Thursday, December 27, 2007

Hasad dengki


Hasad dengki. Apa tu? Ha ha..buat2 tak pernah dengar pulak ek. Kata bebudak zaman sekarang orang zaman skang ni ramai yang ada PHd. ‘perasaan hasad dengki’. Kadang-kadang tu benda yang orang lain lebih dari kita tu kecik je, mula la kita pun anto antu jin setan ape kat dia.

Tapi tu teknologi zaman silam anto benda2 lagu tu. Orang zaman skang semua guna kaedah mami jarum. Pernah tengok mami jarum? Huhu..gitula kaedah yang selalu digunakan oleh kaum wanita kan? Kan? So, teknik orang lelaki mcm mana? Ada jugak kot diorg ni guna kaedah yang sama. Sampai ada jugak yang menggunakan teknik backhand untuk menumbangkan orang yang didengki.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua perkara; iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta lalu menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, (juga iri hati) kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Alangkah comelnya dunia ni kan kalau kita berdengki tanpa ada perasaan mahu menjatuhkan. Kalau dengki, usaha la sendiri kasik up u punya diri. Biarlah orang yang dah berjaya tu meraikan kejayaannya. Satu kenikmatan yang hebat andai kita meraikan kejayaan dengan usaha sendiri, bukan dengan menjatuhkan orang lain.

Dari kita Ihya’ ‘Ulumuddin (Imam Al-Ghazali) menyenaraikan punca timbulnya perasaan hasad dengki:

• Perasaan permusuhan dan kebencian – sekalipun marah, janganlah sampai timbul perasaan mahu bermusuh. Jika betul marah, ubat yang paling mujarab adalah memaafkan. Hayati kembali perkataan ‘kemaafan adalah dendam terindah’. Dengan memaafkan, hati dan jiwa kita kian tenang dan tidak akan ada lagi perasaan mahu bermusuhan.
• Berasa diri mulia – kita tentu saja pernah menjadi yang terbaik namun untuk mengekalkan status itu memang sukar kerana dunia ibarat roda. Terimalah hakikat bahawa dunia ini hanya sementara. Relakanlah orang lain mencapai kemanisan dalam kehidupan mereka. Bukan bermakna kita jatuh kita tidak akan bahagia kerana rekod kita pernah bagus Cuma bila dunia berubah, maka kita juga perlu berubah. Jika dulu manusia berjaya memasak dengan kayu api namun zaman skang, dah macam-macam teknik tanpa nampak apinya pun makanan masih boleh dimasak. Begitulah diibaratkan kita perlu sentiasa memperbaharui keadaan supaya kita sentiasa di atas namun kita perlu akur andai teknik kita mungkin kurang berkesan untuk membantu.
• Takbur – jangan suka membesarkan diri. Dengan membesarkan diri, kita akan mengecilkan orang lain. Sedangkan kita manusia tidak bersifat sempurna kerana kita banyak kelemahan.
• Ujub – bila kita takjub dengan diri, kebenaran akan selalu terhalang. Kita akan sentiasa berada dalam keadaan tertekan kerana bimbangkan orang lain akan lebih menonjol.
• Takut terlepas sesuatu tujuan atau habuan – bukankah rezeki masing-masing telah ditetapkan oleh ALLAH. Berusahalah dengan cara yang tersendiri dan redhalah dengan apa yang kita dapati. Semoga dengan cara ini hidup kita akan lebih diberkati.
• Ghairah untuk menjadi ketua dan mencari popularity – perasaan mahu menjadi orang yang paling atas memang akan selalu terdedah dengan perasaan hasad dengki. Sekali lagi ingat, bahawa dunia laksana roda, ada masa kita di atas dan di masa lain, kita akan di bawah juga akhirnya.
• Busuk hati – jika perasaan busuk hati wujud pada seseorang, akan wujud juga perasaan tidak suka pada kebaikan orang lain. Setiap manusia, ada bahagiannya masing-masing di dunia ini. Bersama-sama lah menjaga bahagian masing-masing jangan sampai kerana sibukkan bahagian orang lain, bahagian kita akan menjadi sia-sia.

Sudah-sudahlah dengan perasaan dengki. Bina satu rasa yang lebih menyenangkan dalam diri dari kita melayan rasa dengki ini. Bagaimana lagi untuk mencari bahagia dalam diri andai kita mengizinkan lagi hasad dengki ini bertapak terus menjadi daki dalam hati kita.

Semoga ada manfaatnya.

Unconditional Love


Bismillah,

Terlanjur terbuka satu file Power Point yang saya simpan telah sekian lama. Tajuk file to A touching Presentation. Mungkin ramai yang mcm saya yang download file tu atau mungkin tak. Apapun, ingin saya kongsikan sedikit ringkasan dari ceritanya.

"Ada seorang pemuda yang baru balik perang. Dia call parents dia dan bgtau yang dia nak balik. Parents dia pun hepi banget wira jiwa mereka akan pulang jua akhirnya. Pastilah itu menjadi kebanggaan dan kegembiraan. Tetapi, pemuda ini ada permintaan, dia mahu membawa kawannya yang hanya mempunyai satu kaki dan satu tangan setelah sebelah anggota lainnya turut terkorban di dalam peperangan.

Malangnya, ibubapa pemuda itu menolak dengan alasan, susah nak handle orang yang cacat begini. Sekalipun pemuda itu memujuk namun parentsnya berkeras menolak. Beberapa hari lepas tu, parents dia dapat call yang anak dia dah mati kemungkinan membunuh diri. Bila parents nih datang untuk mengecam anak mereka, mereka terkejutlah bila tengok anak mereka hanya ada sebatang kaki dan sebelah tangan. Uhuk...Tak ke nyesal?"

Satu yang saya nak bgtau, actually pada sesiapa yang menghadapi situasi pemuda ni, banyakkanlah bersabar. Jangan la sampai bunuh diri pulak kerana itu sama sekali sitegah dek agama kita. Juga bukanlah menjadi satu kekecewaan jika kita membela agama ALLAH sekalipun kita mati di medan perang sekalipun bukan?

Yang kedua dari sisi pemuda lagi, jangan cepat salah anggap dengan parents kita. Mungkin juga kita tak bgtau sebenarnya yang cacat itu adalah kita kerana ibubapa yang baik tak pernah menolak anak mereka sekalipun fizikal si anak berubah 360 darjah sekalipun.

Dari sudut pandangan mak ayah pulak, memang tidak mudah untuk menerima fizikal baru anak kita bukan? Sekalipun betul kawan dia, mungkin ada sedikit belas ihsan kita untuk menjaga orang yang kehilangan anggota ini? Tidakkah itu menjadi saham yang tinggi nilainya di sisi ALLAH kemudian hari kelak.

Jika itu adalah anak kita, maka sayangilah mereka dengan kasih sayang yang berlebihan berbanding semasa dia sempurna. Kerana dia telah pergi berperang menegakkan agama ALLAH. Tapi, what if anak kita patah riuk putus habis anggota sebab merempit? Wakakaka....fikirlah sendiri tapi normally time dah patah riuk ni orang akan insaf sendirik.

Ini adalah kisah cinta luar biasa. Memang cinta luar biasa sangat memerlukan pengorbanan. Namun cinta biasanya akan rela dan dia tidak sama sekali merasakan perlu berkorban. Tambahan cinta ibubapa dan anak. Andai keluarga kita adalah keluarga yang harmoni, kejadian apa sekalipun yang menimpa ahli keluarga, pasti tidak akan menjadi kudis buat kita.

Adakah cinta kita cinta yang biasa2 atau cinta kita adalah seperti cinta luar biasa yang dikatakan oleh Dato' S itu?

Sunday, December 23, 2007

Air mata ku menitik


Bismillah,
Bila direnung akan apa yang ada pada diri, sekalipun tidak di dalam kemewahan, saya masih berasa cukup. Rumah yang ada kelengkapan asas, ada elektrik, ada air, ada makanan dan minuman yang mudah di dapati. Sekalipun tiada simpanan yang banyak, namun alhamdulillah tidak perlu lagi menambah hutang semata-mata mahu makan. Hutang pun alhamdulillah, makin lama dah semakin berkurang.

Pagi ini datang seorang ibu membawa keratan akhbar. Seperti biasanya saya bukan tidak mahu membaca tetapi serasanya saya tahu apa isinya. Kisah dia mungkin pernah diletakkan di situ. katanya suaminya kemalangan dan tangan kanannya tidak lagi berfungsi. Saya tak pasti mungkin suaminya juga mengalami kelumpuhan yang menyebabkan mereka tidak mempunyai seorang ketua keluarga yang mampu menyediakan keperluan asas dengan baik lagi.

Melihat kepada anaknya yang tidak berkasut, hampir sama tinggi dengan Usamah saya yang usianya nak masuk 3 tahun bulan dua nanti. Dapat saya bayangkan betapa anak ini ingin membesar dengan kasih sayang ibu bapa namun kasut sepasang yang saya mampu beli untuk anak saya tak dapat disediakan oleh ibunya ini. Yang lebih menyedihkan, ibunya memimpin anak itu tanpa berkasut. Kakinya ada kudis, mungkin dah dijangkiti pelbagai kuman sepanjang perjalanan mereka meminta sedekah. Sekalipun anak saya ada kudis, pasti saya mencari ubatnya segera.

Tempat saya bekerja kebetulannya ada TV sedang menayangkan kartun Tom & Jerry. Kata ibunya, anak itu jarang sekali berkesempatan untuk melihat TV apatah lagi cerita kartun kerana tak ada TV di rumah mereka. Sekalipun saya dan suami jarang membukakan TV di rumah, namun saya kira anak saya tidaklah seperti budak itu yang berdiri di depan TV dan enggan pergi bila maknya mahu mengajaknya keluar.

Kemudian ibunya bertanya di mana terdekat ada jual nasi, saya katakan di sebelah ni ada kafe tapi mahal. Memang mahal dan saya rasa tak padan untuk dia makan di situ. mungkin dia boleh mencari makanan di tempat yang lebih murah dan lebihan duitnya bolehlah dia belikan perkara yang lain. Sekali lagi saya terkenang, pagi tadi tangan ini dah menyuapkan tiga2 anak saya makan dan saya rasa mereka cukup kenyang dengan singgang daging masakan mertua saya. Selepas itu, mereka dikenyangkan lagi dengan susu yang suami saya buatkan. Malang sekali ibu itu dan anaknya belum makan lagi sedang jam dah pun pukul 11 pagi.

