Wednesday, October 30, 2024

Tugas Pendakwah Hanya Menyampaikan

Bismillah,



 


𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍
(Dalam nota ini juga dinyatakan dua jenis hidayah) 

Syaikh Abdurrahman As-Sa’diy menjelaskan bahawa tugas kita hanya menyampaikan, 

+ 𝘢𝘱𝘢𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘥𝘪𝘵𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘢𝘭𝘩𝘢𝘮𝘥𝘶𝘭𝘪𝘭𝘭𝘢𝘩,

+ 𝘢𝘱𝘢𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘥𝘪𝘵𝘰𝘭𝘢𝘬, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘴𝘶𝘥𝘢𝘩 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘸𝘢𝘫𝘪𝘣𝘢𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢 (𝘮𝘦𝘯𝘨𝘶𝘣𝘢𝘩 𝘱𝘢𝘬𝘴𝘢). 

Beliau berkata,“Tugas kami hanyalah menyampaikan dengan ilmu yang jelas, kami lakukan dan kami jelaskan bagi kalian. Apabila kalian mendapat hidayah, maka itulah keberuntungan dan taufik bagi kalian. Apabila kalian tetap tersesat, maka tidak ada kewajiban bagi kami lagi (mengubah paksa).” [Lihat Tafsir As-Sa’diy]

Menyampaikan dengan ilmu ilmiah dengan cara yang lembut dan hikmah :
Inilah yang disebut dengan “𝒉𝒊𝒅𝒂𝒚𝒂𝒉 𝒂𝒍-𝒊𝒓𝒔𝒚𝒂𝒅 𝒘𝒂𝒍 𝒃𝒂𝒚𝒂𝒏”

Semua orang memberikan hidayah ini dengan ilmu, sebagaimana firman Allah pada Rasul-Nya ﷺ,

وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

“Dan sesungguhnya kamu benar-benar MEMBERI HIDAYAH/petunjuk kepada jalan yang lurus” (Asy-Syuuraa: 52).

Adapun memberikan hidayah untuk mengubah orang lain :
Maka ini hak khusus Allah
Iaitu memberikan “𝑯𝒊𝒅𝒂𝒚𝒂𝒉 𝒂𝒕-𝒕𝒂𝒖𝒇𝒊𝒒”
Bahkan Nabi ﷺ tidak dapat memberikan hidayah ini.

Sebagaimana firman Allah,

“Sesungguhnya engkau (Muhammad) TIDAK akan dapat MEMBERI HIDAYAH (petunjuk) kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk”. (Al Qashash/28 : 56)

Berdakwah itu sederhana
Apabila diterima Alhamdulillah
Apabila ditolak, jangan dipaksa menerima
Jangan dimusuhi tetapi didoakan
Kerana ia masih saudara kita se-Islam

Saturday, October 26, 2024

Jangan menolak nasihat dari orang lain dengan kesombongan

Bismillah,

UCAPAN YANG PALING DI BENCI ALLAH TA’ALA

Ada masa, bila kita dinasihati untuk kembali/menuju ke jalan Allah..., kita rasa nak balas semula, "Betulkan diri sendiri tu dulu", "Kau siapa nak nasihat aku?", "Diri sendiri pun tak betul, nak nasihat orang!" Dan yang sewaktu dengannya. 

Perbuatan itu adalah termasuk dalam satu kesombongan dan Rasulullah telah pun menegur tentang ini kepada kita juga telah difirmankan oleh Allah dalam ayat di bawah... 

Sombong dan menolak seruan orang yang menyeru kepada jalan Allah Ta’ala di antaranya di tunjukkan oleh orang-orang durhaka dari umat Nabi Nuh ‘alaihis salam. 

Sebagaimana di sebutkan dalam Al-Qur’an.

ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺏِّ ﺇِﻧِّﻲ ﺩَﻋَﻮْﺕُ ﻗَﻮْﻣِﻲ ﻟَﻴْﻠًﺎ ﻭَﻧَﻬَﺎﺭًﺍ، ﻓَﻠَﻢْ ﻳَﺰِﺩْﻫُﻢْ ﺩُﻋَﺎﺋِﻲ ﺇِﻟَّﺎ ﻓِﺮَﺍﺭًﺍ، ﻭَﺇِﻧِّﻲ ﻛُﻠَّﻤَﺎ ﺩَﻋَﻮْﺗُﻬُﻢْ ﻟِﺘَﻐْﻔِﺮَ ﻟَﻬُﻢْ ﺟَﻌَﻠُﻮﺍ ﺃَﺻَﺎﺑِﻌَﻬُﻢْ ﻓِﻲ ﺁﺫَﺍﻧِﻬِﻢْ، ﻭَﺍﺳْﺘَﻐْﺸَﻮْﺍ ﺛِﻴَﺎﺑَﻬُﻢْ ﻭَﺃَﺻَﺮُّﻭﺍ ﻭَﺍﺳْﺘَﻜْﺒَﺮُﻭﺍ ﺍﺳْﺘِﻜْﺒَﺎﺭًﺍ

Nuh berkata : 

“Ya Tuhanku Sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang. Maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). 

Setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (kemukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan sangat menyombongkan diri”. 

(📖QS. Nuh: 5-7).

Semoga kita bukan termasuk kepada orang-orang yang menyombongkan diri dan berpaling dari kebenaran. 

Perlu diingat juga ya, jika mereka sebut jalan yang mereka tunjuk adalah jalan Allah maka kita ada hak untuk tahu dalil dari ajakan mereka tersebut. Jika ternyata mereka tidak dapat membawa dalil, tolaklah dengan kebaikan, bukan dengan kesombongan. 

Nabi ﷺ, beliau bersabda :

ﻟَﺎ ﻳَﺪْﺧُﻞُ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔَ ﻣَﻦْ ﻛَﺎﻥَ ﻓِﻲ ﻗَﻠْﺒِﻪِ ﻣِﺜْﻘَﺎﻝُ ﺫَﺭَّﺓٍ ﻣِﻦْ ﻛِﺒْﺮٍ ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺟُﻞٌ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞَ ﻳُﺤِﺐُّ ﺃَﻥْ ﻳَﻜُﻮﻥَ ﺛَﻮْﺑُﻪُ ﺣَﺴَﻨًﺎ ﻭَﻧَﻌْﻠُﻪُ ﺣَﺴَﻨَﺔً ﻗَﺎﻝَ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺟَﻤِﻴﻞٌ ﻳُﺤِﺐُّ ﺍﻟْﺠَﻤَﺎﻝَ ﺍﻟْﻜِﺒْﺮُ ﺑَﻄَﺮُ ﺍﻟْﺤَﻖِّ ﻭَﻏَﻤْﻂُ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ

“Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi. Ada seseorang yang bertanya, Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus ? 

Beliau menjawab, Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain”. 
(📚HR. Muslim no. 91).

Semoga Allah Ta'ala memberi taufiq dan hidayah kepada kita semua. Aamiin..




Kita lebih hina dari diri kita hari ini jika bukan kerana kurnia Allah

Bismillah,

TAZKIYATUN NUFUS

📝🌹Nasihat Syaikh Ibnu Bazz

Kalaulah bukan kerana keutamaan dan kurnia dari Allah, sungguh keadaan kamu akan menjadi lebih jelek dibandingkan dengan keadaan kamu sekarang.

Jika kamu adalah org faqir , kalaulah bukan kerana kurnia Allah, tentulah keadaan kamu akan lebih jelek daripada itu.
 
Jika kamu adalah orang yang banyak kekurangan, kalaulah bukan kerana kurnia Allah, sudah tentu keadaan kamu akan lebih jelek lagi.

Dan jika kamu adalah orang yang hina , kalaulah bukan kerana kurnia dari Allah , sudah tentu kamu akan menjadi lebih hina lagi.

Dan begitulah seterusnya...

Maka setiap manusia hendaklah memuji Allah subhaanahu wata'ala atas segala yg telah Allah berikan yang berupa nikmat-nikmat yang besar dan kebaikan yang banyak.

Dan hendaklah dia istiqamah untuk mentaati Rabbnya.

Dan hendaklah dia sentiasa menjaga perintah perintah Allah dan berhenti daripada larangan laranganNya.

Dan hendaklah dia sentiasa meminta kepada Allah agar sentiasa istiqamah diatas alhaq.



Bagaimana jika kita selalu dapat ujian berulangkali?

Bismillah,

Jika kita ni selalu dapat ujian yang berulang-ulang, cuba ambil iktibar dengan dua kisah Nabi ini : 

1. Nabi Adam, duduk dalam nikmat tiada tara (di syurga) - tiba-tiba nikmat itu hilang kerana dikeluarkan dari syurga
2. Nabi Yunus, diuji dengan kaum dan rasa marah sangat dengan kaumnya itu, lepas marah - putus asa dan kemudian lari dari kaumnya. 

Kedua-duanya menyesali kesalahan. Mereka bertaubat dan bangun dari ujian Allah itu.  

Banyakkan taubat bila berdepan dengan ujian. Berusaha untuk redha dengan ketentuan Ilahi dengan mensucikan-Nya (tidak menyalahkan Allah atas kejadian yang menimpa). In Shaa Allah, dengan itu Allah bantu untuk kita bangun dari apa jua ujian yang kita hadapi. 

Bolehlah kita sama-sama kerap berdoa dengan lafaz taubat Nabi Adam dan Nabi Yunus seperti di bawah ini.



 

P