Showing posts with label Madu. Show all posts
Showing posts with label Madu. Show all posts

Wednesday, November 05, 2014

Uji Keaslian Madu Dengan Telur, Bolehkah??

Bismillah,

Selepas berhari2 bertungkus lumus botolkan madu sampai tak dan nak promote, arini saya nak share sikit lagi info berkenaan madu. Ada setengah orang pilih untuk test madu dengan telur mentah. Kalau jadi setengah masak maka itu telur asli.

So sekarang saya nak cerita. Masa saya sakit penghujung tahun lalu, selalu juga saya campurkan telur ayam kampung dalam madu yang suami kutip dari sarang. Hairannya tak jadi pun telur setengah masaknya. Kalau jadi pun sikit sangat aje. Huhu.. lalu saya konpius..
Then zauji kata memang nak tentukan asli atau tidak adalah dengan hantar lab sahaja. Atau kita sendiri pandai rasa di tekak kita ni. Itu sahaja cara yang ada. Jadi saya tanya macam mana boleh ada madu yang buat telur mentah menjadi setengah masak.

Dan ini jawapannya :

Telur: Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman!

Letihkan kalau ada yang suka menipu. Sudahlah madu ada tercatat dalam Quran dan hadis. Kalau sampai mendatangkan mudharat ia boleh memberi fitnah kepada makanan sunnah ni. :(

Saturday, September 27, 2014

Ujian Telur Mentah Pada Madu Tidak Valid

Bismillah,

Ada kawan2 juga yang tanya boleh ke buat ujian telur untuk pastikan keaslian madu. Ada yang kata letak madu asli, dan letak telur maka ia akan jadi setengah masak. Sebenarnya ujian ini juga tidak valid..

Telur: Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman!

Bayangkanlah.. orang yang nak menipu sanggup buat apa sahaja untuk membuktikan madu mereka asli. Cara nak tutup satu penipuan adalah dengan membuat penipuan yang lain.. mmm.. yang jadi mangsa adalah pengguna..

Dan kalau jadi apa2 pada kesihatan pengguna tu, tak pasal2 ia akan menjadi fitnah kepada madu. Sedangkan yang jahat adalah manusia yang tamakkan keuntungan.

Jadi saya menyeru kepada kalian supaya biasakan diri dengan menggunakan madu asli. Hanya dengan cara membiasakan lidah kita sahaja dapat membezakan madu dengan air gula.

*buat masa ni stok madu tidak banyak.. kami sedang mengusahakan untuk mendapatkan stok madu lebah hutan lagi. Jika kalian mahu, bole sms atau whatsapp 0199515058 atau zauji 0199235058. Kami jarang offer di fb sbb ramai regular customer selalu repeat order dan melalui grup whatsapp :)

Monday, July 25, 2011

Ahmadi : Gara-Gara Bee Man

Bismillah,

Tengok tiub awak di bawah ini dulu....



Gara2 tengok gambar ni lah Ahmadi dia asyok nak pegang lebah aje. Asal nampak lebah ke atau serangga2 yang hinggap atas lantai, dia ingat boleh dibuat kawan. Risau tau umi takut kena sengat sebab umi taulah sakitnya macam mana. Huhuhuhu......

Wednesday, July 13, 2011

Mata Umi Nampak Kelabu

Bismillah,

Ini adalah rentetan rawatan apiterapi abah pada mata umi. Mata umi dititiskan dengan madu dan ia amatlah pedih sampai Uwaiys buat muka kesian, Usamah tiba2 urut kaki dan Asmaa' tak habis2 suruh abah dia jangan buat lagi rasa nak ketawa pun ada. Ahmadi dengan Arwa plak dah kelu seribu bahasa sampai tak terkata apa2. Abah korang bukan dera umi lah anak2 weih...

Ini bukan pertama kali saya titiskan madu dalam mata. Punca terasa nak titis hari itu adalah gatal secara melampau dalam lubang telinga dan hidung. Ntah mai mana idea suruh titis madu dalam mata padahal gatalnya kat tempat lain.

Selalunya kalau gatal sangat2 dalam telinga itu, saya letak minyak Yuyi ke atau Vicks sikit kat area telinga biar rasa panasnya dan gatal tu hilang sendiri. Tapi mertua saya dah warning sbb arwah nenek suami saya jadi kurang pendengaran sbb sll masukkan minyak dalam lubang telinga. Aci tak sbb saya letak kat luar je bukan celup cotton bud dan masukkan dalam lubang telinga... GATAL weihhhhhhh....

Bila anak2 tanya untuk apa dimasukkan madu ke dalam mata saya, kami borak lebih kurang macam ni :

Abah : Lama2 nanti insya ALLAH umi tak payah pakai spek dah
Usamah : Tapi nanti nampak la yang hitam kat mata umi ni (merujuk mata Panda)
Asmaa' : Umi lagi lawa kalau pakai spek (Hmmmmfffhhh....kemvang hidom umi kejap)

Dan macam2 la diorang mesyuaratkan apa akan jadi kalau saya tak pakai spek. Tak lama lepas tu Usamah tanya saya OK ke tak dan mata saya dah jelas ke belum tanpa spek??

