Monday, January 09, 2012

Sesuatu Yang Perlu Dilepaskan

Bismillah,

Sungguh tidak tertanggung lagi, saya dengan nekadnya menulis gelisah hati saya. Sebelum kalian terus membaca apa yang terkandung di dalamnya, saya pohon kalian baca dengan minda yang terbuka. Ambil kisah saya ini sebagai satu batu sempadan agar anda tahu yang mana lopak supaya anda tidak terjatuh bersama dengan saya. Ambil juga kisah saya ini sebagai pengajaran bahawasanya kita tidak pernah malang seperti orang lain.

Sesiapa yang berkawan dengan saya di Facebook pasti telah mengetahui yang saya sedang berdukalara. Ia adalah akibat dari tangan saya sendiri. Sayalah yang membuat keputusan untuk menggunakan sistem mentor-mentee, sayalah yang membuat keputusan untuk membuat permohonan pinjaman, saya jugalah yang melibatkan dua penjamin saya yang terlibat sama dalam masalah ini.

Suami saya pernah menasihat saya, kedai tidak perlu sebesar itu, alatan boleh dibeli dengan harga jauh lebih murah, renovasi, dia boleh buat sendiri tetapi semua itu tidak dapat kami lakukan kerana telah bersetuju dengan sistem yang saya sebutkan tadi. Saya sangat berharap semoga ada kesannya sistem itu kepada jualan saya nanti.

Sehingga kini, alhamdulillah, perniagaan ini bertahan tetapi yang tidak tahannya adalah hutang yang tidak dapat dilangsaikan dengan baik. Jualan yang terhad telah menyebabkan tunggakan terkumpul sedikit demi sedikit. Saya hanya dapat memberi komitmen untuk membuat bayaran RM 1-2K sebulan. Sedangkan saya perlu bayar lebih dari itu. Mujur jugalah saya tiada masalah dengan supplier, urusan dengan KWSP Perkeso, staff, sewa dapat diselesaikan dengan baik.

Seawal perniagaan juga, saya telah membuat tempahan yang diluar kawalan. Silap saya kerana tidak menunggu sehingga bil ke atas kami keluar sehingga tiba-tiba saya perasan bahawasanya saya telah membuat order lebih dari wang yang di dalam tangan saya. Ya, banyak sekali silap saya sehingga saya menanggung akibat ini sekarang.

Selepas dari itu, saya berfikir untuk membelakangkan diri saya supaya dapat membayar urusan-urusan kedai. Semakin saya kurangkan bahagian saya, semakin kering poket kami. Sehingga akhirnya saya berhutang dengan kawan-kawan juga untuk membolehkan kami hidup. Alhamdulillah, ALLAH memberikan kami kawan-kawan dan sanak saudara yang sangat memahami.

Lama kami alpa tidak membayar hutang dengan disiplin. Sehingga akibatnya baru sekarang dua penjamin saya menanggung akibat hasil dari ketidakdisiplinan saya itu. Saya berasa sangat serba salah kerana mereka menanggung sakit akibat saya.

Hari makin hari, keadaan semakin membaik. Perniagaan kami juga. Saya telah berjaya membayar hutang-hutang dengan kawan-kawan. Kepuasannya tidak dapat saya bayangkan. Malah semenjak tahun baru ini, saya telah berjaya membayar hutang kepada 3-4 orang sahabat. Tetapi itu adalah hutang yang tidak ada perjanjian bersamanya. Sekalipun puas itu ada, semua itu tenggelam apabila menerima surat bakal disenaraihitamkan oeh MARA.

Saya tidak kisah pun, bukan kerana tidak kisah dengan nama saya disenarai hitam itu.. tetapi saya tahu kemampuan saya hanya disitu. Saya boleh menerima padah akibat dari perbuatan tangan saya sendiri. Tetapi apa salah dua penjamin saya sehingga disebabkan saya, mereka terseret sama?

