Tuesday, November 30, 2010

Legakan Tension Dalam 5 Minit

Bismillah,

Rilek lah...Isnin dah berlalu. Selagi nyawa masih dikandung badan, nak tak nak kita mesti hadapi juga hari-hari mendatang. Semasa saya menulis ni, saya sebenarnya terkenang seorang kawan yang baru saja nangis2 masa saya call. Juga saya ada terlihat beberapa status di wall FB yang menandakan pemilik dia berhadapan dengan situasi tegang.

Oh..dulu saya selalu saja berhadapan detik tu. Detik yang menyesakkan kepala dan badan. Malah kadang2 sampai ke hari ni, saya masih ingat detik2 tegang itu. Saya mohon maaf, sesiapa saja yang pernah buat luka pada diri saya, walaupun saya mungkin sudah maafkan tapi saya memang susah lupa. Alangkan peristiwa2 gaduh masa tadika dulu pun saya masih ingat ni apatah pula kejadian2 ketika saya dewasa.

Saya tak minat mengingati keadaan yang menegangkan tapi biasalah manusia, lintasan2 jahat tu selalu datang tanpa dipinta pun. Kalau saya layan rasa tension dan marah tu, haruslah sampai sekarang jiwa saya tak bahagia. Malah barangkali saya tak kawin pun sebab melayan tekanan2 tu semua. Saya percaya, setiap orang akan mampu hadapi setiap ujian yang ALLAH beri itu.

Kalau kalian tension, selalu korang buat macam mana??
  • Tarik nafas dalam2 dan lepas - ni kalau bab nak marah dengan suara lantang baiklah praktikkan yang ni. Seingat saya lah saya tak pernah lawan2 cakap lagi dengan sapa kecuali dengan adik laki saya. Tu pun masa zaman kami sekolah rendah. Perang adik beradik sampai semua jiran keluar tengok...ikikikiki...jd kalu rasa nak ngamuk, tarik nafas dalam2 dan lepas perlahan2...
  • Progressive Muscle Relaxation - mungkin video ni boleh membantu :)

  • Mini meditation - juga mungkin boleh dibantu oleh video ini. Juga ditambah dengan zikir

  • Aromaterapi - Rasulullah sendiri suka wangian2 kan... so, insya ALLAH dengan rawatan aromaterapi maka fikiran kita akan tenang. Pasanglah lilin wangi tu ka, atau titis sedikit larutan aromaterapi dalam air dan mandi ke... lagi rujukan kelebihan wangian ada di sini
  • Senaman - kalau tak dapat lari jauh2 larilah setempat...susah sebenarnya nk dapat bersenam kalau tengah stress tu masa pakai baju kurung. Tapi kalau ada tempat nk lepas perasaan tu kira orait jugak..cuma jgn sampai mucuk ketiak udah...kang org kirik kanan plak yg tension :P

  • Ketawa - kalau ada kawan yang asal borak dgn dia je boleh ketawa, call lah dia. Tapi kalau tak saya percaya blog yang tercalon dalam Blog Pilihan Malaysia ni pun mesti boleh membantu


  • Solat sunat 2 rakaat - ini adalah the best of all. Tidak susah, ambil wudhu kemudian mula solat kemudian berbicaralah dengan Tuhanmu bahawasanya dengan kuasaNya jualah maka tekanan yang kita sedang hadapi akan pergi. 


