Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Sunday, September 28, 2014

Semoga Kesilapanku Dimaafkan

Bismillah,

Selepas membaca sedikit demi sedikit update sahabat2 di facebook, tiba2 fikiran saya membawa saya ke memori silam. Kisah yang telah lama benar berlalu. Namun, kesannya masih mencucuk2 sehingga ke hari ini.

Alkisah, dulu saya pernah buat kerja bodoh. Semasa saya buat kerja bodoh itu, saya tidak terfikir ia adalah benda yang bodoh. Memang bodoh betul saya pada waktu tu.

Saya berada di dalam secret grup berbincang tentang parenting. Ada satu isu yang sangat menarik lalu saya copy dan paste ke draft blogger dan publish tanpa edit nama mereka yang terlibat.

Setelah berbulan (atau mungkin bertahun) berlalu, tiba2 seseorang telah telefon saya dengan memperkenalkan dirinya. Usai memperkenalkan diri, dia mula bercakap dengan nada tinggi menandakan betapa marahnya dia atas perbuatan bodoh saya itu.

Sudah menjadi cara saya, jika diserang, saya diam dan berusaha untuk beralah sahaja. Tiada guna untuk membela diri dalam keadaan diserang begitu. Disebabkan line kurang, saya pasang loud speaker. Anak2 mula berkerumun kehairanan mendengar suara orang memarahi umi mereka.

Perbualan kami tamat selepas saya mendapat amaran supaya saya menurunkan semua yang berkaitan dengan namanya dari blog saya dalam masa tiga hari atau saya akan berhadapan dengan tindakan peguam. Saya jadi terdiam. 3 hari untuk orang yang duduk di hutan simpan bukan masa yang panjang. Ia bagaikan 3 jam sahaja..

Saya hanya boleh melayari internet setiap kali keluar ke bandar. Setiap kali keluar pula mengkelek anak dan apalah sangat peluang untuk online. Atas sebab ini jugalah saya berhenti buat dropship dengan beberapa supplier kerana tidak dapat proceed order tru web.

Saya berusaha menggunakan apps blogger yang ada di dalam tab pada masa itu untuk menurunkan entry saya dengan bantuan sahabat2 yang berhubungan dengan saya melalui whatsapp. Alhamdulillah saya berjaya. Lalu saya segera whatsapp ke puan yang menghubungi saya itu memberitahu saya sudah melakukan apa yang dia mahukan.

Saya sangka sudah selesai. Rupanya tidak! Barulah saya tahu ada laman web yang synchronised tulisan saya di blog ke web mereka. Okeh.. disini mimpi ngeri saya bermula. Saya tidak tahu cara untuk menghubungi owner laman web itu.

Namun alhamdulillah, ada sahabat yang menawarkan diri untuk membantu dengan kepakaran yang dia ada. Akhirnya saya dapat nombor pemilik laman web itu dan saya minta semua entry saya di laman web nya diturunkan.

Sekalipun saya marah, tetapi saya berusaha menggunakan ayat yang baik dengan harapan mereka memberi kerjasama untuk menurunkan entry itu segera. Dan alhamdulillah Allah mudahkan urusa  itu selesai jua.
Di hari ketiga pula, saya minta suami saya hantarkan saya ke cc supaya saya dapat menghubungi senarai nama mereka yang tertulis dalam entry saya dan saya minta maaf kepada mereka secara personal dan secara terbuka dalam grup itu.

Tebal dimuka tidak boleh diukur. Tapi saya buat sahaja dengan harapan masalah itu selesai. Disebabkan saya sudah dibuang dari grup itu, maka saya terpaksa mencari admin grup itu untuk memintanya meletakkan permohonan maaf saya dalam grup itu.

Selepas saya dikeluarkan dari grup itu, memang berjela2lah caci maki, hinaan dan kata2 yang berat ditujukan buat saya. Kebanyakannya daripada mereka yang tidak mengenali saya secara individu. Yang kenal saya pun tak berani backing saya sebab ramai yang agresif memarahi saya.

Saya rasa saya masih simpan lagi salinan kata2 mereka kerana ada sahabat yang baik hati menyampaikannya kepada saya. Terpaksalah saya terima sahaja apa yang mereka kata kerana memang saya telah terlanjur buat silap. Ia menjadi satu sesi muhasabah yang baik buat saya.

Setelah segalanya selesai, saya whatsapp puan yang menghubungi saya dan beritahu dia saya telah selesaikan segalanya. Saya juga cuba memohon maaf daripadanya dengan baik namun sayang sekali.. tidak berbalas.

Saya memujuk diri sendiri. Tak apalah jika itu ujian yang patut saya terima. Setelah berputus asa mendapatkan kemaafan dari manusia, saya memilih untuk membuat pengaduan kepada Yang Maha Kuasa. Semoga taubat saya diterima Allah.

Tidak lama selepas itu, saya mendapat notifikasi di fb (akaun lama sebelum akaun ini) yang puan itu 'follow' update saya. Dia tidak request fren tapi dia hanya follow. Pun hati saya tidak menjadi tenang juga.

Selain dengan puan ini, saya telah berkesempatan berukhuwwah dengan individu lain yang terlibat dalam entry itu. Malah dengan admin juga. Alhamdulillah ramai juga saya dapat kawan dari peristiwa itu. Daripada tidak kenal, kepada kenal dan boleh bertegur sapa pula.

Ramai diantara mereka meminta saya bersabar dengan apa yang saya hadapi itu. Mereka memberi sokongan sekalipun tidak mengenali saya. Syukur alhamdulillah.. sekurang2nya saya tahu saya mungkin telah buat benda yang betul.

Namun.... luka kerana dikata keji dengan pelbagai ayat itu masih tetap ada. Kerana saya manusia biasa. Punya hati dan perasaan. Saya telah melakukan apa yang terdaya untuk memperbaiki keadaan tapi akhirnya saya gagal juga. Kesalahan saya terlalu berat untuk dimaafkan. Allahuakbar..

Lalu saya terlintas, alangkah tenangnya hati saya jika puan itu dahulu, menggunakan ayat yang penuh hikmah ketika menegur saya. Alangkah lebih baiknya jika dia tidak membuka cerita perbuatan saya itu ke khalayak ramai (sekalipun dalam grup bertutup) sehingga memberi peluang kepada orang lain tumpang mencaci maki saya juga.

Tapi semuanya telah terlanjur terjadi. I have to learn this in a hard way. Dan saya masih terdera dengan apa yang saya alami itu. Terpaksa saya terima hukuman akibat dari kebodohan saya.

Peristiwa itu memberi banyak pengajaran kepada saya. Kini saya tahu apa akibatnya jika kita menyerang orang, menyebarkan keburukan orang ke khalayak. Setelah orang itu cuba untuk mencuci kejahatannya, jika awalnya kita tidak menyerang, ia akan selesai dengan lebih mudah.

Dan jika kita tidak menyebarkan kisah buruknya, maka tidak perlulah kita mencuci semula perbuatan kita yang telah menjatuhkan maruahnya. Bukan senang hendak jilat semula ludah yang kita keluarkan. Jika tidak jilat.. maka ludah itu akan membusukkan diri kita semula. Sedangkan yang berbuat jahat pada kita tadi telah terpelihara dalam taubatnya. Allahurabbi..

Selain itu, saya juga belajar apabila kita berhadapan dengan situasi genting begitu, agar kita sentiasa tenang dan merendah diri. Apabila telah dikatakan salah, maka berusahalah membetulkan kesalahan. Tidak ada gunanya lagi menegakkan benang yang basah.

