Showing posts with label Isu Rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label Isu Rumahtangga. Show all posts

Tuesday, January 29, 2019

Bagaimana Untuk Mengatasi Konflik Dalam Perhubungan Dengan Skil Komunikasi Yang Efektif

Bismillah,

Konflik dalam perhubungan memang sesuatu yang sukar untuk dielakkan. Kata P.Ramlee, "Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri". Mungkin kita perlu belajar untuk memandang konflik sebagai perkara lain selain dari masalah. Ya! Walaupun konflik itu memang adalah satu masalah 😅😅😅 (pada asalnya).

Apa yang menarik pada setiap kali berlaku masalah adalah, bagaimana seseorang itu menanganinya yang mana penyelesaian yang mereka gunakan itu akan lebih merapatkan mereka lagi atau mungkin juga itu akan memisahkan mereka. Kelak, jika anda berhadapan dengan konflik, simpan tip ini dan in syaa ALLAH anda akan berjaya mencipta hasil yang lebih positif.

KEKAL FOKUS 



Ada di antara kita yang suka mengungkit perkara dulu. Ya, walaupun kita rasa apa yang kita lalui sekarang itu sangat relevan dan hampir serupa dengan masalah yang pernah kita hadapi dulu dan kita dah jemu pun hadapi masalah itu berulang kali. Namun malangnya, perbuatan ini hanya akan mengeruhkan keadaan.

Lebih mengelirukan seandainya pasangan kita juga mengungkit juga perkara lalu. Bukankah itu lebih menyusahkan dalam mencari penyelesaian? Maka, cubalah untuk tidak mengungkit kisah lama, kekal fokus pada keadaan yang sedang berlaku pada masa itu sahaja untuk mencari penyelesaian.

DENGAR DENGAN TELITI
Kadangkala kita rasa seperti kita mendengar apa yang pasangan kita sedang cakap, padahal sebenarnya kita sedang berfikir apa pula nak cakap selepas pasangan kita itu berhenti bercakap.

Jadi, bagaimana kita mahu pastikan yang kita ini memang sedang benar-benar mendengar?

Salah satu caranya adalah jangan potong percakapannya dan jangan juga terus berhujah bila pasangan kita bercakap. Dengarkan kepadanya semula apa yang anda telah dengar darinya. Disitu sahaja mereka tahu bahawa kita memahami dan mereka akan lebih bersedia untuk mendengar apa yang kita perkatakan pula.

CUBA LIHAT DARI SUDUT PANDANG PASANGAN ANDA 
Dalam konflik, kebanyakan dari kita ingin berasa didengari dan difahami. Kita banyak bercakap dari sudut pandang kita supaya pasangan kita memahami kita. Betul, kita memang mahu difahami namun seandainya kita berlebihan dalam fokus kepada sudut pandangan kita, maka ia akan jadi seperti bom jangka.

Cuba untuk benar-benar melihat dari sudut pandang pasangan kita itu, barulah kemudiannya kita akan dapat menerangkan pandangan kita dengan lebih baik. Mungkin kita perlu banyak bertanya kepada pasangan kita untuk memahami mereka. Pasangan kita in syaa ALLAH akan lebih bersedia untuk mendengar bila mereka tahu yang kita pun memahami mereka.

RESPON KRITIKAN DENGAN EMPATI
Apabila pasangan kita mula mengkritik diri kita, memang selalunya kita akan rasa mereka salah dan mulalah kita membela diri. Walaupun kritikan selalunya sakit untuk didengari dan selalunya pasangan kita akan berlebihan kerana dia sedang beremosi, namun adalah penting untuk kita dengar kesakitan yang dialaminya dan respon dengan empati.

Mungkin, disebalik aduannya itu, ada banyak ruang untuk diri kita memperbaiki diri dan keadaan.

MENGAKUI KESILAPAN DIRI  



Sewajarnya kita patut sedar bahawa tanggungjawab peribadi kita adalah kekuatan, bukan kelemahan. Salah satu ciri komunikasi yang efektif adalah mengakui kesilapan. Mungkin dalam sesuatu masalah yang berlaku, bukan hanya sebelah pasangan kita sahaja yang salah, mungkin juga ada salahnya juga kita ini.

Maka, mengakui kesilapan sebenarnya akan memberi contoh yang baik dan ia juga menunjukkan kematangan. Biasanya, jika ada pihak yang mengakui kesilapan, maka akan lebih cepatlah persefahaman dan penyelesaian berlaku.

MULAKAN MESEJ DENGAN "SAYA"
Daripada kita menyebut, "Awak ni suka buat perangailah!" cuba untuk mulakan ayat dengan "saya" dan buat pasangan sedar tentang perasaan kita. Contohnya, "Saya kecewa betul bila benda ini berlaku". Ini akan membantu pasangan kita memahami pandangan kita dan dia tak terasa sangat kita nak menyerangnya.

CUBA KOMPROMI
Daripada kalut untuk menang berhujah, lebih baiklah kita mencari solusi yang boleh menyenangkan kesemua pihak. Menang berhujah biasanya sebelah pihak sahaja yang akan berpuas hati, masalah tidak selesai juga. Komunikasi yang sihat melibatkan kesepakatan dalam sesuatu keputusan yang mana dalam keputusan itu, kesemua pihak akan lebih berpuas hati.

TIME-OUT
Kadangkala, bila keadaan dah panas sangat untuk berbincang, eloklah jika ambil masa untuk bersendirian sehingga keadaan mengizinkan sekali lagi untuk berbincang semula. Tak guna juga berbincang dalam keadaan bertekak dan meninggi suara. Tambah pula jika ada anak yang memerhati atau suara kita dah melangkaui dinding rumah sehingga terdengar oleh jiran pula.

JANGAN PUTUS ASA
Bimbang juga, selepas kita menyendiri, kita akan putus asa dan berhenti menyelesaikan masalah. Kembali semula dan cari jalan penyelesaian terbaik sekali lagi. Biasanya, kita akan sampai ke level ini apabila tips terdahulu tidak dapat dilakukan dengan baik. Besar kemungkinan, besar benar konflik yang sedang dialami itu.

MINTA PERTOLONGAN JIKA PERLU 
Sebenarnya banyak kaunseling, atau mungkin ahli keluarga dan sahabat handai kita boleh menjadi orang tengah kepada masalah yang kita alami itu. Cuba ajak pasangan untuk hadir bersama namun andai kata dia tidak bersetuju, tidak menjadi masalah jika kita hadir bersendirian.

Tips tambahan :

Ingatlah bahawa tujuan komunikasi yang efektif mestilah mencapai persefahaman bersama dan kebaikan bersama. Kedua pihak mesti merasa OK dengan keputusan dan penyelesaian yang dicapai. 

Walaupun kaedah ini tidak semestinya akan menyelesaikan masalah disemua keadaan namun jika ia diamalkan, ia akan menjadi satu pegangan dimana pasangan itu akan kekal bersama sehingga ke akhirnya. 



Ingatlah bahawa adalah penting supaya kita kekal hormat antara satu sama lain walaupun ada masa kita tak suka dengan tindakannya 😅. 

Friday, January 25, 2019

Bagaimana Jika Seorang Ibu Mahu Berperanan Sebagai Ibu Sekaligus Ayah Sekiranya Ayah Tidak Berperanan Dengan Baik

Bismillah,


Susah jugakan bila keadaannya, seorang isteri yang ada suami, namun suaminya tidak berperanan seperti yang diharapkan?

Tajuk ini sebenarnya berat untuk saya tulis. Saya bimbang ada pula yang akan terasa dihati. Saya juga runsing jika apa yang saya tulis tu barangkali akan menjadi beban kepada sesetengah orang.

Maka, saya nak buat disclaimer sedikit ya... Penulisan ini hanya sekadar pandangan. Kalian berhak setuju atau sebaliknya. Mana yang boleh diambil sebagai panduan, silakan, namun jika sebaliknya, anggap sahaja ini adalah bacaan biasa sahaja.


Manalah ada hidup di dunia ini yang sempurna. Sekalipun, di zaman kita ni, kita dilihat dapat the best man in the world, bila balik rumah menghadap suami, ada juga sesekali terasa bengkek di hati. Betul tak?

Maka, faham dah disitu bahawa hidup ini memang medan ujian dan... tugas kita sebagai hamba kepada Yang Maha Mencipta adalah berjalan di atas garis yang telah ALLAH tetapkan buat kita.

Tetaplah menjadi isteri yang solehah


Sungguh, bila kita diuji dengan suami, memang berat terasa dihati nak menyulam kesabaran tu. Namun, jika kita berusaha dengan sedaya upaya mendidik diri kita untuk bersabar, maka ALLAH telah menjanjikan ganjaran dan nikmat yang besar di akhirat kelak.

Maka, bersabarlah. Janganlah disebabkan bengang dengan suami kita bertindak meninggikan suara kepadanya. Jangan juga sampai membelakangkan dia dalam apa jua tindakan. Pendek kata, tetap terus jaga adab kita sebagai seorang isteri.

Hanya ALLAH jua tempat kita bergantung


Bukankah setiap hari kita melafazkan ayat dari surah alFatihah yang berbunyi

 إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan

Ya, inilah masanya kita boleh menunjukkan keimanan kita kepada kalamuLlah itu. Ketahuilah bahawa tidak ada benda di dunia ini adalah milik kita. Hati kita sendiri adalah milik ALLAH, apatah pula hati suami kita. Maka, dari ALLAH jualah kita memohon doa dan pertolongan semoga ALLAH lembutkan hati suami dan semoga dia sedar akan tanggungjawab yang perlu dia pikul dalam rumahtangga. 

What You Give, You Get Back


Perhatikan ayat (janji) ALLAH pada ayat dalam gambar di atas. 

Serasanya, boleh tak kita cuba begini, "Andai aku jadi baik untuk suami aku, suami aku mesti akan baik pada aku juga nanti. Kalau aku rasa sekarang ni laki aku tak cukup baik dengan aku, maka aku kena lagi baik pada dia supaya dia makin baik pada aku". 

Ya, tahu... ini susah! Ini membuat hati geram! Tambah pula, kalau kita dah baik pun dengan dia tapi dia tak juga baik dengan kita. Tambah lagi jika kita harap hasil sepantas kilat. Memang boleh sakit jiwa dibuatnya. 

Namun disini kita tetap wajib akur bahawa kebaikan itu datangnya dari ALLAH maka yakinlah, ALLAH akan beri juga kebaikan itu pada masa yang sesuai. 

Apatah pula, melakukan kebaikan akan menenangkan hati SEANDAINYA KITA IKHLAS. Yang jadi tak tenang dan senang tu, barangkali adalah kerana dalam keadaan ini ALLAH nak didik diri kita menjadi lebih ikhlas, lebih sabar. 

