Showing posts with label Pengurusan Bayi. Show all posts
Showing posts with label Pengurusan Bayi. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Cara Mandikan Bayi

Bismillah,



*entry ini ditulis sebelum saya melahirkan anak ke enam :)

Selalunya di hospital, nurse yang baik hati akan mandikan anak kita. Sekejap je diorang mandikan baby kan? Saya paling gabra kalau dengar anak menangis semasa dimandikan. Sebab bila tengok diorang terlampau expert macam mandiakan anak patung tak bernyawa pulak jirus-jirus gitu. Tapi sebab itu pekerjaan mereka tiap-tiap hari maka insya ALLAH kita boleh letak kepercayaan kepada mereka. Sambil itu, berdoa sajalah semoga semuanya OK.

Selalunya setiap kali melahirkan saya akan berada sama ada di rumah mertua atau rumah ibu saya. Selalunya saya berada di rumah mertua memandangkan ibu saya masih bekerja. Tetapi saya pernah memandikan Asmaa' semasa ibu saya pergi bekerja cuma bukan di bilik air. Merasalah Asmaa' dimandikan di atas tikar getah dan hanya dilap sahaja.

Pada awal-awal melahirkan, biasanya mertua sayalah yang akan mandikan anak-anak. Dia lebih cermat dalam menangani bayi yang masih bertali pusat. Cuma, ada sekali ketika memandikan sama ada Usamah atau Uwaiys, jari kakinya mengalami kekejangan sehingga bengkok dan ia kekal sehingga ke hari ini. Kesian cek... Saya berazam pada kelahiran kali ini, saya mahu buat semuanya sendiri. Rasanya jika anak ke enam ini saya masih tiada keyakinan, ia bagaikan kelahiran terdahulu tidak memberi sebarang pengalaman buat saya.

Saya akan ceritakan bagaimana mertua saya mandikan bayi :


  • Bancuh air suam-suam kuku. Tidak terlalu panas dan jangan terlalu sejuk. 
  • Mula-mula dia lunjurkan kedua2 kaki dan baringkan bayi atas celah-celah kaki dengan sebelah tangan memegang dada bayi manakala sebelah lagi digunakan untuk membasuh najis anak. Saya menganjurkan seandainya kita ingin memandikan anak kita di dalam bekas sekalipun, seeloknya basuhlah najis anak ini terlebih dahulu. Gosok dengan tangan yang memegang dada bayi tadi dan tindih sedikit dada bayi dengan lengan kita supaya tidak tergelincir. 
  • Kemudian, mertua saya ajar untuk mendudukkan bayi atas kaki dengan muka bayi seeloknya menghadap ke bawah atau tidak mendongak. Mula menjirus bahagian belakang bayi.
  • Jika ingin membasuh kepala, kecekapan adalah sangat perlu iaitu selepas sahaja air dicurah keatas kepala bayi, terus raupkan mukanya supaya dia tidak tertelan atau terhidu air. 
  • Untuk menyabun kesemua bahagian badan bayi, kita boleh melakukannya dengan cara memegang dengan menundukkan bayi itu atau letakkan di antara dua betis kita. 
  • Pastikan jangan terlalu banyak sabun digunakan kerana bimbang licin
  • Pastikan semasa membilas, semua sabun telah hilang licinnya
Atau anda boleh mengikut seperti cara di bawah cuma, seeloknya basuh dulu najisnya. Supaya yang najis akan pergi dan anak kita akan menjadi lebih bersih dan suci insya ALLAH. 



Atau anda boleh sahaja ke link ini untuk melihat panduan satu demi satu cara memandiakan bayi :)