Friday, December 31, 2010

Hadiah Yang Tidak Berguna

Bismillah,

Sebelum cerita pasal gambar, saya nk cerita pasal kisah lawak kami lepas solat Maghrib td. Masa tgh solat Uwaiys bukan main lagi meligat. Yang nak marah tu dok kacau Usamah solat. Baling kain buruk lak tu, sampai naik sengal hidung ai.

Abis je solat, abah dia pun mau kasi sikit pengajaranlah. Uwaiys sudah banyak takut sbb sll memang dpt habuanlah kt paha. Tapi arini nasib dia baik sikit. Abah suruh dia minta maaf saje.

Abah : Cepat minta maaf!
Uwaiys : (sambil salam) Uwaiys minta maaf..(Sudah mau nangis)
Abah: Nak cakap apa? (Sll anak2 kene cakap 'tanak buat dah (nama kesalahan) hehe..)
Uwaiys : TERIMA KASIH

Wuwuu..tiba2 satu rumah sudah ketawa sama dia. Sbb dia tlh mengucapkan terima kasih tidak betul pada tempat. Tapi dia nangis merajuk sampai lari masuk dlm bilik. Huhu..

Ok, xlawak pun kalau baca, tp kalau korg ada sama td, mmg berair lah mata. Abah p sampai tersembur ketawa tgk kelakuan anak kami yg sorang ni.


Cerita pasai hadiah ni pulak. Ni masa masuk main kuda, tp bukan time endurance baru2 ni. Dapat no 4, so dptlah hamper yg dipenuhi snek ni.

Kebetulan anak jiran ada dan anak2 kami xmakan benda2 tu maka saya bglah kt jiran. Rasanya yg tinggal adlh setin biskut dan keropok sira segera.

Usamah : Kenapa umi bg dia?
Umi : Sbb Usamah tak boleh makan
Usamah: Dia makan babi ke umi?
Abah : Hahaha..jawab umi jawab!

Nasib baik terfikir nak jawab pasal makanan tu tak sihat utk mereka tapi pun dia pertikai jugak, kenapa bg makanan yg tak elok kt org..huhuhu dilema dilema!

Aduhai kawan yang ada FB, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :)
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Main Belon Besar

Bismillah,

Ntah apa nama belon ni ek..dia belon tp mcm playground tu. setgh jam RM 3. Rasa2 dah byk bln dah benda ni. Masa tu saya balik Pt Buntar. Tpt ni ltk kt Bandar Baru.







Saje je bawak anak layan main kt sini. Arwa x masuk sbb x konfiden nk lepaskan dia kt situ. Bahaya benda ni. Kepala mickey mouse ni asyik tumbang dan uwaiys (uwaiys lagik) terkepit celah mulutnya. Risaunye kalau lemas dlm tu..

Aduhai kawan yang ada FB, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :)
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Thursday, December 30, 2010

Merawat Arnab Sakit Mata

Bismillah,

Again, gambar zaman toknenet saya baru upload. Anak2 pun pakai baju sekolah masa tu. Ketika ni nak bawak arnab cek mata. Kesian kat dia..







Tak banyak pun yang Dr haiwan tu buat. Dia cuci mata arnab dan bg dua tiub ubat mata.

Buat masa ni kami belum buat jual lagi arnab ni sebab nak banyakkan bilangan mereka dulu. Memang memeranjatkan bilangan mereka yang cepat sekali membiak sehingga tak cukup tempat dah nak letak..huhu

Doalah semoga kami cepat dapat peruntukan utk buat kandang mereka. Tak kuasalah kandang diorang duduk depan pintu rumah..

#abg, cptlah buat bisnis kad abah wei..

Aduhai kawan yang ada FB, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :)
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Wednesday, December 29, 2010

Yang Dipijak Atau Memijak Mangsa Dera?

Bismillah,

Sangat tidak ilmiah entry saya sejak akhir2 ni. Tapi mujur jugak, kalau x, gambar ni akan tersadai lebih lama kot kt dlm folder draf hehehe..

Yang dipijak belum tentu kena dera sbb dlm kes ini, mangsa dera adalah yang memijak..ngeh ngeh..


Huh..padanlah abah xseronok dok sorang ye.. rupanya takde org tolong pijak!

