Showing posts with label Keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label Keibubapaan. Show all posts

Monday, January 21, 2019

Tahukah Kenapa Anak Kita Suka Mengamuk Pada Kita Ibunya Tapi Elok Sahaja Dengan Orang Lain?

Bismillahirrahmanirrahim 

Hehe... bunyi macam biasa kan? Punya la hai drama budak kecik yang bila kita tengok geram amat pula rasa. 

Tapi tunggu, jangan cepat sangat rasa rimas ibu-ibu. Ada sebab kenapa anak kita macam tu... meh kita perhati dulu dialog biasa yang kita dengar dari orang lain. 

Drama 1 
Cikgu taska : Masya ALLAH Puan, macam mana agaknya Puan ajar anak Puan ya? Baik sungguhlah dia di sekolah. Baru masuk pun dah pandai bawa diri.
Ibu : Sengihhhhhhhhh aje 

Drama 2 
Ibu baru balik dari mesyuarat jiran-jiran (contoh.....). Tadinya, masa mesyuarat, anak ditinggalkan dengan ayahnya. 

Elok sampai di rumah, anak meragam bukan main. 

Ayah : Eh! Tadi masa dia duduk dengan saya, takde pun cenggitu. Elok je main takde nak meragam-ragam. 

Hahaha... 

Benda macam ni boleh ditangani dengan beberapa respon dari kita tapi yang pasti ia adalah dua pilihan sama ada mahu bertindak positif atau negatif.

NEGATIF - mengamuk balik pada anak, silap haribulan ayah dia sekali kena hamun hahaha. OK, maleh eh nak describe lebih-lebih. Fikir sendiri la kot. 

POSITIF - Sabar je.... sabar...... sabar.... sabar.... haha ok relax, kita habiskan bacaan eh!

Ada teori indah disebalik air mata dan tantrum anakanda kita ni sebenarnya. 

Ini adalah kerana kita, IBU, MAMA, UMMI, MOMMY adalah tempat yang mereka rasa selamat untuk bersama. Kitalah tempatnya untuk mereka datang dengan segala jenis masalah mereka itu. Mana lagi mereka nak pergi kalau bukan dengan kita? Kan?


Terpaksalah kita terima hakikat bahawa kita adalah tempat pelupusan sampah dan emosi yang tidak menyenangkan yang ada pada diri mereka. Tanpa kehadiran kita, sebenarnya anak kita dah pegang benda tu sepanjang hari dan pastilah dia tak selesa.

Sekiranya anak bertindak begitu di hadapan kita, ini bermakna yang sebenarnya kita adalah seorang ibu yang baik dan kita telah melakukan tugas kita sebagai ibu dengan betul. 

OK, sekarang... kita pun nak juga lepaskan hangin kita ye dak 😂😂😂😂😂. Jadi, bila dah setel dengan anak tu, terus pandang cik abang kita pulak. Siaplah dia lepas tu kan?? Hahaha... 

"Abg, take me away". Itu yang selalu saya cakap pada suami when I’m done for the day. I’m sure you’ve been there too – whether it’s frustration or just too tired to calm down.
Frustrated tu biasa kalau dah jadi ibubapa ni kawan... tapi alhamdulillah, ada cara yang best untuk selesaikan masalah ni. 
Macam mana tu? Kita belajar sikit buat calming essential oils blend yang didoakan in syaa ALLAH akan membantu kita semua untuk settle down peacefully and promote a restful sleep.
Bahan :
  • 5 titik lavender
  • 5 titik cedarwood
  • 5 titik vetiver
  • carrier oil
  • botol 5 ml 
Caranya :
  1. Masukkan semua essential oil tu dalam botol 5 ml tu
  2. Penuhkan botol tu dengan carrier oil
  3. Tutup semula botol tu dan goncangkannya. Kalau saya, saya prefer selepas sehari dua baru guna supaya minyak tu boleh berbincang sesama mereka dalam botol tu kan macam mana nak settle budak atau orang tua meragam ni hahaha... 
Oh ya, kalau kalian bukan essential oil user dan nak cuba benda ni, meh WhatsApp saya ya. In syaa ALLAH saya cuba tolong mungkin buatkan untuk anda, atau kalau nak beli botol berasingan dan bancuh sendiri pun saya akan cuba bantu ya. 0199515058