Ya, dalam kepayahan kita terpaksa didik diri kita menjadi lebih baik setiap hari. 

Sampaikan keinginan dihati, luahkan permintaan kita


Cari masa yang sesuai, untuk kita berbicara dengan suami tentang apa rasa hati. Andai kata kita dah bersikap lembut dan baik kepadanya, in syaa ALLAH peluang supaya kita didengari adalah besar. 

Usahakan untuk bercakap terus dengannya, namun andai tak kesampaian, cubalah menulis dari hati. Beritahu dia bahawa kita sangat perlukan dia untuk bersama-sama mengemudi rumahtangga. Beritahu dia, anak-anak sangat memerlukan belaian kasih sayangnya. 

Paling penting, beritahu dia apa yang kita nak dia buat dengan jelas dan terang.

"Sayang, tolong ajar anak mengaji"
"Abang, tolong mandikan anak"
"Yang, boleh tak ambilkan anak dari sekolah?"
"Bie, ai tak sempat masak, anak lapar pula, nak masak dia meragam. Yu tolong jagakan anak kejap ya?"
"Bossku, best nya kalau awak jadi imam kami *wink wink*"

Maklum saja, orang laki ni, kalau ayat putar belit madah pujangga ke bulan turun balik bukannya mudah-mudah dia faham. Maka, cakap tu biar terang, jangan kona baring sampai terlentang di selekoh nan tajam. Gituuuu..... Boleh tak?

Hargai perubahan dia ke arah kebaikan



Yang ini yang selalu kita failed nak buat. Pada Tuhan kita tak bersyukur, pada manusia kita tak berterima kasih. 

Dengan manusia ni, andai sahaja kita tidak menghargai perubahannya kepada kebaikan, malah masih mengkritik dan memberontak lagi maka mana mungkin dia akan kekal memberi kerjasama kepada kita dengan lebih baik. 

Pucuk pangkalnya, adalah bagaimana usaha kita menjadi yang terbaik dalam kehidupan kita agar suatu hari nanti tempat pulang kita di akhirat nanti adalah SYURGA YANG ABADI. 

Selalulah berdoa semoga kita dan ahli keluarga kita akan berpimpinan sehingga ke syurga. 



Tuesday, May 17, 2016

Demi Sebuah Cinta

Bismillah,

Dah lama tak menulis. Sekali nak menulis terus pasal cinta. Apakah? Kekekeke... Alahai, bagilah can. Boleh?

Menyentuh berkenaan rumahtangga, semua orang inginkan kehidupan yang sempurna. Tapi, adakah semua orang akan dapat kehidupan yang sempurna itu? Pastilah tidak, kehidupan ini adalah ujian sebelum sampai kepada hari yang ALLAH tetapkan supaya nanti amalan kita di dunia ini dihisab.

Kehidupan rumahtangga. Adakah yang bahagia tu sentiasa manis? Tiada perselisihan, tiada rasa tidak berpuas hati, tiada pergaduhan? Eh, kalau ada, mohon WhatsApp saya ya? Rasa macam ajaib saja kalau tak melalui hari kelam dalam rumahtangga hihi...

Kenapa ya jadi macam tu? Tak boleh ke urusan rumahtangga kita akan sentiasa lancar?

Jawapan mudah, mana boleh! Kenapa?

Sebab pasangan kita itu berlainan jantina dengan kita. Fitrah lelaki dan wanita ada bezanya. Dua jantina ini disatukan untuk saling melengkapi zahir dan batin, luar dan dalam. Kita adalah orangnya yang harus menampung kekurangan pasangan dengan kelebihan kita dan kita juga harus bersedia memperbaiki kekurangan kita dengan kelebihan yang ALLAH pinjamkan kepada pasangan kita.

Jangan pula kita hanya berkongsi perkara yang menggembirakan pada pasangan sahaja dan biarkan kesedihannya ditanggung seorang.

Sekadar satu contoh mudah yang sangat biasa berlaku....

Pasangan suami isteri keluar untuk mencari nafkah sama-sama. Apabila balik ke rumah, jika difikir secara logik, sama-sama jugalah pula melancarkan keadaan di dalam rumah. Tetapi apa yang berlaku? Hehe... biasanya, si isterilah yang bekerja (lagi) di rumah. Apa yang terjadi sebenarnya?

Wanita : Saya keluar bekerja bagi meringankan beban tanggungan suami. Sayangnya bila balik ke rumah, sekali lagi saya jugalah yang membuat kerja di rumah. Suami macam bos, air pun saya yang jamu..

Yang aneh, cubalah bertanya diri jika mengalami hal ini. Adakah suami kita dicintai?

So sweet, jawapannya adalah : Kerana cintalah saya masih di sini supaya rumahtangga kami kekal selamanya.

Habis, apa jadi dengan orang lelaki?

Lelaki : Itulah kelebihan isteri saya yang saya sangat kagumi, apa yang dia tanggung tu kadangkala saya pun tak mampu nak tanggung tau. Kelembutan dia membuatkan saya rasa dihargai.

Nampak tak konfliknya di situ? Kalau boleh scan tengok apa cuaca dalam jiwa mereka...

Wanita : Ribut petir dan sesekali taufan melintas
Lelaki : Angin sepoi-sepoi bahasa dengan pelangi terbentang di angkasa

Perkara ini boleh dipadukan sebenarnya :) Begini...

Lelaki : Kalau anda dah rasa dihargai tu, balaslah semula dengan kasih sayang dan belas kasihan. Susah sangatkah untuk meringankan tulang membantu walau sedikit. Rugilah lengan ketul-ketul dipanggil abam sado tapi nak pegangkan anak ketika isteri memasak pun tak boleh? Cubalah tanya isteri, apa yang anda boleh bantu. Jangan takut, dia takkan bagi kerja yang berat seperti lipat kain. Dia maklum yang anda memang tiada kepakaran untuk melakukan itu.

Wanita : Berbahagialah dirimu selagi mampu kerana anda telah melakukan tanggungjawab anda. Ingatlah bahawa apa yang dilakukan itu, bukanlah sekadar untuk suami anda, tetapi yang terbesar adalah ia adalah kerana ALLAH SWT.

Image result for demi sebuah cinta





Thursday, June 11, 2015

Memilih Untuk Bersabar

Warna warni rumahtangga :)

Seminggu dua ini, saya yakin zauji sangat letih kerana kalut menguruskan pembinaan surau depan rumah kami ni. Namun disebalik letihnya dia, kelihatan wajah yang ceria kerana sekurang-kurangnya projek berjalan. Tidak hanya statik.

Namun, ada kala.. Angin lintang pukang akan menjengah kihkih..

Satu kelemahan saya ialah, saya xreti nak menyelamatkan kereta andai ia tersekat di dalam pasir. Maka, saya akan usahakan letak di tempat yang selamat. Selamat bagi saya adalah di tengah-tengah laluan.

Boleh pula terlupa yang lori sedang rancak keluar masuk. Lori batu bata, lori besi, lori simen, lori pasir, lori tanah... Macam-macam. Maka, letak kereta di tengah jalan adalah kurang bijak haha..

Lagi kurang cerdik bila lepas letak kereta, masuk dalam rumah dan tidur. Tengahari yang panas, dengan selepas melalui perjalanan (macam la jauh sangat pejabat pos haha).. Memang sedap untuk tidur.

Tak lama terlelap, bunyi kecoh pula. Terus terjaga. Faham yang ada orang cari kunci kereta. Disebabkan baru bangun lena maka meraba juga nak cari dimana kuncinya. Maka kecoh lagi. Tapi tak masuk kepala pun kecohnya tu.

Dah jumpa kunci maka kereta dialihkan dan lori pun berlalu pergi. Iman duduk disisi sejak saya bangun tidur. Kalau tak salah, saya dah capai pengepit kuku untuk potong kuku anakanda.

Bila zauji masuk, Iman terus tanya abahnya, "Nape abah marah umi?!".. Hihi.. Abah xboleh macam2 dengan umi. Anak2 selalu ada untuk backing.

Suara abah kendur, "Abah xmarah umi. Abah sayang umi".. Ehem ehem.. Padahal umi masa kecoh tadi, tengah kosong otak. Tau dan rasa macam kena marah tapi xmasuk dalam kepala. Terasa memahami kelelahan orang yang kerja berat.

Kesilapan saya meletakkan kereta di tengah jalan boleh mengganggu kerja dan mengambil sedikit masa mereka juga. Mujur jugalah mulut tu tak lancang nak menjawab sewaktu didesak-desak mencari kunci kereta. Jika tidak episod ini akan jadi panjang. Angkara syaitan yang mahukan pergaduhan.

Hati sejuk sendiri mendengar jawapan zauji tu. Ingatnya pada mulanya mahu memujuk diri tapi eh.. Terpujuk pulak dengan kata-katanya pada anakanda Iman.

Selepas itu, semasa menemaninya makan, suasana kembali seperti sedia kala. Tiada guna memanjangkan kisah.

Kita boleh sahaja menyimpan dendam lama dengan pasangan kita. Tapi untuk apa? Bukankah terbaiknya kita selalu memujuk hati supaya bersabar.

Setiap manusia pasti ada kerenahnya. Dia tidak sempurna. Kita juga! Maka apa perlu mementingkan diri sendiri sehingga api perbalahan marak menjulang.

Banyak peluang untuk membuat pahala. Cuma kita perlu pilih bagaimana...

Sunday, November 07, 2010

Umi Senang Masuk Syurga

Bismillah,

Tatkala melalui kawasan perkuburan untuk menghantar anak-anak ke sekolah pagi-pagi, suami saya mengajarkan mereka untuk memberi salam kepada ahli kubur. Ringkas sahaja "Assalamualaikum ya ahlal qubur" dan setakat ini mereka selalu mengamalkannya.

**Sila rujuk link ini untuk melihat Adab-adab Ziarah Kubur

Lalu anak-anak sering sahaja melantunkan soalan mengenai apakah yang berlaku di bawah tanah sana. Maka suami saya memberikan jawapan yang sebagaimana biasa. Di bawah sana, jika kita berlaku mulia di dunia maka insya ALLAH kubur adalah satu daripada taman syurga. Namun jika kita menjadi orang yang hina maka dikuburlah lagi bermulanya azab sebelum menanti pembalasan di Akhirat sana.

Terkedulah saya yang turut mendengar, lalu cuba mengheret suami untuk bermuhasabah, "Kita di mana agaknya abang??". Sungguhlah rasa takut sekali apabila menghitung amalan diri sendiri. Serasanya tidak melakukan yang salah namun nilaian kita tidak sama sekali dengan nilaian ALLAH. Barangkali amalan yang bersalut riak, ketidakikhlasan dan lain-lain bentuk kecacatan akan merosakkannya.

