Friday, July 31, 2009

Manfaat Soya Buat Saya


Bismillah,

Sellfish kah tajuk itu? Untuk saya? Saya tulis untuk saya selepas saya nampak suami ku beli kacang soya dan saya pasti dia nak mula balik memerah soya sendiri. Jadi saja nak refresh khasiat kacang soya dari seorang suami yang cantik kepada bini yang hensem ini...eh?? He he...

  • Isoflavin dalam soya boleh kurangkan risiko osteoporosis pada wanita menopaus. Ia meningkatkan jumlah massa dalam tulang dan menyebabkan tulang tidak mudah reput. Isoflavin juga mengurangkan risiko berlakunya penyempitan pembuluh darah. Mmm...nampaknya kanda, kalau U tanak tulang I reput, kene la tolong I perah soya tu sampai I habis umur ek....hihi..
  • Lesitin pula menurunkan kadar kolesterol. Jadi takle senang kene penyakit jantung.
  • Ia juga boleh mengurangkan risiko rahim dan payudara kerana gizi dalam soya boleh menurunkan pertumbuhan sel tidak normal dalam payudara dan endometria
  • Kalau dah jadi tempe pula, ia bersifat antioksida, senang cakap anti tua :P Ia meremajakan sel2 tubuh untuk meningkatkan vitaliti tubuh. Jadik, walaupun umur kita sudah tua, tapi kalau banyak minum soya dan makan tempe maka sel2 dalam tubuh masih lagi remaja insya ALLAH.
  • Khasiat soya hampir sama je dengan susu lembu malah ia lebih baik kerana tidak mempunyai kasein yang boleh menyebabkan alahan. Saya dua2 saya sebat, soya pun amik, susu lembu pun belasah.... :)
Tapi apsal tak naik badan jugak eks??

Thursday, July 30, 2009

Manfaatkan XTVT Menonton TV


Bismillah,

Entry ini tak bermaksud nak suruh anda suri2rumah untuk menonton TV. Saya pun hanya tgk TV dari jam 5.30-6.30 ptg aje...itu adalah masa untuk saya naik tgk anak2 (kalau dari tadi ada customer la...) dan bukakan lampu untuk diorang dan pastikan diorang semua mandi dan basahkan rambut. Selepas tu, kami sama2 tgk Mari Bertarannum.

Saya rasa buang masa kalau tengok TV saja2. Malah kalau tengok TV saja tanpa buat kerja lain, saya akan terlena kurang dari sepuluh minit. Siapa yang sll follow bebelan online saya di sini mesti dah kenal kan minah kuat tidur ni. Saya memang senang terlena tapi senang pulak jaga. Tu yang saya tak minat tidur siang dengan ditemani suara anak2 yang nak itu ini.

  • Buat kerja lain. Saya paling minat lipat kain kalau nak tgk TV. Ini lah tabiat saya. Saya akan lega buat begini dari tidur dan bila bangun kain masih bersepah. Udahla sekarang ni penyakit malas begitu kuat sekali bertepek dalam diri saya :P
  • Senaman. Kalian, saya dah lupa dah bila kali terakhir saya senaman. Kata biras saya, kita buat kerja rumah sampai peluh2 itu tidak dinamakan senaman. Melainkan kita pilih naik turun tangga secara tetap selama 10 minit, maka itu boleh dikatakan senaman. Saya tidaklah berisi (malah kurus keding lagi) tapi saya rasa senaman tetap penting untuk kesihatan. Namun dalam tempoh mengandung, saya tidak senaman untuk menjaga kandungan dan selepasnya pula, untuk menjaga peranakan. Mmm...bestnya ek kalau ada exercise bike...."abang.....kalau ada duit apa kata???"... :P
  • Mengunyah. Jangan ajar diri makan makanan rapu. Walaupun anda enjoy mengunyah, namun ada lemak2 dan pengawet2 yang ntah apa2 juga akan enjoy dalam tubuh kita. Cuba kunyah cucur ke (erk...bukan cucur banyak lemak jugak ke? ha ha...janji takde pengawet..) atau lebih baik buah. Especially kalau anak2 jenis tak makan sayur, time gini la elok kupas2 mangga ke, ciku ke, rambutan ke bagi diorang makan. Sllnya licin la...
  • Berias. Owh ini macik takde keje. Saya ada cuba beli satu set pencuci muka dan skang saya terseksa kerana saya takut membazir tak guna selepas saya beli. Seblom ni saya tak pernah pakai apa2 pencuci muka sekalipun. Memang tak kosa ah tapi mengenangkan usia nak masuk 30 tahun depan (my hubby dah 31 okeh...dia tetap lebih tua) so, saya ni konon2nya nak make over lah sikit. Saya rasa sape yang minat pasang mask ke ntah hapa yang lekat putih2 atas muka tu bolehla buat sambil tengok Aqso & Madina.
Tapi jangan amalkan satu benda. Saya sll buka TV sambil ajar Asmaa' & Usamah Maths & Sc tapi end up dgn mata diorang asyik ke TV aje. Takpun diorng mengeluh, "Dah letih la umi...," hayyoohh!!! Saya rasa anak2 saya takde potensi untuk study depan TV macam maksu diorang. Saya dulu pun jgnkan TV, radio pun tak minat nak dengar time study. Bagi saya TV adalah TV dan study adalah study (tu pun tak score :P)

Mungkin korang ada idea menda lain yang nak dikerjakan time nengok TV. Silalah....kongsikan dengan saya dan kengkawan yang lelain :)

Okeh ini adalah pengongsi idea sama saya. Mula2 Beattey (sama nak diet ini boleh buat sifu neh...)

aktiviti saya semasa tengok tv..aadalah sangat banyak la siti....mari sy senaraikan

1. menyusukan jannah masa tengok tv...biar dia puas ngempeng..

2. lipat baju n CD of course..!!!

3. Membelek katalog (Avon ke, cosway ke, tesco, giant dll)

4. Berangan. Saya suke berangan apa yang saya nak masak esok n hari2 yang seterusnya

5. Acu baju. Suka sangatlah try baju lama2..mana yang muat sy rembat untuk pakai p ofis..mana yang tak muat (walaupun tahu lom muat)buat sumber inspirasi..u know i'm in diet kannn??

6. Masa tgk tv jugaklah waktu yang hubby sy selalu suruh urut kaki dia yang selalu kejang.

7. Sy mmg minat tgk tv sambil sms ngan kak ngah saya...

8. potong kuku time tgk tv..jangan ikut ek..

9. belek majalah sambil tengok tv...

10. last sekali tido sambil tv tgk sy...

OK yang ini pula idea dari Hanz,

Kalau tgk tv, mcm siti gak..me lipat kain or sterilise & lap EBM storage, settlekan cloth diaper...kadang2 selak majalah..tapi kalau anak2 tgk tv whcih is vcds diaorang concentrate


Wednesday, July 29, 2009

Bila Anak Kita Sudah Besar


Bismillah,

Kalian, telah lama saya tak cerita pasal anak2 saya. Mungkin akibat saya dilanda satu penyakit malas dan garang. Kasiyyan anak-anak ku itu. Juga bleeding yang menjadi2 namun katanya doktor, baby sihat. Adakah mereka yang mendoakan saya itu?

Saya tulis tajuk di atas kerana saya rasa anak saya betul2 dah besar. Saya mulakan dengan cerita Uwaiys dan Arwa kerana di pagi hari sehinggalah kakak dan abang mereka balik dari PASTI, merekalah pendengar setia bebelan dan teman saya. Tak sudah2 suruh mereka ke tepi supaya saya boleh menyapu.

Lately, Arwa suka pegang penyapu dan penyodok sampah. Semua benda akan di sapu sampai Uwaiys pun di sapu sekali. Nasib lah Uwaiys tak muat penyosok sampah itu, kalau tak mesti Uwaiys akan berada dalam tong sampah.

Uwaiys, akan bertindak menjadi DJ TV (bukan DJ radio) sbb kalau ada je lagu-lagi kluar TV dia akan jerit pada umi, "Tak baik ke umi?" Dan kalau saya kata tak baik, dia akan alih ke channel lain. Yang paling best sekali masa supplier Chinese lady datang dengan baju Manjalara tanpa pakai sluar tapi dia cekak pinggangnya dengan tali pinggang mega saiz. Kalau orang melayu kita pakai baju tu, mesti pakai dengan seluar dan saya kekok sekali tgk Chinese ni takpakai apa2 di bawahnya. Uwaiys asyik kata, "Eii tak malu..." berulang2 kali selagi dia tak balik. Ha ha...