Ok, itu je nak share dengan semua kali ni. Biasalah.... mana ada ibu bapa yang rasa senang nak jadi ibubapa kan? ALLAH beri semua keadaan ni kepada kita supaya kita belajar untuk sabar. 
Nah, belanja korang gambar Arqom anakanda saya yang kelapan yang sedang nangis dipangkuan. See, anak ko nangis pun ko boleh amik gambo lagi kan hahahaha




Friday, June 08, 2018

Screaming Free Parenting

Bismillah,



Buku ni, kalau ada kat rumah pun tapi tak baca, tak guna juga.. kalau baca, tapi tak amal lagi tak guna 

Ni ayat marah diri sendiri 😑😑😑😑😑

Buku murah je, RM 13 je pun harganya. Isinya masya Allah sarat. Point demi point sangat membantu menjadi ibu bapa yang bukan Tarzan. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seorang sasterawan terkenal menceritakan bahawa pada setiap malam, dia selalu membawakan air minuman ke bilik tidur anak-anaknya.

"Teguh, beginilah salah satu cara saya menghormati anak-anak..."

Inilah ungkapan rasa kasih sayang yang melimpah daripada seorang ayah yang tulus. Kesan yang tidak akan dilupakan oleh anak-anak sehingga dewasa kelak.

Bagaimana dengan anda? Ayuh, kita raih rasa cinta anak-anak. Berdasarkan pengalamannya bersama anak-anak, Teguh Iman Perdana menawarkan:

Menawarkan kaedah khusus untuk meraih hati anak.

Mengupas tentang mitos-mitos dan paradigma yang mengelirukan dalam pola mendidik anak-anak.

Memberikan cara yang jitu tentang mengasuh dan mendidik anak tanpa perlu marah.

Dengan adanya buku ini, ibu bapa dapat merasakan nikmatnya menjalani peranan sebagai ibu bapa dalam mengasuh dan mendidik anak-anak dengan cara yang bebas daripada emosi negatif. Buku ini memberikan cara mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang, kreatif, ceria, dan persahabatan, bukan dengan teriakan dan ancaman.



Kandungan

Penghargaan Screaming-Free Parenting

Kata Pengantar



Bab 1 – Menjadi Orang Tua

Model Peranan Terbaik

Terjebak Mitos Keliru

Mitos 1 : Bapa Tegas, Bapa Berwibawa

Mitos 2 : Bapa Tidak Pernah Salah

Mitos 3 : Kawasan Bapa Bukan Di Rumah

Mitos 4 : Pantang Seorang Bapa Menangis.

Mari Menerjah Arus

Kuiz



Bab 2 - Ayuh Kita Mulakan.

Ubah Paradigma Kita

Tempoh Usia Keemasan yang Penting

Bermain Juga Sebenarnya Belajar

Bahasa Kasih-Sayang, Bahasa Anak-anak Kita

Kuiz



Bab 3 – Mencari Tenaga dan Emosi Positif

Latihan Sabar dan Menyahkan Ego

Berlatih Mengejar Detik Keemasan dan Memberikan Penghargaan

Latihan Mengucapkan Cinta dan Kasih Sayang

Latihan Supaya Tidak Meremehkan

Latihan Memberikan Pujian

Latihan Memuliakan Anak

Latihan Melihat Anak Sama Pentingnya

Latihan Bercerita

Latihan Memaniskan Wajah

Latihan Meminta Maaf

Latihan Menjadi Sahabat Anak

Kuiz



Bab 4 - Tujuh Tips Mengatasi Rintangan

Rintangan 1 : Bagaimana Apabila Anak-anak Tidak Menghormati Kita?

Bahasa Kasih Sayang

Bahasa Tidur, Bahasa Alam Bawah Sedar



Rintangan 2 : Bagaimana Apabila Anak Menjadi Mua?

Pendekatan Permisif

Pendekatan memaksa (coercive)

Pendekatan Berdialog



Rintangan 3 : Apakah kita dapat marah?

Jangan Menggunakan Kekerasan Fizikal

Jangan Menggunakan Kata-kata Menyakitkan

Hindari Memberi Label Buruk

Jangan Menegur di Depan Orang Ramai!

Salahkan Perangai, Bukan Anak



Rintangan 4 : Tolong, Saya Tidak Berbakat!

Rintangan 5 : Nanti Kurang Macho Pula ...!



Rintangan 6 : Bertepuk Sebelah Tangan

Cari Waktu yang Tepat

Berkongsi Cerita



Rintangan 7 : Kekangan Masa

Manfaatkan Teknologi



Epilog : Terlambat? Tidak!