Suami saya berkata, "Umi tak apa, kalau abah redha, insya ALLAH senanglah umi masuk syurga. Abah ni yang susahnya, kena buat macam-macam lagi untuk cari redha ALLAH...". Seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW : "Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

**Baca lagi di link ini tentang redha suami.

 Jika di dunia, seandainya saya mahu kan sesuatu, saya cukup suka mengusik suami dengan menggeletek. Dia cukup alah kalau diusik begitu dan pasti dia akan iyakan apa yang saya mahu. Tapi andai mahu masuk ke syurga, mampukah lagi menggeletek dia begitu kelak? Sesungguhnya duhai suami, tidak semudah itu mendapat redhamu.

Semoga, kami akan tetap bersama di sana nanti *_*

Wednesday, September 09, 2009

Aku Juga Wanita


Bismillah,

Over la pulak ek dah beberapa kali saya jadi pengulas drama tidak bergaji sejak akhir2 ini. Lebih tidak acinya bila saya tengok cerita ni 15 minit terakhir aje. Time tu, si suami tgh tanya bakal isteri keduanya sama ada dia sedia atau tidak mengharungi hidup bermadu sebelum dia bawak pergi jumpa isteri pertamanya.

Okeh, pada saya solehahnya si Anis tu ek bila depan suami dia, dia mcm redha akan dimadukan.. saya tak pastilah apa puncanya dia bersetuju. Kalau saya dapat tengok cerita ini dari awal mesti saya memahaminya. Kelihatan mereka tidak ada masalah jika suami itu hendak berkawin lagi pun kan? Cuma kenapa di akhir cerita mereka tak jadi kawin juga??

Satu perkara yang saya setuju adalah 'walaupun isteri pertama itu pasrah dengan keputusan suaminya, namun lihatlah luka yang dia tanggung itu'. Walau bagaimana pun keadaannya, ada salah seorang dari suami isteri itu yang terpaksa berkorban. Maka kena fahami pula, yang berkorban itu selalunya akan berada dalam keadaan kesedihan maka janganlah pihak yang seorang lagi mengorbankan pihak yang lainnya.

Apekah ayat ku yg berbelit2 ini....let me make it simple :

Saranan buat suami seperti suami di dalam drama itu : Jika anda dalam keadaan ini, bersyukurlah kepada ALLAH SWT kerana dikurniakan isteri yang sebegitu baik sekali. Cara menunjukkan kesyukuran itu adalah dengan berlaku adil kepada mereka. Saya rasa, kaedah terbaik jika anda mahu berkahwin lain adalah dengan mendapatkan persetujuan isteri pertama itu. Yaa....saya faham memang susah tu pasal suami saya tak lulus2 lagi kawin lain tapi ini adalah untuk mengelakkan 'drama keganasan' menjadi ending dalam keluarga anda.

Saranan buat pihak ketiga : Jika mungkin, berbaiklah dahulu dengan bakal madu anda itu. Selami hatinya supaya kedatangan anda tidak akan menyusahkannya. Jika anda rasa dia sakit dan tidak mampu pula menanggung kesakitannya, ........(sambung sendiri aaaa rasa kesian lak nak cakap).

Saranan buat si isteri : Apabila anda telah merelakan diri anda di madu, biarkanlah suami anda berlaku adil. Itu adalah keadaan yang baik buat anda jika ini terjadi.

Walaupun begitu, saya amat tidak suka jika suami keluar date2 dengan perempuan lain. bukan sekadar dating, malah jika anda main SMS atau email, atau YM atau apa cara sekalipun sehingga terbentuknya 'saja nak layan' kepada 'tersayang' maka itu bukan cara yang betul. Jika anda rasa nak kawin lain, ejaslah dulu bini anda. Sebab jika anda tak ejas bini, dia takkan tau kenapa anda nak kawin lain. Sekiranya dia tak tau sebabnya, dia pastilah susah nak terima kenyataan.

Andai kata alasannya adalah :
  • Terminat kat perempuan lain - biarkan isteri anda surveykan si dia untuk anda. Bgtau juga kenapa anda terminat kat perempuan itu.
  • Isteri nan seorang tidak cukup melayan nafsunya - manalah tahu isteri anda akan cari jamu mujarab untuk dirinya???
  • Isteri anda tidak pandai menguruskan rumahtangga - manalah tahu dia akan meng'upgrade'kan servis dia kerana tak mau anda kawin lain. Bagilah can kat dia...
  • Anda tidak lagi mencintainya - Ya ALLAH..malangnya nasib perempuan ini. Jika anda kawin lain pula, maka akan bertambahlah nasib malang isteri itu. Janganlah jadi orang yang menzalimi. Fikirlah sedalam2nya kenapakah ALLAH mentakdirkan anda menjadi suami kepada perempuan itu. ALLAH tidak akan menjadikan sesuatu itu hanya untuk sia2. Semuanya pasti ada hikmahnya.
Mmm...anda mau tau apa di fikiran saya?? Buat masa ini, saya masih tiada kekuatan untuk menghadapinya... dan alhamdulillah setakat ini suami saya memahaminya... Kerana dia memahami saya, saya menjadi sangat sayang kepadanya dan saya berharap saya tidak mensia2kan pengorbanan suami saya itu.. (Korang, agak2 dalam umah depan komputer ada embun tak?? Sbb di hujung mataku ada air sedang bergenangan...)

Monday, March 23, 2009

Bujang Rajin, Kahwin Malas


Bismillah,

Kebetulan ada sealmari pakaian yang tidak berlipat, kebetulan pagi ini Asmaa' & Usamah pergi PASTI, kebetulan ada staff yang tolong bukakan kedai, maka dengan semua kebetulan ini, dapatlah saya jenguk sekejap Apa-Apa Aja Amy Mastura sama Syamsul Ghau Ghau kejap tadi.

Tajuknya seperti yang tertera di atas. Ahaks, rasanya ada kot yang rasa telinga pijar2 atau pun masam2 masin? Tapi benda tu normal lah kan? Kalau time mengurat2 tunjuk belang siap2 kang kene reject pulak. Jadi terpaksa lah tunjuk yang baik2 kan? Mendengar Amy dgn Acoy bertekak2 itu saya rasa terpanggil gak la nak mengomen.

Mcm saya dengan suami, saya tak tau dia rajin dan dia lak tak tau pun saya pemalas...kwang kwang. Tapi hukum keseimbangan telah berlaku di antara kami maka sekarang apa2 hal kami buat sesama. Jadi dalam situasi kami, takde sape menang n takde sape lah yang kalah..Ye ke abg?? ;)

Pada hemat saya ini adalah salah satu manifestasi daripada kesepakatan kita suami isteri. Kalau bini bengang tengok suami selamba je tidur terbongkang, maka tidur lah jugak. Apa nak bising? Kang kalau suami tanya, cakap la "Kita kan sehati sejiwa, tu sebab kawin. So kalau abg tido, saya pun nak tido jugak kot boleh jumpa dalam mimpi?"

Selalunya orang perempuan terasa dia terpaksa berajin2 sampai dia terasa suami dia sangat malas. Tapi cuba kita ajak diri untuk renung beberapa hal seperti level kerja suami adakah seperti kita? Jika kita selalu bersikap tak kisah dengan suami ada dua kemungkinan bakal berlaku.

Yang pertama suami akan terus mengambil kesempatan dengan kerajinan kita. Yang ini memang spesis hampeh dan percayalah golongan ini sudah semakin pupus especially bila isteri diorang adalah jenis berterus terang dan penyabar. So, utk menangani suami malas maka anda perlu berterus terang tapi jangan lupa untuk bersabar.

Yang kedua adalah suami akan insaf sendiri tengok kita terpaksa berajin2 utk suami dan anak2. Owh, beruntunglah siapa yang dapat suami seperti ini. Tapi awaslah wahai isteri kerana anda perlu mempunyai jurus sabar tahap lapan sebelum suami anda mencapai tahap 'INSAF' ini.

So, apa2 hal pun memang kesabaran adalah perkara yang mega penting untuk kehidupan berumahtangga. Okeh, what if isteri pulak yang malas? He he..mcm saya la kot tak? Kaedah yang saya sebutkan tadi boleh digunapakai utk isteri juga tapi rasanya suami akan rasa tak macho jika guna kaedah itu kot?

Maka saya telah memikirkan satu cara yang mana orang lelaki terpaksa menurunkan sedikit tahap keegoan dan menaikkan sedikit paras kerajinan. Apa yang perlu, time anda sedang buat satu kerja, ajaklah isteri bersama. Kemudian puji2lah sikit, pastu urut2 lah sikit bahu dia pastu say thanx ke? Apa2 aje utk menjadikan dia rasa suka dan dihargai.

Orang lelaki kenelah faham seorang wanita itu bagaimana. Dengan memahami mereka, anda dengan mudah akan merangsang mereka menjadi seorang yang sangat bermanfaat buat anda. Yang penting jangan kerana bau kentut yang sedikit busuk anda kecoh2 kepada orang lain dengan mengatakan isteri aku begini dan suami aku begitu. Kerana percayalah, bau kentut orang lain selalunya juga tidak menyenangkan. Adios!!

Thursday, September 11, 2008

Halnya Poligami

Bismillah,

Posting kali ni adalah sekadar satu respon yang terbit dari rasa bosan bila lihat di kalangan kita yang tak sudah-sudah bertekak benda yang sama. Saya juga berani jamin, selepas dari ini kita semua akan masih kembali menatap isu yang serupa yang dapat terlihat di mana-mana (kecuali mod haramkan isu ni ahaks, tapi saya gerenti tak sbb isu yg mcm nilah yang selalu menghidupkan grup ni).

Satu ketika di bulan puasa tahun lepas, seorang guru 40-an yang anak paling tua sudah melepasi ting 6 dan yg paling bongsu hampir2 nak masuk sekolah, datang bertandang ke tempat kerja saya dengan keadaan yang bagi saya sangat sedih. "Macam mana ye nak buat dengan .....(nama isteri dia).

Saya memandang keadaan ini sebagai terdesak kerana usia saya ketika itu 27 tahun, saya juga bukan kawan dia (dia sahabat suami saya), saya tidak pernah bersembang dengan dia melainkan suami saya ada bersama, juga saya tak pernah ada pengalaman dimadukan lagi namun dia masih meminta pendapat saya.

Alkisah, dia sudah berkahwin seorang lagi. Dia meminta kebenaran, cumanya isterinya menyangka dia sekadar bergurau. Ahaks, kalaulah saya, hal ini boleh menyebabkan saya berhenti makan kalau bergurau macam ni semasa makan (hal ni pernah terjadi dan lepas tu suami saya dah tak ngusik benda ni masa makan).

