Saya sangat berminat dengan teknik urutan tapak tangan dan kaki mcm di atas ni. So, gambar2 ni hanya sebagai panduan utk kita. Manalah tau, kalau pasangan kita sakit pening ke, at least tau nk urut tang mana.. :)
Wednesday, March 28, 2007
Tapak Tangan dan Kaki
Saya sangat berminat dengan teknik urutan tapak tangan dan kaki mcm di atas ni. So, gambar2 ni hanya sebagai panduan utk kita. Manalah tau, kalau pasangan kita sakit pening ke, at least tau nk urut tang mana.. :)
Tuesday, March 27, 2007
Hikmahnya Kejadian Semut
Assalamualaikum,
Selalu kan dengar di sebalik sesuatu tu ada hikmahnya. Sekalipun ALLAH ciptakan semut yg kita tak faham mana fungsinya dan apa kaitannya dgn kita. Tapi harini saya mahu ceritakan betapa saya bersyukur dgn terciptanya semut ni.
Satu ketika dulu, anak kedua saya Usamah digigit semut. Dia menangis kuat masa kene gigit tapi saya tak tau yang dia kene gigit semut. Esokkan harinya, tangan Usamah bengkak dan merah gila2. Saya bilang butir2 tempat kene gigit tu ada dlm 16 (sampai arini pun saya ingat lagi). Saya sgt sedih sbb taktau dia digigit semut.
Tangan dia sampai tak nampak kedutan kulit dah jadik mcm belon.Saya juga rasa sangat bersalah pada Usamah. Sbb saya main basuh je tanpa membelek kenapa dia nangis. Saya mmg marah gila kat semut he he tapi takde la gi tepi sarang dia marah2...
Semalam, saya tinggalkan dua anak saya kat halaman rumah. Jaraknya dari tepi jalan dalam 20 kaki (6 meter) mungkin lebih. Dan saya duduk tepi pintu yg pintu nya mengadap ke belakang rumah. Saya ingat nk masuk kedalam kejap utk amik kain lampin sbb Uwaiys (anak saya umur 5 bulan) dah muntah.
Bila saya dtg ke pintu semula, saya dah tak dengar suara budak2 ni. Saya pun terkocoh kacah capai tudung berlari tinggal Uwaiys terlentang je atas lantai cari diorg. Tgk2 tgh melalak nangis kat tepi jalan. Tak la tepi sangat tapi bg saya jarak mcm tu dah terlampau dekat.
Tgk2 diorg kene gigit semut so diorg nangis.Tapi saya cukup bersyukur. Kalau lah bukan kerana semut tu, ada kemungkinan anak2 saya akan terus ke tepi jalan kan? Siapa tahu...? Dan sekejap tu saya terus terfikir betapa ALLAH ciptakan segala sesuatu mempunyai hikmahnya yang tersendiri....Adakah anda terfikir juga???
Cara Membeli Emas
Assalamualaikum,
Saya tergerak untuk menulis tentang ini setelah membaca dari laman web Ustaz Zaharuddin apatah lagi isi di dalam link ini adalah sangat berkaitan dengan kehidupan kami sekeluarga.Setelah saya bercerita secara lisan kepada org2 yang rapat, saya tersedar rupanya ramai yang tak tau hal ni.Sebagai rujukan penuh sila buka link ini.
http://sitisifir10.blogspot.com/2007/03/hukum-beli-emas-ansuran-trade-in.html
atau terus ke laman web Ustaz Zaharuddin untuk kefahaman tentang hal ini dan perkara lain yang lebih jelas.
http://www.zaharuddin.net/
Maafkan saya kerana mengambil bahagian kesimpulannya sahaja di sini memandangkan saya bimbang jika tersalah mengulas apa yg Us Zaharuddin tulis. Apa yg ditulis oleh UZAR adalah tersangat jelas tapi saya ingin sekali menyampaikan perkara ini dgn cara saya.
"Mungkin ada yang akan bertanya, jadi kalau kita ingin melakukan 'trade in' dengan emas baru yang lebih mahal harganya?? Bagaimana kita nak bayar tambahan harga itu?
Jawabnya : Ia sama dengan kes dalam hadith Tamar Khaibar dan Janib tadi. Jawapan yang diberi oleh Rasulullah SAW adalah : "Juallah dengan sempurna , ambillah harganya dan kemudian belilah semula dengan duit kamu tadi"
JELAS, CARANYA : MESTILAH SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN 'TRADE IN'. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM 500, KEMUDIAN PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU.
Kemungkinan jika transaksi seumpama ini di buat di Malaysia, ia akan kelihatan pelik. Bagaimanapun itulah cara yang selamat dari Riba."
Berdasarkan kepada ayat di atas, maka jelas sekali bahawa:
1. Belian emas secara ansuran dan hutang adalah haram. Kalau main kutu pulak lagu mana ye kalau tujuan dia mmg untuk beli emas?
2. Kalau nak trade in emas sedia ada dan membeli emas yang baru maka manualnya, kita perlu menjual emas kita dgn harga sekian2 dan ambil duitnya terlebih dahulu dan selepas itu belilah barang emas baru tak kira la nilainya kurang atau lebih (kalau lebih tambah duit kita dan kalau kurang, maka kurang la)
Saya bersyukur sangat sbb baca perkara ni agak awal. Suami saya sebenarnya bekerja di satu kedai emas. Pernah sekali ada seorg customer dia datang tya tak jadi riba ke kalau main tukar emas mcm ni je dan mungkin la itu satu rangsangan pada kami utk cari hukum sebenar perkara ni.
Setelah memahami apa yg ditulis oleh Us. Zaharuddin ni, dia pun bawak la kertas yang saya print ni kepada tuan kedai tapi mendapat sambutan yang agak dingin juga. Seperti yg Rasulullah sabdakan :"Berkatalah benar walaupun pahit".
Maka suami saya mengambil tindakan berhenti dari terus bekerja atas sebab ini. Walaupun dia cuba utk mengubah transaksi dengan pelanggan tapi apabila tiba mengambil barang baru dari pembekal, mereka masih sekadar bertukar emas sedia ada dgn emas baru.
Apa yg ingin saya nyatakan sebenarnya adalah sangat mudah untuk dilaksanakan. Hanya perlu pegang duit sebelum kita pindahkan duit tu balik pada org yg menjual. Juga sebagai tuan punya kedai, mestilah kene ada duit simpanan yang agak byk utk menambah emas untuk dijual di dalam kedai bagi mengelakkan terjadinya riba.
Mmm..memang ada yang kata cukup ke nntnya kalau suami berenti. Memang kalau ikutkan kami keputusan duit byk lah juga tapi ALLAH Maha Kaya. Tiba2 kami dapat sejumlah duit yang tak kami jangka dan nilainya hampir menyamai jumlah gaji asal suami saya setelah saya hitung. Kan betul rezeki tu ALLAH yang bagi... :)
Jadi, kat sini, kepada org perempuan lah terutamanya, waspadalah kalau nk membeli emas. Semoga kita tak tersalah sehingga termakan duit riba. Sudahla zaman sekarang susah nak elak dari riba jadi perkara yang semudah ini harapnya dapat dielakkan. Terutamanya buat org perempuan yang tinggal di tempat yang payah nak jumpa kedai emas milik org Islam. Walaupun beli dgn tokeh cina ka, harapnya boleh elakkan diri dari mengambil mudah hal ini.
Pelaburan FOREX & Swiss Cash Mutual Fund : Pandangan Shariah
Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Web Site : http://www.zaharuddin.com/
Email : zaharuddin@yahoo.com
Yahoogroup : http://groups.yahoo.com/group/zaharuddin/
Terlalu ramai yang menghantar pesanan ringkas ‘sms', email, telefon dan bertanya kepada saya berkenaan Pelaburan Swiss Mutual Fund atau swiss cash atau yang sepertinya, sehingga memaksa saya memperuntukan sedikit waktu saya bagi menulis jawapan ringkas ini. Saya sedar sebenarnya amat sukar bagi meringkas jawapan kerana setiap penerangan hanya akan mampu difahami sekiranya si pembaca mempunyai asas Shariah dan instrument kewangan moden yang memuaskan.
Saya telah menyemak investment plan bagi pelaburan Swiss mutual Fund dan mendapati bahawa ia adalah sebuah pelaburan beroreintasikan system konvensional dan Riba yang terlarang. Ia amat nyata apabila tiada satu pun maklumat di dalam web tersebut yang memberitahu bahawa pelaburannya ditadbir urus menurut kehendak Shariah, tiada juga disebut nama-nama penasihat Shariah.
Sebagaimana diketahui oleh korporat dan umum; Syarikat, Badan pelaburan dan pengurus kewangan di Barat sentiasa bersifat professional dalam iklannya bagi menonjolkan apa jua jenis dan kelebihan yang ada pada mereka. Justeru, jika mereka mengurus secara Islam, sudah pasti mereka akan menghebahkan dengan jelas bahawa mereka adalah sebuah syarikat pelaburan yang menurut prinsip-prinsip Shariah, di samping itu, suatu kemestian bagi sesebuah syarikat pelaburan untuk menyiarkan nama-nama panel penasihat Shariahnya bagi menarik keyakinan orang ramai. Bagaimanapun, jika di lihat di dalam web pelaburan swiss ini, tiada satu pun yang menonjolkan imej ini, malah apa yang saya perolehi menunjukkan ia amat bertentangan dengan ciri-ciri pelaburan Islam samada dari sudut penggunaan ‘terminologi' pelaburannya, mahupun bentuk cara ia menjana keuntungan.
Lebih jelas dari itu, jika pembaca meninjau kepada ruangan "Frequently Asked Questions" (FAQ) yang terdapat di dalam web mereka juga tiada satu perkataan dan soalan pun yang berkaitan tentang keislaman produk mereka ini. Semua ini, tanpa perlu mengkaji dengan lebih dalam pun sudah mampu diketahui akan tidak menepati Shariahnya pelaburan mereka ini.