Kelihatan pulak mcm seluar anak itu telah basah. Mungkin juga terkena air kencing. Dari gayanya seperti tidak memakai diapers. Sedang anak saya yang sebaya dengannya, kalau nak balik kampong ke, saya boleh pakaikan diapers kalau saya mahu. Asmaa’ dan Usamah saya dah tak pakai diapers, alhamdulillah sekurang-kurangnya ringan satu beban. Tapi ibu ini, makan lagikan tak cukup apatah lagi nak belikan diapers.

Melihat pada rambut budak tu yang kering dan kekuningan, saya teringat kepada rambut-rambut anak saya. Tak pasti dari faktor apa tapi mungkin juga ibu kepada budak itu tak mampu nak membelikan syampu atau sabun seperti saya belikan kepada anak-anak saya. Malah anak-anak saya boleh diminyakkan lagi rambut mereka. Pastilah sebotol minyak RM 2 pun besar nilainya untuk mereka.

Setelah membezakan keadaan ini, saya jadi insaf andai saya mengeluh-ngeluh sebelum ini kerana rasa tidak dapat membeli sesuatu. Saya juga menilik anak-anak saya yang tidak diberikan barang permainan yang keterlaluan seperti orang yang lain yang mampu membeli pelbagai barang untuk anak mereka namun anak saya masih lebih beruntung dari budak tadi.

Setara manapun kita, masih ada yang lebih tidak berupaya dari kita. Maka apa pula yang dapat kita lakukan sebagai orang yang memiliki KELEBIHAN? Fikirkanlah…

**Beras sepeket berharga kurang dari RM 20 mungkin sangat bernilai untuk sebuah keluarga yang kelaparan dan terpaksa mengikat perut untuk mendapatkan beras….

Wednesday, December 12, 2007

Menggalakkan Anak Berjemaah


Saya masih teringat lagi buku teks kalau tak salah saya masa saya darjah dua. Ada bab mana ek dia mcm sorg bapa suruh anak2 dia patahkan sebatang lidi. Dan lidi tu mudah aje dipatahkan. Kemudian, dia suruh pulak anak-anak dia patahkan secekak lidi dan ternyata susah untuk dipatahkan.

Jadi, utk kesimpulannya, kalau kita ramai susah lah untuk dirobohkan tapi kalau kita berseorangan senang la pulak kita nak dijatuhkan. Dan satu lagi cuba kalau beramai2 mematahkan lidi yang secekak tu adalah lebih mudah. Maka di sini pengajarannya pulak kalau kita bekerjasama maka benda yang susah akan menjadi lebih mudah.

Satu lagi gambaran mudah untuk menggambarkan kelebihan berjemaah adalah segerombolan kambing yang sedang meragut rumput. Tiba-tiba seekor dari kambing-kambing tu tersisih dari grup yang lain. Maka serigala yang telah lama menanti pun akan mendapat peluangnya di masa itu.

Jadi, bagi mengelakkan kita tersesat jalan dalam menentukan arah kehidupan, berjemaahlah. Berjemaah tidak dalam beribadah sahaja malah apa sahaja aktiviti harian perlu dilakukan secara berjemaah. Bahasa yang lebih biasa digunakan adalah bekerjasama.

Sebenarnya, perkara yang lebih penting di sini adalah perasaan kasih sayang sesama ahli keluarga. Itu adalah perkara yang tidak kurang pentingnya. Semangat kekitaan yang kuat ini akan membuatkan ahli keluarga saling jaga menjaga antara satu sama lain.

Sabda Rasulullah SAW : “Pertolongan dan rahmat ALLAH bersama dengan orang yang berjemaah”. (Riwayat at-Tirmizi)

Sabda Rasulullah SAW : “Solat berjemaah itu lebih baik daripada solat bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat”. (Riwayat Muslim)

Ini adalah satu sebab lain kenapa mesti ahli keluarga berjemaah. Pertolongan ALLAH akan sentiasa bersama dengan kita. Apa lagi yang kita perlukan melebihi dari perlunya kita kepada pertolongan ALLAH SWT. Selain itu, pahala melakukan ibadah secara bersendirian dengan secara berjemaah jauh sekali bezanya.

Sebagai contoh perkara yang boleh dilakukan secara berjemaah di dalam rumahtangga ialah :
• Solat
• Membaca al-Quran
• Berzikir
• Berdoa
• Makan
• Bermain
• Membuat kerja rumah
• Membuat kerja sekolah

Super Husband N Super Housewife


Bismillah,

Telah lama mengambil masa untuk mengemaskini blog ini. Saya memendam terlalu banyak perkara yang ingin saya abadikan dalam bentuk penulisan. Namun, alhamdulillah, hasil dari memendam ini saya juga telah menghasilkan satu manuskrip untuk direalisasikan sebagai buku. Sekali fikir, ntah ape-ape je. Dua kali fikir, kenapa saya tak cuba? Mungkin aktiviti menulis saja-saja saya akan dapat dimanfaatkan dengan lebih baik oleh saya dan yang membaca...(tupun kalau boleh dimanfaatkan)

Beberapa sahabat karib juga tertanya-tanya tentang keseriusan saya dalam menghasilkan buku. Kerana sebelum ini saya tidak pernah berani gila-gila menghantar apa-apa yang saya hasilkan ke mana-mana penerbitan. Namun, ucapan terima kasih buat 'fghaz' atas kepercayaan dia. Tidak lupa buat suami saya yang sudi jugak memberi semangat kepada saya serta membantu memicit kepala saya waktu saya rasa sesak berfikir.

Hari ini 12 Disember saya sudah mula untuk berfikir tentang pembukaan UWAIYS OPTOMETRIST di Parit Buntar. Memang menunggu loan masuk tu ibaratnya mengharapkan bulan jatuh ke riba. Doakan lah ye moga proses ni semua akan berjalan lancar. Saya pun akan melahirkan anak ke 4 dijangka dalam bulan Februari nanti.

Oh ya, saya telah menulis tentang super husband dengan super housewife untuk dibukukan. Saya tak berani nak menjangka sejauh manakah buku ini membantu pembaca. Saya langsung tidak memikirkan tentang pasarannya kerana tekanan untuk memahamkan pembaca lebih aula untuk saya. Saya mahu tulisan itu menjadi 'ilmu yang dipanjangkan' dan menjadi 'amal berpanjangan' untuk diri saya.

Kerdil rasanya diri kerana tidak ada sumbangan untuk masyarakat telah menyebabkan saya mengambil langkah pasif untuk menghasilkan tulisan dalam bentuk buku. Seperti di dalam blog, saya cuba santai untuk menulis namun saya bimbang ia tidak sesuai. Justeru, apa yang saya tulis adalah keseimbangan formal dan informal.

Saya selalu mahu mencadangkan manual berbanding teori untuk lebih mendekatkan pembaca dengan apa yang saya cuba sampaikan. Jadi, begitulah hasilnya. Kepada mereka yang bakal menjadi pembaca kepada manuskrip itu, saya berdoa moga perjalanan hidup anda akan menjadi mudah. Tidak kerana tulisan saya membantu tetapi atas usaha anda mencari cara menjadi orang yang lebih baik. Apa yang saya pohon adalah doakan saya dengan doa yang baik-baik.

Kepada mereka yang bertanya sebelum ini, saya berharap penerangan saya di sini sedikit membantu. Saya akan kembali menukilkan apa-apa yang saya harapkan akan memberi manfaat semula ke blog saya selepas ini. Salam sayang buat mereka yang berdoa...

Saturday, December 08, 2007

Cintakan ALLAH lebih dari segalanya


Bismillah,
Satu SMS dari suami nan tercinta telah membuat saya duduk senyap seketika. Dia mengharapkan saya mencintai ALLAH mengatasi cinta saya kepadanya. Rupanya mudah untuk menyebut perkara ini berbanding melaksanakannya dengan sepenuh penghayatannya. Senyap saya adalah kerana saya berfikir, adakah selama ini saya telah membelakangkan ALLAH SWT berbanding suami saya?

Dari satu segi, selepas terlaksananya akad nikah antara kami dahulu, maka dia telah menjadi lebih utama dari ibu bapa saya. Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang menunjukkan bahawa andai perlu manusia sujud kepada manusia, maka isterilah yang akan disuruh sujud di kaki suaminya. Maka salahkah pula saya mencintai suami saya.

Saya telah cuba mengutamakan dia berbanding manusia lain. Saya sentiasa mahu menjadi isteri terbaik yang pernah difikirkan selama dia hidup, juga tidak saya harapkan saya akan dicintai mengatasi cintanya kepada ALLAH dan Rasulullah juga ibunya. Saya akan beralah kepada tiga cintanya itu supaya suami saya sentiasa dalam berkat hidupnya.

Justeru, tidak salah kiranya saya mencintai suami saya mengatasi makhluk lain. Pun dia tidak akan mengatasi cinta saya kepada ALLAH SWT dan Rasulullah. Kerana ALLAH telah mentaqdirkan saya menjadi isterinya, maka saya mewajibkan diri saya mencintai suami saya itu. Maka kepatuhan saya adalah kerana saya mematuhi ALLAH dan Rasul juga.

Tetapi apabila diteliti dari sisi yang lain, rupanya tatkala kecewa dengan dia, saya boleh sahaja menjadi terlalu marah sehingga barangkali anak-anak akan turut menjadi mangsa kesabaran saya. Mana ada kehidupan berkeluarga yang terlepas dari masalah? Begitulah kehidupan kita bukan?

Justeru andai benar ALLAH lebih saya cintai dari suami saya, maka sepatutnya saya memahami bahawa itu adalah ujian dari ALLAH dan ALLAH sedang menguji kesabaran saya. Tidak pentinglah apa yang suami saya lakukan, saya masih ada cinta kepada ALLAH. Ini akan membuatkan kehidupan saya tidak gelap.

Kerana ketika terlupa kepada ALLAH, rupanya isteri yang terlalu rapat dengan suami akan merasa kehidupannya gelap tanpa suami disisi. Betapa cinta kepada ALLAH perlu dikukuhkan sekukuh-kukuhnya sehingga tiada lagi gangguan lain yang boleh menggoncang cinta ini.

Selain kerahmatan yang ALLAH beri dalam rumahtangga kita, ALLAH juga memberi ujian ini agar suami isteri lebih memahami antara satu sama lain. Setelah ALLAH benar-benar kita cintai melebihi segala yang lain, kita tidak akan takut kehilangan cinta lain termasuklah cinta kepada suami itu.