Kemudiannya isteri pertama bagi kata dua, "Aku atau dia". Huhu...ini sangat menyedihkan. Malangnya, isterinya tidak pula mahu bertanya saya "Macam mana ye nak buat?" Kerana saya ada jawapan untuk soalan itu. Ia tidak mudah tetapi mungkin juga yang terbaik untuk keadaan kita yang telah dimadukan tanpa pengetahuan.

Saya pernah tanya suami saya, "Takde ke angin nak jadi macam orang tu" Dengan jujur suami saya kata, "Lepas tengok orang tu, dah kurang dah rasa nak jadi macam orang tu," Jadi tak hairanlah saya masih 'First Wife' utk my husband. Seorang kenalan saya juga pernah ada angin yang sama dengan alasan 'Global warming' menjadikan hormon orang lelaki tak ketentuan turut kensel cita2 dia setelah benar2 menghayati susah benar untuk menjadi suami yang baik untuk dua isteri. Doa isterinya mungkin yang minta diberi petunjuk kepada suaminya makbul menjadikan dia terfikir begitu.

Untuk mereka yang berada di pihak suami;

* Sekiranya terlanjur melakukan perkara di atas, (mengahwini seorang perempuan tanpa pengetahuan isteri terdahulu) anda hendaklah bijak untuk mendamaikan mereka. Caranya berbeza mengikut pasangan.
* Bersikap adil. Jangan lebihkan yang muda, atau lebihkan yang tua. Kasih sayang memang tak dapat dinafikan susah nak sama rata tetapi selebihnya biarlah sama seperti penggiliran. Nafkah mungkin juga berbeza sbb lain bilangan isi rumah lain pula keperluan mereka.
* Jangan burukkan isteri pertama pada yang kedua dan sebaliknya. Anda akan menjadi ibarat kijang di tengah-tengah gajah.
* Perhatian kepada anak jangan diabaikan. Mereka mungkin tidak dibesarkan dengan suasana menerima poligami tengok2 dah besar panjang ayah diorang kawen lain. Sape tak malu kat kengkawan bila orang dok kata2 ayah diorang gatal tak cukup satu. Yang ni lumrah yang perlu diterima. Oleh itu, jangan sampai anak termakan kata orang. Biar diorang rasa, even ayah aku kawen lain, dia tetap baik pada aku.
* Jangan berahsia tentang perkahwinan baru anda, anda mesti berani berterus terang. Dengan berahsia, anda akan cenderung untuk menipu dan ini mengundang bahana yang lebih teruk lagi untuk diri anda dan keluarga.


Kepada isteri yang tiba-tiba diduakan;

* Susah untuk cakap yang ini tetapi itulah takdirnya. Takdir yang harus diterima. Itu sudah jodoh mereka dan yang lebih besar, ia berlaku dengan izin ALLAH SWT.
* Jangan minta cerai atau minta suami ceraikan yang baru. Perkara ini jika berlaku akan membawa kesan yang lebih padah lagi. Memang ia akan memakan masa. Cuba bercakap dengan baik dengan suami biar dia rasa kitalah isteri terbaik untuk dia.
* Jika ada masalah, luahkan. Jika rasa diabaikan, bagitahu. Jika rasa sendirian, bila tiba giliran luahkan perasaan. Jika tidak dengan mulut sendiri, tulis. Jika tidak punya masa menulis, SMS. Jika tidak dapat diluahkan kepada suami, adukan kepada Tuhan. Keadaan ini akan merapatkan hubungan kita dengan Tuhan dan hubungan ini lebih besarnya dengan kasih sayang suami yang boleh susut bila2 masa.
* Ingatkan suami berlaku adil. Sayanglah dia kerana dengan ketidak adilan, dia akan lambat masuk ke syurga (jika dosanya lebih banyak dari pahalanya).
* Jangan serang isteri muda. Dia akan punya peluang memburukkan anda pada suami. Jika anda bersabar, anda akan mendapat kasih sayang suami dan rasa hormat yang tidak berbelah bagi dari isteri muda.
* Jangan memburukkan suami kepada anak-anak. Anak-anak tidak boleh dibesarkan dengan rasa benci kepada ibubapa. Itu sesuatu yang salah. Walau bagaimana buruk pun pasangan anda, jangan mengajar anak membenci mereka.


Kepada mereka yang belum berpoligami;

* Yang comelnya dapatkan kebenaran. Memang lah susah yang teramat sangat. Mane isteri yang senang2 nak izin suami kawin. Tetapi belum cuba belum tahu.
* Pastikan isteri baru tahu dia bakal bermadu.
* Selesaikan dahulu masalah yang ada dalam rumahtangga pertama sebelum dengan senangnya berkahwin lain yang kononnya untuk menyelesaikan masalah. Anda hanya akan mendapat satu masalah baru sahaja.
* Yang satu ni susah sikit, err takleh ke kalau minta izin dulu baru cari pasangan? Sebab kalau sekadar berkawan2 dan membuahkan harapan kepada bakal isteri itu, alih2 anda tak jadi kawin, tak ke merosakkan satu jiwa. Tapi perkara besar di sini adalah memang bercintan cintun tanpa ada hubungan suami isteri kan memang tak boleh.


Saya sebenarnya bukan orang terbaik pun untuk bercakap hal ini. Namun bila sesekali isu ni bertandang, saya jadi terfikir kenapa orang suka bagi idea yang menggalakkan kepada suasana menipu? Poligami ni kalau dilihat kepada keluarga Nabi, sangatlah cantik namun malangnya umat Nabi tergamak memburukkannya.

Saya pernah membawa jiwa dan perasaan saya untuk menghayati rasa mereka yang diduakan, memang tak hairan kalau ada yang meluahkan suami sedang ada perempuan lain, saya akan menjadi emosi keseluruhan harinya pula. Tetapi ya lah, berat mata memandang, lebih berat bahu yang memikul.

Tidaklah posting ini ditulis untuk menyekat sebarang tajuk dengan isu yang sama. Saya yakin hal ini tidak pernah sudah (tengoklah.. .he he) Saya memohon, apa yang saya tulis ini datang dari fikiran saya yang saya harapkan telah saya landaskan kepada anjuran agama Islam.

Mungkin ada yang tidak bersetuju. Saya harap saya tak perlu mengulas dengan terlampau panjang akibat dari tulisan saya ini. Saya pernah menulis hal ini di dalam buku super suami saya. Semoga kita semua sentiasa tetap teguh di jalan yang diredhai ALLAH SWT. Maafkan saya jika ada jiwa yang terasa. Saya tak berniat melukakan hati sesiapa.

Wednesday, August 20, 2008

Cara Nak Bergaduh :D


Bismillah,

Tipulah kalau ada yang kata tak de gaduh2 suami isteri kan? Kalau tak gaduh tu memang kompem baiklah betul laki bini tu. Isteri tu sentiasa je tak kisah apa suami buat dan suami kata lantaklah apa bini nak buat. Tapi mana pulak datangnya kata2, "Orang yang paling disayangilah orang yang paling berkuasa menyakitkan hati"?

Tapikan, saya terlintas nk tulis tajuk ni bukan sebab nak suruh orang bergaduh. Sebab tak baiklah gaduh2 ni. Cumanya, bile bergaduh tu biarlah berpada-pada. Untuk mempada-padakan pergaduhan, nanti kat bawah saya akan cadangkan beberapa cara. Walaubagaimanapun, tidak semestinya apa yang dicadangkan sesuai digunakan setiap masa dan ketika. Anda dan saya masih perlu kreatif dalam menyelesaikan masalah.

Sebenarnya perselisihan ni adalah untuk mencari titik temu antara suami dan isteri. Tapi titik temu ni hanya akan dijumpai kalau pertengkaran tu tak berpanjangan. Bagi mencapai tujuan ini, setiap pasangan kenelah meluahkan apa yang terbuku disanubari. Ikutlah dgn surat ke, cakap direct ke, bahasa tubuh ke, sms ke, emel ke...

1. Mula-mula sekali pilihlah tempat yg betul2 seswai nk bergaduh. Let say kita ni kalau bergaduh dah tau dah mesti nak naik2 suara, naik tangan, naik kaki. Jadi jangan timbulkan perbalahan depan makanan atau kat tpt tidur. Sebabnya orang tua2 kata depan rezeki tak baik gaduh. Saya tak paham yang tu, tapi yang saya faham, kalau gaduh depan makan, rugi tak dapat makan. He he... Penat je masak, perut lapar lak tu alih2 gaduh. Dahtu kalau kat tpt tidur, dah elok2 nak tido, jgn la cari pasal time tu.

2. Lagi satu elakkan juga dari gaduh depan anak-anak. Kita akan menyebabkan diorang terpaksa pilih mak ke abah yang betul. Jadi diorang akan lebihkan yang betul. Makanya nanti yang tak betul tu akan tersisih. Dalam masa ni kita telah melibatkan mereka yang tak sepatutnya bergaduh utk bergaduh sama. Yang paling horror kalau diorang tak pandai simpan rahsia. Tak pasal-pasal diorang gi cerita kat orng kampung, "Wahai orang kampung sekelian, smlm mama dgn babah saya gaduh mcm thundercats dgn ultraman." Ha..sape yang malu??

3. Walaupun kita ni memang brutal. Satu kampung tau kita minah laser. Yang suami pulak memang dah sah-sah panas baran... Cuba jugak2 untuk elakkan dari guna perkataan kesat mcm 'bodoh', 'bangang' dan sebagainya. Sebab yang dimaksudkan dengan perkataan itulah ibu atau bapa kepada anak-anak kita. Cuba sedaya upaya utk guna perkataan yang lebih sesuai.

4. Walaupun ada tali pinggang itam ke, putih ke, kuning ke, ijau ke..time nak gaduh janganlah dikarate pasangan anda. Walaupun setengah orang tak pandai nak karate orang, dibalingnya pulak segala benda yang ada dalam rumah. Yang ni namanya bukan nak cari penyelesaian tapi namanya nak cari pasal. Pihak yang kene pukul pulak akan lebih2 lagi menderita dalam hati sanubarinya dan ini makan kesan jangka masa panjang. Selalunya isteri yang sll kene bantai kan tapi saya rasa kalau suami yang kene bantai, mesti lagi dasat trauma dia tak??

5. Seboleh daya jangan libatkan orang lain. Takutnya pendamai yang diharapkan akan menyebabkan kekusutan yang lebih dasat lagi. Tambah pulak org yg diharapkan membantu tu tak adil (berat sebelah).

6. Mengalah aje dulu sekejap. Yang ni selalu saya sebut. Tak rugi mengalah sekejap sebab sebenarnya kalau betul kita tak salah, mengalah aje dulu. Sebab mungkin kita perlukan masa untuk memberikan penerangan tentang keadaan yang sebenarnya. Insya ALLAH anda akan menang besar nantinya.