Adapun, jika pembaca inginkan penjelasan lebih terperinci akan cara yang digunakan oleh pelaburan Swiss, saya kira ia amat jelas. Sebagai sebuah syarikat pelaburan berasaskan konvensional dan riba yang sentiasa mempromosi keuntungan yang luar biasa sebagai satu-satunya alat penarik. Pelaburan yang dilakukan pastinya menggunakan instrumen-intstrumen yang terlibat dengan riba, gharar dan perjudian, tanpa sebarang pertimbangan. Antara instrumen yang digunakan adalah (ia terkandung samada tersirat dan tersurat di dalam ‘investment plan' nya yang di paparkan di halaman webnya iaitu http://www.swisscash.biz/Web/sff_sip.aspx ) sebagaimana berikut :-
a) Hedging (Lindung Risiko Perubahan Nilai matawang): Ia biasanya digunakan oleh industri import eksport yang melibatkan penggunaan matawang yang berbeza. Ia digunakan bagi memastikan perubahan nilai matawang tidak memberi kesan amat buruk kepada pembeli jika nilai yang yang dguna (cth ringgit) jatuh teruk. Yang mana jika ini berlaku, pihak pembeli terpaksa menanggung kos berkali ganda. Justeru, salah satu cara yang biasa digunakan adalah ‘hedging'. Instrument ‘hedging' ini juga boleh digunakan untuk mendapatkan keuntungan dalam perdagangan spekulasi matawang. Menurut Fatwa oleh ulama Shariah antarabangsa, ‘hedging' hanya dibenarkan bagi tujuan pertama di atas (iaitu untuk melindungi penjual dan pembelian asset sebenar dari risiko perubahan nilai matawang sahaja).
Ia adalah salah satu resolusi Persidangan Kewangan & Perbankan Islam Al-Barakah bernombor 6/27 dari persidangannya yang keenam tarikh 2-6 Mac 1990 bertempat di Algeria. Adalah amat jelas, ‘hedging' merupakan salah satu instrument yang diguna oleh pelaburan swiss ini bagi mendapatkan keuntungan. Secara terang-terang boleh kita simpulkan, pelaburan ini pasti akan terlibat dengan elemen perjudian, spekulasi berlebihan yang bersifat judi serta tidak menurut bentuk yang diterima oleh Shariah, iaitu hanya untuk tujuan menghalang risiko dan bukannya mencari keuntungan.
b) Forex (Foreign Exchange) atau yang lebih dikenal dengan Perdagangan Mata wang Asing; Ia merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan matawang suatu negara terhadap matawang negara lainnya yang melibatkan pasar-pasar matawang utama di dunia selama 24 jam secara berterusan.
Benar, memang FOREX matawang adalah diharuskan, tetapi keharusannya tertakluk kepada sejauh mana ia menurut garis panduan yang dikeluarkan dari hadith Nabi yang sohih. Iaitu :-
Dalam menukar wang dengan wang, Nabi telah menyebut garis panduan yang mesti dipatuhi iaitu : Ditukar (serah dan terima) dalam waktu yang sama ia disebut dalam hadis sebagai "yadan bi yadin". Dalam bahasa Inggerisnya adalah "on the spot basis". Ia datang dari hadis :'
الذهب بالذهب , والفضة بالفضة , والبر بالبر , والشعير بالشعير , والتمر بالتمر , والملح بالملح , مثلاً بمثل , سواء بسواء , يداً بيد , فإذا اختلفت هذه الأصناف فبيعوا كيف شئتم
Ertinya : Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai" ( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 ) .
Untuk makluman : FOREX dalam matawang yang diuruskan oleh konvensional tidak menjaga syarat ini maka ini menjadi Riba Nasiah. Ini kerana kebanyakan FOREX yang dijalankan oleh institusi Konvensional adalah ‘Forward FOREX' atau Forex yang menggunakan ‘Value forward' ( nilai masa hadapan) yang mempunyai tergolong dalam Riba Nasiah. Forex yang menggunakan nilai ‘Forward' ini sememangnya diketahui mampu menghasilkan untung yang lebih berbanding spot dalam kebanyakan keadaan jika tepat penggunaannya.
Mestilah terdapat serah terima atau disebut "qabadh" dalam Islam secara benar "hakiki" atau "hukmi" pada waktu yang sama. Masalah dalam implementasi FOREX adalah bertangguh dalam penyerahan dari kedua-dua pihak. Tatkala itu aqad menjadi batal (Radd al-Muhtar ala ad-durr, 4/531).
Untuk makluman : FOREX yang diuruskan oleh konvensional juga tidak menjaga syarat ini lalu ia batal dan termasuk dalam bab menjual sesuatu sebelum memilikinya yang di haramkan oleh Nabi SAW.
Selain itu, FOREX juga amat terdedah kepada unsur spekulasi berlebihan yang boleh menyebabkan ia termasuk dalam katergori perjudian. Walaubagaimanapun, tidak di nafikan unsur ini agak sukar untuk di tetapkan kadarnya.
Tidak saya nafikan, bahawa terdapat sesetengah Bank-bank Islam juga ada yang melakukan forex ini setelah mendapatkan kelulusan Majlis Penasihat Shariah mereka, kebanyakan mereka melakukan FOREX jenis SPOT dan bukannya jenis ‘Forward' ; apa yang pasti, sudah tentu majlis Shariah telah meletakkan beberapa syarat dan bukannya secara bebas begitu sahaja. Berkenaan pelaburan swiss yang diuruskan oleh badan Konvensional, maka sudah tentu ia tidak meletakkan sebarang perhatian kepada syarat-syarat yang di tentukan Shariah.
Pemain-pemain forex kelihatan bersungguh cuba mempertahankan keharusannya, pelbagai fatwa di momokkan kepada saya, fatwa dari Jabatan Mufti Perak, fatwa seorang penasihat Shariah sebuah bank Islam dan lain-lain. Hakikatnya, semua fatwa keharusan adalah tertakluk kepada syarat di atas dan bukannya secara mutlak. Secara mudah, bagi saya anda perlu memastikan siapa yang menguruskan transaksi ‘permainan' forex anda, adakah sebuah institusi kewangan Islam atau konvensional?; Jika institusi kewangan Islam, penasihat Shariah akan menanggung tanggungjawab, justeru, ia adalah harus bagi orang awam selagi penasihat Shariah ini mengatakannya harus.
Bagaimanapun dalam hal pelaburan Swiss yang menggunakan FOREX sebagai instrumennya ini, ia sudah ternyata sebagai sebuah institusi kewangan konvensional dan kapitalis. Sesebuah institusi kewangan konvensional sudah pasti akan menggunakan instrument forex tanpa sebarang ikatan syarat yang ditetapkan Shariah di atas. Tanpa syarat itu, transaksi antara matawang dengan matawang secara tangguh akan menghasilkan ‘Riba an-Nasiah' yang diharamkan secara sepakat oleh seluruh Ulama Islam. Ia juga adalah keputusan Panel Penasihat Shariah dunia yang bernaung di bawah nama Accounting & Auditing Organization For Islamic Institutions (AAOIFI). Antara panel penasihat Shariahnya adalah Syeikh Mufti Taqi Uthmani, Prof. Dr. Syeikh Wahbah Zuhayli, Prof. Dr. Syeikh Siddiq Dharir, Syeikh Abdullah al-Mani', Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah, Syeikh Dr. Nazih Hammad, Syeikh Dr. Hussain Hamid Hassan, Syeikh Nizam Ya'quby, Dr. Mohd Daud Bakar, Syeikh Al-Ayashi al-Sadiq Faddad, Syeikh Dr. Ajil Nashmi dan ramai lagi
c) SWAP : Ia adalah satu perjanjian atau kontrak di antara dua pihak bagi pertukaran bertempoh bagi sesuatu asset kewangan yang khusus, asset material atau kadar faedah. Dalam beberapa kes jualan komoditi atau jualan matawang secara tangguh, ia dibuat tanpa sebarang pertukaran sebenar. (AAOIFI Shariah Standard, hlm 358)
Hukumnya menurut Fatwa kumpulan Ulama Fiqh Antarabngsa yang pakar dalam hal kewangan Islam : Haram kerana contractnya melibatkan pertukaran matawang secara bertangguh, ia adalah riba nasiah. Di sebutkan di dalam keputusan Penasihat Shariah AAOIFI :- " SWAPS are not permitted in the forms in which they are practiced in commodity exchange" ( AAOIFI Shariah Standard, hlm 358 )
d) Options : takrifnya adalah : Satu kontrak yang mana hak diberikan (tetapi tidak menjadi kewajiban) untuk membeli atau menjual sesuatu item yang dipersetujui ( samada dalam bentuk saham, komoditi, matawang, indeks dan hutang) pada harga yang ditentukan. Tiada kewajiban bagi penempah untuk memenuhi tuntutan kontrak bagi yang membeli item yang ditempah, tetapi penjual hak item itu, wajib memenuhi tuntutan kontrak. ) (AAOIFI Shariah Standard, hlm 356).
Saya tahu takrifnya memeningkan pembaca, tetapi ia memang sukar untuk diterangkan menggunakan ayat-ayat ringkas tanpa contoh panjang lebar. Secara kesimpulan, ia juga instrumen konvensional yang diharamkan kerana ia bercanggah dengan beberapa konsep dan panduan Shariah iaitu :-
Menjual sesuatu sebelum memilikinya secara benar. Ia diharamkan berdasarkan hadis : "Jangan kamu membeli ikan dalam air, karena sesungguhnya jual beli yang demikian itu mengandung penipuan". (Hadis Ahmad bin Hambal dan Al Baihaqi dari Ibnu Mas'ud)
Unsur ‘Gharar Fahish' (ketidak tentuan) dan perjudian yang besar. Ia timbul kerana si pembeli berhasrat untuk membeli sesuatu asset pada satu harga ditetapkan cth RM 100, dengan ramalan bahawa harga asset itu akan naik pada masa hadapan kepada RM 200. Untuk itu, si pembeli akan membyaar bayaran pendahuluan RM 10, tetapi si pembeli mempunyai hak untuk membatalkan pembeliannya jika didapati bahawa harga ramalannya tidak tercapai.
