Thursday, April 24, 2008

Visualisasi


Bismillah,

Bagi sesetengah orang visualisasi adalah perkara baru tapi orang yang pernah mengamalkan kaedah ini, seperti k.Aniz (nurqudrah holistic) pasti menjadikannya sebagai satu amalan seharian. Apatah lagi kaedah ini sangat membantu seseorang mencapai kejayaan dalam kehidupannya.

Sejak akhir-akhir ini, apabila beberapa teman mengadukan masalah mereka kepada saya, saya kerapkali mengusulkan kaedah ini. Ini adalah kerana saya telah berjaya mendapatkan hasil yang baik dari mengamalkan kaedah ini. Dan dengan itu saya mahu berkongsi dengan pembaca sekelian tentang satu kaedah untuk menyelesaikan masalah dan mencapai impian.

Sebelum itu, ingin saya selitkan beberapa kisah supaya kisah ini menjadi gambaran awal tentang penerangan selanjutnya. Menurut k.Aniz (mungkin ramai telah membaca tentang ini), dia telah mengajar anaknya untuk membayangkan keinginannya sebelum tidur dan selepas solat. Maka anaknya membayangkan saat2 dia memberitahu ayahnya keputusan peperiksaan yang memberangsangkan.

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH anak k.Aniz mendapat tempat pertama di dalam kelas tanpa dia terasa susahnya belajar. Dia sendiri merasakan senang sekali kaedah visualisasi ini untuk dirinya sehingga berulangkali menyebut, "Senangnya Mama".

Satu lagi, saya pernah juga menonton satu dokumentari dalam setahun kebelakangan ini. Dalam siri itu, mereka menunjukkan bagaimana visualisasi membantu seorang ahli gimnastik untuk melakukan pusingan ntah apa namanya (ha ha). Pada mulanya dia cuba melakukan perkara itu berulangkali namun tidak berjaya. Seterusnya, jurulatih dia pun suruhlah dia membayangkan yang dia boleh melakukan pergerakan itu. Selepas itu, dia pun berjaya melakukan pergerakan yang tadinya rumit untuk dilakukan.

Visualisasi ini, saya juga pernah melakukannya tapi maaf lah ye, tak dapat saya kongsikan untuk tujuan apa...he he..(tak semua juga yang boleh kita kongsi kan). Tapi saya mahu bagi contoh, andai seorang isteri mahukan suami rajin membantu dia, cubalah anda sering membayangkan suami anda mahu membantu anda melaksanakan kerja di rumah.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, anda fokus betul2 sehingga anda merasakan keadaan ini betul2 terjadi. Seperti yang saya lakukan, pada ketika itu kebetulannya saya sedang sedih sekali. Bila sedih, saya memohon kepada ALLAH semoga saya boleh melalui keadaan itu dengan baik sekali. Saya merayu dengan rayuan yang seolah-olah memaksa ALLAH mengkabulkan doa kita (hakikatnya kita tiada kuasa untuk memaksa ALLAH). Sambil itu, saya pun membayangkan perkara yang saya inginkan itu.

Tidak lama selepas itu, alhamdulillah, ia menunjukkan hasil dan ternyata visualisasi saya tadi telah mengubah keputusan orang lain menjadi seperti yang saya inginkan. Perkara yang penting diingati, setiap perkara yang kita lakukan hanyalah dengan izin ALLAH dan tiada yang lain dapat menandingi kuasa ALLAH.

OK, di bawah adalah satu artikel yang saya rasa taklah susah untuk memahaminya. Saya percaya dengan keyakinan kita yang percaya bahawa ALLAH mendengar doa kita dan ALLAH tak akan menghampakan permintaan hambaNya, maka kaedah ini akan pasti berhasil. Insya ALLAH

Visualisation

Visualisation is the process of focusing your concentration on an image of what you want and seeing it as already having manifested. It is a ritual of going in into the inner recesses of your mind, and with the power of the subconscious mind, causing the manifestation of the desired object, instance or circumstance.

Visualisation resembles our familiar habits of fantasies, daydreams, and imaginations but entwines a certain discipline into them. Visualisation is not imagination, though the dividing line is very subtle. Imagination is an outward projection of the mind and has its foundation in desires and emotions.

When you imagine something, it is not necessarily backed by the power of the conscious will and the volition of intent. The visual is weak, vague, and somewhat in the distance or in the past. Visualisation, contrarily, is of the mind and the use of the will. Visualisation uses rules and laws of Nature, and knowledge of the inherent unity and oneness of creation with that which has been created. Spiritual visualisation exercises your mind on a holy image or on the formless form.

Visualisation is extensively taught and used today in all spheres of activity from the mental to the spiritual. As a source of power, it can be used to manifest much of what we may want or need. What you visualise is what you actualise. The brain is a great gift to us from the Creator. Made up of billions of cells that communicate and co-operate with each other to form sensory and motor areas, it also communicates with billions of brain cells throughout the body.

All input to the body through the nervous system, including sight, sounds, emotions, feelings, etc., is recorded in the brain even from prenatal days. Our mind is even more powerful and communicates not only with the brain, but also with other minds. Just as the wave is a perennial part of the ocean, our consciousness is one with the Universal consciousness.

Each of us, through our subtle energy bodies, our interconnected, so that whatever we think, do, or feel, in some remote or gross way affects the consciousness of others and thereby also the Universe as a whole. And the more calm and relaxed we are as we actually practice visualisation, the more focused and instantaneous will our results be. God's power is omnipresent and omnipotent.

If you can break away from the consciousness of this bundle bag of flesh and bones, you will be able to feel yourself as part of a bigger power. The conscious mind is then able to focus that power as you would focus the rays of the sun through a magnifying glass, and the more of the rays you gather in the quicker will what those rays are focused on smolder and burn.

To practice visualisation, the mind's own creative powers may be stretched to the limit. There are no fixed rules, though one must always visualise only something positive and harmonious, both, for oneself or for another. Visualising personal gain at the cost of another, or willing a change in another's personal choices (eg. if you try and lasso in a specific beloved) is courting trouble and will boomerang back on you, either now or in the future.

Relaxation is a prerequisite to successful visualisation, just as calm and composed breathing is a precursor to successful relaxation.

Kenapa sifat dengki dibenci?


