Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Monday, June 11, 2018

Jadilah Peniaga Yang Baik


Harini aiols nak buat ikan yu gulai, Laling ai suruh duetkan je dengan pajeri nanas terung. Aku tatau la apa nak jadi gulai tu nanti.

So, ai terasa nak tambah daun ketumbar sebagai ulam. Maka kebetulan datang Jerteh nak membeli tengok di Giant xde. Jadi singgah di pasar.

Sampai dipasar, seorang adik manis tegur ai, "Cari apa kak?". Maka ai jawab je, "Daun ketumbar". Then dia bawa ai ke tempat daun ketumbar.

"Dua riyal boleh?" Sambil tangan dia cekak daun yang layu-layu dan ada yang kering pun. Oh mai kertu mula nak bersuara, "Eh takpe saya pilih ya?" Dan bukan xde pun yang elok. Ada je pun...

Serious habaq, dulu ai memang jenis pasrah aje apa tuan kedai pilihkan. Balik kalau ku tak berkenan memang jadi makanan itik saja. Tapi sekarang ai lebih menghargai duit. Dan ai juga mula menjadi pengguna yang berhemah.

So plis la peniaga, jangan ambil kesempatan atas pembeli kalau nak orang repeat beli berulangkali. Kalau kat Pasir Putih sana, ai dah ada spot favourite sebab sorang peniaga tu memang dia akan pilihkan yang fresh untuk ai... Ya, walaupun ai tau sayur tu mai dari Siam 😂😭😭😑..

Friday, December 09, 2011

Uwaiys : Boleh Tak Umi Verangan

Bismillah,
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.

Korang follow tak cerita


Saya jarang tengok cerita ni. Tapi sekali tengok layanla jugak. Siap berangan Uwaiys nanti besar hensem mcm Arthur tu lah. Boleh?? Kuikuiii



Friday, July 29, 2011

Bas Dengan Pintu Belakang

Bismillah,
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.

Usaha saya keluarkan Henpon Tak Canggih suami saya... bukan senang tepon slide slod ni tgh drive. Thats why I miss my Blackberry as well. Oh ye... Saya tak pernah cerita kan kemana menghilang my seken Blackberry??

Ahmadi dia buat lontar peluru dengan telepon itu! So abah kasik umi guna HTC dia (sekenhen juga) dan dia guna telefon lama yang tak sudah2 keluar "Insert SIM Card" :P Patutnya abah guna HTC tapi sbb dia tak langgan line yang ada internet maka aritu bil dia mencanak naik sampai RM 200-300. Akibatnya kitorang tak bayar bil sampailah ke saat entry ini ditulis.

Selalunya, bil abah hanya RM 50 dan umi pun lebih kurang dalam RM 100 lebih sikit sbb umi ada plan internet hape ntah. Tapi skang dah tak berapa syok nak bertenet dari HTC sbb yg bestnya adalah dengan Blackberry jugak. Dan sbb umi guna HTC ni lah, menjadi punca umi tak balas kebanyakan mesej orang... tak suka ah touch screen ni...

Ni ha gambo bas ada pintu belakang....kuikui....itu pun nak kepoh... tapi memang jarang jumpa kan?? Bas skang semua ada satu pintu saja. Zaman kecik dulu pernahlah naik bas ni tapi kejap je... sbb lepas tu dah pandai naik basikal sendiri. Tak berapa ingat memori naik bas tapi memori naik basikal adalah ingat sikit2 tapi tanak cerita harini :P

Dont tangkap gambau and drive! 

Thursday, July 28, 2011

Body Builder

Bismillah,
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.

Kami ni walaupun ada kedai spek, tapi buat masa ni memilih untuk hidup cukup makan saja. Andai kata nak beli mainan tu, kalau tak murah, carik yang sekenhen aje. Tak selesa rasanya kalau beli barang gitu gini tapi hutang masih bertepek2.

Jadi, apa saja yang ada kita manfaatkan sebagai contoh kotak ala2 polisterin ni. Tempohari ada saudara mara saya yang buka kedai dan kami tolong diorang buka segala kotak yang ada. Dari terbuang begitu saja, kami bawak balik sikit polisterin putih ni dan sampai rumah suami saya potong jadi bentuk bola untuk Ahmadi tendang sana sini.

Itu kreativiti abahnya. Datang pula si Asmaa' dia gi kalerkan bola tu dari putih suci murni jadi coloufull polkadot...

Mai yang lain pi belah bola tu kemudian buat macam ni plak... sabo je la...






Yang kat bawah ni adelah budak yang merajuk sbb mula2 umi tanak tangkap gambo dia....kehkehkeh...

