Bismillahirrahmanirrahim,
Saya terjumpa entry ni dalam email lama. Bila baca ni, rasa macam nak tambah sikit. Apa yang saya tambah adalah ayat yang telah di CAPS kan ya
-------------------------------------------------------------------
8 Ciri Unik Bakal Usahawan Berjaya
Sebagai ibu bapa, adakala kita risau melihat pencapaian anak yang tak seberapa di sekolah. Ditambah pula bila setiap kali peperiksaan besar seperti SPM diumumkan, pasti terpampang di dada akhbar kisah kejayaan dan pencapaian pelajar cemerlang.
Situasi ini kadang kala bukan saja buat pelajar berpencapaian sederhana dan corot rasa tertekan dan rendah diri, ibu bapa juga turut terkena tempiasnya. Apatah lagi bila berkumpul bersama ahli keluarga, sesi soal siasat dan banding membanding pasti bermula.
**TERINGAT LA ZAMAN ARITU, SETIAP KALI LEPAS EXAM BESAR JE ABAH DAN JIRAN-JIRAN BERKUMPUL HUHU.. PALING KETARA MASA LEPAS SPM. DAH LA AIOLS NI BUKAN JENIS STRAIGHT A PUNYA ORANG WUWUUU....
“Anak si A dapat banyak ni, bijak budaknya. Anak kamu dapat berapa?”
Ye, pelajaran itu penting. Tapi ia bukan hanya terhad pada pelajaran buku sekolah dan keputusan peperiksaan saja.Tidak cemerlang dalam peperiksaan bukanlah petanda seseorang itu tidak layak untuk cemerlang dalam hidup.
**SAYA TERKENANG SESUATU, MEMANG BUKAN SEMUA BUDAK BOLEH SCORE DALAM AKADEMIK. START DARI MEREKA SEKOLAH RENDAH, BAKAT MEREKA (SELAIN DALAM BIDANG AKADEMIK) TIDAK DIKEMBANGKAN.
TAK PAYAH TENGOK JAUH-JAUH. WALAUPUN ANAK SAYA HOMESCHOOL, SAYA RASA RALAT KALAU ANAK LEBIH CENDERUNG UNTUK BUAT KRAF, BERTUKANG DAN LAIN-LAIN. SAYA SIAP BUAT UNDANG-UNDANG, KALAU NAK BUAT BOLEH TAPI PASTIKAN STUDY DULU. HAIH... MACAM MANA NTAH NAK BEBASKAN DIRI DARI KONGKONGAN YANG SAYA BINA SENDIRI NI.
MASALAHNYA BILA ANAK TAK BOLEH PERGI JAUH DALAM AKADEMIK, KITA AKAN BAZIRKAN MASA DIA SEHINGGA DIA UMUR 17 TAHUN HINGGA SPM TU BARU NAK KALUTKAN DIA DENGAN KEMAHIRAN YANG SEBENARNYA DIA MINAT DARI KECIL.
BERMAKNA, DARI USIA 7-17 TAHUN TU, DIA HIDUP DALAM KEKECEWAAN SEBAB MINAT DIA TIDAK DIRAIKAN.. WUWUUU.. PIJAH, SEDARLAH!!
Kami bawakan untuk anda 8 ciri unik untuk kenal pasti individu yang sebenarnya mempunyai bakat terpendam untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Harapan kami, ciri-ciri unik ini dapat di kenal pasti oleh para ibu bapa dan seterusnya dapat dijadikan pendorong untuk anda memberi peluang kepada anak-anak mengembangkan bakat mereka.
_________________________________
8 ciri unik bakal usahawan berjaya
Agaknya bagaimana nak pastikan samada diri anda sesuai jadi usahawan atau tidak. Ramai yang teringin nak jadi usahawan, tapi tak ada keyakinan.
Kalau ada satu pedoman, bagaimana orang lain dapat jadi usahawan dan kemudiannya berjaya dalam perniagaan mereka, tentu akan timbul sedikit keberanian untuk terjun dan jadi usahawan.
