Showing posts with label Promosi. Show all posts
Showing posts with label Promosi. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Multifokal Terbaik : Varilux Physio 360 Oleh ESSILOR

Bismillah,

Entry ini sesuai untuk dibaca oleh golongan 40an ke atas atau barangkali kepada anak-anak yang prihatin dengan penglihatan ibubapa masing-masing. Multifokal adalah cermin mata yang digunakan untuk melihat jauh, pertengahan dan dekat dengan menggunakan cermin mata yang sama.

Berikut adalah petikan yang saya ambil dari Mivision :


Varilux Physio 360 New Edition by Essilor was awarded first place in the Best Lens Design category at the inaugural ODMA Awards Of Excellence 2011.
Lens design was one of 12 award categories, which together attracted 100 nominations and were voted on by a panel of eye care professionals and optometry practice owners. The Optical Distributors & Manufacturers Association (ODMA) presented category winners with their awards at ODMA 2011 in Darling Harbour, Sydney on Friday 8 August.
Essilor says that Varilux Physio, first launched in 2006, revolutionised the way lenses were calculated by using W.A.V.E. technology to take into account the entire beam of light entering the eye.
Varilux Physio 360 New Edition, launched in Australia in November 2010, takes advantage of W.A.V.E 2.0 technology. The company says this evolved lens now integrates every possible diameter of the pupil for each wearer to further optimise the high order aberrations control. The result, they claim, is enhanced wearer benefits - high resolution vision for all vision zones regardless of age, distances, light conditions and ametropia.


Bagi membaca penuh tentang Varilux Physio, saya cadangkan anda lihat di link ini.

Maklumat lanjut boleh didapati dari Uwaiys Optometrist atau di FB : Uwaiys Optometrist


Friday, September 03, 2010

Coolababy Printed - Comel Sangat!!

Elop..elop...ntah sape ntah nak tumpang promot CD baru...comel ni weih...jgn buat2 tak nampak tau..kihkihkih

Coolababy Printed - Comel Sangat!!

Bismillah, 

Sekarang Coolababy sudah ada yang jenis printed la pulak weih...comel pulak tu

Jeling-jeling dulu ye

Velcro

Button

Spesifikasi
  • Jahitan kemas
  • Insert yang lebih tebal, Inner sama macam Coolababy biasa
  • Satu CD, 2 pcs insert, 1 beg PVC
  • Harga :
  • 1pc = RM 35
  • 2pcs RM34/pc = RM68
  • 4pcs RM33/pc = RM132
  • 6pcs RM32/pc = RM192
  • 8pcs RM31/pc = RM248

Berminat?
YM : sitisifir10
email : sitisifir10@yahoo.com
No telefon : 0199515058


Saturday, August 28, 2010

Nikon Web Lens

Bismillah,

Saya ingin memperkenalkan kanta baru iaitu Nikon Web Lens dari Essilor.

Kenapa mesti memilih Nikon Web Lens

  • Penggunaan komputer kini menjadi-jadi, hampir semua kakitangan dalam sesebuah pejabat mempunyai komputer di atas meja masing-masing.
  • Ketegangan visual dan sakit kepala akibat dari menggunakan multifokal semasa buat kerja jarak dekat dalam jangka masa yang panjang.
Keadaan ni selalu terjadi kepada pengguna multifokal...

/uploads/product-images/web-lens-comparison.jpg

Berdasarkan kepada gambar di atas ni...
  • Single vision - jika anda perasan, cermin mata RM 3 yang selalu dijual di pasar malam itu, adalah untuk penglihatan dekat sahaja. Kalau nak tengok handphone, maka nampak handphone saja. Jika nak tengok komputer, mungkin kena dekatkan tubuh dengan komputer dan kalau nak baca paper, anda mungkin terpaksa dekatkan paper ke kawasan penglihatan yang selesa. 
  • Progressive (multifocal) - untuk cermin lihat jauh dan dekat. Cermin ini mempunyai kelebihan untuk melihat jauh dan dekat tanpa perlu menukar kepada cermin lain. Keadaan ni selalu terjadi kepada mereka yang menjengah ke umur 40 tahun. Namun, ia ada kelemahan juga. Di tepi kiri dan kanan cermin masih ada distortion yang menyebabkan kita rasa kurang selesa dan terpaksa beradaptasi untuk melihat ke kiri dan kanan ketika melihat dekat. Untuk melihat komputer pula terpaksa sedikit mendongak sehingga kebanyakan pemakai merasa sakit kepala dan leher.
  • Nikon Web Lens adalah yang paling sesuai untuk mereka yang memerlukan masa yang lama di hadapan komputer. Tetapi ia hanya untuk melihat area meja kerja meja anda dengan selesa dan bukan untuk melihat jauh dari itu. Anda tidak perlu mendongak untuk melihat komputer lagi dengan lens ini. 
Sila baca penerangan lanjut tentang lens ini di bawah :