Nota Hujung

Bibliografi

 Biodata Penulis



===============================
Review





Anak-anak sukar mendengar nasihat kita, namun mereka tidak pernah untuk gagal meniru perbuatan kita. Itulah kuasa tindakan yang lebih banyak mempengaruhi anak-anak berbanding kata nasihat semata-mata. Tetapi, ramai ibu bapa yang tidak memahami hakikat ini. Mereka sentiasa yakin, semakin panjang bebelan, semakin kuat jeritan, dan semakin tegas larangan mereka, anak-anak pasti akan mendengar kata-kata mereka.





Jeritan dan tengkingan ibu bapa bukan sahaja mencederakan emosi, malah akan menambah stres kepada anak-anak. Jiwa yang tertekan akan memberontak dan anak-anak semakin sukar untuk dikawal. Ibu bapa juga akan menjadi semakin bingung. Semakin kuat jeritan mereka, semakin kuat anak-anak melawan. Itulah situasi mencabar yang dihadapi oleh ibu bapa dalam proses mendidik dan membesarkan anak-anak.





Dengan bantuan buku “Screaming-Free Parenting”, jeritan akan digantikan dengan kata-kata yang lembut dan mampu menyentuh hati anak-anak. Bebelan panjang pula akan ditukar dengan tindakan yang cukup ringkas, namun sangat bermakna untuk anak-anak. Pukulan dan cubitan geram pula akan diubah kepada sentuhan yang lembut lagi menenangkan jiwa.





Dengan menghimpunkan kajian dan teknik yang terbukti berkesan oleh pakar kekeluargaan, buku ini adalah manual terbaik untuk mendidik anak-anak secara kreatif dan penuh kasih sayang tanpa perlu bersusah payah menjerit atau membebel panjang. Buku ini akan membantu mengoptimumkan keupayaan semula jadi seorang pendidik dalam diri setiap ibu dan bapa. Mereka akan menjadi guru yang baik dan kawan yang paling rapat dengan anak-anak.





Sebarkan kebahagiaan dalam rumah tangga dengan teknik mendidik yang berkesan. Pastikan ketenangan rumah tangga tidak diganggu dengan jeritan yang membingitkan telinga dan menyakitkan hati. Insya Allah, dengan mengaplikasikan teknik mendidik dalam buku ini, anak-anak akan membahagiakan ibu bapa dan memberi manfaat yang besar untuk seluruh dunia.

Sekiranya berminat nak memiliki buku ini, WhatsApp 0199515058 ya! 

Sunday, February 12, 2017

Mendidik Anak Bersedekah

Bismillah,
Bismillahirrahmanirrahim,

Saya tertarik dengan entry ini : http://cinta-rasul.blogspot.my/2017/02/baba-ambiklah-duit-ni.html

Boleh baca di sana untuk mengetahui lanjutannya.

Bila membaca saya teringat kepada anakanda saya, Ahmadan Mohd Sabri.

Sekali sekala dia akan dibawa ke masjid untuk membiasakan dirinya dengan masjid. Ya, saya sangat suka bilamana semua anak lelaki kami ikut abahnya pergi ke masjid. Eh, saya bukan suka sebab nak suruh anak skodeng apa yang abah mereka buat (huehue) tapi sebab saya yakin, dengan cara ini, ikatan antara anak dan abah dan juga masjid akan erat sekali.

Saya ingin ceritakan sesuatu tentang Ahmadan. Anak saya ini masih kecil, baru berumur 5 tahun. Dia belum pun tahu nilai duit. Dia tidak tahu yang nilai RM1 itu kecil dan nilai RM 50 itu besar.

Tak apa... biarlah dia belum tahu lagi. Tapi saya rasa ini adalah waktu terbaik untuk kami ajar dia dengan sikap pemurah. Kami kenalkan dia dengan erti sedekah, infaq dan lain-lain. Itu yang dilakukan oleh suami saya.

Boleh kata, dikebanyakan masa dia ke masjid, ada sahaja atuk-atuk dan pakcik-pakcik yang menghulurkan duit kepadanya. Dia memang rajin menghulur tangan bersalam dengan mereka. Maka tak hairan, selalu saja dia mengumpul duit-duit dari mereka huhu...

Lalu abah pun ajar untuk masukkan duit itu ke tabung masjid disitu. Maka, setiap kali dia dapat duit di dalam masjid, dia akan masukkan duit itu kedalam tabung. Sehinggalah pada suatu hari dia dapat RM 20 daripada seorang pakcik.