Ia juga terlibat dalam jual beli pada masa hadapan (forward) yang tidak sah menurut syara'.
Ia adalah Riba, jika item yang dijual beli adalah hutang dan matawang.
Ia juga bertentangan dengan syarat serah terima atau disebut "qabadh" dalam Islam secara benar "hakiki" atau "hukmi" pada waktu yang sama. Tatkala itu aqad menjadi batal ( Radd al-Muhtar ala ad-durr, 4/531).
Hukum Options di sebutkan oleh majlis Penasihat Shariah AAOIFI " Options are not permitted neither with respect to their formation not trading" ( Shariah Standard, hlm 357)
e) Futures ; Menurut The encyclopedia of Britanicca, futures adalah :- " Satu kontrak komersial yang dibuat bagi melakukan pembelian atau jualan satu asset dalam satu kuantiti yang khusus dan pada tarikh akan datang yang khusus" ( Britannica Encyclopedia, 1988, 5/65)
Ia dibenarkan oleh Shariah dengan syarat kontrak komersial yang dibuat itu hanya janji dari satu belah pihak "unilateral promise from one side". Jika syarat ini tidak dipatuhi maka kontrak itu tidak sah menurut Shariah kerana :-
Ia dianggap aqad / kontrak jual beli pada masa akan datang. Untuk pengetahuan pembaca, Islam tidak membenarkan aqad jual beli di meterai hari ini bagi transaksi pada masa akan datang; ia tidak sah menurut Shariah. Ia menjadi semakin ketara tidak sah apabila kedua-dua pihak tidak menyerahkan apa-apa, samada asset ataupun bayarannya. ( ‘Aqd al-Bai', Syeikh Mustafa Az-Zarqa, hlm 36)
Ianya tidak boleh sama sekali dilakukan antara matawang kerana ia akan menjadi Riba an-Nasiah (riba sebab bertangguh serah-terima). Tetapi inilah salah satu cara yang terbaik bagi pihak konvensional bagi mendapatkan untung.
Ia akan tergolong dalam jualan hutang dengan hutang " Bai' ad-Dayn bi ad-Dayn" yang di haramkan oleh Nabi SAW kerana faktor ‘gharar' atau ketidak tentuan yang amat tinggi. ٍ Sebuah hadith yang lemah menyebut : " Nabi SAW melarang dari menjual secara hutang dengan hutang" (Riwayat Ad-Dar Qutni, al-Hakim dan Al-Hakim mengatakannya sohih menurut syarat Bukhari dan Muslim). Bagaimanapun menurut Syeikh Prof Dr Muhydin Qurra Ali Dhaghi, pengharaman jual beli hutang dengan hutang adalah diharamkan melalui dalil Ijma'. (Dalil ijma; ini boleh dirujuk di dalam Naylul Awtar 5/177). Pengharamannya juga telah di putuskan di dalam resolusi persidangan ke-16, Persidangan Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia pada 5-10 /1/2002.
Apabila transaksi ‘futures' ini dilakukan oleh sebuah Institusi Kewangan Konvensional, sudah tentu ia tidak akan menjaga displin Islam di atas, kerana itu ianya di haramkan. Malah unsur perjudian dan ketidaktentuan juga amat tinggi. Seorang ilmuan Shariah menulis :-
" Considering the case of the basic exchange contracts, it may be noted that the third type of contract where settlement by both the parties is deferred to a future date is forbidden, according to a large majority of jurists on grounds of excessive gharar. Futures and forwards in currencies are examples of such contracts under which two parties become obliged to exchange currencies of two different countries at a known rate at the end of a known time period. For example, individuals A and B commit to exchange US dollars and Indian rupees at the rate of 1: 22 after one month. If the amount involved is $50 and A is the buyer of dollars then, the obligations of A and B are to make a payments of Rs1100 and $50 respectively at the end of one month. The contract is settled when both the parties honour their obligations on the future date.
Traditionally, an overwhelming majority of Sharia scholars have disapproved such contracts on several grounds. The prohibition applies to all such contracts where the obligations of both parties are deferred to a future date, including contracts involving exchange of currencies. "
Keputusan Majlis Penasihat Shariah dunia bagi AAOIFI menyebut dalam fatwanya : "Futures is not permitted according to the Shariah to undertakes futures contracts either through their formation or trading" (Shariah Standard, hlm 356)
f) Guaranteed Capital (jaminan wang modal tidak lupus) : Keistimewaan ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin. Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ). Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah ( Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313 ) ;
Bagaimanapun pelaburan Swiss Mutual Fund ini sudah pasti lebih teruk lagi, kerana ia langsung tidak menggunakan kontrak pelaburan yang diurus menurut Shariah. Pastinya kontrak pelaburan seperti ini adalah batal menurut empat mazhab dan segala keuntungan yang diterima adalah tidak sah.
Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu :-
Jaminan modal dikembalikan jika pihak ‘mudarib' ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.
Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan (mudarib)
Malangnya, kedua-dua ini tidak termasuk dalam aqad pelaburan swiss.
g) Guaranteed Fixed Return : Ia tidak ubah seperti ‘Fixed Deposit' : Fixed deposit adalah satu jenis pelaburan yang menjamin pulangan atau keuntungan dalam bentuk yang telah ditentukan secara pasti sejak awal lagi. Sebagai contoh, jika anda meletakkan duit pelaburan sebanyak RM 10,000 bagi tempoh 5 bulan, anda pasti akan diberi pulangan samada jumlah tertentu (seperti RM 5,000) atau kadar pulangan yang pasti (12 %) dari jumlah pelaburan anda. Ia telah sepakat seluruh ulama sebagai haram kerana Riba. Kaedah Fiqh menyebut : Al-Gunm Bi al-Gurmu (profit is by taking risk)ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menhadapi risiko" (Some Observations on the Question of RIBA and the Challenges Facing Islamic Banking, Ibrahim F I Shihata). Justeru sebarang pelaburan dengan jaminan pulangan adalah bertentangan dengan kaedah di atas tadi.
Selain itu, sebarang pelaburan yang mempunyai elemen seperti ini adalah sebenarnya pinjaman dengan riba. Jaminan pulangan ini menjadikan ia berteraskan konsep pinjaman wang dengan faedah (interest) yang dijamin. Ia adalah haram.
h) "Equity" dan "commodities": pastinya apabila ia di urus secara konvensional, ia akan terlibat dengan unsur-unsur perjudian.
i) Companies / pelaburan dalam syarikat-syarikat kukuh dengan jual beli saham: Sebarang syarikat yang ingin diletakkan duit pelaburan sepatutnya disemak dan disahkan terlebih dahulu oleh Panel Penasihat Shariah. Ia amat penting bagi menentukan samada syarikat itu menjalankan aktiviti yang menurut nilai Islam atau tidak. Apabila tiada sebarang panduan seperti Pelaburan Swiss ini, sudah tentu pelaburannya akan dibuat dalam apa jua syarikat, tidak kira yang terlibat dengan judi, arak, pelacuran dan lain-lain. Syarikat seperti ini sememangnya amat diminati kerana pulangannya lumyaan seperti genting di Malaysia. Bagi sebarang pelaburan di luar Negara, semua syarikat yang dilabur sepatutnya mesti disemak samada ia diluluskan oleh Dow Jones Islamic atau tidak. SIla rujuk web dow jones Islamic di http://www.investaaa.com/ atau http://www.djindexes.com/mdsidx/index.cfm?event=showHome
Kesimpulannya, AMAT SUKAR UNTUK SAYA menyokong keterlibatan Muslim dalam pelaburan jenis ini, tiada satu pun yang dibuat terbukti dan ditonjolkan diurus tadbir secara Islamik oleh Badan Pengurusan Pelaburan Swiss ini. Semuanya terlibat riba dan perjudian, maka semua untungnya samada riba atau tidak halal satu sen pun, walaupun pulangan lumayan beratus ratus peratus tetapi ia adalah haram , HARAM DAN HARAM...MANIS DI DUNIA, PAHIT DI BARZAKH DAN AKHIRAT.
Keputusan-keputusan di atas adalah menurut keputusan Majlis Penasihat Shariah oleh Accounting & Auditing Organization For Islamic Institutions atau OIC Interntional Fiqh Academy (Majma Fiqh Islami) yang dianggotai oleh ahli-ahli pakar Shariah sedunia.
Sekian
20 OKTOBER 2006

Hukum Beli Emas Ansuran & Trade 'In'
a- Ustaz, saya ada mendengar bahawa barangan emas tidak boleh di beli secara ansuran, adakah ia benar dan mengapa? Untuk makluman, jual beli emas secara tangguh ini amat berleluasa terutamanya di Kelantan.
b- Pohon penjelasan ustaz juga berkenaan cara menukar emas lama dengan yang baru, yang dikenali sebagai "trade in" yang selalu di lakukan oleh kaum wanita di Malaysia.
- ingin selamat di akhirat-
Jawapan :
a. Jawapan Emas di Jual Beli Secara Ansuran.
Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang.
Bagaimanapun, terdapat pandangan yang mengatakan ia bukan lagi di anggap emas kerana telah dibentuk, bagaimanapun semua empat mazhab menolak hujah ini kerana gelang, cincin, rantai emas itu, walaupun telah di bentuk ia masih lagi emas dan tidak akan terkeluar dari sifat emasnya. Ia juga adalah pendapat sahabat seperti Ibn Umar, Udabah bin Somit dan disokong oleh pelbagai ulama kontemporari seperti Prof. Dr Muhydin Qurah al-Daghi, Prof Dr Ahmad al-Kurdi, Prof Dr Ali Salus. Prof. Dr Mohd Said Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi.
