Sunday, December 14, 2008

Tapaiku Masam


Bismillah,

Tajuk di atas bunyinya macam lawak. Hakikatnya, ia telah menyebabkan saya sedih semalaman. Bak kata org dolu2 tidur tak lena. Alkisahnya memang lah lena jugak tapi ada mimpi tapai. Dalam mimpi tu, saya cuba satu2 tapai yang saya buat utk cari yang manis kerana saya yakin ada jugak dalam banyak2 tu yang menjadi.

Bunyi macam benda kecik tapi hakikatnya tapai ini saya telah buat sebanyak 6 kg dengan 6 kali tanak dan 3 kali gaul. Kesemua 6 kg ini telah saya masukkan ke dalam 350++ cup (100++ by my dear hubby) utk dijual dengan harga lima kupang. Jika saya berjaya menjual kesemuanya maka hasil jualan adalah sekitar RM 175++ sahaja dan jika tak laku saya masih tak kisah sebab my child suka makan tapai ni especially kalau disejukkan. They called the tapai 'nasi sejuk'.

Inspirasi untuk membuat tapai ini datang apabila ada tempahan dari seorang kawan abah saya yang nak tapai dari Pantai Timur sebanyak 20. Tapi disebabkan cucu2 tokku yang mencecah 30 tu balik kesemuanya maka tak adalah baki (even once). So, we (anak menantu cek) decided to make sedulang lagi. Half of that nak bg pada pengirim dan lebihnya untuk makan anak beranak.

Kebetulan arini 14 Dec ada Sambutan Sedekad Dewan Muslimat di Nibong Tebal. Makanya saya dan suami mengambil kesempatan ini untuk menapai bagi menampung dana2 perbelanjaan kami yang makin kurang sejak akhir2 ini. Maka sayalah yang memilih berasnya, sayalah yang memilih raginya dan saya jugalah yang membeli cup2 yang setambun mambun utk didagangkan.

Masih terasa lagi sengal dan keletihan kerana duduk membongkok lama utk memenuhkan cup2 itu. Hari Khamis lalu juga saya tidur jam 2.15 pagi utk menghabiskan kerja2 menapai. Tapi semalam, suami saya telah memberikan khabar buruk itu dan saya dengan tiba2 rasa kecewa sangat. Saya yakin jika tapai itu tidak laku saya masih tidak sekecewa ini.

Saya tidak BERHAK merasa kecewa sebenarnya. Ibarat sepupu saya kata dalam mesejnya smlm dengan memberi serangkap lagu (dia kata lagu inteam saya rasa mcm lagu raihan jek)..
Jangan difikir derita akan berpanjangan,
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan,
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan,
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali,

Ujian adalah Tarbiyyah dari ALLAH,
Apakah kita kan sabar,
Ataupun sebaliknya,
Kesenangan yang datang selepas kesusahan,
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan..

Mmm, seiring dengan lagu ni ditulis, saya turut mengalirkan air mata sekali lagi. Mungkin kerana maksudnya sampai ke lubuk jiwa saya. Semalam juga seorang sahabat saya K.Intan ada kata baguslah kalau kita diuji. Mmm, thanx Dilah dan Syiqah juga yang bagi peringatan mcm ni.

Mmm...akibat dari terlampau sedih semalam, sengaja saya tepon Safia (selepas Syu tak angkat saya call dua kali) sekadar utk dengar dia buat lawak. Saya mahu ketawa malam tu sebab saya ada tetamu (sahabat lama suami saya). Takkanlah nak bermuram durja depan diorang.

Dan alhamdulillah kami sempat bawak diorang makan kat tepi sungai utk melihat sempadan 3 negeri di situ. Selepas itu kami pergi tengok opera Cina (kitorang selamba je masuk dalam pagar tokong diorg) sbb anak2 sahabat suami saya tak pernah tengok kelompok orang Cina begitu ramai di Pasir Putih.

Selepas tu juga kami berjalan ke Omaq Char Kuey Tiow dan family diorg sekali lagi order 3 pinggan Char Kuey Tiow. Sepulangnya mereka pagi tadi, tak tunggu lama rasa sedih saya datang lagi apatah pula tapai2 tu masih memenuhi dapur saya.

Secara teknikal nya kesilapan yang mungkin saya lakukan adalah :
- Tidak basuh beras pulut sehingga airnya benar2 jernih
- Terlebih air sampai ada beberapa jerangan yang agak lembik
- Terlebih letak ragi (ragi ini tidak serupa dengan ragi murah yang dibeli di Kelantan maka saya tidak tahu sukatannya bagaimana)
- Tak pasti sama ada pulut saya benar2 telah sejuk sebelum saya ayak ragi ke atasnya


Ya, itu secara teknikalnya, tetapi hikmahnya mungkin pula begini :
- Untuk saya menghayati rasanya mereka yang mencari makan dengan menjual kuih muih, mungkin mereka lebih dasat berpagian compare to me yang baru mlm tu tido 2.15pg
- Terlampau gopoh (actually saya kejar jugak buat sebab nak tapai ni telah menjadi tapai sepenuhnya ari Ahad)
- Tak habis belajar
- ALLAH mahu menunjukkan sesuatu


Saya insafi saya telah terlibat banyak dalam sistem pinjaman yang bertopengkan pinjaman secara Islam tapi sebenarnya dah nak nampak mcm riba. PTPTN, Loan kereta (CIMB & BIMB), Loan RHB (dah tinggal sikit alhamdulillah) dan MARA. Semua ini sangat menyendatkan sehingga datang idea untuk membuat tapai ini.

Walaupun begitu, saya tidak mahu terus kecewa. Saya rasa saya sudah mengusahakan satu lagi keinginan saya sehingga menjadi kenyataan walaupun kenyataan itu menyakitkan daripada saya asyik menyebut saya nak buat tapai tapi langsung tak berusaha kearahnya. Untuk yang ini, saya rasa bangga dengan diri saya kerana saya telah berjaya memecahkan satu tembok di mana seorang tokey kedai spek buat tapai untuk cari duit lebih.

Kenapa saya berkongsi cerita ini? Saya tidak mahukan simpati. Walapun dalam kesempitan ini, saya masih ada makanan untuk dimakan. Saya masih ada bumbung untuk berteduh dan saya masih ada suami dan anak2 yang masih menyokong. Pagi tadi suami saya telah membisikkan kata2 yang tidak boleh saya lekehkan. Juga Uwaiys datang menepuk2 belakang saya bila lihat uminya menangis begitu sekali. Terima kasih buat suamiku tercinta dan anak2 tersayang.

Saya berkongsi kisah ini kerana saya kira ada di antara yang membaca boleh menjadikannya sebagai satu iktibar hidup. Lopak mana yang telah saya lalui telah saya beritahu kepada anda. Tinggal anda yang membaca untuk mengelak dari terkena lopak itu. Walaupun kenangan ini saya rasakan pahit hari ini, doakanlah agar di masa lain saya boleh ketawa mengenangkannya.

Doakanlah saya kawan kawan...

*selesainya nukilan ini ditulis, saya mahu melupakan kesakitan saya hari ini, doakan saya boleh??
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!