Tidaklah bermaksud untuk melupakan cinta kepada suami tetapi diakui, cinta manusia punya pasang surutnya. Justeru kita tidak akan kecewa dengan ALLAH andai dilanda badai masalah seperti apa sekalipun. Buat suamiku, terima kasih tiada terhingga, bukan tidak kau didikku sebelum ini berkenaan cinta kepada ALLAH ini tetapi di detik ini rupanya baru dapat ku resapi maksudnya.

Thursday, November 15, 2007

Buat Warga Parit Buntar


Bismillah,
Setelah nak masuk setahun benda ni diusahakan, dah nak jadi realiti dalam masa terdekat insya ALLAH. Tak sabar dah nak manage kedai sendiri, nak duduk dekat dengan anak-anak....Untuk yang berada dekat dengan Parit Buntar, nantikanlah kehadiran kedai optometrist melayu Islam di bandar ini.

Thursday, November 08, 2007

Mendidik Anak Meninggalkan Larangan ALLAH SWT

Bismillah,
Selain dari mengajar ketaatan kepada anak2, kita juga mesti mengajar untuk meninggalkan larangan ALLAH SWT dan RasulNya. Ini bagi menjamin mereka itu sentiasa berada dalam keadaan tidak berdosa terutamanya dosa-dosa besar. Ini juga penting supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan kerana kejahatan akan membawa ke api neraka.

Firman Allah SWT dalam Surah At-Tahnim ayat 6:

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka yang mana bahan apinya terdiri daripada manusia dan batu-batu”.

Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya : “Taatlah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah. Kerana hal ini akan memelihara mereka dan kamu dan api neraka”.

Terkenang hero saya Usamah yang suka ajak abah dia main masa sepatutnya tunaikan solat. “Bo solat!! Tadi solat dah!” Sabau je la…terpaksa la abah bgtau tadi solat ape, skang ni solat lain pulak. Biasanya akan jadi OK dia akan faham. Hal2 lain mcm kene ajar jgn tengking2 org tua.

Maklum saja bila letak kat nurseri, mcm2 pengaruh ada. Semua nk kene hadap bebaik. Tu yang tak sesabo nk jaga anak sendiri. Sekarang ni, konon2 senang2 kita letak kesalahan tu atas nurseri padahal kita sebagai mak abah ada hak utk tentukan nurseri terbaik buat mereka kan?

Malam tadi, kakak ipar saya sampai dgn 6 anak dia. Sampai2 je dia kene naik bas ke Langkawi utk menghadiri kursus. Pagi tadi abah diorg pulak dah pergi bawak sorang je anak dara sulung diorang. Usai je solat Subuh, diorg mesyuarat. Suka sangat dengar dari jauh.

Abah diorang senaraikan arahan2 yang patut anak2 dia patuhi sepanjang dia meninggalkan 5 anak dia kat umah mertua saya tu. Antara yang kelakar adalah “Jangan kejar ayam.” Ahaha..mana taknya, ayam pun takut dengan cucu2 mertua saya.

Bila part solat lagi suka dengar. “Semua kene solat…berjemaah,”. Saya tak jumpa suami saya kat mana time tu tapi saya harap satu hari kami pun mengamalkan mesyuarat mcm ni. Ada juga part rotan yang mana abah dia cakap, “ Abah izinkan Tokku (mertua saya) dgn Che Ti (adik ipar saya) rotan sape2 yang tak dengar cakap.

Actually byk lagi benda yg touching yang sll family ni tunjukkan depan mata saya. Ada sekali tu yg besar gaduh dgn yg kecik. Lepas tu, umi diorg suruh bersalam2an bermaaf2an dengan ayat yang sgt skema. Bukan saya je yg nk nangis, ada sorang biras saya yang ada sama pun bergenang gak. Ahaks!

Tu lah yang dapat saya perhatikan bila ahli keluarga dibesarkan dengan mencintai ALLAH. Anak2 saya masih keil dan masih byk saya perlu belajar dengan model keluarga tertentu bagi merealisasikan matlamat hidup saya. Utk masa sekarang, saya mahu menjadikan keluarga kecil kami ini keluarga yang membahagiakan setiap ahlinya. Doakan ya!!!

Panduan Elak Diri dari Sihir


Bismillah,
Artikel ini saya amik dari laman web Us. Zaharuddin. Arini mcm ada mood pulak nk cerita kisah lama mcm mana saya jumpa dengan benda2 pelik ni. Yg first, nk cerita pasal anak saya Uwaiys (tapi rasanya ni bukan sihir2 la). Masa tu rasa mcm dalam pantang lagi saya kene hadir kursus kat Pulau Pangkor.

Disebabkan kursus itu perlu jugak, so saya decide belanja lebih sikit untuk dapatkan satu bilik utk saya, Uwaiys dan abah dia. Kami pergi bertiga. Dalam perjalanan ntah mcm mana kete kitorang terbelok dan masuk longkang. Time tu kat lebuhraya Timur Barat dan dah tak jauh dari Grik dah time tu.

Uwaiys actually dari kecik takla menangis kuat tapi kalau time lapar tak disua susu mak ai dia punya speaker, memang agak high level. Dalam tiga org anak, Uwaiys la yg power sekali suara dia masa baby. Dia jugak ada line biru melintang atas batang idung yg org tua2 kata ada sawan tangis tapi alhamdulillah, dia takla tunjuk symptom pelik2. biasanya nangis dia boleh dipujuk.

Satu malam di Pangkor, dia nangis pelik dan saya lak tgh belajar buat akaun tapi nil ah org kata power of the ‘Mak’. Sekebal2 pintu bilik kursus tu saya boleh dengar Uwaiys nangis. So, saya bagi susu badan, yang peliknya bila dia bawah tudung saya dia senyap, dan bila dikeluarkan dia nangis. Nampak mcm ada sesuatu kan?

Selepas tu, saya decide bawak je Uwaiys dalam bilik ceramah tu. Belasah je sbb dua2 ni penting. Uwaiys penting dan ceramah tu pun penting. Lagipun dia senyap je bawah tudung saya. So, sblh tangan menaip dan sblh lagi dukung Uwaiys. Mintak2 pandai la besar nanti he he kecik2 lagi dah belajar akaun yang umi dia belajar masa umur 26.

Rupanya tangisan Uwaiys melarat sampai tgh mlm. Suami saya bawak Uwaiys keluar dari chalet kitorg dan tgk2 org lain dah duduk kat luar tu seolah2 pelikkan Uwaiys yang tak berenti2 menangis. Uwaiys pun didukung dek sorg peserta dan membacakan sesuatu. Tiba2 dia yg mendukung tu mcm nk terjatuh dan dia sempat pas Uwaiys pada kawan baik dia.

Akak yg tadinya jatuh didukung bawak masuk bilik dia dgn bantuan sorang budak laki. Saya tatau la ni kes darurat ke hape tapi kita yg tak pasti bila dia nk sedar ni takkan la biar je dia terbaring kat situ. lepas pada tu, suami saya azan berkali2 dan lepas tu kami bacakan yasin sampai Uwaiys tido.

Esok tu semua orang start program lambat gara2 semua tido lewat smlm. Saya tak sabar2 tgu akak tu bangun nk tya what happened actually on that nite. Bila jumpa je dia kata, “Besar Fizah…Berbulu2.” Erk, tak ke jadi cerita. Saya pun tak tya byk sbb kalau cerita2 mcm ni sekalipun terlalu dekat dgn saya, saya tak minat nk tya.

Alkisah, akak berdua tu yang pegang anak saya memang sering diganggu dan menurut ceritanya, yg pengsan tu pernah jadi mcm superman gitu terawang2 kat udara. Dia kata sihir yang dihantar tu seolah2 nak suruh dia pegi dalam air dan benamkan diri. Diorg cerita mcm2 dan saya banyak jugakla sempat dengar cerita. Bayangkan kedai diorg yang dah lama beroperasi orang tak nampak sampai satu hari orang yang keje betul2 atas kedai diorg yang diorg nampak orang tu parking tiap2 hari kat depan kedai boleh masuk kedai n tya bila diorang mula beroperasi.

Permulaannya dia kata diorg taktau diorg ni disihir, sampai la diorg rasa takut buat pertama kali. Start je rasa takut, mcm2 jadi sampai jadi sakit2 la apa la padahal sblm tu bukan takde gangguan tapi diorg tak tau benda tu sihir, so, takde la rasa mcm takut. Bila dah takut je, jadilah begitu. So, diorg nasihatkan saya. Takut biarlah hanya pada ALLAH SWT kerana Dialah yang mendatangkan kemudharatan atau kemanfaatan.

Dalam kes2 mcm ni, kita mesti berhati2 kalau nk jumpa bomoh. Orang kalau dah percaya bomoh masya ALLAH, anak kecacingan pun jumpa bomoh cacing. Time kene campak jumpa bomoh campak. Mcm2 ada.. Tapi sblm berubat tu, ceklah dulu kaedah perubatan dia kalau pakai perantara mcm jin setan semua tu bebaik la. Takut nnt kang jatuh syirik pulak tak?

Ini kerana Nabi SAW pernah mengingatkan : "Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW " ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)

Perkara yang terbaik utk kita lakukan bagi mengelakkan sihir adalah sentiasa menjaga kualiti solat lima waktu kita. Baca al-Quran dan zikir secara berterusan dan komited. Seperti dalam firman ALLAH ertinya :
" Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali (kamu punyai kuasa) ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat" ( Al-Hijr: 42)

Juga satu lagi firman Allah SWT ertinya : "Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya" ( An-Nahl : 99) M

emanglah sebenarnya bila kita melakukan amalan wajib kita mcm solat tu dengan sempurna, sebahagian kehidupan kita tak akan terjejas dengan gangguan yang tidak kita ingini. Dindingkan pula diri dengan bacaan ayat suci al-Quran kerana dengan membaca kitab mulia ini ditambah dengan berzikir mengingati ALLAH SWT akan menjadikan kita seorang yang tenang.

Bukan apa, mahu atau tidak kita terpaksa menerima hakikat bawah sihir ni memang wujud. Seperti yang dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin :
1) Kewujudan sihir telah diiktiraf oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan boleh datang dalam pelbagai bentuk.

