Sunday, December 21, 2008

Jangan Jadi Gadis/Isteri Yang Murah


Bismillah,

Wah garang tak tajuk saya ni? Memang rasanya nak menggarang pun. Tapi percayalah, balik2 orang yang sama yang akan membaca hal ini kerana kumpulan sasaran bg artikel mcm ni selalunya yang sudi baca adalah orang yang sedar diri. Atau kalau ada yang membaca maka mungkin dia akan berdebar2 dan panas telinga juga.

Nukilan ini pertamanya adalah untuk diri saya sendiri. Sekarang saya perlu lebih menjaga diri. Suami saya kini ingin mencuba nasib di kampung halamannya. Jadi buat sementara kami terpaksa tinggal berasingan. Saya akan menjaga diri dan anak2 dara saya Asmaa' dan Arwa. Suami saya akan menjaga anak2 teruna kami Usamah dan Uwaiys. Hal ini akan saya ceritakan kemudian kerana isu keluarga kami ini masih panas dan air mata saya akan mudah mengalir kerana mengenangkan hal ini. (Uwaa...takleh ke cari makan kat sini je abg??)

Kenapa tajuk ini yang saya pilih. Saya pernah berbicara dengan seorang dua adik lelaki (kenalan di alam maya. Attn : Suami saya maklum hal ini). Bagi saya mereka adalah orang2 yang baik. Mereka baik dan mereka ingin membawa orang2 yang mereka kasihi itu kepada kebaikan. Namun di sebalik itu, mereka gusar kerana walaupun mereka mengajak kepada kebaikan, mereka masih tewas dengan godaan orang yang mereka kasihi itu.

Pertamanya, saya ingin sekali mengatakan kepada lelaki2 ini, anda boleh membawa mereka kepada kebaikan tetapi awaslah dengan responnya. Mungkin sebaliknya apa yang berlaku adalah mereka yang mengajak anda ke lembah kehinaan. Penyakit ini bagaikan virus yang merebak dan merosakkan dan ia tak perlu masa yang lama untuk merosakkan.

Tidaklah saya ingin menghalang anda daripada berdakwah atau mengislahkan sesiapa. Tetapi apa kata anda jadikan itu sebagai begini. (Pss..izinkan saya guna bahasa yang tidak formal, susahla nak formal sbb ayat yang rock lg senang faham). Anda ada awek tapi anda tau awek anda tu hampeh. Kene ejas sana sini. Maka tak boleh ke anda suruh sape2 yang anda harapkan utk tolong2 anda betulkan awek anda tu.

Bagi saya, memang betullah kita patut sama2 membetulkan diri. Tapi kalau dalam masa yang sama anda larut dalam cinta2 yang hanya melekakan ini, maka masa anda kepada diri sendiri juga akan turut lebur begitu sahaja. Anda ingin berubah tetapi jarum tusukan awek anda tu sebenarnya lebih halus dan tajam maka dia lebih mudah menikam anda.

Jadi, berbalik kepada tajuk saya di atas. Walaupun saya berkata begini, ini tidak bermaksud saya ingin mengatakan saya isteri yang mahal. Tetapi saya berasa terlalu sedih hati apabila ada adik2 saya atau mereka yang dekat dengan saya, mereka yang mengenali saya begitu mudah menggadaikan maruah diri. Kita biarkan diri kita disentuh2 sedangkan yang memegang kita itu adalah mahram kita.

Ransangan kepada sentuhan itu sebenarnya datang dari cara pemakaian kita, cara kita berbicara, cara kita berjalan, semuanya!! Indah sebenarnya ALLAH ciptakan kita. Sangat indah hingga mereka yang lelaki2 ini begitu ingin memegang kita. Owww tapi ingat mereka tentunya tidak akan terus memegang. Mereka akan menggunakan kaedah yang pelbagai.

Mereka akan mulakan dengan bersembang2, mesej2, gayut2, emel2, chatting2 dan mcm2 lagi. Maklumla, dia nak sukat dulu mahal atau murah kita ni. Once kita pun dah mabuk dengan cinta yang mereka janjikan, maka terjadilah episod pegang2 ni dan bg isteri orang pula, di sini anda dah mula rasa suami anda tak penting bagi anda.