Rujuk pandangan mazhab empat dalam Al-Mabsut 14/4 ; Al-Bayan wa at-Tahsil 6/444 ; At-Tamhid 2/246 ; Al-Umm , 2/32 ; Takmilah al-Majmu' oleh As-Subky . 10/83 ; Mughni al-Muhtaj , 2/25 ; al-Mughni oleh Ibn Quddamah , 6/60 )
Ibn Abd al-Barr dlm Istizkar menyatakan telah berlaku ijma' (sepakat) mengatakan bahawa emas dengan emas seperti dalam bentuk 'at-tibr' (serbuk) dan apa jua bentuk emas tersebut, hukumnya tetap tidak harus berlaku sebarang tafadhul (tambahan dari mana-mana pihak yang berurusniaga) , demikian juga perak. Justeru tidak harus membelinya secara ansuran dan hutang.
Khatib As-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj (2/25) mengatakan bahawa hasil pembuatan atau tukangan emas hingga menjadi barang kemas berbentuk itu tidak memberi sebarang kesan kepada hukum emas yang asal.
Bagaimanapun terdapat satu pendapat minorti ulama yang mengatakan bahawa emas tulen apabila ia telah di bentuk sehingga menjadi rantai, gelang dan cincin. Ia telah menjadi sil'ah (barangan dagangan seperti kereta kerana terdapat proses pembentukan dan pembuatan) dan tidak lagi dianggap sebagai emas biasa, justeru hukumnya juga berubah.
Pandangan minority ini di katakan adalah pandangan Ia adalah pendapat Mu'awiyah (Rujuk riwayat ini dalam Al-Muwatta oleh Imam Malik dlm kitab Buyu' no 2541; An-Nasaie 7/279 ; Al-Bayhaqi 5/280, tapi Abu Darda telah menegur Mu'awiyyah kerana pandangannya bersalahan dengan nas hadith dan kemudian mengadu ke Sayyidina Umar, dan Umar juga mengharamkan) , Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim (Rujuk I'lam al-Muwaqqi'ien, 2/141 utk pendapat Ibn Qayyim dan rujuk kitabnya Tafsir ayat Asykalat utk pendapat Ibn Taymiah 2/632 tapi jika dirujuk Majmu' al-fatawa kita akan dapati Ibn Taymiah bersama pendapat jumhur pula) . Hasilnya menurut kumpulan ini adalah Harus untuk menjual dan membelinya secara hutang dan ansuran kerana ia telah jadi sil'ah (barang dagangan).
Ia disokong Prof Dr Mahmud 'Akkam dari Syria dan disetujui oleh As-Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi (kerana "umum al-balwa" - Perkara maksiat yang kurang mudarat tetapi terlampau meluas dan sukar untuk di halang).
Mereka semua menyokong apa yang disebut oleh Ibn Rusyd al-Maliki ( w 595 H) berkata (Rujuk Bidayatul Mujtahid 2/103) yang mengatakan bahawa: "perhiasan emas dan perak sudah terkeluar dari katergori emas tulen (yang tertakluk kepada hukum tukaran emas dalam Islam), justeru harus menjual dan membelinya walaupun secara tangguh.
Ibn Mufleh al-Hanbali (w 763 H) pula berkata (rujuk al-Mubdi' 4/149) : Sesungguhnya ia telah keluar dari sifat asal dengan sebab sun'ah (pembuatan dan pertukangan) .
Dalil-dalil jumhur dari pelbagai hadith, boleh rujuk di dalam kitab Az-ziyadah Wa atharuha fi al-Mu'awadah al-Maliah oleh Dr Abd Raouf Bin Muhd Al-Kamali (tesis PhD di Univ Imam dengan tahap Mumtaz, 2/558)
Kesimpulan dan pandangan terpilih : Maka hukum barang kemas adalah sama dalam hal ini, kerana ia tetap emas pada pandangan majoriti, lalu setiap pembelian dan penjualan yang dibayar menggunakan duit (maka Kesatuan Fiqh Sedunia telah memutuskan bahawa matawang kertas adalah 'nuqud istilahiah' yang sama hukum hakamnya dengan emas, maka jual beli barang kemas dengan wang adalah nuqud dengan emas, maka wajib taqabud boleh tafadhul kerana tidak sama jenis.
b- Jawapan Bagi 'Trade in' Emas Lama Dengan Emas Baru.
Jelas menurut perbahasan hukum bahawa 'trade in' emas lama dengan yang baru atau barang kemas emas lama dengan yang baru mestilah mengikut hukum yang dibincangkan di atas, iaitu menurut majoriti ulama setiap barang kemas tetap dianggap emas dan bukan sil'ah, maka bila seseorang ingin menukarnya dengan barang kemas baru emas yang lain. Ia mesti punyai dua syarat tanpa khilaf (Boleh rujuk pelbagai kitab antaranya al-muamalat al-Maliah al-Mu'asiroh oleh Prof Dr Ali Salus, hlm 180 ; Al-Buyu' al-Sya'iah oleh Dr Tawfiq al-Buti dan lain-lain), iaitu :
i) Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas tersebut ('Iyar) 20 atau 21 atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia adalah berdasarkan hadith yang menyebut tentang tamar khaibar (yang kurang elok atau buruk) yang ditukar dengan tamar Janib (yang elok) yang mana ianya mesti menuruti syarat sama berat walaupun berbeza kualiti. Hadith ini riawayat al-Bukhari dalam kitab al-Buyu', no 4553. Jika tidak Riba Al-Fadl akan berlaku.
ii) Mesti 'Taqabud fil hal aw fil majlis' ( diserah dan terima dalam satu masa) - kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan. Justeru, mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu juga. Jika tidak, Riba Nasiah akan berlaku.
Mungkin ada yang akan bertanya, jadi kalau kita ingin melakukan 'trade in' dengan emas baru yang lebih mahal harganya?? Bagaimana kita nak bayar tambahan harga itu?
Jawabnya : Ia sama dengan kes dalam hadith Tamar Khaibar dan Janib tadi. Jawapan yang diberi oleh Rasulullah SAW adalah : "Juallah dengan sempurna , ambillah harganya dan kemudian belilah semula dengan duit kamu tadi"
JELAS, CARANYA : MESTILAH SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN 'TRADE IN'. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM 500, KEMUDIAN PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU.
Kemungkinan jika transaksi seumpama ini di buat di Malaysia, ia akan kelihatan pelik. Bagaimanapun itulah cara yang selamat dari Riba.
Ust Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin. net

Saturday, March 24, 2007
Redakan Tekanan
Assalamualaikum,
Hidup di era ini, kita akan menemukan tekanan demi tekanan yg akan menyesakkan dada,membuatkan jiwa kita rasa bergelora.Memang hati takkan tenang sbb bila tekanan dah terlalu menguasai kita, tidur pun dah payah lena.Dulu saya tak percaya org yg byk masalah susah utk lena.Maklumla, saya tido jarang yang tak lena..He he...Kecuali sekali saya tak tido tu pun bukan takleh lena tapi itu percubaan utk tidak tidur.
Time tu masa matrik..saya sangkakan takde apa2,sudahnya org panggil pun saya tak dengar.Time tu bukan mengantuk sbb saya dah melepasi tempoh kemuncak kemengantukkan saya tp ntahla..Lalok semacam je masa tu...dinding pun tak nampak.Time tu nk try tido pun takleh..Saye pun taktau kenapa. Jadi permulaan hari tu, saya taulah bahawa saya ni jenis yg perlukan sedikit kerehatan dalam 2-3 jam takpe dah utk cas semula energy saya.
Setelah bersembang dgn seorg dua di alam ni, baru la saya tau,ada org yg payah nk lena.Betapa masalah begitu menguasai minda dan pemikiran seseorg sampai kene amik ubat tido.Tika tu, saya berasa amat bersyukur yg saya boleh tido.Tidur ni nikmat ape???
Pelbagai cara utk meredakan tekanan, di bawah adalah sedikit panduan tetapi atas kemahuan pembaca utk memilih yg mana satu sbg penyelesaian.Mungkin ada yg boleh guna kesemuanya. Ada yg boleh guna satu dua aje.Dan ada juga yg tak boleh pakai salah satu pun...
1. Makanla hidangan yg berkhasiat dan seimbang. Jgn hentam yg byk lemak lak. Makanla buah2an atau sayur2an...Jgn risau takde org nk kata kita kambing kalau makan sayur..he he...padanla org byk masalah cepat gemuk...he he...betul apa makan yg berkhasiat, kalau yg tak berkhasiat nnt sakit perut la apa la kan susah...?
2. Jgn abaikan hari cuti. Org yg byk masalah ni esp masalah opis suka la pulun jugak2 buat keje. Apalah kiranya amik cuti utk bg peluang kepada diri utk menghasilkan yg lebih baik pd esokkan harinya tu?
3. Kurangkan pengambilan kafein dan alkohol. Alkohol tu arakkan..jgn kata kurang, kompem haram minum. Buat pe la nk dera diri. Minum je dah la mabuk, mahal lak tu.Pastu boleh mensasarkan diri kelembah yg lebih hina.Kafein pulak boleh menslowkan pengaliran darah.Satu lagi, air bergas...kan opah dah bilang minum air,buat pe gi carik gas pulak buat minum???
4. Lakukan senaman lebih kerap. Kalau yg laki boleh la lari2 kat taman ke, padang ke, tapi bg org perempuan skang dah byk tpt yg eksklusif utk kemasukan org perempuan. Takpun lari je la dlm umah he he..Kalau saya, saya minat main bola dgn anak2 kat luar umah. Time main tu, kalau masak pun tak ingat.Apatah lagi kalau ade masalah.
5. Belajar teknik rehat spt yoga atau tarik nafas dalam2. Saya tak pandai yoga actually tapi bg saya duduk diam2 dan muhasabah diri adalah cara yg plg efektif. Bilang balik satu2 perbuatan kita yg menyebabkan kita boleh ditimpa satu2 masalah.
6. Cari penyelesaian terbaik terhadap masalah yg dihadapi. Ye, manusia takkan mudah2 terlepas utk didatangi masalah. Makanya, jumpa la kaunselor ka, kawan baik ka atau mereka yg dipercayai boleh membantu. Tp, cara yg terpaling baik adalah dengan mengadu pada ALLAH kerana hanya pada ALLAH jualah penyelesaian bagi semua masalah yg kita hadapi.
