Showing posts with label Ahmadi. Show all posts
Showing posts with label Ahmadi. Show all posts
Monday, July 25, 2011
Tuesday, July 05, 2011
Ahmadi Pun Pandai Ber Refleksologi
Bismillah,
Tak ada buat apa2 ni kita gatai2 bukak video lama dan jumpa video ini. Time ni baru je beli alat ni tapi idakla mahal sebab beli kat kedai bundle aje dengan harga RM 10. Korang refer link ini ek untuk tengok titik2 refleksologi pada tapak kaki dan tangan. Hari ni tak sempat nakleter bercakap banyak :)
Tak ada buat apa2 ni kita gatai2 bukak video lama dan jumpa video ini. Time ni baru je beli alat ni tapi idakla mahal sebab beli kat kedai bundle aje dengan harga RM 10. Korang refer link ini ek untuk tengok titik2 refleksologi pada tapak kaki dan tangan. Hari ni tak sempat nak
Thursday, February 17, 2011
Ahmadi : Suka Buli Abah
Bismillah,
Buat masa ni Ahmadi dah cuba2 menapak 1-2 langkah. Seronok betul tengok dia. Tapi ada yang lebih menyeronokkan kami. Dia suka ketuk2 jari telunjuk dia atas hidung kami. Huhuhu.....kalau tgh tidur pun hilang ngantuk. Itu abah la...uminya kalau dia buat tak sedar apa pun :p
Dengan saiz sekarang tak apa lah nak buli kami ye Ahmadi. Dah besar sikit dah tak boleh buli abah dah sebab jasa abah banyak tau pada Ahmadi dan yang paling abah usahakan adalah penyusuan susu ibu secara penuh dan penjagaan makanan Ahmadi.
Selain dari bentuk2 lawak comel diatas, semalam semasa Ahmadi sedang menyusu selepas abang dan kakaknya ke sekolah, umi terlena. Ntah macam mana, Ahmadi ambil skru dari mainan abangnya yang bersaiz jari kelingking orang dewasa lebih kurang. Dan kemudian dia skrukan lubang hidung umi...ayyyoooo.... Tapi umi sedar tau masa Ahmadi bubuh skru ni...huhuhu...
Malam tadi abah diorang kata saya ngigau. Saya hentak2 kaki marah bila Ahmadi mintak nak minum susu. Waaaaa.....kroniknya... Saya jarang tau ngigau tapi bila suami kata mcm tu terasa mcm saya tengah mimpi watak mak tiri Cinderella lah pulak! Ahmadi, umi tak sengaja tau...jangan amik hati ekk. Sbb nak breastfeeding Ahmadi, mana saja umi pergi mesti umi heret Ahmadi sama.
Buat masa ni Ahmadi dah cuba2 menapak 1-2 langkah. Seronok betul tengok dia. Tapi ada yang lebih menyeronokkan kami. Dia suka ketuk2 jari telunjuk dia atas hidung kami. Huhuhu.....kalau tgh tidur pun hilang ngantuk. Itu abah la...uminya kalau dia buat tak sedar apa pun :p
Dengan saiz sekarang tak apa lah nak buli kami ye Ahmadi. Dah besar sikit dah tak boleh buli abah dah sebab jasa abah banyak tau pada Ahmadi dan yang paling abah usahakan adalah penyusuan susu ibu secara penuh dan penjagaan makanan Ahmadi.
Selain dari bentuk2 lawak comel diatas, semalam semasa Ahmadi sedang menyusu selepas abang dan kakaknya ke sekolah, umi terlena. Ntah macam mana, Ahmadi ambil skru dari mainan abangnya yang bersaiz jari kelingking orang dewasa lebih kurang. Dan kemudian dia skrukan lubang hidung umi...ayyyoooo.... Tapi umi sedar tau masa Ahmadi bubuh skru ni...huhuhu...
Malam tadi abah diorang kata saya ngigau. Saya hentak2 kaki marah bila Ahmadi mintak nak minum susu. Waaaaa.....kroniknya... Saya jarang tau ngigau tapi bila suami kata mcm tu terasa mcm saya tengah mimpi watak mak tiri Cinderella lah pulak! Ahmadi, umi tak sengaja tau...jangan amik hati ekk. Sbb nak breastfeeding Ahmadi, mana saja umi pergi mesti umi heret Ahmadi sama.

Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)
Monday, April 26, 2010
Sejam Pertama Selepas Melahirkan
Bismillah,
Saja nak refresh saat2 pertama melahirkan anak saya nan 5 itu. Kata org, makin kita meningkat usia, makin banyak ilmu yang kita ada.. kerana semakin banyak pengalaman telah kita tempuhi. Ada masa, pengetahuan baru yang saya dapati ni membuatkan saya rasa sesal kerana tidak menjaga sejam pertama anak saya di dunia.


Sekalipun dengan kelahiran Ahmadi baru2 ni, saya telah cuba sedaya upayanya untuk menyusukan dia sepanjang sejam pertama itu, ia tetap terganggu dengan kehadiran AN (Assisstant Nurse) yang tak sabar2 nak usung saya ke katil. Saya masih terlepas sesuatu yang saya hanya tahu selepas Ahmadi 2 bulan di dunia.
Jika mungkin diputar masa semula, sejam pertama saya akan digunakan untuk :
- Azan, iqamah dan tahnik - ia adalah adab menyambut kelahiran bayi dalam Islam. Ia adalah untuk menjaga anak2 supaya jiwanya terus terdidik dengan Islam.
- Menyusukan - ia adalah polisi penyusuan susu ibu, namun disebalik itu ia adalah sebagai pengikat antara ibu antara ibu dan anak
- Memandang mata mereka sepanjang menyusu - dan inilah yang saya sesali kerana saya terlepas pandang tentang hal yang sebesar ini.
Ketika saya sedar hal ni, sesungguhnya saya ingat mata Ahmadi yang mendongak mencari2 sesuatu. Tetapi saya tidak terfikir untuk memberi pandangan saya kepadanya tetapi saya sebok bercakap2 dengan ibu2 lain yang datang melihat Ahmadi.. :(
Ketika itu anak kita sedang menyesuaikan diri dengan dunia barunya. Dia perlukan seseorang untuk membantu dia menyesuaikan diri. Percubaannya yang pertama adalah melalui penglihatan. Andai saja masa itu saya dapat melihat terus ke dalam mata mereka dan memberitahu, 'Umi di sini untuk anak2 umi...'.
Pesanan penaja : Buat mereka yang mengandung, jangan sehingga anda sesal seperti saya...penuhi sejam pertama dengan 3 perkara di atas. Jika mungkin, minta dari nurse jangan bergosip lama sangat time mandikan anak, so kita dapat maksimakan masa bersama bayi untuk perkara yang lebih penting.
Friday, April 02, 2010
My 7-week-old Ahmadi
.jpg)
Bismillah,
Musti ada yang sound, apsal berita terkini hiburan sensasi dari Asmaa', Usamah, Uwaiys, Arwa sudah jarang keluar :P Balik2 Ahmadi. Ini adalah kerana pada peringkat umur Ahmadi selalu menunjukkan perubahan2 yang mendadak. Minggu ini dan minggu depan saja sudah lain. Dari segi perkembangan mahupun paras kehenseman beliau.
Jadi di minggu ini, inilah dia perkembangan pacik Ahmadi :
- Tangan terawang2 dan menggenggam erat - kenmain lagi dia skang bermain dengan tangan sendiri. Dia nampak mcm sebok nak mendakap. Bila nak menyusu lagi la...walaupun dah lena, dia still secukup rasa je tarik baju umi. Sangat kuat plak tu so kalau uminya nak bangun, dia pun terjaga sama sebab terasa tangan dia kene bukak. Yang paling best sekali kalau dia dapat rambut, sempat la berair mata seblom boleh lepaskan semula...huhu
- Sudah mula belajar - kadang2 nampak dia termenung seolah2 sedang memikirkan sesuatu. Menurut kajian, budak di bawah 3 bulan,otaknya berkembang sebanyak 5 cm. Maka sudah sampai saatnya mengajar dia apa yang patut diajar mcm objek2 pada flashcard, menyanyi, bertepuk atau apa2 lah..
- Matanya dah mula keep track - kalau seblom ni agak slow sikit, kali ni nampak lebih lancar matanya bergerak ke kiri ke kanan. Paling best adalah berlawan mata dengan Ahmadi, rasa mcm ada sesuatu mengalir dengan damainya bila berlawanan mata dengan dia.