7. Ada setengah pasangan suka diam time gaduh. Diorang main perang saraf. Keadaan ni sebenarnya bahaya juga. Sebab kita perlu berterus terang dengan pasangan. Jangan anggap dia tok bomoh yang boleh faham isi hati kita. Kalau betul dia faham, mujurlah. Tapi macam mana kalau dia faham dengan cara lain. Umpamanya, kita tak setuju atas sesuatu perkara tapi kita tak cakap. Disebabkan kita diam, maka pasangan kita menganggap kita setuju pulak.

8. Benda yang dibincangkan pun jangan la meleret-leret sampai benda zaman Jepun pun diungkit balik. Cukup sekadar bincang apa yang perlu aje. Jangan korek balik kesalahan lama pasangan, kelemahan pasangan...Dengan partner kita ni kene la berbaik-baik sbb sll org gaduh dia tak igt bahawa yang sentiasa disisi dia adalah pasangan dia tu lah jugak.

9. Jangan cuba mengubah pasangn terlampau drastik. Dia dan anda telah dibesarkan dalam acuan yang berbeza. Alangkan anda dan adik beradik pun dah lain walaupun berada dalam acuan yang sama, apatah pula kalau dalam keluarga yang berlainan. Jika anda mahu dia memahami anda, fahamilah dia dulu. Nanti secara automatiknya, dia akan memahami anda insya ALLAH.

10. Make a happy ending. Jangan lah bila dah sudah bertengkar tu, hiasilah dengan bermaaf-maafan, berpeluk-pelukan dan sentiasa ingat mengingati bahawa tsunami yang baru berlaku antara kita berdua tadi tidak sekali-kali akan memisahkan kita. Biasalah berselisih faham tu cuma jangan biar syaitan terus mengemudi jiwa kita. Sama-samalah menginsafi bahawa kita dan pasangan hanyalah insan kerdil yang dicipta penuh kelemahan.

Tuesday, August 19, 2008

Menjadi Yang Terbaik Buat Pasangan


Bismillah,

Ntah lah mata mengantuknya hari ni. Bukannya takde keje..keje tu banyak. Yang tak bestnya arini try2 buat kerabu mangga tak berapa jadi macam yang saya selalu rasa hasil dari air tangan orang. But hopefully orang yang nak makan tu boleh lah telan jugak hidangan hari ini, 'Ikan jeket rentung plus sambal belacan ditambah dengan kerabu mangga tak jadi' he he...

Setelah berkali2 berbicara tentang hal anak2, saya sekadar mahu berbicara tentang kita dan pasangan. Kerananya tertarik dengan apa yang ditulis oleh Dr Hishamudin dari Relexjap (antara banyak2 penulisan yang mesti saya jenguk). Ada banyak faktor yang boleh menjadikan kita pasangan yang terbaik buat pasangan kita. Cuma terkadang, kita terlalu terbawa2 ego sehingga mengenepikan keperluan berkasih sayang sesama pasangan.

*Attn : berpasangan yang saya maksudkan adalah untuk suami dan isteri sahaja. Minta MAKLUM..tenkiu

BERFIKIRAN TERBUKA
Kenapa perlu kita berfikiran terbuka? Terbuka pula seluas manakah yang perlu? (Erk, mesti ada salah tatabahasa nih) Sebagai menjawab soklan sendiri...
Kita perlu berfikiran terbuka adalah untuk memberi peluang pasangan kita untuk berkata-kata. Tanpa berfikiran terbuka, pasangan mungkin akan berfikir berkali2 sehingga akhirnya dia memilih untuk memendamkan perasaan. Bagaimanakah jika apa yang dia nak sampaikan itu adalah sebenarnya sangatlah penting? Jadi the best way adalah BERFIKIRAN TERBUKA. Namun seluas manakah pula harus terbuka? Setelah mendengar, maka nilailah...jika masih perlu difikirkan, maka fikir dan timbang2kanlah. Jangan tolak bulat2 tanpa menilai apa yang mahu pasangan anda katakan.

JUJUR
Pentingnya apabila kita jujur adalah...Seandainya kita melakukan kesalahan sekalipun, maka jujurlah. Kenapa mesti nak sorok2? Kang teruk kalau terkantoi pastu pasangan tau dari mulut orang lain?
* Kalau saya buat salah dengan suami, saya mesti ckp siap2 "Kalau saya cakap ni janji tak marah ek..." Most of the time tak kene marah aaa...Lebih baik mengaku salah dari terlampau melindung2 kesalahan kemudian diketahui dalam keadaan lebih mengaibkan. (HOPEFULLY)

PERLUKAH DIA SENTIASA DISISI
Ada masa kita rasa mahu bersendiri. Umpamanya untuk orang perempuan, macam masa dia nak shopping. Mungkin dia takut2 nak beli barang kalau suami dia ada sama (tapi masa nak bayar dia suka kalau suami ada he he...) Dan untuk seorang suami, mcm masa dia nak gi memancing ke (kang kalau bawak bini asyik nak pok pek ikan pun takut tgk umpan). Fahami dia dan kenali masa manakah dia tidak selesa anda berada bersama. Namun ada sesuatu yang jelas. Kebanyakan masa isteri suka jika suami ada bersama compare to suami perlukan isteri disisi.

SALING MERINDU
Bila tiba masa berjauh2an, cubalah kenangkan betapa tak best nya duduk sensorang. Seorang isteri tak membebel satu hari musti pening dan suami yang tak dengar bini membebel musti rindu hiruk pikuk ni ha ha... Tapi kalau dah kawin dan kita pilih suka duduk sorang2 tanpa rasa rindu, pastilah ada sesuatu yang perlu dibaiki antara suami isteri itu. Tanyalah kembali kepada diri, kemanakah hilangnya kasih sayang itu?

MENCARI PERSAMAAN
Betul suami dan isteri adalah saling lengkap melengkapi. Selalunya pasangan akan mempunyai kriteria yang jauh amat bezanya. Tapi, jika dicari2 persamaan (atau mungkin boleh buat2 sama), mungkin perhubungan kita dan pasangan akan lebih meriah. Umpamanya, suami yang minat dengan ikan koi (tau ke ikan koi tu yang mana?), cuba isteri tu raikan dengan menunjukkan minat. Tentu ada sebab kenapa suami minat ikan tu yang menarik dia untuk minat, pastilah anda akan temui juga punca kepada minat itu nantinya. Sesuatu yang nyata adalah "MINAT boleh DIPUPUK bila2 sahaja"

JANGAN SUKA MENYALAHKAN
Rasa diri sentiasa betul saya kira adalah satu yang berat untuk diterima pasangan anda. Bila anda sentiasa betul, maka pasangan anda akan sentiasa salah. Unless anda menganggap anda separuh betul dan dia separuh betul maka kedua2nya akan ada salah untuk tiap2 kesalahan. Barulah sama2 membangunkan diri untuk membaiki kesalahan. Inikan lebih baik dari, "Awak ni kejenya nak menyusahkan saya je. Semua awak buat semua tak kene dengan saya." Asyik komplen je kang menambahkan 'bengkek' aje di hati pasangan. Juga jangan terlampau menyalahkan diri atas tiap kesalahan. Kerananya bila aku asyik salah, dia asyik betul. Kang tak pepasal asyik2 aku yang salah. Tensinya aku dengan diri aku. - Ini lagi tak best utk motivasi diri sendiri.

HORMATI PASANGAN
Bukan isteri je kene hormat suami, suami pun sama. Sebab suami pun wajar utk hormati perasaan pasangan anda. Bila kita menghormati, kita akan lebih dihormati.

PENGHARGAAN
Walaupun sedikit ucapkanlah tenkiu. Sekalipun pasangan kita sekadar menghulurkan cawan utk kita minum, bendanya kecik tapi jika tak dihargai, dia tak akan rasa best. Tapi kalau dihargai, esok dia nak buat lagi

JANGAN MENGIKIS
Pasangan anda bukan poket anda. Kalau anda anggap begitu, pokaila dia karang. Bila nak berbelanja, maka berpada2lah. Pandang kedalam poket sendiri dulu sebelum nak suka2 seluk poket orang. He he

MERANCANG SESUATU BERSAMA2
Janganlah bila buat sesuatu tu plan sensorang. Karang jadi projek seorang diri. Betul tak? Sepatutnya kalau projek seorang diri, buatlah sendiri, jangan susahkan orang lain. So, kalau nakbuat sesuatu bersama2 maka semasa proses perancangan juga perlulah dibuat bersama2 ye...

Mmm...ntah lah labu. Harapannya ada manfaat jugalah diatas idea yang sebenarnya dah biasa pun kita baca, kita dengar, kita buat. Hakikatnya kita memang merancang, ALLAH lah yang akan menentukan perancangan itu bakal berjaya atau tidak. Jadi pohonlah di kebanyakan masa agar ALLAH mudahkan semua perancangan kita.

Sunday, August 03, 2008

Pertolongan Suami, Penghargaan Buat Isteri


Bismillah,

:) Setelah lama memendam macam2 benda yang nak ditulis, hari ni saya nak juga menulis. He he terpaksa la Arwa, Cik Timah (staff saya kat kedai) pegang kejap. Awal2 aritu dia kekok pegang Arwa. Tapi skang, saya dah boleh kata, "Boleh lah tu Timah, kalau hang nak beranak..he he"

Tajuk diatas tu adalah kene mengenanya dengan kehidupan semua orang yang dah kawen. Saya? Mustilah pernah mengalaminya. Kalau tidak manakan nak tulis tajuk ni. Kenapa pulak saya pilih tajuk ni? Sbb sungutan dan rungutan yang tak pernah sudah kaum isteri yang sering dilambakkan dengan keje pejabat, keje umah, keje sekolah anak pun kadang2 dikejekan dek mak2 macam saya..he he.

Mungkin saya beruntung kerana dikurniakan seorang suami yang 'berfikir'. Kenapa saya kata berfikir? Satu hari saya pernah tanya suami saya, kenapa ada orang yang beranak sikit pun tapi selalu mengomel2 macam anak tu adalah beban yang berat buat diorang? Setelah berbincang2 suami saya mengatakan, tu lah pentingnya seorang suami membantu isteri.

Kemudian, saya terfikir pula, "Abang, macam mana abang boleh nak tolong saya kat umah?" Kemudian dia pun kata, "Orang yang tak fikir je yang tak tolong bini." Opps, pedas ka? Ya..mungkin pedas kot untuk sesetgh kaum lelaki (rasanyalah..)

Sebenarnya, ada benda kecik je yang dibuat dek kaum suami ni tetapi membawa kepada sumbangan besar kepada isteri. Sebagai contoh yang paling dekat dengan saya adalah, seorang bapa boleh tolong jagakan anak bila mak diorang buat keje kat dapur. Anak-anak ni teramatlah minatnya nk join mak kat dapur tapi ini tak secara langsung akan membuatkan keje menjadi lambat.