Suami saya ada kata, "Padanlah arwah ayah dulu tiap2 hari suruh cek urut" merujuk kepada arwah ayah mertua saya. Sakit urat sana sini memang sedap kalau ada yg urut. Tapi kalau binik tak pandai urut itu pasai lah kena dera anak suruh anak pijak belakang..hehehe

Aduhai kawan yang ada FB, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :)
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Arwa Hiris Betis Pulak


Bismillah,

payah bebeno nk ejas gambar ni ke bawah. rasanya kecik besar huruf pun xboleh nk ejas. jadi korang bacalah entry hamba ni dgn penuh kesabaran ye. semoga keadaan ni cepat ketemu penyelesaiannya.

usamah tgh letak buku atas riba saya bergilir dengan asmaa'. usamah buat matematik dan asmaa' buat aktiviti dalam majalah aulad. naik kering tekak tlg bacakan arahan dan nak jawab ketidak fahaman mereka.

sekejap td saya review iqra mereka. asmaa', usamah dan uwaiys dah ada track record mereka masing2 semenjak belajar di pt buntar sana. saya rasa rekod tu bagus utk mereka dan mudah juga saya pantau mereka atas satu2 buku yg mereka guna. bab ni nnt saya kongsikan kemudian ek.

arini nak cerita pasal parut baru anak dara bertuah saya puteri intan payung arwa. arini saya masak sup daging. masa hiris daging tu rasa nak terkucil. so pisau yg memang sgt tajam khas utk potong daging tu saya masukkan dlm singki.

memang masa saya tgh khusyuk potong daging tu arwa dah dtg survey tanya, "umi buat apa tu?" dan saya jawab potong daging. kemudian dia pergi main. tak sangkalah saya time saya melabur tu boleh sempat dia datang kt singki, kemudian memulakan upacara memotong.

barangkali kerana terkujat saya tiba2 keluar dr bilik air, dia terlepas pisau tu dan terkena betisnya. kalau tengok tu nampak mcm calar sikit je tp agaknya bisa kot maka dia garu2 keluarlah darah dr celahnya.

memang berdiri bulu romalah melihat fenomena tu. pisau daging kami ni bukan calang2 pisau ni. tajam dia memang bole putus jari kalau buat main2. arwa nangis sikit2 je dan lepas je saya sapu minyak tyt, dia senyap je siap pesan kat abang2 nya 'jgn sentuh deh, arwa berdarah'.

saya sambung potong daging dan arwa sambung belek lukanya sambil tanya, 'umi, darah ni warna apa?' dan tiba2 saya tgk dia terlena. tak sangka pulak bila abah dia balik, (i've informed him earlier pasal arwa by phone) dia telah menambah kesan khas dengan melalak tak hengat!

dialog
abah : kenapa arwa main pisau?
arwa : abah... arwa berdarah!
abah : tu lah kenapa main pisau?
asmaa' : eh bukan arwa mainlah, umi yg buat!

saya waktu tu baru nk review buku 1 magic english diorang kensel nak review. ok, sgt understood, asmaa' masih kecik but what if my husband trust kids becos kids never lie kan?

nah! ini menjawab kenapa my husband balik td dia senyap aje walau ditanya mcm2. dia boleh tya lak tu, "umi buat mcm mana kakak?" waaaa.... tensinya! kot ye pun saya garang bukan dgn pisau ok.. sememangnya masa kejadian tu anak2 lain mmg xde di dapur.

lps tu saya terus solat asar dan lps tu sy mengucap pjg2. woh..anak2 saya akan saya ajar utk cover saya kalau saya buat salah. ngehngeh..but laterlah..kalau tak mmg boleh peranglah laki bini.

ptg tu, nejad sembelih itik.. dan saya terima itu sbg pujukanlah.. mls nk pjg2 cerita.. suami saya mmg sgt prihatin dgn kecederaan anak2 dan saya akan sll cuba mengelakkannya. tp ye lah, malang mana ada bau, dia pakai deodoran kot!

€#barangkali kande ku senyap sbb lain,daku yg emonasional lebih2.. maklumlah org perempuan.. nak dtg bln lah kot hehe..

Aduhai kawan yang ada FB, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :)
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Tuesday, December 28, 2010

Teringin Naik Keretapi

Bismillah,

Anakanda hamba sedang tgk CD cerita Nabi Nuh AS. Xsudah2 dari td lagi. Rasanya dah 3 kali ulang. Mintak2 mereka hadam cerita tu baik2. Jgn jadik mcm umi dia, bab sejarah ke sirah ke memang failed.