Tuesday, July 26, 2011

Hati-Hati Lopak Di Jalan

Bismillah,

Ini peringatan terutamanya kepada penunggang motosikal. Saya dulu pernah merempit juga dan sejauh2 saya bawak motor dulu adalah dari Selayang ke Kajang & Bangi. Tapi syukurlah jalan yang saya lalui dulu bukan jalan kampung. Selalunya jalan di bandar besar begitu elok dan kalau ada lopak tak begini keadaannya.

Bila saya buka Wiki untuk mencari maklumat berkenaan Lebuhraya Timur-Barat ni, barulah dapat tahu bahawasanya jalan itu dibina di sekitar tahun 1967 lagi. Tapi kalau tengok sejarah memang agak susah nak buat lebuhraya tu.

Ada seorang customer saya yang pernah kerja di Kelantan dahulu cerita zaman dulu komunis ramai di jalan ini. Jadi, memang ramailah yang terbunuh dalam proses nak siapkan jalan ni. Tapi zaman sekarang mana dah ada komunis (komunis menyerah sepenuhnya semasa tahun 1989 - saya 9 tahun dah masa tu), sepatutnya jalan ini boleh dibaiki dengan aman.

Ini adalah gambar semasa di puncak Titiwangsa :)
Utk baca lebih sila klik sini 

Uik... itu gambar suami saya....bukan gambar komunis :P

Saya mencadangkan supaya jalan ini dibaiki bukan apa. Cuba lihat dulu gambar2 di bawah ini :


Di tengah jalan...bukan di tepi






Masa kejadian tu, kami terlihat ada dua budak muda dengan dua motor dengan seorang terbaring di tepi jalan dan seorang lagi sedang kegelisahan. Waktu tu baru saja Subuh dan saya yakin, barangkali orang lain pun tak berani nak berhenti apatah pula masih gelap. Boleh jadi saja dua budak tu hanya berlakon.

Tapi mujur juga suami saya terlihat lopak dalam gambar di atas dan dia rasa budak2 itu memang betul2 kemalangan. Kami mempunyai pengalaman bila mana kereta kami terpusing lalu masuk ke dalam longkang dan andai saja tak ada orang berhenti dan tolong, pasti kami duduk dalam longkang tu je lah jawabnya. Jadi kami tahu bagaimana rasanya being neglected dek orang lalu lalang di situ.

Tak banyak yang dapat kami tolong, kata suami dia tak ada patah riuk tapi luka di merata2. Suami saya cuba kosongkan bahagian blkg AD Resort kami in case abang budak tu sampai terlampau lambat. Rupanya mereka dah contact abang mereka yang kerja di Pulau Banding untuk datang tapi agaknya abang dia solat dulu kot baru datang ambil adiknya maka lewatlah sikit tiba.

Mujurlah ia tidak melibatkan nyawa. Jalan sebegitu, sudahlah berlopak, tiada pula lampu jalan memang akan mengundang kejadian seumpama ini. Jadi, kepada mereka yang memandu tak kira apa jenis kenderaan sekalipun berhati2lah dan kepada pihak JKR, silalah beri tumpuan kepada jalan ini memandangkan ia adalah laluan utama untuk orang dari Utara ke kawasan Pantai Timur.

*Ape lah ayat aku ni mcm la JKR nak baca entry ni :(

 

Kenduri Aida Adilah @ Taman Setia Jaya

Bismillah,
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.

Ini adalah aktiviti saya masa cuti sekolah pertengahan tahu aritu. Dah lama kan lepas?? Hehe..

Skang ni macam dah jadik style plak di Pt Buntar, lauk kenduri bukan lauk dan nasi semata2. Siap ada laksa dan pemanis bubur macam bubur yang pelbagai jenis. Part yang paling best adelah ada teh tarik. Bukan teh panas ye, tapi teh tarik.....lain beno bezanya.

Saya tanak melepaskan peluang pergi kenduri Aida ni sebab saya harap dapat jumpa ramailah kawan2 sekolah rendah saya. Aida ni adalah kawan saya masa di sekolah rendah dan saya masih ingat, selain dari rumah Lim Kent Son (eh mana ek budak Lim ni??), rumah Aida adalah yang paling dekat dengan sekolah.

Dulu, kalau ada aktiviti yang nak kena pergi sekolah sebelah petang, kami selalu jadikan rumah Aida sebagai hentian terakhir sebelum sampai ke sekolah. Tapi kadang2 kami jadi lewat sebab Aida kena siapkan kerja rumahnya dulu sebelum dapat keluar.

