Showing posts with label Asmaa'. Show all posts
Showing posts with label Asmaa'. Show all posts

Sunday, July 03, 2011

Asmaa' : Sukaneka

Bismillah,
Update 3 Julai 2011

Masa hari sukan aritu, saya datang jenguk sekejap2 sahaja. Nampaknya saya seorang sahaja ibu yang hadir. Nampak macam ibu yang sangat tak percaya pada cikgu saja keadaannya. Masa Asmaa' sukan ni, adik2 dia pun tak pasal2 excited sekali. Saya sempat bawa Arwa saja ke padang. Sampai melalak2 la anak dara ai sebab tanak balik. 

Ingatkan Asmaa' akan stay sampai petang tapi tak pun... tengahari tu bila saya berniat menjenguk dengan sebeban roti jala, saya nampak kawan Asmaa' - Malihah - balik dengan parents dia. Takkanlah ai takkan nak tinggal anak ai tanpa kawan dia pulak kan. Kawan dia yang bernama Izzah pulak langsung tak datang sebab mak dia tak kasi. 

Asmaa' masuk satu acara. Rasanya campak pundi kacang dalam bakul. Dapatlah sagu hati tong sampah. Saya tanya dapat nombor berapa dia kata tak tau...bertuah tak?? :P







Nilah kawan baik Asmaa' yang namanya Malihah.. 
Sayang Malihah nak pindah dah ke KL semula bulan 10 nnt...
Umi plak rasa sedih sbb dalam ramai2 kawan Asmaa', yang ni nampaklah berjenis sikit...hukhuk....


*********************************************************

Hari ini Asmaa' akan sibuk dengan program ini di sekolah. Ada jemputan untuk ibu bapa turut serta esok. Rasanya saya boleh jadi tukang tengok kot kecuali ada acara mengkelek anak sambil berlari. Memandangkan abah mereka pun masih belum sembuh tangannya.

Oh..mcm mana ya rasa anak di sekolah sehingga 4 petang?
- Berapa duit belanja patut saya bagi?
- Adakah saya patut jenguk dia di tengahari?
- Adakah saya patut duduk tunggu dia dari pagi sebenarnya?

Sungguh tak ingat macam mana penglibatan mak abah saya masa saya kecik2 dulu....yang saya ingat sangat mak abah akan selalu ada di hari saya ambil hadiah tapi hari sukan saya tak sure....


Tuesday, June 28, 2011

Asmaa' : Clown Hat

Bismillah,

Saja petang ni nak tayang artwork Asmaa' without my guidance. Dia yang cari kertas sendiri, dia buat patern sendiri dan dia yang buat sendiri.


Cumanya.... topi clown ni hanya kepala lutut je yang boleh pakai sebab kecik....keh keh keh... 

Nantilah kakak until we bought manila card for you...so that you can make this hat much bigger for you and for all your adiks.


Wednesday, June 22, 2011

Perlukah Bantu Anak Dalam Hal Pelajaran Mereka??

Bismillah,

Sepanjang minggu lepas, suara saya asyik berkumandang di atmosfera Pasir Putih ni. Anak nak exam, umi yang meroyan. Sampai satu tahap Asmaa' kata, "Umi, kakak rasa nak muntah dah tengok kertas ni."

Kalau ikut tu sebenarnya sebelum musim exam ni lagi saya tekankan suruh buat latihan tapi tak ada paksaan. Tapi minggu ni saya saja nak perati perkembangannya macam mana sebab tu saya suruh buat latihan. Asmaa' OK sebenarnya tapi dia suka ralit... dan saya rasa saya patut bantu dia untuk fokus.

Saya memang patut risau dengan ralit nya cek mek molek saya itu. Bayangkan hari pertama exam, abahnya menunggu di luar kelas dan di saat loceng berbunyi dia masih tak dapat siapkan kertas Pendidikan Seninya. Lebih best lagi adalah kertas tu koyak! Saya sebenarnya tak kisah pun berapa markah Asmaa' dapat tapi saya tak mau dia yang tak kisah tentang markah dia.

