Showing posts with label Cetusan. Show all posts
Showing posts with label Cetusan. Show all posts

Thursday, September 03, 2009

Saya OK, Anda OK kah?

Bismillah,

Hihi..ini bukan scheduled entry..saya taip fresh2 punya. Sekadar memberi khabar bahawa saya beransur sihat. Tiada lagi bleeding, tiada lagi masalah kencing tak lawas atau kencing kotor. Tapi, saya masih mengambil ubat dan TAK PUASA...betulke saya dah tua ek? Dulu mengandung 4 anak saya sebelum ni bulan puasa saya puasa penuh!! Alhamdulillah...

Masalah kencing tak lawas tu saya tatau dari mana puncanya, mungkin kawan2 saya mcm Dr Ija n Dr Yatie boleh explain kepada saya. Itu pun kalau mereka tak bz sbb yg saya tgk Dr Yatie pun dah mula wek2...tahniahlah jika ada sesuatu yang baru di dalam badannya... tapi ia dah berpanjangan dari seminggu sebelum puasa. Lama kan? Ini kali kedua saya makan antibiotik. Semasa diberi Ural aritu, saya pening2 lalu saya salahkan antibiotik tapi Dr Jammy kata itu bukan disebabkan antibiotik tu tapi mungkin sebab Ural.

Sekarang saya diberi ubat air dan antibiotik yang nak sama besar ruas kelingking saya. Besar sangat dan saya perlukan 2 gelas air sebelum ubat tu masuk tekak saya. Ahaha.... Satu lagi, saya dah scan juga somebody inside my tummy dan dah nampak jantina nya. Nak tau ke?? Biarlah saya rahsia dulu. Saya dah ada dua pasang anak dan saya tak kisah lagi hal jantina.

Hari ini juga saya mula menghantar anak2 (Asmaa' dan Usamah) ke PASTI. Kesian mereka dah beku agaknya duduk di dalam rumah. Buku Matematik Asmaa' juga dah lunyai sebab tak sudah2 buku itu jugalah yang saya guna untuk ajar dia. Saya benar2 telah berhenti mengajar mereka membaca kerana mereka betul2 keliru dengan apa yang cikgu ajar berlainan dengan apa yang saya ajar.

Saya juga semakin mempelajari kesabaran suami saya. Walaupun ada lagi bunyi tak sabar saya tapi saya rasa taklah macam tempohari. Sehingga nak tukar semula kepada watak asal saya, saya rasa jauh. Nasib juga lah saya tak buat masalah dengan orang lain. Dan nasib juga suami saya tolong cover saya bila saya buat hal dengan anak2. Tak dapat saya bayangkan kalau saya marah2 then takde sapa nak bela diorang atau terangkan kenapa saya marah. Alahai...sebak la pulak...

Saya sekadar mahu memberitahu saya OK sahaja dalam entry ini. Kepada mereka yang ada berkongsi petua dengan saya, terima kasih yang amat sangat. Hanya ALLAH sahajalah yang mampu membalasinya. Saya bersyukur kerana ALLAH menentukan hidup saya begini. Walaupun ada masa yang tidak enak, tapi bunga selepasnya juga sangat menyenangkan.

Tuesday, September 01, 2009

Kesan Keserabutan

Bismillah,

Kisah ini adalah kisah yang hampir benar. Saya tidak cerita yang sebenar2nya kerana nanti tak ada tambahan perisa makanya cerita jadik tak sedap. Jadi, andaikan aja korang baca sebuah kisah yang direka2 untuk mendapatkan pengajaran.

Korang pernah serabut?? Owh, saya selalu juga serabut...tapi cuba satu perkara, tarik nafas panjang2 dan berzikir. Sebab jika kita terlalu kelam kabut, nanti kita yang malu sendiri dengan kelam kabut kita itu. Okeh sebelum huraian saya, saya nak cerita sedikit ya.