Seperti biasa, dia terus sahaja masukkan duit itu ke dalam tabung masjid. Saya yang mendengar cerita itu, tertelan air liur sendiri huhu... Kalau seringgit dua, saya rasa biasa tapi kalau sebanyak itu, rasa macam... errr...

Alangkah bagus bukan menjadi anak kecil. Sudah berada didalam hatinya memberi itu lebih mulia dari menyimpannya sendiri. Malulah umi andai masih menyimpan kedekut di dalam hati.....

Sunday, April 05, 2015

Beri Keadilan Kepada Anak, Bantu Mereka Tinggi Keyakinan Diri

Diskusi kecil bersama sahabat lama zaman sekolah. Ada antara anak sahabat kami yang mendapat markah rendah dalam satu matapelajaran menjadi sangat sedih.

Lebih menyedihkan pula apabila dia diejek di dalam kelas kerana mendapat keputusan begitu. Berat perasaan anak ini apabila di kalangan keluarga contohnya, datuk nenek malah ibu bapa saudara juga suka membuat perbandingan dan hanya memberi reward pada anak yang tinggi prestasi.

Seorang dari kami memberitahu, "Pd aku, low self esteem lg bahaya dr fail maths. Yg tu kna boost dulu, maths fail ada byk cara blh selesaikan".

Seorang yang lain daripada kami pula sangat beruntung kerana dapat berguru dengan Puan Ainon Mohd. Katanya :

"Aku banyak belajar dgn Pn Ainon Mohd chairman PTS.

Academic oriented/ pendidikan kita skrg fokus pada cari 1 jawapan yg betul. Itu akan membuatkan anak hanya berfikir satu hala sahaja. ada satu saja jawapan dan jika tak boleh jawab kira tak pandai. Sedangkan jawapan dlm kehidupan sebenar ada banyak jalan banyak cara.

Dia pesan- ajar anak kita skill sosial, anak cina tinggi  skill sosial.

Berfikiran kritis pula lebih tekankan cari punca masalah. Dalam strategi berfikir yg dia ajar kami - lebih kepada design thinking. cari penyelesaian/solution.

Naikkan semangat anak dengan puji perbuatan. Bukan puji anak.

Pandai kakak- Salah
Pandai kakak lukis bunga ni- betul

Macam tulah rajin anak mama- salah
Macam tulah anak mama, rajin kemaskan mainan lepas main, hantar pinggan dlm sinki"

Wednesday, September 21, 2011

Cara Mandikan Bayi

Bismillah,



*entry ini ditulis sebelum saya melahirkan anak ke enam :)

Selalunya di hospital, nurse yang baik hati akan mandikan anak kita. Sekejap je diorang mandikan baby kan? Saya paling gabra kalau dengar anak menangis semasa dimandikan. Sebab bila tengok diorang terlampau expert macam mandiakan anak patung tak bernyawa pulak jirus-jirus gitu. Tapi sebab itu pekerjaan mereka tiap-tiap hari maka insya ALLAH kita boleh letak kepercayaan kepada mereka. Sambil itu, berdoa sajalah semoga semuanya OK.

Selalunya setiap kali melahirkan saya akan berada sama ada di rumah mertua atau rumah ibu saya. Selalunya saya berada di rumah mertua memandangkan ibu saya masih bekerja. Tetapi saya pernah memandikan Asmaa' semasa ibu saya pergi bekerja cuma bukan di bilik air. Merasalah Asmaa' dimandikan di atas tikar getah dan hanya dilap sahaja.

Pada awal-awal melahirkan, biasanya mertua sayalah yang akan mandikan anak-anak. Dia lebih cermat dalam menangani bayi yang masih bertali pusat. Cuma, ada sekali ketika memandikan sama ada Usamah atau Uwaiys, jari kakinya mengalami kekejangan sehingga bengkok dan ia kekal sehingga ke hari ini. Kesian cek... Saya berazam pada kelahiran kali ini, saya mahu buat semuanya sendiri. Rasanya jika anak ke enam ini saya masih tiada keyakinan, ia bagaikan kelahiran terdahulu tidak memberi sebarang pengalaman buat saya.