Teringat saya kepada kenalan2 baru yang tiba2 menegur saya. Mereka memberitahu mereka terkilan dengan puan yang bertindak begitu kepada saya. Tidak semena2 saya pula terpaksa backing dia supaya mereka memahami rasa hati puan itu juga.

Tidak tergamak saya mengambil kesempatan untuk meluaskan pengaruh saya ketika itu. Bagi saya, cukuplah Allah yang akan memberi pengajaran kepada saya, dia dan yang lain. Hak menghukum bukan ditangan saya.

Sehingga kini, saya tidak berusaha pun untuk masuk ke grup itu lagi. Saya cuba melupakan betapa jatuhnya hati saya kepada grup itu. Saya alih minat saya kepada grup2 lain yang memberi lebih ketenangan.

Sesekali, update puan itu naik juga ke wall saya. Apabila ada fren saya yang like, share dan comment di statusnya. Saya tumpang gembira dengan cerita2 hidupnya. Saya harap kebodohan yang saya lakukan dulu tidak pernah menjatuhkannya. Sayangnya, itu hanya harapan kecil saya..

Saya amat berharap saya dapat melupakan kejadian ini. Saya bimbang jika mainan perasaan ini menunjukkan saya belum memaafkan lagi caci maki mereka kepada saya. Maka banyaklah pula perbicaraan yang terpaksa saya lalui di akhirat kelak.

Dan itu hanya melibatkan perasaan saya. Belum perasaan dia lagi. Sama ada dia telah memaafkan saya atau tidak atas apa yang telah saya lakukan padanya dahulu. Kerana dalam ramai2 nama yang ada, hanya dialah yang tidak respon kepada permohonan maaf saya. Astaghfirullah..

Beginilah.. sesekali ketika menghitung diri, memang akan terlihat kejahilan2 kelakuan diri sendiri. Berat sungguh rasa apabila bersalah kepada manusia. Syukurlah bahawa Allah Maha Pengampun. Ketika kita bertaubat kepada Allah, hati menjadi tenang. Tapi jika kita berharap mendapat pandangan manusia, kita akan kecewa akhirnya.

Tak apalah.. asal sahaja kita sudah cuba yang terbaik untuk membetulkan keadaan, itu sudah memadai. Jika orang itu hanya merasa puas jika saya tersungkur ke bumi, apa daya saya. Allah telah beri saya peluang yang banyak untuk memperbaiki kesilapan. Saya belum mahu tersungkur lagi.

Sebab itu, saya tidak segan silu mengajak sahabat2 yang sedang tersungkur agar bangun lagi. Bina kekuatan dengan taubat kepada Allah dan berdoa semoga diberi kekuatan. Biarlah manusia dengan penilaian mereka. Jangan kita binasakan diri dengan berbuat yang tidak2.

Eh.. dah lama xtulis panjang.. sebenarnya sedang mengisi masa lapang sambil menunggu mesej dari grup homeschool masuk. Sayangnya line slow sampai saya boleh plak update status fb panjang2 hehe..

Semoga apa yang saya tulis ini, ada sesuatu yang dapat kalian cernakan. Pohon saya, jika berkesempatan, doakanlah semoga puan itu dapat memaafkan perbuatan silam saya padanya. Semoga ukhuwwah saya dan dia dapat diperbaiki dan semoga kami berjumpa di jannah kelak. Insya Allah, saya akan sangat bergembira seandainya dia dapat memaafkan saya. Saya doakan semoga hatinya tenang dan selalu dalam perlindungan Allah.. Ameen..

Friday, October 30, 2009

Berdua Memang Lebih Baik Tapi Bukan Dgn Bukan Mahram


Bismillah,

Saya terjumpa satu artikel. Saya maklum, dunia tanpa batasan kini telah menyebabkan kebanyakan dari kita benar2 lupakan batasan. Sedangkan ALLAH SWT tidak bersifat double standard. Sama ada kita ingat atau tidak kepada batasan itu, hukum tetap hukum. Maka jika kita bertindak melanggarnya maka, terimalah balasannya cepat atau lewat.

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat ".
QS. an-Nur (24) : 30

“Jangan kamu menghampiri perzinaan kerana sesungguhnya zina adalah perbuatan yang kotor dan cara yang sangat tidak baik.” (al-Isra': 32)

Kesalahan berkhalwat adalah diperuntukkan di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah di setiap negeri. Ianya dinyatakan di bawah seksyen 27 Enakmen (Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997) yang berbunyi:

“(1) mana-mana (a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya; atau (b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya; di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”

Walau dalam keadaan apa sekalipun elakkanlah daripada berdua2an walaupun untuk pekerjaan sekalipun. Tak perlulah kita mendabik dada mengatakan, "Aku boleh lagi nak kawal nafsu nii..aku kan bini orang.." No way, sebab sllnya syaitan akan datang dengan membawa dialog yang lebih kurang di bawah :

  • Bestnya kalu laki aku hensem mcm polan ni
  • Nape la dia ni dulu tak ngorat aku
  • Kalau laki aku cakap lemah lembut mcm ni kan seronok sikit hidup
Itu dari sisi bini orang, jika anda laki orang pulak, manalah tahu terselit di hati anda :
  • Hai..kalau bini aku gebu macam polanah ni kan bagus
  • Alahai, manja pulak polanah ni
  • Asyik senyum aje polanah ni, sedap mata memandang
Dan kalau anda belum kawin, anda akan rasa meremang2 yang sukar ditafsir bila saling mendekati. Tak kiralah pasangan anda itu sudah berkahwin atau belum. Perasaan meremang2 ini cukup untuk memberitahu bahawa anda sedang mendekati zina. Kadangkala akan hadir pula bisikan, yang meminta anda jauh tapi ada satu asakan lain yang menidakkan bisikan itu.

Bisikan itu adalah iman anda yang masih terselit dalam diri dan jiwa anda. Sepatutnya bisikan inilah yang perlu anda turut demi menyelamatkan iman anda itu. Tetapi jika anda memenangkan asakan yang menidakkan bisikan itu, hanya kerana hanyut dalam rasa meremang2 yang enak itu, maka syaitan sedang memandu anda.

ALLAH itu Maha Tahu kawan2...malah Dia tahu apa yang akan kita lakukan. Bukan hanya apa yang kita sedang lakukan dalam pengetahuanNya. Marilah sama2 berdoa semoga kita dapat menjauhi dari berdua2an dengan orang yang tidak2....terutama buat yang ber'kapel', sorry to say but I have to...

Andai telah jatuh hati, pilihlah segera untuk bernikah...itu akan menyebabkan jiwa kita lebih tenang. Tapi janganlah pula selepas mendapat yang halal, anda didik nafsu anda untuk menjadi liar dengan makan luar....Jauhkan diri dari perbuatan yang mendekati zina, bukan sekadar untuk diri anda, tetapi untuk pasangan anda dan anak2...buat yang bujang, bukan untuk diri anda tetapi untuk keluarga dan bakal suami anda serta anak2 anda juga. Kerana dosa zina mungkin akan menghukum seluruh keturunan anda jika tidak dibetulkan.

Semoga ALLAH melindungi kami dan keluarga kami..amin...

Thursday, September 03, 2009

Saya OK, Anda OK kah?