Alkisah, bumbung di rumah Puan Saripah bocor. Sudahlah sekarang musim hujan, mmaka dia terpaksa berkejar menadah air setiap kali hujan. Kalau air masuk betul2 dalam baldi itu tidak mengapa, tapi macam mana kalau air tu terpercik ke merata alam? Sudahla ada anak kecil dalam rumah itu, buatnya tergelincir, tak ke menambahkan serabut??

Lalu diajukanlah kepada suami nya. Suaminya pun kata dia akan buat. Tapi biasalah orang lelaki, kita cakap suruh buat itu, bukan dia nak buat terus. Sebabnya dia selalu tidak ada di rumah semasa ketirisan tu. Jadi dia tidak menghayati sebaiknya 'keserabutan' isterinya itu. Lalu terbebanlah jiwa dan raga isteri itu...

Disebabkan hujan yang kerap, maka dia menjadi semakin serabut. Maka pada satu hari, dia pun pergi ke satu bank dengan membawa hajat besar. Berikut adalah dialog mereka :

Pn Saripah : Sblm ni saya dah ada loan dgn bank ini. Sekarang saya ingin menambah jumlah pinjaman sebanyak RM 15 000.
En Bank : Owh, apakah yang Puan mau lakukan dengan duit itu?
Pn Saripah : Bumbung rumah saya bocor. Saya ingat nak perbaikinya.
En Bank : Eh, kalau bumbung bocor, baik puan pegi minta tolong dengan YB. Mereka ada peruntukan untuk itu.

Adui, bagi Puan Saripah, dia bukanlah susah sangat sampai nak minta benda free dari orang. Dia bangun dan terus berlalu tanpa kata2. Kerana bagi dia, dia datang bukan mahu duit percuma dari bank tetapi dia mahu buat pinjaman dan dia pun bukan pernah ada masalah dengan bayaran pon sebelum ini.

Sampai di rumah, dia pun ceritakanlah kepada anaknya. Lalu anaknya telah memujuk pula suaminya sehingga suaminya bertindak untuk menyiasat apakah punca kebocoran. Mula2 menantu Pn Saripah naik atas siling, kemudian dia tidak berjumpa dengan punca kebocoran dan seterusnya dia naik ke atas bumbung terus. Rupa2nya ada banyak benda di atas bumbung yang datangnya ntah dari mana yang telah menghalang pengaliran air sehingga menyebabkan air masuk ke dalam rumah.

Lalu menantunya itu pun menurunkan serba mak neka yang ada di atas itu dengan servis percuma demi membuat jasa kapada mak mertua yang sangat serabut dengan air bocor itu. Hari2 seterusnya juga hujan lebat. Alhamdulillah, bumbung tidak bocor lagi. Suami Pn Saripah terkedu jugalah kerana hanya dengan usaha yang sedikit masalah itu dapat diselesaikan dan mulut Pn Saripah tidak berbunyi lagi.

Begitulah kuasa orang perempuan, takkanlah pula dia nak panjat bumbung tu kan tengok. Mestilah dia minta tolong suami dia. Dan...lebih baik dia minta tolong suami dia daripada dia cari tukang bumbung. Namun, mungkin cara dia approach suami dia untuk naik ke atas itu tidak kena, maka suaminya lambat bertindak.

Saya menyeru juga kepada suami2 sekelian, jika isteri anda meminta pertolongan, cubalah bantu dengan kadar segera sebelum dia merimaskan anda lebih lagi. Kalaulah dia buat loan tadi tak ke naya nak bayar balik sedangkan bumbung itu tidak apa yang rosak melainkan ada benda yang tersekat di atasnya sahaja.

Korang, di pagi ni rasanya baik korang fikirkan sendiri tentang apa yang saya ceritakan.

  • Jika anda seorang isteri, bagaimanakah kaedah terbaik supaya suami anda cepat2 menghulurkan bantuan?
  • Jika anda seorang suami, bagaimanakah pula anda melayani kehendak isteri anda?

Monday, August 10, 2009

Catatan Buat Kakyong


Bismillah,

Sila kalian baca entry ini...Jika anda juga kawan kakyong yang selalu datang dan pergi ke blog dia...saya minta anda tolonglah buat sesuatu yang serupa seperti saya...