Saya bertanya kepada suami saya, apakah kesilapan kami sehingga kami terpaksa menanggung beban ini. Suami saya menjawab mudah di dalam mesejnya, "Semua ni dah ALLAH atur. Kalau tak jadi macam ni, kita tak akan miliki jiwa sekental sekarang." ALLAH... begitu sekalikah mahalnya yang kami harus bayar untuk memahami nilai sabar?

Masalah sebenarnya akan menjadi masalah kerana kita tidak melihat masalah sebagai ujian ALLAH. ALLAH sedang menguji saya. Sekalipun ALLAH uji, masih banyak nikmatNya yang Dia beri. Kami masih dapat makan malah mewah pula makanan kami. Pohon markisa yang menyubur, itik2 yang andai sahaja tiada apa yang boleh kami makan maka merekalah rezeki kami. Ikan pula, telah lama kami tidak beli kerana setiap kali memesan makanan itik (ikan baja 70 sen se kg) itu terselit dicelahnya ikan2 yang sangat segar malah terkadang ketam yang terselit sama masih hidup juga.

Susah sebenarnya hendak mencungkil hikmah di sebalik ujian ini. Seperti yang suami saya katakan tadi, ALLAH sedang mahu menjadikan kami lebih tabah dari yang sebelumnya. Itu sebenarnya adalah kata penyedap barangkali  tetapi sebenarnya ia adalah kenyataan. Kawan saya ada memberitahu, ada kes yang lebih teruk dari masalah saya. Bermaksud, saya tidak seteruk mana dan saya patut bersyukur untuk itu.

Barangkali juga ALLAH telah menghantarkan tanda supaya kami lebih meminta-minta kepadaNya. Benar sekali, sedih hati saya diadukan kepada Pencipta. Saya terasa benar2 dapat menumpang manja kerana dengan orang lain saya tidak dapat berbuat sebegitu. Setelah mengadu, luasnya rasa dunia. Malah, saya masih mampu bergurau senda dengan anak2 dan suami. Kawan2 dan staff yang telefon bertanya khabar pun ada yang kata suara saya masih OK sedangkan hati di dalam ini ALLAH sahajalah yang tahu bagaimana terhenyaknya dia.

ALLAH juga telah menjadikan ujian ini barangkali untuk menjadikan saya berusaha melawan hawa nafsu dan sifat hati yang negatif. Saya terpaksa melupakan katil dengan bertahun-tahun tidur berlapik toto. Saya melupakan untuk membeli kereta baru dengan mengurangkan berjalan jauh dan memilih menaiki bas dengan anak yang ramai.

Saya cuba berjimat dengan masak sendiri yang mana kesan dari memasak itu sendiri memberi impak besar kepada kami. Susah saya nak cerita kepada kalian, bagaimana memasak sendiri dan makan bersama itu sangat memberi kesan besar kepada kami. Malah banyak lagi yang terpaksa kami lakukan secara berpada-pada supaya tidak melakukan pembaziran dan tidak menzalimi mereka yang memberi hutang kepada kami.

Saya tidak meminta apa2 dengan tulisan saya ini. Saya hanya mahukan doa... Kata-kata semangat itu boleh juga tetapi saya tidak dapat membacanya memandangkan sekarang komputer tidak lagi menjadi keutamaan saya. Yang pentingnya, doa kalian. Doa supaya saya dapat menyelesaikan masalah ini. Setelah apa yang saya lalui ini, saya tidak lagi mahu hidup kaya tetapi saya mahu hidup dengan tiada hutang.

 Kalian, sekiranya kalian ada masalah..ingatlah sentiasa ada mereka yang lebih teruk masalahnya dari kita. Beli majalah Anis dan SOLUSI terbaru. Ia sangat membantu untuk menguruskan stress. Setelah saya membaca ms 16-17 majalah Anis itu, barulah saya memahami bahawa dugaan yang ALLAH beri ni adalah tanda kasih dan cintaNya (Al-ankabut :2). Dia tidak sekadar memberi ujian dan dugaan tetapi dia telah turunkan penyelesaian bersamanya (An-Nasr : 6).

Kalian, doakan saya ya.....