Uwaiys juga suka melihat masjid. Setiap kali nampak masjid dia akan ajak abahnya mengalunkan azan dan saya suka mendengar telo kanak2 mengalunkan azan. Sekarang Uwaiys juga sudah tidak kerap ke toilet. Saya rasa dia sudah jarang ke toilet selepas dia demam baru2 ini. Malah tubuhnya yang seksi itu juga sudah susut. Plus umi pulak masak tak sedap dan tak menjadi lately.

Usamah pula sudah pandai menghargai. Semalam saya dan suami makan di kedai makan. Saya rasa syukur sangat sebab saya betul2 tak lalu makan dan suami saya akan bawa ke kedai makan mana yang saya pilih. Di situ saya akan pilih makanan apa yang saya nak walaupun akhirnya nasi saya tak habis akibat nak muntah. Balik dari kedai makan, saya belikan anak2 cucur cempedak RM2. Usamah pun kata, "Wah! Baiknya umi..." Wuwuuuuu....

Asmaa' pula semalam pergi mandikan Arwa. Seusai ada customer, saya naik ke atas dan terkejut yang terlampau terkejut bila melihat Arwa pakai kain baju kurung di lehernya dan tak dipakaikan diapers. Saya ingat Arwa yang buka sendiri diapers dia dan bila tanya Asmaa' dia kata dia mandikan adiknya. Bila di tanya kenapa tak pakaikan diapers, dia kata "Kakak lupa".

Sebenarnya saya nak marah. Ntahkan cucikah dia basuh najis adiknya. Kemudian lepas keluar dari bilik air ntah2 Arwa terkucil di mana2. Tapi bila tengok Asmaa' rasa tak sampai hati nak marah, plus takde tempat dalam rumah tu yang ada air bertakung mcm air kencing. Asmaa' bukakan diapers adiknya dan letak di tempat yang betul. Owh, saya rasa sangat sebak melihat anak saya yang 5 tahun ini. Dia sekarang sudah jadi anak dara. Saya assume dia cucikan adik sepenuhnya sbb kecut abis jari tangan dan kaki Arwa.

Rasanya Arwa terlena sambil cuba memakai baju sendiri. Memang semua anak2 saya pakai baju mereka sendiri kecuali Arwa. Jadi dia tidak mahu dilihat tercicir. Itulah sebabnya dia sll pakai kain di kepala dan baju di kaki. Belasah aje la... Arwa juga seperti Asmaa' sekarang kelam kabut cari tudung bila kami kata "Jom" dan sllnya Asmaa' yang akan carikan tudung untuk adik manis nya.

Bila diorang nak makan atau nak minum, diorang akan buka tudung saji sendiri dan tadah air sendiri kecuali time diorang nak susu. Walaupun bawah tudung saji tu kadang2 takde makanan pun, saya akan cuba belikan buah supaya mereka boleh makan bila mereka rasa nak makan. Suami ku tidak menggalakkan kami ada stok biskut di rumah jadi saya pilih buah.

Saya harap, keadaan kesihatan saya dan mood saya yang kononnya swing merata2 ni akan cepat beransur reda. Saya kasihan melihat anak2 saya dan suami saya. Saya cuba untuk mengatasi perasaan ini. Tapi bila ada masalah melanda, mulalah saya melatah2 sedangkan saya rasa satu masa dulu saya tidak begini.

Saya harap, 4 kain putih yang sedang saya dan suami corakkan ini benar2 menjadi kain yang mendatangkan manfaat kepada kami dan kepada orang di sekitar mereka. Amin....sob sob....

Tuesday, July 28, 2009

Saya, Somi Saya & Belog Saya :)


Bismillah,

Saya bukan orang yang turut sama nak berebut hadiah Bizkizz dengan 6 orang yang buat entry bersama tajuk di atas. Ini adalah untuk menyahut seruan sahabat blogger saya si Mama Mencah. Saya selalu tertanya2 adakah suami dia akan sentap dengan apa yang dia tulis dalam blognya itu. Memang kelakar tapi saya selalu rasa risau bila baca..ha ha...Soalan2 saya seblom ni pernah dia jawab namun jawapannya dalam entry itu adalah lebih detail dan saya happy, MamaMencah hanya berleter secara online, tidak pada kehidupan hakikatnya.

Lalu, saya mengutip soalan2 dalam blognya dan jawab dalam versi saya :

  • Suami saya baca blog saya tak? Baca. Sebab blog ini akan dibuka selama mana saya buka kedai. Saya rasa dia hanya baca apa yang isteri dia tulis bukan untuk tujuan apa2 tetapi mahu tahu apakah yang isterinya membebel dengan menggunakan jari sahaja.
  • Adakah dia rasa sentap dengan apa yang saya tulis pasal dia? Tak pasti. Saya biasanya memilih jalan selamat untuk mengatakan sesuatu tentang suami saya di blog ini. Saya mungkin malu jika dia blog kan kelaku saya yang malas lipat kain, malas basuh pinggan dll kelemahan atau kesilapan saya jadi saya tidak memulakannya dahulu. Kalau betul ada benda yang tak kena, saya akan bagitau direct. Dia pun sama... Saya harap dia tak rasa sentap dengan apa yang saya tulis...
  • Suami saya support saya blogging tak? Saya tidak disuruh dan tidak pula dilarang menulis blog ini. Dahulu, saya memilih jalan ini untuk menjadi manusia yang berguna kepada manusia lain. Lalu, suami saya ada berkata, tak perlulah buat topik yang berat2 mcm politik dll supaya orang terus rasa nak baca. Namun adakala saya rasa down bila apa yang saya tulis, saya berhenti melakukannya sebagai contoh saya tulis supaya semua orang baca Quran setiap pagi tapi saya sendiri tidak melakukannya. Malah pernah pun saya disablekan semua entry saya setelah saya rasa saya bersalahan dengan apa yang saya tulis (MamaMencah pun noticed tentang kehilangan entry2 saya kan?) Hidup ni jangan diharapkan kita tidak didatangi cubaan. Cubaan itu akan sentiasa ada dan ia tidak datng dari pihak luar. Adakala, suami kita yang akan membuat kesalahan, ada masa lain pula dari orang luar, ada masa anak2 pula yang buat hal dan kita sendiri tidak terkecuali dari melakukan kesilapan.
  • Ipar-duai sebelah suami baca tak blog ni? Mungkin. Semua mereka mengetahui tentang kewujudan blog saya cumanya saya tidak menerima komen dari mereka. Alhamdulillah setakat ini tak ada apa yang mereka argue dengan apa yang saya tulis dan saya harap hubungan baik ini berlangsung selamanya.
Mmm...K.An, kira OK lah ek apa yang saya tulis...tanak ketinggalan sama dalam menjawab soklan2 k.An itteww...saya sangat suka baca blog Mencah malah setiap kali k.An update, saya akan cerita pada suami saya dan dia mula tersengih2...he he...juga didoakan nak Mencah cepat sihat. Aminnn...

Monday, July 27, 2009

Saya Yang Pasif

Bismillah,

Jangankan blogging, email pun saya tidak buka...ha ha...tapi saya masih menulis dan sedang dalam proses memindahkan sedikit demi sedikit dari apa yang saya diskas di Ratuhati di sini. Sekarang saingan saya sudah semakin ramai. Mesti pihak penganjur di Ratuhati dan SriSuri akan pening2 lalat dengan penyertaan itu. Namun saya masih berharap saya masih ada luck untuk memenangi pertandingan ini.

Jadi, jika sesiapa yang masuk ke sini tapi tak ada yang nak dijamu, bertandanglah ke Ratuhati ya. Kita boleh borak2 di sana. Thanx untuk rakan blogger mcm Kakyong yang peramah itu yang tuut menyumbangkan idea buat saya di situ. Kenapa breastpump itu begitu bermakna buat saya? Saya mahu mencuba breastpump yang dikatakan berkualiti dan jika tidak saya akan memerah susu dengan tangan sahaja (kerana tak boleh beli sendiri)..

Saya sudah serik dengan 3 jenis breastpump yang saya guna sebelum ini. Bila di tanya kawan2 yang boleh buat stock dalam peti ais, majoritinya menggunakan Spectra. Tapi bila melihat harganya, saya cepat2 perah dengan tangan sahaja...ha ha...kudukut maksima :P Kawan2, jom jumpa2 di sana??

Tuesday, July 21, 2009

MamaPayish GiveAway Contest

Bismillah,

Dengan penuh gigihnya, saya terleleh2 air liur melihat ada orang mahu bagi Giveaway (bersyarat hokeh!!) So, dah alang2 Arwa kejutkan umi tadi so umi bangunlah juga dan kebetulan ada di rumah opah, maka bolehlah umi cari hadiah untuk Arwa malam ni. (Abah...esok kalau umi ngantuk jgn marah ek sbb umi tgh cari CD free neh!!)

