Sunday, July 12, 2009

Personaliti Ibu Bapa Yg Cemerlang


Bismillah,



Sebelum ini saya pernah dah pun membincangkan sedikit personaliti ibubapa yang cemerlang. Ini kira top up dari yang dulu lah ye. Mmm..panduan untuk diri sendiri dan kalau ada yang nak tumpang, silakanlah utk pelaburan dunia dan akhirat insya ALLAH. Bukan apa, sejak akhir2 ini serasa dahaga untuk mendapatkan semula ilmu2 keibubapaan. Sebabnya, mungkin saya melalui hari2 yang sama setiap hari, lalu serasa mcm tak ada perkembangan.



  • Berketrampilan dalam pelbagai bidang
    Ibu bapa yang cemerlang harus mempunyai pengetahuan yang agak luas dalam pelbagai bidang. Ini akan dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam mendidik anak-anak mengenai bidang-bidang yang berkenaan

  • Yakin terhadap diri sendiri
    Keyakinan yang tinggi menjadi pemimpin dalam rumah tangga adalah tunggak kepada kekuatan seseorang suami dan keyakinan yang jitu dalam mendidik anak-anak adalah tunggak kepada isteri yang solehah. Tanpa keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri, kedua-dua ibu bapa tidak dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan. Ingat "bagaimana acuan, begitulah kuihnya".

  • Konsisten dalam melakukan sesuatu
    Sesuatu amalan yang dilakukan secara konsisten oleh kedua-dua ibu bapa seperti sembahyang jemaah, melakukan aktiviti-aktiviti yang mulia, memberi arahan dan mengenakan hukuman akan dapat menanamkan rasa hormat dalam diri anak-anak terhadap kedua-dua orang tuanya

  • Pemikiran yang kreatif dan positif
    Ibu bapa yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan positif akan dapat mewujudkan suasana yang ceria dalam rumah tangga. Kreatif dalam mengemas rumah, memilih makanan, beriadah dan sebagainya akan dapat mengubah selera dan suasana dalam rumah tangga

  • Boleh diharap
    Ibu bapa adalah tempat bergantung oleh anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa bersedia untuk melayani dan melindungi ahli-ahli keluarga apabila diperlukan

Hakikatnya, utk memenuhi ciri personaliti yang berkebolehan dalam semua bidang adalah susah. Bukan semua kita dilahirkan dalam keadaan serba tahu. Namun, apabila kita mempunyai anak dizaman di mana semua kanak2 ibaratnya terlampau pandai, mahukah pula kita membiarkan anak2 kita terkial2 dalam mencari halatuju dalam hidup mereka? Mahukah pula kita melihat anak kita merujuk kepada orang lain lebih dari merujuk kepada diri kita? Apa pula jadinya jika dia salah tempat untuk merujuk?


Selain untuk kepentingan anak-anak, ia juga adalah untuk menyelamatkan ekonomi. Bayangkan andai hanya bumbung bocor, paip tersumbat dan lain-lain masalah yang ringkas, berapa banyak duit yang boleh kita selamatkan dengan membuat semua ini sendiri? Tapi, jika ada kekangan masa, apakan daya. Mahu tidak mahu terpaksa juga kerja ini di 'pas' kepada yang lebih tahu.


Tanpa keyakinan pula, ibarat kita sudah set perkataan 'tidak boleh' dalam diri kita. Walaupun begitu, keyakinan sahaja tidak cukup. Kita masih perlu berusaha untuk membuktikan keyakinan kita tidak hanya semata2 keyakinan. Selepas itu, tidak hanya kita yakin dengan diri kita tetapi orang lain juga akan yakin dengan kita. Bukan begitu? Apabila sana sini ada keyakinan, maka akan ada lebih keyakinan untuk kita membuat sesuatu.


Seterusnya, istiqamah dalam melakukan sesuatu perbuatan yang baik. Jadilah pasangan yang saling mengingatkan supaya kedua2 kita menjadi ibubapa terbaik buat anak2. Apabila ini terjadi, kelak anak2 pula yang akan meneruskan budaya hidup positif ini.


Bagi menjana kehidupan yang positif, perlu pula kita kerap membaca dan buat brainstorming sesama pasangan. Ini adalah kerana tanpa brainstorming, kesepakatan idea tidak muncul. Malah mungkin rumahtangga menjadi hambar apabila kita hanya mengulangi hal-hal yang sama setiap hari.


Akhirnya, semoga kita sama2 menjadi ibubapa yang boleh diharap. Mmm..anak2 saya dah mula nak bermain dengan komputer. So, saya stop setakat ini dulu....semoga sama2 menjadi ibubapa terbaik ya!!!

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!