Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Saturday, August 25, 2018

Menjadi Wanita Syurga

Allahuakbar...
Menjadi wanita di zaman ini tidak mudah.
Kalut mengejar masa pagi dan petang mempersiapkan anak-anak dan suami, sudahnya tidak membaca alMathurat.
Tergesa-gesa solat wajib sehingga tidak sempat sunat Rawatib.
Nak ke majlis ilmu, terfikir siapa nak jaga anak. Kalau ditinggalkan bersepah pula rumah.
Sibuk mengajar anak mengaji, marah-marah mereka tidak lancar sehingga kita nak membaca satu halaman sehari pun tidak sempat.
Mahu bangun malam tapi aduh beratnya mahu bangkit sebab serasanya tidur tak cukup sungguh.
Bunyi khabar jiran, sahabat sakit tapi tiada kesempatan pula nak ziarah.
Eh tapi, jika difikir semula...
Sempat juga kita baca berita di internet, sempat bergossip dan membawang
Grup WhatsApp pula, ada berpuluh pun tetap kita tau apa kisah yang ada di kalangan setiap grup.
Majlis makan-makan, jimba-jimba, suka-suki boleh pula kita hadir.
Sungguh, kita ini sudah menderhaka kepada waktu kerana menyia-nyiakan waktu itu bermakna kita telah memutuskan hubungan kita dengan ALLAH dan AKHIRAT. Lebih baik sahaja kita mati kerana MATI itu hanya memutuskan hubungan kita dan KELUARGA dan DUNIA kita. Sungguh... mati itu lebih baik buat kita 😣
Justeru, bagaimanakah usaha kita mahu menuju ke syurga? Mahukah kita menjadi WANITA SYURGA?
Perlukan buku di bawah ini untuk bacaan?
WhatsApp saya dengan klik link ini : http//www.wasap.my/60199515058
Tuhan, Tempahkan Untukku Mahligai di Syurga RM 10
Wanita Lebih Mudah Masuk Syurga RM 18
Wanita Cantik Masuk Syurga RM 21

Friday, June 08, 2018

Screaming Free Parenting

Bismillah,



Buku ni, kalau ada kat rumah pun tapi tak baca, tak guna juga.. kalau baca, tapi tak amal lagi tak guna 

Ni ayat marah diri sendiri 😑😑😑😑😑

Buku murah je, RM 13 je pun harganya. Isinya masya Allah sarat. Point demi point sangat membantu menjadi ibu bapa yang bukan Tarzan. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seorang sasterawan terkenal menceritakan bahawa pada setiap malam, dia selalu membawakan air minuman ke bilik tidur anak-anaknya.

"Teguh, beginilah salah satu cara saya menghormati anak-anak..."

Inilah ungkapan rasa kasih sayang yang melimpah daripada seorang ayah yang tulus. Kesan yang tidak akan dilupakan oleh anak-anak sehingga dewasa kelak.

Bagaimana dengan anda? Ayuh, kita raih rasa cinta anak-anak. Berdasarkan pengalamannya bersama anak-anak, Teguh Iman Perdana menawarkan:

Menawarkan kaedah khusus untuk meraih hati anak.

Mengupas tentang mitos-mitos dan paradigma yang mengelirukan dalam pola mendidik anak-anak.

Memberikan cara yang jitu tentang mengasuh dan mendidik anak tanpa perlu marah.

Dengan adanya buku ini, ibu bapa dapat merasakan nikmatnya menjalani peranan sebagai ibu bapa dalam mengasuh dan mendidik anak-anak dengan cara yang bebas daripada emosi negatif. Buku ini memberikan cara mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang, kreatif, ceria, dan persahabatan, bukan dengan teriakan dan ancaman.