Mujur saja dulu sejarah lulus jugak lah. Itu pun xberapa nk cemerlang sbb pandai2 buat sejarah sendiri. Cikgu saya pun dah xlarat nak sekeh kepala saya nk suruh pandai subjek dia. Memang saya menganak tirikan sungguh2 subjek tersebut!

Sebenarnya nk cerita pasal keretapi. Kalau serah saya bersembang memanglah sll out of topic gitu :p Dulu kecik2 memang suka bebeno naik keretapi. Perjalanan yang panjang tu sampai sempatlah saya main masak2 dengan kawan sebaya masa tu.

Tapi jgn suruh saya naik sekarang. Zaman seronok naik keretapi dah lama berlalu. Terakhir kali saya naik keretapi rasanya dari KL ke Pt Buntar zaman saya masih belajar atau masih bujang. Seriknya sampai sekarang terasa. Hehehe..

Tapi seronok juga kalau dpt peluang naik keretapi dari area berdekatan ni (rasanya kt wakaf baru) ke Gua Musang. Sekadar nak bg anak satu pengalaman menaiki keretapi. Bg saya komuter atau LRT masih takkan sama kalau naik keretapi.




Sabar ye anak2, one day kita akan duduk dalam keretapi ni dan lambai kepada org yg naik kereta dan tunggu kita lintas depan mereka mcm ni. Abah nak bawak cuma masa je ntah bila agaknya.

Aduhai kawan yang ada FB, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :)
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Monday, December 27, 2010

Love Whiteboard

 
Bismillah,

Ngeh ngeh..zaman 'love letter' dah sodaqallah.. Sekarang dah masuk zaman 'love whiteboard' pulak. Sebab kalau tulis atas kertas kang m'bazir plak kalau buang. Rasa2 kalau pakai whiteboard bolehlah selamatkan alam sekitar sikit..kui kui

Sebenarnya saya beli ni nk buat ajar anak2 tapi sampai2 je rumah, tgk abis semua tunggang terbalik. Maka haruslah buat list ni dulu. Kalau tak siap kemas rumah maka xde mood lah nk jadik cekgu kans?

Asmaa' pun dok sibuk tanya
Asmaa' : Umi pun nk main cekgu2 ke?
Umi : A'ah.. Kenapa?
Asmaa' :Umi nak jadi cikgu apa?
Umi : Umi nak jadi cikgu yang garang
Asmaa' : Alamakkk...

 Ngeh ngeh.. siap la korang dlm rumah ni.. Umi belasah korang cukup2 ini round :p Ok ah korang, sambung cerita kemudian ek.. Kerja saya banyak, encik Nejad punya citit2 aje tp berat lah.. yang basuh periuk tu adelah denda. Sbb apa saya denda dia, nnt cerita kemudian jugak. Hehehe..







Aduhai kawan yang ada FB, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :)
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Majalah Yang Sesuai Untuk Anak Kita

Bismillah,

Saya kalau ke kedai runcit mesti nak sambar beberapa Majalah yang sesuai untuk anak-anak. Antara yang saya belikan kepada mereka adalah AnaMuslim, Upin & Ipin, Princess, Aulad, Celik dan apentah lagi. Saja seronok tengok majalah macam tu kat rumah. Kadang2 tu dah koyak saya selotep sambil membebel semula. Sebab masa saya kecik2 dulu, selain dari suka baca, saya juga suka masuk peraduan yang bermacam2 dalamnya. Ada banyak kali jugakla dapat hadiah saguhati  cuma tak pernah dapat grand prize pun. Jadiklah kan??

So,kalau korang nak langgan dua majalah di bawah, bolehlah...tak payah susah2 ke kedai dah...sekarang kan semua pakai online saje :) Alang2 dah nak masuk tahun baru ni kan?



Majalah berkonsep Islam yang mendidik kanak-kanak ke arah pembentukan jati diri, keluhuran budi pekerti dan kecergasan minda. Dipersiapkan oleh para pendidik yang mengenali dunia kanak-kanak. Majalah AULAD sangat sesuai sebagai bahan bacaan tambahan di tadika dan di rumah.