Bismillah,

Hihi..ini bukan scheduled entry..saya taip fresh2 punya. Sekadar memberi khabar bahawa saya beransur sihat. Tiada lagi bleeding, tiada lagi masalah kencing tak lawas atau kencing kotor. Tapi, saya masih mengambil ubat dan TAK PUASA...betulke saya dah tua ek? Dulu mengandung 4 anak saya sebelum ni bulan puasa saya puasa penuh!! Alhamdulillah...

Masalah kencing tak lawas tu saya tatau dari mana puncanya, mungkin kawan2 saya mcm Dr Ija n Dr Yatie boleh explain kepada saya. Itu pun kalau mereka tak bz sbb yg saya tgk Dr Yatie pun dah mula wek2...tahniahlah jika ada sesuatu yang baru di dalam badannya... tapi ia dah berpanjangan dari seminggu sebelum puasa. Lama kan? Ini kali kedua saya makan antibiotik. Semasa diberi Ural aritu, saya pening2 lalu saya salahkan antibiotik tapi Dr Jammy kata itu bukan disebabkan antibiotik tu tapi mungkin sebab Ural.

Sekarang saya diberi ubat air dan antibiotik yang nak sama besar ruas kelingking saya. Besar sangat dan saya perlukan 2 gelas air sebelum ubat tu masuk tekak saya. Ahaha.... Satu lagi, saya dah scan juga somebody inside my tummy dan dah nampak jantina nya. Nak tau ke?? Biarlah saya rahsia dulu. Saya dah ada dua pasang anak dan saya tak kisah lagi hal jantina.

Hari ini juga saya mula menghantar anak2 (Asmaa' dan Usamah) ke PASTI. Kesian mereka dah beku agaknya duduk di dalam rumah. Buku Matematik Asmaa' juga dah lunyai sebab tak sudah2 buku itu jugalah yang saya guna untuk ajar dia. Saya benar2 telah berhenti mengajar mereka membaca kerana mereka betul2 keliru dengan apa yang cikgu ajar berlainan dengan apa yang saya ajar.

Saya juga semakin mempelajari kesabaran suami saya. Walaupun ada lagi bunyi tak sabar saya tapi saya rasa taklah macam tempohari. Sehingga nak tukar semula kepada watak asal saya, saya rasa jauh. Nasib juga lah saya tak buat masalah dengan orang lain. Dan nasib juga suami saya tolong cover saya bila saya buat hal dengan anak2. Tak dapat saya bayangkan kalau saya marah2 then takde sapa nak bela diorang atau terangkan kenapa saya marah. Alahai...sebak la pulak...

Saya sekadar mahu memberitahu saya OK sahaja dalam entry ini. Kepada mereka yang ada berkongsi petua dengan saya, terima kasih yang amat sangat. Hanya ALLAH sahajalah yang mampu membalasinya. Saya bersyukur kerana ALLAH menentukan hidup saya begini. Walaupun ada masa yang tidak enak, tapi bunga selepasnya juga sangat menyenangkan.

Tuesday, August 18, 2009

Saya Tidak Mahu Menjadi Tarzan Lagi...


Wahai kawan2...(juga buat suamiku)

SAYA TIDAK MAHU MENJADI TARZAN LAGI....DAN SAYA MULAKANNYA SEKARANG!!!

Kenapa?? Saya sedar saya begitu teruk sekarang malah saya nampak kesan yang teruk itu dimata Asmaa'..... Betul, saya nampak kesannya di mata Asmaa'. Ini semua bermula selepas saya membaca Pendidikan anak versi fiqh dakwah (sila tekan link)

Terima kasih Ummu Abdullah!!

Thursday, May 21, 2009

Mengapa seorang suami sanggup memukul isterinya?




Bismillah,

Tidaklah saya pernah mengalami hal ini (ALHAMDULILLAH) tetapi seperti yang bertanya, saya juga akan berasa hati andai ada orang yang terdekat dengan saya menghadapi permasalahan ini. Pastilah berat penanggungannya seorang isteri mahupun suami setelah terjadinya hal ini.






Lelaki ini mungkin kita boleh kategorikan kepada dua. Cuba kita kenal pasti suami kita di kategori mana. Setelah itu, barulah kita tahu pula caranya untuk bertindak sebagai seorang isteri. (Tolong fahami saya tidak bertindak sebagai contoh, tetapi saya hanya mahu berkongsi buah fikir saya sahaja). Sesungguhnya semua isteri itu wajib akur dengan ketentuan Ilahi supaya di akhirat kelak mendapat balasan yang setimpal dengan pengorbanan kita.



Wah..wah..tengok carta kebarangkalian saya...hihi...bukankah matematik itu relevan dalam kehidupan? :P


Dua kategori lelaki




  • Boleh bersabar - bagi wanita yang memiliki suami seperti ini maka bersyukurlah. Kerana hakikatnya kita isteri takkan boleh lari dari berbuat kesalahan. Apabila kita buat salah, pastilah si suami yang terpaksa bersabar dengan kerenah kita itu. Bagaimanapula jika kesalahan itu telah kita ulangi sekali sebulan? Berapa bulankah telah kita lalui bersama dengan suami kita itu. Jadi sekiranya ada salah silap, mohon pihak suami tegurlah dengan berhemah. Jika isteri anda jenis yang OK mcm anda juga, insya ALLAH akan rukun damai lah keadaan anda sekeluarga. Jika isteri anda melawan, pun masih ada caranya. Betullah anda boleh pukul, tapi rujuk betul2 dengan orang yang tahu kaedahnya. Saya ada meng'google' hal ini dan saya dapati satu orang Indonesia buat dan saya rasa saya faham je maksud dia (adakah aku terlalu byk tgk cerita Indon?). Sila rujuk link ni untuk cara pukul isteri ek... Jadi buat isteri yang suka melawan sedangkan suami anda bersabar, dengan dipukul sebegitu, tahulah anda bahawa suami anda telah melakukan banyak peringkat teguran sehingga akhirnya dia memilih untuk memukul anda. Owhh...jangan hingga begini ya..itu tanda kita bukan isteri yang baek...


  • Kurang penyabar - Ini kalau suami jenis ini dapat isteri yang OK, yang tak melenting tak apa lah. Kalau anda tak pukul pun dia akan cepat insaf barangkali. Jadi dengan kebaikan isteri anda ini, haruslah anda menurunkan level ke'hampeh'an anda supaya anda berdua sama2 menjadi ibubapa contoh buat anak2. Jangan sampai anak2 lihat bapa mereka seorang kaki buli ibu mereka dan yang lebih teruk lagi, kaki pukul. Kalau dah nama tak sabar, maka pastilah anda tidak akan merujuk kepada ayat dalam surah AnNisa : ayat 34 yang bermaksud
    "Men are (meant to be righteous and kind) guardians of women because God has favored some more than others and because they (i.e. men) spend out of their wealth. (In their turn) righteous women are (meant to be) devoted and to guard what God has (willed to be) guarded even though out of sight (of the husband). As for those (women) on whose part you fear ill-will and nasty conduct, admonish them (first), (next) leave them alone in beds (and last) beat or separate them (from you). But if they obey you, then seek nothing against them. Behold, God is most high and great. (4:34)
    Uwah, saya tulis maksudnya dalam BI, hihi...ini adalah kerana saya jumpa tafsir ayat ini dalam BI juga, sila rujuk link ini pulak ye. Bila isteri dalam kategori tak melawan ni pun jangan sampai maruah anda terus dipijak ye, kita ada undang2 Islam yang akan membela hak anda insya ALLAH. Tapi gimana pula kalau suami dah tak sabar, dapat bini lak yang jenis melawan? Hihi...saya rasa arini ko pukul aku, esok aku bantai ko balik...uwah, mesti cute kan? Anak2 jadi lak pengadil. Na'uzubillah...janganlah sampai ke tahap ini anda biarkan keadaan rumah tangga anda.