Baru2 ni saya terdengar lagu Menatap Matamu - mcm best je kalau ada background lagu ni time menatap mata Ahmadi :P OVER!!!
Aril - Menatap Matamu Sungguh indahnya hari berlalu Menunggu kasih tambatan hati Ingin rasanya selalu berbagi Bersamanya kala suatu nanti Andaikan kau jadi milikku Selaluku nyanyikan lagu rindu Andaikan kau dan aku bersatu Dunia ini berseri selalu Ku ingin dirimu dekat dihatiku Berdua kita kan raih bahagia Ku ingin dirimu turut merasa Rasa rindu untuk menatap matamu Menatap matamu Bagaikan bintang nun jauh di sana Terangi malam yang semakin gelap Jika kau sudi menemaniku Takkanku lepas walau sedetik pun Andainya kau jadi milikku Selaluku nyanyikan lagu rindu Andaikan kau dan aku bersatu Dunia ini berseri selalu Ku ingin dirimu dekat dihatiku Berdua kita kan raih bahagia Ku ingin dirimu turut merasa Rasa rindu 'tuk menatap matamu Ku ingin dirimu dekat dihatiku Berdua kita kan raih bahagia Ku ingin dirimu turut merasa Rasa rindu 'tuk menatap matamu Andaikan kau jadi milikku Selaluku nyanyikan lagu rindu Andaikan kau dan aku bersatu Dunia ini berseri selalu Ku ingin dirimu dekat dihatiku Berdua kita kan raih bahagia Ku ingin dirimu turut merasa Rasa rindu 'tuk menatap matamu
Sekian..melaporkan dari Parit Buntaq
Tuesday, March 30, 2010
Persiapan Mental Menyusukan Ahmadi
Saya adalah seorang ibu yang kurus 'kekek' dan gagal menyusukan 3 anak saya sepenuhnya. Tapi selepas lahirnya Arwa dengan perniagaan sendiri yang kami mulakan, saya akhirnya berhasil menyusukan Arwa secara eksklusif (xde perah2 susu...memang direct betul2) selama 8 bulan sebelum berhenti menyusukan dia selepas kandungan baru bercambah dalam rahim ini.
8 bulan adalah satu pencapaian yang sangat pelik bg diri saya. Sepanjang itu, tidak pernah saya rasa bengkak susu (menandakan susu sy sll cukup2 utk Arwa). Hasilnya, ikatan saya dengan Arwa itu sangat mm...susah saya nak elaborate. Walaupun selepas kelahiran Ahmadi, dia lebih rapat dengan abahnya tapi untuk jauh dengan dia saya rasa tak mungkin.
Sekarang, pada masa saya menaip ini, saya seorang jaga anak2. Suami saya ada urusan di Jerteh - P.Putih lagi. Suami saya ada tawarkan tinggal Usamah di sana dan mertua saya juga ada minta Uwaiys tapi saya sayang nak lepaskan kerana mereka bertiga tu sekolah. Walaupun Uwaiys masih 3 tahun tapi saya tengok dia juga adalah seorang yang fast learner dan nak juga kelek buku Iqra'.
Kalau ikutkan, boleh saja suami saya membawa Arwa bersama tapi saya tak rela. Biarlah susah mengangkut Arwa dan Ahmadi kemana saja saya ada urusan, tapi saya gagahkan jua. Malah untuk menghantar mereka ke sekolah, saya bawa Ahmadi bersama dan dia disusukan sepanjang perjalanan. Alhamdulillah kete tu kete auto.
Tak dinafikan, semua ini perlukan persiapan mental. Semasa menunggu kelahiran Ahmadi, selepas je ada orang yang beranak saya akan pergi ke katil diorang dan kalau diorang tak menyusu, saya akan tanya sama ada dalam sejam tu baby sudah menyusukah atau tidak. Huhu...memang mcm mami jarumlah saya di situ.
Sayangnya, ada yang tak kisah dengan 1st hour tu. Ada seorang ibu muda tu, tersangatlah letihnya katanya sehingga dia biarkan anaknya terlena mcm tu aja. Bila nurse datang, saya tumpang bingit telinga sebab dia kene leter. Sebenarnya, menyusu anak di hospital ni bukan nak mematuhi undang2 misi tu tapi ia adalah antara kita dan anak.
