Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Wednesday, September 02, 2009

Nuffnang Asia Pacific Blog Awards

Bismillah,
Sebenarnya saya bukan alert sangat dengan Award2 inilittlekittyemoticon. Walaupun saya ada akaun Nuffnang tapi atas lemahnya saya dalam meletakkan kod HTML menyebabkan saya akaun saya ini menjadi tidak aktif. Lalu di manakah saya mengetahui kewujudan Nuffnang Asia Pacific Blog Awards ini?

Ini adalah kerana saya menerima email di bawah dari Ros LittleMama di
Mom Bloggers Planet :

Salam Macik,
I think that your blog deserves to be nominated as a nominee in the Nuffnang Asia Pacific Blog Awards.
I have nominated your blog http://sitisifir10.blogspot.com/ under the category: Best Parenting Blog.
I think your blog has lots of useful information for young Muslim parentsYo
You can check here for further details
Hope you can make it to the top 5 nominees which will be announced on 16th Sept. If you do then you will need to promote yourself to get all the votes you deserve. Have fun!
Regards,
Ros (littlemama)



Terus saya menjadi malu2 kucing kerana jika nak dibandingkan dengan pencalon itu, saya bukanlah apa2 pon kanlittlekittyemoticon?? Mmm...dan tolong abaikan panggilan macik dia untuk saya ye... Saya bukan macik dia tapi kami berlawan2 panggil macik antara satu sama lain..ahaha...

OK, let us make it short. Entry ini bukan untuk paksa korang mencalonkan saya lagi dan lagi (tapi kalau korang buat tu, terima kasih banyak lah ya) tapi sekadar nak memberitahu bahawa Award ini wujud di link ini.

Berikut adalah Nominations Categories...ada manyak kategori tuh...

Blogs of subject interest:

  1. Best Blog Shop
  2. Best Food Blog
  3. Best Fashion Blog
  4. Best Parenting Blog
  5. Best Travel Blog
  6. Best Geek Blog
  7. Best Celebrity Blog
  8. Best Entertainment Blog

Overall blog Categories:

  1. Best Original Blog Design
  2. Most Influential Blog
  3. Best Hidden Gem
  4. Region's Best Blog
Seterusnya borang pencalonan boleh didapati dari http://awards.nuffnang.com/nominations.php pula ye

Seterusnya saya telah mencalonkan satu blog untuk satu kategori..insya ALLAH akan mencalonkan anda yang lain lagi nanti...

My Nominations

  • Your nomination for " littlemamadiary.com " under " Most Influential Blog " has been recorded. Thank you for participating!



Okeh, sekarang anda mahu saya calonkan anda untuk kategori apa?? Saya akan pertimbangkan...ahahaha....littlekittyemoticon

Tuesday, July 21, 2009

Award dari Chempaka



Bismillah,

Uu...Letih! Sampai di Parit Buntar jam 1 pagi, paginya siapkan anak2 gi PASTI. Tgk2 diorang cuti Isra' Mi'raj. Ini second time kami dengan gigih bawa anak ke sekolah dan bila dah sampai depan pagar, pagarnya bertutup. Ha ha...Sungguh umi korunk jenis tak tgk kalendar! Sepanjang 3-4 hari lepas saya tidak masuk ke Ratuhati untuk 'bertindak sebagai orang yang menggalakkan penyusuan ibu'. So skang nak ajak kawan2 bukan setakat join saya di dalam thread yang sama, tapi masuklah contestnya.

Ini adalah entry khas untuk menerima award dari Chempaka. Berpeluh2 saya mencari link dia dari Google lah, yahoo lah. Last2 ada dalam bloggerlist kakyong! Seb lak makcik kakyong yang dah mulakan bisnes baru ittew ramai kawan! Ngeh ngeh....

Tenkiu Chempaka!!!

Owh ya..saya ada menang satu contest. Itupun ada blogger lain yang wish congrates dalam blog ini. Actually hari Khamis lalu saya buka juga beberapa kali tapi tak juga ketahuan resultnya. Anyway thanks to ZARASHOPPE. Lepas ni saya dengan malu2 kucing nak bagi alamat juga pada Farah Sarakids sebab hadiah dapat no 2 belum saya tuntut lagi dan dia dah popet2 bagitau hadiah saya dia dah bungkus tinggal nak pos. Segan ma nak claim sbb tak pi majlis dia...huhu