Saya terbaca di wall Ustaz Hasrizal Saiful Islam :






OK, jadi apa pendapat kalian? Saya suka komen yang terakhir sekali dan ia bagai menggambarkan kehidupan saya iaitu menjerit2 suruh anak belajar sendiri. Saya nak anak saya dapat kepuasan dengan usahanya sendiri tapi dalam masa yang sama saya tak nak saya menyesal kelak kerana buat derk je dengan anak-anak.

Dalam membantu mereka dalam pelajaran, saya telah memilih untuk biar dia belajar sendiri di sekolah dan balik rumah, minta dia ulangkaji dan buat latihan. Selebihnya, andai dia terkial2 tidak tahu saya akan bantu seandainya saya boleh. Risau bukan sebab apa, anak sedara saya semua markahnya 95 ke atas dan duduk dalam darjah 1 juga pun dapat nombor belas2 di sekolahnya, saingan makin banyak. Tapi saya dah set dalam kepala nombor tak penting, tapi dapat straight A tu penting...kehkehkeh

OKlah kalian, layanlah my kids punya funny face... petang ni kalau encik abah baik hati, dia bawaklah kami ke tempat orang berkayak. Tak dapat naik pun takpe asal dapat duduk di satu tempat yang lain yang luas sikit pemandangannya dari terperuk dalam rumah sepanjang minggu ini.





Thursday, November 25, 2010

Apakah Puncanya Asma?

Bismillah,


Huhu...ini adalah last treatment yang dilalui Uwaiys.. bulan Oktober nun lagi kira dah lama. Semasa kali terakhir sakit ni, Uwaiys tidak muntah langsung dan tidak batuk juga! Dia hanya susah bernafas mungkin akibat berendam terlalu lama. Jadi, sebab risau sangat takut dia sakit lagi maka kami pun tak kasi mereka berendam lagi.

Saya pelik juga apa puncanya hanya Uwaiys seorang yang kene. Kami berdua alhamdulillah tak ada penyakit ni dan seluruh keluarga besar kami juga. Cuma yang saya ingat, semasa dia lepas dilahirkan, kan misi ada sedut2 cecair dalam hidung, telinga tu semua (Saya rasa la...) dan saya rasa mereka tak sedut habis sbb Uwaiys dari hari mula2 lagi ada bunyi di dada dia tak macam kakak adik dia yang lain. Pity him...

Ini saya copy dari Wikipedia tentang pencetus asma :


Pencetus biasa serangan asma termasuk:
  • alahan dihidu seperti kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan
  • udara sejuk
  • senaman
  • jangkitan sistem pernafasan
  • tekanan emosi
  • aspirin dan ubat seumpamanya
Asma juga merupakan satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan.

Jadi kerja kami sekarang adalah mengelakkan kesemua punca2 di atas sedaya mampu. Semoga itu adalah kali terakhir Uwaiys diserang sesak nafas.

**Ada yang mencadangkan kami hantar dia belajar berenang sebab dengan cara tu maka sistem pernafasan dia jadi lebih baik. Aduhai...di mana ye di area P.Putih ni boleh kami hantar dia belajar berenang?



Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Monday, November 15, 2010

Asmaa' Takut Racun

Bismillah,

Semalam, akibat dari tak tahan gangguan nyamuk, kami pun decide beli 'penyembur nyamuk'. Selama ni, kami hanya mengamalkan teknik2 manual saja untuk halang nyamuk seperti tutup tingkap awal dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk. 

Sebelum dari membeli racun serangga ni kami buat juga teknik Perangkap Nyamuk Buatan Sendiri tapi bukan nyamuk yang kami perangkap tapi kak cicak pulak yang masuk. Erk..meremang lah leher hamba melihatkannya. Alkisah nak buat teknik tu adalah mengurangkan penggunaan racun dalam rumah ni. 

Semasa menyemburkan racun semalam, saya suruh anak2 semua pakat duduk luar. Sempatlah saya berjimba dengan jiran sebelah rumah. Dua bulan ada kot sekali saya tumpang sembang dengan anak beranak tu. Itupun sebab tak nampak suaminya ada bersama. Kalau suaminya ada bersama, saya tak pergilah atas dua sebab. Satu sebab dia itu lelaki maka saya segan dan satu lagi, org itu merokok, kami tanak Ahmadi atau sapa2 anak kami menerima akibat sekunder dari asap rokok. 

