Showing posts with label Uwaiys. Show all posts
Showing posts with label Uwaiys. Show all posts

Friday, December 09, 2011

Uwaiys : Boleh Tak Umi Verangan

Bismillah,
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.

Korang follow tak cerita


Saya jarang tengok cerita ni. Tapi sekali tengok layanla jugak. Siap berangan Uwaiys nanti besar hensem mcm Arthur tu lah. Boleh?? Kuikuiii



Saturday, July 16, 2011

Uwaiys : Lawak Muka Kakak Baru

Bismillah,



Hehe....this is another bad effect of lacking vocabulary :P

One evening, Asmaa' & Uwaiys talked to each other while they are eating.

Asmaa' : Kat sekolah kan, ramai kawan2 dengan cikgu2 suka kat kakak.
Uwaiys : Ye ke??
Asmaa' : Iyye...tatau lah kenapa
Uwaiys : Ye lah sebab muka kakak baru sebab tu orang suka??

Ok, can you define the word 'baru' that Uwaiys used to describe her kakak??

Kehkehkeh... I told my husband about this and he came into one definition but 1st, let me know what is yours first... :P

Saturday, June 25, 2011

Koleksi Gambar Usamah & Uwaiys di Kai Chih

Bismillah,

Kai Chih tu nama sekolah mereka. Saya sedang berusaha untuk masukkan mereka ke kelas tambahan dan kalau cikgu itu tidak menolak, saya nak hantar Asmaa' juga. Biar mereka sama2 belajar Bahasa Cina.

Di kantin

Sebelum ada uniform

Amoi yang selalu ngorat Uwaiys...tak dapat la pulak gambar dia :P
Semalam saya jenguk mereka makan, budak ni datang dan meleleh2 panggil Uwaiys... hehehe...

Gambar dalam kelas Uwaiys




Lepas sekolah, sementara tunggu umi atau abah, diorang main kat playground sekolah tu













Ni kat kantin ada pentas...kalau time rehat budak2 ni panjat naik turun pentas ni... 


Thursday, June 16, 2011

Uwaiys : Lawak Air Rahsia

Bismillah,



Saya sedang bancuh air markisa, Uwaiys datang bertanya
Uwaiys : Umi buat air apa?
Umi : Rahsia....
Uwaiys : Yeyy yeyyy....umi buat air rahsia...yeyy yeyyy... (sambil lari2 kat adik beradik dia)
Sabo je la...

Nampak gaya kena banyakkan lagi berleter bercakap dengan diorang sebab masih banyak vocab yang dia tak cover. Hukhukhuk...

Thursday, November 25, 2010

Apakah Puncanya Asma?

Bismillah,


Huhu...ini adalah last treatment yang dilalui Uwaiys.. bulan Oktober nun lagi kira dah lama. Semasa kali terakhir sakit ni, Uwaiys tidak muntah langsung dan tidak batuk juga! Dia hanya susah bernafas mungkin akibat berendam terlalu lama. Jadi, sebab risau sangat takut dia sakit lagi maka kami pun tak kasi mereka berendam lagi.

Saya pelik juga apa puncanya hanya Uwaiys seorang yang kene. Kami berdua alhamdulillah tak ada penyakit ni dan seluruh keluarga besar kami juga. Cuma yang saya ingat, semasa dia lepas dilahirkan, kan misi ada sedut2 cecair dalam hidung, telinga tu semua (Saya rasa la...) dan saya rasa mereka tak sedut habis sbb Uwaiys dari hari mula2 lagi ada bunyi di dada dia tak macam kakak adik dia yang lain. Pity him...

Ini saya copy dari Wikipedia tentang pencetus asma :


Pencetus biasa serangan asma termasuk:
  • alahan dihidu seperti kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan
  • udara sejuk
  • senaman
  • jangkitan sistem pernafasan
  • tekanan emosi
  • aspirin dan ubat seumpamanya
Asma juga merupakan satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan.

Jadi kerja kami sekarang adalah mengelakkan kesemua punca2 di atas sedaya mampu. Semoga itu adalah kali terakhir Uwaiys diserang sesak nafas.