Semua yang kita lakukan akan mendapat pembalasan meskipun sebesar biji sawi. Betapa tepat dan jitunya penilaian ALLAH itu. Tetapi hal ini hanya mereka yang berfikir sahajalah yang akan merasa berat akan tanggungjawab sebagai ISTERI, SUAMI dan seterusnya sebagai IBUBAPA pula.


Mmm...menurut carta kebarangkalian saya tadi, kita dikedudukan mana? Semoga ALLAH menunjukkan kita jalan yang lurus menjadi orang yang mulia.

Jawapan saya untuk yang bertanya di dalam Respekss

Saya ingin mendapatkan pandangan sahabat2 di sini, bagaimana agaknya perasaan seorang suami sehingga sanggup memukul isterinya.

  • Sudah hilangkah sayang dan belas kasihan kepada isteri itu? -mungkin dia masih sayang, tapi isteri dia tak faham2 atau mungkin juga betul, dia dah hilang rasa sayang itu
  • Adakah kerana kesalahan lampau si isteri? -perlulah pula dilihat kepada punca permasalahan ini, jika dari kisah lampau, maka kenapa setelah kian banyak tahun, kisah lampau ini masih dikorek2? Tambah pula kalau isteri itu tak mengulangi kisah lampaunya, bukankah isteri itu telah berkorban di situ?
  • Adakah kerana mempertahankan ego seorang lelaki/suami? -kalau memukul kerana ego, maka memang kompem hampehlah suami itu
  • Adakah kerana hilang kesabaran dek kerana iman di dada masih belum kental? -mungkin iman itu ada, tetapi dah terhakis dan boleh jadi iman belum kental lagi.
  • Adakah kerana ilmu perkahwinan dan keibubapaan belum khatam? -mungkin juga.
  • Dimanakah rasa tanggungjawabnya sebagai pemimpin dan pembimbing ahli keluarganya? -belum tentu yang memukul itu memukul kerana tiada tanggungjawab, mungkin saja dia memukul kerana rasa tanggungjawab nya itu.
  • Sudahkah hilangkah perasaan malu dan takut kepada Allah? -mmm...kalau suami itu benar2 malu dan takut, pastilah dia telah berikhtiar sehabis daya untuk membetulkan isterinya.

Wallahua'lam

**jangan lupa baca artikel saya tentang Suami Kaki Pukul juga ye..

Tuesday, April 21, 2009

KakYong Yang Terlampau Bersangka Baek


Bismillah,



Sbnrnya smlm lagi saya nak tulis entry ni. Ini adalah gara2 terbaca link ini dari blog kesayangan K.Yong. Terpisat2 saya bila membacakan ini. Manakan tidak, dia menulis tentang saya di dalam entry dia. Huhu....



Saya bukan marah, tapi saya terkenangkan seorang sahabat saya yang mempunyai anak autisme. Menurut kakyong, dia suka blog ini adalah kerana cara penulis blog ini (sape ek? Tarzan ka??) penuh dengan kerendahan hati dan tidak meninggi diri... Uweelllkkkqq.. ha ha rasa macam mabuk ngandung pulak sebab saya kenal bangat dengan penulis blog ini.



Kenapa saya teringatkan sahabat saya itu. Suaminya pernah berkata, isterinya ada pernah bgtau pada dia bahawasanya hati kecilnya terjentik juga bila membaca perkembangan anak saya bila saya ceritakan di dalam blog saya ini. Makanya, masihkan di sini saya merendah hati dan tidak meninggi diri??



Suaminya hanya beritahu sekali lama dahulu tapi kesannya sekarang, saya teragak2 untuk bercerita tentang anak2 saya lagi. Mungkin perasaannya sama bila saya membaca blog kawan sejabatan saya dahulu, blog Izue. Manakan tidak, anaknya dah boleh membaca buku English sedangkan Asmaa' dan Usamah saya sedang terkedek2 mengenal huruf dan nombor. Tapi saya tidak sekali2 akan membandingkan mereka dengan anak orang lain. Anak2 saya adalah istimewa dengan cara mereka sendiri.



Kata K.Yong lagi, blog ini ada macam2 artikel keibubapaan, perkahwinan, pendidikan anak2, isu kehamilan, percintaan dll...ha ha, sepertinya ramai yang maklum, sitisifir ini memang suka membebel, berleter dan merepek2. Maka untuk melepaskan meroyan itu, maka terhasillah blog ini. Hei, mujur tau ada blog ini. Kalau tak, umah saya akan penuh dengan buku skrap dimana saya menghimpun artikel2 yang saya suka. Dengan menulis semula dengan cara saya maka inilah hasilnya.



K.Yong juga kata, layout saya tidak pernah berubah. Muahahaha,...itu tandanya sitisifir ini seorang yang tak pandai tetapi sibuk je nak memandai2. He he...bayangkan korang, kalau saya tukar saya punya layout neh, abis semua link saya ilang serta merta. Frust menonggeng den dibuat eh...tu yang serik tukar layout nis. Tabiklah K.Yong sama Mama Mencah yang sll bertukar latar mereka. Sangat rajen!!!



OK lah itu aje. Actually K.Yong, saya baru je tahu makna kepada perkataan brag. Saya cari bragback tak jumpa tapi saya jumpa perkataan brag...he he...ini kira satu ilmu yang saya kutip untuk hari ini. OK, sape2 yang simpatikan saya utk dapatkan hadiah yang gilang gemilang dari Supermummy, tekan2 la gambo di bawah ek. :P



**korang yang tya kenapa entry saya takde gambar, perasan pulak korang ek...itu adalah sebab saya takmo pendrive saya dijangkiti ulat dari komputer bonda saya. He he..will top up later

Monday, April 20, 2009

Isteri Solehah


Bismillah,

Sekadar memanjangkan satu tazkirah pendek yang diberi oleh adik ipar saya melalui YM. Terduduk juga ketika membaca dan menghayatinya. Benar, ia adalah ungkapan biasa tetapi hari ini ia seakan begitu berbisa sekali....


Seorang isteri melihat kebahagiaan sebagai matlamat unggul dalam kehidupan
berkeluarga. Ia tidak boleh diukur tetapi dapat dirasai. Rasulullah SAW
meletakkan isteri yang baik itu sebagai faktor kebahagiaan seseorang suami.
Dengan perkataan lain isteri yang solehah akan menjadikan sesebuah rumah itu
ibarat syurga yang menenangkan hati sesiapa sahaja yang bernaung padanya. Allah
berfirman dalam al-Quran mengenai sifat-sifat seorang isteri yang solehah yang
rmaksudnya: "Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat
(kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua
yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan
Allah dan pertolongan-Nya."(Surah an-Nisaa' ayat 34)

Wednesday, April 15, 2009

Rasa Terpinggir


Bismillah,

Pernah tak korang rasa terpinggir? Saye pernah...terbaru adelah baru2 ni. Tapi pun takde apa sebenarnya, mungkin saya yang jahat buruk sangka dekat orang2 tertentu sedangkan hari tu mungkin orang tu berlagak macho dengan saya sehingga saya rasa dia tanak bercakap dengan saya.

