Showing posts with label Pengurusan Duit. Show all posts
Showing posts with label Pengurusan Duit. Show all posts

Monday, July 04, 2011

Bisnes Ringkas Tapi Untung Cepat

Bismillah,



Saya tidak pernah buat ini tapi ini yang diajar oleh otai2 bisnes :

  • Cari 20 k - which is hard to find, saya dah tak sanggup berhutang even RM 10. Sedang dalam proses untuk melangsaikan semua hutang yang ada dan sementara itu hidup bersederhanalah kami. 
  • Beli produk dengan modal RM 10 ~ dapat lebih kurang 2000 unit - make sure produk itu boleh dijual dengan harga RM 25-30, tidak bersaiz dan senang dijual
  • Jika mampu, buat katalog atau senangnya usahakan secara online
Masalahnya adalah apabila nak menentukan apakah produk yang nak dijadikan barangan jualan tu. Anda ada cadangannya??



Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)

Thursday, September 02, 2010

Cek Tak Laku

Bismillah,

Nombot satu, saya nak bgtau..saya bukan pandai mana pun nak cakap pasal cek tak laku ni. Cuma saja nak share sikit je pasal ni. Saya pegang cek ni pun semenjak ada kedai...kalau takde kedai maka takde la kot pegang cek ni. Satu lagi saya takde kad kredit pun. Takut hilang keseimbangan kawalan diri.

Cek taku laku ni adalah cek yang dikeluarkan oleh pemegang akaun tapi cek tu ditolak dan dikembalikan oleh bank jika :
  • ia dibuat dari akaun yang tak cukup - sebagai contoh, orang ni dia ada rm3 je dalam akaun tapi dia gi buat cek rm 30, maka cek dia tu tak laku la kan...
  • ia dibuat dari akaun yang ditutup (blacklist atau muflis)
So, apa akibatnya kepada org yg bg cek tu kalau cek yang dia bagi kat orang tak laku :

  • dalam tempoh 12 bulan, jangan sampai 3 kali keluarkan cek tak laku. Kalu berlaku jugak maka pemegang akaun tak boleh kendalikan akaun semasa dia dari 6-24 bulan bergantung kepada tahap kesalahan
  • hubungan antara pengeluar dengan penerima cek terjejas
  • boleh menjejaskan penerimaan cek sebagai kaedah pembayaran - let say sblm ni satu2 kedai terima cek sebagai bayaran tapi bila ada kes2 mcm ni, langsung dia tanak terima cek dah
  • bank akan kenakan penalti kepada pengeluar cek - kalau dia bgtau kepada pemilik akaun yang cek yang dia keluarkan tak cukup duit maka orang tu akan dikenakan penalti :|
Itu aja mau dikongsi saat ni...tak sabo2 nak tunggu cek Nuffnang ni :P 

Saturday, December 26, 2009

Kenapa Mesti Boros?


Bismillah,

Saya tidak tulis ini untuk menuding jari kepada sesiapa. Ia hanya terlintas apabila saya terjumpa satu keluarga di Econsave tadi yang troli mereka penuh!! Saya belum pernah nampak troli orang yang shopping kat situ sepenuh itu. Kalaulah saya yang jenis suka tulis sebelum beli ni, pastilah berjela panjangnya 'list to buy' saya.

Sempat terjumpa mereka di satu bahagian rak, dengan laju menyorong troli sambil sebelah tangan capai barang tanpa membezakan antara jenama ini dan itu, yang manakah lebih murah. Sudahla tadi saya tidak membawa list saya. Terasa terjangkit dengan kelakuan mereka itu. Jeleskah?? Ye lah kot..kadang2 kita akan rasa hairan kenapa ya orang itu boleh senang berbelanja sedangkan kita telek habis2an satu2 produk seblom beli.

Mungkin juga mereka itu beli barang keperluan mereka. Itu saya tidak tau...keluarga yang mempunyai anak yang dah besar2 pastilah lebih arif dalam mengatur perbelanjaan mereka kan? Kita sepatutnya berhati2 sebab boros adalah satu tabiat yang buruk. Tambahlah di zaman eko-no-money nih. Keborosan akan menjadi punca utama inflasi. Bila kita beli barang melebih2, ia akan meningkatkan permintaan. Bila permintaan lebih banyak dari penawaran, maka harga barang pun senang2 la naik.

Rambang Mata
Hihi..memang aa rambang mata. Semalam saya ada tetamu dan tengok2 takde benda nak jamu. Naseb jugak terjumpa dengan biskut Munchy yang dalam peket (ada org bagi) yang saya sorok dari pandangan anak2 saya. Ahahaha...bukan kedekut ma...bajet nak bawak travel la konon. jadi tadi ingat nak beli biskut..sekadar tengok biskut pun saya rasa rambang mata.

Terasa nak amik Chipsmore lah, pastu ntah jenama ntah hape2 yang kuantitinya sikit tapi harga dalam RM 3-5. Alih2 bila fikir panjang, saya amik biskut gula dengan biskut marie aje...tapi biskut marie tu 2 peket la. Ahaha...lepas ni sape yang datang umah saya, korang tahu la ek aa yang saya nak jamu.