Inilah yang saya praktikkan pada anak2 sekarang :
Takleh keluar main atau tengok VCD kalau
- tak kemas rumah
- tak ngaji
- tak solat
- tak buat latihan atau kerja rumah
Hehe... kiranya Aida, aku ikut teknik mak hang dulu untuk anak2 aku. Padanlah rumah hang dulu lawa je banding aku yang ada dua beradik masa tu :P


Lawanya pelamin hang... sempat lah tengok geng2 paper Metro hang (aku rasalah) berposing sakan masa hang tgh bersolek

Kah kah... Azee konon2 tanak tangkap gambaq diri sendiri kan?? Ni aku nk bg kat hang sedikit kenangan dgn perut muntil tu...

Ini gambar saya bersama Aida dan Nana. Nana dulu satu batch juga tapi dia kelas lain. Pun begitu, kami kawan baik juga sebab satu kelas agama dari darjah satu sampai darjah 6....

*Sungguh tak semenggah kan baju saya gi ngadap pengantin??



Tengok orang kawin ni...teringat memori daun pisang ai :P

Saturday, July 23, 2011

Pancaragam TUDM

Bismillah,
Lihat dulu entry saya berkenaan Hari Terbuka Gong Kedak di sini :


Saya suka pancaragam dengan formasi yang macam ni. Masa zaman belajar di UKMKL dulu, saya pernahlah singgah tengok jiran kami di PULAPOL buat persembahan di Tasik Titi Wangsa. Siap dengan pertunjukan yang ada motor tu lagik. Tapi masa saya pergi ke Hari Terbuka TUDM Gong Kedak tempohari, saya kategorikan persembahan mereka ni sebagai ringkas sahaja.


Gambar saya tak banyak amik, sbb saya banyak amik videonya sahaja. Kalau nak tengok klik lah di bawah ini :)






Sori, banyak berleter sikit dalam video ni...
nak kawal anak-anak tengok mataharinya
nak kontrol Arwa yang takut nak masuk jetnya
ganggu konsentrasi umi betul :P


Friday, July 22, 2011

Dari Top 20 Ke Top 10 Kini Top 3 ALHAMDULILLAH

Bismillah,

Alhamdulillah... ada juga rezeki anak soleh umi :)) Pengumuman pemenang ada di link ini. Tahniah buat semua yang telah berjaya :))


Tahniah juga kepada puan penganjur yang akan menerima orang baru tidak lama lagi :))

*****************************************************************************
Ini saja je entry ni..sekadar nak bagi backlink kepada tuan penganjur contest. Lagipun tujuan penganjur contest buat contest sebab dia nakkan traffic dia up kan... so kebetulan dengan gambar penyertaan kami masuk top 20 kemudian top 10, kita tulis jugak lah.

Entry penyertaan saya adalah yang ini : Contest Anak Ayah

Gambar yang saya masukkan adalah :

Pengumuman top 20 (berdasarkan gambar)

Pengumuman top 10 (berdasarkan cerita tentang 'anak ayah' itu)

Semua penyertaan pun canggih2. Orang sekarang dah pandai masuk contest :P
Bersiap sedialah abah dan Ahmadi untuk menerima keputusannya....

*Abah diorang ni dah pandai2 dah pilih pemenang...patut kalau ada can pilih, pilih la diri sendiri...adeke pilih org lain?? 

Wednesday, July 20, 2011

Tempur Tanpa Senjata

Bismillah,

Ini adalah review kepada Hari Terbuka Pengkalan Udara Gong Kedak TUDM 2011. Saya akan upload banyak video yang sempat saya ambil dengan kamera murah tapi saya sayang saya itu. Buat sementara ini, sila tengok dulu gambar dan video.

Sila rujuk link ni dulu :

Erk..yang ni blurr ek.. tgk yg bawah lah






Kiranya ahli2 TUDM ini mesti ada kepandaian untuk bertempur tanpa senjata juga. Misal kata peluru habis, misal kata senjata dirampas maka ilmu bertempur inilah yang akan digunakan untuk menjaga negara. Betapa hebatnya jasa mereka dalam hal ini. Malah akan bertambah berkat lagi jika mereka niatkan pekerjaan mereka ini adalah kerana ALLAH.

Kesan melihat video ini adalah pada Ahmadi. Sementara nak tidur lena dia akan buat gerakan2 yang tepuk tangan atas tilam tu sambil tepuk2 badan dia sendiri sampai lena....kahkahkah... Kira ada pekdah jugak la tak payah umi tepuk dah :P.

Tuesday, July 19, 2011

Pertunjukan Payung Terjun

Bismillah,
This is another session of Hari Terbuka TUDM Gong Kedak


Sila rujuk link ni dulu :


Our kids really had fun on that day. But in case of Umi still can't afford a good camera with good quality so I hope that all of us would memorized all the activities in mind.

Here come some of the video...