Sebut je benci, semua org tau bahawa ini adalah sifat mazmumah. Ke ada orang kata sifat dengki la baguih…boleh meningkatkan jati diri?? Orang yang mempunyai sifat tercela sangat dibenci orang ramai. Orang yang pendengki ni memang takleh tengok orang lebih pada dia, biar sikit pun. Kalau boleh sampai kerepot pun dialah nak yang atas sekali sedangkan dunia berputar dan hidup ini ada turun naiknya.

Sifat dengki ni akan merosakkan potensi diri. Betul ke? Bila seseorang itu bersifat dengki, maka dia dibenci…time tu ko buatlah hape pun takde dah sape nak pandang. Kalau cakap berisi pun, orang malas nak layan. Bila dah jadi mcm ni, kita pulak dah susah hati. Bila susah hati, makin lah rasa dengki tu mencanak-canak naiknya. Pastu mula plan itu ini nak jatuhkan orang.

Sifat dengki juga adalah dosa pertama yang dilakukan oleh iblis laknatullah apabila menolak perintah ALLAH SWT supaya sujud kepada Nabi Adam. Begitu juga kejadian Qabil yang membunuh Habil. Dengki adalah sikap dimana bila orang naik, kita pulak nak jatuhkannya pulak

Bukan tak boleh orang mukmin bersifat dengki tapi biarlah sekadar berusaha menjadi terbaik dan bukan menjatuhkan orang. Percayalah bahawa tidak rugi berusaha keras untuk menjadi yang terbaik daripada menjatuhkan orang tapi kita tu tak baik-baik jugak.

Bagaimana mencegah perasaan dengki? Cubalah bersifat qanaah iaitu berasa cukup dengan apa yg ada slps berusaha. Redhalah dengan ketentuan ALLAH dan bersyukurlah sekurang-kurangnya kita masih diberi nikmat hidup. Kerana takdir yang ALLAH beri tidak sama. Namun ALLAH tidak pernah menzalimi hambaNya.

Sesiapa yg susah walaupun telah berusaha, tetapi sabar, maka ALLAH memberi pahala atas kesabaran itu. Malah sesiapa yg diberi kesenangan dan berkongsi kesenangannya dgn ikhlas, maka pahala juga baginya. Cukuplah dengan apa yang telah ditakdirkan namun berusaha kearah kehidupan yang lebih baik adalah sifat yang terpuji.

Moga kita semua dalam golongan yang dicintai ALLAH.

Friday, April 18, 2008

Haiwan Pun Berzikir

Sudah lama saya tidak menjenguk youtube. Hari ini berkesempatan...Namun, ketundukan yang ditunjukkan oleh haiwan-haiwan ini menyebabkan saya malu sendiri...Apa yang nak dimalukan? Lihatlah sendiri...





Wednesday, April 16, 2008

Bila Asmaa' Mula Bercerita


Bismillah,
Semalam, saya agak kelam kabut dgn suami yang masih belum di sini. Saya tumpang sementara di rumah mak dgn abah di Parit Buntar. Kebetulan mak pulak kursus so Maghrib Isya adalah masa yang genting sbb abah pegi solat kat Masjid. Pada saya ada 3 orang anak kecuali anak kedua saya Usamah masih ada dengan abah dia dan mereka akan menyusul ke sini tak lama lagi.

Walaupun susah nak menunaikan maghrib tapi hari tu actually telah saya gambarkan dari pagi lagi. Bagaimana nak handle si kecik bertiga ni tanpa bantuan sesiapa. Siang biasa takde masalah memandangkan masa solat dia agak panjang. Tapi kalau time Maghrib, bg saya itu masa genting untuk saya. Ditambah pula baby Arwa memang susah nak lena selagi umi dia tak tido sama.

So, start dari 630 ptg saya usung Arwa atas riba, bukan nak ajar dia asyik duduk dalam pangku tapi tanak kasi dia tido. So that dalam kul 715 saya susukan dan selepas dia solat, adelah can saya nak solat sekejap. Dalam tempoh tu, kalau Uwaiys nak susu ke apa, saya kene buat sebelah tangan atau letak Arwa sekejap pegi buat apa yg perlu. Sian Arwa kadang2 lama sikit dia nangis baru saya angkat.

Malamnya semua ok tapi yg confirmnya, memang berpeluh2 nak handle. Lepas abah saya balik solat, dia dapat tangkap Asmaa' bukak iron. Dia pun marah Asmaa' dan biasalah budak, dia mcm tunjuk melawan. Masa dia buat reaksi melawan tu saya pun naik geram juga so, saya jentik sikit tangan dia dan bawa dia masuk bilik.

Dalam bilik saya bagitau, "Kakak, kalau dengan tokki ke, dengan umi ke, abah ke sape2 lah..kakak tak boleh lawan. Bila kakak lawan, nanti ALLAH marah. Bila ALLAH marah,kakak dapat dosa. Tapi bila kakak sabar dan ikut orang cakap, kakak dapat pahala, bila pahala kita banyak, kita dapat syurga. Kakak tau tak, syurga tu, dia ada taman cantik sangat. Kakak suka pegi taman kan?"

Tiba-tiba mata dia berair, "Umi, kakak nak baik dengan semua orang tapi orang tak suka kakak. Kat sekolah ada kawan kakak kepit jari kakak." Time ni dia tunjuk jari dia dan memang ada kesan kepit kat kuku. "Diorang suka kata kakak 'hang'." Memanglah nak oi, kita dah duduk Utara dah skang ni.

"Umi, kakak kan tak pandai lagi. Kakak kecik lagi. Kakak kena makan nasik dulu bagi besar mcm umi." Di sini dia mula cerita mcm2. Mungkin dia tak selesa kat sini loghat nye lain. Dan dia masuk sini pun dah bulan 4. Memang sebelum ni dia gi Pasti kat Terengganu tapi silibus nya mungkin berbeza. So, Asmaa' rasa dia ketinggalan dari yang lain.

Takpelah yang tu. Yang saya paling suka dengan cerita dia malam tadi..."Cikgu kakak hodoh, pakai skirt tak pakai seluar," Muahahaha....Kelakar sungguh sbb selama ni kalau pakai baju paras lutut, saya pakaikan Asmaa dengan seluar. So, takla terdedah betis dia. Tapi cikgu dia India mengajar English. Takkan la cikgu tu ndak pakai seluar dgn baju dia. Pernah jugak dia kata, "Cikgu cucuk hidung umi." Agaknya cucuk subang kat hidung kot.