*Blogging terpaksa saya tangguhkan memandangkan komputer saya terrosak pulak.
*Korang jangan bimbang dan risaukan saya (ceh perasan!), saya masih cool, nangis sikit2 tu biasalah
*Doakan juga semoga dua penjamin saya tenang, saya akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk membawa mereka keluar dari masalah ini.
*Kepada mereka yang ada cara untuk saya mengatasi masalah ini, bgtau saya di FB boleh? Sbb saya masih boleh buka FB lagi dengan tepon C3 saya.

Doakan ya...

Aku Yang Berhutang ~ Cara Mengatasi

Entry ini saya taip pada 2008, coretan saya di bawah sudah tidak relevan sekarang. Sekadar mahu berkongsi tips yang saya harapkan membantu saya ketika ini.


Bismillah,
Kerana saya merasakan terlalu letihnya saya sekarang nak menampung keperluan hidup, maka sungutan ini telah saya coretkan dalam http://www.utaraonline.net/. Ntah di mana yang tidak kena sejak sebelum raya lagi saya rasa sangat sempit berbanding mula2kedai kami dibuka. Jadi sekarang saya buka di blog ini pula manalah tahu ada yang boleh menolong..he he..

Bismillah,

Saya ni antara orang yang tersendat dengan hutang. Mana tak nye, kereta, PTPTN, kedai ni lagik...hutang lain2 tak yah sebutlah. Memang semput jugaklah rasa. Ada masa saya rasa hal ni menekan2 diri saya. Mana tak nye, jap bank tepon, kejap telekom tepon suruh bayar. Pastu kang ada surat TNB la..he he...

Pernah tertengok satu iklan yang kononnya utk membantu org mengurus hutang ni. Tapi bayaran yang dikenakan tu subhanallah, rasanya kalau nak masuk betullah kursus tu, kene berhutang jugak utk bayar. So, apa kata tuan2 dan puan2 yang bijak pandai di sini bagi kursus percuma utk saya dan org2 yang mcm saya.

Sob Sob....thanx in advance

No worry disebalik kesempitan ini kami masih boleh tersengih2


Dan disini jawapan mereka buat saya yang telah saya kumpulkan.

Terima kasih atas perkongsian kalian dan disini saya himpunkan semua kaedah yang mungkin bukan sekadar saya gunakan. Semoga mereka yang memberi cadangan dan mereka yang membaca mendapat manfaat. Terima kasih yang amat kepada semua. Insya ALLAH akan saya praktikkan yang mana saya termampu. Ada cadangan lain? Update lah saya akan simpulkan lagi nanti.

-Senaraikan hutang, utamakan yang utama. Yang mana yang utama, selesaikan dengan jumlah yang lebih

-Jangan buat hutang baru

-Dapat duit je, terus bayar hutang - tak aci ngelat

-Jangan berhutang untuk bayar hutang

-Rajin2kan diri utk cari peluang di luar negeri Yang ni den tak paham

-Kaedah yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan overdraff, cagaran ASB dan daily rest. Anda juga perlu kad credit dari Alrajhi. Penggunaan Overdraff/check adalah menjimatkan kerana charge adalah berdasarkan kepada daily rest adalah lebih rendah. Memandangkan saya bukan pengguna kad kredit maka penyataan ini juga saya tak faham.

-nak lari memang dah takleh...pi mana pun..hehe,kacuali mati...apapun jika niat kita memang nak membayar hutang tetapi terbantut oleh kebuntuan kewangan(termasuk faktor ekonomi semasa),ia tidak mengapa,namun kita masih lagi dituntut untuk terus berusaha untuk melangsaikan hutang tersebut.Apa yang penting berdoa kepada Allah agar di beri kemudahan utk membayar hutang

p/s : selalu baca ayat 1000 dinar 3 kali selepas solat 5 waktu tiap tiap hari .insyaAllah

-kenal pasti HUTANG yg tak banyak sangat tu..... settlekan yg ni cepat2 dengan buat bayaran yg LEBIH setiap bulan..... cepat2 tutup lubang yg tak dalam !!.....

