Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Body Builder

Bismillah,
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.

Kami ni walaupun ada kedai spek, tapi buat masa ni memilih untuk hidup cukup makan saja. Andai kata nak beli mainan tu, kalau tak murah, carik yang sekenhen aje. Tak selesa rasanya kalau beli barang gitu gini tapi hutang masih bertepek2.

Jadi, apa saja yang ada kita manfaatkan sebagai contoh kotak ala2 polisterin ni. Tempohari ada saudara mara saya yang buka kedai dan kami tolong diorang buka segala kotak yang ada. Dari terbuang begitu saja, kami bawak balik sikit polisterin putih ni dan sampai rumah suami saya potong jadi bentuk bola untuk Ahmadi tendang sana sini.

Itu kreativiti abahnya. Datang pula si Asmaa' dia gi kalerkan bola tu dari putih suci murni jadi coloufull polkadot...

Mai yang lain pi belah bola tu kemudian buat macam ni plak... sabo je la...






Yang kat bawah ni adelah budak yang merajuk sbb mula2 umi tanak tangkap gambo dia....kehkehkeh...

Wednesday, July 20, 2011

Tempur Tanpa Senjata

Bismillah,

Ini adalah review kepada Hari Terbuka Pengkalan Udara Gong Kedak TUDM 2011. Saya akan upload banyak video yang sempat saya ambil dengan kamera murah tapi saya sayang saya itu. Buat sementara ini, sila tengok dulu gambar dan video.

Sila rujuk link ni dulu :

Erk..yang ni blurr ek.. tgk yg bawah lah






Kiranya ahli2 TUDM ini mesti ada kepandaian untuk bertempur tanpa senjata juga. Misal kata peluru habis, misal kata senjata dirampas maka ilmu bertempur inilah yang akan digunakan untuk menjaga negara. Betapa hebatnya jasa mereka dalam hal ini. Malah akan bertambah berkat lagi jika mereka niatkan pekerjaan mereka ini adalah kerana ALLAH.

Kesan melihat video ini adalah pada Ahmadi. Sementara nak tidur lena dia akan buat gerakan2 yang tepuk tangan atas tilam tu sambil tepuk2 badan dia sendiri sampai lena....kahkahkah... Kira ada pekdah jugak la tak payah umi tepuk dah :P.

Thursday, July 14, 2011

Kelantan Cheng Ho International Food Festival 2011

Bismillah,

Let the picture talk lah this time.... 
Tapi ingin ku sekali lagi membuat permohonan kepada incikanda supaya membawa kami ke tempat yang banyak makanan ala2 China gitu sementelah mood Guangzhou bini mu telah merasuk jiwa dan raga :D 









Sunday, July 10, 2011

Usamah : Kerusi Boleh Dimakan

Bismillah,

Ini adalah salah satu aktiviti bersama. Kadang2 buku tak ada jawapan sekalipun buku budak tadika akan buat umi pening nak jawab soalan.... Inilah yang terjadi kepada Usamah setelah diberi soalan di bawah :


Umi tolong translate, suaikan mana yang boleh dimakan kepada mouth.

Usamah : Kerusi boleh dimakan kan umi??
Umi : Kenapa pulak??
Usamah : Kat sekolah Usamah, anai2 makan kerusi....

Mujur saja gambar kat situ mulut orang, kalau mulut anai2, apa nak jawab??

Thursday, July 07, 2011

Pameran Tamadun Islam

Bismillah,




Bermula hari ini  (7 Julai) sehingga 26 Julai insya ALLAH akan berlangsung Pameran Tamadun Islam.
Justeru itu, saya pohon kerjasama encik Suami agar membawa isteri dan anak-anak anda menghayati tamadun Islam di sana... tenkiu and opkos ailebyu

Sunday, July 03, 2011

Asmaa' : Sukaneka

Bismillah,
Update 3 Julai 2011

Masa hari sukan aritu, saya datang jenguk sekejap2 sahaja. Nampaknya saya seorang sahaja ibu yang hadir. Nampak macam ibu yang sangat tak percaya pada cikgu saja keadaannya. Masa Asmaa' sukan ni, adik2 dia pun tak pasal2 excited sekali. Saya sempat bawa Arwa saja ke padang. Sampai melalak2 la anak dara ai sebab tanak balik. 

Ingatkan Asmaa' akan stay sampai petang tapi tak pun... tengahari tu bila saya berniat menjenguk dengan sebeban roti jala, saya nampak kawan Asmaa' - Malihah - balik dengan parents dia. Takkanlah ai takkan nak tinggal anak ai tanpa kawan dia pulak kan. Kawan dia yang bernama Izzah pulak langsung tak datang sebab mak dia tak kasi. 