Pagi tadi saya hantar dia gi kelas, saya dah pesan. "Kakak nanti jgn gaduh2 dengan kawan ye. Kalau diorg buat kakak, kakak cakap -jangan buat macam ni, tak baik. Jangan balas kawan kakak buat kakak." Kali ni dia sengih, "Nanti boleh masuk syurga kan umi?" Waaa...Kali ni saya yang nangis...........Moga mereka memahami apa yang kami ajarkan. Moga mereka menjadi anak soleh solehah yang boleh mendoakan kami bila tiba saatnya nanti.

Monday, April 14, 2008

Kalau ALLAH Nak Laknat, Lama Dah ALLAH Laknat


Bismillah,

Pernah dengar tak kata-kata kat atas seminggu yg lepas? Ha ha...Sape yg tgk Melodi memang lah dengar. Sitisifir tgk Melodi? Muahahaha...Saya tgu berita jam 130 ptg tu so bila jumping dr satu channel ke channel nampak la Dee pakai baju pompuan so saya berenti kat situ.

Ntah apa soklan si Michelle, saya dgr Dee jawab, "Kalau ALLAH nk laknat Dee, lama dah ALLAH laknat." dan Michelle pun menjawab semula, "Pengakuan berani dari Dee." Then Dee pun goyang2kan body dia...Hii...Aritu rasa gatal nk sepak orang he he...

Eh apa ni ha...saya tgu jugaklah isu nih naik dalam mailing list ingat mau la dengar org fire power rangers apa yg dia kata. Kadang2 saya pun tak paham kenapa org suka buat benda yg terang2 dilarang. Statement dia pun mcm mencabar tu...Tapi sapekah yg dia cabar...?

Saya pun byk buat kesalahan dan bukan lah saya org terbaik utk buat perubahan mcm ni, cuma saya mahu jugaklah menyatakan kekesalan tentang apa yg berlaku dalam dunia hiburan ni. Mereka dikatakan ikon maka jadilah ikon yg memenuhi standard yg membolehkan penonton yang meniru menjadi orang yg bermanfaat.

Saya sangat ingin melihat 'Cerita Artis Malaysia' menjadi 'Cerita Ulama Malaysia' dan 'Akademi Fantasia' diganti dengan 'Akademi Ulama'. Juga saya nk tgk 'Anugerah Industri Muzik' yg grand ada red karpet gantilah dgn 'Anugerah Ulama Terbaik' ke apa2 lah yg sewaktu dengannya. Ntah berapa persen lah sangat TV kita dihidangkan dgn perkara yg bermanfaat. Huhu.....

Dee kata lagi, kononnya orang sll panggil dia buat show tu, sbbnya org tau dia tu jantan, so, kalau dia terkangkang ke apa ke,org tau dia jantan.Huhu...dah tau awak tu jantan, kenapa la tak buat cara jantan. Saya rasa tak salah la laki lembut. Yg saya rasa salah kenapa laki lembut nk tiru mcm perempuan. Pakai baju perempuan, amik hormon la...Ni bukan fitrah dah kalau mcm ni...Ni rasenya namanya ngikut nafsu jek...

Ntah la nk ku komen byk memang nk banyak komen. Jika kita ni dah tau kita lelaki, pakailah mcm lelaki dan jadilah lelaki. Lembut takpe tapi jgnlah ikutkan sangat sampai nk jadi perempuan. Kebetulannya pulak semalam saya tengok cerita 'Wali' kat Astro Prima.

Sbnrnya ending yg saya harapkan adalah Tarmimi atau bapak si Wani tu jadilah lelaki ideal semula tapi tak ditunjukkan. Takpelah saya memang sll suka reka cerita sendiri. Mcm cerita 'Ayat-ayat Cinta', saya rasa tak real bila watak Maria dimatikan sbb saya nk tgk cerita tu si Fahri (eh ke sape ek hero dia?) hidup bahagia dengan dua bini.

Ha ha...ini dah mencetuskan dua isu yg berbeza pulak...Oklah...takmo gaduh2 aaa...

Tuesday, April 08, 2008

Manual Kerja Super Suami & Isteri

Bismillah,
Inilah yang saya tunggu sekian lama. Dah siap dalam dua bulan juga tapi baru hari ni saya dapat war-warkan dalam blog kesayangan saya ni. Dek soalan-soalan yang saya perlu jawab, maka kat sini saya harap sekurang-kurangnya terjawablah sikit ek persoalan mereka yang nk bertanya.

Harga bagi buku-buku ni adalah seperti berikut :
- Manual Kerja Super Suami RM 15
- Manual Kerja Super Isteri RM 12
- Harga pos adelah RM 5 utk pos ekspres

Kepada sape2 yang sudi nak beli, sila SMS ke 0199147161 atau emel ke sitisifir10@yahoo.com atau YM : sitisifir10.

Bank in kepada no akaun berikut :
Norhafiza Binti Madzlan
- 113042046831 Maybank
- 12092020082595 Bank Islam

Dibawah adelah gambar bukunya dan disertakan sekali isi kandungannya.


Manual Kerja
SUPER Suami


Sememangnya, pernikahan yang dilalui bersama dengan isteri membuahkan tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh kedua-dua pasangan. Sebagai suami, tanggungjawab anda adalah dengan melunaskan mas kahwin, memberikan nafkah zahir dan batin dan mendidik isteri serta anak-anak dengan amalan yang dianjurkan dalam Islam.

Bagi seorang suami, tiada formula atau manual khusus yang paling tepat untuk anda. Namun, sedikit garis panduan dalam buku ini akan membantu anda menemui kaedah khusus yang paling sesuai untuk diri anda dalam apa-apa jua situasi keluarga anda. Semoga anda dapat mengenal pasti sesuatu yang bernilai dalam diri anda setelah membaca buku ini!!