Mungkin salah seorang yang berjauh hati itu adalah saya..saya tidak pasti. Tapi inilah saya, bila ada apa2 hal yang sebegini, saya mula menelek2 diri lalu terjumpa juga kesalahan saya. Tapi saya tidak maksudkannya...

Jika mahu diturut rasa merajuk, maka mungkinlah saya yang akan merajuk dulu. Lihatlah jumlah komen saya...jika ada yang lebih dari 10 pun, adalah setelah campur dengan 'rapik'kan saya. Lihat pula jumlah follower saya. Sedangkan saya memulakan blog ini telah sekian lamanya. Jika saya mahu privatekan, sudah lama telah saya privatekan.

Jika kita semua blogger berada di dalam satu kelas, adakah mungkin kita akan sentiasa berada di satu tempat untuk berbincang semua perkara. Pasti ada satu kumpulan yang kita rasa selesa tapi bukan bermakna yang lain itu bukan kawan kita.

Saya harap, kakyong fikirkan semula niatnya untuk privatekan blognya. Saya rasa telah banyak pahala yang kakyong dapat dengan berkongsi cara dan mungkin cara itu banyak memudahkan yang lain. Saya sendiri tidak pernah hirau andai ada yang sedut isi blog ini dan kemudian sebar merata2 tanpa nama saya kerana saya tahu ALLAH SWT sentiasa tahu apa yang kita lakukan.

Tidak semua ibu mempunyai usaha seperti kakyong yang mahu meningkatkan lagi maruah kaum ibu tapi jika kakyong privatekan blog kakyong, usaha kakyong mungkin tersekat pula...

Juga satu saya mahu beritahu kakyong, jika kakyong privatekan blog kakyong, saya bimbang tiada pengganti jika 'yang lama' itu pergi...

Saya sayangkan kakyong dengan hanya membaca blog kakyong...dan kakyong benar bila kakyong kata 'kita tak boleh memuaskan hati semua orang' bermakna 'kakyong tidak dapat memuaskan hati semua orang sama seperti blogger lain tidak dapat memuaskan hati kakyong'..

Namun jika kakyong masih berpendirian untuk mem'private'kan blog yang dikasihi ramai itu, saya masih hormatinya kerana semua orang ada tujuan di sebalik setiap niatnya..moga ALLAH mudahkan kakyong...

*kengkawan yang lain, huhu...takkan nak biarkan aje kakyong privatekan blog dia...wuwuuuu...saya nangis sorang2 karang

Tuesday, July 28, 2009

Saya, Somi Saya & Belog Saya :)


Bismillah,

Saya bukan orang yang turut sama nak berebut hadiah Bizkizz dengan 6 orang yang buat entry bersama tajuk di atas. Ini adalah untuk menyahut seruan sahabat blogger saya si Mama Mencah. Saya selalu tertanya2 adakah suami dia akan sentap dengan apa yang dia tulis dalam blognya itu. Memang kelakar tapi saya selalu rasa risau bila baca..ha ha...Soalan2 saya seblom ni pernah dia jawab namun jawapannya dalam entry itu adalah lebih detail dan saya happy, MamaMencah hanya berleter secara online, tidak pada kehidupan hakikatnya.

Lalu, saya mengutip soalan2 dalam blognya dan jawab dalam versi saya :