Sepatutnya kita takleh nampak sedap, terus sambar. Biskut takpe lagi la weih...kalau baju tak ke kopak nanti?? Nampak cantik je sambar...Patutnya kita fikir dulu keperluannya kepada kita. Jangan sampai kita jadik hamba duit. Dah le lepas tu bayar pakai kad kredit... Kalau ikut nafsu satu mega mall kita nak beli kan?

Suka Bersaing
Alah...yang mcm dalam drama sll tunjuk tu lah. K.Pah sebelah rumah beli tikar mengkuang, kita gi beli karpet... yang overnya kita..ahahaha... Kalau ikut saya, tiap ari nampak orang beli perabot besar2, barang letrik mahal2, aksesori keta yang canggih2...tapi kami dok la tahap tu aje..sob sob...tido pun pakai toto aje. Sape la yang tak teringin tido atas katil kan...sob sob... Jgn lah nnt bila dah senang sikit dari hari ni, saya jadi tamak...

Branded Concious
Saya suka beberapa customer saya yang apabila mereka cari bingkai yang branded, alasan mereka adalah kerana kualitinya. Itu adalah alasan yang baik untuk mendapatkan barangan yang berjenama. Tapi kalau sekadar nak melawa2, baiklah lupakan aje...sian kat dompet kalau takde duit nanti. Bukan tatau, harganya pun bukan main2. Ada tau orang buat spek dengan saya pada harga RM 2700...tapi yang beli 300-400 pun boleh guna juga. Macam Kancil bukan taklh bawakkan tapi kalau dapat naik Waja sedap la sikit..

Ok aaa...tu je la kot ek...membebel bagai unggas di rimba daku arini..

Thursday, October 22, 2009

Jangan Buang Benih Wang


Bismillah,

Saya bukanlah orang yang patut untuk bicara tentang pengurusan kewangan ni. Ini adalah kerana saya adalah orang yang masih di tahap 'cukup makan'. Tapi saya cukup suka bila sampai masa saya boleh gunakan benih wang yang saya maksudkan ini. Seorang pengurus kewangan menyatakan duit RM 1 adalah benih wang.

Kenapa RM 1 ini dikatakan sebagai benih wang? Ini adalah kerana tanpa RM 1, RM 999 tidak akan menjadi RM 1000. Dan apabila kita katakan RM 1 ini sebagai benih, maka selalunya dari benih inilah yang akan kita gunakan sehingga ia membiak menjadi pokok.

Bagi diri saya pula, benih wang saya hanyalah duit syiling sahaja. Pantang ada duit syiling yang saya dapati selepas membeli keperluan dapur, saya akan simpankannya dalam tabung. Apabila tabungan itu penuh, maka ada beberapa pilihan pula buat saya. Sama ada saya gunakannya untuk kebaikan anak2 atau saya tebalkan muka pergi ke bank dan biar pegawai bank itu masukkan ke dalam mesin mengira syiling sehingga satu bank tengok kat saya sebab bawak duit syiling untuk bank in.

Namun antara dua pilihan itu, saya lebih gemar meletakkannya ke dalam bank simpanan Pewani Bank Islam saya. Bukan apa, akaun ini menghadkan jumlah yang saya boleh keluarkan. Pengeluarannya pula hanya boleh dilakukan sebulan sekali sahaja. Maka saya betul2 pejam mata dari melihat nilai di dalamnya.

Pun begitu, adalah amat memuaskan hati andai saya dapat belikan sesuatu kepada anak2. Seperti baru2 ini saya beli dua almari plastik. Ia bukan hanya menyediakan ruang untuk meletakkan buku untuk anak2, kini saya punya lebih masa dengan mereka kerana jumlah kain yang perlu dilipat hanya sedikit sahaja. Malah sekalipun jika saya tidak melipatnya seminggu, kain yang tidak dilipat masih tidak memenuhi satu raga. Memang berbaloi....

Saya juga menyediakan satu senarai apa yang saya teringin beli yang jumlahnya di bawah RM 100. Setiap kali jumlah duit syiling ini dikumpulkan, saya akan beli mengikut keutamaan. Saya amat menyukai tabiat ini malah kini suami saya juga akan turut mengeluarkan syiling dari koceknya untuk dikumpulkan sama2.

Jika menurut pengurus kewangan, pastilah mereka akan nasihatkan saya untuk melaburkan duit ini ke situ dan ke sana tetapi saya memilih untuk terus begini. Mungkin bagi sesetengah orang tindakan saya ini kurang bijak namun saya sukakan produk yang jelas halal dan haramnya. Saya susah untuk memahami term2 di dalam ekonomi maka jika ada yang datang untuk promote itu ini kepada saya, saya akan terus2an buat muka blurr...Bukan sengaja, tapi saya memang blurr.

Bagaimana benih wang untuk anak2 saya pula? Sebenarnya saya selalu ceritakan ini tetapi tak apalah, biar saya ulang lagi. Saya akan bank in RM 10 untuk anak yang berumur setahun. Sehinggalah mereka berusia dua tahun, nilai itu akan saya naikkan kepada RM 20 sebulan. Begitulah seterusnya sehingga kini, saya masih belum putuskan berapakah nilai maksimum yang akan saya bank in untuk mereka.