Wednesday, July 08, 2009

2009 Cute's Blogger Award

Bismillah,

Saya tak ada kerjakah ini hari sehingga boleh layan tag? Hihi..mana boleh tak layan weih, ini adalah tag dari kakyong yang baik budi. Apatah pula tag kakyong yang berbaur sukiduki itu...huk huk...udahlah kakyong, walaupun dukalara tu sentiasa berpaut di dalm diri kita sebagai isteri tapi jeling2lah pada janji ALLAH andai kita menjadi isteri yang taat. Chewah..ni kang, En Nejad saya gelak guling2 sebab saya sejak akhir2 ini pun sudah pandai buat aksi power rangers dengan dia...hik hik...
1. Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda. ~ award ini dapat dari kakyong72 yang punya 3 orang anak. Sapa perlukan orang utk buatkan akaun elok bebeno la ek utk contact kakyong72. Tapi tunggu seminggu dua lagi sbb saya berhajat nak booking dia dulu....ngee

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya(anda di-tag)
  • Saya suka mengumpul setem sejak kecil. Ada sapa nak beli??
  • Saya telah mempunyai 4 orang anak dan bercita2 utk meramaikan lagi. Sapa mau join??

  • Saya mempunyai kedai cermin mata sendiri dan sangat enjoy dengan perkhidmatan saya. Sapa yang rabun??

  • Saya dikatakan seiras dengan suami saya. Suami saya pula dikatakan seiras dengan Ahmadinejad. Adakah saya juga seiras dengan Ahmadinejad?

  • Anak2 saya nama mereka dimulakan dengan huruf 'alif hamzah'. Asmaa', usamah, uwaiys dan arwa. Ada sapa ada cadangan utk next baby?

  • Saya suka berleter secara online. Ini adalah posting saya yang ke 295. Owh, sungguh kuat saya berleter!!

  • Saya suka chatting dengan kaum ibu. Sambil chatting, kami bergossip tentang anak2 kami.

  • Saya suka hidup bersosial, tetapi suami saya macam tak berapa nak minat. So, saya kene balancekan ini.

  • Saya seorang yang banyak mulut dengan orang perempuan. Tapi jangan bagi orang laki, saya akan jadi kaki gaduh dengan mereka.

  • Bila saya ada masalah, saya akan menulis. Kadang2 saya hantar, kadang2 saya simpan. Saya tidak suka simpan masalah dalam kepala, jadi saya selalu tidur dan lupakan masalah itu. Tapi jika ada masalah dengan suami saya, saya akan berterus terang sahaja dengannya. Masalah tidak akan selamanya menjadi masalah jika kita tahu cara hendak menyalurkannya keluar. Maafkanlah supaya kita akan dimaafkan kelak.
Hokeh, disebabkan saya berkesumpatan (saje salah eja), saya amik tepek juga award2 di bawah ini yang kakyong tujukan kepada kawan2nya. Hihi....happy blogging!!!




Tuesday, June 23, 2009

Award dari Kakyong :)


Award ini dari kakyong...saya rasa saya patut tepek di blog saya kerana saya kawan kakyong dan saya harap kakyong pun rasa saya kawan kepada dia juga :) tenkiu kakyong...

Wednesday, June 03, 2009

Bertuah Award 2009

Bismillah,

Tenkiu buat Ummumishkah kerana bagi award yang berwarna hijau ini. Cuma ada sesuatu yang saya rasa tak kena dengan award ini sehingga saya bertindak menggodek2 dari manakah asalnya award ini datang.

  • Saya hairan apa syaratnya yang saya lulus untuk mendapatkan award ni?

  • Saya hairan pula sbb award lain semuanya memerlukan task untuk dikerjakan

  • Lebih saya hairankan saya taktau berapakah jumlah mereka yang perlu saya paskan award ini.


Kih kih…adakah saya termasuk dalam kategori ‘banyak la kau punya songeh’. Amik tepek kat blog pastu dok diam sudahlah. Kih kih…buat ummumishkah, tenkiu bebeh. Saya sedang berfikir andai saya mengirim wau dari ummumishkah, adakah nanti wau itu boleh terpeleot di sepanjang perjalanan? :D

Award ini saya paskan kepada visitor saya yang saya sedar di hari ini :

  • Isabelle - awak ni mcm model ek..kiki
  • qay -cantik awak punya background
  • Ummu Syahid - yang dalam seminggu dua ini akan sampai anniversary diorang

Tuesday, June 02, 2009

At Least : I'm A Good Visitor


Bismillah,

Tolong bagi big clap utk sesiapa yang membaca blog ini dan kemudiannya menjengah ke blog Kakyong sehingga melayakkan saya utk mendapat award di atas. Juga thanx kakyong atas award ini. Tersengih2 juga daku hingga nampak gigi bongsu ku yg senget ini.