Sambil tunggu anak-anak main, saya suruh Usamah, Uwaiys & Arwa mandi kat luar. Diorang ajak anak jiran mandi sama nak kasi meriah. Sebelum ni ada kolam tapi nampak Uwaiys tak tahan dengan kolam tu. Dia nampak macam tak sihat penangan berendam terlampau lama. So, korang main air semburan saja. Asmaa' saya tak kasi mandi sebab saya nak ajar dia jadik muslimah sejati :P 

Masa tengok diorang mandi, Asmaa' tanyalah pasal racun sebab saya tak bagi mereka masuk dalam rumah. 

Asmaa' : Racun tu bahaya ke umi?
Umi : Bahaya...kalau banyak racun dalam badan kita boleh mati..
Asmaa' : Racun masuk dalam badan macam mana?
Umi : Macam2. Kalau kakak makan makanan yang tak berkhasiat mungkin akan ada racun. Kalau kakak bau asap rokok orang, itu ada racun. Kalau kakak minum air yang ada pewarna, itu ada racun. Banyaklah kakak racun ni....
Asmaa' : Kalau kita kena racun sikit saja mati tak umi?
Umi : Racun ni kalau sikit2 dia tak terus mati kakak. Mula2 kalau racun masuk dalam badan kita jadi sakit dulu. Sakit perut lah...demam lah....belajar susah nak pandai...macam-macam

Kemudian Asmaa' diam sambil berfikirlah kot. Saya rasa dia mesti fokus tentang 'taknak mati'. Selepas je agak2 bau racun serangga tu hilang saya ajak mereka masuk. Rupanya masih ada bau. Asmaa' pun apa lagi tutup hidung lah. Takut sangat dia kalau terhidu racun. Sampai dia merayu2 saya jangan masuk dalam rumah takut terkena racun sama. 

Mmm....tu lah zaman sekarang, kiri kanan depan belakang penuh dengan pencemaran. So, mana mau lari beb?? 

Sunday, November 14, 2010

Asmaa' Dah Berenti Diet

Bismillah,

Sebelum ni, ntah siapa yang ajar dia, taknak makan kerap. Kalau nak makan pun sikit2 saja. Dia kata kalau makan banyak nanti jadi gemuk. Dah banyak kali dah abah dia kata dia tak akan gemuk macam saya tapi dia tetap diet. Mungkin adalah tu pengaruh dari mana2 sampaikan dia takut betul badan dia gemuk.

Satu hari tu dia sakit perut. Sakit sampai pucat mulut2 tu. Memang saya kesian betullah tengok. Sampai rasa susahlah hati tengok. Kalau diorang ni demam ke apa, kalau time kecik dia tak mengadu sakit tapi yang ni dah pandai bagitau maka makin risaulah saya.

Cuma seingat2 saya siangnya tu, dia taknak makan dan buat2 tidur sedangkan adik-adik yang lain makan. Selepas tu orang lain main dengan riang gembira kat luar dia pulak baru bangun tidur ngadu sakit perut. Sedangkan Asmaa' ni bukanlah jenis tidur siang tapi nak mengelak dari makan tu dia sanggup tidur.

Kemudian, malamnya selain dari paksa dia makan, kami terangkan kepada dia kenapa dia sakit.

"Kalau kita tak makan, perut kita akan masuk angin. Angin tu akan buat perut kita sakit. Kemudian kalau kita makan, makanan akan masuk dalam perut kita dan tolak angin tu keluar." Siap dengan gaya sekali. Kemudian saya serahkan kepada dia macam mana nak buat selepas ni.

Selepas2 dari tu, asal lapar je dia makan. Memang nampak seriknya dia tu dengan sekali sakit perut. Kadang2 petang pun dia korek periuk nasi jugak. Sampai saya pulak risau manalah tau kot2 gemuk sungguh kang. Hahahaha... Tapi semenjak tu dia pulak ajar makanan tolak angin pada adik2 dia. Asalkan mereka tak sakit sudah.