Sekadar melayan mesej2 dan emel2 atau chatting2 yang melekakan, akan membuahkan satu penyakit dalam hati. Mcm2 keinginan yang timbul hanya dari situ sahaja. (Saya yakin anda faham apa KEINGINAN yang saya maksudkan). Dari situ anda akan tahu benda yang menjurus kepada perbuatan zina ni SEDAP dan nikmatnya bercinta itu akan membuatkan anda ketagih utk selalu bersembang rembang.

Apatah pula kalau anda betul2 masuk dalam keadaan zina (hina bukan bunyinya). Kalau setakat mesej2 dan sembang2 pun anda ketagih, nikan pula kalau dah bercampur gaul tanpa seurat benang. Bukan setelah anda buka baju anda itu nilai anda telah menjadi murah, tetapi saat anda mula2 melayan lelaki2 yang nak cuba nasib tadi tu lagi nilai anda telah turun.

Bunyi apa yang saya katakan ni memang kesat. Tapi berlinanglah air mata saya apabila mengenangkang bagaimana kelak saya mahu menjaga Asmaa' dan Arwa. Saya pohon agar ALLAH peliharalah kami semua dari godaan dunia yang menipu ini. Saya tidak akan tergamak menjadi ibu yang sporting bila anak saya senang2 berkawan dengan lelaki yang bukan mahram. Saya juga tidak mahu anak2 teruna saya Usamah dan Uwaiys nantinya cuba2 nak test power diorang mengorat.

Kita akan sentiasa diuji adik2, mesej, telefon akan bertalu2 mendatang tapi ingatlah, jika dalam kepala kita ada rasa rugi sbb tak layan, kenangkanlah pula betapa besarnya pula pahala kita kerana berjuang melawan godaan. Suami atau bakal suami kita pun nnt akan menyayangi kita dan menghargai kita kerana menjaga diri.

Kalau kita senang2 bersentuhan dengan sesiapa lalu apa pula specialnya kita? Kalau pula kita sampai terbuat kerja tak senonoh dan mengandung bukankah ada masalah lain pula nantinya? Kenapa kita nak merosakkan lagi dunia yang telah rosak. Tidak saya ingin menyalahkan perempuan sahaja, yang lelaki pun andai iman anda masih meraja, maka anda juga tidak akan tergamak mula menggoda.

Dunia ni hanya tempat persinggahan sementara aje. Semoga kita dapat melalui liku2 ini dgn penuh ketabahan dan ketenangan. Membuat dosa ini sangat menyerabutkan. Cubalah utk mengelakkan dosa, nescaya ALLAH akan menggantikan segalanya dengan yang lebih baik.

Pengakhirannya, maafkan saya atas salah silap kasar bahasa. Jika ada selepas ini yang mengadu masalah anda tentang percintaan sedangkan anda masih belum berkahwin, jawapan saya adalah jangan pedulikan pasangan anda. Jika anda lelaki, wanita itu masih bukan milik anda yang boleh anda paksa mengikut modul anda dan jika anda perempuan, jika dia masih sekadar mahu berkawan dan melambat2kan perkahwinan maka yang terbaiknya adalah tunggulah pasangan yg lebih baik.

Kepada ibu bapa kepada anak2 yg bercinta, daripada anda melihat anak2 anda bercinta cintun, kemudian keluar sana sini, gayut siang malam, nikahkanlah. Walaupun tak grand (sbb ramai yg bg alasan tak cukup duit nk buat kenduri kawin) adalah lebih mulia jika anda mengurangkan perilaku maksiat mereka.

Jangan biar anak2 kita merasa biasa dengan maksiat. Kelak rosaklah keturunan anda. Bila ini terjadi, jiwa kita tidak akan tenang. Bila jiwa tak tenang, kita akan menderita tersiksa. Pilihlah utk hidup dengan tenang...Maafkan saya sekali lagi..
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!