Untuk berikan sedikit keyakinan pada kumpulan yang teringin nak jadi usahawan, tapi tak pasti samada sesuai atau tidak jadi usahawan, saya kongsikan sedikit tips di bawah.
Anda boleh lihat keadaan ketika zaman anda bersekolah dulu. Sekolah yang saya maksudkan di sini termasuklah ketika sekolah rendah, sekolah menengah, dan selanjutnya sambung pelajaran ke pusat pengajian tinggi kalau ada.
Maklumat ini saya cedok daripada buku The Millionaire Mind. Buku tersebut membuat kajian bagaimana keadaan mereka yang menjadi jutawan, dari segi cara hidup, persekolahan, pergaulan dan lain-lain seumpamanya. Kita cuma tengok bab sekolah saja kat sini.
Anda sesuai jadi usahawan jika :
1. Pencapaian ketika belajar adalah sederhana saja. Anda bukan jenis yang skor semua A dalam matapelajaran yang diambil ketika bersekolah. Walaupun pulun, disebabkan memang tak ada bakat otak tajam, keputusan anda sedang-sedang saja.
SEKOLAH RENDAH SEHINGGA FORM 2 SAYA BUKAN JENIS PULUN STUDY PUNYA ORANG. SEKOLAH RENDAH OK LAH MEMANG DARI DARJAH SATU SAMPAI ENAM PEGANG TOP THREE KELAS. KELAS JE LAH.. HEHE SEBAB KALAU DULU BUAT RANKING EVERY STANDARD HARUSLAH HAMBA DALAM KALANGAN TOP 30 SAJA.
NAIK SEKOLAH MENENGAH, FORM 1 DUDUK KELAS HUJUNG (KELAS KEEMPAT). BILA EXAM DAPAT NO 20-30 SOMETHING DALAM KELAS. BILA BUAT RANKING UTK NAIK FORM 2 DAPAT LA KELAS NO 3 PULAK HEHE. NAIK LE SETANGGA.. SIAN TAK?
NAIK FORM 3 ALHAMDULILLAH DAPAT LA PANJAT KELAS KE DUA. DAN NAK DEKAT PMR SAYA JOIN BAKA PREP (KALAU TAK SALAH, IA ADALAH SALAH SATU PROGRAM NURY) DAN DI SITULAH SAYA MULA JADI ORANG YANG LEBIH TEKUN DARI SEBELUMNYA. TEKUN SIKIT JE PUN... GENG MAIN RAMAI OKEH HAHA..
FORM 4 JADI MACAM KEJUTAN BUDAYA, SEBAB TETIBA DAPAT NO 1 DALAM KELAS SAINS. APEKAH TIDAK, SELEPAS PMR ABAH HANTAR SAYA KE KELAS TUISYEN MATHS DAN ADD MATHS DAN ENGLISH. SO, SAYA ADVANCE DALAM SUBJEK NI BERBANDING KAWAN LAIN MASA TU.
INI MEMBUATKAN SAYA RASA, ADALAH SATU KELEBIHAN JIKA IBUBAPA AJAR ANAK DIRUMAH (ATAU HANTAR KELAS TAMBAHAN -- BUKAN KELAS TAMBAHAN, TAK SESUAI PANGGIL GITU, TAPI KELAS AWAL/PERSEDIAAN) SESUATU SUBJEK SEBELUM ANAK BELAJARNYA DARI CIKGU DI SEKOLAH PULA.
NAIK FORM 5, SAYA DAPAT DALAM TOP TEN JE. KAWAN-KAWAN PAKAT TERKEJUT SEBAB DEPA INGAT SAYA NAK BUAT COMEBACK MASA SPM HUHU.. PADAHAL MEMANG OTAK TAKLEH NAK TERIMA LEBIH LAGI. TAPI ALHAMDULILLAH, KAMI KELAS SAINS PALING BEST DAPAT 14 AGREGAT DAN 5 ORANG DAPAT AGREGAT TU.