Umi : Umi nampak kelabu lagi ni
Usamah : Hah macam mana abah, umi nampak kelabu...
Abah : Ye lah..dia bukan sekali titis terus jelas mata umi. Kena lah bubuh selalu.
Usamah : Umi takpe ke?? Nampak Usamah warna kelabu??

Kuikuikui......bukan kelabu grey tu lah anakanda weih...korang ni kena tambah vocab lagik la. Umi kekaburan bukan grey in colour lah!!



 

Wednesday, July 06, 2011

Apiterapi

Bismillah,

Apiterapi.. korang tau ke apa maknanya?? Ia bermakna rawatan dengan menggunakan produk-produk lebah. Produk-produk itu adalah seperti :
  • propolis
  • bee pollen
  • royal jelly
  • beewax
  • sengatan lebah
Yep...sengatan lebah juga adalah satu jenis rawatan yang kita boleh dapatkan dari madu lebah. Nanti jap nak cerita sedikit demi sedikit ek..

Penggunaan Madu Lebah
  • mengubati infeksi kulit dan luka - masa anak2 ada masalah kulit (especially Usamah yang pipinya naik macam kudis sbb selalu kena gigit dengan saya), ubat yang paling mujarab adalah madu lebah asli. Malah lepas pembedahan, madu boleh disapu untuk mempercepatkan proses penyembuhan. 
  • penyakit mata dan telinga - saya pernah letak madu dalam mata, pedihnya masya ALLAH sampai anak2 ingat saya sakit tenat :P Tapi biasalah ubat. Dengar katanya, kalau mata kita tak ada problem sangat, maka rasa sakit tu takde lah kuat sangat. Barangkali saya ada resdung dan sebab tulah pedih bila guna madu ni dalam mata
  • Untuk lebih banyak rujukan tentang madu lebah, sila berkunjung ke blog suami saya di link ini 
Sengatan lebah :
Sengatan lebah ni sebenarnya dah lama dilakukan oleh bangsa Yunani terutamanya untuk sakit sendi. Tu pasal masa saya jatuh kelmarin suami saya offer nak sengat lebah tapi ntah la nape saya sentiasa tak bersedia. Kalau kena cucuk jarum hospital tu lain, sakitnya hilang bila jarum dah dikeluarkan. Tapi kalau lebah menyengat, dia akan pam masuk bisa dia.

Selepas je lebah menyengat, dia akan tinggalkan bontot bisa dia tu. Bontot bisa dia tu akan terkodek2 sampai habis dia pam bisa. Maka masa dia dok mengepam itulah sakitnya mak ai... tapi memang boleh tahan la. Anak2 saya diorang melalak gak tiap kali kena. Selalu lepas je bontot lebah tu dikeluarkan, berentilah diorang menangis.

Selain dari sakit urat, sakit2 lain macam masuk angin, selsema, salah urat, hingga penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes dan kanser. Cara ini pun dikatakan efektif untuk mengubati penyakit degeneratif seperti stroke.

*Erk, kalian ada beran mau cuba????



 

Sunday, August 22, 2010

Madu & Kayu Manis

Bismillah, 



Saya suka madu tapi yang takde kaki lah ek. Suami saya aritu ada plan nk buat sarang lebah. Mungkin sebab kami sibuk nk pindah hari tu, sarang lebah yg dia buat itu tidak dijaga. Maka koloni lebah yang kami beli itu telah lari (sob..sob…) Dah la mahal. Ingatkan, kalau tak dijual, dapat makan sendiri pun jadilah..

Hepp..perati betul2 pakai kain batik pun dia ada jambang
Ni gambo masa cik abam cek sarang madu lebah dia...
Lipas bermaharajalela!!
Tu gambo manggis nak tunjuk suami ai datang bg sbb ada 4 bijik..dia kan minat dari no 2-4!

Anak2 saya suka
  • cicah dengan roti
  • campur sedikit dlm susu atau yogurt
  • amik sesudu pepagi menggantikan courts mammothScotts Emulsion (teringat Mamalyna tersasul)
  • ayam masak madu tanda uminya pandai masak

Saya terjumpa artikel ini, ia tidak cerita tentang madu saja. Ia cerita tentang gandingan berdua lebih baik madu dan kayu manis. Kalau kayu manis saja, cuba korang letak dalam teh, jgn letak serbuk pulak kang tersedak pulak kang. Letak kayu manis dalam teh panas2 tu, alahai...sedapnya.. kita buat time bukak posa kang nak kande??

OK2, saya tinggalkan kamu orang untuk baca artikel dari mailing list yang saya dapat. Insya Allah ada manfaat (kalu dibaca lah)....

Honey