  • Suami saya baca blog saya tak? Baca. Sebab blog ini akan dibuka selama mana saya buka kedai. Saya rasa dia hanya baca apa yang isteri dia tulis bukan untuk tujuan apa2 tetapi mahu tahu apakah yang isterinya membebel dengan menggunakan jari sahaja.
  • Adakah dia rasa sentap dengan apa yang saya tulis pasal dia? Tak pasti. Saya biasanya memilih jalan selamat untuk mengatakan sesuatu tentang suami saya di blog ini. Saya mungkin malu jika dia blog kan kelaku saya yang malas lipat kain, malas basuh pinggan dll kelemahan atau kesilapan saya jadi saya tidak memulakannya dahulu. Kalau betul ada benda yang tak kena, saya akan bagitau direct. Dia pun sama... Saya harap dia tak rasa sentap dengan apa yang saya tulis...
  • Suami saya support saya blogging tak? Saya tidak disuruh dan tidak pula dilarang menulis blog ini. Dahulu, saya memilih jalan ini untuk menjadi manusia yang berguna kepada manusia lain. Lalu, suami saya ada berkata, tak perlulah buat topik yang berat2 mcm politik dll supaya orang terus rasa nak baca. Namun adakala saya rasa down bila apa yang saya tulis, saya berhenti melakukannya sebagai contoh saya tulis supaya semua orang baca Quran setiap pagi tapi saya sendiri tidak melakukannya. Malah pernah pun saya disablekan semua entry saya setelah saya rasa saya bersalahan dengan apa yang saya tulis (MamaMencah pun noticed tentang kehilangan entry2 saya kan?) Hidup ni jangan diharapkan kita tidak didatangi cubaan. Cubaan itu akan sentiasa ada dan ia tidak datng dari pihak luar. Adakala, suami kita yang akan membuat kesalahan, ada masa lain pula dari orang luar, ada masa anak2 pula yang buat hal dan kita sendiri tidak terkecuali dari melakukan kesilapan.
  • Ipar-duai sebelah suami baca tak blog ni? Mungkin. Semua mereka mengetahui tentang kewujudan blog saya cumanya saya tidak menerima komen dari mereka. Alhamdulillah setakat ini tak ada apa yang mereka argue dengan apa yang saya tulis dan saya harap hubungan baik ini berlangsung selamanya.
Mmm...K.An, kira OK lah ek apa yang saya tulis...tanak ketinggalan sama dalam menjawab soklan2 k.An itteww...saya sangat suka baca blog Mencah malah setiap kali k.An update, saya akan cerita pada suami saya dan dia mula tersengih2...he he...juga didoakan nak Mencah cepat sihat. Aminnn...

Friday, June 05, 2009

Libang-Libu


Bismillah,


Ntahle nape..ini ari rasa mcm satu mcm. Ada ke perkataan libang libu wujud kengkawan? Tak pedulilah ye, ada ke tak. Saya tgk Asmaa' pun serupa.


Sepagi ini dia melukis bermacam2 gambar dan dia warnakan. Apa yang luar biasa? Sebab dia lukis satu buku yang hampir 60 ke 80 ms. Semalam saya dah bagitau dia abah, Usamah & Uwaiys nak balik rumah tokku. Saya bgtau dia yang dia akan teman saya di sini. Tapi dia nampak happy tapi saya tau sbnrnya dia nak ikut sama.


Mcm mana lak saya boleh agak mcm tu? Sbb dia sekejap2 asyik tanya semula, nape kita tak balik sekali? Huhu...umi dah lama terasa sangat nak balik sbb rasa mcm dah lama tak makan masakan sana. Ha ha...melampau tak umi mu ini? Ade ke balik sana nak makan masakan mertua. Keh keh...Tapi byk protokol terpaksa umi lalui.


Skang tgh musim bajet. Kalau umi pergi, umi kene panggil K.Rohaiza cute untuk ganti umi. Kalau umi panggil dia, bermaksud umi kene sediakan bajetnya. Selain itu, lens kebanyakannya akan kene hantar kilang potong. Bila kilang potong, umi juga kene sediakan bajetnya. Jika umi pergi juga, banyak tempahan akan delay dan bila delay, pastilah duit lambat masuk.


Mungkin juga kerana abah tinggalkan kami 'orang2 perempuan' di sini yang membuatkan saya rasa begini. Alhamdulillah juga buka kedai pagi tadi ada org datang buat dan ambil spek. Kalau tak, ntah apa la yang nak mengubat hati saya ini.


Ntah mcm mana rasa tak kena tadi, saya sorang2 pegi makan kat kedai belakang. Terdengar bunyi macam orang mengorat tu. Berdecit2 bunyinya. Saya malas la nk tgk sbb kang orang kata saya perasan pulak. Rupa2nya yang menghasilkan bunyi itu adalah seorang India. Yang gilanya, dia tgh tayang 'loceng' dia.


AAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............saya rasa mi kari yang saya makan ni bertukar jadi ulat gonggok. Sungguh meloyakan untuk dimakan. Serius korang saya belum nampak loceng dia itu tapi saya dah rasa geli. Tiba2 datang sorang pakcik yang macho buat2 gaya nak bantai dia. Ha ha....saya sebenarnya paling takut utk tgk keganasan di depan mata saya tapi tadi saya rasa saya akan bertepuk2 kalau dia kene bantai.


Tapi lepas tu saya makan aje mi tu mcm takde apa2 yang berlaku. Sape2 pun tak perasan yang saya perasan orang gila itu. Tapi nak menelan mi tu sangatlah hazabnya, sampai lepas makan saya duduk punyalah lama sbb rasa nak muntah. Mujur terjumpa customer dan dia duduk semeja layan saya sembang. tapi bila tgk mi kari dia sampai saya sekali lagi nak muntah.


Abang, cepatlah balik ek. Ada orang tak senang hati ni tak tengok muka abang yang cute. Huhuuuu...Uwaiys dgn Usamah kerap2 la nangis cari umi bg abah tensi. Kih kih...

Thursday, May 28, 2009

Langit Tidak Selamanya Mendung :)



Bismillah,

Kesukaan saya pada hari ini, adalah apabila buka blog dan tgk kat shoutbox saya ada nota yang bertulis ini :

mombloggersplanet: Congrats! You're one of the consolation
winners of Mother's Day Contest at MomBloggersPlanet!Check your email on how to
claim your prize. All prize must be claim by 1st June!

Tahukah kalian yg saya hari ini dilanda huru hara. Saya malas nak sebut sebenarnya tapi saya rasa ada hikmah juga jika saya menulis tentangnya, jadi ibu2 yang membaca harapnya akan membuka mata dan menyedari hakikat 'langit bukan selamanya mendung' he he...

Huru hara saya dihari ini

  • Bangun pagi lambat
  • Sakit leher belah kanan (tidur buas kot)
  • Uwaiys pee pee atas lantai N Arwa tergelincir di atasnya
  • Bank tepon bgtau duit tak cukup, actually saya ingat saya tulis tarikh cek 29/5 tapi rupanya saya tulis 29/4 dan Cina yang amik cek dari saya tak tegur pun!! Aku nak buat mcm mana dengan orang Cina ni (korunk, saya dah tepon dia dan adalah sikit menggunakan ayat Thundercat utk me'laser'...)
  • Then Uwaiys pee pee again atas karpet 'Selamat Datang' kat kedai
  • Saliran air singki tersumbat so that air bertangkung di bahagian saya selalu memasak
  • Lauk yang saya masak bajet utk dua hari rentung bila saya tak ingat nak tutup masa anta Asmaa' & Usamah pergi sekolah tadi
  • Muka malu sebab tak ingat nak bawa report card Asmaa' kepada cikgu dia
  • Abah saya tepon membebel2 sbb kuda terlepas kandang (actually org yg kutip kelapa sawit masuk dalam kandang kuda tak reti nak tutup)

Uuu...yang lelain rasa mcm takde (jgn bimbang saya belum sampai tahap meroyan...kiki)

Tapi, bila tghari aje, saya mula dapat beberapa perkara yg menggumbirakan :

  • Polis yang bayar ansuran dari kedai saya bayar dengan amaun yang membuatkan saya senyum dalam hati (ayat marketing Cina neh)
  • Saya balik dari kutip hutang tadi, tgk2 suami mithali ku sdg menyapu sampah, igtkan dia buat gitu2 aje rupanya dia betul2 sapu plus simpan tilam yang tadinya saya tak lipat lagi (kami tido atas toto ajek)
  • Udahlah dia sapu sampah dan simpankan tilam, dia pomenkan saluran yang tersumbat tadi juga (adik2 yg tak kawen lagi...ada baeknya korunk tya bakal suami anda adakah dia sejenis orang yang pandai mereka2 seperti suami akak...kiki..p/s : jgn cari laki aku sudah). Alangkah baeknya jika dia basuhkan CD juga..he he
  • Bila turun bukak blog tgk2 ada pesanan di atas lagi, yahh..walaupun saguhati tapi rasa mau melompat2 setempat weih... :P (perak lama tak dapat hadiah!!)