Rajin betul kakyong buat begini. Sebab itulah mereka yang menyinggah-nyinggah akan terus menyinggah ke blog kakyong. Saya rasa kalau kakyong sediakan gift mesti traffic dia lebih Maaannntttooooppp (cukup tak harakat akak ni Mommylyna?) lagi.

Kepada pembaca blog ku ini, silalah berkunjung ke blog kakyong andai :

  • anda mahu ramai kawan
  • mahu tahu cara emak beranak ramai dan rapat manage kids dia
  • mahu tgk award yang pjg berjela
  • mahu blog anda turut dikunjungi oleh kakyong (kakyong is a success bloghopper) & pengikutnya

Anyway tahniah kakyong, dan terima kasih juga ye..sebab sudi jugaklah hadir dalam setiap kotak komen saya. Saya teringin buat mcm kakyong ni tapi saya jahil bab nak tapis benda ni. Kakyong berjaya buat pengunjung blog kakyong terus setia dengan blog kakyong. Selamat terus berkarya OK :)

Thursday, May 28, 2009

Award Dari Halilah & MommyLyna



Bismillah,




Hihi..dah lama talak dapat award, maybe blog ini suda tidak laku..(bluerrkkk mcm lah dulu pernah laku...ekekeke). Kebetulan dapat award yg sama dari dua org yang tidak sama. Kih kih...so mcm Mommylyna, saya sum up dalam satu entry ajek..


The rules: Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini :



  • Iela adalah orang pertama yang saya tengok di hari pertama saya masuk matrik dan rasa nak kawan dengan dia. Time tu dia makan di dewan makan dan duduk meja depan sekali. Ntah le nape saya rasa mcm tu...dan tgk2 rupanya saya memang sekelas dengan dia..hihi

  • Mukanya garang, mula2 berkenalan dengan dia dapat rasa dia sangat sinis dengan orang yang mula2 kenal...tapi bila dah kamcung, hihi...Tuhan aje la yang tahu kan Iela??

  • Kitorang pernah sama2 berlakon jadik 'setan bertanduk' without practise. Saya jadik setan kurus & Iela jadi setan gumuk...kihkih..benci aaa berlakon tu sampai berminggu2 org depan bilik saya (K.Amriza) menjerit2 kalau sama2 bukak pintu pada waktu yang sama. Kitorunk telah merasuk budak2 kelas kitorunk supaya jangan buat baek (setan mestila kejenya gitu kan?)

  • Halilah adalah kawan merempit saya. Sebab dia satu kumpulan saya masa kat UKM so kebanyakan masa kami bersama2. Satu Keyel kami redah dengan motor ku.

  • Juga kerana berkawan dengan Halilah lah, maka ALLAH telah mentakdirkan saya begini hari ini. Dulu saya jahat, sekarang pun jahat juga tapi saya segan dengan kejahatan saya dulunya. Dan sebab berkawan dengan geng diorang lah saya kenal erti 'rajin study'. Serius geng diorang ni boleh tak tido malam dan saya menyesal kerana satu malam itu saya tak tido sampai ke hari ini :P (tolong maklum bahawa saya adalah seorang yang kuat tido sejak azali)

MommyLyna



  • Budak ni dah lama saya kenal dan dia suka saya panggil dia budak sbb dia perasan dia terlampau muda berbanding usianya...keh keh

  • Walaupun dah lama saya kenal dia, saya baru perasan yang forum MSK (mysuperkids) tu dialah yang punya (adakah aku yang hampeh kerana lambat menyedari hal ini)

  • Walaupun forum itu cukup meriahnya, dia tidak pula pernah mem'promote' forumnya itu kepada saya. Apa yang kami sembang selalunya lain dari cerita di dalam forumnya. Erk..dak Lyna, ngko agak aku sempatkah nak berforum sedangkan 4 anak ku neh tak abis2 aku forumkan??kihkih

  • Sangat petah berkata2 berkenaan hal kewangan. Tolonglah dapatkan info tentang itu di blog dia atau di MSK

  • Dua anaknya Fahry dan Hafiy sangatlah glamernya sbb dia promote merata2 nama dua anak encemnya

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya :


Adei, bercerita pasal diri sendiri ni yang susah neh....