Kenapa saya tulis entry ni ek? Adekah korang meneka suami saya sedang meminggirkan saya? Berani2 la boikot saye abang...Nanti saye malas masak baru padan muka. Lagipun abg nak ajak sapepun nak boikot saye kan...Adekah pula anak2 umi yang meminggirkan umi? Musti la tak. Diorang adelah anak2 yang baik. Manakan tak...Asmaa' kencing tilam arini pun umi tak berleter mcm biasa. Umi makin baik kan? kan? kan?

Sebabnya terfikir tajuk entry ni bila terlihat seseorang buat status kat YM dia 'rasa terpinggir'. Mmm...ciannya. Kepada tuan punya nama, sorila saya kiranya mengambil kesempatan utk buat entry atas kedukaan anda.

Saya ingin mulakan dengan bercerita bagaimana sakitnya rasa terpinggir itu. Bayangkan ada orang lain yang ramai. Anda cuba mendekati kumpulan itu. Mereka meraikan anda tetapi masih menunjukkan keadaan bagai ada yang tidak kena. Anda lalu terpinga2...apa salah aku? Kemudian anda pun cuba bertanya, "Apa salah saya? Saya rasa macam ada sesuatu yang tak kena.. " Anda cuba jujur tetapi mereka berkata, "Tak ada apa2lah..."

Pernah tak rasa macam ni? OK, kalau tak pernah, saya tabik spring pada anda yang tak pernah rasa terpinggir. Tapi awaslah, jangan sampai anda meminggirkan orang pula. Kelak, ALLAH akan membalas dengan balasan yang setimpal. Ingat, bahawa ALLAH tidak pernah lupa untuk memberi balasan kepada mereka yang berbuat salah. Jika anda takutkan ini, lawanlah rasa benci kepada seorang yang lain kerana dengan membenci itu, anda rupanya sedang memutuskan tali silaturrahim.

Saya sebenarnya sedang bimbang apabila Asmaa' dan Usamah terlampau rapat sehingga tiada ruang untuk Uwaiys menjadi 'dewasa' seperti mereka. Maka selalulah saya menjadi perayu kepada Asmaa' dan Usamah agar jangan meminggirkan adik mereka yang bermata boolat ini. Walaubagaimanapun, saya perati Arwa sudah semakin bijak untuk menemani dan memujuk Uwaiys untuk bermain dengannya.

Alhamdulillah, anak2 umi, ada padanan untuk bermain. Umi padan dengan abah, Asmaa' padan dengan Usamah dan Uwaiys padan dengan Arwa. Tapi dikebanyakan masa kami berguling bersama2. Kalau umi membebel pun, tak de sapa akan terkecuali atau terpinggir dari dengar lolongan Tarzanah umi :P

Mcm mana anda di tempat kerja anda? Adakah anda ada teman baik untuk bercerita. Saya mempunyai 3 orang staff dan jika salah seorang darinya hanya terdiam seorang diri, saya akan berasa risau dan cuba untuk kerap memanggil mereka. Cuma sekali saja, di satu hari yang saya terasa nak marah, ada seorang staff saya yang terkena laser saya. Tapi itulah pertama kali saya membambu dan tidak memujuk. Kepada staff2 ku...korang tau kan sape?

Saya bimbang juga bila tengok seorang dari mereka hanya duduk terpinggir. Saya mula terfikir, mungkin selepas2 ini, saya patut mengambil dua orang pekerja sahaja. Supaya mereka tak ada pilihan untuk berpecah dua. Supaya dua yang lain tidak akan meminggirkan satu yang lain. Supaya mereka sentiasa sepakat.

Saya melihat mereka seperti adik saya sendiri. Maka saya tidak suka jika mereka berdendam sesama sendiri. Saya tidak mahu membuat provokasi sebenarnya, tetapi semua telah maklum, blog ini adalah tempat saya meletakkan luahan hati saya dan nilaian saya pada sesuatu situasi. Jadi kepada adik2 yang kompem akan membaca entry ni, tolonglah fahami bahawa k.Pija betul2 bimbang jika ada yang tak kena antara korang.

Jika masa mula2 kemasukan Anati hari tu, semua adik2 seakan2 tidak boleh menerima Anati. K.Pija sabarkan aje dan cuba bersikap neutral. Keadaan ini sebenarnya tidak terjadi semasa Timah dengan Mijah. Sebab Timah dan Mijah tidak mempunyai seorang yang lain untuk meminggirkan seorang yang lain.

Sekarang Anati sudah semakin OK. K.Pija tumpang hepi bila As dan Timah dah boleh mula bekerja dengan Anati. Korang tau mcm mana keadaan satu hati ini terjadi? Sbb bila Anati minta korang berterus terang, maka korang telah berterus terang. Kebanyakannya adalah semasa meeting dan seterusnya dibiasakan di luar. Bukankah itu satu keadaan yang baik?

Jadi K.Pija berharap, sikap berterus terang adalah satu sikap yang baik. Apa salahnya jika anda melukakan sedikit hatinya jika hasilnya, anda boleh bekerja sama2 macam Wonder Pets tu? Bagitau jika ada yang tak kena dan bantu orang yang anda cuba2 pinggirkan itu. Jangan benci sesama sendiri sedangkan anda dah tentu berada di bawah bumbung yang sama.

Jika kita dah gunakan cara yang sama untuk memperbaiki Anati hingga Anati menjadi begitu berjasa kepada kita, maka, jika keadaan yang sama berlaku kepada orang lain, tolonglah berterus terang sesama kita supaya yang kusut tidak bertambah kusut. Kerana bila dah kusut nanti, jenuh la cari sikat yang kuat untuk meluruskan keadaan. Atau tak...cara senang nya, kita kerat je kan?? Dan mengerat setakat ini tidak termasuk dalam senarai tindakan k.Pija.

Tolong buktikan bahawa bertiga bukan alasan untuk berpecah. Tolong buktikan bahawa berterus terang selalunya akan membuatkan kita semakin selesa di antara satu sama lain. Tolong juga buktikan bahawa kita bukan jenis yang suka memutuskan tali silaturrahim. Tolong yeee....?? Mmm...K.Pija menyayangi korang. Adakah korang menyayangi sesama sendiri???

***pss...lupa lak nak tujukan pesanan ini kepada mereka yang merasa diri terpinggir. Ini adalah cara saya menangani rasa terpinggir...


  • Lantak lah orang nak pinggirkan kita pun. Jangan sampai kerja kita terjejas dek tindakan orang pada kita.

  • Cuba jugak lah rapat2kan diri sambil amik hati mereka yang meminggirkan itu. Anda tidak berdosa dengan mengendeng2 itu. Bahkan hasil akhirnya mereka akan menghargai anda.

  • Dah tau orang tak suka kat kita, cuba pastikan apa yang mereka tak suka tentang kita dan elakkan untuk melakukan perkara itu. Dengan cara itu, insya ALLAH mereka akan kembali semula berbaik2 dengan anda.

  • Jangan lupa berdoa kepada ALLAH supaya mereka terbuka hati untuk kembali menjalinkan silaturrahim dengan anda.

  • Juga jika anda rasa sakit (sesungguhnya dipinggirkan adalah satu benda yang sangat menyakitkan...tolonglah faham jika anda ada meminggirkan orang) jangan cuba mengadu kepada orang yang di sekitar anda. Nak tau kenapa? Anda mungkin akan membuatkan orang yang anda tumpang mengadu itu turut membenci mereka yang meminggirkan anda. Dan ini adalah bahaya untuk persahabatan anda. Jika anda mahu mengadu, carilah mereka yang di luar dari lingkungan tempat anda dipinggirkan.