Selepas saya melahirkan Ahmadi pun, saya beria2 memanfaatkan sejam pertama. Suami saya pun ingatkan saya menyusu sejam pertama itu. Beberapa malam sebelum melahirkan juga Farah Sarakids pesan benda yang sama. Saya juga masih ingat pesan k.Nieza Mom's Choice supaya cukupkan menyusu 2 tahun. Mak saya pun bg galakkan yang sama.
Barulah saya teringat, sokongan seperti ini tidak saya dapati dulu sehinggakan saya takut2 nak menyusu. Sudahlah takut2, mental asyik dok fikir susu sikit. Tapi sekarang, datanglah sape2 pun yang kata, susu saya tak banyak, saya akan kata.."Ada ni rezeki Ahmadi." Diorang bukan ape dok kata Ahmadi tak cukup susu padahal dia melekap sepanjang masa dengan saya.
Apa yang saya tahu, baby mahu kita memeluk dia supaya dia selesa. Dia bukanlah lapar tak cukup susu semata-mata. Mungkin dia mahu menyesuaikan diri. Tambah plak saya tidak barut / bedung Ahmadi. Jadi ada kemungkinan di situ Ahmadi masih gayat lagi. Mertua saya pun berkali2 suruh saya bg minum air masak. Saya memang cuba ikut ilmu tak campur apa2 pun termasuk air masak.
Kadang2 kesibukan handle anak2 ni, membuatkan ada satu hasutan yang datang dalam kepala saya, 'kalau aku bg susu botol kan senang, takdela kene menepek sblh Ahmadi' tapi saya gagahkan jugak sebab kali ni saya mahu perjalanan menyusu ni sampai ke umur dia 2 tahun. Tidak kisahlah saya akan lenguh bahu kah, atau struktur PD berubah kah...janjinya, saya akan cuba menyusu.
Jadi, sokongan orang di sekeliling adalah sangat penting dan sangat diharapkan. Kerana tanpa sokongan ini, mungkin orang seperti saya akan berhenti separuh jalan. Untuk memudahkan orang disekeliling saya pegang Ahmadi ketika saya ada kerja (cek mata atau potong spek) maka saya perlu perah susu.
Saya baru saja beli botol susu BPAfree dan tak saya sangka di Billion P.Buntar ni hampir setiap jenama ada botol jenis ini. Cuma harganya, utk org kedekut mcm saya ni memang rasa nak tertelan jugak lah lidah sendiri :P. Takpe, saya beli 3 botol dulu, sbb plannya nak ada 5 botol aja. Dengan Arwa pun saya tidak pernah berpisah dulu jadi saya bajet dengan Ahmadi mungkin lebih kurang begini juga.
Perah susu pun guna tangan. Asalnya saya nak beli Spectra3 juga tapi saya target nak direct lebih dari guna botol, maka saya rasa perah dengan tangan lebih sesuai untuk saya. Arwa dulu, selepas 8 bulan baru dia mula minum dengan botol. Saya sangat excited dengan penyusuan susu badan pada Ahmadi sekali ni. Harapnya kalian boleh doakan saya semoga dikuatkan semangat ya dan semoga sampai ke umur Ahmadi 2 tahun kali ni...amin

Kami sayang kamu, Ya Ahmadi!!
Sunday, March 28, 2010
Ahmadi Ada Dua Loceng??
Saya terbaca dari blog Isabelle dalam entry ini. Jadi teringat kepada Uwaiys masa dia mula2 tengok Ahmadi dimandikan. Masa tu tali pusat Ahmadi belum tercabut lagi. Lalu dia pun tanya, "Kena apa loceng baby ada dua? Uwaiys ada satu saja.." Ai Uwaiys...terkilankah ada satu saja loceng?? Wakakaka...

Soklan febret dia sekarang bermula dengan perkataan, "Kena apa.......??" dan dia takkan berputus asa utk keep on asking kalu kami tak jawab. ADEis...