  • Setiap masa saya mesti ada sorang best friend, masa sekolah rendah namanya Azee Azwani Abd Aziz dan skang adalah teman shopping saya di ptg hari. Di sekolah menengah pulak baik dengan Amelia Ahmad Shahruddin dan di UKM Syuhairah Hamzah. Pun begitu, saya juga mempunyai geng yang ramai dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah

  • Masa disekolah rendah, dalam kelas saya sentiasa dapat top 3 dari darjah 1 sampailah darjah 6 tapi masa kat sekolah menengah saya telah membuat 'terjunan lombong' dengan top10 dari bawah setiap kelas yang saya masuk (tapi kelas tu makin meningkat each year Okeh). Cuma masa tingkatan 4 saya telah dengan tiba2 dapat no 1 akibat dari terlampau tumpu pada matapelajaran AddMaths yang orang lain tak amik hirau...keh keh...thats y they call me sitisifir

  • Masa sekolah rendah, gelaran kawan2 saya kepada saya adalah 'Mak Enon'. Puncanya saya backing Azee bila ada org nk buli dia dengan panggil orang tu 'hitam macam buntut kuali'. Cinabeng btul la mamat yang panggil gua 'Mak Enon', sampai arini kalau terjumpa kawan sekolah rendah, mereka akan tya balik, "OO....mak enon kan ni??" rather than remember my nice n cute name..mencik!!!

  • Saya tak suka gaduh dan saya selalu beralah tak kiralah saya betul atau salah. Kadang2 saya rasa hampeh juga dengan perangai saya yang satu ini namun jangan bimbang okay...saya juga tak suka dibuli dan rasa2 mcm tak pernah je aku kene buli.

  • Saya perasan saya suka membebel secara onlinemenulis semasa saya tahun 1 di UKM iaitu selepas saya kenal yahoogroups Relexjap.

  • Ramai orang ingat saya dan suami saya adalah dua adik beradik sbb rupa paras kami. Adakah benar begitu? Kalau begitu, adakah saya secomel suami saya atau suami saya sehodoh saya ek??

  • Saya suka buat benda mengikut giliran. Jika memilih baju, saya akan amik baju yang dibawah sekali untuk dipakai. Jika memasak, saya akan ambil resepi dari ms 1 dan esoknya ms 2 dan seterusnya. Cuma saya takmau kalau suami saya berani menggilir2kan saya dengan orang lain. Nanti saya geletek sampai abang semput kang.

  • Saya ada kedai spek dan skarang saya bergantung sepenuhnya kepada kedai spek ni (tolong baca ALLAH lah yang menghantar customer ke kedai kami dan memberi kami rezeki)

  • Ipar duai saya dan biras saya adalah orang yang baik2 dan bagus2. Saya rasa sangat rendah diri bila berada bersama mereka tetapi alhamdulillah, mereka tidak pernah cuba untuk merendah2kan saya

  • Satu lg ni susah betul la nk fikir...mm...Oh ya..saya suka membeli majalah especially Nur, Mingguan Wanita & Saji, dan kadang2 saya beli novel juga. Malangnya saya tidak membacanya sehinggalah saya berada dalam keadaan dalam pantang. So, tolonglah doakan saya mengandung maka bila beranak nanti saya dapat membaca semula :P psss...ini menjawab soklan adakah saya mengandung atau tidak sekarang ini. Diorang ni semua tak puas hati kalau saya tak ngandung sbb diorang biasa tgk saya mengandung memanjang :D

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe tentang mereka :


Ni yang den lomah ni..sebab saya tak pernah berjaya buat orang balas balik tag atau award saya. Even Halilah pun tak buat masa saya bagi award di FP dia dulu :D. Bukan la kecik hati pun tapi kot la upline den trace diorang punya award atau tag. Takpe, ni saya cuba pas award ni kepada :



