus dah letih seharian mengerjakan anak2. Bangun awal pulak kalau tak diamalkan alamatnya anak saya pergi sekolah lebih lewat dari Guru Besar mereka la jawabnya.

Ada setengah orang dia senang je lena tapi senang pulak jaganya. Jadi untuk orang yang begini mereka juga mengalami gangguan tidur. Bayangkan kalau budak tak cukup tidur...masya ALLAH dia punya cranky la, rasa dengan kita2 sekali tension tak pasal2. Macam tu lah jugak tubuh kita. Ia perlukan hak dia untuk mendapat tidur yang cukup.

Antara punca susah lena ni adalah :

  • Bayi/Anak - kalau baby ni biasalah, dia memang selalu wrong timing dengan mak dia. Mak dia baru je nak tepuk bantal nak lena, dia pulak boleh baru bukak mata sambil sengih tayang gusi. Kalau anak2 lagilah biasa. Walaupun dah ke toilet sendiri tapi sebab taat sepenuh jiwa dan raga tu nak ke toilet pun mintak izin dan selagi tak kata "Haaa" maka selagi tu lah dok mintak izin nak ke toilet :p
  • Sakit - saya teringat zaman saya amik susu soya dengan banyak iaitu lebih kurang 1 liter sehari konon2 nak tambah susu badan, akibatnya sendi saya sakit dan bahagian yang paling sakit adalah sendi ibujari tangan. Masa tu kalau terpeleot sikit jari memang sakitlah sangat sampai susah nak lena. 
  • Stress - mcm biasalah kalau jiwa tak tenang mula lah tak boleh lena. 
  • Bimbang - takut kete baru dikorek oranglah, takut anak main jatuh ke....
  • Suhu - terlalu panas atau terlalu sejuk. Ada setengah orang tak kisah kalau sejuk tapi kami laki bini kalau dah sejuk sangat memang akan tutup kipas dan cari selimut. 
  • Kejang kaki - especially kalau time banyak berjalan waktu siang atau time mengandung
  • Berdengkur - baik diri sendiri atau pasangan. 
  • Pasangan ajak borak atau dia tak lena, kita ikut sekali sbb dia banyak bergerak
  • Bising
  • Tidur tak teratur

Kebanyakan dari situasi di atas akan dapat diatasi dengan sendirinya. Contohnya anak kita yang kacau kita tidur tu. Akan tiba masa di mana mereka akan faham, "Ooo...umi saya kena cukup tidur kalau tak nnt dia bertukar menjadi Tarzan."

Walaupun semua perkara di atas akan dapat diatasi tetapi kita perlu terlebih dulu menyediakan tempat yang selesa untuk tidur iaitu tempat tidur yang selesa, gelap dan dingin. Saya teringat seorang bapa saudara saya yang bekerja malam selama dia menjadi chef di sebuah hotel di KL. Ketika bujangnya, dia menggelapkan biliknya dengan block tingkap supaya dia rasa macam dia tidur malam. Hohoho...bujang2 tak kisahla...

Lagi satu jgn makan dua jam sebelum tidur sbb bimbang nnt perut tak selesa semasa nak melenakan diri. Tidur yang lena ni adalah nikmat yang tak dapat ditukar ganti atau di qadha. Kalau kita cuba nak qadha pun, apa yang kita lakukan hanyalah mengubah dan mengucar-kacirkan jam biologi kita. Oleh itu, cubalah untuk mencari solusi kepada masalah tidur kita tu.

Dannnn.....benda yang paling kene ingat. Jangan sekali2 ambil pil tidur kerana ia hanya akan dapat membantu dalam jangka masa pendek sahaja. Kalau betul2 kita atau pasangan kita mengalami gangguan tidur, dapatkanlah nasihat doktor OK??

Tips Tidur Lena Semasa Mengandung
Tidur Berasingan Atau Bersama Anak

Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Saturday, February 19, 2011

Kaedah Praktikal Didik Anak Solat

Bismillah,



Rasullah S.A.W pernah bersabda iaitu:-

“Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur" .

Anak2 ni, fitrah mereka suci. Senang je nak ajar mereka solat sbb usia ni mereka nak. Jangan ajar mereka bila mereka dah besar panjang, time tu dah liat dah. Nak ajar pun, bukan hari ni kita mula ajar, esok mereka boleh solat sendiri. Memang kena berdikit2. Apa yang saya cuba buat adalah dengan menggunakan approach di bawah :

  • Solat berjemaah - Pada pandangan saya, kaedah paling mantap untuk mendidik anak solat adalah SOLAT BERJEMAAH. Secara tidak langsung, anak2 yang selalu meniru2 ibubapa akan terdidik sama untuk menunaikan solat. Anak2 saya hafal surah alFatihah rasanya dengan mendengar abah mereka membacanya setiap kali solat jemaah. 
  • Kursus Solat - masa di Pasti Pt Buntar, mereka ada anjurkan kursus mengajar anak solat. Anda boleh mencari kursus yang bersesuaian dengan peringkat umur anak anda di tempat anda
  • VCD/Youtube - boleh search atau kalau ada dijual bolehlah dibeli
  • Prayer Practice - anda boleh mendapat keterangan lanjut di link ini. Ia menggunakan sticker yang menarik untuk meningkatkan motivasi anak dalam menunaikan solat. 
  • Lakaran Gambar Pokok - gambar pokok ni saya dapat dari link k.Noraslina Jusin
Gambar pertama merupakan lakaran sebatang pohon dengan tujuh dahan yang dipenuhi lima helai daun dan sebiji buah pada setiap satunya, manakala gambar kedua, juga merupakan lakaran sebatang pokok tetapi lebih besar dengan dahan yang lebih banyak dari yang pertama.