Features and Benefits

  • Enhanced near and intermediate vision
  • Wider and stable near vision zone: the bottom part of Nikon web.lens is dedicated to reading, providing a very wide and sharp near vision
  • Longer depth of field: the upper part of Nikon web.lens is dedicated to intermediate vision, providing continuous clear focus from 50cm up to four metres




No Eyestrain and Optimal Comfort

  • Full near vision zone reached just 9mm below pupil centre: eyeball rotation is limited to a strict minimum
  • Intermediate vision easily accessible: half the power shift is found at pupil centre. Constraining backward head and neck movements are eliminated
  • Soft design eliminating swim and distortion: adaptation is virtually instantaneous. Nikon web.lens can be easily used for intermittent wearing. When combined with Crizal anti-reflective coating, Nikon web.lens offers superior performance for computer users. By eliminating light reflections, Crizal improves visual performance and reduces eye strain
Sila berkunjung ke Uwaiys Optometrist, Parit Buntar untuk mendapatkan produk ini :)

Tuesday, March 23, 2010

Shopping Bag Yang Comel

Bismillah,

Semalam Arwa ala2 nak kebah demam. Saya bimbang dia demam semula sbb takmo minum susu. Saya bancuh air teh tanak, air milo econsave tanak...takkan nk bancuh air kopi pulak kan. Jadi saya terpaksala guna teknik lain. Dukung dia gi deret kedai kat belakang, kemudian order Milo. Terpaksala saya beli 3 bungkus sbb time tu nk dekat kul 3ptg dah. In case Asmaa', Usamah & Uwaiys dah balik tu, takdela diorang berebut dgn Arwa.

On the way pegi saya dukung, time balik saya dah tak larat. Kalau ikut mertua saya dia tak kasi dukung Arwa sbb baru lagi lepas beranak. Tapi abah diorang takde so I have to manage this myself. Arwa jalan sgt slow...sbb saya rasa dia letih. Sambil2 tu, ternampaklah terung. Sudah lama tak makan pajeri terung (mm...org lepas beranak boleh ke hentam terung ek?? :P)

Sampai kat umah, Arwa minum Milo dia dgn cucur... alhamdulillah malam tadi dia tak demam dah. Susu pun dah minum tapi tanak makan nasik lagi. Mana lak nak makan, umi goreng ikan dengan buat telur masak lemak aje...huhu. Tak retilah nk gi market sorang2 dgn Ahmadi di dukung then Arwa kene pegang. Abah diorang masih di Jerteh.

Jap..ni apsal aku pusing jauh sangat nk cerita pasal shopping bag pastu masuk kisah Arwa demam dgn pajeri terung segala ni ek?? Sbnrnya masa letak pajeri itu dalam mangkuk, saya terlintas apsal tadi saya tak bawak bekas. Sayang plastik tu.... Korang pernah tak berfikiran hijau seperti itu??

Kalau selongkar tong sampah saya rasa sisa yang susah di biodegradasi (ke hapa ayatnya kawe tak ingat) adalah sangat banyak. Tambah lak bila pegi shopping kat Econsave ni, kenmain banyak lagi plastik dia bekalkan. Kalau kat KL sana mungkin dah banyak mall yang lancarkan kempen tak guna plastik diorang tu kan tp ini Pt Buntar...who cares??

So bila ternampak plastik di bawah ni, saya rasa ada baiknya kalau setiap dari kita simpan beg ni dalam beg memasing. Bukan beso bebeno pun...bila digumpal kecik dari genggaman tangan dan ia adalah kalis air. Mana mau dapat?? Bizkizz lorr...

Simple, super-lightweight, easy to keep...


Carry your groceries in style!


Printed on the bag.



Here comes the magic part!
The strawberry pout.. what is it for?



There you go!
Cool huh?



2 colours available (please excuse the 'keronyok' on the yellow one :P)
Light yellow & Pink

Price?

RM 7 per pc
NOW RM 5 only

Grab 'em now!


Monday, January 18, 2010

E-Magazine Percuma Untuk Anda

Bismillah,

Wah2 bukan main laju lagi ye...teruja dengan perkataan percuma di tajuk saya. Tapi ini bukan melawak2 duhai rakan2 daku. Sebelum tu saya nak tanya, kalian dah tepekkah badge di bawah di blog kalian??

Photobucket

Belum kah? Kalau belum kenapakah? Sebabnya begini, kita bukan aje patut letakkan badge itu di sana untuk mudah akses ke sana dari blog kesayangan masing2 tetapi...kita patut bantunya menambah keahlian dan pengunjung.

help me to grow

Tahukah kalian, kenapa kita perlu bantu 1superkids menjadi satu tempat kita berkumpul? Ini adalah kerana secara hakikatnya, 1superkids akan membantu kita menjadikan anak2 kita SUPERKIDS sebenar. Jadi, rasanya 1Superkids yang membantu kita bukan (hanya jika kita membacanya)??