Saya akan ceritakan bagaimana mertua saya mandikan bayi :


  • Bancuh air suam-suam kuku. Tidak terlalu panas dan jangan terlalu sejuk. 
  • Mula-mula dia lunjurkan kedua2 kaki dan baringkan bayi atas celah-celah kaki dengan sebelah tangan memegang dada bayi manakala sebelah lagi digunakan untuk membasuh najis anak. Saya menganjurkan seandainya kita ingin memandikan anak kita di dalam bekas sekalipun, seeloknya basuhlah najis anak ini terlebih dahulu. Gosok dengan tangan yang memegang dada bayi tadi dan tindih sedikit dada bayi dengan lengan kita supaya tidak tergelincir. 
  • Kemudian, mertua saya ajar untuk mendudukkan bayi atas kaki dengan muka bayi seeloknya menghadap ke bawah atau tidak mendongak. Mula menjirus bahagian belakang bayi.
  • Jika ingin membasuh kepala, kecekapan adalah sangat perlu iaitu selepas sahaja air dicurah keatas kepala bayi, terus raupkan mukanya supaya dia tidak tertelan atau terhidu air. 
  • Untuk menyabun kesemua bahagian badan bayi, kita boleh melakukannya dengan cara memegang dengan menundukkan bayi itu atau letakkan di antara dua betis kita. 
  • Pastikan jangan terlalu banyak sabun digunakan kerana bimbang licin
  • Pastikan semasa membilas, semua sabun telah hilang licinnya
Atau anda boleh mengikut seperti cara di bawah cuma, seeloknya basuh dulu najisnya. Supaya yang najis akan pergi dan anak kita akan menjadi lebih bersih dan suci insya ALLAH. 



Atau anda boleh sahaja ke link ini untuk melihat panduan satu demi satu cara memandiakan bayi :)

Friday, July 15, 2011

Fun Activities to Teach Gratitude and Giving

Bismillah,



I found this from one site (but forgot to copy the link - sorry). Here is some fun activities to teach gratitude and giving :
  • Join a tree planting day.
  • Create cards for sending from your family for birthdays etc.
  • Bake cookies to take to some friends.
  • Gratitude Rock. Go find a special pebble each. It is kept in your pocket, and then every time you touch it remember to be grateful for something about your day.
  • Help an elderly relative spring-clean.
  • Do some volunteer work.
  • Think of ways your family could help with sustainability.
  • Plan a garage sale – of everyone’s old things, donate the money to charity.
  • Participate in a community fund raising drive.
  • Invite friends over – and all cook the dinner together.
Here comes a video on how to teach gratitude.


What do you do to teach your children the importance of giving back?

Saturday, July 02, 2011

LINUS

Bismillah,

Ingat tak ada aritu saya cakap nak pergi ceramah LINUS? Setelah saya peram jadik pekasam arini baru saya dapat nak cerita pasal LINUS itu. Adalah amat berbeza OK program di kelompok Cina dengan kelompok Melayu. Program ini bermula lebih awal dari yang dijadualkan! Awal tu tak awal mana sangatlah tapi agak2 10-15 minit jugaklah dari yang dijadualkan.

Program dimulakan dengan lagu Negaraku.. Saya heran sbb saya nangis menitik2 air mata masa diorang pasang lagu Negaraku tu... tatau lah kenapa, barangkali tiba2 rasa hubbul watan itu meresapi jiwa dan raga. Kuikuikui... Buat malu kampeni ja kat celah2 orang ramai tu ada orang nangis dengar lagu Negaraku.



Ini adelah Guru Besar sekolah itu, masih 'Cik' lagi... sangat tegas orangnya. Tempohari ada parents merokok depan kelas tadika, suami saya gi report kat pejabat, dia pun tanpa lengah terus ke kelas tu dan sound direct...hohoho...

LINUS ini adalah program yang akan memastikan setiap pelajar akan dapat menguasai bacaan dan pengiraan asas. Ia terkandung dalam National Key Result Areas (NKRA's) yang mana ia ada 6 teras bidang. Sila rujuk link ini untuk tahu apa 6 teras itu dan siapa yang berwajib untuk melaksanakannya cuma saya nak kopipes sikit apa yang berkaitan dengan LINUS ini.


3) NKRA yang ketiga  – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan
• Seperti yang semua maklum, ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup di dunia. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina dan yang menentukan kelancangannya.  Justeru, kerajaan  akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi.
• Oleh itu, dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada internasional yang penuh cabaran ini dari kemudahan yang diberikan.
• Kerajaan akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana.
•  Adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah tetapi masih tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian. Maka, bagi menangani kemelut ini, PM telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012.  Kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi KPI menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%.
• Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai’ah baru  kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.
• Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh,  akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi  pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012.