2) Sihir boleh termasuk dalam perkara yang membawa sesuatu manfaat atau kejahatan . Ia berdasar firman Allah : " ... Mereka mengamalkan apa yang diajarkan oleh syaitan pada masa kerajaan Sulayman. Padahal Sulayman itu bukanlah dari golongan orang yang ingkar. Mereka mengajarkan manusia ilmu sihir, yang diturunkan kepada kedua malaikat di negeri Babel, iaitu Harut dan Marut. Sedang keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang pun sebelum mengatakan
"sesungguhnya kami hanya cubaan dan janganlah kamu kufur dan menyalah gunakan ". Tetapi manusia mempelajari dari keduanya dan digunakan (mengikut ajaran syaitan) untuk mencerai beraikan suami isteri.... Bahkan mereka yang ingkar akan merasakan yang amalannya itu semata mata menyakitkan dan tidak memanfaatkan mereka pun" ( Al-Baqarah : 102)

3) Sihir tidak boleh berfungsi dan memberi sebarang kesan kecuali dengan izin Allah SWT , ia dari firman Allah SWT : "..Sesungguhnya mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun tanpa keizinan Allah. " ( Al-Baqarah : 102 )

4) Amaran Allah dan RasulNya bagi pengamal ilmu sihir :-
Erti firman Allah : " Oleh itu mereka akan ketahui dengan sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir, tidak akan mendapatkan bahagian yang baik di hari Akhirat kelak. ( Al-BAqarah : 102)

Sabda Nabi SAW tentang dosa besar sihir :
Ia berdasarkan hadith nabi SAW : Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

Yang ni diamalkan oleh mertua saya setiap hari. Dia pun selalu nasihatkan anak2 dia agar selalu diamalkan 3 qul ni. Tiap pagi seusai solat Subuh sebelum membaca surah lazim yang dia baca dalam al-Quran, dia akan baca surah2 ni 3 kali setiap satu surah.

3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)
Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)

4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul Alim".
Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya) ) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam
Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al- Bukhari & Muslim)

6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ala kulli syai'in Qodir " ( sepuluh kali )
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7) Membaca : " A'uzubillah bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"
Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )

Kepada Na, saye dah jawab sikit dari persoalan yang Na tya saya tempohari dalam artikel ni. Kredit utk artikel asal oleh Us. Zaharuddin. Adik ipar saya ada juga kirimkan beberapa ayat yang dia dapat dari pensyarahnya di Jordan. Tapi saya tak dapat nk sertakan di sini sbb byk sgt. Tapi semua ayat alQuran tu ada perkataan “Hafiz” yang bermaksud pelihara—huhu kalau salah mintak yg lain tolong betulkan.

Okla, semoga ada manfaatnya di sini. Salam buat semua.

Wednesday, November 07, 2007

Natijah Dari Kemarahan

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar,berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


Pernah baca cerita di atas kan? Cerita ni mungkin pernah melintas ke setiap inbox kita. Maaf lah ek sbb saya tak copy sekali nama pengirim atau penulis asal. Namun, kepada pengirim tu, saya sedang cuba untuk menimbulkan semula apa yang telah anda bawakan, sebagai peringatan buat kita yang sering lupa.

Tajuk yang dipilih secara rawak dari koleksi artikel dalam pendrive saya ni tak ada kena mengena dengan kehidupan saya hari ini. Namun, kemarahan tak juga jauh dari dihadapi setiap hari. Ada masa, customer datang kedai dengan marah-marah dan saya terpaksa menjadi air yang sejuk untuk menghilangkan api kepanasannya. Terkadang yang lain, ibubapa saya yang masih prihatin dengan keputusan2 saya walaupun saya kini isteri orang juga marah2 jika mereka memandang saya tidak membuat keputusan dengan bijak pada pandangan mereka.

Dalam kes parents, saya hadapkan aje kemarahan diorang kerana marah diorang tak sebesar mana dibandingkan dengan kasih sayang diorang. Mcm tu jugak kalau mertua saya marah. Kemarahan selalu membawa kepada kemarahan juga. Namun, dalam kes dengan parents, pendamkanlah rasa kemarahan tu ke lubuk paling dalam.

Dalam kebanyakan kes parents marah, jika kita tak melawan (meskipun dalam masa yang sama kita masih buat benda yang dia tak suka), mereka akan memaafkan kita dengan mudahnya. Berbanding dengan kita melawan balik, mungkin tarikh kita melawan akan ditulis satu persatu di hati mereka hingga membawa kepada jauhnya rahmat ALLAH dari kehidupan kita kan?

Seblom jauh, saya mahu menceritakan kisah seorang ibu, bapa dan seorang anak. Dari 1998 dan skang 2007 masih dalam keadaan yang menyedihkan. Tidak sepatutnya hubungan kekeluargaan mereka begitu namun inilah natijahnya dari kemarahan.

Si bapa marah, si anak melawan dan silap ibu kerana membela. Selepas episode itu, tercetus pula episode lain yang menyebabkan kemaafan tak ada lagi tempatnya di mana2. Baik di pihak bapa, ibu mahupun anak telah tiada lagi lubang kerana kemarahan masing2 berada di puncak. Tidakkah ini menyedihkan? Sewajarnyakah kehidupan berkeluarga menjadi begini. Tanpa sifat mengalah dari anak, bapa atau ibu itu, tak pastilah bilakah mereka akan bersatu.

Bila seseorang menghadapi masalah dalam hidup dan dia menghadapinya dengan kemarahan dan emosional, maka akan tertutuplah akal yang waras. Jika kita menghadapi sesuatu masalah dengan ilmu dan kelembutan, pasti tindakan susulan kita akan dipandang lebih mulia. Ini lebih baik kerana tidak akan merugikan diri kita dan orang lain juga.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh dipraktikkan untuk mengawal kemarahan :
• Berdoa kepada ALLAH agar menghilangkan sifat2 hina dari diri kita. Allah berfirman, “Berdoalah kalian kepada Ku nescaya akan Aku kabulkan.” (Al-Ghafir : 60)
• Terus menerus berzikir pada ALLAH seperti membaca alQuran, bertasbih, bertahlil, beristighfar kerana ALLAH telah menjelaskan bahawa hati akan menjadi tenang dengan mengingati ALLAH. “Ingatlah dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang.” (Ar-Ra’d : 28)
• Mengingat ayat-ayat alQuran dan hadis yang menggalakkan kita menahan marah. Seperti sabda Rasulullah SAW : Barangsiapa yang menahan marah sedangkan ia mampu untuk melampiaskannya,(kelak di hari kiamat) ALLAH akan memanggilnya di hadapan para makhlukNya dan menyuruhnya memilih salah satu dari bidadari syurga dan menikahkannya dengan hamba tersebut sesuai dengan kemahuannya (Hadis Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah)
• Mengubah posisi semasa marah. Jika berdiri maka duduklah, jika duduk, berbaringlah. Owh, I like this, kalau tersalah terlena lagi sedap..he he…
• Berlindung dari syaitan dan menghindar dari sebab2 yang boleh menaikkan kemarahan. Cubalah berlemah lembut dalam tindakan kerana dengan berlemah lembut, sekalipun tengah marah, maka nampak jugak hensemnya. Percayalah!!!

Semoga ada manfaatnya utk anda yg membaca….

Tuesday, November 06, 2007

Kuota Anak


CAKKK!!!!
Bismillah,
Arini terasa nak cakap pasal kuota anak, sempena Apa-Apa Aje semalam yang berlangsung. Memang tiap kali program ni online saya terasanya nak tepon bercakap tapi kalau bab-bab tepon TV radio ni saya sll yang belakang sekali. Maleh eh nak cakap byk, buatnya tersalah cakap sape yang malu?

Alkisahnya Sheila dgn Samsul bincang tentang fenomena ibu atau bapa yang menetapkan berapa bilangan anak. Secara kesimpulannya yang dapat saya simpulkan :

Kenapa ayah yang wajar tentukan bilangan anak?
Selalunya sbb kewangan adalah bahagian major yang perlu difikirkan oleh seorang ketua keluarga.

Kenapa pulak mak yang wajar tentukan bilangan anak?
Sebab paling major adelah orang yang nak beranak adalah golongan ibu2. Lepas tu nak maintain body lagi. Ada yang kata lepas pada umur tertentu lets say 30 dah nak rehat takmo beranak.

Alasan untuk menyekat bilangan anak:
- Biasanya alasannya adalah nak bagi pendidikan terbaik buat anak-anak.
- Takde masa sebab sama-sama bekerja.
- Jaga kesihatan.

Alkisahnya, mari pulak kita menghayati perasaan kita ketika tua. Aha, bunyinya saya ni mcm nak promote orang beranak la korang beramai-ramai. Bukan itu maksud saya ek..Baca dan fahamkan bebaik. Yang mana boleh diikut, ikut la. Yang mana tak, tinggalkan jauh-jauh.

Saya cuma nak bandingkan IBU A yang punya tiga anak dan IBU B yang punya 11 orang anak. Musti beza bilangan tu kan dah jauh. Memang betul tak dinafikan IBU B musti la letih sbb kene ajar 11 orang anak tu bukan senang nak besarkan satu-satu sampai jadi orang yang berguna.

IBU B menggunakan kaedah susuan untuk menjarakkan anak. Memang anak-anak dia semua setahun beranak, setahun jarak. Dia akan menyusukan anak dia sepenuh masa sehingga berumur dua tahun kebanyakannya. Alhamdulillah, semua anak-anak dia besar jugak walaupun tak merasa susu formula.

Compare dengan IBU A, dia tak guna kaedah perancang juga tapi rezeki agaknya ALLAH bagi cuma tiga orang anak yang berselang jauh jugakla setiap seorang. Dengan kerja sebagai jururawat, pasti saja kesibukan masa bekerja menyebabkan anak-anak disusukan dengan susu formula.

Perbezaan pendidikan anak-anak, kedua-dua ibu telah mencuba sedaya upaya untuk menyekolahkan anak-anak mereka ke tahap yang tertinggi. Alhamdulillah semua dapat pendidikan yang terbaik sesuai dengan kemampuan masing-masing. Ada yang tersangkut tak sampai lah ke universiti tapi masih boleh membawa diri. Cuma IBU A agak terkilan dengan anak keduanya. Ntah dimana silapnya anak itu seakan tak mau mendengar kata. Mujur masih ada dua lagi anaknya yang rasanya boleh diharap.

IBU B setelah diperhatikan tak adelah anaknya yang masuk kategori terkilan tahap melampau. Cuma biasalah anak akan melakukan kesilapan pada masa-masanya. Mungkin terkadang anak itu lewat bangun solat Subuh dan macam-macam lah. Biasalah orang kan.
Time rajin dikata rajin, time lain mcm tu aa…

Dari segi masa tua, tika muda IBU A memang lapang. Boleh buat kerja dengan baik dengan dibantu pembantu rumah. Ada masa di rumah, boleh bersama dengan anak dan dua anaknya itu boleh dikatakan pelajaran mereka adalah hampir terbaik. Cuma bila anak sudah besar, yang masuk asrama, tinggal di asrama, yang dah berkahwin mengikut suami. Maka tinggallah dia memelihara anak kucing.