GiveAway ini sempena menyambut befday MamaPayish pada 29 Julai 2009. Doakan MamaPayish Panjang umur dan murah rezeki yerk.

MamaPayish GiveAway Contest dengan rasminya akan bermula pada 20 Julai 2009 hingga 29 Julai 2009.


SYARAT2NYA:

1) Terbuka kepada semua blogger yang mempunyai anak lelaki @ perempuan berumur 1 – 2 tahun.

--MamaPayish, anak saya perempuan setahun 5 bulan yang udah di CD kan hampir 3 bulan lamanya :)

2) Diwajibkan menjadi Follower blog mampayish-onlineshop serta add link blog ini dalam blog list anda.

-- Jadi Follower itu udah. Yang masukkan link itu saye dah masukkan masa mula2 MamaPayish promote Mamapayish Onlineshop di blog ini aritu lagik.

3) Sila tempek gambar di atas sebagai banner di sidebar blog masing2..banner tersebut mestilah di link kepada entry contest ini gune link ni :

http://mamapayish-onlineshop.blogspot.com/2009/07/mamapayish-giveaway-contest-sticky-mode.html


-- Lihatlah ye di right sidebar :)


4) Sila buat special entry contest ini dan upload 1 keping gambar baby anda sedang memakai cloth diaper (any brand) beserta dialog anak anda bergaya dengan CD yg dipakai.Pada gambar tersebut sila nyatakan:
- Nama anak (full/nick name)
- Umur anak


Saya jadi teruja dengan contest ini, OKlah saya tak dijemput pun tapi saya masuk ke blog Mamapayish sebab lepas balik kampung baru2 ni, dia antara orang yang baru update blog online nya. Lagipula, saya nampak dia promote di blog kakyong tentang kemunculan baru blog online plus giveaway ini. Plus, saya jadi teruja bila hadiahnya CD. Saya dah ada, ye betul...but i need some more untuk gantikan CD saya yang rosak. Tambah pulak apa yang Mamapayish offer adalah CD yang sama yang saya gunakan yang boleh diharap :P Kekkekekek....korang yang lain, saya kira anda boleh bagi sokongan juga kepada Mamapayish especially kepada mereka yang baru nak menambah2 CD baru ye...



Pasal gambar ni, actually saya tak gamak nak tangkap gambar my Arwa sampai terselak2 CD dia (berangan nak jaga bab selak belak setelah mengambil pengajaran dari rakan saya yang gambar anaknya teraniaya) tapi saya rasa gambar ini mudah2 an tidak mendatangkan kemudharatan buat anak saya tapi mendatangkan CD kepada dia. Owh, diulangi...nama anakku yang chantek ini adalah Arwa Bt Mohd Sabri, berusia 1 tahun 5 bulan.


Siapa yang mahu mengikuti pengalaman Mamapayish ber CD bolehlah rujuk di link ini ya...


5) Sila jawab 2 soalan wajib:
i) kenapa anda harus mendapat mamapayish giveaway ni??

Saya patut mendapat sabsidi ini kerana

  • Menggantikan sesuatu yang tidak memuaskan hati dengan sesuatu yang memuaskan hati.
  • Kerana memang Mamapayish (well actually her dear husband la kot yang akan select) nak bagi kat saya.
  • Insya ALLAH akan cuba promote blog ini kepada rakan2 ku yang sedang mengumpul2 koleksi CD mereka.
  • Arwa juga teringin nak ada beg katun baru setelah umi tak belikan dia beg
  • Last sbb in 7 mth time, Arwa will share this CD with her adinda insya ALLAH ;)


ii) apa yang anda tahu pasal blog online mamapayish?

Saya tahu ini adalah blog yang baru sahaja di war2kan kepada umum. Lalu Mamapayish mengambil langkah bijak dengan mengadakan contest ini. Adalah amat penting bilamana kita mahu menambah daya tarikan dengan melabur sedikit dahulu kan ;) Semasa pembukaannya tempohari saya terperasan dia membuat pakej 5 pcs of CD coolababy AIO dengan harga RM 185 (plus pos) dan 5 pelanggan terawal boleh bayar 2 kali. But then still ada T&C dia lah kan. But I'm not sure whether dah ada orang yang menerima kelebihan ini atau belum (hopefully sudah...sorry to say sbb ini menunjukkan ramai yang dah ambil peluang ber CD) . Semoga doa Payish supaya mamanya punya bisnes mantopp menjadi kenyataan......Gud luck to Mamapayish


6) Setelah siap entry tersebut, sila tinggalkan URL-link-contest anda di ruangan comment pada entry ini sebagai tanda anda SAH menyertai contest ini..ini juga memudahkan para juri membuat edisi terjah ke blog anda.


7) Pemenang akan dipilih 100% oleh abah payish sbb dia tidak kenal kawan blogger mama.

--hihi...tengok2 nnt abah payish suruh payish buat cabutan bertuah bila tgk ramai2 kawan blogger mamanya masuk!!


To Mamapayish..selamat menyambut hari ulangtahun pada 29 July ini. Semoga umur berkat dan dimurahkan rezeki...amin

Award dari Chempaka



Bismillah,

Uu...Letih! Sampai di Parit Buntar jam 1 pagi, paginya siapkan anak2 gi PASTI. Tgk2 diorang cuti Isra' Mi'raj. Ini second time kami dengan gigih bawa anak ke sekolah dan bila dah sampai depan pagar, pagarnya bertutup. Ha ha...Sungguh umi korunk jenis tak tgk kalendar! Sepanjang 3-4 hari lepas saya tidak masuk ke Ratuhati untuk 'bertindak sebagai orang yang menggalakkan penyusuan ibu'. So skang nak ajak kawan2 bukan setakat join saya di dalam thread yang sama, tapi masuklah contestnya.

Ini adalah entry khas untuk menerima award dari Chempaka. Berpeluh2 saya mencari link dia dari Google lah, yahoo lah. Last2 ada dalam bloggerlist kakyong! Seb lak makcik kakyong yang dah mulakan bisnes baru ittew ramai kawan! Ngeh ngeh....

Tenkiu Chempaka!!!

Owh ya..saya ada menang satu contest. Itupun ada blogger lain yang wish congrates dalam blog ini. Actually hari Khamis lalu saya buka juga beberapa kali tapi tak juga ketahuan resultnya. Anyway thanks to ZARASHOPPE. Lepas ni saya dengan malu2 kucing nak bagi alamat juga pada Farah Sarakids sebab hadiah dapat no 2 belum saya tuntut lagi dan dia dah popet2 bagitau hadiah saya dia dah bungkus tinggal nak pos. Segan ma nak claim sbb tak pi majlis dia...huhu

Thursday, July 16, 2009

Parcel from UIA??

Bismillah,



Saya terkejut dapat surat dari UIA. Bilakah pula saya minta nak sambung belajar di sana? Ekekeke... Lalu saya pulun buka.


Owh, rupanya ada si comel di atas. Saya buka untuk tgk compartment di dalamnya.


jeng jeng...dan ia adalah amat seswai utk saya bawa balik kampung malam karang.

Hadiah yang manis ini, dikirimkan oleh Ayu Sidratul Muntaha buat saya. Terima kasih banyak Ayu bila Ayu buat akak rasa persahabatan betul2 ada dalam diri Ayu. Satu masa dulu, saya pernah sama2 tumpang sedih dengan apa yang dia alami tapi insya ALLAH langit tak selamanya mendung kan Ayu?

Sape2 jumpa org kurus mcm lidi bawak beg bunga2 coklat mcm ni, itu mungkin sitisifir10 :) Saya akan ada di Kelantan Terengganu for the next three days...keep on berkempen tentang penyusuan susu ibu yaa...

p/s : siapa kata Bloggers adalah orang yang kesunyian, lihat...kami ada ramai kawan!!

Wednesday, July 15, 2009

Mencari Penawar Stress


Bismillah, 

Sungguh cool pagi ini. Saya singgang telur, buat asam pedas...wah, dua2nya asam okeh utk arini. Tapi sarapan tadi diorang dipaksa makan soto dengan bergedil hancur semalam..wakaka.. Malam tadi saya dah lipat kain yang terabai baru sebulan. Tapi tersangkut di tengah jalan bila suami kata, "Tidurlah, esok kang bangun pukul 5 lipat." Huhu...ku sangka dia nak kata, "Tidurlah, biar abang sambung lipat." :P

Pagi ni jujurnya, kain tak habis lipat lagi tapi rasanya dah 3/4 dari jumlah kain berjaya saya lipat setelah bangun 5.30 pg tadi. Huhu...jeling2 saja orang itu yang rukuk sujud di belakang raga. Terukkan saya? Saya rasa saya hampir berjumpa semula keharmonian dahulu. Walaupun tidak sepenuhnya, ia semakin bertambah baik. 