**Ada yang mencadangkan kami hantar dia belajar berenang sebab dengan cara tu maka sistem pernafasan dia jadi lebih baik. Aduhai...di mana ye di area P.Putih ni boleh kami hantar dia belajar berenang?



Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Wednesday, November 10, 2010

Cabut Gigi Rongak Uwaiys

Bismillah,

Walaupun rongak Uwaiys menten encem :P Tengok saja gambar ni...ngeh hehehehehe....


Kami membuat keputusan untuk mencabutnya untuk mengurangkan kebarangkalian ia jongang tetapi kata Dr Rashnurhana ni, insya ALLAH tidak terjadi begitu. Saya perhatikan bibir atas Uwaiys memang sedari mula agak terjungkit dan Dr kata rahang atasnya berbentuk V. Walaupun Dr kata tidak apa kalau tak cabut, melihatkan Uwaiys nampak macam superhero bila mengadap Dr so kami pun decide cabut jugak!

Kata suami manalah tahu kuman yang berkumpul di gigi Uwaiys yang rosak boleh dikurangkan. Tiada gigi rosak, maka takdelah kuman beranak-pinak kan? Dan memang betul, sekurang2nya selepas giginya dicabut, bau nafas Uwaiys juga tidak mucuk :P. 

OK, kalau nak tanya punca, saya mestilah salahkan diri saya kerana tidak menjaganya dari mula. Sungguh saya mengutuk2 diri sendiri kerana kecuaian saya dalam menjaga hal2 remeh ini. Bukan setakat gigi, malah susu ibu pun Asmaa', Usamah & Uwaiys tak sempat merasa lama. Jadi tak hairanlah kalau gigi mereka juga tidak bertahan lama. 
Uwaiys tak menangis masa dicucuk, cuma time cabut je dia merengek..itu pun sikit...
Tapi kalau suruh bangun pagi..adui...bangun tu OK lagi, bab nak suruh mandi tu dia punya panjang punya nangis...waaaaaa

Mentang2 gigi korang tak jadi mangsa, siap memperkatakkodokkan beskal anak Dr yepp...

hehehe....kene paksa buat peace..nangis2 pun buatlah jugak peace..
kat tangan dia adalah hadiah yang Dr bagi kerana tidak menangis dan tidak mengamuk semasa cabut
Risau jugak dia mengamuk sebab masa cabut gigi Asmaa' & Usamah dulu,
Uwaiys yang kalut nak tumbuk Dr... :P

Dr pesan, utk kanak2 kene bagi ubat gigi tanpa fluorida
supaya jika dia tertelan pun taklah mudharat mana... (erk..silap tak amik nota)
dan itu adalah pamplet kalau2 ada sesiapa nak putihkan gigi


Ini adalah pemandangan di satu gerai majalah
rasa sayu melihat mereka berebut2 makanan...
barangkali mereka adalah adik beradik...
sudahlah tak memakai kasut...
Sesungguhnya anak2 saya masih beruntung :|

Dr Rashnurhana adalah junior saya di Kolej Tun Syed Nasir UKMKL :)
Saya dapat diskaunlah agaknya sbb cas cabut 4 btg gigi Asmaa' & Usamah adalah berkali ganda harganya dari yg Dr ni bg..so, saya decide utk tak share kosnya :P ...
Mmm...anyway, tempatnya adalah di Pasir Tumboh Kelantan

pss...cantik tak signature ai yg k.Yong bagi bawah ni?? 
Dan lawa tak rumah baru ai??? ngeh ngeh


Sunday, March 28, 2010

Ahmadi Ada Dua Loceng??


Bismillah,

Saya terbaca dari blog Isabelle dalam entry ini. Jadi teringat kepada Uwaiys masa dia mula2 tengok Ahmadi dimandikan. Masa tu tali pusat Ahmadi belum tercabut lagi. Lalu dia pun tanya, "Kena apa loceng baby ada dua? Uwaiys ada satu saja.." Ai Uwaiys...terkilankah ada satu saja loceng?? Wakakaka...

Soklan febret dia sekarang bermula dengan perkataan, "Kena apa.......??" dan dia takkan berputus asa utk keep on asking kalu kami tak jawab. ADEis...