IBU B pulak, walaupun anak lelakinya kerja di tempat lain, anak perempuan berkahwin lalu dibawa suami ke tempat lain manakala yang masih belajar, tinggal di asrama. Namun begitu, satu pergi, datang pula yang lain menemani. Takde perancangan tapi alhamdulillah tidaklah dia keseorangan. Kalau merajuk dengan seorang anak, dia masih punya 10 yang lain lagi.

Jadi dimanakah sebenarnya punca kepuasan hidup. Sekarang ni, kesimpulannya beginilah, kalau ngko beranak, ngko jagalah anak tu bebaik. Bagi didikan yang tak berbelah bagi walau apa juga alasannya. Walau anak ramai, atau anak tak ramai, setiap yang beranak musti kene jaga anak baik-baik.

Kaedah merancang pula, bukan tak ada kaedah yang lebih asli tapi disebabkan gaya hidup kita sekarang menyebabkan ramai yang nak guna kaedah mcm pil2 perancang. Kesan kemudiannya ade yang kata badan mengembang lah, ade yang kata tak boleh beranak pulak lepas pada berhenti makan pil la. Macam-macam boleh kita dengar.

Anak itu siapa?
Kita mau kene ingat bahawa ALLAH telah menetapkan sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita. Dia mentakdirkan kita begini supaya kita tunduk dan patuh kepada Nya Cuma cara kita menerima nikmat dan dugaan juga menjadi titik tolak dalam menentukan kehidupan kita di hari kemudian.

mm…tu je lah sepatah dua dari saya ek. Moga ada sedikit manfaatnya…

Komen dari En Limbat yang menyebabkan saya nak melampirkannya di sini...

Menarik sekali topik ini cuma ianya agak kurang mendapat sambutan dari rakan2 sim..

Dalam pergaulan dengan kawan2, banyak jugak keluhan daripada mereka yang pernah merancang sama ada tak mahu anak awal, nak menjarakkan anak dsbnya.. Urusan mendapat anak tu sepatutnya kita serahkan secara total kepada Yang Memberi Anugerah. Biasanya apa yang kita rancang tidakkan sama dengan realiti. Ada yang mulanya taknak anak dulu, akhirnya terus diuji dengan tak dapat anak langsung. Ada yang cuba menjarakkan anak 2-3 tahun, dan jugak Allah tak beri mereka anak sehingga 10 tahun... Jarang sekali kita mendengar cerita mereka yang memang betul2 gembira dengan hasil "merancang" mereka. Cerita yang ditulis cik sitisifir memang banyak kebenarannya. Dan sebagai muslim yang berpandukan Al-Quran kita sepatutnya cuba memahami ayat berikut yang ada hubungkaitnya dengan hal di atas;

"...janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka..."(6:151)


"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu...."(17:31)


Sungguhpun ayat2 di atas ditujukan kepada jahiliyyah yang membunuh anak2 mereka dulu, namun dalam kedua2 ayat bahagian akhirnya adalah sama...iaitu Allah telah menetapkan rezeki masing2 untuk kita dan anak2 kita. Menggunakan pelbagai alasan terutama sekali alasan kewangan untuk tidak mahu anak ramai tentunya amat bertentangan dengan Al-Quran yang kita imani.

Wallahu A'lam & Wassalaamu'alaikum.

Monday, November 05, 2007

Adab-Adab Penyampai Ceramah

Bismillah,
Terlintas untuk mengulas sedikit tentang ini namun ingat ek, saye bukanlah juga orang terbaik namun sekadar nak memanjangkan ilmu di samping menambahkan ilmu buat diri sendiri. Terkenang zaman sekolah dgn dekat UKM dulu, bukanlah sampai tahap ceramah tapi pernah jugak la sesekali mengepalai usrah dan kumpulan-kumpulan kecil yang semacam usrah.

Pernah juga menjadi bidan terjun masa kelas saya 4 Sains 1996 ditugaskan menjaga surau pada satu minggu ni. Alkisahnya, satu malam tu ada perhimpunan semua budak sekolah dan kelas kami masih bertolak antara satu sama lain sape yang patut bagi tazkirah. Mau tak seram, satu sekolah beb…

Tapi, kalau dalam hal ni saya selalu berpegang, pelik2 dan takut2 pun ada benda yang terpaksa jugak kita harung dan saya bagaikan tak sedar masa mana saya bagi salam dan mengakhiri tazkirah tu. Tapi dengan keadaan takde basic dalam hal tu, maka saya tak pasti sejauh mana penerimaan budak sekolah time tu he he…

Ape taknye, time kelas lain conduct, saya juga seperti mereka yang lain. Nampak macam dengar dan nampak macam faham tapi ntahla kemana saya letakkan ilmu yang saya kaut di situ dulu. Bukan takde pekdahnya langsung sekolah kat situ namun hidayah kan ALLAH yang bagi? Walaupun sekolah tu dinobatkan sekolah agama namun penampilan masing2 time cuti sekolah membayangkan bahawa ada yang tidak cukup lengkap dalam jiwa masing2.

Tak kisahlah, sama ada kita menyampaikan ceramah, mengendalikan usrah, memberi tazkirah atau sekalipun dalam perbualan harian, saya kira adab di bawah ini adalah bersesuaian.

Tidak menyembunyikan kebenaran – Ya, berkata benarlah sekalipun pahit nye lah rasa. Kerana selepas dari itu, kita akan mengecap kemanisan yang takleh nk digambarkan di sini. Kemanisan kerana berkata benar. Sungguh, kita takkan kecewa jika kita mengelakkan diri dari menipu. Elakkan la walaupun kadang2 kebenaran sedikit memakan diri supaya pembohongan takkan menelan kita lebih teruk dari itu.
Menguasai dan mendalami ilmu fardhu ain – Memandangkan diri mungkin menjadi tempat rujuknya permasalahan terutamanya dalam hal keagamaan, maka jadilah kita orang yang bersedia dalam menyampaikan ilmu. Bagaimana nak menguasai ilmu? Kene lah rajin mencari, bertanya dan membaca. Libatkan diri dengan majlis2 agama moga kefahaman kita dipastikan betul.
Berlaku adil terhadap sasaran dakwah – Aha, sekalipun yang kita ceramahkan adalah orang yang dipandang besar dalam satu2 posisi contohnya dia ada level Dato’ sedangkan kita nak dipanggil Encik/Puan pun payah, kalau benda salah bagi tau lah salah. Juga perkara yang serasanya kita takut orang lain ambil kesempatan lebih dari kita maka janganlah runsing, ALLAH pasti akan membalasi kita dengan pemberian yang lebih lagi nantinya Insya ALLAH
Tidak memalukan orang tertentu – seboleh daya elaklah dari gunakan nama seseorang sebagai ikon yang tidak baik. Macam yang kita tau, mengata belakang nih kan berdosa. Malu la orang tertentu kalau kita macam melekeh-lekehkan dia pada orang lain kan?
Penyampaian penuh peringatan, nasihat dan tunjuk ajar – bukan di[enuhi dengan lawak tahap melampau. Nak melawak tu bukan tak boleh tapi biarlah berisi. Berusaha nak buat orang tak mengantuk sampai hilang isi adalah lebih merugikan.
Menginsafkan pendengar – gunakan ayat yang mampu menusuk jiwa, yang bak kata orang boleh memetik suis dalam jiwa seseorang. Sebagai orang yang bercakap-cakap, suis nilah yang paling payah nk dicari namun percayalah, jika kita bercakap tu dari hati maka ke hati jugalah sampainya nanti.
Tidak menimbulkan keraguan – ada satu kumpulan yang saya perhatikan, jika diorang ni nak bg tazkirah, mesti tinggalkan orang tu dengan persoalan. Buatnya orang tu mencari di tempat yang salah nak kata apa? Juga pastikan sumber yang kita gunakan adalah sahih jangan sampai orang faham dengan fahaman yang salah.
Sedia terima teguran – terkadang ada di majlis itu golongan yang lebih berilmu dan dia pula berani menyatakan kebenaran, seandainya terjadi kita tersalah menyampaikan maklumat, maka terimalah dengan sebaiknya dengan syarat ilmu baru yang orang sampai kan tu biarlah betul.
Jangan riya’ – orang yang biasa berceramah merasakan ceramah dia difahami dan disukai ramai. Ini bahaya sebab kes perasan he he… kemungkinan respon body tak sama dengan respon dari hati.
Membuat persediaan dengan baik – jangan sampai tercari2 apa yang hendak dicakapkan kerana ini akan menyebabkan orang tertunggu-tunggu dan kemungkinan minatnya untuk mendalami satu2 ilmu bakal terbantut.
Waras dan terbuka – kalau tak waras, mcm ne la pulak kan nk bagi ceramah dan kalau kita berfikiran tertutup maka susahlah beb orang nak mendekati kita.
Tegas – tak kira di tika mana pun, kita musti tegas. Jangan sampai pendirian kita diperkatak kodokkan.
Menyayangi – jika tidak menyayangi, maka kita mudah membenci. Orang yang disayangi musti menyayangi dulu. Sedang Nabi dulu tidak memilih bulu apatah kita yang ntah dimana tarafnya di sisi ALLAH.
Memahami – psikologi masyarakat memang berbeza2 namun cubalah memahami supaya lebih mudah kita menyampaikan sesuatu yang bermanfaat untuknya.

Rasanya setakat tu jelah yang nak dikongsi. Mungkin ada banyak lagi so kepada first timer yang masuk ke alam baru ni, kene la cari lagi point yang lain utk memperkasakan skill sedia ada. Moga ini membantu juga!!!

Feedjit


Bismillah,

Semakin hari semakin seronok pulak main dengan blog. Melangkah dari satu blog ke satu blog juga adalah satu kesukaan baru saya. Di kala kebuntuan takde aktiviti nak buat especially time report bulanan dah hantar dan time takde customer, saya suka menggodek2 apa yang boleh diletakkan dalam blog saya.

Hasilnya, sakit pinggang ha ha..balik umah aje, saya memerlukan beberapa minit utk meluruskan pinggang dan selalunya suami saya bagi extra time utk meluruskan pinggang ni. Mengandung kali yang ke empat ni saya dah jarang krem betis tapi selalu jugakla sakit urat. Tu pun sebab salah sendiri, kalau jaga postur tubuh dengan baik masa duduk dan rehat juga mencukupi insya ALLAH takde hal biasanya.