Jumlah ini selalunya saya akan bank in pada tarikh hari jadi mereka, andai mereka lahir pada 6hb, maka setiap bulan saya akan bank ini mengikut nilai umur mereka. Saya tidak menunggu sehingga hujung bulan untuk bank in. Bukan apa, saya bimbang bila saya jumlahkan semuanya, saya sendiri yang akan pening kalau2 jumlahnya banyak. He he....

Cara2 yang saya nyatakan di atas tidak menyeksakan saya. Jadi, untuk itu saya berkongsi dengan kawan2...jika anda pula, berapakah nilai benih wang anda??

Saturday, October 03, 2009

Lebih Kurang Makan Pakai Kita

Bismillah,


Sengaja jamu kalian dengan video ni. Saya dapat dari blog Bicara Lembar Maya tadi. Suami saya & abah saya juga seperti itu, mengambil lebihan makanan dari restoran dan kantin sekolah. Apa yang berbeza, makanan yang diambil itu, direbut oleh itik, angsa, ayam dan lain-lain.

Sekarang saya juga sudah cuba semula masak cukup2 sahaja supaya keluarga saya tidak jemu dengan makanan lauk yang sama 2-3 hari. Suami saya tak pernah kisah pun, tapi sengajalah buat begini supaya anak2 selalu tertanya2 "Umi masak apa?" Tapi beza sekali dengan anak2 di dalam itu.

Selepas raya ni, saya terpaksa menyusun semula rutin hidup saya memandangkan sebulan di bulan puasa lalu, kami tinggal di rumah mak. Sekarang dalam proses menilik almari anak. Baju Asmaa' yang tidak muat, saya pas ke rak Arwa. Baju Usamah takde gaya lagi yang nak di pas ke Uwaiys. Baju Uwaiys yang tidak muat, yang mana logik saya letakkan di tempat Arwa. Juga saya sediakan dia seluar yang tidak dipasangkan dengan baju memandangkan dia asyik tertiris dalam seluar aje. onigiriemoticon. Baju Arwa pulak, saya turunkan ke rak baby.

Setelah ditilik2, saya kira baju Asmaa' tadi dan jumlahnya adalah 4 dozen. Banyaknya....onigiriemoticon Itupun ada yang belum diambil dari Cek Mah lagi..banyak pasang juga...Ini semua gara2 saya menghabiskan sisa2 stok kain ela yang tidak laku masa saya bisnes online dulu. Sebab kain tu pun semuanya lawa2 lagi, maka saya buatlah baju Asmaa' & Arwa. So, kalau nak beli baju pun untuk dua hero itu sahajalah.

Insya ALLAH, saya akan menyusun penjimatan hebat untuk keluarga ini supaya apa yang kami makan dan kami pakai tidak jatuh ke tahap membazir. Semoga ALLAH mudahkan niat kami ini...membesarkan anak2 dengan rasa cukup2 bukan lebih dari cukup.

Sunday, June 28, 2009

Menyemai Tabiat Menabung


Bismillah,

Segan saya nak menulis tentang hal ini. Jika mahu dibandingkan dengan MommyLyna MSK, saya pastilah jauh ketinggalan. Namun ini adalah satu peringatan buat diri saya. Siapa nak tumpang baca, silalah...jika tidak baik lihat kepada MSK, disitu ada banyak topik yang melibatkan perancangan kewangan.

Di sini, saya ingin menyenaraikan jenis tabungan yang popular di kalangan kita :
  • simpanan secara biasa di dalam bank perdagangan
  • ASB
  • insurans
  • KWSP
  • Tabung Haji
Di atas adalah jenis tabungan yang boleh dikatakan ramai yang berdisiplin dengannya. Tapi ada juga yang suka mengelat macam saya hihi...dengan alasan berikut :
  • gaji tidak cukup
  • keluarga yang ramai
  • taraf hidup tinggi
Sebenarnya, adalah sangat marabahaya jika kita tidak menabung. Bahayanya akan kita tahu bila saat benar2 genting contohnya saat2 kemalangan dan kematian. Oleh itu kesedaran dalam menabung ini adalah amat penting tetapi bagaimana kita mahu memupuk semangat menabung ini? Mungkin kaedah ini boleh dipraktikkan :
  • Selalu mengingatkan ahli keluarga agar sentiasa menabung
  • Setiap ahli dalam keluarga mesti membuat belanjawan sendiri
  • Berdisiplin dengan belanjawan yang dibuat
  • Jika ada pendapatan tidak dijangka seperti menang sesuatu, bonus dan lain-lain, simpankan semua atau sekurang2nya separuh daripadanya.
Saya ingin juga menambah sesuatu, saya amalkan ini untuk kehidupan saya sendiri tapi ia tidak banyak namun agak praktikal bagi mereka yang seperti saya :
  • Saya simpan duit syiling setiap kali balik dari membelibelah. Jika sudah cukup banyak saya akan masukkan ke dalam akaun simpanan yang tidak mempunyai kad.
  • Saya menabung RM 10 untuk anak yang berumur setahun, RM 20 untuk anak yang berumur 2 tahun dan seterusnya. Walaupun sedikit, ia berbaloi dan tetap mempunyai nilai satu hari nanti mudah2an.