Sunday, July 17, 2011

Review Hari Terbuka TUDM Gong Kedak

Bismillah,
Hehe... ada banyak versi cerita kat Gong Kedak ni. Nanti saya rajin saya cerita satu persatu ye..
Ini sekadar gambar pembukaan.

Secara overallnya nanti dah habis cerita pasal Hari Terbuka ni baru saya bgtau ek... Asalnya saya nak peram dulu segala cerita tentang Hari Terbuka ni tapi saya tengok di Feedjit saya hampir setiap hari akan ada orang search nak cari berkenaan hal ini. Saya rasa orang nak tau so sebelum ia jadik pekasam, maka saya keluarkanlah juga.



Secara ringkasnya kira OK lah juga Hari Terbuka ni. Yang tak bestnya adalah dia buat program tak ikut tentatif dan pertunjukan jet yang kami harap muncul pada hari pertama sampai siap bawak tikar tak menjadi. Uhukkkk padahal itulah agenda mega kami ke sana ari tu...sobbbsobbb


Saturday, July 16, 2011

Uwaiys : Lawak Muka Kakak Baru

Bismillah,



Hehe....this is another bad effect of lacking vocabulary :P

One evening, Asmaa' & Uwaiys talked to each other while they are eating.

Asmaa' : Kat sekolah kan, ramai kawan2 dengan cikgu2 suka kat kakak.
Uwaiys : Ye ke??
Asmaa' : Iyye...tatau lah kenapa
Uwaiys : Ye lah sebab muka kakak baru sebab tu orang suka??

Ok, can you define the word 'baru' that Uwaiys used to describe her kakak??

Kehkehkeh... I told my husband about this and he came into one definition but 1st, let me know what is yours first... :P

Wednesday, July 13, 2011

Mata Umi Nampak Kelabu

Bismillah,

Ini adalah rentetan rawatan apiterapi abah pada mata umi. Mata umi dititiskan dengan madu dan ia amatlah pedih sampai Uwaiys buat muka kesian, Usamah tiba2 urut kaki dan Asmaa' tak habis2 suruh abah dia jangan buat lagi rasa nak ketawa pun ada. Ahmadi dengan Arwa plak dah kelu seribu bahasa sampai tak terkata apa2. Abah korang bukan dera umi lah anak2 weih...

Ini bukan pertama kali saya titiskan madu dalam mata. Punca terasa nak titis hari itu adalah gatal secara melampau dalam lubang telinga dan hidung. Ntah mai mana idea suruh titis madu dalam mata padahal gatalnya kat tempat lain.

Selalunya kalau gatal sangat2 dalam telinga itu, saya letak minyak Yuyi ke atau Vicks sikit kat area telinga biar rasa panasnya dan gatal tu hilang sendiri. Tapi mertua saya dah warning sbb arwah nenek suami saya jadi kurang pendengaran sbb sll masukkan minyak dalam lubang telinga. Aci tak sbb saya letak kat luar je bukan celup cotton bud dan masukkan dalam lubang telinga... GATAL weihhhhhhh....

Bila anak2 tanya untuk apa dimasukkan madu ke dalam mata saya, kami borak lebih kurang macam ni :

Abah : Lama2 nanti insya ALLAH umi tak payah pakai spek dah
Usamah : Tapi nanti nampak la yang hitam kat mata umi ni (merujuk mata Panda)
Asmaa' : Umi lagi lawa kalau pakai spek (Hmmmmfffhhh....kemvang hidom umi kejap)

Dan macam2 la diorang mesyuaratkan apa akan jadi kalau saya tak pakai spek. Tak lama lepas tu Usamah tanya saya OK ke tak dan mata saya dah jelas ke belum tanpa spek??

Umi : Umi nampak kelabu lagi ni
Usamah : Hah macam mana abah, umi nampak kelabu...
Abah : Ye lah..dia bukan sekali titis terus jelas mata umi. Kena lah bubuh selalu.
Usamah : Umi takpe ke?? Nampak Usamah warna kelabu??

Kuikuikui......bukan kelabu grey tu lah anakanda weih...korang ni kena tambah vocab lagik la. Umi kekaburan bukan grey in colour lah!!



 

Sunday, July 10, 2011

Usamah : Kerusi Boleh Dimakan

Bismillah,

Ini adalah salah satu aktiviti bersama. Kadang2 buku tak ada jawapan sekalipun buku budak tadika akan buat umi pening nak jawab soalan.... Inilah yang terjadi kepada Usamah setelah diberi soalan di bawah :


Umi tolong translate, suaikan mana yang boleh dimakan kepada mouth.

Usamah : Kerusi boleh dimakan kan umi??
Umi : Kenapa pulak??
Usamah : Kat sekolah Usamah, anai2 makan kerusi....

Mujur saja gambar kat situ mulut orang, kalau mulut anai2, apa nak jawab??