Thursday, May 28, 2009

Award Dari Halilah & MommyLyna



Bismillah,




Hihi..dah lama talak dapat award, maybe blog ini suda tidak laku..(bluerrkkk mcm lah dulu pernah laku...ekekeke). Kebetulan dapat award yg sama dari dua org yang tidak sama. Kih kih...so mcm Mommylyna, saya sum up dalam satu entry ajek..


The rules: Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini :



  • Iela adalah orang pertama yang saya tengok di hari pertama saya masuk matrik dan rasa nak kawan dengan dia. Time tu dia makan di dewan makan dan duduk meja depan sekali. Ntah le nape saya rasa mcm tu...dan tgk2 rupanya saya memang sekelas dengan dia..hihi

  • Mukanya garang, mula2 berkenalan dengan dia dapat rasa dia sangat sinis dengan orang yang mula2 kenal...tapi bila dah kamcung, hihi...Tuhan aje la yang tahu kan Iela??

  • Kitorang pernah sama2 berlakon jadik 'setan bertanduk' without practise. Saya jadik setan kurus & Iela jadi setan gumuk...kihkih..benci aaa berlakon tu sampai berminggu2 org depan bilik saya (K.Amriza) menjerit2 kalau sama2 bukak pintu pada waktu yang sama. Kitorunk telah merasuk budak2 kelas kitorunk supaya jangan buat baek (setan mestila kejenya gitu kan?)

  • Halilah adalah kawan merempit saya. Sebab dia satu kumpulan saya masa kat UKM so kebanyakan masa kami bersama2. Satu Keyel kami redah dengan motor ku.

  • Juga kerana berkawan dengan Halilah lah, maka ALLAH telah mentakdirkan saya begini hari ini. Dulu saya jahat, sekarang pun jahat juga tapi saya segan dengan kejahatan saya dulunya. Dan sebab berkawan dengan geng diorang lah saya kenal erti 'rajin study'. Serius geng diorang ni boleh tak tido malam dan saya menyesal kerana satu malam itu saya tak tido sampai ke hari ini :P (tolong maklum bahawa saya adalah seorang yang kuat tido sejak azali)

MommyLyna



  • Budak ni dah lama saya kenal dan dia suka saya panggil dia budak sbb dia perasan dia terlampau muda berbanding usianya...keh keh

  • Walaupun dah lama saya kenal dia, saya baru perasan yang forum MSK (mysuperkids) tu dialah yang punya (adakah aku yang hampeh kerana lambat menyedari hal ini)

  • Walaupun forum itu cukup meriahnya, dia tidak pula pernah mem'promote' forumnya itu kepada saya. Apa yang kami sembang selalunya lain dari cerita di dalam forumnya. Erk..dak Lyna, ngko agak aku sempatkah nak berforum sedangkan 4 anak ku neh tak abis2 aku forumkan??kihkih

  • Sangat petah berkata2 berkenaan hal kewangan. Tolonglah dapatkan info tentang itu di blog dia atau di MSK

  • Dua anaknya Fahry dan Hafiy sangatlah glamernya sbb dia promote merata2 nama dua anak encemnya

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya :


Adei, bercerita pasal diri sendiri ni yang susah neh....



  • Setiap masa saya mesti ada sorang best friend, masa sekolah rendah namanya Azee Azwani Abd Aziz dan skang adalah teman shopping saya di ptg hari. Di sekolah menengah pulak baik dengan Amelia Ahmad Shahruddin dan di UKM Syuhairah Hamzah. Pun begitu, saya juga mempunyai geng yang ramai dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah

  • Masa disekolah rendah, dalam kelas saya sentiasa dapat top 3 dari darjah 1 sampailah darjah 6 tapi masa kat sekolah menengah saya telah membuat 'terjunan lombong' dengan top10 dari bawah setiap kelas yang saya masuk (tapi kelas tu makin meningkat each year Okeh). Cuma masa tingkatan 4 saya telah dengan tiba2 dapat no 1 akibat dari terlampau tumpu pada matapelajaran AddMaths yang orang lain tak amik hirau...keh keh...thats y they call me sitisifir

  • Masa sekolah rendah, gelaran kawan2 saya kepada saya adalah 'Mak Enon'. Puncanya saya backing Azee bila ada org nk buli dia dengan panggil orang tu 'hitam macam buntut kuali'. Cinabeng btul la mamat yang panggil gua 'Mak Enon', sampai arini kalau terjumpa kawan sekolah rendah, mereka akan tya balik, "OO....mak enon kan ni??" rather than remember my nice n cute name..mencik!!!