7. Kenali masalah yg merintang dan jgn terlampau menekan perasaan anda. Berfikiran positif lah sbb bila kita fikir negatif, semua perkara akan menjadi beban. Juga jgn lah berburuk sangka kepada ALLAH kerana apa yg ALLAH takdirkan mengandungi hikmah disebaliknya.
Semoga ada manfaatnya!!!
Perempuan Lain Call Suami Kita??
Assalamualaikum sumer,
Waduh-waduh, tajuk kali ni tersangat la rapat dgn diri sesetgh org. Maklum aa..Suami kita kan lawa, baik ati pulak. Mana-mana panggilan dijawab dengan sebaiknya. Dah nama pun baik kan? Siti,tajuk ni ada kene mengena ke dgn siti?? Mmmm...ada kot, tu yg terlintas tu nk berbincang dgn org lain.
Minah : Elo, can i speak to nora?
Suami org : Ye, saye la Nora... (walaupun suara garuk bak garuda)
Minah : Ooo...Maaf lah ye saya silap nombor pulak
Suami org : Ok, takpe... (hajatnya nk letak dah)
Minah : Saya bukannya apa, nk ckp dgn nora sbb nk cerita kisah lama saya...maklumla dulu saya selalu kene pukul dgn suami...dan story seterusnya
Suami org : (Walaupun konpius, dia masih bertanya)-apa2 bentuk soklan yg menunjukkan dia caring-
Situasi yg lain, dimana keduanya saling mengenali...
Minah : Encik, air A kene tuang dlm balang B, Tali C kene sangkut kat ampaian D (hal kerja la kononnya)
Suami org : OK, insya ALLAH, akan ku siapkan sebaik mungkin. Mmm...ada apa lagi selain yg tlh dinyatakan?
Minah : Takde apa dah.
Suami org : Beres aa kalu takde apa...
Minah : Eh, ade! I LOVE U!!! (terus memutuskan talian)
Aha...kalau nk list mmg bykla cth perbualan.Tapi cukuplah yg ni je sbg pelaris... :). Maklum saja dunia sekarang kelihatan seperti mahu menghalalkan batasan pergaulan yang telah digariskan dalam Islam. (Cop!! Kebetulannya ada ustaz nk bg ceramah buat sedikit karangan ttg pergaulan bebas, sape nak kene email atau YM saya no).
Wahai suami,
Tatkala perkara sebegini berlaku pada kalian, tidak kisahlah setara mana bini anda. Sama ada dia masih seperti gitar atau telah bersaiz tong drum, ingatlah bahawa hak mereka masih perlu anda jaga. Mungkin juga dia akan melenting, tapi adalah terlebih baik kalau anda bercerita kepada mereka. Bukankah kejujuran itu penting dlm perhubungan??
Susah ke nk jujur ek? Sbb lelaki ni mmg pd hakikatnya sangat payah nk bercerita.Tapi org perempuan akan rasa lebih tertipu kalau korang tak cerita sendri. Bgtau la sbnrnya korang tak mau terjadinya perkara sebegini. So, apa yg patut abg buat. Kalau bini kata alah, layan je la... Maka siap2 la duit nk tanggung dapur dua rumah tapi kalau tak mampu, tinggalkan aje.
Wahai isteri,
Terkadang masa suami merasakan perkara ni terlalu kecil utk dibincangkan. OK takpe..Tapi bila terjumpa mesej ke atau rekod panggilan tepon suami kita menunjukkan sesuatu yg tak kena dicampur dgn perasaan tak enak, rasa mcm ade apa2, maka berbincangla cara baik. Jgn main baling je UFO kat suami buatnya mertua kita tukar no tepon baru tak ke naya laki kita kene baling??
Sbb bila kita mulakan dgn ganas, biasanya balasannya adalah lebih ganas. Kan sifatnya perempuan ala2 ayu gitu. Makanya pilih lah masa yg sesuai dan mukadimah yg halus sbg contoh:
selepas makan dan tgh bersandar kekenyangan antara satu sama lain
isteri : kande, boleh dinda tyakan sesuatu?
suami : utk dinda, apa saja... :)
isteri : kande sayang dinda tak?
suami : dinda takkan sedar betapa dlmnya kasih sayang kande buat dinda
isteri : kande bosan ke sembang dgn dinda?
suami : ih, mane boleh bosan. Dinda la penghibur kanda walaupun mulut dinda boleh tahan ye kak mah (peramah) nya...
isteri : abis tu, nape kanda layan org lain tepon? dinda tak suka la. tak baik tau kanda sbb tu kan boleh melarat2 sampai jadi dosa.
suami : ih, sbnrnya takde pape la dia tu silap nombor.
isteri : kalau gitu gini la, lepas ni kalau dia nk ckp pun biarla dinda yg jawab ye. kalau dia kol time dinda takde,boleh tak kanda janji jgn angkat.
suami : Ok kanda janji!!
isteri : time kasih, tp kanda tau tak apa yg kanda dpt kalau kanda mungkir janji?
suami : kanda akan dapat dosa sayang
isteri : dosa bukan dinda bg tau, kanda musti ingat...
ahaha..lebih kurang tu lah cthnya. Bila2 nk tegur part suami buat salah sikit, biarla berhemah supaya dia tak cari khemah lain utk tido. He he..Bila dah muafakat begini sllnya dah tak apa. Berilah kepercayaan dan harapan utk mereka berubah. Maklum saja suami kita tak kira la seorg perdana menteri ke, drebar teksi ke, atendan spital ke, ustaz ke...mereka hanya manusia biasa.
Dan, apa pulak yg akan kita gunakan utk memutuskan mood perempuan yg call suami kita? Kata seorg sahabat, jgn fire dia sbb bila kita fire, kita akan dapat fire yang serupa pulak. Makanya berlemah lembut tapi tegas adalah perkara yg terlebih baik.Tunjukkan bahawa kita adalah isteri yg disayangi dan menyayangi suami kita.
isteri : elo assalamualaikum!
minah : waalaikumussalam
isteri : bole tau ke sape cakap tu?
minah : eh yg awak tepon saya ni, awak nk cakap dgn sape?
isteri : oo..saya pun tak kenal sape tapi saya nk ckp dgn tuan punya no ni.Maklum la no ni saya perasan dah byk kali juga tepon suami saye.
minah : oh, maaflah (biasanya dah ketar). Saya silap no belakang sekali aritu. Saya nk tepon ke org lain.
isteri :ooo..silap no pun boleh berkali2 ye. Siap mintak suami saya dgr masalah, anto mesej nk berkawanla...
minah : eh, bukan saya kot mungkin kawan saya ke anak saya ke main.
isteri : pelik pulak sbb main2 pon mcm melarat2 ye.Saya bukan apa, suami saya selalu cerita ada sorg ni sll tepon bgtau bekas suami dia tu sll pukul dia, pastu suami saya kata lagi, org tu kadang nk gi tpt keje pun tepon bgtau ada kat mana.Awak rasa tak pelik ke?
minah :Oklah, takpe ye..(dah sebok nk letak tepon sbb minah ni biasanya dia ingat suami takkan share dgn bini benda gini, dan biasanya lelaki mmg pandai pun nk cover line sendri)...
isteri : okla tapi lain kali kalau nk share masalah, dgn saya pun boleh. Saya boleh jadi kawan yg baik juga apa...Lagipun, saya sayangkan sangat kanda saya tu jadi benda mcm ni mmg dia takleh simpan sorang2...
minah : Okla,oklah.......tut..tut...
Ha ha...nasihat je slow2 sbb kalau kita kata dia pemusnah hubungan kita suami isteri, lagi la senang dia nk kata kita tak pandai la jaga suami. Mcm2 leh dia tuduh kalau kita buat cara org bodoh time nk sound org mcm ni. Jadi, semua....boleh faham maksud saya...
Ingatlah, suami kita bukan sempurna...tapi once dah tau, jgn biarkan melarat. Walaupun tak jeles mana, buat2 la tya sbb takut berlarutan, kita gak la yg ketinggalan. Mmm...mungkin ada salahnya cara yg saya cadangkan ni maka kalau sesuai utk sesiapa, gunakanlah..Selebihnya berdoalah kepada ALLAH semoga ALLAH menjauhkan perkara yg tak kita ingini berlaku pada kita sekeluarga. Semoga ada manfaatnya!!
Monday, March 19, 2007
Pentingnya Zat Besi
Assalamualaikum,
Dah lama tak cakap pasal kesihatan. Ni pun simple je actually. Hanya secara kasar aje menyentuh tentang zat besi. Tanpa disedari, kaki kita yg membawa kita kemana2 ini sangat2 memerlukan zat besi utk membolehkannya menjalankan tugas dgn baik. Maklumla kalau badan kita kecik pun dia letih la, lenguh la…ni apatah lagi yg saiz double triple kan?
Kalau sekali fikir rasa kesiankan kat anggota badan yg kita guna berterusan setiap hari. Mata pun lebih kurang je. Kalau malam je mesti ramai yang kelabu2 bukan sbb rabun kadang tu tapi sbb dia dah tak terlarat nk menanggung bebanan kerja. Ish..apa la kene mengenanya dgn zat besi ek…?
Disenaraikan di bawah beberapa tips utk maintain pengaliran darah yg lancar utk badan.
• Bagi mengelakkan rsa kejang msa malam atau pun sejurus selepas bangun dari duduk yang lama, elakkan byk minum kopi, teh atau cola sbb minuman ni byk kafein. Bila kafein byk dlm badan, nnt pengaliran darah pun tersekat2…kaki kan jauh dari jantung? Lagi la kesian…
• Kepada perokok he he…asyik kene je org merokok ni tak boring ke? Bawak2 la berenti… Maklum aje, org merokok ni senang le sesangat kene penyakit. Antaranya ni lah, peredaran darah terganggu…
• Pastikan kita mendapat khasiat zat besi secukupnya sbb zat besi akan memperbaiki peredaran darah. Makan le byk sayuran hijau dan makanan tambahan mcm asid folik..dapatkan nasihat dari doctor ya..
oo..ya…padanlah ye saya selalu kebas2 kalau duduk lama…rupanya kekurangan zat besi..ok lo..nak gi cari besi nak makan!!! Salam!!