Pecahan dari Sub NKRA ke 3 di atas ada 4 pecahan lagi iaitu :

  • Prasekolah
  • LINUS
  • Sekolah Berprestasi Tinggi
  • Tawaran Baru kepada Pengetua & Guru Besar

Program ini sebenarnya sudah dimulakan pada 2010 dimana murid tahun 1 pada tahun itu dipanggil Kohort Pertama. Ini bermakna Asmaa' adalah tergolong dalam Kohort kedua dan Usamah yang ketiga. Semasa mereka di dalam darjah satu ini akan diadakan 3 kali saringan iaitu pada bulan Mac, Jun dan September.

Selepas ujian ini mereka akan dibahagikan kepada 3 kelompok iaitu :

  • murid tegar (menguasai kurang dari 2 konstruk)
  • murid LINUS
    • menguasai kurang dari 8/11 konstruk (literasi)
    • menguasai kurang dari 9 konstruk (numerasi)
  • murid perdana (menguasai lebih dari 9/12 konstruk)
Kiranya, murid arus perdana ni adalah budak yang pandai membaca, menulis dan mengira serta faham akan apa yang ada pada ayat yang diberikan. So ini adalah aim utama kita buat masa ini. Seperti yang saya cerita dalam entry ini, budak2 sekarang adalah pandai2 dan takkanlah kita nak anak kita tanpa bantuan sedangkan kerajaan adaaim untuk pelajar2 sekolah (tiba2 sokong kerajaan :P).

Sebenarnya tak payah risau sangat as long anak tahu membaca dan buat basic maths insya ALLAH anak2 kita akan berada dalam kelompok pelajar arus perdana. Hohoho...bunyinya adalah sangat sofistikated kan?? Walau apapun, buat masa ini, kami tidak aim anak kami dapat top 10 pun cuma kami nak dia dapat straight As sahaja :D

Itu sahajalah yang ingin saya kongsi. Bukan semua sekolah buat program ini kepada ibubapa sebagaimana sekolah Usamah dan Uwaiys buat tapi sekolah Asmaa' tidak. Jadi, ini adalah sebagai langkah persediaan buat kawan2 yang mana mempunyai anak yang kini berada dalam darjah 2 dan ke bawah. 


Friday, July 01, 2011

Asmaa' : Bila Anak Mengadu Sakit Perut

Bismillah,

Dah berapa lama agaknya saya update gambar yang dah 6 bulan berlaku. Kali ini kiranya agak awal sikitlah kan. Kira ada kemajuan dah sikit lah ni kan.

Sebenarnya, bila anak sakit itu bagaikan nightmare jadi sebenarnya tak ada mood sangat pun nak tangkap gambar. Tapi untuk menenangkan hati sendiri, tangkap jugalah gambar sekeping dua.



Gambar di atas adalah semasa Asmaa' mendapatkan rawatan di wad kecemasan



Jadi di sini, saya nak share lebih lagi berkenaan sakit perut jika anak mengadu :

  • Sekiranya anak - kembung dan kekejangan di perut, Kemungkinan - disebabkan makan berlebihan atau perut dimasuki angin. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - mengurut lembut perut si anak. Ataupun carilah ubat yang dapat membantu melegakan pedih ulu hati yang dirasai kanak-kanak tersebut.Selain itu tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah lapkan air suam pada bahagian perut si kecil dengan lembut.
  • Sekiranya anak - perut rasa sakit dan keras, malah perut juga terasa memulas,Kemungkinan - si kecil mengalami sembelit. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - perah buah prun atau pear untuk dijadikan jus. Tidakpun lebihkan fiber dalam diet pemakanan mereka.
  • Sekiranya anak - loya, muntah-muntah, cirit-birit, demam dan berasa kesejukan.Kemungkinan - demam dan sakit perut. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - berikan si kecil minum banyak air atau memberi makanan yang mengandungi banyak air seperti sup untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan.
  • Sekiranya anak - kejang perut, muntah dan sakit perut selepas diberi makan atau minum susu.Kemungkinan - tubuh si kecil tidak dapat menerima bahan makanan daripada laktosa. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - menukar kepada susu bebas laktosa dan keju.Sekiranya anak - sakit perut bersama sakit tekak dan kadang-kala demam.Kemungkinan - wujudnya jangkitan bakteria di tekak. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - doktor memberi antibiotik.
  • Sekiranya anak - sakit teruk di keliling pusat atau bahagian kanan perut.Kemungkinan - Apendisitis iaitu radang apendiks. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - perlu segera berjumpa doktor di hospital berdekatan.
  • Sekiranya anak - sakit perut yang dialami kanak-kanak yang disahkan sihat.Kemungkinan - disebabkan tekanan. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - cari cara untuk mengurangkan tekanan seperti mengatur semula jadual si kecil yang berkemungkinan terlalu padat. Ataupun, sesi bersama kaunselor mungkin dapat membantu melegakan tekanan.

