Memang ada sesetengah org akan musykil perlu ke tak tutup pintu bilik tambahan pulak kalau nak bersama. Kadang tu kesian jugak kat anak kan maklum saja diorang kan banyak nak interaksi dengan ibu bapa tapi mungkin perkara yang ditulis dibawah perlukan perhatian yang wajar
- Umumkan privacy anda berdua - pintu bilik sewajarnya sentiasa bertutup bukan hanya untuk bersama. Bilik adalah tempat untuk kita suami isteri berkongsi perkara2 yang melibatkan privacy, untuk bercakap2 perkara yang peribadi, untuk mendengar luahan pasangan kita atau sekadar tempat untuk saling bermanja tanpa gangguan orang lain
- Ajar anak untuk menghormati privacy kita – walaupun pada usia yang masih kecil mereka sudah boleh diajar untuk menghormati privacy kita dan mengetuk pintu sebelum masuk. Perkara yang sama juga patut kita lakukan semasa mahu masuk ke bilik mereka. Jika susah untuk mengajar mereka mengetuk pintu, mungkin ada baiknya kita mengunci pintu dari dalam
- Jika anak masih mengganggu? – sekiranya anak termasuk kedalam bilik dengan tak sengaja, jangan panic dan terus marahkan anak tu. Jika kita marah2 mungkin akan menimbulkan sesuatu yang pelik tentang seks bagi anak kecil kita. Pimpin anak ke bilik mereka atau layanilah mereka sebaiknya selepas itu dan penjelasan tentang apa yang mereka nampak tadi keesokan harinya saja
- Jelaskan itu bukan pergaduhan – dah terlajak anak2 ternampak kita perlu jelaskan bahawa kita atau pasangan bukan saling menyakiti. Mungkin terpaksa mengaku kita sedang bergurau laki bini
Situasi ini akan menjadi lebih sukar sebenarnya jika kita tidak berhati-hati…perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah berhati2.. jangan biarkan perkara yang anak2 kita nampak menghantui hidup mereka. Kerana mereka mungkin terlalu kecil untuk memahami kegiatan kita suami isteri…
Selamat……….