Oleh sebab itu, inilah antara benda yang membawa sumbangan besar kepada isteri. Kan kalau suami tolong jagakan anak iaitu dengan bermain dengan anak, atau alih perhatian anak dari ganggu mak diorang, makanan akan lebih cepat tersedia dan manfaatnya, abah diorang boleh makan lebih awal.

Satu lagi sumbangan yang saya rasa turut membantu. He he...time2 bini ada mood nak buat keje, tolonglah jangan tidur. Kenapa? Sebabnya nnt bini2 sekelian akan merasa jeles dan secara tak langsungnya dia pun malas buat keje. Time ni jangan salahkan bini kalau bini tak buat keje. Dia insan biasa dan dia akan geram kalau suami dia dipandang seolah-olah terlampau 'penyabar' dengan gangguan rumah yang semak, makanan yang tak sempat dimasak dan anak-anak yang terbiar.

Perkara yang sebenarnya kecil ini sebenarnya membawa erti yang besar buat seorang isteri. Jika anda membuatkan jiwa isteri anda gembira, maka dia akan gembira dan akan turut menggembirakan anda semula. Mmm...kesempatan ini saya turut ingin mengucapkan setinggi2 penghargaan kepada 'En Abah' yang berfikir untuk kelangsungan kerajinan Umi...Tenkiu!!!

Tuesday, August 07, 2007

Suami Mithali...


Bismillah,

*Dirujuk dari Dr Fadhilah Kamsah..

Kemungkinannya, apa yg bakal disembang ni seswai utk bakal2 pengantin tapi buat pengantin lama, apa kata refresh semula. Buat arini mcm ari mula2 kawen? Boleh ka?

Walaubagaimanapun, ada beberapa tips telah menjadi ulangan bagi tulisan2 saya terdahulu - ini mungkin menandakan tips itu adalah antara yang terbaik untuk diamalkan. Manakan tidak, sana sini orang akan menuturkan perkara yang sama. Selebihnya mungkin sekadar ulangan supaya yang dah terlupa diingatkan, yang tak tau boleh belajar..kan?

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
- Uiiyyoh, kata Dr Fadhilah, tanpa niat anda TAK MUNGKIN jadik suami yg cemerlang. Sekali fikir mmg pun tak dan mmg ada hadis pun kan yang satu2 amal tu mesti disertai dgn niat. Tapi kene ingat aa brader, kalau niat aje, tak amal pun tak aci jugak.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
- Laki2 yg baik adalah utk perempuan yg baik dan begitulah sebaliknya. Walaupun terkadang ada kes terpencil mcm Asiah yg bersuamikan Firaun. Pasti ada hikmah yang telah aturkan utk hambaNya tapi mereka yang berfikir aje yg tahu. Kalau yg tak berfikir2 tu, taktau la nk komen mcm mana. Kita sepatutnya bersyukur kerana tak semua orang boleh kawen tau. So, kalau dah kawen tu, syukurla... Sbb bila kita bersyukur, kita akan lebih menghargai isteri kita.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
- Susah ke nak jadi suami kebanggaan. Isteri2 ni mmg tak dinafikan, suka main banding2 kalau dok setempat. Orang laki pun sll mcm tu kan? Cuma bezanya org laki jarang sembang pasal umah tangga. Memang sll kalau perati dlm TV pun, isteri2 suka bandingkan suami masing2. Sape yg dapat suami yg boleh dibanggakan, musti la rasa hepi kan...Suami org lain tak mcm suami dia dan sape yg suami dia paling hampeh, musti la rasa keciwa. Tapi ini bukan matlamat yg saya nk bgtau. Isteri yang baik, dia takla kecoh2kan terutamanya kelemahan suami dia. Saya nk bg contoh, mak ayah kita perlukan orang utk betulkan paip rumah. Tapi suami kita offer tolong buat, so tak payah upah orang. Tidakkah perkara kecil ini membuatkan si isteri rasa berbangga. Tatkala kawan sepejabat mengadu suami dia tak tolong buat keje umah, kita boleh rasa alhamdulillah, suami aku beres...

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
- Sekalipun bala bencana telah menimpa anda di opis, cubalah jgn bawak balik masalah tu ke rumah. Kerana isteri yang baik akan rasa bersalah walaupun dia tak salah yang sebenarnya. Bila anda pulang dgn senyuman, anak2 akan ada mood nak main2 dgn anak dan ini adalah ubat terbesar utk masalah yang anda galas di pejabat. Keesokannya, anda akan lebih bersemangat.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
- Memang kalau ikutkan, zaman cari duit ni, masa 24 jam yg ALLAH bg tak jugak cukup2. Tapi takkan takde masa nak bersembang dgn isteri? Pandai2 la curi masa. Masa yg seswai bagi saya adalah selepas Subuh, seusai solat berjemaah. Tika lain, time balik keje. Satu lagi time nak dekat tido, especially kalau anakanda2 dah tido.

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
- Ni orang skang kedekut nak tepon tya bini dah makan ke? Anak kat umah buat ape? Ada barang kat umah dah beli ke? Ni idea tambahan ni, yang boleh ditambah tya kalau dah malu sangat tepon semata2 nak cakap, "Ayang, abang rindu aa..". Yo lah takut saham jatuh terguling2. Kalau susah sangat nak tepon, SMS aa...Teknologi punya la canggih. YM ada nak chat tapi apa kelas nak chat dgn bini sendrik. Tak rock konon...

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
- Memang bg jenis lelaki yg serius, susah nak cari benda nak buat lawak. Tapi kalau tak buat lawak, takkan tak pandai sikit pun nak bergurau. Takkan asyik direct aje. Sekali bini tgk, ntah2 dia fikir, nih laki aku ke robot aja. Saya rasa memang bergurau2 ni adelah antara cara yg baik apetah lagi Rasulullah junjungan kita juga selalu bergurau dengan isteri Baginda.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
- Ya, ni lagi satu. Dah kat umah kalut dgn anak, kat opis kalut dgn keje. Time diberi kesempatan dok dalam kete, especially kalau perjalanan jauh, apalah salahnya kalau cari benda bersembang, anda yg memandu pun hilang ngantuk dan isteri pun rasa suka. Hei, sape yg tak suka sembang dgn suami sendrik. Lagi satu, kalau tetiba diam, acu amik tangan isteri letak atas paha korang. Saje2... Saya pernah baca zaman kanak2 lagi dalam majalah wanita, time tu saiz dia besau tapi saya boleh ingat sampai arini.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
- Mmm...yang ni kerap bebeno dengar. Makan berjemaah. Sekali dengan anak2 dan kalau lebih baik, cuba makan dalam talam. Benda sikit pun rasa banyak.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
- Betulke sunnah ek, mcm tak ingat tapi ni lah yg saya dapat dari salinan asal. Kalau salah, tolong betulkan ek... Amalan ni pun memang glamer. Tak payah tiap ari pun, kadang2 aje dah cukup untuk isteri teringat2kan suami dia.

Hah...Seploh aa dulu...Yg lain2, next time ek...

Saturday, August 04, 2007

Petua Rumahtangga Bahagia



Melihatkan tajuk, memang biasa...Juga artikel asal dah berulangkali melintasi mata saya. Hari ni, saya nak hadamkan...Mana tau ada satu dua bakal menjadi amalan baru saya dan pada sesiapa yang membaca. Moga ada manfaatnya kali ini.. :)

1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama - Kegiatan ni tak kiralah apa2 kegiatan pun. Ada yang shopping pun nak berdua sbb poket isteri kan selalu ada kat suami he he...Tapi suami saya sendiri tak minat nak berwindow shopping. Bab ni memang kitorg tak buat la. Tapi kalau merata2 naik kete berdua tu kerapla jugak. Kalau bab makan, suami saya pulak memang suka macam tu tapi saya selalu mintak dia makan dulu time anak takmo duduk. Kalau dalam bab makan ni, kawan saya pernah cerita masa dia awal kawen dulu. Dia makan siap2 sebab suami dia lambat balik. Time dia jamu lauk atas meja, dia panggil suami makan n dia gi lipat kain, tgk TV ke atau basuh kain. Sekali kene sound da...Tau dia sound apa? "U ni jamu kucing makan ke?" Ha ha..Start dari situ saya pun turut berfikir ape...Betul jugak kalau jamu lauk dengan nasi tapi kita tak tunggu suami makan. Tapi ade pulak bini yang amik kesempatan kalau temankan suami makan. He he...Tumpang utk second round!! Ahaks, mane la tak sihat alhamdulillah. Bab mandi sama, bunyi cerita memang ramai yang suka esp mereka yang ada bilik air dalam bilik tidur tu. Kalau umah tu share dengan ramai orang mcm dok umah mak ayah, susah la sket. Kene curi2 mandi sama....

2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan - Bab tidur atas lengan tu mcm jugak Saidini Ali dan isteri kesayangannya Siti Fatimah. Zaman skang ade lagi ke aa laki yang sudi bagi lengan dia untuk sedikit keselesaan isteri dia tidur. Ntah2 ramai yang taknak sbb konon2 bini tidur buas. Karang dia yang tak lena sedangkan itu alasan jek kan. Bab berjalan sebelah belakang bahu kanan tu, saya pun tak pasti mai mana. Tapi bahagian yang baik memang belah kanan kan dan biar suami kedepan sikit memang lah sbb suami kan ketua keluarga.

3. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri - Ha ha...Ni tgh musim durian lah. Ade pulak yang makan petai cicah dengan budu + durian. Jgn kata bau mulut jek, time musim ni bilik air pun ade bau durian. Huhu...Yang ni memang mimpi ngeri buat mereka yang mengandung terutamanya. Bab bau badan memang la. Makcik saya kata, air adelah minyak wangi yang paling baik. Means kene la mandi pada masanya kan? Kalau tak boleh rasa la bau badan yang best tuh... Kat umah, ada setgh org tak pakai minyak wangi sbb maklumla minyak wangi mahal, takut habis cepat sedangkan untuk org perempuan, dia perlu pakai kat dalam rumah aje. Kat luar bukan nak ngorat sesape pun yang pakai sampai tersangkut anak tekak org lain. ;) Mmm..Ada butui ka?

4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya - Yes!!! Ayat ni menyebelahi saya. Ada seorg kawan saya cerita, suami dia sll keluar malam. Diorg laki bini pun member saya jugak. Saya cakap dia call la kasik dia bosan nnt dia balik cepat. Dia kata dia dah buat sampai last2 dia yang bosan nak call. Suami dia kata on the way tapi benda 5 minit pun jadi 5 jam kalau org laki jumpa 'gu' dia nih. Mungkin ramai isteri yang suka suami ada kat umah walaupun dalam keadaan tgh perang dingin. Tak percaya? Cuba slow talk brader...Saya rasa jawapannya mmg korang kene byk dok umah la...Tapi bukanla takde pengecualian. Dia kan patut pegi solat berjemaah di masjid, perlu bermasyarakat tapi aktiviti luar tu biarla ada kawalan. Jgn la tgk bola sibuk dok kedai sedangkan kat umah ada TV. Mmm...Bab bola...Patut ke org laki tgk???