Di bawah ini adalah senarai nama kolumnis di 1Superkids :


Kecuali yang diwarnakan merah itu, semuanya ada umphhh belaka bukan?? Tengok kepada topik yang mereka bawa itu, bukan sikit2 perkaralah yang boleh kita dapati dari 1Superkids ini. Tidak cukup dengan itu, anda boleh pula menyumbang artikel di sana. Jangan ingat anda tidak dapat manfaat dengan menumbang artikel okeh...selain pahala yang tidak ternilai dalam berkongsi ilmu, faedah2 lain boleh anda dapati di link ini.

So, tunggu apa lagi beb. Sign Up di sini dan sama2 kita berkongsi kebaikannya. Ehh...saya janji E-Magazine percuma ya?? Okeh..sekarang anda boleh dapatkannya di sini!!!

Friday, January 15, 2010

I Am A Malaysian CD Mom!!!

Bismillah,

Saya mendapat satu email dari Farhana.

Warmest Greetings !

Hi, I'm Farhana from Cloth Diaper Malaysia. I have added you on the Malaysian CD Moms list here:

http://clothdiapermalaysia.com/malaysian-cd-moms/ :)

...simply because you are passionate and blog about CLOTH DIAPERS. Cloth Diaper Malaysia is a Malaysian based Cloth Diapers site, and one of the things we have is a listing of Malaysian cloth diaper mums (apart from other cool info about CDs), and you're one of them :)

Wow!! Sangatlah excitednya bila melihat nama blog kecintaan saya ini telah tersenarai di sana. Setakat ini telah ada 31 link tersenarai di sana. Sekarang saya boleh letakkan button 'We Love Cloth Diapers' di sidebar saya!! Jumpa di sana ya!!






Wednesday, January 13, 2010

My Satisfied Customer


Bismillah,

Owh apakah ayat bangga diri yang terkandung di dalam tajuk itu. Saya buat entry ini sebagai balasan kepada entry ini. Customer online saya yang sulung adalah Zunainah. Dia sedang menambahkan lagi CD untuk kegunaan Amsyar. Seronok rasa bila ada kawan2 yang mula menggunakan CD untuk anak masing2.

Bukan ape, bila lagikah kita mahu menghilangkan rasa runsing untuk beranak lagi? Asyik fikir nak bagi apakah anak2 makan, diapers lagi, education dia lagi...itu ini... saya rasa (ini pendapat peri body saya aje...) ini adalah salah satu cara yang menggunakan jangka masa panjang. Walaupun tengik hamisnya adei laaa...

Tambah pulak kepada ibu yang mengkandung. Memang tak tahan gilerrrss dgn aroma itu. Tapi tu lah, bila sudah hadap maka ternyata saya lebih gumbira kerana tidak beli diapers lagi. Tolonglah doakan, saya mahu susukan anakanda yang bakal lahir ini dengan susu ibu sepenuhnya kali ini dan targetnya mustilah dua tahun. Arwa aritu dan lapan bulan aje pun bukan main banyak pekdah saya nampak....

So, to Ummi Amsyar...go green!!!

*Sila klik link ini untuk promosi 'pakej meroyan'

Wednesday, December 23, 2009

Tepon Saya Beroperasi Semula

Bismillah,

Ini bukan entry nak tayang ada duit banyak. Pasai duit sikitlah saya beli yang ini.

Blueberry-a 9350

CSL Blueberry-@9350

What I like about this handphone is :
  • RM 650 affordable - hajatku adalah Nokia E71 tapi harga dia 'shadaqallah...'
  • ada WiFi - suka, suka...tapi asyik disconnect aje
  • ado TV (TV kat umah pun kawe tak tengok mana :P)
  • ado radio FM (IKIM.FM di P.Buntar beraa Hz kah??)
  • camera 3.2 mp
  • Dual SIM - daku ada 2 SIM satu prepaid, satu postpaid...kalu postpaid kene block, hantam yang prepaid
  • MP3/MP4 player - ini saya tatau fungsinya utk apa..dengo lagu la kot ek??
  • memory card 2Gb
  • Islamic Feature - belum explore lagik
  • Buatan Malaysia - bukan barangan boikot...ahahaha
Utk pengetahuan kalian, tpon daku dulu OK....yang kioknya adalah charger dia. Saya hangin bukan sebab apa, satu P.Buntar ni takde kedai yang jual chargernya. Nyosal rase beli wuwuuuu...seb la beli RM 150 atas tangan orang aje.