Aduhai kawan, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :)
Img_5023_normal
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Monday, November 29, 2010

Ahmadinejad Bertemu DSAI

Bismillah,

Hihihi...eksklusif ni berita ni hanya boleh dapat dalam blog saya sahaja. DSAI itu adalah DSAI sebenar tapi Ahmadinejad tu yang celup saja :P



Maaflah, ini sekadar entry kosong untuk mengabadikan kenangan2 yang seperti ini. Ketika ni DSAI datang ke P.Putih dan minum petang di rumah Cikgu Yuganu (baju merah). Saya berani tulis nama ni sbb DSAI tulis perkara yang sama di wall FB nya. Bezanya dia tulis nama Cikgu tu silap...dia silap tulis Ugano :P

Masa majlis tu, Cg Yuganu minta suami saya bacakan doa. Akibatnya, bila singgah di Petronas, tetiba je ada orang tegur dan salam. Huahua...terus ku sakat suami, "Haaa...lepas ni nk keluar rumah tolong pakai seluar yang dah di iron..kang orang kata tu diaaaaa, bini ustat ni tak gosok ka seluaq laki dia :P"

Aduhai kawan, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :)
Img_5023_normal
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Gambar yang Selalu Bawa Tuah

Bismillah,

Untung nasib kami adalah diyakini datang dari ALLAH SWT, bukan dari gambar ni semata-mata. Banyak kali dah juga gambo ni diulang tanding oleh saya...dan alhamdulillah ada jugak la habuan terhegeh2 masuk contest :P

Gambar ni menang saguhati untuk contest oleh CuteMum. Entry pengumuman pemenang ada di sini : http://mamiuyun.blogspot.com/2010/11/pemenang-papa-baby-contest-kategori.html



Nama Abah : Mohd Sabri Salleh
Nama Baby : Uwaiys
Umur : 3 Tahun 11 Bulan




Aduhai kawan, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :)
Img_5023_normal
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Malaysian Mom Bloggers

Bismillah,

Malaysian Mom Bloggers

Promosikan Juga Halaman Anda


Yupp, saya menambah satu lagi page untuk ibu2 yang rajin blogging serta pembaca2nya berkumpul. Takde niat nak lawan K.Ros dengan MBP nya dan Lyna dengan MSK nya pula, ini adalah sekadar satu medan nak mengumpulkan entry2 bernas dari blog para blogger dan diletakkan dalam page yang boleh disertai ramai. Saya mengalu2kan kalian untuk berada sama di dalamnya.

Anda boleh promosikan entry dari blog anda juga dengan cara berikut :

  • Tinggalkan link anda di shoutbox saya ni dan saya akan kunjungi blog anda (insya ALLAH) dan cari sesuatu yang best di sana.
  • Komen di mana2 entry saya di blog ini dan saya juga akan kunjungi anda semula
  • Add saya dalam friend list dalam FB anda dan jika saya terperasan Networked Blog anda atau apa2 sahaja melalui status FB anda maka saya akan kunjungi anda juga...Anda juga boleh hantar mesej ke FB saya :)
  • Tinggal mesej di YM saya : sitisifir10
  • Saya tak terima mesej di email kerana dibimbangi saya tak buka :P
Buat masa ini, insya ALLAH saya akan menerima semua bentuk promosi produk kalian termasuklah produk jualan anda yang tidak berasaskan skim cepat kaya. Namun ia terhad kepada 10 produk sehari.

Sekiranya anda mahu mempromosikan giveaway atau contest anjuran anda juga boleh :)

Saya juga ingin menambah beberapa kawan blogger yang rajin blogwalking  untuk turut menjadi mod. Syaratnya adalah seperti berikut :
  • haruslah ada akaun FB kan
  • rajin blogwalking
  • boleh bezakan entry ilmiah dan tidak
Ni bila saya cakap pasal entry ilmiah dengan tidak tu, jgnlah pula ada yang berkecil hati. Asalkan ada sesuatu yang baru boleh didapati atau perkara lama yang boleh menjadi peringatan maka insya ALLAH cerita itu akan jadi ilmiah juga. So, sape yang berminat nak bantu saya, bgtau lah. 

Semoga dengan ini, maka kita akan mendapat lebih faedah dari blogging.  Saya jemput kalian masuk page di atas dan jika anda suka, tekanlah suka ye...juga, ajaklah kawan2 yang lain untuk turut serta :))


Aduhai kawan, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :)
Img_5023_normal
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Sunday, November 28, 2010

Bermain Adalah Syok!!