5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan - yang ni bisa buat saye jadi pusing. Ke org lain tak pusing? Benda ni kene kreatif ooo... Sll tocang satu seminggu lepas tu kene tocang dua. Macam tu ke? Ishh...Tapi kalau alter barang2 dalam umah ke, yg tu logic aaa jugak. Any idea?

6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga - Ha ha..Bab kreatif sendri mcm yg saya cakap tadila...Kene pandai fikir sendiri. Memang serasanya tak mudah tapi kalau kita biasakan contoh, baca al-Quran beramai2 sekali seminggu pun dah cukup mengikat rasa kekeluargaan dengan pasangan dan anak2.



7. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu - Once kita ada salah faham, jgn sekali2 cari benda yang lebih menyakitkan hati untuk difikirkan. Fikirla tentang benda yang best2. Actually saya tak berapa berkenan ingat kembali kenangan manis semasa bercinta. Sbb bunyi macam suruh ingat benda yang seblom kawen kan? Adalah lebih baik fikirkan tentang awal2 kawen. Sbb saye pun kenal suami selepas kawen.

8. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak - Siapa yang pernah tgk isteri beranak? Memang saya tabik aa.. Sbb saya dah jumpa sendiri suami yang tak berani tgk bini beranak. Tiap kali bini dia nak push keluarkan anak, dia mula rasa nak terberak...Ha ha..Lucu kalau ingat. Rasa2 org laki la...Bini korang senang ke time ngandung? Memang la baby tu tak terasa bebannya sbb dia usung anak korang tu dgn kasih sayang. Saya sendiri mengaku saya paling suka lepas bersalin, suami akan cakap, "Terima kasih...lahirkan sorang anak abang yang comel" Dan saat yang lain yang paling mengharukan saya adalah bilamana suami saya bangun malam untuk membancuh susu anak kalau anak nangis nak susu.

9. Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk)- Uhuk..Bab ni saya tak pandai nak kata apa2. Sbb saya takde pengalaman lagi keluarga terdekat. Kawan2 memang ada tapi benda yang sakit2 mcm ni, orang mcm saya memang tak suka nak amik tau. Tapi rasa suami saya pernah cakap, kalau suami tu dah ceraikan isteri dia, dia yang kene kluar rumah tu sbb bini dia takleh kluar umah. Tapi bab cerai ni fikirlah baik2 betapa susahnya kita nak berumahtangga dulu, tiba2 senang2 nak cerai. Juga fikirkanlah anak2. Kenapa kita tidak berubah dan selalu berfikiran positif dan memilih jalan terbelah dua ni? Tapi keadaan akan kekal sama andai yang berubah hanya sorang. Kedua2 perlu membaiki diri.

10. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat - Same je, isteri pun. Kalau ada masalah pape, ada tikanya kita boleh share dengan keluarga mertua. Saya cakap dari pengalaman ni sbb once ada masalah, kita lak ngadu dgn kluarga sendiri, biasanya keadaan akan jadi lebih panas. Bukan lebih baik tu...

11. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri - Sekalipun suami tu wakil sekolah ke, wakil rakyat ke, wakil negara ke hape...pastikan la anda punya masa dengan keluarga anda. Pernah tak baca pengaruh bapa dalam pembesaran anak2? Walaupun orang laki nampak diam jek dalam rumah tapi kehadiran anda dalam rumah mempunyai sumbangan besar dalam kebahagiaan keluarga anda.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung - Kalau perati2 memang wanita ni giat lebih2 kalau join pape pun. Tak percaya?? Tak kisah la persatuan ke, politik ke, MLM ke...Kalau bukan wanita yang menggerakkan, musti slow abis cawangan tu. Once sibuk, anak2 tinggal kat bibik...Tu yang anak suka cakap indon tu. Ha ha...Kalau tadi dikatakan kehadiran ayah memberi sumbangan besar pada pembesaran anak, pasti kehadiran ibu adalah berganda2 penting dalam rumah kerana air tangan anda, akan menentukan halatuju ahli dalam keluarga anda itu.

13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga - Even suami atau isteri kita dah kurang sikit pendengaran, maklum aa umur veteran. Nak cakap kuat kene la jgn sampai bunyi menengking. Memang saya dah jumpa pun pasangan yg suami dia terasa bilamana bini dia cakap tengking2 dgn suami dia. Tapi bila tanya bini, dia kata cakap slow2 laki dia tak dengar. Memang tak dinafikan ada org yg mmg brutal tapi gitu aa...Dgn kluarga, kene jugak belajar berlembut2 supaya anak2 jugak tak brutal mcm kita...Ha ha...

14. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah - Yang ni saya pernah tya secara rawak . Kat umah takde la kene bergaya gila2 asal jgn selebet sangat jek. Jgn nampak beza sangat luar dgn dalam umah.

15. Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut - Sama jugak mcm tadi, berlembut2 ni kalau dibiasakan, tak kira la bercakap ke, masak ke, mengemas ke...Sume nampak licin jek. Cuba bayang kalau kita buat ganas2 takke nampak mcm ngamuk..ish..Huduh2!!! orang yang biasa lebut2 ni, kalau gaduh pun tak nampak gaduh..Percayalah!!



16. Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian - Teringat nya arwah tok saya. Selalu dulu diatidur dgn saya aa kalau saya balik kampung. Maklum la cucu sulung. Lepas saya 4 tahun baru ada adik. Lagi lah manja. Mcm mana ek perasaan arwah wan masa tu?

17. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri - Ya betul, bincang slow2...Jgn kecoh2. Benda kalau kita suka nak kecohkan, memang kecohla jadiknya.

18. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga - Kalau kita biasakan berada bersama keluarga, insya ALLAH takde masalah dalam hal ni. Cuba banyakkan xtvt yang melibatkan semua ahli keluarga.

19. Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia - Usik2 manja, pegang tangan depan anak, peluk bahu isteri depan anak2...Anak saya sendiri walau baru 3 tahun tersengih2 kalau tgk abah dia usik saya. Ntah apa la dia faham tapi satu benda yang perlu kita faham adalah, sengih tu menunjukkan jiwa dia bahagia. Setuju??

20. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka - Walaupun boleh diberi pilihan, jgn sampai bebas sangat tu. Bagi pilihan tu untuk menunjukkan mereka ada hak dan jgn bagi bebas akan menunjukkan tidak semua benda dibolehkan untuk mereka.

21. Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian - Rajin2 la buat mesyuarat walaupun kadang2 nampak mcm angan2 je, tapi setiap realiti selalunya bermula dari angan2. Jaga baik2 cara pengaliran kewangan ahli keluarga. Sebab duit mempunyai pengaruh besar dalam keluarga.

22. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan - Bab solat berjemaah memang takleh nafikan lagi. Saya boleh bezakan keluarga yang biasa solat berjemaah dengan yang tidak. Walaupun ada dua keluarga bahagia, satu yang mengamalkan solat jemaah dan satu lagi tidak, masih wujud kelompangan dalam keluarga yang tidak membiasakan solat jemaah ni. Mungkin kerohanian mereka tak bersatu.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya - mmm...Yang ni memang kene jaga sbb benda yang mendaging dalam tubuh mmg kene jaga. Dia akan mendatangkan kesan yang sangat besar dalam kehidupan. Ingatlah keterlibatan kita dalam riba, makanan halal tapi dicuri semua tu mendatangkan kesan buruk terhadap jiwa dan jika ini disuap ke mulut keluarga, pasti juga jiwa mereka terdedah kepada titik hitam.

Adush...Lama dah tak menulis. Terasa krem kejap otak. Maklum aaa nota ada 23. Byk jugak la yg baru2 belajar. Korang yang membaca, ada tak manfaatnya? Walau apa pun yang kita amalkan, kembalilah kepada ALLAH. Minta ALLAH tunjukkan jalan yang betul utk dilalui. Amin!!

Monday, March 12, 2007

55 Reasons why I love You



Boleh agaknya kalau sekali-sekala kita anto msg mcm ni pada pasangan kita kan...Mmmm cutenya.....!

1) The way you stand by my side
2) The times you make sure nothing will harm me
3) How you always find a new way to "WoW" me
4) When I'm sad, you take the pain away with a joke
5) How you always look deep into my eyes
6) How you can make my heart melt with your soft lips
7) The way you hold my hand so tight
8) The way you never let my hands go
8) How you always watch out for me
9) They way you make sure I have everything I need
10) How you always know what to say when I get mad at you
11) When you buy me things out of the blue
12) How you say the cutest things over and over and never gets old
13) The way you play with my hair when I'm falling asleep
14) The way you stare at me as if I am the most handsome guy in the world!
15) The times when you where determind for me not to be mad at you anymore
16) The way you look when I get all dressed up
17) The smile you give after I'm done kissing you
18) The way you act like a dork but make me laugh
19) The way your not embarrased to say or do anything in front of me
20) How you can just defend me and not be scared
21) They way you walk when you get sad!!
22) The look you make when you get jealous
23) When Im feeling the worst, you make me feel the happiest
24) The way you sing to be all cheesy
25) How you can just drive hours to see me for a day
26) How you always finish my sentences
27) How your the only one who thinks im NOT weird
28) How your the only one who gets my joke... and laughs
29) The way we play stupid games, but you play anyways
30) How I can never hate you
31) How you love me like no other
32) The way you touch me as if I might break
33) How you tell me long stories that have no meaning, but you know I'll listen anyway
34) How you listen to me talk for hours
35) How you forgive me when I do wrong
36) How you hardly ever get mad at me
37) The way you look after I say I love you
38) How times it seems like we're the only ones here
39) the way your not embarrased to call me sweet things in front of anyone
40) The way you call me every freakin minute
41) The way you always find a way to see me or talk to me
42) How you put ME before you friends
43) How you would do anything I say
44) The way you get my attention
45) The way I turn you on, without me doing anything
46) How you can just speak your mind
47) How your not afraid to tell me your feelings
48) How you can cry in front of me with out being shy or embarassed
49) How you can diss parties to just stay home with me all night
50) How we talk on the phone all night
51) How we both get along so well
52) The way you spend all your money to buy calling cards for me
53) The way we're so much alike!!
54) How you make me feel when I think I'm nothing
55) the way you inspire me with your thoughts and emotions!!!!

thanks for aini rani for this nice email

Monday, February 26, 2007

INTIMKAN yang renggang, CERIAKAN yang suram




Assalamualaikum,
Satu perkahwinan, tak payah la tunggu 20-30 tahun untuk timbul rasa jemu. Kadang tu baru 3 tahun kawin pun boleh datang rasa jemu dan membuatkan rasa kasih sayang kita jadi jauh. Tu sebab kita perlu kreatif dalam satu perhubungan agar rasa jemu ni tak senang datang dalam hubungan kita suami isteri. Bila kita kreatif takde la lagi cerita laki aku gi cari pompuan lain, bini aku main sms dgn pakwe lama.. macam-macam ade kan…?