Macam Asmaa' baru2 ni kami tak dapat bezakan dia sakit perut tu kenapa so lepas dah buat x-ray baru le dapat tahu ada najis ketul2 dalam perut dia... Memang kalau anak sakit2 begini kena guna naluri keibuan jugaklah... huhuhu

 

Monday, June 27, 2011

Budak Sekolah Sekarang Tidak Takut Berzina

Bismillah,



Agak2 anda apa puncanya?? Kenapa agaknya budak sekolah sekarang tak boleh nak bezakan sama ada mereka boleh buat atau tidak 'projek' dengan kawan mereka? Atau mereka tahu tak boleh tapi sebab tidak ada rasa takut kepada Pencipta??

Macam ada satu kes yang diceritakan oleh seorang sahabat saya. Seorang pelajar lelaki datang ke sekolah dengan tuala di kolar baju ala2 Bangla buat kerja construction. Bila cikgu pakat tanya, dia jawab kena gigit lipan. Budak tu pun teknik tak berapa nak betui, agak2 kalau kena gigit lipan kat leher lak tu, tak ke weng tapi hang boleh mai sekolah lagi.

Dah la pakai tuala keliling leher, kalau hang bijak sikit for sure hang tampal plaster ke kan. Rupanya, lipan yang gigit budak tu adalah lipan betina kaki dua. Tak pasal2 dalam rekod disiplin ada tulis budak perempuan tu sebagai 'menggigit pelajar lelaki'. Rekod ni awak ingat lekat kat atas kertas cikgu disiplin saja ka?? Ni kalau tak taubat ni kesan dia lagi dasat wohhh....

Punca :

  • TV & Iklan TV - satu hari suami saya balik dan beritahu ada iklan yang dia sempat tengok di rumah kawan tentang deodoran. Sebelum pakai, takleh peluk pakwe dia, alih2 dah pakai boleh peluk dah. Saya baru perasan iklan tu masa tengok Takdir Afina kat TV3 malam Sabtu aritu. Sungguh tidak mendidik iklan macam ni... Itu baru iklan, belum cerita yang macam2 tu kan...
  • Pengaruh rakan sebaya - OK, ini ayat karangan yang saya guna ni. Yang tak sebaya pun kalau sama hampeh ajak kawan ada makwe atau pakwe memang takleh buat kawanlah. Siap sporting tolong kenalkan lagi antara satu sama lain. Agaknya antara mereka 'takde class' kalau tak pandai ber pakwe makwe. 
  • Internet - kalau ada laptop seorang sebijik dan dapat pulak pasang TM wireless ntah hape, guna tanpa ada kawalan maka hakibatnya faham2 sendirilah.
  • Tiada didikan - guru bagi saya tiada kesempatan kalau jumlah murid nisbah guru adalah 30:1. Pastilah sebenarnya tanggungjawab ibubapa itu lebih berat. Saya percaya bahawasanya anak2 adalah dikawal selia oleh ibu bapa. Jadi, saya sedang menghitung2 betapa beratnya tanggungjawab kami ibu bapa untuk beri didikan kepada anak2. Sudahlah kita tidak tahu bagaimana hasilnya anak2 kita nanti. Adakala terlebih kawal juga akan menjadi masalah dan tiada kawalan juga akan menjadikan anak kita rosak. Memang kita cuba untuk follow the rules tapi adakah anak2 itu faham pula apa yang kita cuba sampaikan. Jadi, saya percaya bahawasanya koreksi diri adalah perkara penting sebelum kita mengajarkannya pula kepada anak kita. Jika kita sendiri jenis sosial, maka adakah anak akan belajar untuk tidak sosial??

Baca link ini juga ek... : Jangan Jadi Perempuan Yang Murah