My hubby kasik beli ni sbb da nak beranak, dia risau dibuatnya bini dia nak beranak ketika shopping di Econsave....ahahaha...bukan tamau beli yang murah, sengaja mahu yang multifunction..takut kang beli yang murah alih2 beli plak yang rege mcm ni. Sbb kita dah biasa ada kamera (munasabahkah alasan??)

*pesanan penaja - tolong jgn kabo kat pihak bank tepon saya dah OK...nnt dia kata, "OO...tepon boleh beli, hutang aku ko tak bayar ye???"

1Superkids

Bismillah,

Have you heard about 1Superkids? Here we go...

Photobucket

This is ours because this site is specially tailored for you and me. Please make yourself at home, share your views, write comments and write your own entries!

Take your walk through 1Super Kids, sign up and start sharing.

We might not look so merry today, but I believe with your involvement, we can make this site as comfort as what our own cribs.

As appreciation to article submitters, 1SuperKids is giving free ads space and nice tokens for those who meet these criteria:

  1. 1 article submission in a month – automatic membership with 1Super Kids.
  2. 3 article submission in a month – Free Ad space for your personal blog.
  3. 5 article submission in a month – Free Ad space for your blogshop.
  4. 7 article submission in a month – Get featured in 1Super Kids special entry.
  5. 10 article submission in a month – Chance to be 1Super Kids columnist!
  6. The best article of the month – Token of appreciation from 1Super Kids (will be announce accordingly) and this cute badge to be put on your blog.

badge

This is the time to raise up your knowledge in bringing our dear kids to be a Superkids. And here is the place where the Superkids unite!! 1Superkids

*who knows your blog traffic will raise up to the top also....??

Saturday, December 19, 2009

Blog Ini Sudah Siap Di Renovasi

Bismillah,

Kalian, di sini saya ingin mengumumkan bahawa blog ini telah siap direnovasi oleh :


MyBlogSalooon


K.Emma sangat bersabar dengan saya dan saya sangat hargainya. Tanyalah K.Emma betapa bendulnya saya dan dia jawab dengan berhemah dan rock sekali. Telah banyak pujian tentang layout ini dan ingin saya bgtau bahawa bukan saya yang buat tapi ia adalah kerja k.Emma. Kos? RM 40 sahaja.

Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini, sila hubungi MyBlogSaloon untuk pakej menarik yang mereka sediakan.

Selepas ini, ape ek program nak buat??

Tuesday, December 15, 2009

Terima Kunjungan K.Nieza Mom's Choice




Bismillah,

Mom's Choice Community Forum

Ye...K.Nieza teringat kat saya semasa lalu di depan kedai saya dan dia singgah. Kebetulan saya ada di bawah dan saya tengok mukanya, saya teringat cikgu BM saya di Taayah dulu. Sebenarnya saya eksaited sbb dia singgah dan kebetulan kawan saya Mima ada bersama dengan seorang customer. Tapipun tidak lama dia singgah...cuma cukup untuk saya kenal wajah manisnya yang sll saya tengok di FB dia.

K.Nieza adalah seorang kaunselor laktasi. Maka dengan itu, kepada orang di zon Perak, kita ada kaunselor berdekatan kita. K.Nieza beroperasi dari Taiping. Sila addkan link blog Mom'sChoice.com ini dan anda akan segera mendapatkan update tentang poduk dan informasi laktasi. Forum Mom'sChoice.com juga membolehkan kita berbincang sesama sendiri berkenaan dengan penyusuan susu ibu.

Saya sebenarnya terkilan aritu tak join contest Penyusuan Susu Ibu k.Nieza, mintak2 lepas ni k.Nieza buat lagi...hehehe... Seblom balik, k.Nieza ada pesan, "Kali ni biar breastfeed eksklusif ya?!" Insya ALLAH saya mahu pergi sehingga 2 tahun kali ini. Doakan yeee.... bagi yang mencari2 produk laktasi sila jengah http://www.momschoice.com.my/.

*Datang lagi ye K.Nieza, mintak2 masa k.Nieza datang nnt saya tidak pakai baju dari zaman matrik macam yang saya pakai tadi...huhuhu...segannye!!!

Saturday, November 21, 2009

What Is Follower For?

Bismillah,

Huhuhuhu..okeh itu adalah soklan untuk kalian yang pandai. Saya benar2 tatau jawapan kepada soklan saya itu. Saya memberi soalan kali ini adlaah kerana saya tak tau dan saya mahu tahu jawapannya. Risau juga saya kalau tiba2 ramai yang masuk ke blog untuk membaca entry ini. Sebab ada setengah orang memberi soalan dengan tujuan hendak memberi tahu bukan??