Saturday, May 16, 2009

Cloth Diapers : Is it Worth Ur Money?

Bismillah,

Uwahhh...macam tajuk conference lak tajuk makcik siti arini. Dan saya kompem K.Nieza akan alert dengan entry saya arini kerana saya membeli produk dia. Hari ni saya tulis tajuk ni sebab semalam saya nampak tajuk Maxis iPhone 3G Review : Is it Worth Ur Money? by Mommy Lyna makanya saya jadi gatal2 nak tulis tajuk tentang apa yang saya beli.

OK, apa yang saya nak tulis ni mungkin lah juga akan membuatkan para penjual CD rasa nak bawak penguli tepung datang depan kedai spek saya dan pecahkan semua cermin saya. Tapi keadaan ni mungkin akan berlaku kalau anda2 tidak membaca entry ini sehingga habis. Sesungguhnya saya tidak berniat untuk menjatuhkan para peniaga CD. Janji...sebab saya suka anak2 saya pakai CD.

Utk pengetahuan K.Nieza, kami dah tak guna disposable diapers. Walaupun Cloth Diapers ni beli dari cina juga tapi sumbangan saya kepada orang cina ni at least semakin mengurang. Saya mention nama K.Nieza ni sebab saya nak K.Nieza rasa hepi bila dapat tahu testimoni produk dia yang berjaya macam saya.

Suami saya pun menunjukkan sokongan. Kadang2 dia juga tolong basuhkan especially kalau time dia basuhkan u'uk anak2 ni, dia tolong bilaskan sedikit. Saya rasa mcm best je sebab dah tak buang dispo diapers tiap2 hari lagi sekarang ni. Yang kami buang hanyalah kulit2 bawang, tulang, isi perut ikan erkk...yang lain nak tau ke? Ke ke....

OK, skang saya nak buat review tentang penggunaan Cloth Diapers ni ek
  • First beli tu, K.Nieza pesan suruh basuh 3 kali. OK, kali ni saya nak lawan tok guru sikit ha ha...ada baeknya kalau anda basuh insert dia tu sehingga 5 kali. Basuh dan jemur sehingga 5 kali untuk penyerapan maksima. Kalau tak, nanti jadi macam saya, masa ari mula2 pakai tu rasa mcm nak upset je sbb kene lap lantai umah bila perasan budak2 ni kebocoran.
  • Kalau saya nak beli CD lagi selepas ni, saya takmau dah beli yang Velour Stail lagi. Sebab di tangan saya 3-4 CD tu yang dah menunjukkan tanda2 plastik lapisan dalam dia nak koyak. Sedangkan saya basuh semuanya dalam keadaan yang sama. Ada kemungkinan saya mishandle benda ni sehingga terjadinya keadaan ni tetapi alhamdulillah keadaan itu tak terjadi kepada CD yang kaler2 tu.
  • Adalah diingatkan, jika anda malas macam saya utk basuh CD, jgn rendamkan ia kerana XTVT anda ini akan menyebabkan insert CD berada dalam keadaan terendam sentiasa. Ia sepatutnya menanggung air kencing anak anda bukan air lain. Jadi, untuk menjaga insert dalam tempoh panjang, kalau nak basuh, barulah anda siram ye, kalau tak letakkan dia dalam baldi khas sebelum dibasuh.
  • Untuk menjaga ketahanan CD, seeloknya jangan dibasuh menggunakan mesin manual. Mmm..pastu mcm mana k.Nieza? Kalau orang takde mesin basuh auto? Basuhlah dengan tangan aje.
  • Jangan perah CD. Selepas velour stail CD saya rosak satu, saya kini lebih berhati2 ketika membasuhnya termasuklah tidak memerahkan CD ini lagi.
  • Kalau boleh masukkan CD dalam beg khas untuk dibasuh supaya mesin basuh anda tidak mendera CD anda sehingga terkoyak rabak lapisan plastik di dalamnya.
  • Bajet satu hari penggunaan CD adalah sebanyak 5 pcs. Jika anda nak beli 7 pcs utk seorang anak pun dah cukup tapi anda kene rajin basuhlah ye. Saya beli 20 pcs utk Arwa & Uwaiys dan saya hanya basuh CD tu pada setiap malam. Itu pasal abah diorang kene urut pinggang saya tiap malam ha ha...takde lah, tak sampai sepluh minit pun nak basuh CD neh. Tak dan sakit pinggang pun kecuali time buat2 letih.
  • Bila anda beli ini, maka anda akan rasa syiok sebab dah tak payah beli dispo diapers. Anda jimat di situ satu hal. Yang kedua, anda tidak perlu lagi membebel2 kepada suami anda bila anda minta dia buangkan sampah esp yang duduk atas langit mcm K.Nieza tapi suami buat2 tak dengar. Yang lebih awla nya, anda turut menjaga kesihatan anak anda dengan tidak mendedahkan mereka dengan bahan kimia dalam dispo diapers dan anda turut menjaga alam sekitar. Uwahhh...saya pun pencinta alam hape..
Korunk, saya dah tak beli disposable diapers lagi. Saya sangat bangga dengan keadaan itu sehingga semua orang yang datang umah saya akan saya tunjukkan tempat penyidai CD yang duduk atas kepala mangkuk tandas. Ha ha...cuma bila sebut harganya dalam RM 45 semua orang akan lembik lutut sambil terketar2 mendengarnya.