Terbaru kisah dua pupu saya. Actually saya tak rapat sangat la tapi still ingat zaman kitorg budak, dia la geng kamcing tapi mai umur banyak nih, ntah mana dia duduk pun saya tak ingat. Tapi arini, kalau org tya saya ingat la sbb baru lagi dapat maklumat ttg dia. Dia dalam linkungan umur saya kalau tua pun, tua setahun dua je. Dah ade anak sorang.

Apa yang kesiannya, suami dia dah berkahwin lagi. Kata mak dia, selepas kawin pun dia tanak lepaskan pupu saya ni so, diorg buat tuntutan di mahkamah. Dan sekarang pupu saya tu dah sah jadi ibu tunggal. Saya tumpang sedih dan kalau dengar cerita macam ni maunya 2-3 hari asyik teringat aje kat pupu saya ni dan terasa sangat nak menolong tapi apa nak buat pulak. Dah la lama tak contact boleh jadik 15 tahun dah agaknya. Tapi saya doakanlah dia semoga tabah dalam menghadapi liku hidup atau dalam bahasa canggihnya mehnah dan tribulasi…he he…baru belajar..

Sebetolnya, JEMU ni senang je nak buang. Jgn lakukan benda yang terlalu rutin. Kene variasi sikit barula kita tak mudah jemu. Benda yang kita variasikan pun jgn la diulang2 kang yang divariasikan pun kita jemu pulak. Kita hanya perlu lakukan kelainan sekali seminggu je, tak pun sekali dalam 2 minggu atau…sukati la.

• Jangan ada yang mengganggu
o Apa benda yang selalu ganggu kita ni? He he…nak kata anak2 kadang anak 2 dah cukup sporting dah kasik can kat parents untuk berdua-duaan. Well, tanpa kita sedari, tabiat kita yg suka tangguh keje adalah satu gangguan. Bila mana kita tak manage masa dengan baik, rumah bersepah, makanan tak masak, diri serabai yang suami asyik bertenet ngadap komputer utk abiskan keje pejabat di rumah. Takke ini mengganggu? Sepatutnya, kalau kita pandai bagi masa dgn baik, masalah ni takkan timbul. Cepat2 abiskan keje dan masa rehat, dah boleh bersandar dgn pasangan sama-sama
• Cari tempat perjumpaan rahsia
o Saya ada kata pada suami bestnya ye abg kalau kita dok kat PD ni, dia biasa la sengih aje. Tanah kat tepi pantai mahal katanya. Macam saya minat tepi pantai ni. Petang2 abis keje ke, kalau saya dok kat PD la, mesti saya nak dating kat situ. Mm, bg org yang duduk dekat dgn air terjun leh le lepak kat tepi air terjun. Pun best jugak kan? Kalau satu tempat tu takde air terjun dgn pantai mcm ne? ajak la pasangan ke kedai makan ke, koman2 pun takkan takde taman rekreasi.
• Sentuhan romantik
o Masa yang dapat kita dok berdua, picit2 la apa yg patut. Kalau kita pandai mengurut mungkin satu bonus, mana urat tegang boleh la tolong kendurkan. Mana yang sakit dijampi2kan. Sebenarnya urut ni masuk perkara kedua, yang penting belaian kasih sayang tu. Anak2 tengok pun suka sbb kita mak ayah ni romantik je.
• Bermain bersama
o Sekali sekala, kalau kat umah ade dam haji ke, catur ke…tak pun mcm kami laki bini beli reket badminton tu yang singgit dua just nak buat main sekali dua je. Ptg2, pulun main sampai berpeluh-peluh. Best gila…
• Suasana romantik
o Kalau kat dalam umah, saya cadangkan bilik kita laki bini mesti ala2 gelap dgn kaler cadar dan langsir yang lembut, ade bunga sikit…pagi2 saya suka spray bilik dgn minyak wangi suami saya..he he…nnt balik keje biasanya bilik tu still berbau sedap rasa bestnya lepak dalam bilik tu.
• Variasikan aktiviti
o Mcm yang saya kata mula tadi. Minggu ni kalau dah gi shopping, mgu depan gi la jogging pulak. Mgu lusa plak gi mancing ke…
• Jangan besarkan hal yang kecil
o Jgn besarkan hal yang kecik esp masalah yang ade sangkut paut dgn pasangan. Satu2 peristiwa sedih tu esp kalau dah selesai lupa2kan jelah. Kalau ingat sekalipun, jgn la diungkit2kan. Mmg luka meninggalkan parut tapi ada baiknya kalau kita tak besarkan parut sedia ada. Kalau kita hargai pasangan, pasti dia akan lebih2 lagi menyayangi kita especially bila kita terima kelemahan dia.
• Gunakan kelebihan diri
o Ha.. ingat tak apa yg ada pada diri kita yang membuatkan pasangan kita nak kan kita? Kalau pasangan tu nakkan kita sbb kita pandai masak, masakkanla yang sedap2. ulang balik ape yang dia suka kat kita dulu. Kalau sebab cakap lemah lembut, so, jgn la lepas kawin ckp mcm gorilla…tapi mcm mana ek kalau dulu laki kita nak kawin dgn kita tu sbb kita setuju dgn konsep poligami? Well, psikologi tu penting…belajo lah utk masa depan anda…he he
• Kasih sayang
o Penekanan kasih sayang dalam keluarga sangat penting. Bila kita ajar anak2 berkasih sayang, secara indirect kita akan memesrakan lagi hubungan kita suami isteri…cubalah…insya ALLAH…

Itu saje untuk kali ini…semoga ada manfaatnya…salam!!!

Saturday, February 17, 2007

Banyak untungnya kalau faham lelaki


Assalamualaikum,



Isi saya arini diambil dari artikel oleh DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj seorang motivator yang berwarna warni. Saya teringat saya hadir ke satu kursus dimana penceramah nya pesan. Boleh kalau nak pakai mcm Dr Tuah tapi jgn masa inteview..he he…sbb kalau bawak gi interview alamak cumilnya nnt.

Mungkin artikel ni sesuai utk golongan isteri. Sorila saya tak nak buat artikel utk sorg awek nak ngorat balak dia. Tu kan tak sesuai dalam Islam. Well, untuk golongan isteri, untung kalau kita faham lelaki. Sbb diorg ni nak kita faham dia. So, kita faham la sbb ade masa dia tanak kita layan dia pun ha..time mcm ni la kita boleh rilek2 dgn benda lain. He he…Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi penyebabnya. So, bila dia diam aje so let him be…sbb emosi org laki umpama getah. Sekejap je nnt kang dia nak la balik kita manja-manjakan dia.

Tak mcm org perempuan, time kita beremosila lagi nak duduk bawah ketiak dia. Nak mengadu itu ini. Nangis2 lagi. Mcm2la seolah2 kita nak dia tau semua isi hati kita..tupun kalau dia nak dengar la kan…

Diorg ni kalau time nak dudk sendiri tu, tak payahla kot rasanya kita nak sibuk2 pujuk sbb kadang tu tak pasal je dia tak marah kat kita jadik marah pulak. Mungkin dia hanya perlu ‘tempoh bertenang’ untuk fikir jalan penyelesaian masalah dia. Dia bukan jenis kelam kabut mcm kita. Kalau tak dilayan mula nak merajuk.

Bila suami kita rasa nak berjauhan dari kita, biarla sekejap. Bukan ape, takut la tempoh bertenang tu dah nak bertukar jadik tempoh bertendang kan…so, biar dia cool sendiri. Org laki kan ade ego, mungkin dia tanak kita sebuk2 dgn masalah dia. Beza sangat dengan org perempuan kan? Kalau macam saya time saya sedih2 ade problem, saya nak share dgn suami. Tanak sekejap pun jauh dari dia. Cukup dia kata “Dah la tu…”

Inilah kuasa ALLAH. Dia jadikan kita saling lengkap melengkapi. Mana kita kurang dia tambahkan, mana dia kurang kita pulak cukupkan. Cara org lelaki berfikir adalah makro iaitu melihat secara keseluruhan tapi kita? Kita berfikir secara mikro iaitu fikir secara terperinci. Macam nilah, laki ni kan pemimpin keluarga, so, ibaratnya dia dok atas pokok dan dia dapat lihat secara keseluruhan bila buat keputusan, tapi kita fikir pasal satu je dari byk2 ranting.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Kat sini lah kesabaran tu penting. Yang saya nampak la dalam drama ke, novel ke, kisah benar org keliling saya ke, biasanya satu pergaduhan tak kan melarat melebih2 kalau yang bersabar tu adalah isteri. Bukan kata laki tak payah sabar tapi yang kene terlebih sabar tu adalah org perempuan. Mungkin ada yang tak setuju. Saya kata begini bukan apa sbb saya fikir kalau kita menglah dalam satu dua perkara..kita akan menang dalam berpuluh perkara lain. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.
Mcm mertua saya pesan. Kalau suami marah biarla dia marah. Jangan lawan. Nnt bila dia dah habis bateri, kita bg makan. Lepas makan, jamu air. Masa jamu air tu, Tanya baik2…cakap elok2…seelok2nya jauh dari mata anak2..nnt payah nak buat aksi romantik. Time mcm ni la baru kita akan menang. Biasanya time bateri dia abis ni, dia pun maleh nak cakap dah.
Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

He he…ye kot agaknya kucing pun boleh pening. Lagi elok kalau kita hanya berleter dalam hati je….tapi sape yg tahan tu lebih kurang mcm pendam perasaan lak kan? Saya jenis yang minat menulis so, biasanya kalau jadi mcm ni, saya tulis. Pastu letak kat tempat yg suami boleh terserempak dgn tulisan saya. Tu cara saya la…tapi jarang saya menulis. Tak dan kalau di rumah. Kadang tu dah separuh tulis saya sengih sendrik…ek ele aku ni emosi plak. Buat pe nak penin2.tapi satu cara yang paling efektif adalah dengan mengadu pada Tuhan. Sbb hanya ALLAH lah yang menguasai hati kita. Mintak agar ALLAH tetapkan hati kita dan suami. Jgn retak belahkan jiwa kita. Bahagiakan hidup kita. Dan jangan lupa doakan ibu bapa kerana mendoakan mereka akan mendatangkan kebahagiaan secara tak langsung pada kita.

mm.. tu jela ye utk kali ni. Semoga ada manfaatnya…ADIOS!!!