Bukan apa, hari ini follower saya melangkah ke angka 295... dan ini adalah posting saya yang ke 502. Sepatutnya blog saya ini sudah dewasalah ye...tapi apsal saya rasa masih mcm kanak2 punya blog. Adakah sbb bunga2 yang tak cantik itu?? Ngeh hehehe....Blog ini nak juga di anto saloon tapi nak tunggu k.Emma sihat2 dulu.

MyBlogSalooon

Bukan hape nk tau ape fungsi follower ni, seperti kakyong, saya pun nak le jugak menghargai mereka (atau anda jika anda follower saya). Kalau tak penting benda ni, mesti orang yang buat contest tak suruh kita jadi follower diorang kan?? Kecuali sorang, Ummumishkah. Jangankan follower, senaraikan link dia dari bloglist peserta pun idak :P

Oh ye...dalam kekalutan seminggu dua ini, saya dapat tahu bahawasanya MommyLyna MSK telah set up satu lagi laman web baru iaitu 1superkids. Di saat saya menaip ni, rupanya Lyna tgh merayau2 di Melaka...nanti malam2 kang adalah tu update XTVT mereka minggu ni. Harap2nya, next week dia akan datang Parit Buntar pulak...mm, or at least lepas raya :P

Photobucket

Cuti sekolah pula sudah bermula. Mesti ramai yang relaks2 dan lepaks2 di rumah. Selain dari baca blog saya Apakah aktiviti anda?? Saya rasa karya2 di bawah juga mungkin boleh dijadikan bahan bacaan sampingan. Sampingan di sini maksud saya, utamakan rujukan utama :)


Saya adalah peminat novel, tak kira bentuk apapun novel itu. Namun kini saya juga gembira buat episod demi episod baru dengan anak2, maka itu sebabnya kenapa saya hanya menghabiskan satu novel selama beberapa bulan. Saya pun tak pasti bila saya rehat. Buat masa ni saya hanya rehat apabila menjelang 2-3 hari nak pergi check up klinik. :P Ini adalah kerana saya taknak BP saya rendah secara melampau lagi...huhuhuhu... (tu pasal 2-3 hari ni saya tidur siang dan malam ni hajatnya nak tidur awal)

*mm..kawan2 jgn lupa jawab persoalan asal saya dalam entry ini ya?? Pastilah ada projek saya mahu lakukan selepas ini :)

Tuesday, October 27, 2009

Siapa Nak Beli CD Coolababy & Lunatots Secara Kutu

Bismillah,

Okeh, arini saya marathon betul selepas beberapa hari tak buat entry. Dan hari ini entry saya yang ringan-ringan aja...nantilah saya cari topik nak story panjang ek...Cuma saya nak mention tentang promosi istimewa ni, maklum aa saya kan menang contest Diana so saya decidelah nak tolong promote dia juga...he he he

OK T&C dia yang saya sedut sikit adalah :

ami keluarga mydearshoppe e-shop dengan sukacitanya memperkenalkan Program Kutu CD bagi 3 dan 5 keping CD.
Walaubagaimanapun, bayaran secara penuh masih terbuka kepada para pembeli.

Kami menawarkan 2 jenama CD iaitu Lunatots dan CoolaBaby untuk memberi lebih pilihan kepada anda sebagai pembeli.Sila rujuk CIRI2 bagi kedua2 CD di sebelah kanan blog bagi memudahkan anda membuat pilihan yang tepat.

Anda bukan sahaja boleh membeli CD untuk kegunaan anak anda sendiri, malah boleh juga dihadiahkan kepada rakan2 dan sanak saudara yang baru menerima 'orang baru' dalam keluarga mereka.

Program Kutu ini terbahagi kepada 8 pakej. Anda berhak memilih mana-mana pakej yang sesuai dengan bajet anda.

Bayaran kutu pada setiap bulan tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran adalah RM10 bg kawasan Selangor/KL dan RM15 bg luar kawasan Selangor/KL hendaklah dibayar pada BULAN TERAKHIR iaitu BULAN KETIGA kutu CD.

Sekiranya mana-mana pakej telah cukup 3 ahli kutu, ianya masih terbuka buat anda. Tetapi hendaklah cukup 3 ahli kutu, baru pakej kedua akan bermula. Ibu kutu dibenarkan mencari sendiri anak2 kutu di mana CD akan dihantar mengikut alamat ibu kutu dan kos penghantaran akan dicaj kepada ibu kutu sahaja.Ibu kutu bolehlah membahagikan kos penghantaran tersebut kepada anak2 kutu.

Bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya 7hb pada setiap bulan selama 3 bulan berturut-turut melalui akaun Maybank: 164016010901 (Mohd Azuan Yusof)

Anda yang berminat menyertai KUTU CD ini hendaklah mengisi BORANG di sebelah kanan blog ini dengan JELAS danTEPAT.