Bismillah,

Teringat lah ai di zaman kecik dulu..wahahaha...teringat pun dah rasa malu, punyalah galaknya saya main sampai darjah 6 pun bantai main tuju kasut lagik. OK, sebut darjah 6 tu meh saya nak ingatkan bahawasanya ia adalah ketika saya berumur 12 tahun. Lebih ganas lagik adalah main dengan budak2 laki tapi bukan saya sorang la perempuan.

Tapi masa tu budak2 sebaya saya yang perempuan dah tanak main dah. Saya pun tak paham apa yang saya galak sangat main dulu. Hampagas betul! Itu cerita darjah 6, masa kecik sikit dari umur tu, darjah berapa ek...dalam darjah 3-4 kot. Time tu sekolah petang. So, saya belajar ngaji masa pagi. Habis ngaji tu, boleh pulak pi main sampai tak sedar2 kene siapkan diri tghari tu sbb nk gi sekolah belah petangnya.

So, bila lambat tu, time balik rumah tu untuk cover diri dari kene marah, maka haruslah ai berlakon. Caranya adalah berjalan terbongkok2 buat2 gaya sakit perut. Adik2 yang baca ni, dont do this at home tau! Tak baik tau..plus taktik tu sll tak menjadi sbb abah macik dulu marah macik mcm tu jugak :P

Main ni sebenarnya elok untuk kanak2. Boleh meningkatkan skil psikomotor anak2, boleh bikin mereka kreatif dan mahirkan koordinasi mata-tangan anak2. Hahaha..tapi kalau anak main mainan sampai hilang lantai rumah mau meroyan jugak la saye sambil amik sapu sampah dan sapu mainan diorang girl emoticon. Saya akan kata, "Baik la anak2 umi baca buku dari sepah2 mainan mcm ni..." dan sekarang saya perlu sedar bahawa saya silap. Bermain adalah 'keperluan' anak2 saya sebenarnya.

Permainan Aktif
Saya suka main badminton. Kira masuk tak dalam mainan yang aktif? Kalau dapat main sampai peluh dengan anak lima ni kira OK lah. Lama dah rasanya tak pegang reket (ka lagu mana eja wei?). Anak2 saya suka sepak bola...Usamah selalu test kekuatan dinding dengan menyepak bola angin sekuat2nya ke dinding dan kemudian apabila melantun ke kepala adik2nya maka akan terdengarlah suara Tarzan...GOLLLLLL!!!girl emoticon Mainan begitu sesuai main di tempat lapang. Biar dia berlari selaju2nya, atau sepak bola sekuat2nya atau apa saja permainan aktif yang perlukan ruang. Ia perlu untuk exercise dan menghilangkan stress. Hasilnya, minda yang tajam sebab aktiviti sebegini akan membekalkan lebih oksigen kepada otak.

Permainan Yang Merangsang
Mungkin computer game yang sesuai untuk diorang. Saya tak pernah lagi pasang game online untuk anak2 saya kerana saya bimbang mereka akan ketagih dengannya tapi tidaklah sehingga mereka tak dapat bermain game. Ada masa mereka menjawab quiz2 yang ada dalam Magic English. Selebihnya mereka main Games Pendidikan Anakku Sayang.


Bukan anak je yg melayan game ni. Umi dia yang lebih2 plak melayan game....kikikiki girl emoticon

Permainan Kreatif
Alah bukan susah sangat...main lukis2, gunting2, cat2...memang syok. Ada sekali tu saya mintak suami saya potong pelepah pisang dan kami buat la mcm2 corak darinya. Yang silapnya, saya tak tangkap gambo hasil akhir...wawawaw.... Pulak tu tak gantung hasil kerja diorang. girl emoticon Rugik! Rugik! Bak kata Pablo Picasso, “All children are artists. The problem is how to remain an artist once he grows up.”

