Showing posts with label YouTube Pilihan. Show all posts
Showing posts with label YouTube Pilihan. Show all posts

Monday, August 08, 2011

Keinsafan - Krabat

Bismillah,


Saya terdengar lagu ini dalam IKIM.fm. Saya jadi terkejut kenapa lagu ini keluar sedangkan ia jelas2 adalah lagu rock kapak. Lalu saya cuba dengar lagu itu betul2 sehinggalah saya terpana ketika tiba dilirik ini...

Cukup setakat ini... aku merasaTerasing terhukuman dalam sengsaraBalasan dari kehancuranYang aku ciptakan

Benarlah kata lirik itu, andai kita mencipta kehancuran maka tinggallah kita dalam hukuman kesengsaraan.



*Tiba2 menjadi sangat rindu pada saat2 menyanyikan lagu Kekasih Awal & Akhir - Jamal Abdillah di Taayah dulu......

Saturday, January 30, 2010

Kerja Dari Rumah


Bismillah,

Saya terima satu email yang saya langgan dari MyPermataHati.com. Saya memang akan jadi pelanggan Hafezah setahun sekali. Apa barang yang saya beli?? Hihi...rahsia!! Sekali saya beli memang 10 pcs sekali. Selain itu, tiap kali beranak juga saya download list barang yang perlu disediakan di sana. Jadi, siapa kata saya tidak berbelanja melalui online??




Sedutan di atas adalah antara banyak2 yang boleh kita buat rujukan bila taip di Youtube dan cari keyword Kerja Dari Rumah. Cuma banyak le yang kita kene tapis sebab skim saham cepat kaya memang berlonggok2 lah ada. Saya pulak memang tak minat untuk melabur pada benda yang tak ada produk.

Jika anda mahu video yang lebih best lagi, bolehlah kalau search tentang Irfan Khairi dalam sesi2 temuramah yang pasti banyak yang boleh dikutip dari apa yang mereka bincangkan. Saya minat juga dengar Youtube ni sbb saya boleh belek blog dalam masa yang sama. So, konon2 terror aa boleh membaca sambil mendengar. Sebenarnya dah komputer pun sangkut2 maka sempatlah nak sambil2 membaca.

Saya pun dah mula bekerja dari rumah. Malah sangat enjoy dengan keadaan ini iaitu keadaan perang dengan anak2. Ahahaha.... at least mereka perang dengan saya, tidaklah mereka diperangi oleh orang lain. Itupun saya hantar Asmaa', Usamah & Uwaiys ke sekolah. Maka Arwa yang kebosanan akan tido sampai abang kakak dia balik.



Sunday, January 10, 2010

Akrab Persahabatan


Bismillah,

Telah lama juga blog ini sepi dari dendangan youtube ek? Sehinggalah tadi, ketika mata terasa mengantuk yang teramat, saya rasa nak nyanyi dan lagu ini spontan keluar dari mulut saya. Bukan apa, itu sebenarnya adalah lagu ringtone tepon saya. Kalau lagu ini keluar, saya mula rasa nak goyang2kan kepala saya macam gaya semasa saya masuk sumbangsih nasyid kat Taayah dulu. Walaupun suara tak sedap, tapi ada time2 saya tersasul juga masuk dalam kumpulan nasyid especially yang mewakili kelas.

Lagu ini sedap dan senang untuk buat suara harmoni. Lalu bila saya dengar lagu ini melalui youtube di bawah, saya nyanyi dengan suara harmoni...wakakakaka...sungguh menggelikan perut sendiri dan owh baby saya juga memberontak mendengarkannya. Di tendang2nya kulit perut saya menandakan dia tidak suka saya menyanyi agaknya....hihi


Saya sangat rindukan kawan2 saya sejak akhir2 ini. Mungkin kerana terjumpa dengan mereka melalui Facebook. Alam2 di Taayah dan di UKM mula menari2 di ingatan. Jika ada kawan2 saya yang membaca ini, saya tujukan lagu ini untuk kalian ya. Juga kepada sahabat blogger di sana. Sekalipun kita ada yang tidak pernah bersua muka, tapi anda tetap sahabat saya.

Sedapkan lagu ni?? Ini lirik dia tau....

Akrab Persahabatan
Album :
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Wednesday, September 02, 2009

President Obama’s Video Message to Muslims for Ramadan 2009!

Bismillah,

Seorang sahabat forward kepada saya video di bawah ini. Ia dilihat sebagai tanda baru penerimaan Islam di mata dunia, namun terselit jua di hati saya, adakah mereka mahu kita melihat mereka memahami kita, lalu mudah untuk kita meresapi apa pula yang mereka hendak sampaikan?? Dengar boleh, namun...timbang2kanlah dengan berhati2..