Namun, tetap saya sarankan, adalah lebih baik untuk jangka masa panjang anda jika anda menjadi pengguna CD tegar. Saya akan jadi lebih lemah lembut supaya CD anak saya tahan lama. Untuk mereka yang suka bayar kali macam saya bolehlah cari orang yang jual CD mcm K.Nieza. Mesti K.Nieza nak bambu saya kalau saya besar2kan bayar ansuran ni kat orang. Keh keh...

Wednesday, April 22, 2009

Gila CD


Bismillah,

He he...ntah mana datang angin puting beliung telah menyebabkan sitisifir bertekad untuk menjadi rajin membasuh kain. Tahukah ibu2 dan bapak2 yang membaca apakah CD yang saya maksudkan ini? Siap boleh basuh gitu. Saya rasa saya dah cukup ketinggalan, tapi manalah tau ada yang terkena obsesi baru saya ini.

CD itu apakah dia??

CD itu adalah kependekan dari CLOTH DIAPERS. Saya kan malas, jadi saya senang
menyebutkan ia sebagai CD sahaja. Walaupun begitu, malas ini tertakluk kepada
perbuatan menulis sahaja. Saya akan berusaha sedaya upaya utk menjadi ibu yang
rajin membasuh CD anakanda2 saya.

Alhamdulillah Usamah telah berjaya
melepasi satu tahap di mana siang dan malam dia sudah tak perlukan disposable
diapers lagi. Baru ni gi bawak naik bas ke KL pun dia telah lulus semua
perjalanan. Owh, Cuma Asmaa’ aje. Dia masih perlu pakai diapers pada malam hari.
Tapi takpe, Umi tak marah pun. Cuma time Umi terlepas (tak igt) nak pakaikan
diapers utk kakak malam2, then pukul 2 pagi umi tgk kakak dah basahkan tilam,
maka time seperti itulah umimu yang nyanyuk ini akan menjadi Tarzan tiba2 sampai abah rasa nak lari dari rumah .

Kenapa pulak tetiba angin CD datang dan menyeru2 umi untuk membelinya??





  • Umi terliur untuk berjimat cermat. Umi sanggup lah cucikan CD sambil sekali sekala buli abah basuh supaya umi dapat simpankan sedikit duit utk masa depan korang sambil bayar hutang2 umi yang bertepek2 . ;)


  • Dengar2nya, disposable diapers ni adalah antara barang yang disebut2 oleh Persatuan Pengguna yang boleh mendatangkan mudharat kepada pemakainya. Kalau Umi belikan pad anion atau pad herba untuk kegunaan umi sebulan sekali, kenapa tidak umi selamatkan anak2 umi yang bagi umi bagai nyawa umi ni?? Lagipun, abah selalu sound umi kalau belikan makanan yang ada pengawet dll so, umi akan jaga korang dari sisi yang lain. Boleh kan abah??
Bayangkan anak2 ku, DIAPEX yang umi beli untuk dipakaikan kepada anak2 umi adalah berharga sebanyak RM 31.50 dan didalamnya ada 69 pcs dan ini membawa maksud satu pc adalah berharga RM 0.46.

Satu hari Uwaiys akan menggunakan 6 pcs + Arwa 6 pcs + Asmaa' 1 pc = 13 pcs perday. Ini bermakna umi membelanjakan RM RM 5.98 setiap hari untuk ditepekkan di punggung cute anak2 umi. Owh...kenapa arini sitisifir terasa nak pengsan bila mengira sedangkan inilah kegemaranku sejak azali??? Mahal gilak!!! Baru lah haku sedar...jap rase nak pengsan pulak.

*sila ambil perhatian, kiraan ini adalah utk diri saya. Utk kiraan korang kene la amik kertas dan kira sendiri ek. Mungkin figure korang tak sengeri kami. :D

Itu belum susu diorang yang paling murah boleh didapati pada harga RM 20.90 dan ketika mahalnya ia menjangkau RM 22.90. Sekali umi beli susu adalah sebanyak 10 pack dan biasanya ia tahan selama dua minggu. Umi tak berentikan susu ni sbb abah prefer bagi anak2 banyak minum susu dan air. Tapi makan minum diorang masih OK. Dan tolong faham, anakku yang bertiga itu (Asmaa' Usamah Uwaiys) tidak mampu saya susukan dengan susu badan lagi. Sadiskan?? (Ini adalah kekesalan saya sehingga sekarang, menyusu diorang bertiga sehingga 6 bulan sahaja... :( )

Juga yang menguatkan umi ini adalah kerana K.Nieza telah dengan baek hati nya telah menawarkan saya dengan bayaran ansuran tanpa bunga. :D Korang boleh terjah blog dia tapi sorry lah sbb saya telah menggunakan bajet beli DIAPEX utk bayar separuh dulu CD dari blog dia. Masih ada lagi yang tinggal sblm stok baru masuk tapi ia adalah dari jenis Velour Style. Yang mana Velour Style ni harganya sedikit mahal dan umi rasa umi boleh bersabar sebelum menambahkan lagi stok ini.