TIME MATRIK TU ALHAMDULILLAH PERNAH LA MERASA DAPAT POINTER 3.6 MASA SEM 1. SEM2 TATAU LA SEBAB DEMAM MASA EXAM KE ATAU SEBAB SAYA MEMANG TAK PANDAI MAKA DAPAT 3.0 JE LEBIH KURANG SO PURATA DAPAT LA 3.3 SECARA PURATA.
KEMUDIAN MASUK LA COURSE OPTOMETRY, DAN DISITU SAYA JADI DIRI SAYA. IKUT DAN JE NAK BELAJAR.. BELAJAR. NAK BUAT KEJE LAIN, SAYA BUAT JE KEJE LAIN. PUN BEGITU MASIH TERSELIT RASA BERSALAH KALAU TAK BELAJAR LANGSUNG SO ADA JUGALAH STUDY LEBIH KURANG.
2. Anda rajin ke sekolah. Walaupun anda tak skor semua A, tapi bab pergi sekolah anda tak pernah ponteng. Anda berdisiplin untuk pastikan hadir ke kelas walau apapun yang berlaku.
MACAM YE JE, SAYA KIRA BUKAN DALAM GENG BUDAK BAIK MANA PUN, TAPI TAK SAMPAI TAHAP PONTENG DAN LANGGAR UNDANG-UNDANG SEKOLAH HEHE..
3. Banyak belajar ketika bersekolah, tapi bukan dari buku teks. Disebabkan anda rajin ke sekolah, maka sudah tentu ada sebab. Biasanya sebab anda ada banyak aktiviti di sekolah. Anda jenis tak duduk diam. Itu semua membuatkan anda banyak belajar berbanding orang lain tentang kehidupan dan pergaulan di sekolah. Walaupun anda tak belajar banyak dari buku teks, persekolahan itu sendiri membuatkan anda banyak belajar.
BETUI AMAT. SEDAR TAK SEDAR, SAYA JUAL2 MENDE NI START DARJAH 4 KOT HAHA.. BELI COKLAT SEKOTAK YANG BIJI-BIJI KECIL TU. SAYA REPACK MASUK DALAM PLASTIK LAIN DAN JUAL DENGAN HARGA KEJAM KAHKAH..
DAN SAYA JUGA BELI STICKER SEPAPAN DAN GUNTING BEBERAPA STICKER DAN PEKETKAN DALAM PLASTIK DAN SEKALI LAGI JUAL DENGAN HARGA KEJAM HAHA...
TAPI KAWAN-KAWAN BELI JE SEBAB SAYA BALIK SEKOLAH NAIK BASIKAL TAPI YANG BELI TU YANG ADA KENDERAAN LAIN SO DIORANG TAKLEH SINGGAH GERAI DEPAN HOSPITAL YANG BANYAK JUAL BENDA NI..
SEKOLAH MENENGAH SAYA JUAL SETEM KOT MASA FORM1. SETEM LAMA. BERHENTI SEBAB ADA YANG MENCURI. KEMUDIAN SAYA MASUK PERSATUAN DAN SELALU JOIN KALAU ADA PERSATUAN BUAT JUALAN. MASA FORM 4 LAGI BEST ADA PERSATUAN USAHAWAN MUDA LAGIK HEHE..
KIRA MASA SEKOLAH SELAIN BUAT BISNES NI SAYA MEMANG AKTIF MASUK KELAB PERSATUAN. SAYA BUKAN ORANGNYA YANG SELALU DAPAT JAWATAN KECUALI SELEPAS FORM 4 TU, TIBA2 FORM 5 BOLEH PULAK PEGANG BANYAK JAWATAN TETIBA. AGAKNYA JADI FENOMENA SEKEJAP JULUNG KALI NAIK PENTAS AMIK HADIAH HAHA..
4. Ramai kawan. Ini salah satu lagi faktor membuatkan anda suka ke sekolah. Anda suka berkawan dan anda punya ramai kawan. Ini juga merupakan ilmu penting yang anda dapat yang tak ada di dalam buku teks. Kawan yang ramai ini juga membuatkan anda ada kemampuan untuk menilai dan mengenali keupayaan orang lain dengan cepat dan mudah.