  • Khatijah Khalid - seorang yang vouge, se vouge nama blognya. Dia ni dulu duduk sebilik dengan Syuhairah Hamzah masa kat UKM KL dulu. Masa tu saya sll lepak bilik diorang plus dgn sorang lagi Che Ta dan sangatlah happeningnya bila combine kepala2 diorang ni..he he
  • Yusrina Hatta - junior saya di UKM KL satu Jabatan. Juga junior yang sangat happening serta penuh dengan soklan2 yang nak terguling saya dibuatnya sebelum saya jawab. Dia suka berlagak blurr dengan saya dulu tapi bila saya jawab, dia akan senyum simpul macam bgtau dia dah ada jawapannya
  • Adilah - sepupu saya yang lemah lembut, sopan santun, lemah gemalai ecewah...mau mak dia kene beli kain baju dia kalau kain dia koyak karang. Tapi memang betui hape apa ayong ckp
  • Ustazah Mc Dah - adik ipar saya yang skarang sdg melanjutkan pelajaran di Jordan. Masa mula2 kenal, tgk mcm budak kecik je tapi skang dah matang, dah boleh bersembang panjang dah pun
  • Uda Mcrieda -sorang lagi sepupu saya dan dia adalah seorang blogger tegar. Ciri2 blogger tegar ni satunya adalah membawa kamera ke hulu ke hilir utk tangkap gambar apa saja termasuklah makanan sebelum dan selepas dimakan.
  • Erk....seploh bahagi dua boleh tak? Tak tau nak tuju mana ni....aha..nak tambah satu lagi utk Kakyong sbb yang mommylyna bg dia belum buat so, biar dia buat secara borong nnt ek

uh...letih rupanya dapat award dgn tag ni...mcm mana la kakyong yang tag dan award yang melimpah ruah...juga saya tak pasti berapa ramaikah yang peka dengan asal tag ni datang dari www.mommawannabe.com kan??

Sunday, April 19, 2009

Supermummy Amazing Blogger Award



Uwah....Tengok gambar ni. Mula2 betul la saya tersengih2 bila tengok supermummy tinggalkan pesanan "hi! ur blog has been nominated for the supermummy amazing blogger award! do visit my blog for more details..thanks!". Ini bermakna seorang Tarzan telah dicalonkan untuk dapat award ni dan Tarzan itu terselit di celahan 60 orang colan2 yang hebat2. Oh tidak....

OK saya amik petikan ni dari blog supermummy ek :


Invite or even paksa your readers to click on the banner!
Top 10 highest clicks will be selected to enter the final round. I will monitor the clicks daily based on statistics by the ever supposedly dependable Google Analytics.

The clicks statistics will start counting from tomorrow, 17 April 2009 until Thursday, 30 April 2009. And only clicks/hits during this period will be counted.

To all the blogs' readers
Do your part and help your favourite blog to be the top 10 finalist for The Supermummy Amazing Blogger Award!

Lastly, thank you for the amazing support!

Mmm..anda boleh menyokong saya, anda boleh mengundi saya. Saya juga teruja tetapi saya tidak menaruh harapan utk termasuk dalam top 10 ini. Tolong fahami bukan sitisifir tidak optimis OK tapi saya cuma sedar diri saya kerana jika sekalipun saya adalah Supermummy Amazing Blogger, ia tidak akan terjadi jika saya tiada My Superhusband dan Anak2 saya yang sangat menyayangi dan disayangi.

Jadi dengan malu2, saya menjemput semua untuk berkunjung ke blog Supermummy bukan untuk sekadar mengundi saya tetapi mengundi Supermummy Amazing Blogger yang sebenar!!!

(Ayu....apsal awak bubuh nama akak aaa...bikin malu2 kucing je!!!)

Tuesday, March 10, 2009

Mom Of The Year??


Bismillah,

Alkisah, ini adalah award dari kakyong72 dan saya telah tersipu2 membacanya...manakan tidak, selesai aje cerita Jacky Chan (ntah betul ntah tidak ejaannya) saya telah melakukan rutin biasa saya iaitu mengerah anak2 tido. Sambil tu bancuh susu bergelen-gelen (huhu...tak dayo nak tandem nurse diorang ni 4 orang sekali)

Mungkin kesipu-sipuan saye kurang kalau tadi saya membacakan buku cerita utk sesi story bedtime atau at least mendendangkan selawat kepada mereka sehingga ke empat-empat mereka terlena. Nah, kalau ini yang saya lakukan makanya saya rasa tidaklah kekok jika saya mendapat award ini. Huhu... Anyway K.Yong, thanx even saya tidak merasakan saya layak untuk award ini.

....The rules are:
1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!


Yakdish...susah nih nak jawab soklan ni. Yang jadi susah sebab dia minta 'one thing' tapi kadang2 ada satu masa I feel awful all the time!!! Let me tell the truth, ada satu kekesalan yang timbul dalam kehidupan saya yang sehingga hari ini saya masih teringat keadaan itu.

Ia adalah semasa pada satu ketika Asmaa' masih kecil dan Usamah masih di dalam kandungan. Asmaa' adalah seorang baby yang comel tapi sangat kuat menangis. Ntah hantu apa yang merasuk saya pada satu hari, saya telah mencengkam bahu Asmaa' yang tak sampai setahun pun masa tu & menjerit2 suruh dia diam.