Sunday, March 18, 2007
Penguatkuasa dan Penguatkuasaannya
Assalamualaikum,
Penguatkuasa sll ditakuti betul? Tapi ramai manusia yg tak takut pada ALLAH dan Malaikat sbb ALLAH dan Malaikat tak tangkap org yg buat salah kan? Tanpa kita sedar, mmg kita tak ditangkap sekarang tapi kesalahan kita akan dicatat. Seterusnya di Akhirat sana kita akan di dakwa. Bukan ke itu lebih menakutkan?
Walaubagaimanapun, ALLAH tidak semudah itu utk menghukum kita. ALLAH masih ada pertimbangannya maka diutuskan Rasulullah utk menjadikan kita manusia yg terbaik sblm tiba di bumi akhirat. Makanya, org yg kesalahannya dicatat sebenarnya adalah org yg benar2 bersalah dan degil dlm melaksanakan suruhan ALLAH.
Sayang sekali penguatkuasa di dunia ini sbb tak mau mempelajari kaedah yg telah ALLAH ajarkan. Ini menjadikan mereka ditakuti dalam kebencian. Tu sbb bila diorg ada org tak buat salah, tapi bila diorg dah blah org jahat serupa tu jugak. Sepatutnya, tugas penguatkuasa adalah sebagai pendakwah. Yang patut menyuruh kepada kemakrufan dan menghalang perbuatan mungkar. Bukannya semata2 mencari salah org dan menghukum.
Kalau dilihat dalam Islam, adalah salah kalau seseorg tu dengan sengaja melihat seseorg melalui kesilapan dan terus menangkap mereka. Sepatutnya, dia harus bertindak awal sebelum dari dosa itu berlaku dulu. Ni tak, skodeng punya skodeng tgu dlm keadaan bersalah barulah tangkap. Silap teknik tu brader.
Maksud saya di sini, mcm org nk masuk tpt yg kita tau byk org buat maksiat. beri nasihat tapi kalau diorg degil, baru boleh disusuli dgn ancaman dan amaran. Ini bukan bermakna kita nak tutup kelemahan umat Islam tapi kita mau setiap org cuba elakkan dari buat kesalahan.
Makanya, setiap umat ISlam sebenarnya harus sentiasa diingatkan tentang dosa supaya mereka tak melakukan dosa lain lagi. Tapi kalau mereka sama berani je, tak segan silu buat dosa mestilah diorg ni layak utk didakwa dan dihukum....
Posting ini ditujukan pada siapa? Pada mana2 keadaan pun sesuai. Pada polis, pencegah maksiat, ketua kelas, bos di opis, cikgu kelas, naqib usrah dan lain-lain...semoga kita sama2 diberikan kekuatan utk mencegah perlakuan mungkar....
Salam!!!

Panggilan Manja Eratkan Kasih Sayang
Assalamualaikum,
Panggilan manja? Suka kan? Kalau org panggil kita dgn panggilan manja? Apa fungsinya panggilan manja? Bagi saya panggilan manja boleh membangkitkan kemesraan..Tul ke? Mungkin la kot cuba tgk kalau org panggil ayang ke, anje ke, mcm romantic je kan even suara mcm hulk ke kan?
Lagipun, panggilan manja ni boleh memastikan kasih sayang kita laki bini sentiasa padu. Sbb, bila kita guna panggilan manja tu takkan la time gaduh kan? Tapi sll org yg guna panggilan manja ni, time gaduh bukan main lagi…tapi kalau org yg still guna panggilan manja time gaduh lagi nampak sopan santun..maklum la, gaduh pun anje lagik…
Panggilan manja tu kalau kita guna biarla ikhlas kan…kalau time nak sebut ayang tapi rasa mcm nak termuntah baik tak payah..cian kat laki atau bini kita..ahaks..sbb kalau perbuatan yg ikhlas ni, biasanya akan ada susulan yang baik dari perbuatan kita. Takkan la pulak mulut bukan main lagi lentok, tiba2 tangan pun sama handal lempang bini…
Satu lagi, kalau bini main panggil laki dgn nama je, nampak mcm tak hormat suami je. Tapi makcik saya panggil suami dia dgn nama je. Ade gak saya tanya nape panggil nama selamba je dia kata pakcik hang yang tak bagi. Dia kata panggil abg dia jadik geli..he he…sbb dia sebelom tu tak pernah sibuk2 nk kawen ke, nk mengurat ke alih2 family yg lain suruh dia kawin. Dia ok je cuma tak pandai romantic…
Suami saya pulak, kalau dok depan org panggil saya dgn “psss…..”. saya tak kisahla tu sbb depan org kan. Tapi ye lah, nampak pun dah mcm berbisik, time tak dengar tu rasa geram jugak n saya selalu ingatkan dia berkali2 my name is dot dot dot…dah la tu, kalau jalan mana2 je kalau terdengar je bunyi psss saya tertoleh2 kot2 la dia yg panggil maklum aa tpt keje kitorg pun tak jauh…
Anyway, bab panggilan manja ni terserah la pada pasangan masing2. moga ada satu panggilan yg baik utk memanggil suami atau isteri…juga utk anak2 sebenarnya. Kenalah kita guna panggilan yg baik2…ni tak nama abu, panggil burn…takpun panggil gemuk sbb dia gemuk..rasa kesiannya kat budak…
Saya teringat sgt dulu husband saya sll marah sbb panggil anak dgn panggilan manja. Bimbang anak jadi manja..so, kalau nk timang anak saya guna budak pandai ke, budak baik ke, budak encem ke…ikutlah yg mana dan janji bukan yang buruk2. kalau tak nnt kene sound dgn suami..dia pun dah byk kali kata, mulut mak ni doa…betul juga ye..
Oklah, semoga mendapat manfaatnya…
Saturday, March 17, 2007
Rogol Mahram
Rogol mahram
Assalamualaikum,
Rogol mahram sebenarnya menunjukkan bahawa keluarga itu mengalami kepincangan dalam institusi kekeluargaan. Kenapa mesti kita mengambil berat tentang topik ini? Bayangkan bagaimana seorang gadis yang dirogol mahramnya sendiri akan melalui masa depan mereka?
Fakta dari Bukit Aman menunjukkan 50% kejadian rogol mahram dilakukan oleh bapa kandung atau tiri. 50% dari kejadian rogol mahram melibatkan gadis bawah 16 tahun
Kenapa mudah sangat berlaku rogol mahram?
• Gadis biasanya tak dapat mengagak bahawa diorg akan menjadi mangsa kepada org yang mereka sayangi sendri
• Gadis yang dirogol tak tau undang2 dan mudah diugut oleh perogol
Punca lain :
• Tidak mengawal nafsu – apabila nafsu tidak dikawal, baik dan buruk tak dapat dibezakan lagi
• Keluarga mengalami krisis moral – kehidupan dalam keluarga yang tidak harmoni, tidak mengamalkan kehidupan beragama dan mementingkan diri sendiri
Akibat :
• Ahli keluarga perempuan tak percayakan ahli keluarga lelaki lagi
• Rasa jgn percayakan mana2 lelaki boleh wujud dalam diri seorg gadis
• Anak dara dah tak rasa selamat dan aman duduk dalam rumah sendiri
Jadi, apa yang perlu kita lakukan? Mestila kene ambil langkah berjaga2. persekitaran sekeliling memerlukan kita sebagai manusia supaya menebalkan iman. Tanpa iman dengan mudah sekali kita terpengaruh dengan hasutan syaitan. Anak perempuan dari kecik lagi kita perlu ajar pakai pakaian yang tak mendedahkan sangat tubuh badan even duduk dalam rumah.
Ada setengah orang tya saya, tak kesian ke bagi anak pakai tudung. Memang saya sendiri kesian dia baru 3 tahun abah dia suruh pakai tudung even ke laman rumah. Tak setiap masa la sbb dia budak sangat lagi. Kadang tu bila tgk anak sulung saya tu terlena dalam kereta berpeluh2 dgn tudung rasa kesian sangat. Tapi saya takut sangat masa akan datang nanti mcm mana.
Dia pun macam anak perempuan org lain. Memang kami ade belikan baju gown sbb baju budak perempuan kan comel. Kalau abahnya yang pilih biasanya gown dia labuh sampai ke buku lali. Gown tu akan tahan lama n once gown tu dah paras betis, saya akan pakaikan dia dengan seluar panjang. Mak saya sendiri kata sian Asmaa’ tak ke dia panas. Tapi bila dah biasa, Asmaa’ sendiri kekok kalau tak dipakaikan seluar pada dia.
Sebenarnya pendekatan kita menggunakan agama sebagai panduan kehidupan adalah yang terbaik untuk masa depan anak2. jadi fikir2kanlah untuk masa depan bersama. Salam!!!
Tuesday, March 13, 2007
Halalkah Percintaan Ini? Eceh...
Assalamualaikum,
Semoga semua sahabat berada dalam keadaan sihat sejahtera.... tajuk di atas adalah berdasarkan kepada permintaan dari seorang sahabat yg telah kembali kepada Islam..mungkin terasa jodohnya sudah hampir tiba tapi masih bimbang seandainya dia menggunakan cinta di jalan yang salah. Saya juga terpaku bila dia tanya soalan ni. Maklum saja, perkara ni macam biasa je berlaku pada masyarakat sekarang. Apa yang lebih membimbangkan, masyarakat tak tau pun benda cintancintun ni betul ke salah. tak tau kalau betul lagu mana..kalau salah pulak kenapa...