Sape yang mengikuti blog saya boleh ah memerhati perubahan demi perubahan kadang2 time saya rajin hampir setiap hari. Hari ni, saya tergerak nak tulis tentang Feedjit. Dari Feedjit ni saya dapat trace apakah yang membawa orang hingga boleh jumpa blog saya. Dari enjin cariankah, dari link mana2 blog kah atau dari mana.

Suka memang suka, namun disebalik ini saya rasa sedikit sesal dengan carian yang tak bermanfaat dari individu yang tidak berkenaan. Antara contoh carian adalah 'gambar lelaki rogol perempuan'...ish ada byk lagi, kalau nk try perati la kat laman blog sesiapa yang ada Feedjit ni.

Utk apa sebenarnya cari gambar macam ni? Saya cuba nk bersangka baik tapi mcm takde cara nk bersangka baik. Selain tu, ada yang pasal teknik melakukan seks pun pernah ada dan yang ganasnya carian diorang menemukan diorg dengan blog saya...Ahaks. Namun kebanyakan carian adalah menjurus kepada keibubapaan, kewanitaan, kekeluargaan dan antara yang paling mengharukan adalah carian utk mencari teknik mengatasi anak nakal.

Dunia kini hanya dihujung jari, sungguh benar kita mesti bijak mengawal atur penggunaannya. Bukan mengatakan saya bersih dan tidak pernah melihat perkara yang bukan2 dalam ni kerana mudahnya penggunaan internet ini menyebabkan kita harus memikirkan semula tebal nipisnya iman kita. Mungkin itu yang dikatakan dalam artikel melayari internet dengan kebersamaan ALLAH.

Subhanallah, banyaknya rasa godaan dunia. Mampukah kita melepasinya?

Monday, October 29, 2007

Lampin Kain Sekilas Pandang


Bismillah,
Ni kalau bercakap tentang hal lampin memang pelik. Saya pernah lah jugak pakaikan anak saya dengan lampin kain, tapi kalau time tersalah naik ruam kat area lampin tu. Saya pernah pulak terlihat sepupu suami saya memakaikan anak-anak dia lampin kain tu. Mungkin sebab kesempitan hidup, maka dia rela dengan cara itu. Baik beli beras dari beli diapers disposable.

Mm… Ustaz saya pernah juga bgtau yg terbaiknya adelah bg anak pakai kain lampin sebabnya, tak la anak kita duduk lama dengan najis. Bukankah itu cara yang lebih baik di mana kita menyucikan najis sesuai selepas dia selesai hajat dia. Tapi, kesudahannya, nampaknya dia pun pakaikan anak2 dia diapers disposable.

Juga lampin tak menyebabkan anak-anak kita yang baru mula bertatih berjalan mengengkang2 mengendong najis di tengahnya. Mm…kesian budak. Tu sbb anak yang dah reti tu elok ditanggalkan aja diapers disposable diorang. Mertua saya kata, dia even anak masih baby, kalau time nak buang tu, misal kata dia tidur, dia akan bergerak2.

Time tu la dia bawa anak dia ke lubang yang disediakan dan dia buat bunyi ‘shh..shh…’ sampai la anak dia tunaikan hajat. Orang dulu2 tak macam kita di zaman sekarang kan? Semua pun nak mudah. Padanlah anak2 zaman skang ni ada kesannya pada akhlak diorang ek? Aiyya, apa mau buat skang?

Actually zaman adik saya yang skang dah tingkatan dua dulu, dia masih merasa pakai lampin. Time tu, saya suka tgk mak kumpul koleksi pin untuk lekatkan lampin dia. Dulu2 lampin semua kaler putih tak macam skang ni dah macam2 paten ada. Untuk meningkatkan keselesaan dia, lapik kalis air tu digunakan. Dulu selalu tolong mak lipatkan lampin utk Ija (adik saya yang paling kecik).

Saya paling runsing kalau tercucuk perut Ija time pakaikan dia lampin. Pastu time nak jerut lapisan paling luar tu, mak saya selalu complain saya buat ketat sangat. Actually saya tanak nanti dia kencing bocor, dah saya lak kene basuh hehe…

Utk mak2 zaman skang kalau nak guna kain lampin, kiranya dah tak jadi masalah mana kan sbb mesin basuh ada tapi awas la, jgn senang2 terus masuk dalam mesin basuh tu. Takut tak cuci najis dia. Ni beberapa petua yang saya dapat dari omputeh punya ebook tentang cara mencuci lampin kain dengan baik :
Buang dulu kalau ada najis. Jgn la gi rendam najis2 dengan lampin lain yang tak hanya kena air kencing tu.
Rendam semalaman dengan air paip biasa tu. Campur setgh cawan baking soda. Haha, kali ni bukan nak jadikan lampin tu jadik kek ke kuih tapi nak jadikan bau2 hancing tu hilang. Rendam dalam 8 jam, atau senang semalaman aje…
Basuh dengan air panas. Bilas dulu yang kita rendam tadi, kemudian masukkan pulak air panas, kali ni dengan sabun dan sedikit lagi baking soda.
Bilas – dengan air sejuk dan sedikit cuka, ini adalah untuk melembutkan lampin tu dan utk seimbangkan pH dia.
Bilasan kedua – yang ni adalah rutin biasa. Guna air paip biasa tu jek.

Well, nampak complicated ek. Utk surirumah boleh la praktikkan. Satunya kita dah jimat la guna lampin dan satu lagi, elok utk kebersihan anak yang berpanjangan. Yg ketiganya, ni senaman secara indirectly, alah guna mesin basuh jugak tapi buat secara manual, ntah2 peluh tak sempat kluar.

Bau acem (masam)?
Memandangkan guna lampin ni kita tak basuh setiap kali lepas guna tapi kita peram sampai malam ke atau keesokan ari utk basuh makanya bau asam ni akan timbullah. Jadi utk mengurengkan bau yang tak menyenangkan ni, letak baking soda utk mengurangkan bau yang tak diingini nih.

Lampin dan ruam lampin
Ramai yang kata pakai lampin kain ni senang kene ruam lampin. Caye ke? Omputeh siap buat kajian mengatakan pakai diapers disposable lagi senang kene ruam lampin. Bayangkan kenaikan 7.1% kemungkinan kene ruam lampin kepada 61% masa pakai diapers disposable.

So, kalau anakanda kita pakai lampin kain kene jugak ruam lampin, adelah tu yg tak kena dengan cara kita handle. Sama ada kita lambat salin pampers anak atau kita guna peluntur yang banyak kat market tu sampai kain lampin tu rosak. Guna sabun yang berlebihan juga menghalang serapan lampin tu.

Aiyya, Puan Siti, sibuk2 pasal lampin kain ni ada plan ka mau tukar diapers disposable ke kain lampin? Yupp, saya ada misi utk anak saya yang bakal lahir nanti. Sehingga dia boleh merangkak, saya nak cuba pakaikan dia dengan kain lampin. Selepas dia mula nak buas sikit, barulah pakaikan diapers disposable tu. Moga ada kekuatan untuk melakukan ini, amin!!!

Sebabnya? Bayangkan
kesihatan anak (ada orang kata ala macam tuala wanita tu guna habuk2 kayu jek lampin ni akan membahayakan budak kan? Dan boleh juga elak anak mengangkang sikit kaki dia)
dari segi kebersihan lagi (well umi dia kene rajin la salin pampers dan mungkin petua mertua saya di atas mungkin patut difikirkan supaya anak selalu berada di dalam keadaan yang suci sesuai dengan kelahirannya yang tiada dosa)
penjimatan duit (diapers disposable satu tu kita melabur RM 0.50 sekurang2nya kecuali kita beli yang ala2 kokak tu sikit tu pun kalau kulit anak kita tak leceh)

Wednesday, October 24, 2007

Berita Gumbirak!!!


Assalamualaikum,
Ni dah kira pengumuman untuk semua yang mengenali saya. Alhamdulillah, semalam saya telah dikhabarkan oleh tuan kedai tempat saya nak buka kedai spek bahawa kedai saya dah boleh mula renovate. Saya jadi takleh tidur bermula malam semalam lah sebab excited sangat nak fikir apa langkah2 yang saya perlu saya atur satu persatu supaya semua urusan selepas2 ni berjalan dengan baik.

Berpindah ke Parit Buntar tidak hanya mempengaruhi persekitaran bekerja saya, malah akan ada kesan kepada keluarga saya juga. Selepas ini, buat permulaannya juga kami suami isteri akan melihat anak-anak membesar sendiri di depan mata. Alhamdulillah, ada juga antara impian saya yang tercapai. Dah lama bangat tunggu detik seperti ni. Alhamdulillah...

Juga kepada yang turut mendoakan untuk kami, terima kasih atas doa dan pertolongan kalian yang lain. Sesungguhnya pertolongan ini tidak dipandang sedikit oleh kami. Malah ALLAH SWT pasti akan membalasinya dengan sesuatu takdir yang lebih baik kepada kalian kami doakan.

Banyak nampaknya yang mahu saya fikirkan selepas ini. Pasti blog ini akan tersadai buat seketika kecuali saya merasakan fikiran saya terlalu sesak hingga saya memilih untuk menulis blog sebagai cara menenangkan jiwa nan gelora. Mmm...Doakan kami lagi eks.....

Tuesday, October 23, 2007

Tips Meningkatkan Keyakinan Diri



• Sayangi diri sendiri
o Pernah dengar, “Macam mana orang nak sayang kita kalau kita tak sayang diri sendri?” memang betul pun kan ungkapan ni. Apa lagi yang orang mampu buat kalau kita sendiri tak sayang diri. Macam mana caranya nak saying diri sendri? Kalau susah, bayangkan begini. Kita ada orang yang kita sayangi, apa yang kita takmau dia lakukan maka janganlah kita lakukan perkara yang sama. Sebenarnya tak sama menyayangi diri sendiri dengan menyayangi orang lain. Anda akan lebih menyayangi yang lain jika anda menyayangi diri sendri.
o Pernahkah memeluk diri sendiri? Cubalah setiap kali sebelum tidur dan sesudah bangun tidur. Rasanya kaedah ini akan berkesan. Semasa memeluk, hayatilah kasih sayang yang keluar dan meresap masuk semula ke hati sanubari kita.

