Dari Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
“Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju surga.” (HR. Muslim, no. 2699)
Apa makna Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga?
Ibnu Rajab Al-Hambali menyatakan ada empat makna:
1️⃣ Dengan menempuh jalan mencari ilmu, Allah akan memudahkannya masuk syurga.
2️⃣ Menuntut ilmu adalah asbab seseorang mendapatkan hidayah. Hidayah inilah yang menghantarkan seseorang pada syurga.
3️⃣ Menuntut suatu ilmu akan menghantarkan pada ilmu lainnya yang dengan ilmu tersebut akan menghantarkan pada syurga.
⭐ Sebagaimana kata sebahagian ulama ketika suatu ilmu diamalkan,
مَنْ عَمِلَ بِمَا عَلِمَ أَوْرَثَهُ اللهُ عِلْمَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
“Siapa yang mengamalkan suatu ilmu yang telah ia pelajari, maka Allah akan mewarisinya ilmu yang tidak ia ketahui.”
⭐ Sebagaimana kata ulama lainnya,
ثَوَابُ الحَسَنَةِ الحَسَنَةُ بَعْدَهَا
“Balasan dari kebaikan adalah kebaikan selanjutnya.”
⭐ Begitu juga dalam ayat disebutkan,
وَيَزِيدُ اللَّهُ الَّذِينَ اهْتَدَوْا هُدًى
“Dan Allah akan menambah petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk.” (QS. Maryam: 76)
⭐ Juga pada firman Allah,
وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآَتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ
“Dan orang-orang yang mau menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan balasan ketaqwaannya.” (QS. Muhammad: 17)
4️⃣ Dengan ilmu, Allah akan memudahkan jalan yang nyata menuju syurga iaitu saat melewati sirat (sesuatu yang terbentang di atas neraka menuju syurga.
Ibnu Rajab telah menyimpulkan, menuntut ilmu adalah jalan paling ringkas menuju syurga. (Jami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam, 2: 297-298)
Semoga dengan ilmu agama, kita dimudahkan untuk masuk syurga.
Sumber asal https://rumaysho.com/
بارك الله فيكم و زادكم الله علما نافعا