Tengok aje keliling masyarakat kita. Kat sana bunyi org rogol, sini kawin lari, situ buang anak...doh la, takut pulak nk sebut banyak2. kenapa agaknya semua ni boleh terjadi? Betul tak kalau agak2 saya la sebab org tak kenal hukum hakam? Saya bukan org yg pandai bab hukum, jauh sekali mempunyai pengetahuan yg mendalam dalam bab ni, cuma sekadar nk berkongsi bacaan. Artikel ni saya dapat dari email juga tapi dia pun forward dari mana saya pun tak pasti...Hopefully ayat mudah saya boleh membuatkan kita sama2 faham ye..tak banyak, sikit pun takpe..
Realiti Ummat
Persoalannya adakah Islam membolehkan kita bercintan-cintun ni? Bagi mengatasi masalah ni, kita kena kaji dulu faktor terjadinya cinta-cinta ni...PERGAULAN BEBAS..betul tak? Macam mana pulak PERGAULAN BEBAS ni terjadi? Sbb sistem kapitalisme yang kita agungkan...Ops, kalau nk cakap lebih2 hal ni, dah luar kemampuan saya....SBB contoh dalam satu rumah, ketuanya ayah tak larang ahli dalam umah buat salah, camne agaknya isi rumah tu??? Fikirkan...
Kenapa terjadinya perasaan tertarik antara sesama lawan jantina? Nilah namanya FITRAH manusia yang mempunya naluri utk mengadakan keturunan. Makanya, Islam telah menggariskan beberapa peraturan untuk memenuhi fitrah ni.
Rasulullah SAW telah bersabda:
“Tidak dihalalkan bagi lelaki dan wanita untuk bedua-duaan sebab pihak yang ketiga adalah syaitan, kecuali (disertai) mahram”.
[H.r Ahmad, Bukhari, Muslim dari Amir bin Rabi’ah.]
Sabda Baginda lagi:
“Sungguh aku (Rasulullah SAW) benar-benar mengetahui beberapa umatku, datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar pembuktian (yang nampak putih) lalu Allah menjadikannya berhamburan / berkecai sia-sia. Tsauban bertanya:Ya Rasulullah jelaskan kepada kami sifat-sifat mereka, kerana kami khuatir termasuk seperti mereka sedangkan kami tiada yang menyedarinya. Jawab Rasululah SAW: Mereka adalah saudaramu yang melakukan ibadah di malam hari, tapi apabila mereka bersunyi-sunyian dengan yang diharamkan oleh Allah SWT, mereka mengganggu kehormatannya” .
[Al Hadith]
Dari dua hadis di atas, walaupun kita ni jenis kuat beribadat ke tapi tak jaga pergaulan maka adui la....takut rasanya sbb skang ni mcm berleluasa sgt bab campur gaul ni...uhuk....Yang tak best tu kalau kita tegur, "Takleh ni dik, duduk berdua2an gini.." Dengan konfiden je dia marah kita pulak balik.. Ramai yang akan tidak bersetuju apa taknya dah takleh nk dating2, takleh nak gesel2, takleh nk pegang2, takleh nk manja2....THAK KHUASHE!!!
Antara FITRAH dan Tuntutan Nafsu
Telah banyak kita dengar atau terbaca akan pengertian percintaan. Maka ada dua kemungkinan pengertian mengenai percintaan/pacaran: -
a. Perasaan seorang lelaki ingin mencintai perempuan atau sebaliknya.
b. Dua insan lawan jenis yang saling mencintai.
Nampak ke beza antara dua ayat di atas... Acu baca berulang kali, kot la faham. Takpun cuba faham dgn cara ni... Nota A tu bermaksud nya lebih kurang perasaan tu adalah fitrah. Fitrah yang dah ALLAH ciptakan dalam diri kita.
Firman Allah SWT:
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berupa kecintaan pada apa yang diingini, yakni wanita..” [TTQ Al Imran : 14]
Persoalan berhubung bagaimana untuk meneruskan perasaan cinta itu adalah hak Islam (Allah SWT) untuk mengaturnya.
Sedangkan pengertian yang kedua pula berkaitan dengan pengungkapan dan perasaan cinta itu dengan berdua-duaan, saling berboncengan, saling berpandangan kemudian melangkah setapak lagi dengan berpegang tangan dan yang paling kronis lagi berani berciuman dan sanggup menyerahkan segalanya demi cinta mereka. Inilah yang haram menurut Islam. Islam sebagai satu sistem hidup yang lengkap telah mengatur pergaulan antara kaum yang berlainan jantina.
Islam memerintahkan seorang lelaki atau perempuan agar menundukkan pandangan mereka (bukan bererti harus memalingkan muka atau tunduk) tetapi tunduk dalam erti kata menahan pandangan yang disertai syahwat, seperti firman Allah SWT:
“Suruh orang-orang beriman menundukkan pandangan dan memelihara kehormatannya…” [An Nur: 311]
“Dan suruhlah wanita-wanita mukmin menundukkan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan janganlah mempamerkan kecantikannya kecuali bahagaian badan yang boleh kelihatan (muka dan telapak tangan) dan supaya menutup dadanya dengan kerudung (khimar)…” [An Nur : 31]
Jadi jelas tak apa yang difirmankan tu? Saya bukan nak mentafsir ayat ni tapi ada baiknya perhatikan isi kandungannya :
a. Menahan atau menundukkan pandangan, dlm erti kata lain tengok sampai naik perasaan syok gitu....he he, kang ade pulak yang tunduk pastu tengok2 mata dia bukan main lagi jeling kat bucu mata...yang ni tak masuk dah bahagian menundukkan pandangan, tapi dah juling ni he he....
b. Menutup aurat. Kalau masuk bab tutup aurat, org laki pun pakat2 la tuding jari kat org perempuan kan? Kena la faham ye, org laki pun ada auratnya juga tau. Kenapa ya skang ni org kata kalau pakai tudung tu mcm org kuno je? Padahal seseorg tu akan selamanya berdosa selagi tak tutup aurat..Dan ada pulak yg pakai tudung dah rasa cukup je tutup aurat, tapi pakai baju ketat tu hingga takde lekuk yang tak nampak....
Skang ade pulak yang tanya, pastu mcmne nak kenal dgn calon pasangan kalau tak cintan cintun, tak dating2, tak peluk2....Sebenarnya ini hanyalah dalih utk membolehkan kita bercinta sebelum kawen. Adakah hanya dengan jalan ini sahaja kita dapat memahami peribadi seseorang?
Penyelesaian
Dalam Islam ikatan antara lelaki dan perempuan hanya ada dua iaitu pinang/tunang (khitbah) dan nikah. Jadi persoalan untuk memahami peribadi seseorang yang kita sukai itu boleh ditanyakan kepadanya (wanita) dengan niat yang benar-benar kuat untuk menikahinya. Akan tetapi wanita tetap harus disertai muhrimnya (sekiranya berlaku pertemuan).
Jadi, sekiranya alasan kerana tidak saling kenal mengenali peribadi yang disebabkan tiadanya proses percintaan akan menimbulkan salah faham atau seumpamanya, maka alasan tersebut merupakan alasan yang dicari-cari.
Meminang adalah cara Islam untuk suatu pernikahan. Konsep pertunangan juga adalah suatu aqad di antara lelaki dan perempuan untuk melanjutkan hubungan dengan menikah di suatu masa kelak. Aqad ini hendaklah dengan kesungguhan dan bukannya sekadar suka-suka semata.
Cuma kekadang dalam suasana masyarakat kita pada hari ini telah mencampuradukkan konsep pertunangan ini dengan masalah uruf (adat). Menikah tidak dilakukan begitu sahaja tanpa fikir panjang, ada cara untuk mewujudkan dan menyempurnakan dengan meminang.
Islam membolehkan orang yang meminang melihat yang dipinang dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Islam. Tetapi meminang (pertunangan) itu sendiri bukanlah bererti sudah separuh rasmi sebagai pasangan suami-isteri atau sebagai lesen untuk melakukan perkara-perkara yang boleh dilakukan seperti pasangan suami-isteri atau bebas diheret ke sana ke mari tanpa mengenal batas melainkan sebagai tanda ikatan untuk akan bersama kelak.
Berhubung dengan tindakkan melihat wanita yang dipinang, Rasulullah SAW telah bersabda kepada salah seorang sahabatnya iaitu Mughirah Ibn Syu’bah:
“Pergilah dan lihat dia (calon isteri) kerana itu pantas agar menjadi dasar atau pedoman bagi kalian berdua”. [Sunan Ibnu Maja, juz 1 hal. 599]
Khatimah
Sekarang, BERSEDIAKAH KITA MENJADI ISLAM DGN SEBENAR2NYA ISLAM? Kerana dalam Islam, perkara yang haram confirm haram... Banyaknya perceraian bukan suatu hal yang boleh menghalalkan proses percintaan itu. Ianya tetap haram. BERSEDIAKAH??????
Monday, March 12, 2007
55 Reasons why I love You
Boleh agaknya kalau sekali-sekala kita anto msg mcm ni pada pasangan kita kan...Mmmm cutenya.....!
1) The way you stand by my side
2) The times you make sure nothing will harm me
3) How you always find a new way to "WoW" me
4) When I'm sad, you take the pain away with a joke
5) How you always look deep into my eyes
6) How you can make my heart melt with your soft lips
7) The way you hold my hand so tight
8) The way you never let my hands go
8) How you always watch out for me
9) They way you make sure I have everything I need
10) How you always know what to say when I get mad at you
11) When you buy me things out of the blue
12) How you say the cutest things over and over and never gets old
13) The way you play with my hair when I'm falling asleep
14) The way you stare at me as if I am the most handsome guy in the world!
15) The times when you where determind for me not to be mad at you anymore
16) The way you look when I get all dressed up
17) The smile you give after I'm done kissing you
18) The way you act like a dork but make me laugh
19) The way your not embarrased to say or do anything in front of me
20) How you can just defend me and not be scared
21) They way you walk when you get sad!!