  • Jika anda terasa terdesak untuk mengadu, adukanlah kepada ALLAH kerana hanya dengan ini, kelegaan akan datang ke dalam jiwa anda. Biar dunia anda kosong, jangan jiwa anda kekosongan.

OK...itu je la pesanan Niyang Rapik utk arini...hajat hati nk tulis satu tajuk tapi Timah ni ajak bersembang tengah orang menaip...he he...

Tuesday, March 31, 2009

Kuda Mati Pun Nak Heran??

Bismillah,

Maaflah ye kepada sesiapa yang bakal terasa dengan apa yang saya copy & paste di blog saya. Sila komen untuk menunjukkan rasa hati anda.

Ingatkah lagi cerita kuda saya yang dah mati itu? Saya dah hampir melupakannya sehingga seseorang mengingatkan saya semula tentangnya.

bodoh nya manusia kuda mati itu yg hendak ditangisi macam mana saudara kita yg
kembali ke rahmahtullah memperjuangkan tanah air ketika saat kita makan,minum
atau apa saja di sebelah sana telah gugur pahlawan menegakkan kebenaran.......ada ke kau menangis..........MACAM MANA JGN JADI BODOH LAAAAAAAAA


Auuuwww...sakit jugak baca ek? Ke betul apa yang dia katakan? Saya balas dengan email ini :

Terbantut jugak kerja mendelete email saya bila terserempak dengan balasan encik xxx ni. Tapi saya tak kisah mana lah org nak kata bodoh bila kuda menangis pun. Tapi saya rasa Encik seorang ni mungkin tak habis periksa kot saya nangis ke tidak kalau PAHLAWAN pulak yang gugur. Lainlah kalau saya telah ditanya sama ada saya nangis ke tak dan saya jawab tak maka time tu nak kata saya bodoh maka saya memang bodoh dan yang lebih menyakitkan adalah saya adalah seorang yang buta hati. Kalau kuda mati dan tuannya menangis pun dikatakan bodoh, saya kira manusia tidak perlu ada belas kepada haiwanlah sedangkan di dunia ini bukan hanya manusia sahaja yang menumpang rahmat ALLAH.

Kepada tuan moderator xxxxx, serasa tuan mod sekiranya ada posting saya yang boleh menimbulkan sumpah seranah dari orang seperti ini, boleh terus reject. Saya
tidak kisah dikatakan bodoh tetapi saya kesian andai ada dosa orang seperti ini yang boleh menghina orang lain.

Walaubagaimanapun, saya pohon maaf andai ada posting saya yang membuatkan orang rasa tak baca pun tak apa. Saya harap apa yang saya tulis ada manfaat jika tidak untuk semua orang, seorang pun tidak mengapa.

Akhir kalam, sedikit dari surah Al-Hujurat ayat 11
[11] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Semoga aku tidak termasuk dalam golongan orang2 yang zalim Ya ALLAH


Dan tak lame je lepas si dia membalas :

simpan la surah tu................kita tak boleh meratap kematian walaupun yg mati itu manusia........mati itu WAJIB tak sekolah ke..........mati lebih baik kalau awak faham tak tahu la orang sekarang ni takut mati dan anggap mati itu musibah bukan ke patut bersyukur kerana kalau tak mati macam mana nak berjumpa dgn DIA. LU PIKIR LA SENDIRI


Tapi 'gua' terus membalas dengan :

Jadi, kata orang bodoh tu dibenarkan dalam Islam lah ye? Jika Encik xxx boleh mengata2 orang dengan sehina2 perkara, teruskanlah. Encik xxx dah tegur saya tak
boleh meratap kematian walaupun manusia dan sekarang saya terima. Jadi sekarang saya sebagai seorang saudara En xxx juga ingin mengajak Encik xxx menegur dengan penuh hikmah. Jika tidak mungkin apa yang Encik dakwahkan tidak sampai malah Encik xxx akan kelihatan sangat 'bodoh' dengan tindakan Encik xxx sendiri.

Bila kita mahu menegur orang lain, telinga yang paling dekat adalah telinga kita sendiri. Begitu jugalah saya. Saya tidak hanya menegur Encik xxx tetapi saya turut menegur diri saya sendiri. Oh Ya, terima kasih atas teguran Encik xxx itu. Saya doakan teguran itu mendapat pahala di sisi ALLAH. Moga teguran itu tidak menjadi sia2 atau terus menjadi dosa buat Encik xxx.

Juga suka ingin saya beritahu Encik xxx, seingat saya juga, saya tidak meratap pemergian kuda itu. Menangis hanya sekejap dan itu hanya kesan dari kesedihan dari dalam diri sahaja. Ia tidak terbawa2 sehingga saya meronta2 menangis malah saya bersyukur Battutta tidak tersiksa di dalam kesakitan yang dia tanggung. Lagipula saya percaya kepada Qadha & Qadar yang ALLAH telah tentukan kepada kami. Sama sekali saya tidak menyalahkan ALLAH atas pemergian kuda ini.

Dan saya kagum dengan Encik xxx yang tidak pernah bersedih apatah lagi menangis atas pemergian sesiapa jua yang dikasihi di sisi Encik xxx . Semoga airmata Encik xxx yang tumpah hanyalah kerana menangisi perkara2 yang patut2 sahaja.

Akhir kalam, semoga kita sama2 mendapat manfaat atas apa yang saya perkatakan dan apa yang Encik xxx katakan juga.



Well, sekiranya masih ada balasan lagi selepas ini akan saya pastekan. Cuma kemungkinan besar saya tidak akan balas email dia lagi. Selama ini saya selalu membaca sumpah seranah orang dalam mailing list especially berkaitan dengan hal2 politik tetapi saya tidak mahu campur bukan kerana saya tidak terasa tetapi posting itu tidak dari saya.

Saya terfikir juga jika saya terbaca satu2 posting yang juga saya rasa bodoh, pernahkah saya balas dengan perkataan caci maki begini? Jika kita memilih untuk berkata yang tidak2 maka itu terpulanglah kepada anda tetapi saya lebih minat untuk berkata dengan perkataan yang baik semampu saya.

Mmm...makcik Siti marah ka? My answer is 'a bit'. Saya kesal bila diserang dengan tulisan besar2 plus ayat BODOH itu. Kalaulah pakcik tu tegur saya baik2, saya akan terus sahaja berterimakasih padanya.

Monday, March 02, 2009

Zalim!!!



This picture will tell everything :(

Sunday, December 14, 2008

Tapaiku Masam


Bismillah,

Tajuk di atas bunyinya macam lawak. Hakikatnya, ia telah menyebabkan saya sedih semalaman. Bak kata org dolu2 tidur tak lena. Alkisahnya memang lah lena jugak tapi ada mimpi tapai. Dalam mimpi tu, saya cuba satu2 tapai yang saya buat utk cari yang manis kerana saya yakin ada jugak dalam banyak2 tu yang menjadi.

Bunyi macam benda kecik tapi hakikatnya tapai ini saya telah buat sebanyak 6 kg dengan 6 kali tanak dan 3 kali gaul. Kesemua 6 kg ini telah saya masukkan ke dalam 350++ cup (100++ by my dear hubby) utk dijual dengan harga lima kupang. Jika saya berjaya menjual kesemuanya maka hasil jualan adalah sekitar RM 175++ sahaja dan jika tak laku saya masih tak kisah sebab my child suka makan tapai ni especially kalau disejukkan. They called the tapai 'nasi sejuk'.