Kandungan

Penghargaan Screaming-Free Parenting

Kata Pengantar



Bab 1 – Menjadi Orang Tua

Model Peranan Terbaik

Terjebak Mitos Keliru

Mitos 1 : Bapa Tegas, Bapa Berwibawa

Mitos 2 : Bapa Tidak Pernah Salah

Mitos 3 : Kawasan Bapa Bukan Di Rumah

Mitos 4 : Pantang Seorang Bapa Menangis.

Mari Menerjah Arus

Kuiz



Bab 2 - Ayuh Kita Mulakan.

Ubah Paradigma Kita

Tempoh Usia Keemasan yang Penting

Bermain Juga Sebenarnya Belajar

Bahasa Kasih-Sayang, Bahasa Anak-anak Kita

Kuiz



Bab 3 – Mencari Tenaga dan Emosi Positif

Latihan Sabar dan Menyahkan Ego

Berlatih Mengejar Detik Keemasan dan Memberikan Penghargaan

Latihan Mengucapkan Cinta dan Kasih Sayang

Latihan Supaya Tidak Meremehkan

Latihan Memberikan Pujian

Latihan Memuliakan Anak

Latihan Melihat Anak Sama Pentingnya

Latihan Bercerita

Latihan Memaniskan Wajah

Latihan Meminta Maaf

Latihan Menjadi Sahabat Anak

Kuiz



Bab 4 - Tujuh Tips Mengatasi Rintangan

Rintangan 1 : Bagaimana Apabila Anak-anak Tidak Menghormati Kita?

Bahasa Kasih Sayang

Bahasa Tidur, Bahasa Alam Bawah Sedar



Rintangan 2 : Bagaimana Apabila Anak Menjadi Mua?

Pendekatan Permisif

Pendekatan memaksa (coercive)

Pendekatan Berdialog



Rintangan 3 : Apakah kita dapat marah?

Jangan Menggunakan Kekerasan Fizikal

Jangan Menggunakan Kata-kata Menyakitkan

Hindari Memberi Label Buruk

Jangan Menegur di Depan Orang Ramai!

Salahkan Perangai, Bukan Anak



Rintangan 4 : Tolong, Saya Tidak Berbakat!

Rintangan 5 : Nanti Kurang Macho Pula ...!



Rintangan 6 : Bertepuk Sebelah Tangan

Cari Waktu yang Tepat

Berkongsi Cerita



Rintangan 7 : Kekangan Masa

Manfaatkan Teknologi



Epilog : Terlambat? Tidak!

Nota Hujung

Bibliografi

 Biodata Penulis



===============================
Review





Anak-anak sukar mendengar nasihat kita, namun mereka tidak pernah untuk gagal meniru perbuatan kita. Itulah kuasa tindakan yang lebih banyak mempengaruhi anak-anak berbanding kata nasihat semata-mata. Tetapi, ramai ibu bapa yang tidak memahami hakikat ini. Mereka sentiasa yakin, semakin panjang bebelan, semakin kuat jeritan, dan semakin tegas larangan mereka, anak-anak pasti akan mendengar kata-kata mereka.





Jeritan dan tengkingan ibu bapa bukan sahaja mencederakan emosi, malah akan menambah stres kepada anak-anak. Jiwa yang tertekan akan memberontak dan anak-anak semakin sukar untuk dikawal. Ibu bapa juga akan menjadi semakin bingung. Semakin kuat jeritan mereka, semakin kuat anak-anak melawan. Itulah situasi mencabar yang dihadapi oleh ibu bapa dalam proses mendidik dan membesarkan anak-anak.





Dengan bantuan buku “Screaming-Free Parenting”, jeritan akan digantikan dengan kata-kata yang lembut dan mampu menyentuh hati anak-anak. Bebelan panjang pula akan ditukar dengan tindakan yang cukup ringkas, namun sangat bermakna untuk anak-anak. Pukulan dan cubitan geram pula akan diubah kepada sentuhan yang lembut lagi menenangkan jiwa.