Sepatutnya di masa tu saya meningkatkan sedikit kesabaran saya dan sepatutnya saya memahami kenapa Asmaa' menangis dan bukan meminta dia memahami saya yang rimas dengar dia menangis. Sungguh mata Asmaa' sehingga ke hari ini memberitahu saya yang dia tak pernah mahu membuat saya marah.

Dalam proses dia sedang membesar dan sekarang punya 3 orang adik pastilah dia juga melalui satu rasa dipinggirkan. Namun begitu, saya tidak pernah kesal dengan kelahiran adik2 Asmaa' dan excitednya saya mempunyai anak2 seperti mereka akan saya huraikan dalam soklan kedua nanti :)

2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.


Ha..kalau soklan ni banyak pun boleh nak jawab but I'll try hard to sum up all my exciting being a mother into 7 things...

1. Satu yang paling best di pagi hari adalah selepas memandikan diorang. Ntah nape saya rasa part yang paling comel adalah bila anak2 saya akan angkat sebelah kaki untuk saya basuh then kaki yang basuh tu dia pijak keluar dari bilik air dan satu lagi dia hulur dari belakang untuk saya basuh kaki yang seterusnya sebelum diorang lari ke tempat nak pakai baju sambil membasahkan lantai umah den...huhu...

2. Part yang paling best bila umi dgn abah bergurau secara ganas dan anak2 menangis2 nak leraikan kitorang sedangkan kitorang bukan bergaduh pun tapi saja bergurau ganas. Most of the time abah akan buat muka kronik sampai anak2 igt umi belasah abah diorang. Time anak2 selamatkan umi pulak adalah time abah ngurut umi (Tuhan je la yang tahu betapa sakitnya abah urut tapi ni jela ubat mujarab sakit urat umi) dimana diorang ingat abah sedang dera umi. Abah ni kira selamatlah tak yah urut umi lama2 kan....

3. Anak2 kami paling suka story telling. Kadang2 kami tak baca ikut skrip buku pun (yang selalu tak ikut skrip is abah sbb abah ada byk idea nak kelentong the kids). Kadang2 sampai menangis2 suruh bacakan buku. Yang best Arwa yang paling kecik pun pandai berhimpun sama.

4. Time memasak, anak2 akan tanya, "Bau apa cedap ni umi?" (especially Usamah) walaupun umi masak lauk paling bodoh yang penah ada di P.Buntar nih..huhu... Time nak menjamu pun punyalah horror maklumla nak kene suap 4 orang tapi they prefer to eat sendiri sampai umi kene paksa abah mop lantai tiap ari.

5. Time nak tido, every child akan choose either umi atau abah untuk buat bantal dakap n thats mean dua anak peluk satu parent. Dan ini juga membawa maksud kami tidur berselerak tarak hanya kerana mahu menemani mereka tidur. Takpolah, janji semua tidur lena.

6. Time kat playground tak kira la kat nearest taman (selalu kami punya port is dekat Ampang Jajar) atau kat pantai atau kat tempat kuda2 abah. Suka tengok anak2 play around dengan bebas sebab rumah kami tak ada halaman so kene la cari tempat yang macam ni untuk bagi diorang 'play on the ground'.

7. Last but not least, maybe masa naik keta balik kampung. Kami akan bertolak jam 2-3 pagi sbb time tu diorang lena dan abah akan susun anak2 dia dalam kete dan selalunya sedari bertolak sampailah tiba ke kampung diorang akan lena dalam perjalanan. Best tengok diorang tido dalam kete macam selamba je seolah2 tido kat umah jugak..

3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.


Wah, nak tag orang semula is the hardest thing nak kene buat. OK lah, let me make this simple, I'll give this award to this 5 Mom Of The Year but its up to them to answer all the Q or not...I'll understand if they are bz then just put the award dalam blog korang bulesss???? pss...kepada member2 ku yang tak ku beri award ini, dun worry, korang still mom of the year utk family korang..kalau tak puas ati jugak meh la bg nama nanti aku kasik...ha ha...

1. Mummy Sara & Syasya @ Sarakids http://www.sarakids.com/blog/
2. Mama Adam & Daania http://farafahmiadamdaania.blogspot.com/
3. Ummu Umar http://ummiumar-zahazhari.blogspot.com/
4. Mama Mencah & Adik Mencah to be..he he http://addictedtoaisyah.blogspot.com/
5. Ummu Muhib & Mujib http://nuryanie.blogspot.com/