Inspirasi untuk membuat tapai ini datang apabila ada tempahan dari seorang kawan abah saya yang nak tapai dari Pantai Timur sebanyak 20. Tapi disebabkan cucu2 tokku yang mencecah 30 tu balik kesemuanya maka tak adalah baki (even once). So, we (anak menantu cek) decided to make sedulang lagi. Half of that nak bg pada pengirim dan lebihnya untuk makan anak beranak.

Kebetulan arini 14 Dec ada Sambutan Sedekad Dewan Muslimat di Nibong Tebal. Makanya saya dan suami mengambil kesempatan ini untuk menapai bagi menampung dana2 perbelanjaan kami yang makin kurang sejak akhir2 ini. Maka sayalah yang memilih berasnya, sayalah yang memilih raginya dan saya jugalah yang membeli cup2 yang setambun mambun utk didagangkan.

Masih terasa lagi sengal dan keletihan kerana duduk membongkok lama utk memenuhkan cup2 itu. Hari Khamis lalu juga saya tidur jam 2.15 pagi utk menghabiskan kerja2 menapai. Tapi semalam, suami saya telah memberikan khabar buruk itu dan saya dengan tiba2 rasa kecewa sangat. Saya yakin jika tapai itu tidak laku saya masih tidak sekecewa ini.

Saya tidak BERHAK merasa kecewa sebenarnya. Ibarat sepupu saya kata dalam mesejnya smlm dengan memberi serangkap lagu (dia kata lagu inteam saya rasa mcm lagu raihan jek)..
Jangan difikir derita akan berpanjangan,
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan,
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan,
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali,

Ujian adalah Tarbiyyah dari ALLAH,
Apakah kita kan sabar,
Ataupun sebaliknya,
Kesenangan yang datang selepas kesusahan,
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan..

Mmm, seiring dengan lagu ni ditulis, saya turut mengalirkan air mata sekali lagi. Mungkin kerana maksudnya sampai ke lubuk jiwa saya. Semalam juga seorang sahabat saya K.Intan ada kata baguslah kalau kita diuji. Mmm, thanx Dilah dan Syiqah juga yang bagi peringatan mcm ni.

Mmm...akibat dari terlampau sedih semalam, sengaja saya tepon Safia (selepas Syu tak angkat saya call dua kali) sekadar utk dengar dia buat lawak. Saya mahu ketawa malam tu sebab saya ada tetamu (sahabat lama suami saya). Takkanlah nak bermuram durja depan diorang.

Dan alhamdulillah kami sempat bawak diorang makan kat tepi sungai utk melihat sempadan 3 negeri di situ. Selepas itu kami pergi tengok opera Cina (kitorang selamba je masuk dalam pagar tokong diorg) sbb anak2 sahabat suami saya tak pernah tengok kelompok orang Cina begitu ramai di Pasir Putih.

Selepas tu juga kami berjalan ke Omaq Char Kuey Tiow dan family diorg sekali lagi order 3 pinggan Char Kuey Tiow. Sepulangnya mereka pagi tadi, tak tunggu lama rasa sedih saya datang lagi apatah pula tapai2 tu masih memenuhi dapur saya.

Secara teknikal nya kesilapan yang mungkin saya lakukan adalah :
- Tidak basuh beras pulut sehingga airnya benar2 jernih
- Terlebih air sampai ada beberapa jerangan yang agak lembik
- Terlebih letak ragi (ragi ini tidak serupa dengan ragi murah yang dibeli di Kelantan maka saya tidak tahu sukatannya bagaimana)
- Tak pasti sama ada pulut saya benar2 telah sejuk sebelum saya ayak ragi ke atasnya


Ya, itu secara teknikalnya, tetapi hikmahnya mungkin pula begini :
- Untuk saya menghayati rasanya mereka yang mencari makan dengan menjual kuih muih, mungkin mereka lebih dasat berpagian compare to me yang baru mlm tu tido 2.15pg
- Terlampau gopoh (actually saya kejar jugak buat sebab nak tapai ni telah menjadi tapai sepenuhnya ari Ahad)
- Tak habis belajar
- ALLAH mahu menunjukkan sesuatu


Saya insafi saya telah terlibat banyak dalam sistem pinjaman yang bertopengkan pinjaman secara Islam tapi sebenarnya dah nak nampak mcm riba. PTPTN, Loan kereta (CIMB & BIMB), Loan RHB (dah tinggal sikit alhamdulillah) dan MARA. Semua ini sangat menyendatkan sehingga datang idea untuk membuat tapai ini.

Walaupun begitu, saya tidak mahu terus kecewa. Saya rasa saya sudah mengusahakan satu lagi keinginan saya sehingga menjadi kenyataan walaupun kenyataan itu menyakitkan daripada saya asyik menyebut saya nak buat tapai tapi langsung tak berusaha kearahnya. Untuk yang ini, saya rasa bangga dengan diri saya kerana saya telah berjaya memecahkan satu tembok di mana seorang tokey kedai spek buat tapai untuk cari duit lebih.

Kenapa saya berkongsi cerita ini? Saya tidak mahukan simpati. Walapun dalam kesempitan ini, saya masih ada makanan untuk dimakan. Saya masih ada bumbung untuk berteduh dan saya masih ada suami dan anak2 yang masih menyokong. Pagi tadi suami saya telah membisikkan kata2 yang tidak boleh saya lekehkan. Juga Uwaiys datang menepuk2 belakang saya bila lihat uminya menangis begitu sekali. Terima kasih buat suamiku tercinta dan anak2 tersayang.

Saya berkongsi kisah ini kerana saya kira ada di antara yang membaca boleh menjadikannya sebagai satu iktibar hidup. Lopak mana yang telah saya lalui telah saya beritahu kepada anda. Tinggal anda yang membaca untuk mengelak dari terkena lopak itu. Walaupun kenangan ini saya rasakan pahit hari ini, doakanlah agar di masa lain saya boleh ketawa mengenangkannya.

Doakanlah saya kawan kawan...

*selesainya nukilan ini ditulis, saya mahu melupakan kesakitan saya hari ini, doakan saya boleh??

Sunday, November 16, 2008

The Prophet’s Love For His People


Something to think about…

How would you feel if you found out that someone was thinking about you more than 1400 years ago?

A few days before he left this world, the Prophet Muhammad was heard saying…

“I wish that I had met my brothers….”

His companions, who were around him said “We are your brothers!”

He replied : “You are my companions.
But my brothers are ….

“those who come after me, and believe in me without seeing me!”

This shows a glimpse of our Prophet’s love for us

And of course, we claim to love him as well.

But when love becomes limited to words,

it becomes meaningless.

And when the loved one’s advice is not taken seriously, it invalidates this love.

Don’t you think?

Isn’t it about time we follow our messenger? صلى الله عليه و سلم

Isn’t it about time we reconsider our lives?

Please pass this around, perhaps you would be a reason to awaken the love of the Prophet in someone’s heart. صلى الله عليه و سلم

Sunday, August 17, 2008

Tautan Hati by Fatimah Syarha


Bismillah,

Cuti dari hari Selasa baru-baru ini, kami sekeluarga menghabiskan masa dengan bersama-sama cek (mertua tercinta), Jah (adik ipar yang baru pulang dari Jordan) di rumah. Anak-anak dapatlah bermain bersama-sama sahabat mereka yang satu slanga (kecek Kelate) iaitu Pa (yang berambut kerinting berlesung pipit) dan Husna (yang becok macam murai cute).