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (al-Baqarah: 155 – 157

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh-kesah lagi kikir. Apabila ditimpa kesusahan ia berkeluh-kesah. Dan apabila ia mendapat kebaikan, ia amat kikir. Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat”. (Al-Ma’arij : 19-22).

Mmm..melihat kepada diri saya, stress telah menyebabkan ketenteraman hidup saya terganggu. Walaupun badan saya sihat, bila rohani tidak sihat maka seluruh tubuh akan menjadi tidak sihat. Ini adalah kenapa Islam mengajar dua perkara seperti syukur dan redha. Apabila mendapat nikmat, kita harus bersyukur dan dimasa mendapat musibah, kita mesti redha. 

Ketenangan boleh dicapai dengan meningkatkan kesihatan fizikal dan mental. Cubalah juga untuk membuat perkara yang baik-baik. Asal kita rasa tidak kena sahaja dengan apa yang kita lakukan, maka jangan lakukan kerana ketika itu mungkin iman kita sedang berbicara untuk menyelamatkan kita. 

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram (Ar-Ra'd : 28)

Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah : 153)

Semoga ALLAH mudahkan hidup kita. Syukur atas nikmat umur yang masih ALLAH berikan hari ini :)

Tuesday, July 14, 2009

What I Do For A Living

Bismillah,

Tengoklah MommyLyna, dia memang cari nahas dengan saya bila dia hantar tag ini. Ntah apa khabar nasi himpit yang sedang saya rebus di atas rumah, disebabkan terbaca kerja yang dia bagi, saya tinggal dapur saya kerja sendiri. Hopefully bergedil saya pun dah siap dapur saya goreng bila saya naik atas nanti...ngeee

Actually saya boleh mengelat tapi saya rasa saya masih orang yang dimaksudkan. Saya adalah sitisifir10 dan siti sifir boleh jadi ada beribu-riban di Malaysia je la kot. Sbb saya adalah seorang sahaja sitisifir yang selalu mintak tisu dalam blog dia, maka saya amiklah tanggungjawab ni dengan penuh saksama. Tiap kali saya amik tag org, saya teringat saya belum amik tag dari ummihanie lagi...hihi...

WHAT I DO FOR A LIVING

I am an optometrist. Apa yang paling saya suka sekali adalah saya tak pernah interview utk dapat kerja ni. Alhamdulillah, peluang kerja tu selalu ada tapi tatau la skang kan.




I'm dealing with EYE


and also their MONEY :D because I have my own optical shop


When my customer walk in, I will bring them to my refraction room and ask them to read this

If they have problem I put this trial lens

Into this trial frame

Almost of the time, if they have refractive error and money they will buy a pair of this...

Selepas dapat duit diorang, saya akan naik atas rumah dan tgk TV atau masak, atau berleter atau bersilat dan lain-lain. Senang bekerja sendiri, jika saya rasa mahu turun dan blogging, saya akan turun atau tidak staff saya akan panggil dan beritahu, "K.Pija, ada customer" barulah saya turun.
Jika ada tempahan, saya akan potong spek yang senang2 dan selebihnya saya pas pada suami ku. Staff saya juga sudah mula edging frame sendiri. Tahniah dan terima kasih untuk Cik Timah. Selain dari cek mata di kedai, hampir setiap Jumaat kami akan buat visit ke sekolah2 atau pejabat kerajaan untuk pemeriksaan mata percuma dan sambutannya setiap kali juga adalah amat menggalakkan.
Saya boleh bawa anak saya ke dalam kedai dan mereka bebas bermain di sini. Memang kadang2 ada customer yang tak selesa tetapi saya tak peduli semua tu. Peratusan orang begini tidak ramai. Saya sayang kerjaya saya sekarang yang mana saya boleh bebas menentukan apa yang saya nak buat dengan yang saya tanak buat.
Memang masih ada kongkongan sbb saya guna sistem francais tapi setakat ini masih terkawal lagi keadaannya. Mmm....dah panjang pulak...tag ini mau pas pada sapakah ye??
To MommyLyna, tenkiu la bg idea utk daku arini...eh apsal ada bau hangit ni ataukah nasi impitku dah rentung????

Monday, July 13, 2009

Siapa Mahu Breastpump Spectra Percuma?

Bismillah,


Saya nak tolong war2kan hal ini. Kerana hadiahnya menarik dan bukan senang nak dapatkan hadiah yang menarik seperti ini. Ratuhati.com dan Srisuri.com telah mengadakan pertandingan bagi melahirkan lebih ramai mereka yang berkempen, lebih ramai yang dikempen, apatah pula untuk meramaikan ibu2 menyusu ini. Maka kengkawan, apa lagik....buatlah ratuhati.com macam rumah sendiri :P



Peraduan Kempen Penyusuan Susu Ibu
Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu 1-7 Ogos 2009, Ratuhati.com dan SriSuri.com ingin menjemput anda semua menyertai peraduan penyusuan susu ibu di Ratuhati.com... Hadiah antaranya breastpump spectra bernilai hampir RM400!!

BAGAIMANA MAHU MENYERTAINYA?


  • Bayangkan anda seorang aktivis penyusuan susu ibu.

  • Lakukan kempen menggalakkan ibu-ibu memberi susu badan kepada anak-anak mereka. Supaya bapa-bapa dan lain-lain anggota keluarga serta masyarakat untuk turut menyokong seorang ibu menyusukan anak mereka.

  • Media kempen adalah bebas. Anda boleh kempen dengan menggunakan video, gambar, cerita, tutorial, cerpen, esei, puisi dan sebagainya. Ikut kreativiti anda.

  • Ibu sedang hamil sangat-sangat digalakkan menyertai pertandingan ini. Ada markah bonus untuk anda.

  • Kempen yang paling menarik dan popular akan menang.

TERMA dan SYARATCARA MENGHANTAR PENYERTAAN



  • Hantarkan penyertaan anda di forum peraduan ini.

  • 1 ahli = 1 penyertaan = 1 thread

  • Anda boleh buat lebih 1 post dalam topik anda tersebut.

  • Video boleh milik anda sendiri atau diambil dari mana-mana sumber awam seperti youtube, vimeo dan sebagainya.

  • Gambar boleh milik anda, milik orang lain (dengan izin tuan punya) atau diambil dari mana-mana sumber awam seperti wikimedia atau dari sumber creative commons.

  • Tarikh tutup penyertaan adalah 15 Ogos 2009

  • Ratuhati.com berhak untuk menukar terma dan syarat di atas tanpa notis / persetujuan selagi ia tak menzalimi kedua-dua pihak..

HADIAH ADALAH TAJAAN
SRISURI One Stop eStore
Breastfeeding Gadget, Cloth Diaper, Parenting Books


Jika anda ingin menaja hadiah tambahan, sila hubungi pentadbir [A] ratuhati.com
PERBINCANGAN di FORUM tentang Peraduan ini...

Sunday, July 12, 2009

Kisah & Lagu






Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa,
keagungan kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu,
terasa diriku kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri


Bismillah,

Hoho...ini bukan masa untuk berjiwang rewang ya. Sengaja saya mengambil mood yang sama dengan kakyong72 utk kembali ke masa silam saya. Saya tidak miliki suara yang sedap namun yang hairannya saya jarang ketinggalan untuk muncul di atas pentas bersama dengan rakan2 sebaya saya di Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh ketika itu.

Cuba kalian dengar baik2, lagu ini bukan lagu koir tapi batch saya dengan selamba rocknya mengambil lagu ini untuk dijadikan koir. Owh, ini bukan lagu pertama yang kami jadikan koir malah lagu Seribu Impian Casey juga telah dijadikan koir. Jadi, tolong respect kreatifnya kami dalam mengubah lagu2 yang popular ketika itu menjadi koir supaya ia halal dinyanyikan di pentas sekolah agama...muahahaha....

Pertama kali saya tahu kewujudan lagu ini adalah apabila ada seorang junior bagi saya lagu ini. Masa itu saya form 5 di sekolah itu. Saya pun ingat2 lupa siapakah yang bagi sebab adik angkat saya sendiri pun ada 4 org :P. Dalam banyak2 lagu yang saya terima lagu ini membuatkan saya rasa serba salah kerana saya rasa saya tidak layak untuk mendapat lagu ini.