Kandungan (176 ms)

BAB 1 Pengenalan

BAB 2 Rasulullah s.a.w Model Utama
2.1 Kisah Rumah Tangga Rasulullah s.a.w
2.2 Jadikan Rasulullah s.a.w Idola Keluarga

BAB 3 Menghargai Isteri
3.1 Aku Adam Buat Hawaku
3.2 Hargai Pengorbanannya
3.3 Optimis Dengan Kebolehan Isteri

BAB 4 Menyayangi Isteri
4.1 Sayangi Dia Seadanya
4.2 Membiasakan Perilaku Berkasih Sayang
4.3 Idea Romantik
4.4 Mengutamakan Ibu bapa
4.5 Menghormati Mentua

BAB 5 Membantu Isteri
5.1 Kamar Tidur Tempat Peribadi
5.2 Menguruskan Kain Baju
5.3 Menyapu Sampah dan Mengemas Rumah
5.4 Membantu Isteri Memasak
5.5 Menghiasi Halaman Rumah
5.6 Membasuh Pinggan
5.7 Menjaga Anak

BAB 6 Saat Anda Diperlukan
6.1 Isteri Mengandung
6.2 Isteri Bersalin
6.3 Isteri Kesedihan
6.4 Isteri Dalam Dilema
6.5 Isteri Sakit

BAB 7 Bapa Penyayang
7.1 Fahami Fikiran Anak
7.2 Air Tangan Ayah
7.3 Mengulang Kaji Bersama Dengan Anak
7.4 Mengawal Pemakanan
7.5 Anak Lelaki vs Anak Perempuan
7.6 Bapa Sepenuh Masa

BAB 8 Menjana Keluarga Harmoni
8.1 Tetapkan Tujuan Perkahwinan
8.2 Mesyuarat Keluarga
8.3 Membudayakan Islam
8.4 Peribadi Ketua Keluarga
8.5 Bermasyarakat
8.6 Pemilihan Lokasi Tempat Tinggal
8.7 Menjaga Ekonomi Keluarga
8.8 Resolusi Untuk Keluarga

BAB 9 Sedangkan Lidah Lagi Tergigit
9.1 Hidup Penuh Cubaan
9.2 Teknik Bergaduh
9.3 Mendidik Isteri
9.4 Masalah dan Solusi
9.5 Jangan Peduli Kata Orang
9.6 Poligami

BAB 10 Penutup


Manual Kerja
SUPER Isteri

Oleh Siti Sifir

Tidak dinafikan dalam mendepani zaman ini, para isteri akan bertemu dengan bermacam-macam bentuk halangan. Tambahan pula bagi mereka yang bekerja dan mempunyai anak yang banyak. Di mana-mana sahaja akan kita temui keluhan demi keluhan.

Justeru, apakah formula terbaik yang boleh diguna pakai dalam memastikan hala tuju hidup kita di dunia ini berjalan dengan baik dan juga membina kehidupan yang selesa di akhirat?

Buku ini akan menyingkap petua berkesan dan sekatan yang perlu dielakkan dalam menangani masalah dan halangan seorang isteri masa kini.

Kandungan (128 ms)

BAB 1 Pengenalan

BAB 2 Petua Mega
2.1 Jangan bertangguh kerja
2.2 Kerja di pejabat sudahkan di pejabat
2.3 Bangun seawal pagi
2.4 Perkara berkaitan dengan tidur

BAB 3 Tugasan Rutin Isteri
3.1 Kain memenuhi rumah?
3.2 Air tangan pengikat kasih
3.3 Pinggan terpakai
3.4 Masa untuk menyapu sampah
3.5 Mengemas rumah
3.6 Merias halaman rumah

BAB 4 Suri Rumah Si Isteri
4.1 Katil sebagai tempat rehat
4.2 Menjaga kosmetik diri
4.3 Layanan buat suami tercinta
4.4 Ciuman dan belaian mesra sebagai tabiat
4.5 Jangan malas mandi
4.6 Jangan kongkong suami
4.7 Di mana perlu meminta izin?
4.8 Aurat terjaga, maruah terpelihara

BAB 5 Suri Rumah Si Ibu
5.1 Mengulang kaji bersama dengan anak-anak
5.2 Adakah baik menonton televisyen?
5.3 Kurangkan menengking anak
5.4 Jaga pantang larang selepas bersalin

BAB 6 Menjana Keluarga Harmoni
6.1 Makan secara berjemaah
6.2 Solat jemaah bersama-sama
6.3 Banyakkan bercerita sesama ahli keluarga
6.4 Rancang percutian panjang
6.5 Mengukuh dan menjaga ekonomi rumah
tangga
6.6 Perancangan dan hala tuju keluarga
6.7 Doa agar keluarga kita aman bahagia

BAB 7 Menghadapi Cabaran
7.1 Kurangkan leteran
7.2 Biasakan senyum dan ketawa
7.3 Melatih kesabaran
7.4 Kemaafan dendam paling indah
7.5 Menangislah apabila perlu

BAB 8 Penutup

Perokok lelaki kurang sperma


ayuk… tak rasa ngeri ke ek orang lelaki yang merokok bila baca tajuk mcm ni. Menurut kajian kat London, lebih dua setengah juta lelaki di Britain menghadapi risiko tinggi kurang subur dengan meneruskan tabiat merokok, pengambilan minuman keras, dan makan terlalu banyak.

Minta maaf la ek org laki zaman skang ni pada hemah saye, perlu memulakan gaya hidup sihat bukan untuk diri sendiri tetapi untuk kemantapan ummah. Saya tak pasti la kalau dari segi pengambilan minuman keras tapi kalau tabiat merokok dan makan terlalu banyak tu bersepah jumpa. Merokok tu walaupun diketahui umum sebagai satu tabiat yang banyak mudharat, namun ia masih menjadi tanda aras ke’macho’an orang lelaki.

Kalau mcm seblom2 ni orang tergamak meletakkan label ‘kemandulan’ pada orang wanita, namun skang ada satu tinjauan yang mendedahkan bahawa angka lelaki yang mempunyai bilangan sperma yang rendah adalah sangat mengejutkan. Kalau dulu bab kesuburan ni, ramai la wanita yang jumpa Doktor untuk rawatan tapi skang orang laki pulak yang terpaksa mendapatkan rawatan kesuburan ni.

