Friday, July 31, 2015

Panty-liner : Boleh Mengundang Masalah

Bismillahirrahmanirrahim,

Tak sempat pegang telefon arini.. Hihi.. Eh silap! Sempat tapi menguruskan tempahan pendrive bagi pihak sahabat saya ;) risau tercicir order maka saya fokus ke situ sahaja.

Petang ni zauji meeting (meeting tau bukan dating :p).. Jd ada masa sikit. Tadi pulak dah masak asam pedas kepala ikan amende ntah. Cuma xcukup rukun la sbb takde daun kesum sama bendi huhu...

Terjumpa satu keratan berkenaan panty-liner. Ni kalau saya soal tak perlu jawab open takpe.. Part ni mungkin sensitif tapi ia satu benda yang patut difikirkan oleh kita kaum wanita.

Biasanya, seseorang memilih untuk memakai panty-liner kerana keputihan. Saya rasa baik kalian google sendiri punca keputihan tu.

Bagi mengelakkan keputihan, banyak benda perlu dijaga. Bila kita elak diri dari keputihan, maka kita dapat kurangkan keperluan kita untuk memakai panty-liner tu kan?

Maksudnya dua benda baik dah disitu. Mungkin ada sahabat disini yang rajin boleh carikan info punca keputihan dan cara mengatasi di ruangan komen ya? Sengaja saya tinggalkan persoalan tu disini.

Pernah dengar kan bahawa pemakaian panty-liner secara kerap boleh undang masalah. Banyak benda kena perhatikan. Dari bahan apakah ia dibuat dan bila kita pakai panty-liner, apa kekurangan yang terpaksa dihadapi.

Secara rawaknya, berikut adalah kebaikan penggunaan panty-liner :
1. Elok dipakai semasa keputihan yg sll berlaku selepas haid dan masa subur. Keputihan akan menyebabkan seluar basah dan private part tu akan lembap dan gatal.
2. Penghujung haid yang kurang darah keluar maka tidak perlu kepada pemakaian tuala wanita yang lebih tebal.
Keburukannya :
1. Jika dipakai tanpa sebab yang jelas (tiada keputihan, tiada haid) - akan menghalang pengedaran udara di sekitar private part. Ini akan memudahkan bakteria membiak.
2. Jika tidak mencuci private part dengan betul dan tidak mengeringkannya selepas membuang air. Fungus akan mudah membiak dalam keadaan yang lembap.

Jadinya pergi balik, pakai atau tidak seseorang itu mungkin akan tetap gatal dibahagian tu. Maka apa perlunya panty-liner?

Jika tahu ada masalah keputihan, elok sekiranya membawa beberapa helai seluar dalam untuk tujuan mudah salin jika perlu. Tapi perlu berhati2 untuk menyimpannya ya.. Lebih elok lagi jika kita rawat punca kepada keputihan itu.

Selain membawa seluar dalam kuantitu banyak, mungkin juga orang yang mengalami masalah ini boleh menggunakan cloth panty-liner. Jauh lebih selamat banding menggunakan disposable.

Sungguh, surirumah patut rasa beruntung kerana hanya bekerja di rumah. Jika keadaan sebegini berlaku, anda bebas untuk menukar seluar tanpa bimbang seluar itu selamat atau tidak disimpan di dalam beg.

Ini adalah sebahagian hikmah menjadi 'orang rumah'. Pemakanan di rumah juga lebih terjaga sehingga dapat mengelakkan sebahagian punca keputihan.

Wallahua'lam

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!