Assalamualaikum,
kalau saya tanya sape kat sini yang tak suka sembang? Saye kalau tak sembang sehari mau senget mulut tau. Jika kita suka sembang dgn kengkawan kan, apa kata kita jadikan kebiasaan yang sama tapi dgn anak2 kita....yang nih kira pelaburan masa depan jugak kan??
Berdialog
Ibu bapa hendaklah mempunyai masa dan mencari peluang untuk bersembang dengan anak-anak. Biarlah kadang-kadang tu cerita dia lebih koman dari cerita katun, dengarkan aje dan kita mestila jangan memotong cakap dia supaya nantinya dia tak potong bila kita bercakap pulak kan…sbb apa yg kita ajar tu lah jugak yang jadik hasilnya…well, bukan takde yang tertanya2 anak aku dah beso panjang..sblm2 nih tak penah2nye kite nak sembang dgn diorg… Tetiba kalau kita sembang memang nampak macam buang tabiat gitu…tapi apa salahnya kan kita buang tabiat yang nampaknya buruk sebelum2 nih sebelum hari tua kita nnt kita tak kempunan sbb takde member nak buat sembang….
Kepentingan Ibu Bapa Berdialog Bersama Anak-Anak
- Anak-anak ada hak untuk memberi pendapat atau pandangan di dalam sesuatu hal - mestilah ada hak sbb mak bapak bukan sentiasa betul dan mereka berhak untuk menegur.. mana la tau pendapat mereka nanti boleh diterima pakai dan ini akan menjana minda anak2 bila diorang perati eh parents aku ikut aa pendapat aku… Mereka akan tampil sebagai orang yang sangat berwibawa dalam masyarakat…ehem…nanti sape yang bangga? KITA jugak kan???
- Anak-anak boleh bertanya apa-apa yang mereka musykilkan - mestilah boleh bertanya beb… Supaya anak2 kita jadik cepat pandai. Kalau kita sekat kemahuan diorang mencari maklumat, adei amatlah bahaya kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi orang yang tenggelam dalam masyarakat.
- Anak-anak boleh menjawab apa yang ditanya oleh ibu bapa jika diminta menjawab - dah kita tanya, kalau tak jawab kesian le plak..kalau tanak diorang jawab toksah le pepenat bertanya. Anak2 yang kecik tu pun tanya lah diorang apa2 soalan walaupun diorg jawab balik dlm bahasa asal sinchan pon kan…ahaks..teringat anak caye..ntah hape tiap2 hari bebel..saya cakap ni dia kata gitu…kadang tuh sampai last2 saye plak pening ape sebenarnya yg dia tanya n apa plak yang dia jawab..tapi…belasah aje la kan
- Anak-anak boleh menyuarakan hasrat atau kehendaknya - apa salahnya kalau kita dengar apa yang anak2 perlukan apatah lagi benda yang dia mintak boleh upgrade apa2 sudut hidup dia… yang mana melampau atau kureng seshuuai boleh la kita ubahsuai jgn sampai anak2 merajuk..nak ikut cakap anak2 pun jgnlah melulu sampai kita lak ternganga balik bila diorg terkedang lain2 kali sbb ape yg diorg mintak tak dapat
- Anak-anak dapat meluahkan masalahnya - in case dia malu nak cakap, just tanya.. dan kat sini mungkin ada baiknya jika kita kenal baik dgn kawan baik anak2 kita so kita boleh korek cerita dgn diorg…
Tujuan Berdialog Dengan Anak-Anak
- Untuk mencari atau menjelaskan kebenaran.
- Untuk menggerakkan minda anak-anak.
- Menggerakkan kemahiran berfikir di kalangan anak-anak.
- Untuk anak-anak mendapat maklumat.
- Mengeratkan hubungan ibu bapa dengan anak-anak.
- Menimbulkan keyakinan diri anak-anak.
- Melatih anak-anak cekap berhujah.
Adab-Adab Berdialog Dengan Anak-Anak
- Kedua-dua pihak tidak boleh meninggikan suara.
- Jangan keluar dari tajuk perbahasan/perbincangan.
- Jangan sindir-menyindir di antara kedua-dua belah pihak.
- Ibu bapa jangan menunjuk jari ke muka, menunjukkan simbol pergaduhan seperti genggaman penumbuk atau mengenakan tindakan fizikal atau deraan seperti memukul, mencubit dan sebagainya.
- Hadkan masa, jangan meleret-leret.
- Jika adab-adab di atas tidak dapat kedua-dua belah patuhi, maka jangan mulakan sesi dialog langsung.
Oklah semua, takpe kan kalau saya cadangkan sesuatu utk semua di sini… apa kata kalau kita berdiskusi dgn sekeluarga after solat subuh berjemaah..he he..kene le solat berjemaah kan..atau pun lepas makan malam… dlm seminggu jadikan amalan mesti ade at least 3 kali kita bersembang… moga kita semua beroleh keluarga yang bahagia dunia dan juga akhirat sana…
Salam,
YM : sitisifir10
sitisifir10@yahoo.com
0199147161
http://sitisifir10.blogspot.com/
http://pg.photos.yahoo.com/ph/sitisifir10/album?.dir=/a59escd