  • Buku Panduan Bergambar - contohnya yang ada di bawah ni (utk beli boleh klik pada gambar di bawah)




Ust. Kamal Mahyuddin Harun
  • ISBN: 983-3901-01-8
  • Penerbit: ReadNetwork Sdn. Bhd.
  • Harga Pasaran: RM6.50
  • Kesesuaian Usia:  5+
PANDUAN AMALI SOLAT
Buku ini menyediakan panduan lengkap bagi bacaan-bacaan, doa, dan wirid ketika hendak, sedang dan sesudah solat. Ia disusun bagi:
  • Panduan efektif bacaan dalam solat, wirid dan doa selepas solat
  • Semua bacaan disertakan dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan bacaan
  • Amat sesuai digunakan sebagai panduan kanak-kanak semasa Kursus Amali Solat, dan Ujian Penilaian Kelas KAFA, J-QAF, PAFA dan SARA
Ustaz Kamal Mahyuddin Harun, yang berkelulusan BA dan MA dalam bidang Usuluddin daripada UM merupakan seorang pendidik yang berpengalaman dalam pendidikan Islam dan telah menulis lebih daripada 50 tajuk buku pendidikan Islam untuk rujukan sekolah. Sekarang masih mengajar di sekolah YIK dan menjadi Imam merangkap Timbalan Pengerusi Masjid Al-Amin, Kota Bharu.

Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Friday, February 18, 2011

Power Rangers Pandai Baca AlFatihah

Bismillah,

Ini bermakna Power Rangers beragama Islam :P Alhamdulillah. Itu bukan saya kata. Itu Usamah yang kata. Dua hari lepas dia bangun tidur dan dengan semangatnya dia bercerita pasal Power Rangers yang baca AlFatihah kemudian syaitan yang sedang dilawan lari ketakutan. Yang saya pelik, mana budak2 ni tahu Power Rangers tu wujud ek kalau cerita ni takde zaman ni??

Kalau ye pun ada zaman ni, saya rasa tak pernah terserempak pulak kanak2 ni sedang tengok cerita tu. Setakat Cicakman pernahlah. Kehkehkeh...kira kuat betul pengaruh Power Rangers ni ek??

OK...ni nak menyelit gambar Ahmaduna. Waktu ni saja nak tangkap gambar dia ralit berdiri tapi dia sedar lah pulak orang dok amik gambar dia. Maka merangkaklah dia menuju ke tukang tangkap gambar.





Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)

Kenapa Rasa Sakit Ketika Menyusukan Anak?

Bismillah,

Sejak Ahmadi tumbuh gigi 4 batang iaitu dua di atas dan dua di bawah, saya kadang2 terkejut2 dari tidur sebab sakit kena gigit. Oh, bukan main lagi dia mengasah gigi di tempat yang tidak betul. Sebetulnya saya tidak pernah mengalami puting merekah semasa menyusukan Arwa dan Ahmadi. Ia satu pengalaman baru sebab semasa Asmaa', Usamah dan Uwaiys dulu saya gagal! Gagal dari segi tekad menyusu dan tekniknya juga.

Tapi semenjak bercampur gaul dengan ibu2 blogger hebat yang mampu beli 2-3 peti ais untuk buat simpan susu siap 2-3 orang anak bergantung dengan susu mereka, saya rasa saya pun mampu. Cuma kemampuan saya masih tidak seperti mereka kerana saya tidak menyimpan walau 1 oz pun stok. Cuma saya berjanji walau ke mana saja saya pergi Ahmadi akan saya bawa.

Sebenarnya mitos yang mengatakan menyusu mesti sakit adalah salah!! Walaupun pada beberapa hari pertama menyusukan anak kita mengalami sedikit kesakitan ia adalah bersifat sementara iaitu ia adalah proses adaptasi. Setiap kesakitan yang berlebihan adalah tidak normal dan selalunya kesakitan ketika menyusu adalah berpunca dari lekapan bayi yang salah.


Kemudian jika puting mengalami rasa sakit melebihi tiga hari juga tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Ia mungkin ada jangkitan yang menyebabkan kesakitan itu berlarutan. Berhenti menyusu tidak akan mengubatinya malah ia adalah ikhtiar terakhir untuk mengubati puting yang luka.Puting merekah atau luka memerlukan masa untuk sembuh. Minyak, mentega atau bahan pelembap bolehlah disapukan buat sementara waktu.

Anda mungkin lebih sesuai tidak memakai baju dalam dan pakaian yang tidak kasar. Alat pelindung puting atau ‘nipple shield’ boleh didapati di kebanyakan farmasi bagi melindungi puting dan membolehkan bayi menyusu. Jika tidak, perahlah susu ke dalam botol. Teknik bayi menghisap juga perlu dibetulkan, bukannya kepada puting tetapi kepada kawasan areolar di sekelilingnya seperti di dalam gambar di atas.

Banyak lagi mitos tentang penyusuan boleh kita bincangkan. Insya ALLAH kita akan bincangkan tentang ini kemudian :)

*Saya pernah bincangkan tentang satu mitos dalam entry ini



Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)