Korang manalah tau kot2 dapat anak diet macam Asmaa' bolehlah cuba ajar diorang. Kalau dapat ada belon ke tunjuk dengan belon aje :))




Sunday, August 15, 2010

Cik Su, Ini Entry Khas Utk Cik Su

Bismillah,


Ciksu, jubah ni 3 tahun lepas cik Su bagi..
sehari dua lepas ni baru dia boleh pakai...
dengan 'keberjayaan' dia pakai jubah ni, bermakna Asmaa' dah makin tinggi...
banyak baju2 Asmaa' telah ditransferkan ke kawasan baju Arwa...
Tapi baju Asmaa' yang ditempah dari K.Nikmoh katanya udah hampir siap...
sengih panjang la anak dara aku sikit ari lagi...

**Kesian Asmaa' : 6 tahun tapi dah buat kerja2 yang umi buat hanya selepas umi berumur 17 tahun!! :(
Mesti mak susah dulu.... :(( 

Waaa.....nak balik Parit Buntaqqqqqqqqq

Saturday, March 27, 2010

Makan Roti Di Kedai

Bismillah,

Ini juga adlh adegan seblom bersalin. Di satu ptg di mana abah diorang tido bersama Arwa & Uwaiys, saya bawa Asmaa' & Usamah blk dr sekolah ke gerai makan dekat dgn rumah. Sebenarnya bukan takleh makan kat umah, padahal kat umah ade je nasi. Tapi saya bwak sebab anak2 saya jarang makan di restoran. Jadi, ini sebagai mengisi masa saja...padahal makan roti aje.



Akhirnya dua budak ini minta beli sekali lagi roti tu, dan saya bagi duit dan perati macam mana diorang pergi beli. Eksaited okeh dua budak ni pegang duit dan bawa ke makcik tu mintak beli roti. Asmaa' siap cakap, "Makcik, boleh kakak nak satu tisu??". Bab mintak tisu tu saya biarlah...sampai tiba2 Asmaa' pergi kat makcik tu sekali lagi dan kata, "Makcik ade tandas? Kakak rase nak pee pee..." dan saya terpaksa tarik diorang balik. Huh! Terlebih peramah pulok...

Sunday, January 03, 2010

Asmaa' Diserang Pepijat Atau Apakah?


Bismillah,


Sebenarnya saya tidak tahu apakah nama binatang itu. Rasanya orang Kelantan panggil 'piras'. Nak kata pijat, bila saya google, kebanyakan gambar yang keluar adalah seperti yang diatas sedangkan yang menggigit Asmaa' bbrp hari lepas berwarna putih tubuhnya. Tapi ia memang lebih kurang begini wajahnya.

Petang itu, sesudah solat Zohor, saya perati Asmaa' berhati2 buka telekungnya. Saya tanya kenapa dan dia jawab dia sakit di belakang dekat2 dengan telinga. Tapi bila saya minta nak tengok, dia beria2 menghalang. Saya pujuk dari suara ala2 nasyid irama padang pasir sampai bunyi rock heavy metal. Sampai saya terboyot2 kejar dia dalam bilik tu sbb saya rasa ada benda yang tak kena.

Last2 saya kata, "Kakak, kalau ada binatang kat situ, kakak tak bagi umi buang nanti dia makan kepala kakak." Huhu....saya dah mati kutu dan abah dia tak ada masa tu. Kalau bisul, saya rasa tak seteruk tu dia sakit. Barulah dia datang dan tunjuk. Nak selak rambut dia pun punyalah panjangnya dia meraung..huh!! Mcm umi kah itu??

Sekali selak sana selak sini saya nampak benda tu. Saya pernah tarik benda ni 2 kali dari suami saya. Suami saya pun tak tertanggung sakitnya apatah pula Asmaa' kan? Saya bangun dan ambil minyak angin. Tujuannya nak bg serangga tu mati atau sekurang2nya pitam. Tapi bila dah bangun tu, nak dapatkan Asmaa' semula punyalah susah. Dia buat adegan bollywood sekali lagi.

Saya ugut lagi sampai dia terpaksa serah diri. Saya titiskan ubat cap helang yang wangi tu. Lepas tu terpaksa tepon abah dia sbb saya tau kali ketiga nak suruh dia duduk mesti akan jadi susah. Masa tepon abahnya pun, Asmaa' menjerit dengan skala Richter yang paling tinggi. Hhuhuhu..saya kesian sangat sebenarnya tapi kalau melalak tanpa rawatan, lagilah teruk nnt. Dia tak bg abahnya balik sbb takut abah tenyeh tempat sakitnya itu.