Dengan menghimpunkan kajian dan teknik yang terbukti berkesan oleh pakar kekeluargaan, buku ini adalah manual terbaik untuk mendidik anak-anak secara kreatif dan penuh kasih sayang tanpa perlu bersusah payah menjerit atau membebel panjang. Buku ini akan membantu mengoptimumkan keupayaan semula jadi seorang pendidik dalam diri setiap ibu dan bapa. Mereka akan menjadi guru yang baik dan kawan yang paling rapat dengan anak-anak.





Sebarkan kebahagiaan dalam rumah tangga dengan teknik mendidik yang berkesan. Pastikan ketenangan rumah tangga tidak diganggu dengan jeritan yang membingitkan telinga dan menyakitkan hati. Insya Allah, dengan mengaplikasikan teknik mendidik dalam buku ini, anak-anak akan membahagiakan ibu bapa dan memberi manfaat yang besar untuk seluruh dunia.

Sekiranya berminat nak memiliki buku ini, WhatsApp 0199515058 ya! 

Monday, June 20, 2011

Majalah Adik Muslim

Bismillah,

Korang perasan tak majalah baru Adik Muslim ni??
Memandangkan majalah ni masih baru so masih boleh dapatkan dari volum 1-3
Jika berminat anda boleh klik di sini menggunakan Internet Explorer dan klik pada Daftar Masuk di atas bahagian kanan. Sila daftar untuk pertama kali. Atau anda boleh order direct dari saya. Harga pos akan diberitahu kelak. 



MJAD1001 Majalah Adik Muslim Isu 01
MIX ARTISTRM5.00   


MJAD1002 Majalah Adik Muslim Isu 02
MIX ARTISTRM5.00    

MJAD1003 Majalah Adik Muslim Isu 03
MIX ARTISTRM5.00  

Untuk menjimatkan kos pos, ada baiknya pakat ramai2 dengan kawan di tempat kerja kalian :)
Saya boleh uruskan, kalian tinggal order dan bayar saja :))


Wednesday, November 24, 2010

Hadiah Apa Sesuai Untuk Pengantin??

Bismillah, 


Time saya kawin dulu, kalau dapat berset2 gelas tu kira biasalah...yang banyaknya, gelas, lampu tidur dan kain pasang serta kain pelikat. Saya rasa buku pun salah satu benda yang sesuai jugak untuk diberi kepada pengantin :). Sebab ada pengantin dia mula dari zero, kalaupun dah pernah kenal lama, masih ada banyak benda yang perlu mereka belajar. Jadi rasanya buku2 di bawah ni sesuai insya ALLAH...




Dapatkan buku-buku istimewa di atas (dan pelbagai lagi buku-buku panduan berumahtangga dan keibubapaan) secara eksklusif hanya di AdikBijak.com

"Melangkah Ke Alam Perkahwinan Dengan Bijak..."


Kalian hanya perlu klik ke link atas buku tu sahaja untuk membeli. Buatlah bajet siap2...
Andai minggu cuti sekolah ni adalah 8 minggu dan setiap minggu itu ada satu kenduri dan setiap pasangan pengantin tu anda bajet nak beli hadiah bernilai RM 20, maka anda boleh dapatinya di sini :))

RM 20 x 8 minggu x 1 kenduri seminggu = RM 160 sahaja :) 

Malah, hakikat sebenarnya adalah setiap buku mempunyai ilmu yang tinggi nilainya :))
Selamat membeli OKEH!!



Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

Thursday, November 11, 2010

Jom Main Masak-Masak Dengan Anak

Bismillah,

Bukan main masak-masak pakai permainan masak-masak itu..tapi masak guna api dan resepi sebenarlah :)) Mesti seronok ek dapat ajar anak-anak di dapur. Saya menghitung-hitung kalaulah Asmaa' berumur 10 tahun dan pandai masak, kalau-kalau letih ke apa, boleh lah harap dia koman-koman goreng telur untuk saya ngeh hehehehe...