OK walaupun notes tentang benda yang menyusahkan hati lebih banyak dari notes utk benda yang menyenangkan hati, saya masih mampu melupakan kesesakan pagi tadi. Tapi syaratnya, jangan lah pulak asyik kenangkan benda yang dah lepas. Beginilah saya bila ditimpa apa2 yang mendukacitakan.

Saya akan cuba juga membuka mata, walau ada orang yang memperlekehkan saya, mereka masih tidak menapak di tempat saya. Janjinya, saya masih ada jiwa untuk membangunkan hari2 saya kemudiannya. Mmm...kerana kita ada iman, maka dengan itu kita diuji. Jangan bimbanglah dengan ujian kerana ALLAH dah janji Dia akan menguji kita jikahanya kita dapat mengatasi ujian itu. Percayalah...kerana saya percaya itu...



Ini adalah pilihan saya untuk hadiah consolation tu...tolonglah kata cute utknya. Thanx http://www.alicewonders.com/!!

Dibawah ini pula senarai nama pemenangnya...

2 x Grand Prize: 1 bag of her choice + 1 Pursehook Most fashionable read:

http://azzamoro.blogspot.com/2009/05/mombloggersplanet-mothers-day-giveaway.html

Most creative and entertaining read:

http://lili-precious.blogspot.com/2009/05/great-giveaway-tale-cyber-version.html

15 x Consolation Prizes: 1 Pursehook of her choice (while stocks last)

Wednesday, May 20, 2009

Dedikasi Buat Kanda Ku

Bismillah,

Kita ini adalah dua insan yang telah ALLAH jodohkan bersama. Sejauh mana kita berlari dan sejauh mana kita mengejar, andai bukan jodoh memang kita akan tidak bertemu. Tetapi kerana jodoh inilah kita telah disatukan. Setelah diakadkan, kita sama2 membina pula rasa cinta sesama kita dan ALHAMDULILLAH, pernikahan kita telah sejauh ini.

Bukan sedikit hari yang telah kita lalui untuk kanda buat dinda gembira dan bukan sedikit hari pula yang telah kita redahi untuk dinda buat kanda rasa berduka. Semuanya telah kita lalui bersama bermula dari bawah sehingga ke puncaknya dan kadangkala terjatuh juga apabila kita terlanggar batas yang tidak masuk ke penglihatan kita.

Juga terkadang kita diracuni dengan godaan syaitan yang begitu gembira kerana tusukan godaannya membuatkan dia rasa berjaya. Kadangkala kita dikalahkan dengan rasa tidak puas hati antara kita. Pastilah pula selepas itu kanda mengingatkan dinda bahawa kita sedang diuji ALLAH dan sama2 pula kita tertunduk menginsafi kesalahan itu dan dinda berpaut semula di lengan kanda untuk sama2 berasa bahagia semula.

Suamiku,

Jagalah lidah yang lembut ini, dia boleh merosakkan dan boleh membaiki, boleh memecah-belah boleh mendamaikan, boleh menaikkan boleh menjatuhkan, boleh menginsafkan boleh meliarkan, boleh bermusuhan boleh berkasih sayang, boleh membohongkan boleh membenarkan, dengan kata-kata lain lidah adalah penawar, lidah juga adalah racun.

Lidah dinda ini mungkin pernah merosakkan, juga pernah membuat pecah belah, atau pernah juga ia menjatuhkan kanda, mungkin juga telah membuatkan kanda merasa semakin kurang iman dan turut membuatkan kanda mahu bermusuhan dan rasa dibohongi. Maafkan dinda atas salahnya dinda menggunakan lidah dinda dengan betul. Akan dinda cuba lagi untuk membetulkan fungsi lidah dinda ini.