Bila abah dia sampai 5-6 minit tu kami tangkap Asmaa' dan saya pegang tangan dia, abah dia lak pegang kaki. Usamah plak sibuk2 nak selak rambut padahal Asmaa' nak selak rambut pun sakit. Saya pun cakap kat Asmaa', "Jangan jerit2 mcm tu Asmaa', cuba sebut ALLAH...ALLAH..." dan dia pun meraung dengan bunyi, "ALLAH....ALLAH....ALLAH........" Haaa...sebijik mcm orang nak beranak bunyiknya...ahahahaha...

Ini adalah kali ke berapa mungkin jika mereka sakit, sama ada saya suruh selawat atau sebut sahaja nama ALLAH. Saya suruh mereka berdoa, semoga ALLAH kurangkan kesakitan yang mereka tanggung dan mereka suka tanya spesifik nak baca mcm mana. Lalu saya kata, kakak cakaplah mcm mana pun, ALLAH akan faham doa kakak. Tapi kalau mereka mintak juga nak baca doa mcm mana, saya ajar, "Ya ALLAH, kasihanilah aku/adik ku, kurangkanlah kesakitan yang aku/dia tanggung ya ALLAH"....

Kalau adik2nya yang sakit, mereka akan tolong sapu2kan...Huhu..sedihnya sbb tak pernah buat gini kat adik2 saya dulu. Jadi bila tengok anak2 saya, saya rasa banyak benda yang menunjukkan kasih sayang antara adik beradik yang saya tak buat dulu. Skang ni kalau nak tunjuk kasih sayang adalah berguling2 sambil berkarate sesama sendiri aje...ahahahaha...pun berkasih sayang juga kan. Pada adik yang srang lagi, cara nak berkasih sayang adalah dengan bank in duit ke banknya....hihihihi....

Okeh lah...nak dekat nak beranak ni, dok lama2 sikit mulalah saket pinggang. Staff saya tanya memang kah semua orang mengandung begitu? Mmmm.....memang kah begitu atau saya je dek selalu blogging??

Saturday, October 17, 2009

Batu Belah Batu Bertangkup versi Sitisifir


Bismillah,

Wah..wah terasa rinduuu sangat nak menaip semula. Seblom ni bukan takde masa since last entry yang saya tulis tapi emosi saya melarangnya. Kalau orang lain ada Monday Blues, my blues is almost every day. Muahahaa...Tapi alhamdulillah, dengan usia tua yang ALLAH beri saya nikmati ini, saya kira saya semakin matang dalam meneliti masalah dan menyelesaikannya.

Hari ni saja nak cerita pasal Asmaa' dulu. Kisahnya tadi Maksu Dilah bawakan apom balik yang dia beli dari tepi Billion. Actually saya kirim tapi memang lepas ni takleh lah nak kirim barang dekat Dilah dan Syiqah lagi. Boleh terbarai perut ku kejar diorang nak kasi duit!!! Tapi kebetulan dia sampai dengan apom balik yang sedap itu, saya sedang nak solat. So, kita dulukan aje yang wajib.

Dilah pun pesan pada Asmaa' (agaknya...) "Tinggal satu kat umi tau...umi tak makan lagi." Saya tau ilah pesan pun sebab Asmaa' melalak2 menangis halang Usamah dari makan apom balik yang last sekali tu. Huhuhu...agak2 korang saya terkilan tak??

Zaman skang ni alhamdulillah senang aje kita buleh dapat bekalan makanan. So, saya tak kisah pun kalau anak2 makan semua...kang kalau saya teringin, esok2 boleh nyinggah ke situ. Tapi peristiwa tadi tu buat saya betul2 rasa Asmaa' akan jadi kawan baik saya menggantikan sahabat2 saya yang dah beranak pinak itu. Cuma nntlah tunggu dia besar sikit lagi kalau nak share lebih lagi...

Ada banyak lagi peristiwa yang ala2 kes ini. Nanti insya ALLAH kita sembang di lain edisi ya. Esok lepas saya qadha tengok Nur Kasih yang semalam tak dapat tengok tu, saya akan mula berblog semula....weeeweee......