-tukar cara hidup kita! jangan guna langsung kredit kad,
settle utang yg paling mustahak, jika kete tak berapa mustahak jual..pakai motor..naik bas..lrt dan jgn ikut pepatah "Biar Pape Asal Bergaye" memang naye lah hidup anda Semoga saya lebih sederhana lagi lepas ni. At the moment mmg belanja susu dgn diapers anak + nurseri aje. Selebihnya makan kami he he..

-sabar bro..ada ganjaran yang menanti di suatu waktu nanti,pasal kereta tu gua ingat ...lu jual lah,tak semestinya takde kete besness tak jalan.guna moto pun ok gak bro. gua dulu pun macam lu gak bro...hutang keliling pinggang, kad, rumah, kete, ptptn,hutang2 kecil,mcm lagilah. sampai gua punya rumah kena lelong,kete kena tarik,ulang alik naik mahkamah.tapi semua tu ada hikmah di sebaliknya. ape yang penting keje kuat ...semangat....yang penting jujur dalam segala hal....insyaallah akan meyusur hari yang bersinar untuk lu bro... lagi satu jangan lupa solat dan berdoa bro...itulah salah satu tiang kekuatan kita bro....... Thanx atas cadangan. Saya anak 4 org dan rasanya cadangan jual kereta mungkin susah untuk saya memandangkan kereta tu digunakan utk mengangkut mesin2 tiap kali kami buat check up (pemeriksaan mata percuma) di jabatan2 kerajaan dan swasta. Anyway, ada satu kemusykilan saya, saya ada dua kereta dan satu tu memang terasa nak jual but then kami kene tambah lagi bayaran kepada bank utk jual dan itu diluar kemampuan kami..

-yang penting, kurangkan serabut kepala anda dahulu... no worry, tidur kami masih lena

-deal dgn bank, untuk buat penstrukturan semula hutang.. kalau bank tu banyak cakap dan x setuju dgn cadangan anda, bayar je kat bank bayaran bulanan yg anda mampu... dia takkan buat apa2.. diaorang pun malas nak paper work untuk ke mahkamah..

-telekom? dah kena potong belum? kalau dah, bayar sikit2 dah le.. 20 -30 sebulan.. lama2 habislah.. yg telefon tu biasanya agensi kutip hutang. kalau belum potong, kena bayarlah... betul2, saya akan bayar bil lama dgn jumlah semasa. Nanti makin kuranglah hendaknya

-untuk kereta, kena bayarlah... bank efisien bab ni, itupun sebab diaorang guna kaki tarik keta.. cara nak elak? cari kaki untuk tempel sticker samseng,... He he yang ni kadang sampai dua bulan sekali bayar. Mcm bank saya yang punya aja

-salam... cuba bykkan sedekah.. hutang mungkin tak kurang.. tp hati tenang insyaAllah... Moga amalan ini akan diberkati, biar tak byk asal hati tenang

-Buang la sifat biar papa asalkan bergaya......ada kereta secondhand 2 / 3k...macam mazda 323 1982...toyota lama harga rm800...ada jual....beli la kereta terpakai bawah rm5000.....tak nak..!!!!malu...nak bergaya...tanggungla sendiri..... Iyya, kami hanya ada kete buruk Kelisa yang dah 7 tahun guna dan AD Resort utk kegunaan kedai tahun 1995 lagik. Uhuk memang dah cabuk. Utk jual yang ni kami terpaksa bayar kepada bank dan nak beli yang lain lagilah takdok duit...huuuuu bukan sengaja nk bergaya dgn kete ni..uhuk

-1. buat loan... pastu buat sijil ASB... buat sijil jgn masuk akaun ASB...

2. Sijil ASB tu kita jadikan CAGARAN utk overdraff kita..

3. masukkan segala pendapatan kita ke dalam akaun Overdraff tu

4. berbelanja dan membayar segala hutang menggunakan overdraf

5. menyimpan duit dgn overdraf (cth masuk asb) dan segala keuntungan dari hasil simpanan di masukan ke dalam overdraf semula...

6. Syarat... jangan bebelanja lebih dari overdraf

I dont get this...buta ekonomi jugak saya rupanya. He he...