Saturday, March 17, 2007

Rogol Mahram


Rogol mahram

Assalamualaikum,

Rogol mahram sebenarnya menunjukkan bahawa keluarga itu mengalami kepincangan dalam institusi kekeluargaan. Kenapa mesti kita mengambil berat tentang topik ini? Bayangkan bagaimana seorang gadis yang dirogol mahramnya sendiri akan melalui masa depan mereka?

Fakta dari Bukit Aman menunjukkan 50% kejadian rogol mahram dilakukan oleh bapa kandung atau tiri. 50% dari kejadian rogol mahram melibatkan gadis bawah 16 tahun

Kenapa mudah sangat berlaku rogol mahram?
• Gadis biasanya tak dapat mengagak bahawa diorg akan menjadi mangsa kepada org yang mereka sayangi sendri
• Gadis yang dirogol tak tau undang2 dan mudah diugut oleh perogol

Punca lain :
• Tidak mengawal nafsu – apabila nafsu tidak dikawal, baik dan buruk tak dapat dibezakan lagi
• Keluarga mengalami krisis moral – kehidupan dalam keluarga yang tidak harmoni, tidak mengamalkan kehidupan beragama dan mementingkan diri sendiri

Akibat :
• Ahli keluarga perempuan tak percayakan ahli keluarga lelaki lagi
• Rasa jgn percayakan mana2 lelaki boleh wujud dalam diri seorg gadis
• Anak dara dah tak rasa selamat dan aman duduk dalam rumah sendiri

Jadi, apa yang perlu kita lakukan? Mestila kene ambil langkah berjaga2. persekitaran sekeliling memerlukan kita sebagai manusia supaya menebalkan iman. Tanpa iman dengan mudah sekali kita terpengaruh dengan hasutan syaitan. Anak perempuan dari kecik lagi kita perlu ajar pakai pakaian yang tak mendedahkan sangat tubuh badan even duduk dalam rumah.

Ada setengah orang tya saya, tak kesian ke bagi anak pakai tudung. Memang saya sendiri kesian dia baru 3 tahun abah dia suruh pakai tudung even ke laman rumah. Tak setiap masa la sbb dia budak sangat lagi. Kadang tu bila tgk anak sulung saya tu terlena dalam kereta berpeluh2 dgn tudung rasa kesian sangat. Tapi saya takut sangat masa akan datang nanti mcm mana.

Dia pun macam anak perempuan org lain. Memang kami ade belikan baju gown sbb baju budak perempuan kan comel. Kalau abahnya yang pilih biasanya gown dia labuh sampai ke buku lali. Gown tu akan tahan lama n once gown tu dah paras betis, saya akan pakaikan dia dengan seluar panjang. Mak saya sendiri kata sian Asmaa’ tak ke dia panas. Tapi bila dah biasa, Asmaa’ sendiri kekok kalau tak dipakaikan seluar pada dia.

Sebenarnya pendekatan kita menggunakan agama sebagai panduan kehidupan adalah yang terbaik untuk masa depan anak2. jadi fikir2kanlah untuk masa depan bersama. Salam!!!

3 comments:

  1. Anonymous9:56 AM

    Assalamualaikum,

    Saya kurang setuju dengan pandangan saudari,

    Punca utama berlakunya kes rogol mahram tu sebenarnya adalah masalah perogol itu sendiri. Kelalaian si mangsa utk berjaga-2 di rumah atau ketidakprihatinan terhadap undang2 atau hak sendiri bukan puncanya.

    Sememangnya setiap anak tu mempunyai hak untuk dilindungi oleh ibu bapa dan rumah sepatutnya dijadikan tempat yang paling selamat bagi mereka. Sekiranya seorang bapa gagal mnjalani tanggungjawap ini, malah jadikan rumah sebagai neraka utk anak perempuan mereka...Maka masalah itu ada pada bapa itu sendiri. How do you expect your daughter to be in full hijab at home in every moment? I don`t think so the victims in these cases will dress in such a way to seduce their own father or brother?