Saya pun taktau dari mana timbul ilham panggil perkara itu sebagai loceng. Sebenarnya saya risau dia akan sebut sana sini jadi kalau dia kata loceng, at least saya faham tapi org lain tak fahamlah kan. Tapi sebelum mereka ke sekolah, terpaksalah saya berterus terang loceng tu apa. Kalau tak nnt bila cikgu bunyikan loceng di sekolah, diorang balik tanya plak, "Umi..kena apa loceng Uwaiys tak bunyi??". Tak ke haru??
Semasa dalam pantang tempohari, kami dah sunatkan Usamah dan Ahmadi. Uwaiys dah sunat dah masa dia 6 bulan dulu. Diorang menangis agak kuat le jugak time cucuk (local anaesthatic) tapi time nak POTONG! diorang diam aje. Kali ni kami pilih Pusat Rawatan Komuniti di Kota Bharu. Doktor yang mengendalikan proses ni adalah Dr Seri Buana.
Dr Seri Buana buat teknik 'clamps'. Erk..korang Google sendirilah ye untuk tahu atau lihat gambarnya..takkan saye nak letak gambar 'loceng' anak saya plak? Hehe...tapi secara ringkasnya alat tu dipasang pada foreskin sebelum ianya di POTONG!. Tak guna sebarang jahitan tau.
Selepas je proses tu, dalam masa 5 hari, plastik yang melinkungi loceng Ahmadi tanggal tapi beza dengan Usamah, plastik tu mencerut di tengah sampai yang muncungnya bengkak. Saya mula runsing mcm mana la agaknya Doktor boleh keluarkan mende tu ek? Selepas seminggu kami pergi untuk follow up dan Usamah punya loceng kenelah picit dari hujung supaya darah mengalir ke pangkal kembali dan plastik tu terpacul keluar.
Saya memang ketar lutut ye tuan2 dan puan2... Saya tak tengok sikit pun proses diorang disunatkan ni. Dengar suara Usamah dari dalam aje cukup mengerikan sampai makcik2 di luar yang menunggu pun tanya, "Anak kenapa tu??". Saya kata nak tanggalkan plastik tersekat..then I leave it to them nak fikir plastik itu tersekat di mana...ahahahaha....
Ada yg kata tak kesiankah budak? Okeh...ni sy nak cerita. Usamah disunatkan malam, esok tu dia kejar angsa dah okeh...dia bising time nak buang air aje. Ahmadi sebab dia masih baby, saya pernah dengar di mana ntah kata reseptor sakit baby masih belum matang jadi dia tak rasa sakit sangat lah kot. Lagipun takde pulak Ahmadi nangis yang kelihatan pelik.
Cuma Uwaiys dulu sebab dia kene jahit maka saya rasa dia sakitlah. Cuma bila selesai hal sunat diorang ni, saya rasa happy. Memang ada tentangan dari orang tua tapi saya terfikir juga, orang Arab selepas bersalin terus sunatkan jadi kenapa kami tak mahu cuba?? Dr Seri Buana sendiri sunatkan anak dia dalam usia sehari.
Selepas sunatkan Ahmadi dan Usamah, Ahmadi nampak lalok sangat...saya pelik tengok mata dia juling ke sana ke mari. Sua minum susu pun tak minum dan saya mintak suami tanya doktor adekah itu kesan bius. Kalau ye...tak apalah, saya bimbang perkara yang tidak2 aje. Usamah tu, masuk je dalam kete terus lena dan saya rasa mungkin kesan ubatlah tu.
Selesai sudah tugas kami untuk hal ini. Semoga seterusnya dimudahkan ALLAH untuk mendidik mereka menjadi insan soleh. Amin...
.jpg)
Tengok skang bersunat tak payah bawak kain pelikat. Time ni lagi nampak Usamah dah ngantuk + lalok tapi masa ni turn Ahmadi pulak.

Saya minta nak intai tengok tapi Usamah tak bagi, dia kata, "Kalau bukak seluar ni nanti nyamuk masuk gigit :P"
**Misi di situ ada tanya, "Akak nekad ke nak sunat anak ni? Bukan ape nanti kalau besar dan berisi, dia kena sunat semula..." Tapi Dr Seri Buana tak cakap apa2 pun dan nak tanya pun segan sebab misi pelatih terlalu ramai di situ :)
Wednesday, March 17, 2010
My 5-Week-Old Ahmadi
Bismillah,
Di malamnya dimana opah dan maksu kanak2 ni tidur disini...saya paksakan mata tgk TV cerita Jangan Tidur Lagi. Bukan sll boleh borak2 kami 3 beranak. Suami saya plak mengambil masa untuk bersama dengan sahabat dia. Kalau mak saya tak tido sini, musti suami saya tak kemana2 sebab dia susah hati saya tak leh control sorang2 anak2 ni.