Dari 10 pasangan yang ada masalah kesuburan, didapati 4 darinya adalah sebab orang lelaki. Punca kepada masalah ni mungkin disebabkan faktor gaya hidup mcm pengambilan alkohol dan dadah, kurang bersenam dan kegemukan. Punca lain adalah sebab pencemaran, penggunaan racun serangga dan hormon wanita dalam bekalan air minum.

justeru itu, marilah sama2 tak kira orang laki ke perempuan ke, jauhkanlah dari benda2 yang memang kita tau takde pekdah. Sama2lah kita memandang ke masa depan di mana masa ni je kita dah temui pelbagai kerosakan ada akibat dari tangan kita sendiri. Takkan kita mahu terus hidup dalam dunia yang kita rosakkan seblom ni, justeru itu, moh la kita membina semula tamadun baru yang lebih sihat…

Semoga ALLAH membalasi dengan yg lebih baik


Bismillah,
Ungkapan di atas sudah biasa kita dengar malah seringkali kita sendiri yang mengungkapkannya. Satu pernyataan biasa namun begitu besar kesannya jika disertai dengan pengharapan yg sebenar-benarnya. Mengapa isu ini saya bawakan kali ini?

Suatu hari, saya dan suami memerlukan seorang yang mahir tentang computer dan aksesorinya dari segi harga dan perisiannya. Sekadar mahu mendapatkan yg terbaik untuk kegunaan sendiri dengan harga yg paling berpatutan. Bimbang jika ditipu oleh pihak tertentu, saya meminta pertolongan dari seorang sahabat lama.

Ternyata dia senang sekali dapat membantu kami sehingga ke proses pembelian juga turut dilakukan oleh beliau. Setelah suami saya mendapatkan computer itu, saya terlintas yang sahabat saya ini sentiasa sahaja membantu bila saya memerlukan. Apa sahaja setakat dalam kemampuannya pasti akan dibantunya.

Biar susah saya mahu berkawan dengan seorang yang berlainan jantina, namun persahabatan yang juga terjalin antara suami saya dan sahabat ini yang asalnya bekerja di tempat sama menjadikan semuanya menjadi sesuatu yang menyenangkan. Saya lalu terfikir, dia boleh sahaja menolak andai dia tidak mahu membantu, malah sebelum bertanya kepada individu ini, kami telah menanyakan dua-tiga orang yang lain namun kesediaan membantu masih terbatas mungkin dengan tugasan masing-masing.

Lalu satu SMS saya kirimkan, “Semoga ALLAH membalasi dengan yang lebih baik,” kepada sahabat ini dan dibalasi dengan “Amin, May Always in ALLAH’s blessing.” Lalu saya berdoa mudah2an ALLAH membalasi pertolongan itu dengan sesuatu yang lebih baik dari pertolongan dia kepada saya.

Jika betul dihayati dan jika ALLAH juga memaqbuli, bukankah ini sesuatu yg baik? Kita berdoa agar kebaikan mendatangi kehidupan dia dan mudah-mudahan kebaikan itu benar-benar didapati. Apa kesannya kepada saya yang berdoa? Sekali pandang seolahnya tiada apa yang kembali kepada kita namun saya yakin di lain masa, jika saya sekali lagi dalam kesusahan, pasti ada yang sudi membantu.

Tidak luak jika mendoakan kemudahan dan kesenangan untuk orang lain kerana ia juga ibarat kita mendoakan diri kita kerana kita dan mereka yg kita doakan hakikatnya adalah sama. Cuma amal dan taqwa yang akan membezakan. Semoga kita sama-sama menghargai mereka yang selalu di samping kita

Feared


Ketakutan, kebimbangan dan yang kita hadapi sehari-hari adalah satu bentuk rangsangan tanpa kita sedari. Tanpa ketakutan, kita tak akan lari kalau singa lapar ada di depan kita. Tanpa kebimbangan, kita mungkin sahaja membawa kereta tanpa membelok di lereng bukit yang berliku. Hayati ini untuk mendapatkan semangat sebenar dalam diri kita.
I feared being alone
Until I learned to like
Myself.
I feared failure
Until I realized that I only
Fail when I don't try.
I feared success
Until I realized
That I had to try
In order to be happy
With myself.
I feared people's opinions
Until I learned that
People would have opinions
About me anyway.
I feared rejection
Until I learned to
Have faith in myself.
I feared pain
Until I learned that
it's necessary
For growth.
I feared the truth
Until I saw the
Ugliness in lies.
I feared life
Until I experienced
Its beauty .
I feared death
Until I realized that it's
Not an end, but a beginning.
I feared my destiny,
Until I realized that
I had the power to change
My life.
I feared hate
Until I saw that it
Was nothing more than
Ignorance.
I feared love
Until it touched my heart,
Making the darkness fade
Into endless sunny days.
I feared ridicule
Until I learned how
To laugh at myself.
I feared growing old
Until I realized that
I gained wisdom every day.
I feared the future
Until I realized that
Life just kept getting
Better.
I feared the past
Until I realized that
It could no longer hurt me.
I feared the dark
Until I saw the beauty
Of the starlight.
I feared the light
Until I learned that the
Truth would give me
Strength.
I feared change ,
Until I saw that
Even the most beautiful butterfly
Had to undergo a metamorphosis
Before it could fly.
Semoga kita sama-sama berani menghadapi cabaran mendatang…

Penerangan Saintifik Perlakuan Seks Yang Dihalalkan


Bismillah,
Semoga mereka yang melintasi blog kesayangan hamba ini sentiasa mendapat perlindungan dan rahmat ALLAH selalu. Berkenaan tajuk di atas, saya tidak pandai untuk mengulas banyak, Cuma sangat tertarik dengan nukilan ,Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria)Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. Yang mengulas dari segi hadis-hadis dan penerangan saintifik kenapa Islam telah menggariskan beberapa perlakuan seks yang dihalalkan dan mengharamkan perlakuan yang lainnya. Sebagaimana saya, saya berdoa mereka yang lain juga mendapat kefahaman yang lebih kukuh. Setiap satu ketetapan itu sentiasa ada hikmahnya, maka beruntunglah bg mereka yg berfikir.