• Melihat ke dalam cermin
o Malu tak tengok cermin? Ahaks, I’m a kind of this grup. Saye malu ho nak ngadap cermin. Especially kalau orang ada sekitar saya. Tapi mulai hari ni rasanya saya mahu belajar melihat cermin. Sebab dikatakan, dengan melihat cermin dan memberikan senyuman untuk penampilan diri sendri adalah satu sumbangan besar. Ini menunjukkan kita bangga dengan apa yang telah diberikan kepada kita. He he, esok2 kene la saya beli cermin sebab dalam umah ni ade satu jek. Tu pun kecik dan sangat jarang digunakan. Kalau suami saye nak adjust misai dgn jambang dia jek guna..ha ha…

• Buat sesuatu yang menggembirakan
o Ayat ini sangat subjektif. Apa saja yang menggembirakan. Anything!!! Jika kita gembira menanam, maka tanamlah apa yang boleh ditanam. Kalau anda gembira membaca buku, maka ia adalah kegiatan yang berbaloi untuk dilakukan.

• Dengar kata2 sendri
o Takde sape lagi yang memahami diri kita melainkan diri kita sendiri. Orang lain mungkin boleh mengadili kita tetapi, mungkin mereka tak mengenali diri kita seperti mana kita mengenali diri sendiri. Dengarlah kata hati dan naluri sendiri kerana kebanyakan daripadanya adalah benar dan pedulikan apa juga yang orang lain bakal kata. Mereka belum tentu mahukan yang terbaik buat kita.

• Bercakap dengan diri sendrik
o Pada masa tertekan, bercakaplah dengan diri sendiri. Dengan diri sendiri, kita bebas berbual apa sahaja. Cuba kata pada diri sendiri bahawa bertuah menjadi diri sendiri. Hargai semua kemajuan dan peningkatan yang telah diri kita lakukan.
• Buang yang negative
o Sekiranya rumah bersepah, kemaskan. Sekiranya kerja tidak selesai, maka selesaikan. Sekiranya kawan kita sering berkata yang negative, beritahu dengan baik bahawa kita tak maukan ini. Pendek kata kalau ada sesuatu yang negative, cuba buangkan.

• Ambil yang positif
o Jangan paksa diri buat benda yang diri sendiri tak suka. Jika gembira untuk menjahit, maka carilah sesuatu untuk dijahit. Sekiranya anda suka untuk bergambar, maka bergambarlah.

• Jauhkan bergossip
o Tak kira walau seronok mana sekalipun bergossip, tinggalkanlah kerana bila kita berkata buruk tentang orang, perkara yang sama mungkin akan berlaku kepada kita

• Berlaku jujur
o Jujurlah dengan diri setiap masa. Sekiranya ada sesuatu yang anda tak suka, maka terimalah. Jika ada sesuatu yang kita tak mau melakukannya sekarang, dan perkara itu tidak memudaratkan keselamatan dan kesihatan kita, maka tangguhkanlah perkara itu di lain masa. Sama juga dengan ada perkara yang kita suka lakukan, maka lakukannya selagi ia tidak menyakiti orang lain. Jika anda rasa diri anda bagus, enjoy dengan perasaan tu sekalipun atas sebab yang tak jelas.

• Bertanggungjawab
o Tunjukkan sikap tanggungjawab pada semua tindakan kita sendiri. Jangan buat orang lain menanggung kesalahan yang kita buat. Sekalipun itu kesalahan, anda akan lebih lega berbanding dengan menanggung rasa bersalah seumur hidup kita. Jangan menggalas tanggungjawab orang lain hanya kerana anda merasakan anda perlu melakukannya.

• Hadapi semua kenyataan
o Jika kita berasa tidak selamat, tidak pasti, takut2, pergi ke dalam diri sendiri. Sebagai contoh, sekiranya anda gugup menjadi seorang peguam, yakinkan bahawa anda adalah seorang peguam yang baik. Kalau bukan hari ini, esok anda masih perlu menjadi peguam yang baik.

• Rajin mencuba
o Ada kala percubaan pertama tak menjadi. Kesilapan boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Belajar dari kesilapan yang telah kita lakukan kerana itu adalah guru terbaik buat kita. Suatu masa, kita akan mengetahui bahawa kejayaan yang kita buat adalah kejayaan paling bermakna buat diri sendiri.

• Hargai penghargaan orang
o Jika anda telah melakukan sesuatu yang bagus dan orang lain menghargainya, terimalah penghargaan itu dengan ungkapan terima kasih. Mengertilah, mereka menghargai kita kerwana mereka betul2 menghargai kita atas apa yang kita lakukan.

• Berdiri dengan rasa yakin
o Posting badan kita hendaklah menunjukkan keyakinan diri. Berdiri tegak, jgn membongkok, luruskan bahu dan tegakkan kepala. Senyum akan membuatkan diri anda lebih yakin.

• Beramah mesra
o Beri salam kepada orang terutamanya yang dikenali. Sapa siapa sahaja yang anda kenal. Berikan senyuman supaya orang akan membalasinya dengan senyuman juga. Kita akan berasa gembira sekiranya orang senyum kepada kita.

• Jangan katakan tidak
o Bila kita rasa kita tak boleh buat, sebenarnya kita takut utk berkata ya. Sekali berkata tidak, maka itu menunjukkan kita belum cukup yakin dengan kemampuan diri sendiri. Sekalipun belum pernah mencuba lagi untuk melakukan sesuatu, katakan bahawa anda boleh melakukannya kerana ini lebih memberi inspirasi berbanding mengatakan tidak.

• Aktifkan diri
o Kalau sekalipun anda takde pekerjaan, jangan hanya duduk tanpa membuat sesuatu. Carilah sesuatu untuk diusahakan supaya masa kosong tidak merosakkan diri anda.

• Happy foods!!
o Makanlah makanan yang menggembirakan seperti coklat, strawberi, lemon, aiskrim dimana makanan seperti ini akan meningkatkan kandungan serotonin di dalam otak dan akan menimbulkan perasaan gembira pada diri.

• Hadapi ketakutan
o Orang yang dipandang paling berani juga sebenarnya bermula dengan takut. Ketakutan hanya boleh dilawan jika kita berhadapan dengannya. Sebagai contoh, bercakap di khalayak ramai dilihat menakutkan namun jika anda berjaya melakukannya, anda akan bangga dengan diri anda sendiri.

• Optimistic
o Setkan gol yang perlu anda tuju. Bertatih dari awal untuk mencapai tujuan itu. Seperti bayi, bayi tidak melangkah terus dengan langkah yang betul.

• Bertanya soklan
o Jika kita risaukan sesuatu, jgn cepat menyalah kan diri sendiri dengan soalan-soalan yang menyusahkan diri sendiri. Sebagai contoh anda telah membuatkan seseorang marah, jgn menyalahkan diri dengan soalan, “Kenapalah aku buat dia marah?”, tetapi sepatutnya anda bertanya soalan yang lebih positif seperti, “Apakah yang boleh aku lakukan untuk mengeratkan semula hubungan yang dah rapuh ni?”.

• Belajar
o Terimalah yang tidak semua yang kita rancangkan akan jadi kenyataan. Terima kesalahan dan penolakan orang sebagai sesuatu yang perlu kita lalui untuk mencapai tahap yang lebih baik. Jadi belajarlah sebanyak boleh.

• Senaraikan
o Cuba senaraikan setiap sesuatu kebolehan anda dari ‘Saya boleh melipat kain dengan kemas’ hinggalah ‘Saya boleh bercakap dengan baik depan khalayak ramai’. Setiap kali anda teringatkan sesuatu kebolehan anda ini, senaraikannya dalam senarai yang sama. Tiba masanya anda rasa kecewa dengan diri sendiri, ambil sedikit masa untuk membaca senarai itu. Secara tak langsung anda akan mengelakkan dari merasakan diri sendiri tak ada gunanya.

• Membantu
o Banyak caranya untuk membantu mereka yang memerlukan. Sekiranya kita dapat membantu orang lain, pastinya kita akan dapat meningkatkan juga keyakinan diri kita sendiri. Sebagai contoh, membelikan sepeket beras buat teman kita yang diketahui memang kurang berkemampuan. Ini adalah satu cara untuk menggembirakan diri sendiri dengan menggembirakan orang lain terlebih dahulu. Kadangkala pertolongan kecil lebih bermakna untuk meningkatkan keyakinan diri kita sendiri.

• Tunjukkan jalan
o Fikirkan sesuatu yang anda benar2 mampu untuk buat. Cari sekumpulan kecil yang berminat untuk melakukan perkara yang sama dan jawab soalan-soalan mereka dengan baik. Sekiranya tidak menjumpai kumpulan itu, mungkin anda boleh memulakan satu kumpulan untuk mengusahakan perkara ini.

Sunday, October 21, 2007

Mendidik Anak Menunaikan Perintah Allah SWT


Budak jika kita biasakan dia dari kecil lagi menunaikan perintah ALLAH SWT saya kira tak akan menimbulkan kekekokan di masa-masa akan datang. Seperti kata pepatah, lentur buluh kalu, biarlah dari rebungnya. Mm..saya tak pernah tengok rebung tapi saya faham lah rebung tu mungkin buluh masa kecik2 he he…

Bila dah tua, buluh akan jadi keras tu pasal kita tak pernah jumpa lemang bengkok kan? Sbb buluh yang digunakan untuk masak lemang selalunya lurus. Begitulah halnya hati kita, jika tidak diasuh semasa masih muda, maka dia akan keras dengan sendirinya. Bila dah keras mcm ni aaa….

Kanak-kanak pada usia ini hendaklah dilatih dan dibimbing oleh kedua ibu bapanya supaya menunaikan segala perintah Allah SWT terutamanya perintah-perintah yang wajib seperti
• solat lima waktu – solat lah jemaah bersama2, dengan cara ni anak2 akan kenal masa mana perlu solat. Sekalipun dia kecik, sekurang2nya dia tau parents dia nak solat. Ajar dia jgn lintas depan orang solat. Kalau dia nampak dah pandai utk ikut2, boleh la bentangkan sejadah utk dia. Bg anak lelaki pakai kopiah dan anak perempuan bagi telekung. Bila dah sentiasa diamalkan akan jadi tabiat yg baik…
• berpuasa di bulan Ramadhan - ajak dia sahur, ajak dia berbuka bersama. Terangkan dgn bahasa yg mudah difahami tentang kelebihannya berpuasa. Saya pernah tunjukkan Asmaa’ gambar orang yang nampak mcm kelaparan kat dalam paper. Kemudian saya cerita kata tu pasal kita puasa. Nak mengenang orang lain yang lebih susah dari kita. Tapi Asmaa’ sangat sentimental, berulangkali dia kata kesian.
• menutup aurat – skang ni budak dalam pantang pun dah ada saiz tudung dia. Saya pernah jumpa pun punya la cute. Asmaa’ takla seawal tu. Utk Usamah, saya sll carikan seluar yang boleh menutup lutut dia. Asmaa’ pun dah kekok kalau pakai gaun tak pakai seluar panjang.
• bercakap benar – Uuu..bab ni, kalau nk cerita pasal anak sendiri adus memang susah he he.. asmaa’ skang dah pandai bercakap. Popet sana, popet sini, mcm2 dia cakap. Dah jadi bahan ketawa kitorg. Selalu ngadu Usamah buat yang bukan2. tak pasti jugak yang mana betul dengan tidak melainkan kitorang tgk sendiri. Apapun, semua yang ada bersama sll ingatkan jgn tipu.
• akhlak-akhlak yang terpuji – anak-anak ibarat kain putih, kitalah yang akan mewarnakannya. Semoga kita menggunakan warna yang sangat baik untuk anak-anak kita.