Kemudiannya, pelajar2 senior semasa itu di STA (Sijil Tinggi Agama) ketika itu telah membuat rombakan diri. Mereka yang asalnya rock2 dan boleh dikatakan geng 'belasah aje' semasa F1-F5 menjadi orang2 yang mula membawa manfaat dalam erti kata sebenar. Mereka telah membawa jiwa saya untuk mengenal Tuhan walaupun saya mengenal lagu2 seperti ini.


Cuba anda search semula Bila Diri Disayangi oleh Ukays dari Youtube, anda akan dapati video klipnya melambangkan pihak keduanya adalah pasangan kepada yang menyanyi. Namun cuba pula kita hayati saya rasa pihak kedua tidak ditujukan kepada manusia dan ia adalah untuk mengagungkan Pencipta kita sebenarnya.


Lalu lagu ini membawa saya untuk mengingati beberapa lagu lain seperti Kekasih Awal & Akhir Jamal Abdillah yang juga tidak merujuk kepada manusia. Maka lihatlah betapa fitrah para penulis lirik ini dalam menghayati rasa kehambaan sehingga terciptanya lagu2 seperti ini. Malangnya, ramai sekali antara kita yang memilih menjadi hamba manusia daripada menjadi hamba kepada Pencipta.


Selepas perkahwinan saya, rasa bahagia itu selalu membuatkan saya menyanyi2 lagu Bila Diri Disayangi ini namun ia adalah kerana saya rasa ALLAH benar2 menyayangi saya dan memberi saya suami seperti mana yang saya idamkan. Benar, dia manusia biasa yang tidak lepas dari kesalahan dan kelemahannya tetapi dia tetap melengkapkan kehidupan saya.


MamaManja, ini adalah penyertaan saya.... barang siapa yang mahu meriahkan suasana, jemput2 lah :) dan MamaManja juga akan bagi hadiah buat orang yang masuk ke dalam blognya pada bilangan ke 26679 sempena besdaynya.

Personaliti Ibu Bapa Yg Cemerlang


Bismillah,



Sebelum ini saya pernah dah pun membincangkan sedikit personaliti ibubapa yang cemerlang. Ini kira top up dari yang dulu lah ye. Mmm..panduan untuk diri sendiri dan kalau ada yang nak tumpang, silakanlah utk pelaburan dunia dan akhirat insya ALLAH. Bukan apa, sejak akhir2 ini serasa dahaga untuk mendapatkan semula ilmu2 keibubapaan. Sebabnya, mungkin saya melalui hari2 yang sama setiap hari, lalu serasa mcm tak ada perkembangan.



  • Berketrampilan dalam pelbagai bidang
    Ibu bapa yang cemerlang harus mempunyai pengetahuan yang agak luas dalam pelbagai bidang. Ini akan dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam mendidik anak-anak mengenai bidang-bidang yang berkenaan

  • Yakin terhadap diri sendiri
    Keyakinan yang tinggi menjadi pemimpin dalam rumah tangga adalah tunggak kepada kekuatan seseorang suami dan keyakinan yang jitu dalam mendidik anak-anak adalah tunggak kepada isteri yang solehah. Tanpa keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri, kedua-dua ibu bapa tidak dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan. Ingat "bagaimana acuan, begitulah kuihnya".

  • Konsisten dalam melakukan sesuatu
    Sesuatu amalan yang dilakukan secara konsisten oleh kedua-dua ibu bapa seperti sembahyang jemaah, melakukan aktiviti-aktiviti yang mulia, memberi arahan dan mengenakan hukuman akan dapat menanamkan rasa hormat dalam diri anak-anak terhadap kedua-dua orang tuanya

  • Pemikiran yang kreatif dan positif
    Ibu bapa yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan positif akan dapat mewujudkan suasana yang ceria dalam rumah tangga. Kreatif dalam mengemas rumah, memilih makanan, beriadah dan sebagainya akan dapat mengubah selera dan suasana dalam rumah tangga

  • Boleh diharap
    Ibu bapa adalah tempat bergantung oleh anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa bersedia untuk melayani dan melindungi ahli-ahli keluarga apabila diperlukan

Hakikatnya, utk memenuhi ciri personaliti yang berkebolehan dalam semua bidang adalah susah. Bukan semua kita dilahirkan dalam keadaan serba tahu. Namun, apabila kita mempunyai anak dizaman di mana semua kanak2 ibaratnya terlampau pandai, mahukah pula kita membiarkan anak2 kita terkial2 dalam mencari halatuju dalam hidup mereka? Mahukah pula kita melihat anak kita merujuk kepada orang lain lebih dari merujuk kepada diri kita? Apa pula jadinya jika dia salah tempat untuk merujuk?


Selain untuk kepentingan anak-anak, ia juga adalah untuk menyelamatkan ekonomi. Bayangkan andai hanya bumbung bocor, paip tersumbat dan lain-lain masalah yang ringkas, berapa banyak duit yang boleh kita selamatkan dengan membuat semua ini sendiri? Tapi, jika ada kekangan masa, apakan daya. Mahu tidak mahu terpaksa juga kerja ini di 'pas' kepada yang lebih tahu.


Tanpa keyakinan pula, ibarat kita sudah set perkataan 'tidak boleh' dalam diri kita. Walaupun begitu, keyakinan sahaja tidak cukup. Kita masih perlu berusaha untuk membuktikan keyakinan kita tidak hanya semata2 keyakinan. Selepas itu, tidak hanya kita yakin dengan diri kita tetapi orang lain juga akan yakin dengan kita. Bukan begitu? Apabila sana sini ada keyakinan, maka akan ada lebih keyakinan untuk kita membuat sesuatu.


Seterusnya, istiqamah dalam melakukan sesuatu perbuatan yang baik. Jadilah pasangan yang saling mengingatkan supaya kedua2 kita menjadi ibubapa terbaik buat anak2. Apabila ini terjadi, kelak anak2 pula yang akan meneruskan budaya hidup positif ini.


Bagi menjana kehidupan yang positif, perlu pula kita kerap membaca dan buat brainstorming sesama pasangan. Ini adalah kerana tanpa brainstorming, kesepakatan idea tidak muncul. Malah mungkin rumahtangga menjadi hambar apabila kita hanya mengulangi hal-hal yang sama setiap hari.


Akhirnya, semoga kita sama2 menjadi ibubapa yang boleh diharap. Mmm..anak2 saya dah mula nak bermain dengan komputer. So, saya stop setakat ini dulu....semoga sama2 menjadi ibubapa terbaik ya!!!

Alexa Ranking

Bismillah,

Sebagai tidak mahu melupakan ilmu, saya taip semula apa yang saya dapat dari Sauberlina MSK tadik. Daripada link ini, saya boleh mengenalpasti dimanakah kedudukan saya di kalangan blogger2 Malaysia dan seluruhnya. Saya dapatinya dari link ini : http://www.alexa.com/siteinfo/sitisifir10.blogspot.com


Daripada Traffic Rank itu kita boleh nilai bermacam2 perkara berkaitan prestasi blog kita. Antaranya adalah seperti berikut :


Traffic rank - untuk tengok ranking traffic blog kita dalam masa 7 hari, 1 bulan dan 3 bulan, serta perbezaan ranking dalam masa 3 bulan. Ingat ye, makin sikit ranking, makin banyakla traffic blog kita. Bagi personal blogger, rank di bawah 1 juta adalah cukup bagus! Mine is
3,547,497 huhu...


Reach – peratusan pengguna internet yang sampai ke blog kita. Bajet la kan. Kalau dapat 0.00014% tu dah cukup baguslah. Mine is 0.00002% wuwuuu.....


Pageview – peratusan page dalam blog kita diview oleh pengguna internet serata dunia. Bajet la jugak. 0.0000010% dah OK lah. Mine is 3e-07% (ini apakah??)


Pageview/User – setiap sorang yang masuk dalam blog kita, berapa page dia tengok & baca. Ini secara average la. Kalau lebih dari 1 kira dah dewa la. Mine is 1 only...dewa hape...:P


Bounce Rate - adalah peratusan orang yang cuma membaca satu page saja atau masuk dan terus close window blog kita. Bounce rate yang tinggi maknanya orang yang masuk tu terus keluar sebab blog kita tak relevan dengan info yang dia cari. 50% bounce rate tu, biasa lah. Lagi2 kalau kita cuma tulis tentang diri sendiri, orang yang cari info penting takkan stay lama kan. Mine is ntah dia tulis (-) tapi yang 1 month avg tu adalah 66.7%


Time On Site – berapa lama pembaca spend masa di blog kita. 2 minit average dah cukup OK! Kalau belas2 minit, memang blog anda sangat attractive dan menarik untuk dibaca. Saya punya 3.4 sahaja for 1 month avg.