Sunday, April 05, 2009

Bersyukurlah Wahai Diri

Saya perempuan, jangan marah saya kalau saya melinangkan airmata bila melihatkan ini. Betapa orang seperti ini berusaha untuk berdiri dan mendapatkan kedudukannya sekarang. Jadilah aku orang yang bersyukur hendaknya.

Saturday, April 04, 2009

Sampai Hati Abah-Abah

Friday, April 18, 2008

Haiwan Pun Berzikir

Sudah lama saya tidak menjenguk youtube. Hari ini berkesempatan...Namun, ketundukan yang ditunjukkan oleh haiwan-haiwan ini menyebabkan saya malu sendiri...Apa yang nak dimalukan? Lihatlah sendiri...





Saturday, September 29, 2007

Pengajaran dari Sin Chan??



Assalamualaikum,
Terlanjur sahabat saya menghantar mesej bertanyakan mana dia pengajaran kisah sinchan nih..He he...Nih ade lah sikit ek, saya buat note kecik aje selebihnya tanggungjawab pembaca untuk menilai...

Surirumah perlukan masa untuk bersendirian. Kenapa?
- untuk menenangkan fikiran
- untuk cas semula bateri kewanitaan..ha ha
- untuk menghilangkan tekanan

Ingat senang ke nak tinggalkan anak dan keluar bersendirian?
- dia rasa bersalah sebenarnya
- selalu teringatkan anak mcm terngiang2 suara anak, kesian kat suami kene jaga anak
- sanggup balik awal sebab kesiankan mereka yang tinggal kat rumah takleh enjoy macam dia...

Kesimpulan
- bagilah can dia nak relax
- jgn jd mcm ayah sinchan tu dgn sinchan, lain diharap, lain lak yg dibuat he he..
- curiga tak salah tapi bersangka buruk sampai yang bukan-bukan tu salah

AMACAM??

Sunday, September 23, 2007

Insan Bernama Kekasih

Sedang sibuk-sibuk menaip, saya mencari-cari hiburan sederhana yang boleh mengelakkan dari terbuai dek rasa mengantuk. Terjumpalah pula lagu ini



Aiyyayy...Teringat sesangat zaman nak dekat-dekat kawen. Jgn salah faham ek, suami saye tak la sampai nyanyi lagu-lagu macam ni. Meh la ek join..Sekadar mengubat jiwa. Moga ada sedikit rasa untuk menjalinkan hubungan yang halal di sisi ALLAH

Sunday, September 16, 2007

Maryam Adhraa - Virgin Mary

Bismillah,
Ntah angin mana skang ni, saye jadik ralit suka belek youtube. Tapi nampaknya tune bulan puasa ni tak la mcm bulan lepas. He he, bulan lepas saya godek Manjalara, Emil Emilda, Macam-Macam Aznil...Buat ubat hilang ngantuk. Saye nih ntah ade penyakit ke agaknya kuat ngantuk. Kene la byk2 senaman.

So, di bulan puasa nan mulia ni, selain dari laman web Quran Explorer http://www.quranexplorer.com/quran/ ) yang saya cuba pasang ikut turutan setiap hari, saya juga jadi minat jugak tgk cerita Maryam Muqaddasah di youtube... Ntah-ntah kali ni saya mengandung anak perempuan tak..He he...Sedap jugak kan nama Maryam?
OKeh, meh la join saya...Walaupun dalam bahasa Arab, masih ada terjemahan dalam English...

Episod 1


Episod 2
http://www.youtube.com/watch?v=IxQ3tWZG4Q0

Episod 3
http://www.youtube.com/watch?v=zwuImlfnYcA

Episod 4
http://www.youtube.com/watch?v=uwV2UnSSuzE

Episod 5
http://www.youtube.com/watch?v=begFV_B8eNk

Episod 6
http://www.youtube.com/watch?v=5PkXNnbczyM

Episod 7
http://www.youtube.com/watch?v=ILEZSYwL8Ig

Episod 8
http://www.youtube.com/watch?v=Qve5HHUMakM

Episod 9
http://www.youtube.com/watch?v=4gHTWIKbjgM

Episod 10
http://www.youtube.com/watch?v=RzG6suxvj9s

Episod 11
http://www.youtube.com/watch?v=01N_WQboG-4

Episod 12
http://www.youtube.com/watch?v=v_2K4pCAp9k

Thursday, September 13, 2007

Anak-anak Angkat Saye...

Bismillah...

Sempena bulan Ramadhan nan mulia ini, dengarkanlah buat anda...Suara anak2 kita utk halwa telinga...So touching









Sunday, August 12, 2007

Dia Kekasih ALLAH