Susah nak blogging skang ni..kalau ada saya tinggalkan komen di blog kalian, kemungkinan besar ketika itu adalah saya sedang menyusu. Terpaksa buat begitu sebab kalau saya menyusu sambil baring, makanya saya akan lena. Yee...saya memang senang tidur dan tidur banyak adalah tidak sesuai dengan seorang mak yang dah ada anak 5.
Minggu cuti sekolah ni saya ambil peluang untuk beradaptasi dengan situasi bersama2 dengan anak2 ni. Minggu hadapan saya berharap dapat penuhi jadual kami semula. Anak2 akan ke sekolah semula di Pasti P.Buntar ni. Kemungkinan besar pula time tu suami saya tak ada sebab nak bawak angsa dari Jerteh ke sini semula. Nantikan la mcm mana saya bangun pg dan siapkan kanak2 ni kemudian drive utk hantar 3 budak comel itu ke sekolah dengan Ahmadi menyusu. :P Mesti ada yang telah terbayang kengeriannya :P
Okeh..tentang Ahmadi. Alhamdulillah kakak2 dan abang2nya sangat kasihkan dia. Arwa dah bbrp kali terlena sambil peluk Ahmadi. Sbbnya, dia suka baring sebelah Ahmadi time Ahmadi menyusu dengan saya. Maka, kami ber3 akan tidur rapat2. Bila saya terjaga, rasa nak berlinang airmata tengok. Sungguh mereka bagaikan nyawa saya.
Kepala Sudah Menegak
Bila diletakkan dalam keadaan meniarap especially time nk burp kan dia, dia dah boleh tegakkan kepala dia. Saya juga sll dukung dia mcm saya dukung Arwa sebab saya rasa Ahmadi dah keras walaupun tergoyang2...tp utk mereka yang anak pertama itu, sila berhati2 ya sebab ini bukan main2. Bukan juga nak maksudkan yang saya terror nak dukung anak tapi mcm mana nak ckp ye, kene pandai kawal okeh?
Sudah Mula Memberi Senyuman Pertama
Mcm Usamah, Ahmadi juga ada lesung pipit. Harap2 lesung pipit diorang ni kekal sampai ke tua supaya diorang senang nk mengorat (apakah??) sebab umi dia suka melihatnya. Tapi bukanlah setiap kali diagah dia senyum cuma dia dah mula menunjukkan senyuman manis menikam kalbunya itu. Alhamdulillah, satu lagi kecantikan yang ALLAH beri kepada penglihatan saya. Ada sekali tu tgh mlm dia bunyi nakkan susu, saya sampai ilang ngantuk tgk dia sengih tgh2 malam. Cair wa cakap luuuu :)
Tidur Yang Lena
Selepas balik ke P.Buntar ni, Ahmadi dah mula lepas - kalau tak tu asyik melekap dgn umi aje. Bangun pegi toilet aje dah selop. Menyusu sambil makan aritu mmg dah jadi kebiasaan tapi masa tu ada tokku diorang tolong pegangkan. Skang ni alhamdulillah kiranya saya boleh dah la buat kerja. Tengok betapa teraturnya aturan yang ALLAH aturkan. Agaknya aritu dalam pantang maka terbaring aje kerjanya. Skang ni pun saya tatau dah cukup ke 40 :P Saya dah mula buat keje mcm biasa.
Malam2 Ahmadi mcm anak2 yang lain, takde prob diorang ni tido malam. Takde lagi la kejadian kene main Spiderman ke Ultraman ke tengah2 malam temankan diorang..hihi... Sekali lagi betapa ALLAH mengasihi hambaNya dengan cara ni. Mak diorang pun amik peluang lena sampai pagi.
**Entry ni amik masa 3-4 hari nk siap huhu...gambar2 kemudianlah ye...nk selesaikan contest punya result dulu
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