Search % – peratusan pembaca yang datang dari search engine. Makin banyak, maknanya makin ramaila pembaca baru. Saya punya adalah 11.1% sahaja dan ia menunjukkan tanda penurunan..wuwuuu manakan tidak, daku sekarang telah mula tukar konsep blog dari blog yang nak sharing2 jadi blog tpt berleter!!

Di bawah semua-semua tu adalah analisa tentang reader datang dari mana. % user maknanya berapa % reader blog kita datang dari negara2 berkenaan. Dan yang di bawah adalah ranking blog kita dalam negara berkenaan.


Kenapa sejak akhir2 ini saya sibuk2 semula dengan ranking manking ini ha? Sebenarnya, seronok menulis blog ini selain dari ingin melepaskan apa yang terbuku di jiwa sanubari secara aman, kita juga boleh berkongsi pengetahuan dan lain2 dengan rakan2 yang masuk ke blog. Cuma, adalah lebih memberi inspirasi bila pembaca masuk dan meninggalkan komen. Ini lebih mendatangkan kepuasan. Bukankah begitu?

Masa Utk Makan!!

Bismillah,

Saja gatal tulis tajuk ini kerana saya sedang warm up semula tulang kering saya utk buka kembali diari masakan saya dan memasak!! Hihi, ye..saya adalah ibu beranak 4 yang malas memasak sejak beberapa minggu lamanya. Saya masih dalam fasa itu tapi saya rasa graf peningkatan itu adalah semakin baik. Cumanya, saya perlu 'mengurus marah' saya dengan lebih baik lagi bak kata Ummumishkah. Thanx for the idea yang buat saya malu tersipu2 sampai takleh nak tulis komen :P

Alhamdulillah saya dimudahkan oleh ALLAH apabila diberikan anak2 yang 'nak makan sendiri, takmo umi suap'. Owh sungguh susah sekali melihat anak saya terutamanya Arwa yang setahun jagung itu makan sendiri tapi saya sedar telah lama tangan saya tidak menyuap ke dalam mulut comelnya. Yang ajaibnya, badannya semakin bambam walau saya tidak suapkan.

Walaupun begitu, saya masih seorang ibu yang 'lepas makan mengamuk suruh Asmaa' & Usamah kutip nasi tumpah atas lantai'. Kalian, sungguh bahagia mempunyai anak2 yang sebegini. Walau kadang2 itu, saya terpaksa memaksa diri utk mengemop lantai lantaran geli memijak nasi mereka yang bertaburan.

Cerita tentang makanan tumpah ini, Jumaat lalu saya cuba2 amik off dari memasak dan beli jagung cawan utk setiap seorang dari mereka dan kosnya adalah RM2 satu cawan. Sungguh mahal harga kemalasan saya! Juga saya sangat pelik kenapa tidak beli jagung batang di hari itu sedangkan ia dujual di tempat yang sama. Saya turut beli Nasi Ayam Goreng Berempah utk abah diorang dan mi goreng utk saya hari itu.

Siap sahaja saya solat Maghrib, saya lihat Uwaiys dah taburkan satu ruang tamu dengan jagung itu mcm tabur guli!!! Saya pun apa lagi pegang hanger sambil baca alQuran suruh dia dan Usamah kutip jagung2 tu. Sempatlah saya habiskan dua 'ain' sblm saya jumpa Uwaiys dan selambak jagung dalam toilet pulak. Warghhh.....!!Mula rasa nak jadi The Incredible Hulk (actually betul2 jadi hokeh)

Sungguh parah sekali perangai saya sejak akhir2 ini. Saya cuba yakinkan diri bahawa saya masih OK2 lagi dan hakikatnya memang begitu tetapi 'syaitan' itu masih bermain2 dengan hati naluri saya. Sehingga Usamah tadinya menangis2 sambil kata, "Umi, Usamah ni anak Umi..janganlah marah anak umi..wuwuu," Erk...sangat kasiyyan!! Saya wajib mendapatkan diri saya semula. Ya ALLAH, mudahkanlah aku!!

Okeh, sebagai memberi ilmu yang ada baby dan mahu memulakan sesi pemakanan, saya mau share yang di bawah (better la dari baca saya membebel tak tentu arah di atas :P) :
  • Start with single tastes such as rice cereal, pureed fruits & veggies - they are common 1st food (Mommylyna used avocado to introduce solid food to his Fahry & all my babies enjoyed orange & durian as their 1st fruit-setgh org takut anak sakit perut tapi alhamdulillah, kalau ada pun sikit aje)
  • Watch for any reaction. Introducing one type of food at a time lets U check for adverse reactions. Foods that may cause allergic reactions include seafood, eggs & peanuts. Alhamdulillah my kids have no allergy accept for Usamah yang pernah tercekik makan buah salak rasanya sebab saiznya, not the buah yang menimbulkan reaksi alahan.
  • Be guided by ur baby as to how much she actually needs - each baby has a different appetite (but not Arwa, she got a big appetite in every food in front of her eyes...:P )
  • Offer a range of textures. Start with purees, then progress to soft pastes and foods with small, soft lumps (mm....me?1st child ye la kot, the next one dah mula guna konsep belasah aje).
  • It's troublesome preparing a small amounts of food, so make a large batch & freeze the excess. Generally, food can be stored frozen for up to two months (I think make it shorter to save ur baby from stomach ache)
  • We can choose any commercial baby foods that do not have preservatives, artificial colourings or flavourings, added salt & MSG but if I have to choose this, I prefer Growell from Eraedar. It is the nearest taste to rice and my kids easily change to rice when we change to solid food.
Owh, saya sebenarnya sedang mengantuk. Bangun tadi sbb teringat tak pakaikan Uwaiys CD dan dia selamba aje tidur di bawah ketiak tokki dia. Arwa pulak tido dengan opah yang mana dia telah menolak opahnya ke suku katil aja dan dia amik saiz yang selebihnya. Skang 3.52 am, I need my rest (sape la yang tak tutup komputer ni tadi ha...dah la internet connected, kite pun apa lagi berblog lah :P)

pss...acu gak tinggal komen...jeles dengan kakyong72 :P

Thursday, July 09, 2009

Blog SITISIFIR Selamat Untuk Dilayari

Bismillah,




Sejujurnya, saya suka membaca blog Eriyza setiap kali dia update blognya yang berbahasa formal itu. Antara entry terbarunya yang menarik minat saya adalah tentang cara membuat skrolbar dan Imbas laman sesawang sebelum dilayari.





Untuk itu, saya cuba mengimbas blog saya ini dari http://onlinelinkscan.com/ dan hasilnya ialah BLOG SAYA SELAMAT UTK DILAYARI :D



Namun, beberapa hari lepas, saya juga turut menimbangkati blog saya di http://analyze.websiteoptimization.com/authenticate.php dan hasilnya adalah seperti berikut pula :