Kandaku,
Terima kasih kerana sudi bersama dinda setiap masa. Maafkan dinda atas kekurangan dinda. Tidak pernah sekali bermaksud untuk membuat kanda rasa kecewa. Andai dinda terlanjur meluahkan rasa dijiwa dinda, maafkanlah...maafkan dinda kerana gagal menguasai kesabaran ini. Andai kanda rasa sakitnya, hakikatnya diri dinda yang lebih lagi sakit dengan keterlanjuran dinda.

Monday, April 14, 2008

Kalau ALLAH Nak Laknat, Lama Dah ALLAH Laknat


Bismillah,

Pernah dengar tak kata-kata kat atas seminggu yg lepas? Ha ha...Sape yg tgk Melodi memang lah dengar. Sitisifir tgk Melodi? Muahahaha...Saya tgu berita jam 130 ptg tu so bila jumping dr satu channel ke channel nampak la Dee pakai baju pompuan so saya berenti kat situ.

Ntah apa soklan si Michelle, saya dgr Dee jawab, "Kalau ALLAH nk laknat Dee, lama dah ALLAH laknat." dan Michelle pun menjawab semula, "Pengakuan berani dari Dee." Then Dee pun goyang2kan body dia...Hii...Aritu rasa gatal nk sepak orang he he...

Eh apa ni ha...saya tgu jugaklah isu nih naik dalam mailing list ingat mau la dengar org fire power rangers apa yg dia kata. Kadang2 saya pun tak paham kenapa org suka buat benda yg terang2 dilarang. Statement dia pun mcm mencabar tu...Tapi sapekah yg dia cabar...?

Saya pun byk buat kesalahan dan bukan lah saya org terbaik utk buat perubahan mcm ni, cuma saya mahu jugaklah menyatakan kekesalan tentang apa yg berlaku dalam dunia hiburan ni. Mereka dikatakan ikon maka jadilah ikon yg memenuhi standard yg membolehkan penonton yang meniru menjadi orang yg bermanfaat.

Saya sangat ingin melihat 'Cerita Artis Malaysia' menjadi 'Cerita Ulama Malaysia' dan 'Akademi Fantasia' diganti dengan 'Akademi Ulama'. Juga saya nk tgk 'Anugerah Industri Muzik' yg grand ada red karpet gantilah dgn 'Anugerah Ulama Terbaik' ke apa2 lah yg sewaktu dengannya. Ntah berapa persen lah sangat TV kita dihidangkan dgn perkara yg bermanfaat. Huhu.....

Dee kata lagi, kononnya orang sll panggil dia buat show tu, sbbnya org tau dia tu jantan, so, kalau dia terkangkang ke apa ke,org tau dia jantan.Huhu...dah tau awak tu jantan, kenapa la tak buat cara jantan. Saya rasa tak salah la laki lembut. Yg saya rasa salah kenapa laki lembut nk tiru mcm perempuan. Pakai baju perempuan, amik hormon la...Ni bukan fitrah dah kalau mcm ni...Ni rasenya namanya ngikut nafsu jek...

Ntah la nk ku komen byk memang nk banyak komen. Jika kita ni dah tau kita lelaki, pakailah mcm lelaki dan jadilah lelaki. Lembut takpe tapi jgnlah ikutkan sangat sampai nk jadi perempuan. Kebetulannya pulak semalam saya tengok cerita 'Wali' kat Astro Prima.

Sbnrnya ending yg saya harapkan adalah Tarmimi atau bapak si Wani tu jadilah lelaki ideal semula tapi tak ditunjukkan. Takpelah saya memang sll suka reka cerita sendiri. Mcm cerita 'Ayat-ayat Cinta', saya rasa tak real bila watak Maria dimatikan sbb saya nk tgk cerita tu si Fahri (eh ke sape ek hero dia?) hidup bahagia dengan dua bini.

Ha ha...ini dah mencetuskan dua isu yg berbeza pulak...Oklah...takmo gaduh2 aaa...