Islam mengizinkan seseorang melakukan persetubuhan mengikut cara ataupun kedudukan yang digemarinya, namun memuaskan nafsu melalui saluran dubur atau anal sex adalah dilarang. Allah berfirman, "Isterimu adalah kebun bagimu maka datangilah kebunmu dengan cara mana yang kamu mahu." (Surah Al-Baqarah ayat 223)

Wahyu ini diturunkan berhubung dengan sahabat Omar Al-Khattab yang menyetubuhi isterinya mengikut saluran biasa tetapi dari belakang, lantas beliau berasa takut dan terus menemui Nabi menceritakan tentang apa yang berlaku. Tidak berapa lama selepas itu, ayat ini pun diturunkan dan Nabi terus berkata kepada Omar, "Bersetubuhlah dari hadapan ataupun dari belakang asalkan tidak dilakukan pada waktu haid dan tidak melalui dubur." (Riwayat Ahmad)

Berhubung dengan persetubuhan melalui dubur, ia dianggap sebagai satu dosa besar. Nabi bersabda, "Allah tidak mahu melihat kepada lelaki yang mendatangi lelaki ataupun wanita di duburnya." (Riwayat Tarmuzi)


Seks Yang Halal Dan Kesihatan

• Ketika syahwat memuncak, badan seseorang mengeluarkan bahan-bahan kimia seperti endorphins yang berfungsi mencegah kesakitan dan mendatangkan ketenangan
• Sentuhan di antara suami isteri merangsang pengeluaran bahan oxytocin yang menghasilkan rasa tenang dan damai
• Mengikut kajian yang dilakukan oleh Majlis Penyelidikan Sains Manusia seperti yang disebutkan dalam News24.com, bertarikh 12 Februari 2001, sentuhan juga merangsang pengeluaran hormon serotonin yang meningkatkan daya ketahanan badan dan sekali gus mencegah seseorang dari dijangkiti penyakit
• Seks juga berfaedah untuk kesihatan jantung. Dr. Paul Pearsall, Pengarah Perubatan Perlakuan atau Behavioural Medicine di Hospital Beaumont di Detroit, di dalam bukunya Sexual Healing berpendapat, kesihatan jantung tidak hanya bergantung kepada pemakanan, senaman dan genetik, malah ia juga bergantung kepada kesihatan emosi dan sosial. Kajian beliau menunjukkan ketidakpuasan di dalam hubungan seks sering kali mengakibatkan serangan sakit jantung di samping penyakit-penyakit yang lain seperti pening migraine dan radang sendi.

Bahaya Seks Ketika Haid

Firman ALLAH SWT :
"Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya." (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Nabi bersabda :
"Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad." (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)

Ulama berkata :
Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, "Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum mandi wajib, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran."

Kajian saintifik :
• Mengikut Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan yang beribu pejabat di Oregon, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.
• Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans pada tahun 1995 melaporkan, menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.
• Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda.Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita.
• Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa. Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996.
• Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat. Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina. Ketika haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya jika berlaku persetubuhan ketika itu.

Seks Bebas Dan Penyakit Jangkitan Seksual

Nabi Muhammad bersabda, "Wahai Muhajirin, lima bala akan ditimpakan ke atasmu dan aku berdoa agar kamu tidak ada ketika bala ini menimpa..... satu di antaranya ialah, apabila zina zahir di dalam masyarakat secara terang-terangan, wabak yang dahsyat dan penyakit-penyakit yang belum pernah menjangkitimu akan menyerangmu ketika itu." (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi dan Al-Bazzar)

Penyakit-penyakit jangkitan seksual atau STD (sexually transmitted diseases) kerap menjangkiti individu melalui hubungan seks rambang. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit dari kumpulan ini telah dikenal pasti di antaranya ialah syphlis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, infeksi cytomegalovirus, infeksi chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS. Penyakit-penyakit ini boleh menyebabkan maut.

Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah dari kalangan kaum wanita. Kos yang diperlukan untuk merawat dan mencegahnya menjangkau $10 bilion. Kesemua ini menunjukkan ajaran Islam sememangnya relevan sampai ke hari Kiamat.

Justeru, rugilah mereka yang mengutamakan hawa nafsu serta mengabaikan landasan Islam yang sememangnya saintifik lagi menyihatkan

Mengenali lelaki



Bismillah,
Sebenarnya, saya bukanlah orang terbaik yang mengenali lelaki secara keseluruhannya. Sebabnya, saya sekolah perempuan semua selama 5 tahun di sekolah menengah dan seblom tu, masa sekolah rendah, disebabkan 6 tahun dari darjah satu hingga 6 tu saya berada dalam kelas yang sama, maka sorang dua tu je la yang saya kenal.

Masa matrik pun saya tak sempat kenal memandangkan hanya dua semester aje saya duduk sekelas dengan lebih kurang seploh orang budak laki. Tu pun ada yang saya buat musuh ha ha… naik kat UKM lagi la best, dalam 50 orang student jabatan saya, ada la 5 orang je budak laki.

Juga sebab saya tak minat mana kawan dgn diorang ni, saya hanya meletakkan kesimpulan yang gitu-gitu aje pada orang lelaki. Tak ingat pulak saya yang akhirnya saya akan berkahwin juga dengan orang lelaki..he he namun alhamdulillah, suami saya tidaklah sesukar perjalanan 23 tahun saya membujang seblom tu untuk dikenali sebagaimana lelaki lainnya.