Sila emailkan salinan kad pengenalan anda dan suami ke
mydearshoppe@yahoo.com
Nama anda akan di'publish' sebaik sahaja kami membuat pengesahan butir2 peribadi anda.

Penyertaan anda amat kami alu2kan...

PACKAGE A:PACKAGE OF 5 COOLABABY WORTH OF RM150.00
(NORMAL PRICE RM155.00)(RM50.00 PER MONTH)

PACKAGE B: PACKAGE OF 3 COOLABABY WORTH OF RM93.00
RM31.00 PER MONTH

PACKAGE C: PACKAGE OF 5 LUNATOTS BUTTON WORTH OF RM207.00
(NORMAL PRICE RM230.00)
RM69.00 PER MONTH

PACKAGE D: PACKAGE OF 5 LUNATOTS All IN ONE (AIO) WORTH OF RM235.00
RM78.40 FOR 2 MONTHS
RM78.20 FOR 1 MONTH

PACKAGE E: MIXED PACKAGE 3 COOLABABY+2 LUNATOTS BUTTON
WORTH OF RM185.00

RM61.60 FOR 2 MONTHS
RM61.80 FOR 1 MONTH


PACKAGE F: PACKAGE OF 3 LUNATOTS PRINTED BUTTON
WORTH OF RM159.00
RM53.00 PER MONTH

PACKAGE G:PACKAGE OF 3 LUNATOTS PRINTED VELCRO
WORTH OF RM171.00
RM57.00 PER MONTH

PACKAGE H:PACKAGE OF 3 LUNATOTS BUTTON WORTH OF RM138.00
RM46.00 PER MONTH

SeLaMaT MeMbUaT PiLiHaN...


So, untuk kalian yang berminat sila terus berkunjung ke http://mydearshoppe.blogspot.com/ untuk urusan selanjutnya. Pss...saya tidak mendapat sebarang kredit dengan membuat promosi ini. Ini adalah kerja sukarela saya tanpa ada yang paksa atau tiada siapa yang minta.

Produk baru mereka....kalau anak korang minat Spongebob boleh bebeno lah

Siapa Nak Beli Buku Saya Dgn Harga Murah?

Bismillah,

He he...mcm ape ek tajuk. Bukan apa sebenarnya tajuk tu takde aa besar sangat. Bukan saya nak promote sangat buku ku yang biasa2 aje itu. Tapi saya sangat minat dengan jualan murah!!!



OK buku2 di atas ini akan dijual dengan potongan 50%..berbaloi2 kawan2...saya dah pun beli (bayar) utk 3 buku di atas...dan buku saya itu (Manual Kerja Isteri & Suami) yang di atas tajuk Cara Mudah Mengajar Sc & M3 dengan harga RM 6 dan RM 7.50 aje....kalau kengkawan beli lebih dari RM 20, pos jadik free tapi kalau kurang dari itu, kene tambah RM 3 utk cas pos.

Ada lagi ni...

Buku kanak2 ni saya beli dah tau...dan jenuh juga nak ceritakan satu2 kat anak2. Masa mula2 beli dulu mmg tiap2 malam juga saya asah lidah dengan membaca story book...ada dalam B.Melayu dan English. Utk sampai ke senarai buku, sila klik pada gambar yang ada tulis potongan itu ya...

Tuesday, September 01, 2009

Minat Dengan Outdoor Photoshoot??

Bismillah,

Kalian, saya tidak diupah ye untuk buat kenyataan ini. Sebenarnya saya sangat berminat dengan tangkap2 gambar ni especially bila di handle oleh orang lain. So that muka saya boleh berada di dalam kamera walau hakikatnya saya tau yang saya idak le lawa beno...hihi... ini tak balik2 gambar suami dan anak2 saya aje. Tu sbb gambar diorang je la yang sll ada dalam contest..wakaka...

Saya paling pemalu nak kata mcm ni, " Abang, tolong amik gambar saya dengan Arwa?" apatah lagi untuk kata, " Abang, tolong amik gambar saya sorang...he he" littlegirlemoticonMaka jadilah cerita saya tangkap gambar sendiri sejak akhir2 ini. Tapi kenyataannya tangkap gambar sendiri adalah bersifat 'syok sendiri' bagi saya. Ahahaha....sendiri sengeh, sendiri tangkap :Plittlegirlemoticon

Well, saya tak pasti harga pasaran untuk sesi photoshoot tapi seorang dari junior saya yang saya pun tatau kenapa dia boleh terminat bidang ini pula sebab dia adalah sama line dengan saya dan sekarang bekerja di sebuah hospital kerajaan. Tetapi apabila hobi boleh dibuat duit, maka ini adalah satu hal yang baik bukan??