  • Saya tak suka gaduh dan saya selalu beralah tak kiralah saya betul atau salah. Kadang2 saya rasa hampeh juga dengan perangai saya yang satu ini namun jangan bimbang okay...saya juga tak suka dibuli dan rasa2 mcm tak pernah je aku kene buli.

  • Saya perasan saya suka membebel secara onlinemenulis semasa saya tahun 1 di UKM iaitu selepas saya kenal yahoogroups Relexjap.

  • Ramai orang ingat saya dan suami saya adalah dua adik beradik sbb rupa paras kami. Adakah benar begitu? Kalau begitu, adakah saya secomel suami saya atau suami saya sehodoh saya ek??

  • Saya suka buat benda mengikut giliran. Jika memilih baju, saya akan amik baju yang dibawah sekali untuk dipakai. Jika memasak, saya akan ambil resepi dari ms 1 dan esoknya ms 2 dan seterusnya. Cuma saya takmau kalau suami saya berani menggilir2kan saya dengan orang lain. Nanti saya geletek sampai abang semput kang.

  • Saya ada kedai spek dan skarang saya bergantung sepenuhnya kepada kedai spek ni (tolong baca ALLAH lah yang menghantar customer ke kedai kami dan memberi kami rezeki)

  • Ipar duai saya dan biras saya adalah orang yang baik2 dan bagus2. Saya rasa sangat rendah diri bila berada bersama mereka tetapi alhamdulillah, mereka tidak pernah cuba untuk merendah2kan saya

  • Satu lg ni susah betul la nk fikir...mm...Oh ya..saya suka membeli majalah especially Nur, Mingguan Wanita & Saji, dan kadang2 saya beli novel juga. Malangnya saya tidak membacanya sehinggalah saya berada dalam keadaan dalam pantang. So, tolonglah doakan saya mengandung maka bila beranak nanti saya dapat membaca semula :P psss...ini menjawab soklan adakah saya mengandung atau tidak sekarang ini. Diorang ni semua tak puas hati kalau saya tak ngandung sbb diorang biasa tgk saya mengandung memanjang :D

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe tentang mereka :


Ni yang den lomah ni..sebab saya tak pernah berjaya buat orang balas balik tag atau award saya. Even Halilah pun tak buat masa saya bagi award di FP dia dulu :D. Bukan la kecik hati pun tapi kot la upline den trace diorang punya award atau tag. Takpe, ni saya cuba pas award ni kepada :



  • Khatijah Khalid - seorang yang vouge, se vouge nama blognya. Dia ni dulu duduk sebilik dengan Syuhairah Hamzah masa kat UKM KL dulu. Masa tu saya sll lepak bilik diorang plus dgn sorang lagi Che Ta dan sangatlah happeningnya bila combine kepala2 diorang ni..he he
  • Yusrina Hatta - junior saya di UKM KL satu Jabatan. Juga junior yang sangat happening serta penuh dengan soklan2 yang nak terguling saya dibuatnya sebelum saya jawab. Dia suka berlagak blurr dengan saya dulu tapi bila saya jawab, dia akan senyum simpul macam bgtau dia dah ada jawapannya
  • Adilah - sepupu saya yang lemah lembut, sopan santun, lemah gemalai ecewah...mau mak dia kene beli kain baju dia kalau kain dia koyak karang. Tapi memang betui hape apa ayong ckp
  • Ustazah Mc Dah - adik ipar saya yang skarang sdg melanjutkan pelajaran di Jordan. Masa mula2 kenal, tgk mcm budak kecik je tapi skang dah matang, dah boleh bersembang panjang dah pun
  • Uda Mcrieda -sorang lagi sepupu saya dan dia adalah seorang blogger tegar. Ciri2 blogger tegar ni satunya adalah membawa kamera ke hulu ke hilir utk tangkap gambar apa saja termasuklah makanan sebelum dan selepas dimakan.
  • Erk....seploh bahagi dua boleh tak? Tak tau nak tuju mana ni....aha..nak tambah satu lagi utk Kakyong sbb yang mommylyna bg dia belum buat so, biar dia buat secara borong nnt ek

uh...letih rupanya dapat award dgn tag ni...mcm mana la kakyong yang tag dan award yang melimpah ruah...juga saya tak pasti berapa ramaikah yang peka dengan asal tag ni datang dari www.mommawannabe.com kan??

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!