So, kengkawan, saya rasa bolehlah anda booking daripada k.Nieza. Kerana dia sangat baek hati dan ramah tamah melayan soklan saya yang malas nak baca penerangan lanjut tentang CD neh. Macam org yang benak bertanya soklan lagaknya. Tapi K.Nieza balas juga tau. Jadi, dgn tolak ansur yang dia bagi itu, saya terbuka hati untuk membelinya. Sila juga berkunjung ke blog peribadi k.Nieza untuk mengetahui tentang BF dan mengenali keluarganya di sana ek.

Tapi untuk berlaku jujur sebenarnya saya suka membaca tentang CD dari Lunatot. Saya dapat penyakit CD itu dari dialah. Cuma orang kata rezeki masing2 kan? Kan? Kan?

Sunday, September 07, 2008

Boros Belanja Dengan Kad Kredit


Bismillah,

Tajuk kali ni hanyalah satu teguran kepada diri sendiri. Letih rupanya tengok Jualan Mega yang berlangsung sana sini. Saya mula terbayang nak belikan seluar suami. Baju raya? Saya dah tempah tapi tu bukan baju raya, tu dah jadi baju tahunan kami cuma bolehlah dirasmikan time raya karang.

Letih tgk iklan bukan apa, letih nak lawan nafsu nak membeli belah yang sedang menggila. Time gini la rasa nak beli oven, nak beli baju anak2, nk beli itu, nk beli ini...huhu...mujur saja kami masih mengawal diri untuk mempunyai kad kredit. Kalau tak tak tau lah mcm mana gayanya pulak masa nak bayar karang.

Kata orang bijak pandai dalam ekonomi nih, kad kredit lah alat paling dekat yang boleh membawa seseorang ke kancah hutang. Oleh itu, kepada yang ada kad kredit tu, kenelah pulak ada disiplin yang amat tinggi dalam melangsaikannya kan? Kalau zaman tok-tok kita, ada buku 555 untuk berhutang. Nak berhutang pun pakai bisik2. Skang ni zaman ada kad kredit, nampak mcm org bagus2.

OK, kat sini adalah sikit panduan (hopefully membantu). Saya amik dari dalam Kosmo tahun lepas.

- Hadkan jumlah kad kredit (berbanggalah kalau tak ada kad kredit)
- Hadkan jumlah perbelanjaan untuk setiap kad kredit
- Bandingkan harga barang (boleh perati katalog, atau jalan dari satu shopping centre ke shopping centre yang lain, tapi kalau nk round guna kete, tiba2 kang duit minyak lebih dari penjimatan pun tak kene gak)
- Senaraikan barang keperluan (jadikan ini satu disiplin. Saya sll buat mcm ni dan saya tak heran kalau salesgirl tersengih2 tengok saya memilih barang dengan tangan pegang satu pen dengan kertas. Ada yang rajin tegur, tapi saya tak peduli pun sbb salesgirl tu tak duduk belakang umah saya he he...so, kalau malu pun time tu je la)
- Bawak pasangan (lagi kedekut pasangan kita lagi bagus huhu...so dia boleh sekat keinginan melampau kita, tapi jgn la sampai nayakan kita pulak. Kalau suami saya dia lebih suka guna ayat "Nanti dulu" daripada "Tak payahlah". Ayat ni sll menyelamatkan saya dari boros)
- Bawak bakul dari bawak troli. (Kalau bawak troli barang yang diangkut tak terasa beratnya. Bila tak berat kita pun takrasa berat duit yang nak kita bayar. Tapi kalau guna bakul, perasaan malas nak shopping akan mai dengan sendirinya.)
- Kalau boleh buat satu list barang yang nak digunakan untuk sebulan. (Jangan sampai seminggu sepuluh kali pegi supermarket. Yang ni memang nak cari pasal namanya. Dahla nanti terbeli barang yang tak perlu, minyak pun habis)
- Jangan ronda2 kat department yang tak termasuk dalam senarai. Ni pun godaan jugak namanya.
- Catatkan perbelanjaan (so lain kali kita boleh compare, kat sini murah, kat sana mahal)
- Ukur kemampuan diri untuk hidup mewah (kalau kita bukan dari golongan senang, sedar2lah diri jangan berbelanja berlebihan) Janganlah disebabkan berkawan dengan mak datin, kita pulak berbelanja macam Puan Sri.
- Pastikan sebelum berbelanja, sebahagian dari gaji dah dimasukkan ke dalam akaun simpanan untuk perbelanjaan di masa kecemasan.
- Bersyukurlah dengan nikmat yang ALLAH beri kerana walaupun nikmat itu sedikit (lantaran perasaan tamak kita) namun di dalamnya terkandung rahmat yang tidak kita sedari.