    Ada sekali kawan bukan muslim saya rujuk kepada suatu laporan tentang kes rogol mahram dan tanya saya sebab apa muslim yang konon beragama `betul` boleh melakukan benda camni...Di mana dlm kes tu, si perogol itu mengakui bahawa dia tak tahan nafsu bila ternampak betis anak sendiri yang sentiasa berbaju kurung even dalam rumah. Bagaimana harus saya jawap? Berdasarkan kepada laporan dari berita, seolah2nya kebanyakan kes begini melibatkan kaum muslim. Sedih sekali apabila kita renung balik, orang bukan muslim di negara ini seperti orang cina, anak perempuan banyak pakai seluar pendek dengan t-shirt sahaja di rumah, tapi kes begitu tak byk berlaku di kalangan mereka. Kenapa? Ini kita kena fikir dan cari punca serta penyelesaian.

    Walaupun kita patut mendidik anak perempuan tentang isu aurat dari kecil, tapi penekana yang keterlaluan bukanya satu cara utk mencegah kes rogol mahram sebab punca utama tak pada si mangsa. Tanggungjawap ada pada ibu bapa terutamanya BAPA, utk menjaga iman, amal dan kesejahteraan rumahtangga.

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:57 AM

    Salam,

    Just like to share out something I read in the newspaper many years back.

    A controlled experiement was done a group of several family. Each family member was asked to wear a specially marked shirt, and at the end of the day, these shirt are collected. The experiement invovlve each participating members to smell / sniff the collected shirt and note whether they can recognise or like or disliked the smell.

    Some of the significant result are

    1) Most participant do not find their own siblings (including opposite sex) body odour attractive
    2) Most participant do find body odour of opposite sex outside of their family attractive
    3) Most participant can recognise their mother's body odour.

    Line 1 and 2 are particulary intresting to note. Hence sumbang mahram is a larger problem than just not being able to control your lust or bad moral value.

    Ramizan

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:00 PM

    Assalamualaikum semua,

    Saya saja nak mencelah sikit, itu pun jika diizinkan;

    Sebenarnya kes rogol mahram ini sangat kecil jika dibandingkan dengan rogol biasa yang berlaku dikalangan remaja terutama pasangan yang memang dikenali. Ianya seperti manusia mati dipatuk ular berbanding dengan manusia yang mati disebabkan penyakit. Tapi manusia yang tidak beriman atau yang tipis imannya suka membesar-besarkan kes terpencil (mungkin ada agenda disebaliknya) .

    Benda ini boleh berlaku, tetapi sangat jelek. Kebanyakan manusia Islam maupun yang bukan Islan tidak gemar makan anak sendiri kecualilah bapa Kucing yang kemaruk dan tamak kuasa, memakan anak "jantan" nya (bukan anak betina) takut kuasanya nanti akan berkurangan. Kalau manusia mambaham anak betinanya, maka lebih buas dari binatang!!

    Jadi, mari kita selesaikan kes yang membanjiri masyarakat kita iaitu perggaulan bebas yang menjerumuskan remaja dan juga yang dah berumah tangga dengan persetubuhan HARAM (zina) ini. Jangann kita galakan lagi perkara jijik ini dengan mengagihkan kondom, dan pil anti-hamil (konon nak elak HIV). Kita hadkan pergaulan berlainan jantina samada di sekolah maupun dipejabat.

    Saya rasa cara ini lebih berkesan kerana Allah swt berfirman dalam Al-quran "Hendaklah kamu menjauhi zina, kerana ianya kotor dan seburuk-buruk amalan". Elakan menonton filem lucah kerana ia juga mendorong kepada penzinaan. Lagi, Allah suruh kita menjauhi ARAK kerana ia adalah ibu segala kejahatan.

    Fikir fikirkanlah. ...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!