• Lelaki tidak detail dlm percakapan – secara genetiknya memang diorg ni tak byk cakap banding orang perempuan. Orang perempuan, tahap kebecokannya adalah 2-4 kali ganda berbanding orang lelaki. Tu sbb kalau kita mintak pendapat misalnya, mereka rela kata sepatah sama ada, “OK” atau “toksahlah” tanpa memberikan alasan tertentu.
• Lelaki tahan berjaga malam demi hobi – mcm tak pernah jumpa orang laki yang sanggup sengkang mata semata-mata nk tgk bola. Ini adalah sebab otak belah kanan lelaki ada bahagian yang tak dimiliki kebanyakan kaum wanita. Nama bahagian ini adalah ‘Kesedaran Ruang Visual’. Bahagian ni biasanya digunakan untuk menganggar kecepatan dan jarak. Kalau zaman dulu kala orang berburu untuk mendapatkan makanan dan kalau orang laki ni dapat sikit je, dia macam tak puas hati. So, dia akan pulun lagi dan lagi untuk mendapatkan lebih banyak. Orang laki zaman skang dah tak berburu. Itu pasai dia boleh berjaga malam utk main game, tgk bola dll. Lahai, kalaulah dia minat sujud mengadap Ilahi kan?
• Lelaki rela menghabiskan wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta – sebenarnya peralatan ni ibaratnya permainan diorg lah. Disebabkan bhgn yg spesel dalam otak dia tulah dia minatkan benda yang terlihat secara 3 dimensi. Ini memang saya perasan pada suami sendiri. Kalau saya tgk kereta tu semuanya sama jek tapi dia boleh kata kete tu cantik, kete ni tak elok. Padahal dia bukan naik lagi kete tus. Dah tu spesis laki ni bukan main lagi marah kalau kita shopping ek padahal dia perabis duit ke aksesori dia tu ntah untuk apa. Ha ha… semuanya kerana ‘aku’ dan ‘engkau’ nyata berbeza.
• Lelaki jarang muncul dengan jambang bunga – dalam TV tu sll tunjuk romeo bg bunga kat aweks dia. Uh, berapa orang sangat yang mcm tu kat dunia nyata ni. Mungkin la ada, tapi selebihnya dia fikir buat mende beli benda yang akhirnya kita tau akan layu. Ye tak ye ek, saya last dapat bunga sejambak adelah masa hari graduasi tu pun dari mak. Suami? He he..yg beli tu takde tapi best jugak kalau dapat bunga hutan pun. Yg penting dia terdetik nk petik bunga hutan tu semata-mata nk bg ke bini dia. Romantik la jugak mcm tu.
• Lelaki tidak bergosip – sebenarnya bukan diorg tak bergosip, tapi cara diorg bergosip adalah berbeza dengan orang perempuan. Tapi kalau kene gaya, tgk aje orang yang bercakap tentang politik, kadang2 mcm takjub je dgr diorg bercakap. Kebiasaannya juga, mereka kalu ada masalah, diorg sama ada akan menyelesaikannya cepat2 atau melupakannya aje.
• Lelaki selalu mengagungkan ibu mereka – bagi mereka, ibu mereka adalah wanita paling ideal dalam hidup mereka. Mereka juga bersifat pelindung kepada ibu mereka setelah mereka melihat ayah mereka melindungi ibu mereka. Jadi, janganla kecik ati kalau mereka membezakan kita dengan ibu mereka.
• Lelaki sanggup menyimpan semua edisi terhad komik, cd, jeans, jam tangan dll – sangguplah diorg ni missal kata minat ke barang antic, maka seluruh Malaya akan di cari. Contoh paling dekat abah saya. Dalam umah tu kalau dikira, ada dekat2 10 jam antic yang bunyi ding dong dgn lagu tiap 15 minit sekali. Ini adalah sikap pemburu. Mereka takmo nnt kawan dia lebih dari dia. So, dia akan bersungguh-sungguh mendapatkan koleksi sendiri seblom org lain dapat mengalahkan mereka. Inilah namanya nk menegakkan EGO.

Nilah agaknya sedikit sebanyak yang dapat saya fahami dari artikel asal ntah sape. Jika berguna, maka gunakanlah dengan baik dan jika tak guna, sekurang-kurangnya sebagai ilmu. Kot-kot lainkali jumpa kebetulan sama dengan yg dikatakan maka inilah dia kebiasaan orang lelaki. Namun, suami anda, mungkin tidak sama dengan apa yang dinyatakan jadi elakkan dari meletakkan satu standard pada mereka kerana manusia itu sentiasa berubah. Sama seperti kita….

Langkah Bestari Suami Mithali


Bismillah…

Hari ni rasa hepi amat sbb dapat main computer semula. Biarla takde line internet pun kalau dapat menaip pun dah cukup baik. Hari ni hari ke 13 kelahiran ARWA puteri ke4 kami. Saya hampir ‘kering’ dalam rumah ni bila takde xtvt nak dilakukan. Sekadar membaca semula himpunan majalah NUR untuk menambah sedikit pengetahuan.

Kini computer yang kami beli untuk kegunaan kedai menjadi mainan saya semula. Mencari-cari folder lama yang saya simpan maka terjumpa fail ini. Idea asal adalah dari Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah, saya tulis semula sesuai dengan kefahaman saya. Besar kena-mengenanya apa yang terkandung di sini dengan kehidupan saya sekarang.

Langkah bestari suami mithali…
Sebelum meneruskan kata dengan isi, saya teringin banget nk memberi penghargaan tertinggi saya buat suami saya. Tempoh pantang kali ini benar sangat menyelesakan. Suami saya mengambil alih tiga lagi anak yang besar tu. Terkadang rasa kesian bila tgk dia melayan anak-anak untuk mengelakkan anak-anak mengganggu saya dan baby ARWA.

Malam-malam dialah yang bangun membancuh susu anak, menadah anak yang nak muntah. Bangun pagi-pagi lagi dah dipanaskan tungku untuk kegunaan anak sebelum bersiap menyiapkan anak-anak ke ‘sekolah’  nursery mereka. Ini bulan terakhir dan kami akan memulakan cabaran hidup baru dengan menjaga anak sendiri bermula dari bulan Mac ini insya ALLAH.

Balik anak dari nursery dia akan bermain dengan anak, menyuapkan mereka nasi..dan macam-macam lagi. Kerja yang paling berat saya buat dalam tempoh ni sekadar melipat kain. Memang kesian sangat tgk suami take over kerja tu. Walaupun jika saya bukan dalam tempoh berpantang dia masih lagi ringan tangan membantu, namun pasti dia menjadi lelah lantaran terpaksa bekerja tanpa bantuan saya.

Tu lah sebab anak-anak sayangkan abah dia kan? He he… apa pun terima kasih sangat buat suami yang ikhlas memahami saya dalam tempoh ini.

Ok.kita beralih kepada isi sebenar…

• Kata Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah…
Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
o Setiap amal tu bermula dengan niat menurut satu hadis bukan? Kadang-kala kita mengabaikan niat sehingga akhirnya amal kita menjadi huru hara. Juga jika mahu lebih keberkatan, adalah terbaik jika kita berniat. “Aku mahu jadi suami mithali untuk isteriku dan bapa mithali buat anak-anakku,” barulah hala tuju kita akan terdorong kearah itu. Jika kita niatkan aku mahu mengajar anak aku ini kerana ALLAH pastilah kita akan lebih bermotivasi tinggi andai terlintas dengan kelemahan anak-anak menerima pelajaran. Dan jika terlintas, “Adei maleh eh rasa arini nk layan anak-anak,” tergamakkah pula untuk melakukannya kerana kita tahu pasti kemalasan ini tidak seswai dilakukan kerana ALLAH, jadi jika tidak disandarkan kepada ALLAH maka ia akan menjadi sia-sia bukan?