Analysis and Recommendations
TOTAL_HTML - Congratulations, the total number of HTML files on this page (including the main HTML file) is 4 which most browsers can multithread. Minimizing HTTP requests is key for web site optimization. Y
TOTAL_OBJECTS - Warning! The total number of objects on this page is 136 which by their number will dominate web page delay. Consider reducing this to a more reasonable number. Above 20 objects per page the overhead from dealing with the actual objects (description time and wait time) accounts for more than 80% of whole page latency. See Figure II-3: Relative distribution of latency components showing that object overhead dominates web page latency in Website Optimization Secrets for more details on how object overhead dominates web page latency. Combine, refine, and optimize your external objects. Replace graphic rollovers with CSS rollovers to speed display and minimize HTTP requests. Consider using CSS sprites to help consolidate decorative images. Using CSS techniques such as colored backgrounds, borders, or spacing instead of graphic techniques can reduce HTTP requests. Replace graphic text headers with CSS text headers to further reduce HTTP requests. Finally, consider optimizing parallel downloads by using different hostnames or a CDN to reduce object overhead.
TOTAL_IMAGES - Warning! The total number of images on this page is 120 , consider reducing this to a more reasonable number. Recommend combining, replacing, and optimizing your graphics. Replace graphic rollover menus with CSS rollover menus to speed display and minimize HTTP requests. Consider using CSS sprites to help consolidate decorative images. Use CSS techniques such as colored backgrounds, borders, or spacing instead of graphic techniques to reduce HTTP requests. Replace graphic text headers with CSS text headers to further reduce HTTP requests. Finally, consider optimizing parallel downloads by using different hostnames to reduce object overhead.
TOTAL_CSS - Caution. The total number of external CSS files on this page is 3 , consider reducing this to a more reasonable number. Because external CSS files must be in the HEAD of your HTML document, they must load first before any BODY content displays. Although they are cached upon subsequent requests, CSS files slow down the initial display of your page. Combine, refine, and optimize your external CSS files. Ideally you should have one (or even embed CSS for high-traffic pages) on your pages. You can optimize CSS files using shorthand properties, grouping, and then minify and GZIP compress them to reduce their footprint. Remember to place CSS files in the HEAD and JavaScript files at the end of the BODY to enable progressive display.
TOTAL_SIZE - Warning! The total size of this page is 862475 bytes, which will load in 196.28 seconds on a 56Kbps modem. Consider reducing total page size to less than 100K to achieve sub 20 second response times on 56K connections. Pages over 100K exceed most attention thresholds at 56Kbps, even with feedback. Consider optimizing your site with Website Optimization Secrets, Speed Up Your Site or contacting us about our optimization services.
TOTAL_SCRIPT - Warning! The total number of external script files on this page is 8 , consider reducing this to a more reasonable number. Combine, refactor, and minify to optimize your JavaScript files. Ideally you should have one (or even embed scripts for high-traffic pages) on your pages. Consider suturing JavaScript files together at the server to minimize HTTP requests. Placing external JavaScript files at the bottom of your BODY, and CSS files in the HEAD enables progressive display in XHTML web pages.
HTML_SIZE - Caution. The total size of this HTML file is 60691 bytes, which is above 50K but below 100K. With 50K of images and multimedia this means that your page will load in about 20 seconds. Consider optimizing your HTML and eliminating unnecessary features. To give your users feedback, consider layering your page or using positioning to display useful content within the first two seconds.
IMAGES_SIZE - Warning! The total size of your images is 667904 bytes, which is over 100K. Consider switch graphic formats to achive smaller file sizes (from JPEG to PNG for example). Finally, substitute CSS techniques for graphics techniques to create colored borders, backgrounds, and spacing.
SCRIPT_SIZE - Warning! The total size of external your scripts is 116739 bytes, which is over 20K. Consider optimizing your JavaScript for size, combining them, and using HTTP compression where appropriate for any scripts placed in the HEAD of your documents. You can substitute CSS menus for JavaScript-based menus to minimize or even eliminate the use of JavaScript.
CSS_SIZE - Congratulations, the total size of your external CSS is 3038 bytes, which is less than 8K.
MULTIM_SIZE - Congratulations, the total size of all your external multimedia files is 0 bytes, which is less than 10K.
005

Saya mungkin meletakkan terlalu banyak link di dalam blog saya. Yang terdapat di tepi sidebar kiri ini adalah mereka yang pernah meninggalkan komen di blog koman ini. Tapi saya telah menjadi cekgu disiplin dengan membuang link mereka seandainya mereka tidak update blog mereka selama lebih 3 bulan. Jika link anda telah saya buang, sila komen semula di mana2 entry dalam blog ini.


Saya turut berminat dengan skrolbar kerana hampir semua entry saya adalah amat panjang (menandakan penulisnya kuat berleter...ya ampun!!!). Di sini saya try utk guna skrolbar sebagai test my pemahaman atas apa yang cekgu Eriyza ajarkan. Seterusnya, jika menjadi saya akan test penggunaannya di entry yang akan datang insya ALLAH. Utk itu cik Eriyza, terima kasih ya...

Wednesday, July 08, 2009

2009 Cute's Blogger Award

Bismillah,

Saya tak ada kerjakah ini hari sehingga boleh layan tag? Hihi..mana boleh tak layan weih, ini adalah tag dari kakyong yang baik budi. Apatah pula tag kakyong yang berbaur sukiduki itu...huk huk...udahlah kakyong, walaupun dukalara tu sentiasa berpaut di dalm diri kita sebagai isteri tapi jeling2lah pada janji ALLAH andai kita menjadi isteri yang taat. Chewah..ni kang, En Nejad saya gelak guling2 sebab saya sejak akhir2 ini pun sudah pandai buat aksi power rangers dengan dia...hik hik...
1. Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda. ~ award ini dapat dari kakyong72 yang punya 3 orang anak. Sapa perlukan orang utk buatkan akaun elok bebeno la ek utk contact kakyong72. Tapi tunggu seminggu dua lagi sbb saya berhajat nak booking dia dulu....ngee

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya(anda di-tag)
  • Saya suka mengumpul setem sejak kecil. Ada sapa nak beli??
  • Saya telah mempunyai 4 orang anak dan bercita2 utk meramaikan lagi. Sapa mau join??

  • Saya mempunyai kedai cermin mata sendiri dan sangat enjoy dengan perkhidmatan saya. Sapa yang rabun??

  • Saya dikatakan seiras dengan suami saya. Suami saya pula dikatakan seiras dengan Ahmadinejad. Adakah saya juga seiras dengan Ahmadinejad?

  • Anak2 saya nama mereka dimulakan dengan huruf 'alif hamzah'. Asmaa', usamah, uwaiys dan arwa. Ada sapa ada cadangan utk next baby?

  • Saya suka berleter secara online. Ini adalah posting saya yang ke 295. Owh, sungguh kuat saya berleter!!

  • Saya suka chatting dengan kaum ibu. Sambil chatting, kami bergossip tentang anak2 kami.

  • Saya suka hidup bersosial, tetapi suami saya macam tak berapa nak minat. So, saya kene balancekan ini.

  • Saya seorang yang banyak mulut dengan orang perempuan. Tapi jangan bagi orang laki, saya akan jadi kaki gaduh dengan mereka.

  • Bila saya ada masalah, saya akan menulis. Kadang2 saya hantar, kadang2 saya simpan. Saya tidak suka simpan masalah dalam kepala, jadi saya selalu tidur dan lupakan masalah itu. Tapi jika ada masalah dengan suami saya, saya akan berterus terang sahaja dengannya. Masalah tidak akan selamanya menjadi masalah jika kita tahu cara hendak menyalurkannya keluar. Maafkanlah supaya kita akan dimaafkan kelak.
Hokeh, disebabkan saya berkesumpatan (saje salah eja), saya amik tepek juga award2 di bawah ini yang kakyong tujukan kepada kawan2nya. Hihi....happy blogging!!!




Monday, July 06, 2009

Saya Sayang Uwaiys Optometrist


Bismillah,


Keadaan kesihatan saya yang agak mengada2 sejak akhir ini (akibat kawalan emosi yang menurun, kalau saya control emosi saya lebih saya, should be ok), saya telah memaksa seorang kawan saya untuk menggantikan saya memeriksa mata di kedai ini. Saya sebenarnya teringin sekali terbang jauh dari hanya memikirkan tentang kedai ini tetapi saya hanya nampak kedai ini sahaja yang boleh membantu saya melunaskan hutang dan meneruskan kehidupan (uikk, mana prioriti dalam penulisan ini atau adakah melunaskan hutang perkara utama bagi saya?).

Saya cuma perlukan rehat. Serasanya penat setelah setahun sebulan membangunkannya, saya kira saya boleh tersenyum sedikit sekarang. Kenapa sedikit? Kerana banyak lagi perkara yang perlu saya lakukan sebelum mencapai kepuasan antaranya adalah dengan menghabiskan semua hutang yang perlu dibayar kepada pihak-pihak tertentu.

Kini saya berniaga dengan tidak menggunakan jenama sendiri, namun itu bukan alasan untuk saya berasa mudah kerana nilai jenama ini di kawasan Utara tidak seperti di Pantai Timur. Bukanlah pula saya mahu memperlekehkan tetapi sungguh benar apa yang saya kata. Andai saya sendiri tidak berinisiatif dan hanya menunggu pelanggan datang ke kedai, maka yang ada hanyalah cukup makan sahaja.

Bermacam sudah dugaan yang telah saya lalui dalam kedai ini. Namun syukurlah saya mempunyai staff yang tahu dengan kerja mereka malah boleh pula beralah dengan kepayahan saya. Siapa yang sanggup tahan di kedai yang majikannya asyik menumpahkan air sana-sini? Saya sangat terhutang budi kepada mereka.

Baru-baru ini kawan yang menggantikan saya memberitahu saya menjual cermin dengan harga murah. Saya tiba2 tertumbuh tanduk mahu menaikkan semula harga cermin yang bezanya mencecah ratusan di tempat lain. Ini bermaksud di tempat lain mereka mungkin mendapatkan harga yang berlainan dengan di tempat saya.

Saya hanya terfikir, dunia ini tidak untuk selamanya. Memang tidak salah bagi sesetengah kanta saya mark up harga setanding dengan khidmat profesional yang saya berikan namun saya yakin dengan janji Tuhan. Saya tidak ada banyak yang boleh saya bantu tetapi dengan menjual harga cermin mata dengan margin keuntungan yang lebih rendah, saya rasa puas dan senang hati.