Ahmadi pulak mcm mana?
Main Ompecakgirl emoticon
Main cak-cak ni nampak mcm simple kan tapi sebenarnya ia memberi idea kepada baby kita bahawa kita tidak hilang cuma kita tiada dalam pandangan mereka sahaja. Jadi mereka akan tahu, kita selalu ada dengan mereka. Mereka akan lebih mampu untuk melawan ketakutan bila kita meninggalkan mereka sendirian. Sekurang2nya, dengan mendengar suara kita dari jauh, mereka akan tahu kita selalu ada di sekitar mereka dari selalu ada di ruang mata (penglihatan) mereka sahaja.


Teman Anak Bermain
Dunia baby seperti Ahmadi adalah permainan. Kadang2 kita memandang anak2 ini seperti dia tidak tahu apa2. Tapi sebenarnya tidak. Mereka selalu akan bereksperimentasi dengan mainan atau apa saja di sekeliling mereka. Kalau Ahmadi sekarang ni, dia suka rasa (hisap) semua baju yang ada kat rak baju...wawawa...sabo je la! Tu belum lagi amik mainan macam2 jenis sambil ketuk kat inkubator abah dia. 

Mmm...zaman kita budak dulu main bukan main lagi. Nama je perempuan tapi mak saya sampai pening agaknya, time main masak2 siap amik tudung periuk dia pastu bakar dengan api yg real (bakar kertas kot) utk bahan api dan masak daun sekali dengan air dan pasir. Zaman sekarang ni je yang rasa hampeh bila anak umur 6 tahun tapi tak pandai nak baca BI lagik....kesian anak2 umi girl emoticon


Korang mcm mana??

Aduhai kawan, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :)
Img_5023_normal
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Saturday, November 27, 2010

Tangan Yang Menggapai - Stop Child Abuse

Bismillah,

Guys, I'm here to be the voice for those who cannot speak up!


Ia bukan isu di Malaysia...ia adalah isu antarabangsa, iaitu isu manusia telah bertukar menjadi haiwan!!


Alangkah sedih dan menyedihkan. Hakikatnya, hati tidak akan pernah tenang sekalipun anda melakukan kezaliman kepada kanak-kanak. 


Ia bukan sumpahan. Tapi jika anda melakukannya hidup anda akan musnah. Maka, berhentilah menzalimi kanak-kanak kerana anda sedang menzalimi diri sendiri. 


Blogger, andai selama ni telah banyak yang telah kita sama2 kongsi, dari resepi sehingga teknik untuk menjana duit Nuffnang bla bla...luangkanlah sedikit masa anda untuk sama-sama kita hentikan penderaan kepada kanak-kanak. Insya ALLAH segala usaha murni kita ada nilainya di sisi ALLAH. 

Norhafizah-madzlan-original


Bukanlah mendaftar dalam link di atas menjadi keutamaan tetapi kebersamaan kita merasuk pemikiran semua orang yang melayari internet dengan kempen sebegini adalah lebih dinanti2.


Aduhai kawan, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :)
Img_5023_normal
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Awasi Maid / Pengasuh Anda

Bismillah,

Tengok iklan Celcom ni, dan-dan nak pakai BB..ada sape2 tak yang dah amik pakej ni ye? Share sikit boleh?? Dan soklan bodoh paling mengancam sekali adelah, BOLEHKAN BLOGGING DARI BB??

Malam tadi, saya gatal tekan video dari Oh Media. Ternampakla video pengasuh mandikan anak dengan kejam. Saya memang tak tgj habis dan pagi ni bila saya bukak balik fanpage Oh Media tu saya terus tutup cepat2 sebab video tu masih ada di atas.

Masa tengok video tu smlm, sekejap2 itu aje saya jadi meremang bulu roma, sakit hati dan rasa sedih dengan perasaan nak menyumpah dengan ayat yang sehabis jahat. Sungguh rasa tak senang duduk dibuatnya. Manusia sekarang dah hilang kemanusiaan. Mereka terdesak nak cari duit dengan menjadi maid (kalau dalam video tu maid la) tapi mereka tak fikir keberkatan dalam mencari rezeki (andai dia Islam).