Chef Kamarul menunjukkan kaedah memasak bersama anak-anak dengan pilihan sajian yang sesuai untuk kanak-kanak. Kaedah sukatan mudah dengan menggunakan cawan dan sudu pastinya senang untuk diikuti oleh kanak-kanak. Buku ini juga menyediakan tips-tips dan nota ringkas sebagai panduan dan dihiasi dengan gambar-gambar yang menarik dan penuh warna warni.

Keistimewaan Buku:
  • Menyediakan 26 resepi makanan dan minuman bertemakan A-Z
  • Padat dengan pelbagai tips di dapur, penyediaan makanan, petua untuk diikuti kanak-kanak
  • Memperkenalkan pelbagai bahan asas dan perasa dalam masakan
  • Panduan pemakanan sihat, kebersihan dan keselamatan di dapur
http://www.dietsinreview.com/diet_column/wp-content/uploads/2009/05/mom-cooking-with-daughters.jpg
Ayam Boxing, Cheesy Twist, Guli-Guli Gembira, Queen Pudding, X-Ray Vanilla Shake dan banyak lagi resepi yang boleh anda dan anak-anak mencubanya. Jadikan pengalaman pertama anak-anak di dapur dalam suasana yang menyeronokkan seperti "main masak-masak"!

Adakah Anak Anda Bakal Menjadi Master Chef Di Rumah Anda?

Contoh kandungan buku yang lengakap dengan tips, nota ringkas dan panduan bergambar:

So, kalian berminat kah??
Jom beli nak??



Tuesday, October 27, 2009

Siapa Nak Beli Buku Saya Dgn Harga Murah?

Bismillah,

He he...mcm ape ek tajuk. Bukan apa sebenarnya tajuk tu takde aa besar sangat. Bukan saya nak promote sangat buku ku yang biasa2 aje itu. Tapi saya sangat minat dengan jualan murah!!!



OK buku2 di atas ini akan dijual dengan potongan 50%..berbaloi2 kawan2...saya dah pun beli (bayar) utk 3 buku di atas...dan buku saya itu (Manual Kerja Isteri & Suami) yang di atas tajuk Cara Mudah Mengajar Sc & M3 dengan harga RM 6 dan RM 7.50 aje....kalau kengkawan beli lebih dari RM 20, pos jadik free tapi kalau kurang dari itu, kene tambah RM 3 utk cas pos.

Ada lagi ni...

Buku kanak2 ni saya beli dah tau...dan jenuh juga nak ceritakan satu2 kat anak2. Masa mula2 beli dulu mmg tiap2 malam juga saya asah lidah dengan membaca story book...ada dalam B.Melayu dan English. Utk sampai ke senarai buku, sila klik pada gambar yang ada tulis potongan itu ya...

Tuesday, June 23, 2009

Buku Febret

Bismillah,

Di bawah adalah beberapa gambar yang saya beli untuk digunakan bersama anak2 saya. Ia adalah buku yang murah rasanya RM2 per pc kecuali Maths Book tu dan dibeli di pasar malam tempat orang lelong buku. Walaupun harganya begitu dan di beli dari tempat yang begitu, namun jika anda perati pada isi kandungannya, anda sedang membeli idea yang asalnya sangat mahal harganya.



Buku neh siap ada tulisan cina. Belasah aje lah...





Asmaa' sedang menekuni buku ini


Okeh, bila buku mereka koyak sebegini, umi pulak yang akan buat jigsaw puzzle sambil buat2 nangis sambil selotep kertas itu. "Tau tak umi beli buku RM 2 ni dengan duit. Kenapa senang2 koyakkan macam ni. Wuwuwuuuuuuuu" :P
Jangan contohi sifat ku yang kudukut taik idom masin neh


Monday, May 18, 2009

Asmaa' & Usamah Exam


Bismillah,


Minggu ini adalah minggu Asmaa' dan Usamah exam. Yang bestnya, malam tadi saya mimpi diorang punya pemadam ada kat belakang pintu. So, bangun pepagi tu terus saya cari belakanng pintu, kekonon mimpi tu sumber ilham lagaknya. Memang dalam rumah saya tadi saya tak jumpa pemadam pensil diorang. Tapi pemadam tu ada belakang pintu salah satu bilik dalam kedai.


