Thursday, June 24, 2021

Cukuplah Allah bagiku - Motivasi utama setiap Muslim

Bismillahirrahmanirrahim 


Sama ada seseorang itu berfikiran positif atau sebaliknya, adalah kerana seseorang itu sendiri decide untuk dirinya. 

Kita yang pilih kita bagaimana... mahu positif atau sebaliknya. 

Untuk menjadi seorang yang positif, perkara pertama hendaklah selalu duduk dalam kalangan mereka yang positif, membaca perkara yang positif, usaha bercakap dengan positif. 

Pun begitu, ada yang terjerat katanya sebab pasangan (suami isteri) tidak memberi support yang betul. Paling sebal, kita tidak boleh lari darinya. Terkurung dalam rumah sendiri dan sentiasa diberi tekanan.

Kalau begini, agak-agak boleh positif kah? 

Jawapannya, boleh. 

Bagaimana? 

…Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arsy yang agung.”(At-Taubah [9]: 129)

Dalam keadaan sekarang, semua orang pun terkurung di rumah. Sesak dengan tugasan bekerja dari rumah, masalah mengatur anak yang melalui pdpr, pasangan yang tidak membantu, duit mengalir bagaikan air.... Sesak bukan? 

Tapi berpatah balik ke ayat di atas. Cukuplah Allah bagiku... Dalami lagi ayat ini. Rasakan cinta Ilahi itu. Kerna, hakikatnya kita sebagai hamba, itu saja yang kita perlukan. 

Banyak cara untuk menutupi kesedihan yang berlarut-larut itu. Ini antara yang dicadangkan oleh guru-guru saya. 

1. Qiamullail
2. Baca Al-Quran

Kedua ini, buat saja. Kalau kita belum rasa manisnya, buat lagi. 

Bersunyi-sunyi dengan Allah di waktu malam, mengadu apa saja yang tidak dapat diadukan pada manusia lebih melegakan. Jika belum rasa, buat lagi. Menangislah semahunya. 

Begitu juga mengaji.. tidak tahu mahu baca surah mana, ayat mana. Selak saja mana-mana ayat pun. Hayati tafsirnya juga jika boleh. Tujukan semua ayat itu pada diri kita. 

Kelak, bahagia itu akan kita ketemu jua. Kita akan kurang mengeluh. Kita akan mahu ingat yang indah-indah saja. Sungguh... 

Sebenarnya jalan keluar dari masalah adalah semudah itu. Tidak perlu sampai terjun dari tempat tinggi. Bukalah hati kita untuk hidayah cinta kasih dari Allah sampai kepada kita. 

Friday, April 30, 2021

Buku Jangan Bersedih : La Tahzan




Bismillahirrahmanirrahim, 

Alhamdulillah, dalam Ramadhan ni, saya mula membaca buku semula. Susah juga nak disiplin membaca ni. Anak sebenarnya bukan alasan sebenarnya. Bagi diri saya, yang buat saya lambat membaca ni, adalah...asal membaca je rasa nak menulis. Tapi bukanlah ada masa sangat nak menulis ni hehe.. 

So, saya akan highlight point yang saya rasa sangat menarik. Tulis ke tak tulis, kira belakang. Sebenarnya yang pentingnya adalah diri kita sendiri dulu. Bila kita dapat ilmu, sibuk sangat nak share balik pada orang padahal diri sendiri belum apply pun. Hehe... eh, ni tak kata kat orang. Ku kata diri ku sendiri. 

Baik, ini buku yang sedang saya baca. La Tahzan, Jangan Bersedih. 

Serius..dulu buku ni saya pandang sebelah mata dan tak terasa nak beli pun sampailah satu masa, banyak cabaram saya hadapi sampai rasa tak tertanggung. Waktu tu kak Adilah Bushro advice saya baca buku ni. 

Waktu yang sama, Syuhairah Hamzah juga suruh saya baca buku The 7 Habits of Highly Effective People. Tapi mentaliti waktu tu, mentaliti miskin lagi. Disebabkan time tu saya rasa duit lagi baik buat bayar ke lain, saya tak beli pun. Alhamdulillah, advice diorang tu saya ingat. 

Tak lama, saya jumpa buku ni di rak buku di kedai buku berdekatan. Harga buku La Tahzan ni tak mahal mana pun. Allahu syukur! Dan kebetulan time tu, walaupun ada mentaliti miskin, ada selit juga sikit rasa nak berubah maka pejam mata dan beli aje. 

Tapi, nak jadi cerita, tak selak pun buku ni sampailah sekarang ni...sekarang yang fasa hidup saya tenang walau apa pun status kewangan, pekerjaan, kekeluargaan dll semua tu. 

Dan saya menyesal sebab tak baca lebih awal....

Tau kenapa menyesal?

Sebab hikmah yang saya temukan dalam buku ni, saya jumpa dengan susah payah dengan cara lain. Misal katalah tempohari saya baca buku ini dengan benar, saya tak perlu dah belit-belit belajar sana sini, tunggu depan phone dan belajar ilmu tu dari orang tertentu.

Tapi, tak apa je... sebab ini jalan yang ALLAH dah aturkan dalam hidup saya. Saya redha dengan semua tu, in syaa ALLAH. 

Buku ni ada 281 subtopik. 

Topik pertama adalah RENUNGKANLAH DAN BERSYUKURLAH

Topik ini yang saya hayati dengan benar bila berguru secara maya. Dia memang akan jadi anchor dalam mendapat kebahagiaan. Maksud saya, kalau tak Apa pointnya? Nantilah saya share lagi dalam post lain. 

Topik kedua tajuknya YANG LALU, BIARLAH BERLALU

Dan sungguh, dalam belajar ilmu peningkatan diri tu, antara yang saya belajar untuk lepaskan masa lalu. Ini pun penting sebab ramai orang sekarang tak bahagia sebab bawa masa lalu dalam kehidupan sekarang. 

Topik ketiga pula HARI INI MILIK ANDA

Lebih dahsyat bila orang yang bawa masa lalunya, kemudian risau pula masa depan sampai dia lupa dia ada hari ini untuk hidup. 

Menarik kan?

Bagi saya, penulis (Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni) telah membantu mereka yang buat kelas pembangunan diri ni dengan baik. Beliau point out the subject dan mereka ini kembangkan supaya masyarakat hadam. Masya ALLAH. 

Sebelum saya tutup penulisan ini, sekadar nak selit satu soalan. Adakah kalian punya masa untuk membaca? Nak tak selami lagi isi buku ni?