Saya cukup bimbang, maid2 seperti ni lepas tapisan majikan di depan mata majikan tetapi di belakang dia buat anak kita macam binatang. Kalian yang mana tinggalkan anak tu, saya rasa lah satu dari cara yang baik (cadangan saya saja) cari nurseri yang budaknya ramai dan bilangan pengasuh juga sesuai dengan bilangan budak. At least, bila seorang ganas dalam melayan budak, maka yang lain boleh melarang atau apa2 saja.

Saya akui, saya pun tidaklah lemah lembut sangat bila handle anak saya tapi taklah sampai bersifat kebinatangan mcm tu. Anak2 ni adalah amanah yang perlu dijaga dengan kasih sayang. Cara memberi kasih sayang mungkin berbeza tetapi common sense kita akan memberitahu itu zalim dan ini adalah kasih sayang.

Mmm...saya cuba larikan minda saya dari memikirkan tentang video semalam sehingga Novel trilogi Makrifat Cinta yang saya baca sedikit2 masih gagal melarikan minda saya dari memikirkan tentangnya. Jgnkan novel itu, cerita Chapalrela ke hape ntah pun fail jugak...walaupun nampak video tu 4-5 saat saya masih trauma. Alangkah baiknya kalau saya tak terlihat. Tapi kalau tak terlihat, tak ada pulak amaran ni dari saya. Sesekali kita mesti diingat tentang perkara ni jugak kan??

Ada sebab kenapa orang2 yang begini wujud di muka bumi. ALLAH memang selalu menjadikan sebab kepada apa2 saja ciptaanNya...tinggal kita saja untuk berfikir tentang kejadianNya itu :)

Aduhai kawan, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :)
Img_5023_normal
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Friday, November 26, 2010

Le Tour De Penang

Bismillah,

Ini cerita lama. Lepas Aidilfitri lagik...kami jalan2 ke Penang kerana nak tengok kuda milik orang Penang :) Husband ai kan minat kuda. Mmm..tapi di Kelantan, memiliki kuda bukan menunjukkan gaya hidup mewah. Tak seperti orang di negeri lain. Org yg ada kuda di luar Kelantan selalunya kete pun besau2...huhuhu...

On the way pergi kami naik kete. Gambo Asmaa' takde lupa nk snap. Memang dah nampak jelas jambatan kedua Penang. Mmm....tak lama lagi siap yg tu takde la jem sangat jalan kat situ.

Kami sampai kat tpt ni yg saya tatau nama apa. Tapi ada banyak kuda lawa2 di sana. Yang pastinya tuan2 kuda punya kete pun lawa. Alih2 ada pulak sekontot kete kami yg tak lawa tapi cantik (kang kutuk lebih2 dia merajuk plak).

Semasa suami saya sedang rock melayan kuda (huh...tgk kuda macam tgk ai masa baru kawin je :P), saya pulak cubit2 dia ajak dia balik. Nak cakap kuat2 kang malu dkt seorang kenalan suami yang ada sama. Kudanya ada di situ dan dia bercadang nak jualkannya. Tapi harga dia...huhuhu...assalamualaikum je dengar :P

Saya ajak suami saya balik bukan sebab apa...ai nak terkucil. Maka singgahlah kami ke Masjid ni..huhuh...nk cari toilet kt tpt kuda tadik mcm seram takut org laki je guna toilet kt situ. Tak minat ah toilet org laki! Sbb ramai yang kencing tak duduk...ahahahaha

Oh ye...ini board iklan di salah satu bangunan depan KOMTAR. Boleh dia tertinggal huruf I? Sebesar gabak mcm tu punya kesilapan tak ke rasa hampeh??