• Kata Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah…
Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
o Sekalipun anda suami yang hensem, yang punya ijazah tinggi langit, anda musti kene mau ingat, tidak semua wanita akan menyukai anda. Kenapa saya katakan begitu? Sebab, saya sendiri aa..orang kata lelaki putih tu hensem tapi saya (dulu2 aa..) kata lelaki yang putih tak cukup macho ha ha…taste orang kan lain-lain. Jadi bersyukurlah bila ada wanita yang sudi menjadi teman hidup anda. Juga terimalah dia sebagai jodoh terbaik yang ditetapkan ALLAH. Walau terkadang anda merasakan sayap kiri anda itu tidak cukup ampuh, jadi anda menyalahkan jodoh sedang jodoh itu ditentukan ALLAH. Tanpa jodoh yang diatur oleh Yang Maha Mengetahui itu, anda mungkin akan terus keseorangan. Jadi bersangka baik dengan ALLAH bahawa ALLAH telah menetapkan wanita terpilih yang terbaik untuk diri anda. Maka bersyukurlah dan berusahalah menjadi suami terbaik buat si dia.

• Kata Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah…
Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
• Setiap jalan cerita punya hero yang tersendiri. Jadilah hero kepada isteri anda kerana dengan menjadi hero, dia akan berbangga bersuamikan anda. Bagaimana menjadi hero? Tidak seperti Ultraman yang perlu menyelamatkan heroin dari di bawa lari dek raksasa, anda hanya perlu membaiki sendiri paip bocor di rumah atau membuat rak kasut untuk isteri anda tanpa perlu mengupah orang lain atau menjahit sendiri butang baju yang tertanggal. Sebenarnya banyak perkara kecil yang anda lakukan untuk menjadi kebanggaan isteri nan tercinta.

• Kata Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah…
Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
• Walau sekalipun anda mempunyai masalah Negara di tempat keje, jangan sekali-kali membawa api baraan tadi ke rumah. Pastikan anda menyelesaikan apa sahaja ribut yang melanda opis anda dan pulang ke rumah dengan aman. Menurut kajian, mereka yang siap keje dengan baik mempunyai hubungan kekeluargaan yang baik berbeza dengan orang yang kat tempat keje hanya suka borak-borak, main game sampai keje tak siap, last2 kene hambur dengan bos. Tak ke rugi kalau kene marah. Kot ye pun nak main game, bawak2 la siap keje dulu. Bila keje settle bos tgk main game pun dia senyum jek…kita pun bila balik keje kena la senyum sbb ini adalah sejenis dorongan dalaman untuk merangsang jiwa kita merasa bahagia. Apa yang lebih membahagiakan bila kita tersenyum, mereka yang memandang juga akan merasa bahagia bersama.

• Kata Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah…
Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
o Isteri musti banyak nk cerita punyalah sampai sekecik-kecik perkara sebenarnya. Jadi ajak je dia bersembang. Kalau anda mati kutu jangan bimbang, isteri anda akan sentiasa ada topic untuk dibicarakan. Anda hanya perlu membuka kuncinya dengan satu soalan seperti, “Anak-anak apa cerita hari ni?” musti banyak nk describe dengan satu soalan yang pendek.

• Kata Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah…
Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
• Kalau betul la seorang suami hantar SMS kata rindu ke, sayang ke..adui ai.. mcm mana mau cakap aaa… punya la hepi je rasa seorang isteri nih sampai dia boleh sengih jek kalau dapat SMS sedemikian rupa. Mana tak sukanya,cintanya berbalas ape sbb orang perempuan kalau dah ada suami dia takkan bukak buku cinta baru dengan lelaki lain. So, cukupkan kasih sayang isteri anda seblum dia cari kasih sayang lain. Once dia cari kasih sayang lain, andalah lelaki dayus yang selalu dikata… *perempuan yang tergamak cari laki lain tu adalah spesis yang kurang iman. Kalau iman dia cukup baik, laki dia tak layan pun dia tak cari lain punya, harap maklum…

• Kata Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah…
Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
o Apalah kiranya bergurau dengan isteri. Ketawa sama-sama tambah pulak dengan anak-anak adalah perkara yang paling menggembirakan dalam hidup saya. Saya rasa orang lain pun sama. Bila kita sandarkan segalanya kepada ALLAH, maka jodoh itu kita terima dengan baik dan kita lalui hidup kita juga dengan baik.

• Kata Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah…
Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
• Yang ni spesifik dalam kenderaan. Jangan tergamak berdiam diri. Tu pasai bini ngantuk pastu dia tido…kan dah kene drive sensorang. Keberdua-duaan dalam kereta sebenarnya satu kesempatan yang tolongla jangan dilepaskan. Cerita je benda yg dah 50 kali cerita yang tak menjemukan mcm saat-saat indah pertemuan ke…isu semasa ke…

• Kata Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah…
Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
o Yg ni pulak spesifik masa makan. Jangan biasa makan sensorang. Disamping kurang berkat, makan pun tak lalu, betultak? Sekalipun bini anda dah habis makan tadinya dan anda juga tak rela dia makan lagi sbb takut gemok, ajak dia duduk bersama. Alah..tarik je tangan dia suruh duduk tempat anda. Takpun, kalau bini anda tak biasa ajak anda makan sama, kalau nampak mcm dia nk makan tu, pergi je join. Lama-lama dia akan menjadi kebiasaan insya ALLAH.

• Kata Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah…
Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
• Mcm Rasulullah SAW, baginda turut mandi bersama dengan isteri. Kalau kat umah kita ada bilik air dalam bilik tidur kita maka itu lebih baik untuk mengamalkan mandi together-gether…kalau takde pun bukan takde masa yg hanya anda berdua dalam umah. Time tu mandi la bersama-sama. Jangan memalu sbb awal2 kawen lagi sama2 dah brake down yg malu2 pada asalnya tu kan?

Kalau ikut ni ada lagi 40 tips dari Dr Fadzillah. Cukup ah yg ni dulu. Nnt kalau rajin, saya sambunglah di bawah tajuk yang sama…sementara itu, buat suami2 yang membaca, bagaimana? Bolehkah 10 tips ringkas di atas dijadikan kebiasaan?