Risiko? Pastilah ada terutamanya jika saya tidak fokus dengan pemeriksaan mata itu. Tetapi saya selalu beruntung kerana peratusan pelanggan yang datang semula kerana tidak berpuas hati itu amatlah kecil dan dengan itu saya rasa memadai jual dengan harga murah. Saya yakin dengan pemeriksaan mata yang saya jalankan walaupun di UKM dulu saya bukanlah pelajar terbaik. Malah saya tidak ralat dengan ketiadaan auto ref mahupun retinoskop.

Saya juga telah mencari staf yang saya rasa boleh bantu saya jalankan aktiviti pemasaran. Ini adalah kerana saya hanya ada idea namun masih sukar untuk keluar melakukan pemasaran sendiri. Namun, kerjasama mereka (ada dua orang sekarang dan dua terdahulu) sangat saya hargai malah saya akui setiap dari mereka ada kelebihan yang susah saya teui dalam diri yang lain.

Saya rasa sayang dengan kedai ini. Kedai yang bermula dengan tiada apa2. Kini, walaupun saya rungsing dengan stok yang menyusut, sepatutnya saya bersyukur akhirnya bingkai2 itu berjaya juga dijual malah semasa pelanggan pulang dari kedai saya mereka melambai2 saya di muka pintu. Saya rasa saya cukup dekat dengan mata penduduk Parit Buntar ini.

Namun perasaan jemu itu kadangkala timbul juga. Saya rasa lemas jika saya mahu menghadiri sesuatu majlis tetapi terpaksa tercari2 optometris untuk menggantikan saya. Mungkin saya perlu mulakan langkah baru dengan melatih staff saya untuk memeriksa mata. Pastilah kerja mereka bertambah selepas ini dengan tambahan tugasan baru ini.

Uhh...saya benci dengan perasaan naik turun yang saya alami ini. Tolonglah doakan saya...


Sunday, July 05, 2009

My Second Pursehook :P

Bismillah,

Ngeh he he...saya sedang terfikir, adakah seswai selepas ini saya masuk contest yang berasaskan slogan...consolation pun masih mengujakan hokeh...


MOBS
& ALICE WONDERS : Reannouncing the winners !!!

REANNOUNCING THE
WINNERS !!!(earlier on, we only announced 3 consolation prizes when there were
suppose to be 5 consolation winners. So we have added the other 2 winner. Check
it out.. it could be you !!!)

Proudly present to you our winners....

Grand Prize :Bag of choice + PURSEHOOK

snowybear@gmail.com

Consolation Prize Winners (Pursehook)

siti.nora81@gmail

as_abadies@yahoo.com

sitisifir10@yahoo.com

cikpuanzila@gmail.com

alohamolly@gmail.com

** Remember to redeem your prize before 6th July!!
CONGRATULATIONS
!!!!!!Winners.. here is what you need to do ... CHECK YOUR EMAIL...I will be
emailing you on how to redeem your prizes !!SO HURRY !!! (there is a deadline to
collect your prizes)To the rest, thank you for your participation.It was a fun
event.Look out for more CONTESTS here on MOBS. Have a great weekend everyone and
Happy Selling & Buying !!

Warmest Rgds,

Sha of MOBS

Terima kasih Alicewonders & tahniah buat Isabelle sbb dapat handbag idamannya!!

Menghadapi Kerenah Anak


Bismillah,

Sejak akhir2 ini, saya dilambung pergolakan emosi yang amat dahsyat. Seingat2 saya, dari cuti sekolah yang lalu dan kini ia telah makan masa sebulan malah lebih dari sebulan. Sepanjang tempoh itu, saya rasa tidak enak. Kebetulan pula masalah dunia datang bertalu2 sehingga saya rasa terbenam ke dalam bumi. Sangat menyakitkan...

Namun, saya terpaksa kembali menongkat lutut dan bangun perlahan2 semula. Masalah2 ini telah benar2 melambatkan proses pemulihan dalaman saya. Saya rasa ini adalah tempoh paling lama saya mendapatkan diri saya yang sebenar. Seperti yang dikata K.Suzy, seorang teman baru chatting saya, saya tidak seperti saya kini. Mungkin ada benarnya juga.

Ketika chatting dengan MommyLyna MSK juga saya hampir menyalahkan umur saya yang mendekati 30 ini. Walaupun tidak munasabah, saya masih mahu meletakkan kesalahan tentang kelainan saya ini kepada sesuatu. Yang paling malangnya, anak2 saya kini kerap menjadi mangsa. Saya paling sedih bila Asmaa' menegur, "Eh, umi cakap baik2..umi sayang kakak ye?"

Dia takjub kerana saya bercakap dengan baik kepada dia. Lalu saya sedar saya telah banyak menggunakan nada tinggi dengan mereka. Alangkah sedihnya hati mereka ya. Padanlah jika saya membuka mulut sahaja, Asmaa' hanya diam dan menurut apa yang saya arahkan. Sekali pandang, seperti saya ketika kecil namun saya beruntung (agaknya) kerana adik saya datang semasa usia saya 4 tahun tetapi Asmaa' tidak sempat setahun telah berjumpa dengan Usamah.

Anak2 ini tidak ada salahnya. Hanya saya yang telah mula berubah dan perubahan saya juga jauh sehingga saya ternampak suami saya selalu berlemah lembut dengan anak2 kerana mahu menyeimbangkan kelakuan saya yang sangat jelik ini. Saya marah sebenarnya dengan diri saya kerana tidak fokus dengan masalah.

Sepatutnya saya perlu fokus, jika yang saya marah adalah kepada A, kenapa saya marah kepada B dan kenapa B pula yng perlu menjadi mangsa? Kasihan anak-anak ku....Sob Sob.... Pasti mereka terpinga2 kenapa umi mereka ini melepaskan tekaan kepada mereka. Adakah sampai mereka akan terfikir mereka bersalah kerana cuba mendapatkan kasih sayang dari saya? Astaghfirullah...

Menurut Noraini Ahmad, berikut adalah beberapa perkara yang saya boleh lakukan untuk menangani hal ini :

  • Kata-kata dan tindakan awal saya - saya sepatutnya lebih banyak memeluk dan menyentuh mereka dari menepis tangan mereka yang mahu berpaut di tangan saya. Tindakan yang menunjukkan kasih sayang saya kepada mereka tidak hanya memberikan mereka rasa bahagia namun ia juga turut menjadikan saya seorang yang lebih gembira dan bahagia.
  • Beri penjelasan kepada mereka - Asmaa' jika meminta sesuatu dari saya, lalu saya kata 'Sekejap lagi umi buat ye, sekarang umi nak taip report.' dia akan kata 'OK' sambil senyum. Tapi syaratnya saya kene bercakap dengan baik dan tidak menengking2. Sangat mengharukan bila dengar dia kata OK itu kerana dia membelakangkan keinginan dia jika saya punya kerja lain. (baru teringat saya terhutang membacakn dia buku cerita dan mengajar Matematik :( ). Tidak seperti Usamah, dia tidak boleh berkompromi dengan alasan. Jika dia mahukan sesuatu, saya tidak boleh tangguhkannya. Andai dia minta susu, saya terpaksa juga bangun dengan malas untuk membuatnya daripada saya biar dia membentak2 dan itu lebih menambah tekanan kepada saya. Anak2 saya jarang mengajak saya bermain kerana mereka sudah cukup kawan untuk bermain tapi jika anak anda mengajak anda bermain, beritahulah begini, "OK tapi sekejap aje ye..."
  • Mempelbagaikan XTVT - Saya tidak patut menumpu kepada satu XTVT sahaja. Jika hari ini saya membacakan buku cerita dan ini memerlukan penglibatan saya untuk membaca, maka esoknya, saya sepatutnya memberikan mereka pensil warna dan buku mewarna dan biarkan mereka mewarna. Lusanya, mungkin saya boleh mengajar mereka Matematik dan tulatnya pula saya biarkan mereka bermain dengan blok atau lego.
  • Alternatif lain - CD dan Astro saluran kanak-kanak. Di rumah saya tidak ada pemain CD/VCD/DVD jga tidak ada Astro, namun saya ada banyak CD yang ntah bila boleh digunakan oleh mereka. Insya ALLAH jika saya ada lebihan nanti akan saya belikan kerana adakalanya, penggunaan alat bantu mengajar seperti ini dapat digunakan untuk mereka.

Mmm..kawan2 jangan lupa doakan saya ya...plis...