Baliknya kami balik naik feri. Saja nak amik angin laut yg tak segar. Anak2 berebut nk tgk air laut. Berpeluh ketihak kami wei nak control ingin tahu mereka yg terlampau itu.

Gelagat anak2 kami ni sampai jadik perhatian seorang pakcik yang berdiri tak jauh dari situ. Mcm biasa dia tanya, "Anak ke semua ni??" Oh..adakah kami muda sangat kalau jadik kakak abang mereka?? :P Dan..kanak2 ni siap dapat duit raya atas feri lagik. Ada mcm rupa 'budak yg perlukan kasiyyan kah'?

Arini kami ada di P.Buntar. Jadi kepada makcik2 yang duduk berdekatan yang nak ziarah kami silalah datang ke rumah atau ke kedai. Don't shy shy ekssss...

Aduhai kawan, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :)
Img_5023_normal
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Thursday, November 25, 2010

Apakah Puncanya Asma?

Bismillah,


Huhu...ini adalah last treatment yang dilalui Uwaiys.. bulan Oktober nun lagi kira dah lama. Semasa kali terakhir sakit ni, Uwaiys tidak muntah langsung dan tidak batuk juga! Dia hanya susah bernafas mungkin akibat berendam terlalu lama. Jadi, sebab risau sangat takut dia sakit lagi maka kami pun tak kasi mereka berendam lagi.

Saya pelik juga apa puncanya hanya Uwaiys seorang yang kene. Kami berdua alhamdulillah tak ada penyakit ni dan seluruh keluarga besar kami juga. Cuma yang saya ingat, semasa dia lepas dilahirkan, kan misi ada sedut2 cecair dalam hidung, telinga tu semua (Saya rasa la...) dan saya rasa mereka tak sedut habis sbb Uwaiys dari hari mula2 lagi ada bunyi di dada dia tak macam kakak adik dia yang lain. Pity him...

Ini saya copy dari Wikipedia tentang pencetus asma :


Pencetus biasa serangan asma termasuk:
  • alahan dihidu seperti kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan
  • udara sejuk
  • senaman
  • jangkitan sistem pernafasan
  • tekanan emosi
  • aspirin dan ubat seumpamanya
Asma juga merupakan satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan.

Jadi kerja kami sekarang adalah mengelakkan kesemua punca2 di atas sedaya mampu. Semoga itu adalah kali terakhir Uwaiys diserang sesak nafas.

**Ada yang mencadangkan kami hantar dia belajar berenang sebab dengan cara tu maka sistem pernafasan dia jadi lebih baik. Aduhai...di mana ye di area P.Putih ni boleh kami hantar dia belajar berenang?



Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Wednesday, November 24, 2010

Hadiah Apa Sesuai Untuk Pengantin??

Bismillah, 


Time saya kawin dulu, kalau dapat berset2 gelas tu kira biasalah...yang banyaknya, gelas, lampu tidur dan kain pasang serta kain pelikat. Saya rasa buku pun salah satu benda yang sesuai jugak untuk diberi kepada pengantin :). Sebab ada pengantin dia mula dari zero, kalaupun dah pernah kenal lama, masih ada banyak benda yang perlu mereka belajar. Jadi rasanya buku2 di bawah ni sesuai insya ALLAH...




Dapatkan buku-buku istimewa di atas (dan pelbagai lagi buku-buku panduan berumahtangga dan keibubapaan) secara eksklusif hanya di AdikBijak.com

"Melangkah Ke Alam Perkahwinan Dengan Bijak..."


Kalian hanya perlu klik ke link atas buku tu sahaja untuk membeli. Buatlah bajet siap2...
Andai minggu cuti sekolah ni adalah 8 minggu dan setiap minggu itu ada satu kenduri dan setiap pasangan pengantin tu anda bajet nak beli hadiah bernilai RM 20, maka anda boleh dapatinya di sini :))

RM 20 x 8 minggu x 1 kenduri seminggu = RM 160 sahaja :) 

Malah, hakikat sebenarnya adalah setiap buku mempunyai ilmu yang tinggi nilainya :))
Selamat membeli OKEH!!



Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Tambah Follower Twitter Dengan TweeterFollower

Bismillah, 

Sekarang kan sangat heboh dengan kehadiran ChurpChurp. Kerana ChurpChurp lah saya sibuk2 mau tambah follower di Twitter saya. Tatau dah lagi mcm mana nak mencapabkan diri maka terhegeh2lah mencari kekdah yang sesuai. Tapi masya ALLAH, ada yang siap menjual lagi cara2 nak tambah follower. Ni yang nak nangis ni.

Silalah daftar ChurpChurp untuk penjanaan wang pasif :))

Saya nak nangis bukan sbb apa, saya nak cari duit seposen dua alih2 kene bayar ratus2 untuk tau mcm mana nak tambah follower. Saya bukan apa, saya bimbang tak berbaloi je, kalau dua tiga puluh tu terfikir gak la nak beli. Ni sampai ratus2, lain la kalau saya glamer macam Erma Fatima ke, Eman Manan ke...huahua....

Anyway, saya jumpa satu cara ni, mungkin bercinta sikitlah kot nak dapatkan follower tapi boleh cuba lah.


  • Mula-mula tekan TweeterFollower ni. Website ni menggunakan sistem twitter train. 
  • Login guna username dan password twitter (TweeterFollower tak save - no worry)
  • Selepas masuk, kita akan jadi ahli 'regular' dan akaun kita masih belum aktif
  • Utk aktifkan, sila follow semua member VIP dan 20 member regular yang dipilih secara rawak oleh sistem TweeterFollower ini. 
  • Selepas follow semua yang dia suruh tu, maka jarang2 sekali nama kita akan naik macam ahli regular yang lain yang macam kita follow tadi. 
  • Kalau korang nak cepat naik follower, silalah daftar secara berbayar..huhuhu...yg itu saya tak berkenan. :P Tapi kalau kita berjaya membuatkan 15 orang klik link kita, maka kita akan jadi VIP dalam tempoh 24 jam :)

OK, itu je nak share...semoga ada manfaatnya



Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Tuesday, November 23, 2010

Mensyukuri Nikmat Sihat

Bismillah, 

Huhuhu...walaupun ada entry ari2, tapi sebenarnya saya terlantar dah 3 hari. Katanya orang kat farmasi itu, barangkali perut saya ada masalah penghadaman. Maklum saja sekarang kan musim daging. 

Difikir2 memang saya sedikit bermasalah dari dulu lagi kalau bab makan daging. Pernah masa zaman remaja saya dulu, time raya jugakla ni, saya rasa rendang mak saya adalah yang terpaling terbaik lagi best (ayat tak hingat :P) yang pernah saya rasa. Lalu setiap rumah yang saya pergi saya akan rasa rendangnya dan saya akan kata dalam hati, "Rendang mak lagi sedap!"

Alih2 naik kelopak garam satu badan!!

pic kredit to idanizam

Kemudian ada lagi kes masa sekolah rendah. Abah saya nak belanja sate, maka dia beli dengan banyak sekali sate daging. Kejadian yang sama juga berulang lagi. Aduih...pulak tu tak reti serik ye. Biasalah kalau datang dugaan bab makanan ni payah sikit nak tolak :P

Tapi kali ni mungkin sebab dah umur 30an, tak naik lagi dah kelopak garam ni. Rasa macam gastrik dalam perut sekali dengan sakit dada. Saya kalau gastrik saja tidaklah bimbang sangat, tapi kalau sakit dada ni mula la terfikir, aku ni ada sakit jantung ka?? huhuhu...