  • ISBN: 1511-7626
  • Penerbit: Aras Mega Sdn. Bhd.
  • Harga Pasaran: RM48.00
  • Kesesuaian Usia:  4+




Contoh Kandungan Majalah
Maklumat Tambahan:
  • Sehelai T-Shirt diberikan PERCUMA dengan langganan 12 bulan ini
  • Harga jualan yang ditunjukkan adalah termasuk kos pengeposan
  • Tempahan majalah AULAD hanya diterima bagi kiriman ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak sahaja
  • Bagi tempahan yang diterima pada atau sebelum 20 haribulan, kiriman pertama majalah akan bermula pada bulan berikutnya

************************************************

  • ISBN: 1675-5545
  • Penerbit: Aras Mega Sdn. Bhd.
  • Harga Pasaran: RM60.00
  • Kesesuaian Usia:  7+


Majalah pendidikan meliputi moral, sains, sejarah, geografi, jawi, bahasa Inggeris dan alam sekitar. Terdapat juga komik, cerita nasihat, fabel dan permainan yang menyeronokkan. Majalah CELIK sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan bagi murid-murid tahap dua di sekolah rendah.

Contoh Kandungan Majalah
Maklumat Tambahan:
  • Sehelai T-Shirt diberikan PERCUMA dengan langganan 12 bulan ini
  • Harga jualan yang ditunjukkan adalah termasuk kos pengeposan
  • Tempahan majalah CELIK hanya diterima bagi kiriman ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak sahaja
  • Bagi tempahan yang diterima pada atau sebelum 20 haribulan, kiriman pertama majalah akan bermula pada bulan berikutnya


Aduhai kawan yang ada FB, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :)
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Printer Baru

Bismillah,

Haha.. sila jgn percaya dgn tajuk itu. Kalau entry ni saya taip lps raya aidilfitri aritu memang sah lah ia masih baru. Ini dah nak masuk 3 bln suda. Raya pun dah nak masuk raya baru dah :p Hah! Puasa dah ganti ke belum? Saya belum huhu..

Saya beli printer ni masa kt pt buntar ada byk kedai komputer tgh mengamuk buat sale. Nyaris nk beli komputer recon juga tp xada sesiapa nk tlg survey pula. So, terpaksalah tangguhkan nafsu m'beli belah den..




Walaupun printer ni dah 2-3 bulan dah beli tp xpernah guna lagik. Insya Allah,masuk sekolah ni akan digunakan sebaik mungkin dgn anak-anak.. Saya pun xtau nak print amende.. Korang ada ke cadangan utk print worksheet apa2 yg bagus utk anak2 atau utk saya?

Selain dr print, saya jugak boleh scan dgn printer ni.. Dan fotostat juga! Hoho.. Best gila tp tulah.. Fungsi sudah ada tp masih tamau guna buat rugi duit saja. Baik beli Safi Rania utk hilangkan kedutan di usia 30an kan?

Aduhai kawan yang ada FB, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :)
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Bercuti Dengan Anak

Bismillah,

Dahlama rasanya tak tulis belog. Start dr Uwaiys ditimpa pagar. Lepas tu balik ke P.Pth dan bercuti di Debali Resort.. sekarang pun beronline dr bilik ni lagi dan sedikit masa lagi dah nk berangkat balik.

Seronok jugak ek dpt cuti di luar rumah.. Dah bertahun saya tak tidur atas katil dan mlm tadi dpt tidur atas tilam tebal. Itu xpenting, yg pentingnya tak payah masak, tak payah basuh baju dan xpayah sapu sampah kekeke.. (Melampaui bataslah kamu ni Pijah)

Suami saya tgh tidur dan saya layan cross stitch. Anak2 tgh berebut nk tidur dgn abah diorang. Asmaa' tgh lepak luar bilik dan ter sambil mengadap sungai. Rasa macam bestnya. Boleh tak kalau tiap2 minggu cuti mcm ni abang?

Ohye..lupalak nk cerita, datang stay one nite kt sini bukan saja2. Sebenarnya my husband join endurance tp kuda tu pancit kt point pertama lagik kekeke.. Dia guna kuda org dan kata tuannya, kuda tu pun nk dijual jugak.

Gambar later lah upload, gambar time raya aritu aidilfitri tu pun saya tak upload lagik..ngehngeh



Aduhai kawan yang ada FB, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :)
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))