HEHE.. MACAM BETUL LAGI tongue emoticon ALHAMDULILLAH SAYA PUNYA RAMAI KAWAN grin emoticon
5. Anda biasa dilabel sebagai :
Tak berapa bijak
Tak layak masuk sekolah undang-undang
Tak layak langsung masuk sekolah perubatan atau kedoktoran
Tak layak untuk sambung buat MBA
Tak layak untuk naik ke atas berjaya lebih jauh lagi
6. Tahap CGPA hanya dalam lingkungan 2.76 saja. Itu tahap CGPA yang tak boleh dibanggakan sangat. Cukup makan untuk lulus. Biasanya orang kagum jika anda dapat 3 pointer. Walaupun anda berusaha, tapi masih cukup makan juga… tak perlu risau.
7. Anda jujur. Walaupun ada peluang bawa masuk toyol, anda tak buat sebab sikap jujur menghalang. Anda juga disenangi dengan sikap jujur itu. Walaupun hutang kawan sepuluh sen anda akan ingat dan cuba bayar.
KAMI (MERUJUK KEPADA PELAJAR KELAS 3R 1995 SERATA) ADA BELA TOYOL KECIL-KECILAN HAHA.. TAPI MASA EXAM TU, TOYOL TU TAK NAK KELUAR HAHA.. ADEIH TERINGAT LA PLAK MEMORI. NAK MENIRU TAPI TAK GAMAK tongue emoticon
8. Anda aktif bersukan. Ini juga salah satu daripada sebab anda tak suka ponteng sekolah. Anda rajin dan suka bersukan. Sifat bersaing tertanam dalam diri anda setiap kali bersukan. Anda bersungguh-sungguh bersukan dan cuba untuk menguasai sukan yang anda masuk.
YA SAYA SUKA SUKAN TAPI SUKA JADI TUKANG SORAK JE.. MALEH EH MASUK HAHA tongue emoticon
Ok! cukup setakat itu saja. Apakah anda rasa seperti yang saya tuliskan di atas?
Perhatikan betul-betul. Anda tak perlu bijak dalam pelajaran. Anda tak perlu masuk dalam kumpulan elite dan tak perlu dapat skor tinggi dalam sekolah mahupun ketika di peringkat pengajian tinggi.
Memang sesuai jadi usahawan
Majoriti usahawan berjaya berkongsikan semua ciri-ciri yang saya sebutkan di atas tadi. Ada satu keistimewaan pada mereka yang sebegitu.
Kehidupan dalam keadaan tidak istimewa sebegitu membuatkan anda faham bahawa kerja kuat (pada perkara yang betul) jauh lebih penting daripada punya otak geliga.
Jika anda ada semua tersebut di atas tak perlu bersedih, anda sebenarnya amat sesuai jadi usahawan. Malah ada kelebihan untuk berjaya dan kaya melebihi kawan lain yang bijak.
OK PART BAWAH NI, TOLONG JANGAN AMIK HATI.. ORANG YANG MACAM SAYA, KALAUPUN MAKAN GAJI, TAK SEMESTINYA TAK BOLEH BERNIAGA. KALAU MAKAN GAJI LAGI BANYAK PLATFORM NAK BERNIAGA KAN? TAPI KENA PANDAI BEZAKAN MASA KERJA DAN MASA BERNIAGA JUGAKLAH wink emoticon
Jika anda masih makan gaji, ertinya anda telah sia-siakan bakat jadi usahawan berjaya yang ada dalam diri anda.
Lagipun apa sangat yang anda dapat kalau makan gaji. Orang lebih pentingkan kelulusan hebat untuk diambil jadi ketua kalau makan gaji.
Orang yang sedang-sedang macam anda akan jadi orang bawah saja. Apa kelas makan gaji!
Anda lebih sesuai jadi usahawan.
Fikir betul-betul dan jadilah usahawan.
Insyaallah dengan bakat terpendam yang anda ada itu, anda akan jadi usahawan berjaya. Tak yakin lagi?
Credit : Hidup Ringkas, dengan izin
Sumbe: http:// thevocket .com/
SO SEKARANG ADALAH MODE : USAHAWAN VS USAHASAWAN tongue emoticon