Kali ni sakit gastrik time saya kenyang, itu yang merisaukan. Dua hari raya haji itu, saya memang tak masak sangat. Ada beberapa jemputan untuk dihadiri dan mereka pula bekalkan kami lauk sabsidi. Alhamdulillah, macam tau2 aje saya tengah malas nak masak :P

Tapi sayangnya, bila dah sakit begini, saya nak bangun pun tak larat. Kerja rumah suami yang selesaikan sampai bising habis ayam itik kat luar sebab dia habiskan kerja dalam rumah. Walaupun dah lama dah saya mengimpikan dapat cuti rehat takyah masak, takyah basuh pinggan, takyah basuh baju....dan bila ALLAH bagi cuti tu, saya baru rasa tertunduk... Kenapa saya mesti nak mengelak dari melakukan kerja rumah sedangkan padanya adalah pahala yang sangat banyak? 

Hari ni saya dah sihat. Alhamdulillah, dan terima kasih kepada suami dan anak2 yang memahami. Lega telinga mereka kerana saya tak membebel suruh kemas rumah. Time sakit ni ada can la korang sepah barang mainan ye...arini umi dah beroperasi semula maka siap sedialah ye hanak-hanak. Berani2 la sepah barang. Abah diorang pulak, dah 2-3 hari tak sampai hati nk bergurau, semalam saya gurau dengan dia terus nak siku dia. Terus kene sound, "Wohh sudah sihat mau siku orang!" Kikikiki.... 

Mmm...OK lah, nk bergegas ke pasar...dah banyak hari tak makan nasi. Hari ni rasa nak makan nasik dah tapi bukan daging lah kot. Daging tunggu nanti 2-3 hari lah. Kecuali Nejad saya nak buatkan nasi arab!! Abang, buat ah nasik Arab, umi ngidam sudah!!

Saya akhiri dengan lirik nasyid ni :))

Ingat 5 Sebelum 5

Album : 
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com


Duhai Teman Dan Tuan-Puan 
Mari Kita Berpesan-Pesanan 
Baik Lelaki Juga Perempuan 
Duduk Di Kampung Atau Di Pekan 

Zaman Ini Zamam Kemajuan 
Kebendaan Menjadi Ukuran 
Hidup Saling Bersaingan 
Jika Lalai Tinggal Sendirian 

Nabi Junjungan Pernah Berpesan 
Agar Hidup Ada Pegangan 
Semak Selalu Jangan Lupakan 
Agar Tak Susah Di Hari Kemudian 

Kena Diingat Lima Perkara 
Sebelum Tiba Lima Perkara 
Aaaaaa...aaaaa... 
Semoga Hidup Aman Bahagia 

Waktu Lapang Buatlah Amalan 
Sebelum Sibuk Pelbagai Urusan 
Isilah Dengan Amal Kebajikan 
Menuntut Ilmu Dan Baca Al-Quran 

Waktu Senang Beringatlah 
Sebelum Tiba Waktunya Susah 
Jika Datang Ancaman Musibah 
Mampu Bersedia Selesai Masalah 

Bila Sihat Jagalah Badan 
Sebelum Derita Sakit Tak Keruan 
Kawallah Makan Untuk Kesihatan 
Ringan Ibadah Nak Dikerjakan 

Jika Kaya Bermurah Hati 
Dapat Pahala Menolong Orang 
Aaaaa...aaaa... 
Jikalau Miskin Apa Pun Tak Ada 

Waktu Kita Hidup Di Dunia 
Sediakan Bekalan Sebelum Mati 
Walaupun Susah Banyak Halangan 
Tabah Dan Sabar Allah Kan Sayang 

Ingat-Ingat Kita Semua 
Jangan Mudah Sombong Diri 
Insafilah Pesanan Ini 
Untuk Kita Suluh Diri 

Semoga Lembut Hati Kita 
Untuk Taat Dan Berbakti 
Dari Allah Kita Datang 
Kepada Allah Kita Kembali


Korang, tolong klik 'like/suka' kat gambar Ahmadi yg ni....tekan je gambar :P Layanlah saya :P Kuikui