Oleh itu, sekarang Norry sedang buat promosi pembukaan dan sebelum dia keluarkan harga pakej baru, baik anda booking dia siap2....he he...kerana harga promosi dia sekarang adalah : RM 89.90. Dia boleh dihubungi di norryabby@yahoo.com.my. Untuk melihat hasil tangan dia, sila ke blog dia di sini ya...

Utk Nor, K.Pija wish good luck utk Nor...semoga rezeki melimpah ruah ya...

OK, di bawah ini pula adalah hasil air tangan saya...tolong sekat ketawa anda kalau tak saya nangis nanti littlegirlemoticon




Teringat dulu2 kalau tangkap gambar dekat matahari mesti gambar rosak tapi skang tidak lagi..

Gambar ni saya akan lebih puas hati kalau saya tidak zoom terlalu dekat...at least nampak Arwa benar2 tergantung...

Tuesday, November 04, 2008

Penyusuan Susu Ibu


Bismillah,

Gembira melihat seorang kawan lama yang telah berjaya mendirikan satu center utk ibu yang menyusu terutamanya, maka lahirlah posting ini. Kebetulan semalam juga saya telah terjumpa satu produk baru utk ibu menyusu, iaitu nursing kaftan. Wah, lepas ni kepada penggemar baju kaftan tetapi menyusu, tak payahlah lagi koyak kasik besar ketiak kaftan korang..hu hu...

Tak mudah juga ye nak menyusu susu badan ni yang mana Arwa saya yang dah umur 9 bulan sekarang dah merasa juga susu formula. Saya hanya mengekalkan ke'eksklusif'an nya sepanjang 6 bulan pertama. Skang ni terpaksa jugak paksa Arwa menyusu badan terutamanya di malam hari.

Tidak hairan juga banyak pusat2 yang menggalakkan susu badan ni mengadakan kursus untuk pengendalian penyusuan eksklusif ini. Satu darinya adalah yang terdapat di tempat kawan saya ni ah. Nampak gaya dia sedang mengadakan satu ruangan yang khusus untuk mereka yang menyusukan badan dengan konsultasi nya sekali.

Utk itu, kepada mereka yang nak mendapatkan konsultasi serta produk2 yang berkaitan boleh lah menghubungi makcik Farah :P di no 012-6448091 atau staff dia namanya Lia 013-2756020. Jika diorg ni ada no tepon baru utk shoplot diorg, akan saya update sekali lagi di sini. Anyway, GRACIAS Pa'an!!

Mmm...kepada yang nakkan produk nursing kaftan pulak bulehlah bukak laman web http://mypermatahati.com/ utk melihat produknya tapi kalau tak salah pada tarikh smlm saya bukak hanya ada satu je yang tinggal tapi Fezah akan tambahkan lagi kemudiannya...

Tuesday, April 08, 2008

Manual Kerja Super Suami & Isteri

Bismillah,
Inilah yang saya tunggu sekian lama. Dah siap dalam dua bulan juga tapi baru hari ni saya dapat war-warkan dalam blog kesayangan saya ni. Dek soalan-soalan yang saya perlu jawab, maka kat sini saya harap sekurang-kurangnya terjawablah sikit ek persoalan mereka yang nk bertanya.

Harga bagi buku-buku ni adalah seperti berikut :
- Manual Kerja Super Suami RM 15
- Manual Kerja Super Isteri RM 12
- Harga pos adelah RM 5 utk pos ekspres

Kepada sape2 yang sudi nak beli, sila SMS ke 0199147161 atau emel ke sitisifir10@yahoo.com atau YM : sitisifir10.

Bank in kepada no akaun berikut :
Norhafiza Binti Madzlan
- 113042046831 Maybank
- 12092020082595 Bank Islam

Dibawah adelah gambar bukunya dan disertakan sekali isi kandungannya.


Manual Kerja
SUPER Suami


Sememangnya, pernikahan yang dilalui bersama dengan isteri membuahkan tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh kedua-dua pasangan. Sebagai suami, tanggungjawab anda adalah dengan melunaskan mas kahwin, memberikan nafkah zahir dan batin dan mendidik isteri serta anak-anak dengan amalan yang dianjurkan dalam Islam.

Bagi seorang suami, tiada formula atau manual khusus yang paling tepat untuk anda. Namun, sedikit garis panduan dalam buku ini akan membantu anda menemui kaedah khusus yang paling sesuai untuk diri anda dalam apa-apa jua situasi keluarga anda. Semoga anda dapat mengenal pasti sesuatu yang bernilai dalam diri anda setelah membaca buku ini!!