Wednesday, April 16, 2008

Bila Asmaa' Mula Bercerita


Bismillah,
Semalam, saya agak kelam kabut dgn suami yang masih belum di sini. Saya tumpang sementara di rumah mak dgn abah di Parit Buntar. Kebetulan mak pulak kursus so Maghrib Isya adalah masa yang genting sbb abah pegi solat kat Masjid. Pada saya ada 3 orang anak kecuali anak kedua saya Usamah masih ada dengan abah dia dan mereka akan menyusul ke sini tak lama lagi.

Walaupun susah nak menunaikan maghrib tapi hari tu actually telah saya gambarkan dari pagi lagi. Bagaimana nak handle si kecik bertiga ni tanpa bantuan sesiapa. Siang biasa takde masalah memandangkan masa solat dia agak panjang. Tapi kalau time Maghrib, bg saya itu masa genting untuk saya. Ditambah pula baby Arwa memang susah nak lena selagi umi dia tak tido sama.

So, start dari 630 ptg saya usung Arwa atas riba, bukan nak ajar dia asyik duduk dalam pangku tapi tanak kasi dia tido. So that dalam kul 715 saya susukan dan selepas dia solat, adelah can saya nak solat sekejap. Dalam tempoh tu, kalau Uwaiys nak susu ke apa, saya kene buat sebelah tangan atau letak Arwa sekejap pegi buat apa yg perlu. Sian Arwa kadang2 lama sikit dia nangis baru saya angkat.

Malamnya semua ok tapi yg confirmnya, memang berpeluh2 nak handle. Lepas abah saya balik solat, dia dapat tangkap Asmaa' bukak iron. Dia pun marah Asmaa' dan biasalah budak, dia mcm tunjuk melawan. Masa dia buat reaksi melawan tu saya pun naik geram juga so, saya jentik sikit tangan dia dan bawa dia masuk bilik.

Dalam bilik saya bagitau, "Kakak, kalau dengan tokki ke, dengan umi ke, abah ke sape2 lah..kakak tak boleh lawan. Bila kakak lawan, nanti ALLAH marah. Bila ALLAH marah,kakak dapat dosa. Tapi bila kakak sabar dan ikut orang cakap, kakak dapat pahala, bila pahala kita banyak, kita dapat syurga. Kakak tau tak, syurga tu, dia ada taman cantik sangat. Kakak suka pegi taman kan?"

Tiba-tiba mata dia berair, "Umi, kakak nak baik dengan semua orang tapi orang tak suka kakak. Kat sekolah ada kawan kakak kepit jari kakak." Time ni dia tunjuk jari dia dan memang ada kesan kepit kat kuku. "Diorang suka kata kakak 'hang'." Memanglah nak oi, kita dah duduk Utara dah skang ni.

"Umi, kakak kan tak pandai lagi. Kakak kecik lagi. Kakak kena makan nasik dulu bagi besar mcm umi." Di sini dia mula cerita mcm2. Mungkin dia tak selesa kat sini loghat nye lain. Dan dia masuk sini pun dah bulan 4. Memang sebelum ni dia gi Pasti kat Terengganu tapi silibus nya mungkin berbeza. So, Asmaa' rasa dia ketinggalan dari yang lain.

Takpelah yang tu. Yang saya paling suka dengan cerita dia malam tadi..."Cikgu kakak hodoh, pakai skirt tak pakai seluar," Muahahaha....Kelakar sungguh sbb selama ni kalau pakai baju paras lutut, saya pakaikan Asmaa dengan seluar. So, takla terdedah betis dia. Tapi cikgu dia India mengajar English. Takkan la cikgu tu ndak pakai seluar dgn baju dia. Pernah jugak dia kata, "Cikgu cucuk hidung umi." Agaknya cucuk subang kat hidung kot.

Pagi tadi saya hantar dia gi kelas, saya dah pesan. "Kakak nanti jgn gaduh2 dengan kawan ye. Kalau diorg buat kakak, kakak cakap -jangan buat macam ni, tak baik. Jangan balas kawan kakak buat kakak." Kali ni dia sengih, "Nanti boleh masuk syurga kan umi?" Waaa...Kali ni saya yang nangis...........Moga mereka memahami apa yang kami ajarkan. Moga mereka menjadi anak soleh solehah yang boleh mendoakan kami bila tiba saatnya nanti.