Saya pun taktau dari mana timbul ilham panggil perkara itu sebagai loceng. Sebenarnya saya risau dia akan sebut sana sini jadi kalau dia kata loceng, at least saya faham tapi org lain tak fahamlah kan. Tapi sebelum mereka ke sekolah, terpaksalah saya berterus terang loceng tu apa. Kalau tak nnt bila cikgu bunyikan loceng di sekolah, diorang balik tanya plak, "Umi..kena apa loceng Uwaiys tak bunyi??". Tak ke haru??

Semasa dalam pantang tempohari, kami dah sunatkan Usamah dan Ahmadi. Uwaiys dah sunat dah masa dia 6 bulan dulu. Diorang menangis agak kuat le jugak time cucuk (local anaesthatic) tapi time nak POTONG! diorang diam aje. Kali ni kami pilih Pusat Rawatan Komuniti di Kota Bharu. Doktor yang mengendalikan proses ni adalah Dr Seri Buana.

Dr Seri Buana buat teknik 'clamps'. Erk..korang Google sendirilah ye untuk tahu atau lihat gambarnya..takkan saye nak letak gambar 'loceng' anak saya plak? Hehe...tapi secara ringkasnya alat tu dipasang pada foreskin sebelum ianya di POTONG!. Tak guna sebarang jahitan tau.

Selepas je proses tu, dalam masa 5 hari, plastik yang melinkungi loceng Ahmadi tanggal tapi beza dengan Usamah, plastik tu mencerut di tengah sampai yang muncungnya bengkak. Saya mula runsing mcm mana la agaknya Doktor boleh keluarkan mende tu ek? Selepas seminggu kami pergi untuk follow up dan Usamah punya loceng kenelah picit dari hujung supaya darah mengalir ke pangkal kembali dan plastik tu terpacul keluar.

Saya memang ketar lutut ye tuan2 dan puan2... Saya tak tengok sikit pun proses diorang disunatkan ni. Dengar suara Usamah dari dalam aje cukup mengerikan sampai makcik2 di luar yang menunggu pun tanya, "Anak kenapa tu??". Saya kata nak tanggalkan plastik tersekat..then I leave it to them nak fikir plastik itu tersekat di mana...ahahahaha....

Ada yg kata tak kesiankah budak? Okeh...ni sy nak cerita. Usamah disunatkan malam, esok tu dia kejar angsa dah okeh...dia bising time nak buang air aje. Ahmadi sebab dia masih baby, saya pernah dengar di mana ntah kata reseptor sakit baby masih belum matang jadi dia tak rasa sakit sangat lah kot. Lagipun takde pulak Ahmadi nangis yang kelihatan pelik.

Cuma Uwaiys dulu sebab dia kene jahit maka saya rasa dia sakitlah. Cuma bila selesai hal sunat diorang ni, saya rasa happy. Memang ada tentangan dari orang tua tapi saya terfikir juga, orang Arab selepas bersalin terus sunatkan jadi kenapa kami tak mahu cuba?? Dr Seri Buana sendiri sunatkan anak dia dalam usia sehari.

Selepas sunatkan Ahmadi dan Usamah, Ahmadi nampak lalok sangat...saya pelik tengok mata dia juling ke sana ke mari. Sua minum susu pun tak minum dan saya mintak suami tanya doktor adekah itu kesan bius. Kalau ye...tak apalah, saya bimbang perkara yang tidak2 aje. Usamah tu, masuk je dalam kete terus lena dan saya rasa mungkin kesan ubatlah tu.

Selesai sudah tugas kami untuk hal ini. Semoga seterusnya dimudahkan ALLAH untuk mendidik mereka menjadi insan soleh. Amin...

Tengok skang bersunat tak payah bawak kain pelikat. Time ni lagi nampak Usamah dah ngantuk + lalok tapi masa ni turn Ahmadi pulak.

Saya minta nak intai tengok tapi Usamah tak bagi, dia kata, "Kalau bukak seluar ni nanti nyamuk masuk gigit :P"

**Misi di situ ada tanya, "Akak nekad ke nak sunat anak ni? Bukan ape nanti kalau besar dan berisi, dia kena sunat semula..." Tapi Dr Seri Buana tak cakap apa2 pun dan nak tanya pun segan sebab misi pelatih terlalu ramai di situ :)