Kandungan (176 ms)

BAB 1 Pengenalan

BAB 2 Rasulullah s.a.w Model Utama
2.1 Kisah Rumah Tangga Rasulullah s.a.w
2.2 Jadikan Rasulullah s.a.w Idola Keluarga

BAB 3 Menghargai Isteri
3.1 Aku Adam Buat Hawaku
3.2 Hargai Pengorbanannya
3.3 Optimis Dengan Kebolehan Isteri

BAB 4 Menyayangi Isteri
4.1 Sayangi Dia Seadanya
4.2 Membiasakan Perilaku Berkasih Sayang
4.3 Idea Romantik
4.4 Mengutamakan Ibu bapa
4.5 Menghormati Mentua

BAB 5 Membantu Isteri
5.1 Kamar Tidur Tempat Peribadi
5.2 Menguruskan Kain Baju
5.3 Menyapu Sampah dan Mengemas Rumah
5.4 Membantu Isteri Memasak
5.5 Menghiasi Halaman Rumah
5.6 Membasuh Pinggan
5.7 Menjaga Anak

BAB 6 Saat Anda Diperlukan
6.1 Isteri Mengandung
6.2 Isteri Bersalin
6.3 Isteri Kesedihan
6.4 Isteri Dalam Dilema
6.5 Isteri Sakit

BAB 7 Bapa Penyayang
7.1 Fahami Fikiran Anak
7.2 Air Tangan Ayah
7.3 Mengulang Kaji Bersama Dengan Anak
7.4 Mengawal Pemakanan
7.5 Anak Lelaki vs Anak Perempuan
7.6 Bapa Sepenuh Masa

BAB 8 Menjana Keluarga Harmoni
8.1 Tetapkan Tujuan Perkahwinan
8.2 Mesyuarat Keluarga
8.3 Membudayakan Islam
8.4 Peribadi Ketua Keluarga
8.5 Bermasyarakat
8.6 Pemilihan Lokasi Tempat Tinggal
8.7 Menjaga Ekonomi Keluarga
8.8 Resolusi Untuk Keluarga

BAB 9 Sedangkan Lidah Lagi Tergigit
9.1 Hidup Penuh Cubaan
9.2 Teknik Bergaduh
9.3 Mendidik Isteri
9.4 Masalah dan Solusi
9.5 Jangan Peduli Kata Orang
9.6 Poligami

BAB 10 Penutup


Manual Kerja
SUPER Isteri

Oleh Siti Sifir

Tidak dinafikan dalam mendepani zaman ini, para isteri akan bertemu dengan bermacam-macam bentuk halangan. Tambahan pula bagi mereka yang bekerja dan mempunyai anak yang banyak. Di mana-mana sahaja akan kita temui keluhan demi keluhan.

Justeru, apakah formula terbaik yang boleh diguna pakai dalam memastikan hala tuju hidup kita di dunia ini berjalan dengan baik dan juga membina kehidupan yang selesa di akhirat?

Buku ini akan menyingkap petua berkesan dan sekatan yang perlu dielakkan dalam menangani masalah dan halangan seorang isteri masa kini.

Kandungan (128 ms)

BAB 1 Pengenalan

BAB 2 Petua Mega
2.1 Jangan bertangguh kerja
2.2 Kerja di pejabat sudahkan di pejabat
2.3 Bangun seawal pagi
2.4 Perkara berkaitan dengan tidur

BAB 3 Tugasan Rutin Isteri
3.1 Kain memenuhi rumah?
3.2 Air tangan pengikat kasih
3.3 Pinggan terpakai
3.4 Masa untuk menyapu sampah
3.5 Mengemas rumah
3.6 Merias halaman rumah

BAB 4 Suri Rumah Si Isteri
4.1 Katil sebagai tempat rehat
4.2 Menjaga kosmetik diri
4.3 Layanan buat suami tercinta
4.4 Ciuman dan belaian mesra sebagai tabiat
4.5 Jangan malas mandi
4.6 Jangan kongkong suami
4.7 Di mana perlu meminta izin?
4.8 Aurat terjaga, maruah terpelihara

BAB 5 Suri Rumah Si Ibu
5.1 Mengulang kaji bersama dengan anak-anak
5.2 Adakah baik menonton televisyen?
5.3 Kurangkan menengking anak
5.4 Jaga pantang larang selepas bersalin

BAB 6 Menjana Keluarga Harmoni
6.1 Makan secara berjemaah
6.2 Solat jemaah bersama-sama
6.3 Banyakkan bercerita sesama ahli keluarga
6.4 Rancang percutian panjang
6.5 Mengukuh dan menjaga ekonomi rumah
tangga
6.6 Perancangan dan hala tuju keluarga
6.7 Doa agar keluarga kita aman bahagia

BAB 7 Menghadapi Cabaran
7.1 Kurangkan leteran
7.2 Biasakan senyum dan ketawa
7.3 Melatih kesabaran
7.4 Kemaafan dendam paling indah
7.5 Menangislah apabila perlu

BAB 8 Penutup