22) The look you make when you get jealous
23) When Im feeling the worst, you make me feel the happiest
24) The way you sing to be all cheesy
25) How you can just drive hours to see me for a day
26) How you always finish my sentences
27) How your the only one who thinks im NOT weird
28) How your the only one who gets my joke... and laughs
29) The way we play stupid games, but you play anyways
30) How I can never hate you
31) How you love me like no other
32) The way you touch me as if I might break
33) How you tell me long stories that have no meaning, but you know I'll listen anyway
34) How you listen to me talk for hours
35) How you forgive me when I do wrong
36) How you hardly ever get mad at me
37) The way you look after I say I love you
38) How times it seems like we're the only ones here
39) the way your not embarrased to call me sweet things in front of anyone
40) The way you call me every freakin minute
41) The way you always find a way to see me or talk to me
42) How you put ME before you friends
43) How you would do anything I say
44) The way you get my attention
45) The way I turn you on, without me doing anything
46) How you can just speak your mind
47) How your not afraid to tell me your feelings
48) How you can cry in front of me with out being shy or embarassed
49) How you can diss parties to just stay home with me all night
50) How we talk on the phone all night
51) How we both get along so well
52) The way you spend all your money to buy calling cards for me
53) The way we're so much alike!!
54) How you make me feel when I think I'm nothing
55) the way you inspire me with your thoughts and emotions!!!!
thanks for aini rani for this nice email
Naluri keibuan
Assalamualaikum,
Pernah dengar tak dlm drama ade byk. Sorang mak, dia sedar anak dia sibuk tolong dia buat kerja. Pastu mak tanya, “ko ni nak bodek ape aa kat mak yang sibuk2 cuci pinggan nih?” tak pun di situasi yang lain, sorang mak tak sedap sangat2 rasa hati rupa2nya anak dia ditimpa kemalangan? Ataupun, sorang mak ni bgtau anak dia yang kekonon nak berahsia dgn mak sendrik kata kat anak dia, “Ala, ko kalau tak bgtau aku pun, aku taunye apa dalam hati ko tu.”
Aha, nila magic. Kalau mak2 yang membaca ni pernah rasa maka itulah yang dinamakan firasat atau bahasa omputehnya intuition. Sebenarnya, dalam kita mendidik anak2 ada baiknya jugak kalau kita gunakan gerak hati ni. Sebenarnya gerak hati ni ALLAH berikan pada kita sebagai ibu ni dan ada kalanya abah untuk memahami anak2.
Gunanya adalah untuk kita memahami anak2 tanpa mereka bgtau kita apa yg mereka mahukan. Ok, kalau satu masa tu, kita rasa anak kita ni macam buat benda yang tak betul, so, kita nasihat la dari hati ke hati. Jgn abaikan doa sekali sebab apa saja yang kita lakukan biarlah harapan kita digantungkan pada Yang Maha Kuasa.
Selalunya hati kecil kita sentiasa benar dan bersifat suci. Inilah fitrah manusia sepertimana juga fitrah seorang anak yang baru lahir, hatinya suci bersih seperti kain putih. Tapi ramai yang tak percaya. Ada yang kata aku ni jahat, ko buat lah mcm mana pun aku tetap jahat. Sebenarnya itu melawan fitrah. Jauh di satu sudut hati kita mahu kita menjadi baik.
Sabda Rasulullah SAW: "Anak dilahirkan suci bersih. Ibu bapanyalah yang menjadikan ia Nasrani, Yahudi atau Majusi." (Riwayat Bukhari)
Mengapa Ibu Lebih Rapat Dengan Anak-Anak?
1. Kerana ibu mengandungkan si anak di dalam rahimnya selama sembilan bulan sepuluh hari. Mereka berkongsi saluran pernafasan dan saluran makanan yang sama.
2. Ibu lazimnya mengasuh, membela dan mendidik anak dari kecil hingga dewasa.
3. Tangan ibu menyuapkan makanan ke mulut si anak.
4. Anak perempuan mahupun anak lelaki sering bersama, bertemu dan mengadu hal kepada ibu.
5. Ibu lebih bersifat lemah lembut dan lunak hati. Ini yang memudahkan anak berhubung dengannya.
Atas sebab tula kalau anak nangis ke sakit ke kan selalu dia panggil mak dari panggil abah, kecuali la mak dia ganas ataupun mak dah takde kan. Sebab itulah apa yang terlintas dalam minda seorang ibu harus ditanggap dengan cepat dalam menangani masalah anak-anak. Apabila ibu melihat dan merasa ada perkara yang tidak kena dengan anaknya, ibu harus bertindak cepat dan jangan membiarkan ia berlalu begitu sahaja.
Apa yang hati kecil kita rasa, itulah sebenarnya perasaan yang mutlak. Hati kecil yang sifatnya suci tidak mungkin menipu perasaan kita. Jika hati kita hampir dengan Allah SWT, maka Allah akan mendatangkan ilham ke dalam hati kita untuk memberi petunjuk atau gerak hati di dalam menangani sesuatu perkara atau masalah.
Mcm tu la alkisahnya gelombang minda. Sebenarnya bukan mak dgn anak aje yang ada gelombang minda. Kita2 ni pun tapi kalau rapat la. Sebab tu, sorang isteri yang betul2 cintakan suami dia, akan sentiasa ternampak2 muka suami dia even suami dia takdela encem sangat..ahak..
Saya ada satu cerita kawan saya. Parents dia mmg nampak okla, takdela menunjukkan sangat ciri2 romantik tapi kira ok la… satu hari yg mak tu terasa nak beli gunting rumput tu. Ape ntah namanya saya pun tak pandai sangat tapi gunting besar tu la. Yang abah dia pulak teringat jugak nak beli benda yang sama. Maka, masing2 bawak balik gunting besar masa balik keje. Comelkan? Benda yang nampak mustahil tapi ye lah…nampak sangat ade kesatuan dalam pemikiran. Pernah rasa tak?
Pengalaman saya sendiri, masa nak namakan anak yang baru ni lahir. Saya memang berhajatkan nama Uwaiys tapi saje nak tanya abah dia nak letak nama apa ye baby kali ni. Bila bukak msg, suami saya pun cadangkan nama yang sama. So, tak payah nak berbahas sbb yg sebelum2 ni kami masing2 ada cadangan sendiri.
Tu jelah sekadar panduan untuk diri dan yang membaca. Percayalah pada hati. Jgn sampai tersilap dan tak dapat bezakan kata hati dgn bisikan syaitan. Salam!!!
Shaken infant syndrome
Assalamualaikum,
Pernah dengar tak tajuk di atas? Saya rasa ramai yang dah pernah baca tentang ni. Terutamanya para ibubapa, anda perlu tahu tentang bahaya menggoncang anak. Biasala kalau anak menangis kita pujuk mcm2 cara. Henjut anak sampai diam tapi tanpa kita sedar, perbuatan tu rupanya memudaratkan anak kita. Pastinya sebagai ibu bapa yang penyayang, kita tak mau kemudharatan berlaku pada anak kan?
Izinkan saya mengulang fakta tentang fenomena ni. Terdapat kajian di negara Barat yang membuktikan xtvt menggoncang, melambung atau menyentak baby especially budak bawah 2 tahun. Kenapa? Sbb dgn memvibratekan diorang ni akan menyebabkan salur darah dalam otak diorg terkoyak atau pecah.
Bayi berusia dua tahun ke bawah mempunyai otot tengkuk yang lembut dan
lazimnya ia akan hanya terbentuk dengan sempurna secara berperingkat-peringkat bagi menyokong serta mengawal kepala. Jadi, jika tubuh mereka digoncang, kepala mereka akan bergoyang-goyang ke depan dan belakang, yang mana boleh menyebabkan kerosakan otak dan pendarahan sama ada di dalam atau di atas otak.
dibawah ini disenaraikan antara perbuatan kita yang membawa kepada kerosakan yang sama :
• Berulang kali menjulang anak kecil anda.
• Berjoging sambil membawa bayi atau kanak-kanak sama ada dengan
mendukungnya di belakang atau di bahu.
• Membawa mereka menunggang kuda.
• Memusingkan anak kecil anda.
Apakah masalah yang boleh dialami akibat perbuatan itu?
• Kerosakan otak.
• Kecederaan tulang spinal.
• Buta.
• Kecederaan mata.
• Sawan.
• Patah tulang.
• Terseliuh.
• Kecacatan fizikal.
Sehubungan itu, anda dinasihatkan supaya:
• Jangan menggoncang kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah.
• Pastikan anda menyediakan alat penyokong pada kepala bayi anda sama ada
ketika mendukung, bermain dan mengajaknya keluar.
• Pastikan anda mengawasi individu lain yang akan turut mendukungnya,
seperti penjaga, pengasuh atau anak-anak lain yang mengangkatnya.
• Pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan apabila mendapati bayi terus
menangis.
Apa yang perlu dilakukan jika anda menggoncang bayi secara tidak sengaja
atau sengaja?
Pergila bawak anak tu untuk mendapatkan pemeriksaan Doktor dan mengaku, “Doc, saya dah tergoncang anak saya tadi.” Bila kita mengaku, masalah ini akan dapat diselesaikan dengan segera oleh doktor sbb doktor ni mcm James Bond juga, diorg perlukan klu untuk menyiasat kondisi seseorg.
Sbbnya, memang kita tak nafikan sekalipun kita parents yang penyayang tapi sabar is very limited. Manusia biasa kan? Time marah tu, anak kecik tu memang selalu kena especially diorg kacau kita tak betul timing. Kita pun apa lagi, vibrate dia sekuat mungkin tapi kita kene ingat la, anak tu kurniaan Tuhan… kalau jadi pape kita yang kene tanggung. So, ingatan ini untuk diri saya dan pada yang membaca… salam!!!
JADIKAN ANAK SEBAGAI WINNER
Assalamualaikum,
Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik. – bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat… rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari – ada kajian yang menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak…
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga – Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya – ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali – ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam – biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita mm.. byk kisah pulak hari ni kan. Maaf lah..ade 20 tips so, huraiannya mesti panjang. Apapun, saya mengharapkan semua yg membaca akan dapat manfaatnya. Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak. Salaaamm!!
Subscribe to:
Posts (Atom)