Selain bersama dengan insan-insan tercinta ini, dapatlah saya membaca 'Tautan Hati' yang hampir dua bulan jugalah saya beli dari Adikbijak.com. Kulit bukunya hampir lerai dengan air liur Arwa. Huhu..mungkin juga ada cebisannya yang telah masuk ke perut Arwa.

Pastilah ada sesuatu yang menarik perhatian saya sehingga saya menyebutnya di dalam blog yang tercinta hari ini. Sungguh perwatakan Asiah Yusra sangat mempersona sehingga saya terasa rugi kerana tidak menjadi watak itu sepenuhnya. Juga terlintas, barangkali adakah wujud wanita yang mampu menangkis pesona dunia untuk benar-benar menjiwai cinta ALLAH?

Tertunduk dan memandang diri, sungguh saya juga telah terbawa jauh dari watak Asiah Yusra ini. Jauh yang tidak dapat saya pastikan adakah mampu untuk saya berpatah balik dan mendaki semula tangga sehingga menjadi seorang pendakwah. Tangga itu pernah saya daki namun saya telah terbelok beberapa kali menyebabkan saya gagal sampai ke puncaknya.

Sungguh pesona Tautan Hati ni merangsang segala yang ada di dalam jiwa saya untuk kembali mendamba cinta kepada ALLAH. Telahkah kalian membaca buku ini? Buku ini telah memanggil saya untuk kembali mencintai al-Quran dan menghayati sunnah rasulNya. Saya yakin Fatimah Syarha mendapat banyak pahala dengan menulis buku ini. Dia telah menunjukkan kaedah berdakwah dengan lebih nyata.

Memang benar jalan dakwah tidak pernah mudah. Kita akan diganggu dengan pelbagai jenis gangguan dan sungguh jika kita sering memperbaiki iman, maka kita akan jatuh. Disitulah pula tugas nya 'ukhwah'. Melihat kawan yang hampir futur (keluar dari jalan dakwah), segeralah fahami mereka dan bantulah mereka. Muslimin dengan cara muslimin, dan muslimat dengan cara muslimat.

Buat Fatimah Syarha, sebelum ini nama ini pernah ana dengar dari adik2 ipar saya di Jordan, kini ana dah memiliki buku anti. Ana tidak berjanji untuk mendapatkan dua buku lagi 'Mawar Berduri' dan 'Syabab Musafir Kasih' kerana ana rasa ana mahu sibukkan diri ana dengan pelbagai rencana lain. Namun ana doakan moga anti diberi kemudahan untuk menghampiri pembaca novel kembali menghayati agama Islam yang suci. Tugas anti berat, namun ana tidak nampak novel anti melalaikan orang.

*dengan posting ini, saya tidak mengajak anda membaca novel ini. Namun, jika semangat berdakwah anda tidak temui, carilah disini. Insya ALLAH anda seterusnya dengan sendiri akan menyelak kitab suci alQuran dan sunnah Nabi seusai membacanya.

Selamat Berjuang semua!!! Pastikan Islam sentiasa di hati...

Monday, August 11, 2008

Sindrom Anak Kedua


Bismillah,

Sebenarnya telah lama saya memendam tajuk ini. Ini adalah kerana perkara ini adalah sangat mengganggu perasaan saya. Namun saya menyedari akhirnya, sindrom ini bukan tiada ubatnya. Ubatnya ada dan caranya sama dengan anak ke tiga ke sepuluh atau anak keberapa sekalipun.

Berbalik kepada prinsip yang saya percaya, setiap sesuatu itu ada puncanya. Jika di hujungnya salah, maka lihatlah kepada punca itu. Seterusnya rawatlah punca itu dengan saksama. Bagi saya adalah mustahil atau susah untuk menyelesaikan sesuatu itu tanpa mengetahui puncanya.

Sebenarnya, perkataan ini muncul bila saya tengok Dr Fadhilah Kamsah dalam TV atau majalah saya tak pasti. Tapi dia mengatakan ada perkara ni. Sindrom ini terjadi bila mana satu2 keluarga tu meminggirkan anak kedua lantaran anak pertama tu dia sayanglah sebab yang tu anak pertama. Then bila ada anak ketiga, dia akan rasa terpinggir sebab anak pertama masih tak hilang prioriti dia dan anak ketiga dimanjakan sebab dia yang paling kecik.

Keadaan ini sangat padan dengan orang yang saya perhatikan. Saya rasa betul dia kurang diperhatikan oleh ibubapanya sehingga dia jadi begitu. Namun begitu, anak kedua akan cepat pandai berdikari sekalipun mereka sukar difahami.

Berbalik kepada permasalahan yang selalu timbul dalam hidup mereka, puncanya hanya itu. Mereka kurang mendapat perhatian ibubapa. Setelah itu, mereka terjebak dengan kehidupan yang kurang mendidik di luar rumah. Maka perangai tak elok itu akan trus menjadi sebati dalam kehidupan mereka.

Sekalipun di umur mana mereka, apabila sahaja kita ingin membantu, kaedah bercakap secara lembut saya rasa jarang gagal. Sekalipun gagal, kita telah mencuba untuk mengubah mereka bukan? Mungkin ketika bercakap atau menasihati mereka, adalah lebih baik duduk di sisi mereka dari duduk berhadapan. Kerana apabila kita berhadapan, tidak ada galakan untuk kita menyentuh mereka dan apabila mereka memandang wajah kita, mereka pula akan malu bersuara.

Berbanding duduk di sisi, kita akan mudah untuk memeluk bahu mereka dan mereka akan bercakap dengan kita tanpa rasa malu. Memang dorongan untuk menasihati pada setiapp orang itu adalah pekerjaan yang susah. Sekalipun kita pandai berceramah di khalayak ramai namun bagaimanakah sumbangan kita bila kita hanya berduaan dengan mad'u (iaitu golongan yang didakwah).

Sebenarnya, saya terlalu lama mahu mendekati satu jiwa ini kerana saya sayangkan dia. Tapi adalah susah untuk melakukan ini kerana saya melihat dia terus2an tidak mendapat sokongan ahli keluarganya yang lain. Namun saya cubalah juga melakukan sesuatu yang terbaik dan semoga hati itu berubah.

Apabila melihat Usamah (my 2nd son) saya sering berdoa, semoga sindrom ini tidak menguasai dia. Saya sedar adakala benar saya melayan dia seperti yang saya nyatakan di atas. Namun saya pohon, kebanyakan masa agar saya sedar saya meminggirkan anak dan saya akan memperbaiki keadaan tanpa lengah.

Usamah, kalau umi terlebih garang ke, bukan sebab umi terlebih sayangkan kakak, atau kadang umi tak cubit Uwaiys atas satu kesalahan yang sama bukan sebab umi tak sayangkan Usamah. Umi sayangkan Usamah sama macam Umi sayang kakak, Uwaiys dan Arwa. Cuma Usamah perlu banyak belajar sbb tanggungjawab umi, bagi anak2 umi besar dalam keadaan yang terdidik. Maafkanlah umi ye kalau umi ada terlebih ganas dengan Usamah...

Buat jiwa yang saya ingin dekati itu, jika terbaca ini maka ketahuilah, yang 'Kak sayang sangat pada hang, semoga ALLAH akan memberikan hidayah pada hang sesegera yang mungkin. Umur kita makin pendek. Jangan turutkan sangat layanan orang pada kita kerana ALLAH sentiasa bersama dengan kita.'