So, kami pergi awal ke sekolah hari ni untuk beli beberapa peralatan menulis diorang. Sangat terkocoh kacah dan diorang hanya sarapan buah mempelam dan susu. Sesuaikah itu menjadi sarapan?? Hihi...Selalunya anak2 saya pergi kelas pukul 9 pg sedangkan kelas mula jam 8 ke 8.30 ntah. Kami buat sekolah tu macam sekolah kakak kami aje. Mmm...korang jgn bimbang sbb kami sedang buat 'alignment' dah..kiki..akan beransur baik mudah2an.


Bagi yang tertunggu2 siri HS (Homeschool) saya, saya tidak akan menyambungnya dengan bilangan2 1,2,3 kerana adalah mustahil bukan untuk tulis setiap hari. Lagipun saya rasa adalah lebih baik saya tulis tajuk yang lebih spesifik supaya entry saya lebih mudah dicari dan dibaca (macamlah ada yang nak cari kan?).


Saya tengah tengok buku ini, 80 Eksperimen Sains Belakang Rumah. Tajuk nya saja sudah mengujakan saya walaupun ia seswai utk umur 9 tahun tapi saya takut masa Asmaa' dah berumur tu saya dah tak ingat untuk nak beli buku ni. Akaun Maybank2u saya memang dah takleh bukak sbb saya dah lama tak bukak dan itu sudah jelas2 menunjukkan saya tidak guna langsung Maybank untuk sebarang transaksi online lagi.


Puan Rosnita, saya sedang promote Adikbijak nih..keh keh...


p/s : Tolong jangan jadi mak mcm saya yang tak prepare sarapan untuk anak2 anda. Yang terbaiknya bangun dan siapkan sarapan untuk mereka.


Jika anak saya akan ambil exam lagi, insya ALLAH saya akan :


  • Menyediakan sarapan untuk mereka

  • Ambil tahu jadual mereka dan sehari sebelum itu saya akan bersama mereka menelaah yang mana patut

  • Bersembang dengan cikgu mereka manalah tahu ada soklan bocor. Takdelah...cuma nk tau juga soalannya mcm mana supaya saya boleh bantu anak saya menjawab soalan nya.

  • Kemudian, yang penting doa. Pagi tadi saya tak tenteram sebab saya asyik teringat je diorang jawab exam macam mana. Lagipun Sabtu & Ahad lepas kami terlampau melepak sangat sampai saya tak peduli hal anak saya nak exam. Bolehkah saya buat alasan ramai customer dan suami saya pulak ada orang borong semua ayam belanda nya sebagai alasan? TIDAK!!! Sepatutnya saya ada back up untuk hal istimewa seperti hari ini. Maafkan umi ye Asmaa' Usamah

  • Sediakan alatulis mereka. Jangan terkocoh kacah macam saya pagi2 kene keluar cari kedai runcit untuk beli alatulis tu.

  • Beritahu mereka betapa pentingnya untuk melalui exam dan kemudian mendapat keputusan yang cemerlang. Nanti umi dan abah pun akan tumpang sengih sampai nampak gigi bongsu lagi!!!

Mesti ada yang pening kejap2 homeschool, kejap2 hantar sekolah. Asmaa' dan Usamah telah kami PASTI kan mereka. Nanti saya ceritakan lebih lanjut tapi yang pentingnya adalah saya buat fulltime homeschool, cikgu mereka hanya buat part time untuk school kan mereka. Get it?? Takleh nak ckp panjang, mesti ada yang kelaparan di atas!! He he...daaaaa.......