Monday, October 29, 2007

Lampin Kain Sekilas Pandang


Bismillah,
Ni kalau bercakap tentang hal lampin memang pelik. Saya pernah lah jugak pakaikan anak saya dengan lampin kain, tapi kalau time tersalah naik ruam kat area lampin tu. Saya pernah pulak terlihat sepupu suami saya memakaikan anak-anak dia lampin kain tu. Mungkin sebab kesempitan hidup, maka dia rela dengan cara itu. Baik beli beras dari beli diapers disposable.

Mm… Ustaz saya pernah juga bgtau yg terbaiknya adelah bg anak pakai kain lampin sebabnya, tak la anak kita duduk lama dengan najis. Bukankah itu cara yang lebih baik di mana kita menyucikan najis sesuai selepas dia selesai hajat dia. Tapi, kesudahannya, nampaknya dia pun pakaikan anak2 dia diapers disposable.

Juga lampin tak menyebabkan anak-anak kita yang baru mula bertatih berjalan mengengkang2 mengendong najis di tengahnya. Mm…kesian budak. Tu sbb anak yang dah reti tu elok ditanggalkan aja diapers disposable diorang. Mertua saya kata, dia even anak masih baby, kalau time nak buang tu, misal kata dia tidur, dia akan bergerak2.

Time tu la dia bawa anak dia ke lubang yang disediakan dan dia buat bunyi ‘shh..shh…’ sampai la anak dia tunaikan hajat. Orang dulu2 tak macam kita di zaman sekarang kan? Semua pun nak mudah. Padanlah anak2 zaman skang ni ada kesannya pada akhlak diorang ek? Aiyya, apa mau buat skang?

Actually zaman adik saya yang skang dah tingkatan dua dulu, dia masih merasa pakai lampin. Time tu, saya suka tgk mak kumpul koleksi pin untuk lekatkan lampin dia. Dulu2 lampin semua kaler putih tak macam skang ni dah macam2 paten ada. Untuk meningkatkan keselesaan dia, lapik kalis air tu digunakan. Dulu selalu tolong mak lipatkan lampin utk Ija (adik saya yang paling kecik).

Saya paling runsing kalau tercucuk perut Ija time pakaikan dia lampin. Pastu time nak jerut lapisan paling luar tu, mak saya selalu complain saya buat ketat sangat. Actually saya tanak nanti dia kencing bocor, dah saya lak kene basuh hehe…

Utk mak2 zaman skang kalau nak guna kain lampin, kiranya dah tak jadi masalah mana kan sbb mesin basuh ada tapi awas la, jgn senang2 terus masuk dalam mesin basuh tu. Takut tak cuci najis dia. Ni beberapa petua yang saya dapat dari omputeh punya ebook tentang cara mencuci lampin kain dengan baik :
Buang dulu kalau ada najis. Jgn la gi rendam najis2 dengan lampin lain yang tak hanya kena air kencing tu.
Rendam semalaman dengan air paip biasa tu. Campur setgh cawan baking soda. Haha, kali ni bukan nak jadikan lampin tu jadik kek ke kuih tapi nak jadikan bau2 hancing tu hilang. Rendam dalam 8 jam, atau senang semalaman aje…
Basuh dengan air panas. Bilas dulu yang kita rendam tadi, kemudian masukkan pulak air panas, kali ni dengan sabun dan sedikit lagi baking soda.
Bilas – dengan air sejuk dan sedikit cuka, ini adalah untuk melembutkan lampin tu dan utk seimbangkan pH dia.
Bilasan kedua – yang ni adalah rutin biasa. Guna air paip biasa tu jek.

Well, nampak complicated ek. Utk surirumah boleh la praktikkan. Satunya kita dah jimat la guna lampin dan satu lagi, elok utk kebersihan anak yang berpanjangan. Yg ketiganya, ni senaman secara indirectly, alah guna mesin basuh jugak tapi buat secara manual, ntah2 peluh tak sempat kluar.

Bau acem (masam)?
Memandangkan guna lampin ni kita tak basuh setiap kali lepas guna tapi kita peram sampai malam ke atau keesokan ari utk basuh makanya bau asam ni akan timbullah. Jadi utk mengurengkan bau yang tak menyenangkan ni, letak baking soda utk mengurangkan bau yang tak diingini nih.

Lampin dan ruam lampin
Ramai yang kata pakai lampin kain ni senang kene ruam lampin. Caye ke? Omputeh siap buat kajian mengatakan pakai diapers disposable lagi senang kene ruam lampin. Bayangkan kenaikan 7.1% kemungkinan kene ruam lampin kepada 61% masa pakai diapers disposable.

So, kalau anakanda kita pakai lampin kain kene jugak ruam lampin, adelah tu yg tak kena dengan cara kita handle. Sama ada kita lambat salin pampers anak atau kita guna peluntur yang banyak kat market tu sampai kain lampin tu rosak. Guna sabun yang berlebihan juga menghalang serapan lampin tu.

Aiyya, Puan Siti, sibuk2 pasal lampin kain ni ada plan ka mau tukar diapers disposable ke kain lampin? Yupp, saya ada misi utk anak saya yang bakal lahir nanti. Sehingga dia boleh merangkak, saya nak cuba pakaikan dia dengan kain lampin. Selepas dia mula nak buas sikit, barulah pakaikan diapers disposable tu. Moga ada kekuatan untuk melakukan ini, amin!!!