Ini supaya mereka terbiasa dan dapat membentuk diri mereka ke arah keredhaan Allah SWT sehingga dewasa. Ibadah dan amalan ini akan menjadi benteng bagi mereka dari maksiat dan kemungkaran seterusnya meletakkan diri mereka sentiasa berada dalam pemeliharaan dan rahmat Allah SWT sepanjang masa.

Firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 132:

Maksudnya : “Maka kendaklah kamu (ibu bapa) memerintahkan kepada ahli keluarga kamu supaya mendirikan solat dan bersabarlah dalam melakukannya (menyuruh melakukan solat tersebut)”.

FirmanNya lagi dalam Surah Al-Ankabut ayat 45:

Maksudnya : “Demi sesungguhnya solat itu akan mencegah pelakunya daripada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar ".

Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya : “Ajarkanlah anak-anak kamu mengerjakan solat jika mereka sudah berumur 7 tahun, dan pukullah (apabila tidak mahu solat) jika mereka sudah berumur 10 tahun”. [Riwayat Hakim]

Sabdanya lagi, Maksudnya : “Puasa itu adalah benteng (dari melakukan maksiat dan mungkar)”. [Riwayat An-Nasaei]

Saya tidaklah belajar agama sampai tinggi sangat namun saya merasakan akhlak terpuji sahajalah yang akan menyelamatkan semua dari malapetaka dunia dan siksaan di Akhirat kelak. Hidup dalam agama bukan bermakna kita taksub. Tapi, sekiranya kita dah menjadikan agama sebagai cara hidup, kita tak akan kesusahan…Insya ALLAH.

Good Philosophy

Thursday, October 18, 2007

Tak Kira Nak Boikot Jugak!!!


Advanced computing products and the great range of benefits they bring to people and businesses worldwide


Women's lingerie from Playtex, Gossard, Wonderbra


Starbucks Corporation is a coffeehouse chain based in the United States. Named after the first mate in the novel Moby-Dick, Starbucks is the largest coffeehouse company in the world[1], with 7,521 company-owned and 5,647 licensed stores in 40 countries, making a total of 13,168 stores worldwide.[2] Starbucks serves drip brewed coffee, espresso-based hot drinks, other hot and cold drinks, snacks and items such as mugs and coffee beans. Through its Starbucks Entertainment division and Hear Music brand, the company has ventured beyond refreshments into books, music, and film. Many of these products are seasonal or specific to the locality of the store. Starbucks brand ice cream and coffee are also sold at grocery stores


Corporate site for the Golden Arches serving such favorites as Egg McMuffin and Big Mac sandwiches and french fries for lunch and dinner.


Footwear, Outerwear, and Luggage - Since 1973.


Nokia is the world's leading mobile phone supplier and a leading supplier of mobile and fixed telecom networks including related customer services.


[French] supply ladies intimate apparel, men’s underwear and socks

Satu Penerbangan


Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu – Kubur dan Akhirat.

Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam Sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui - Al-Quran dan Al-Hadith.

Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.

Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas – kesudian Pencipta kita.

Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.

Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone,tetapi air mawar dan cendana.

Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam.

Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailahaillallah'

Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

Di mana layanan di dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi Tanah Perkuburan.

Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan red carpet, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam,tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang di idamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.

Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh. Dimana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawah nya atau Neraka Jahannam.

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings!) anda tidak akan dihabiskan

Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan

Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya…

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan,anda telah hilang selera bersuka-ria.

Jangan bimbang tentang tempahan…,ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

Ya!!! Berita Baik…!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini.Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh..!!

HaNyA iNgAt!!

Penerbangan ini datang tanpa ‘AMARAN'.
Cuma perlu ingat!!
Nama anda telah ditempah untuk penerbangan ini…

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

SUDAH KAH ANDA BERSEDIA UNTUK PENERBANGAN INI????


Ulasan Tuan Rumah : Kematian adalah sesuatu yang sentiasa menakutkan
kecualinya stiap kita mempunyai bekalan yang mencukupi untuk mengharunginya...

Sunday, October 07, 2007

Mendidik Anak Menghafaz Ayat-Ayat Lazim


Bismillah,

Seperti yang diketahui, al-Quran adalah sebuah kitab yang menjadi rujukan utama setiap dari kita. Bukan setakat dalam masalah agama semata-mata tapi semua hal. Maklumlah agama ini syumul. Orang yang fikirannya sempit je yang kata Islam sebagai sempit. Ya benar, Islam ada banyak sekatan tapi tidakkah mereka2 itu berfikir bahawasanya itu utk keselamatan kita.

Balik pada Al-Quran, bahawasanya, kitab mulia ini akan dipelihara oleh Allah SWT dari sebarang perubahan dan gangguan. Jadi, kitab yang paling suci dan diakui oleh semua orang pun bahawa ia adalah kitab paling sempurna untuk diikuti. Begitu juga orang yang belajar, mengajar, membaca, menghafaz, menjaga, memelihara dan mengamalkan Al-Quran akan dijaga dan diberikan rahmat oleh Allah Taala.

Maka ibu bapa perlu mengajar anak-anak membaca Al-Quran kerana ia adalah di antara hak dan tanggungjawab ibu bapa ke atas anaknya. Seswai dengan firman Allah Taala dalam Surah Al-Israk ayat 82 :

Maksudnya : “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya”.

Ibu bapa juga perlu menyuruh mereka menghafaz surah-surah dan ayat-ayat lazim supaya lidah mereka fasih membaca Al-Quran, diberi rahmat, cahaya dan perlindungan serta dijaga daripada kejahatan zahir dan batin. Seorang sahabat saya yang saya memang rapat sangat dengan keluarga dia. Salah seorang adik dia ditawarkan masuk sekolah sains. Mak ayah dia hanya benarkan kalau budak tu nk menghafaz sendiri ayat-ayat lazim. Kalau tak kene belajar sekolah agama.

Sekolah agama taklah sempit mana sebenarnya. Banyak org nampak, masukkan dalam sekolah agama, ko kluar jadikla cikgu (ustaz ustazah). Sape ek kate? He he..Saya rasa saya sekolah ala2 agama jugak la. Tapi kluar leh lak jadik optometrist. Bukan takde sekolah agama yang ada aliran lain. Again, agama tidaklah sempit.

Sekalipun sekolah agama rakyat, saya tak memandang bahawa ilmu agama semata2 yang dipelajari tu sempit. Tapi para pemikir nih sebenarnya musti mempunyai ilmu yang kuat. Takyah la banyak, saya bg contoh antara yg glamer Ustaz Zaharuddin kita. Dia kene kaji bab2 perbankan seblom jawab soklan2 orang. Tu pun org kata belajar agama masih sempit lagi? He he...

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Hijr ayat 9 :

Maksudnya : “Sesungguhnya Kami (Allah Taala) telah menurunkan Al-Quran ini dan sesungguhnya Kami jugalah yang akan menjaganya”.

Rasulullah SAW bersabda :Maksudnya : “Al-Quran adalah pemberi syafaat dan kitab yang wajib diyakini (kebenarannya), barangsiapa yang menjadikan Al-Quran di hadapannya, Ia akan memandunya ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkan Al-Quran di belakangnya pula, Ia akan memandunya ke neraka”. [Riwayat Baihaqi]

Sabdanya lagi, Maksudnya : “ Sesungguhnya orang yang di dalam rongganya tidak melekat sesuatu ayat Al-Quran, maka ía laksana rumah yang runtuh”. [Riwayat Ahmad]

Seperti yang diriwayatkan dalam sabda Nabi di atas, tanpa menghafal mana-mana ayat Al-Quran, kita ibarat rumah yang runtuh. Ya..rumah yang runtuh gunanya apa? Hampir tak ada gunakan? Mungkin jugak jadi sarang tempat sampah2 masyarakat buat keje tak senonoh? Mungkin...

Tak salah kalau kita mengajar anak untuk menghafaz ayat-ayat Quran. Jiwa mereka ini takkan sama dengan mereka yang leka dengan lagu2 Rock. Secara umumnya, unsur negatif senang bangat mengalir dalam naluri anak kita. Tak yah jauh, anak saya nan berdua Asmaa' dan Usamah sehari dua lepas dah bawak balik lagi,"Angguk-angguk, Gelek-gelek.."

Rasa nak ketawa jek sebab salah kan. Jenuh la tiap kali dia nyanyi kene jadi blocker bgtau benda tu tak elok. Berhibur bukan salah, tapi kene tau hiburan mana yang paling menepati kehendak jiwa. Jika dilalikan dengan angguk-angguk, geleng-geleng makanya jiwa mereka mungkin tidak akan dapat makanan rohani yang memadai sehinggakan dia menjadi keras dengan sendirinya.

Jadi, sape yang ada idea bagaimana utk mengajar anak menghafaz, silalah bg cadangan ek. Saya akan top up dalam ruangan ini nntnya. Cuma satu dua yang terulang di fikiran saya adalah :

1. Kita sendiri kene membaca dan menghafaz. Tidak hanya ketika anak besar, tetapi semasa masih dalam kandungan lagi. Biasakan mereka dengan mengaji. Jika dibiasakan maka kebanyakannya akan terhafal sendiri bukan?

2. Alunkan ayat-ayat Quran pada radio, komputer. Banyak bukan alat2 mcm ni untuk halwa telinga. Tapi kalau pasang ayat Quran tidak hanya telinga mendapat bahagian, jiwa akan turut mendapat makanannya.

3. Guna kaedah yang biasa dibeli di kedai2 atau tya pada cikgu2 tahfiz. Hantar seorang dua anak kita menjadi hufaz semoga dia menjadi anak yang akan turut menjaga ahli keluarga tidak hanya dari ancaman dunia tapi gangguan api neraka juga. Memang kadangkala mahal utk membeli alatan2 kemudahan ini namun, bukan murah juga utk mendapat anak yang soleh.

Okeh, semoga ada manfaatnya buat yang membaca... :)