Asmaa' masuk satu acara. Rasanya campak pundi kacang dalam bakul. Dapatlah sagu hati tong sampah. Saya tanya dapat nombor berapa dia kata tak tau...bertuah tak?? :P







Nilah kawan baik Asmaa' yang namanya Malihah.. 
Sayang Malihah nak pindah dah ke KL semula bulan 10 nnt...
Umi plak rasa sedih sbb dalam ramai2 kawan Asmaa', yang ni nampaklah berjenis sikit...hukhuk....


*********************************************************

Hari ini Asmaa' akan sibuk dengan program ini di sekolah. Ada jemputan untuk ibu bapa turut serta esok. Rasanya saya boleh jadi tukang tengok kot kecuali ada acara mengkelek anak sambil berlari. Memandangkan abah mereka pun masih belum sembuh tangannya.

Oh..mcm mana ya rasa anak di sekolah sehingga 4 petang?
- Berapa duit belanja patut saya bagi?
- Adakah saya patut jenguk dia di tengahari?
- Adakah saya patut duduk tunggu dia dari pagi sebenarnya?

Sungguh tak ingat macam mana penglibatan mak abah saya masa saya kecik2 dulu....yang saya ingat sangat mak abah akan selalu ada di hari saya ambil hadiah tapi hari sukan saya tak sure....


Saturday, July 02, 2011

Origami (Kah?) Arnab Comel

Bismillah,

Mcm selalu, terjumpa idea dalam buku dan diterjemahkan oleh anak2. Actually Asmaa' boleh handle buat ni sendiri bersama dengan adik2 nya tapi disebabkan dia tidak sihat pada masa itu maka umilah yang terpaksa gunting kesemuanya sekali dan bila diberi satu kepada Asmaa' dia tak excited seperti selalunya.







Tahan lah kot barang 2jam... lenkali kalau nak buat benda gini elok guna kad manila. Kad manila sebenarnya banyak tapi mood masa tu yang tak berapa nak banyak jadi buatlah aktiviti ala kadar sahaja :))


Monday, June 27, 2011

Endurance di DeBali Resort & Spa

Bismillah,

Di bawah ni adalah semasa suami saya menyertai endurance anjuran D'Bali Stable. Sepanjang menyertai endurance ni, kami diberi diskaun berganda untuk menginap di DeBali Resort & Spa. Dapatlah sementara bercuti dari house chores kan.



Lucky number my husband..kena tampal kat baju masa naik kuda. Dia bukan naik kuda kami pun, dia naik kuda Encik Yusuf, owner of this resort... Semua orang pun hairan dia dapat naik kuda Encik Yusuf. Tapi kuda ni agaknya dah tua kot sbb pancit tak sampai ke garis penamat. 

Anak2 pun boleh enjoy mandi kolam macam kolam itu apak mereka yang punya







Maapkan saya kerana terlebih excited


Jalan2 dengan baju basah!!


Kaya gila la En Yusuf ni... kalau tempat ni siap, memang cantiklah sbb ia mengadap sungai kat bawah... 

Bawa anak2 tengok bot...sungai ni menuju ke pantai so I guess it should be air tawar lah kot... 

Masa abah diorang pergi endurance, kami plak pergi melahap di rumah ibu mertuaku. Gara2 letih mandi kolam, Uwaiys tidur sampai mcm ni sekali. Jenuh berenti tengah jalan nak betulkan dia sbb Usamah takleh angkat dia. 

Here comes another session...




Kami jadik penunggu tepi kolam je lah... ikut turun mandi kang terkejut plak kanak2 lain :P


Abah heret anak kat tempat air dalam... 
always in his selipar...tak stylo tau laki ai...



Ada pelampung tapi dok menapak atas lantai jugak... chehs... 

Mlm nya ada BBQ tp selain asap BBQ tu, ada asap rokok juga. Maklumlah malam tu ada lawan bola kat TV juga...so ramai la apak2 yang buat havoc di tempat BBQ tu... makanya kami makan di rumah la tapi jenuh nunggu la wei sbb suami ku tunggu masa rehat baru datang hantar makanan :P.

Sekali sekala dapat rehat mcm ni rasa seronok sangat. Actually sampai hari ni anak2 sll request nak pergi stay hotel. Kalau bukan fee malam tu RM 50 yang affordable utk kami sekeluarga, maka kami pergilah juga. Semoga ada lagi aktiviti ni di lain kali.