Sebabnya? Bayangkan
kesihatan anak (ada orang kata ala macam tuala wanita tu guna habuk2 kayu jek lampin ni akan membahayakan budak kan? Dan boleh juga elak anak mengangkang sikit kaki dia)
dari segi kebersihan lagi (well umi dia kene rajin la salin pampers dan mungkin petua mertua saya di atas mungkin patut difikirkan supaya anak selalu berada di dalam keadaan yang suci sesuai dengan kelahirannya yang tiada dosa)
penjimatan duit (diapers disposable satu tu kita melabur RM 0.50 sekurang2nya kecuali kita beli yang ala2 kokak tu sikit tu pun kalau kulit anak kita tak leceh)

Thursday, May 24, 2007

Merancang Kewangan


Bismillah,

Ih, cam tak caya arini saye sebok2 fikir pasal merancang kewangan. Yelah, dgn inflasi nya lagi, dengan gaji tak tetap maklumla saye bukan keje gomen, dgn anak2 yang semakin hari semakin perlu diberi perhatian ttg masa depan mereka. Kebetulan dgn terlihat nota lama yang saya simpan mungkin kita boleh share di sini.

1. Rancang belanjawan
Sekarang ni bukan mcm zaman dulu. Iklan sana sini..Ahaks, saya pun sll buat iklan utk promosi barang2 sendrik kan. Memang dah teknik org berniaga nak marketkan produk memasing. Pastu dengan keadaan skang yang penuh dgn bil. Bil air, api, tepon, astro, kete, umah bla..bla... Jadi kenapa kita tak buat belanjawan? Belanjawan perlulah dilakukan bagi mengelakkan diri kita dari terbeli benda yang kita tak mampu beli. Ia juga boleh kita menyukat betapa gaji kita cukup ke tak utk menampung keperluan asas. Selepas tu kita boleh lah bertindak untuk cari keje lebih ke, atau rasa yang sedang kita dapat ni dah cukup bagus dah ke....

2. Buat perancangan tabungan
Kalau tanya saya yang kiranya dalam kategori mak muda la ni kan, saya kalau ade je duit syiling terus masuk tabung. Bila dah penuh, saya gi bank in kat bank yang saya takde kad so, bila rasa nak beli yang betul2 perlu baru la terkedek2 keluarkan duit tu tapi rasanya setakat ni memang tak pernah teruja pun gi bawak kluar duit tu. Baik tak beli dari klurkan duit tu. N utk anak2 sbb kitorg bermula dari bawah kan, makanya utk anak umur setahun, saya bawak masuk RM 10 sebulan, dua tahun dapatlah RM 20 sebulan dan seterusnya. Utk masa ni, saya rasa saya cukup lega tgk buku bank anak2 walaupun tak la juta2 kan tapi sekurang2nya ada utk simpanan diorg. Bagi mereka yang dalam kategori 'banyak lebihan gaji', eloklah simpan dalam bank yang takde unsur riba supaya duit tu bolehlah digunakan dan tak mendatangkan kerugian diakhirat. Kalau rasa nak melabur, hati2 la takut duit tabungan kita jadi hutang puloks.

3. Tingkatkan celik kewangan
Bagi yang mengadap internet tiap2 ari ni, memang boleh nampak mcm2 jenis kursus perancangan kewangan. Pilihlah yang berbaloi. Tak kisah la mahal ke murah ke... Atau, kalau rasa kita nih yang mudah faham, rasanya banyak juga buku yang boleh membawa manfaat kepada kita. Atau kalau kita mempunyai kawan2 yang mempunyai kemahiran untuk membantu kita, ape nak penin? Dia kan ada untuk diguna2kan. Apa guna kawan kan kalu takmo tolong kawan??

4. Sediakan simpanan darurat
Kita memang tak jangka perkara mcm kemalangan ke, atau kene bung keje tiba2 ke dan macam2 so, ada baiknya kita reservekan sedikit simpanan kita yang tak boleh disentuh
dan hanya boleh disentuh time kita tak bergaji aje. At least belanja utk 3 bulan gaji kene simpan dan isytiharkan dia sbg wang simpanan darurat. Insuran? Telitilah pelan yang dihalalkan di sisi syarak supaya simpanan kita berbaloi di dunia dan akhirat jua...

5. Mulakan perancangan persaraan
Orang Melayu ni mmg kebanyakannya hanya menantikan duit KWSP utk memulakan perniagaan. Umur yang betul2 tua, dan kekurangan ilmu dalam menjalankan perniagaan akan memungkinkan kita kehilangan wang yang kita nikmati sebagai hasil simpanan usia tua kita. Justeru, jgn mulakan lewat tapi mulalah dari sekarang walaupun kita baru setahun dua kerja. Jadilah org yang mempunyai matlamat jangka pendek dan jangka panjang.

6. Anak dan Wang
Didik anak tentang cara menggunakan wang. Kalau kita mewah, latihlah anak untuk merasakan sedikit kesusahan kerana kepayahan telah terbukti menjadi pendidik paling berkesan untuk menjadikan seseorang itu lebih baik.