Showing posts with label Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya. Show all posts

Thursday, January 21, 2010

Freelancer Itu Apakah??


Bismillah,

Menurut Wikipedia, Freelancer adalah :

A freelancer, freelance worker, or freelance is somebody who is self-employed and isn't committed to an employer for too long.
Pendek kata, seorang freelancer adalah seorang yang suka hati. Suka hati nak keje ke tak, suka hati nak cas berapa, suka hati nak terima atau tidak sesuatu job...dan macam2 suka hati lagi. Perkataan freelancer ni dah beribu2 lemon kali dah saya dengar agaknya tapi saya tak pernah mengerti apekah itu sehingga saya kenal kakyong seorang freelance accountant.

Apa yang saya perati, kakyong adelah seorang yang mengutamakan disiplin bila dia telah menetapkan sebagai contoh 2 buku resit sehari untuk dikerjakan. Ya!! Disiplin adalah super penting untuk seorang yang bekerja ala2 freelancer. Dan anda perlu kuat juga dalam menangani masalah ini memandangkan kita tidak ada jadual tertentu dan kerja pula datang dan pergi maka kadang2 adalah susah nak bertolak ansur dengan persekitaran kerja yang tidak tetap (WAHM contohnya).

Saya suka sebenarnya main search2 di Google bila saya terlintas tentang sesuatu dan hari ni angin saya adalah mencari tentang ini. Saya terjumpa sesuatu yang menarik tentang freelancer ini. Mula2 meh kita baca apakah kebaikan menjadi seorang freelancer :


  • No commute = no morning traffic
  • Work alone = no clashes with colleagues or managers
  • Set your own hours = gives you back your time
  • Choose your projects = creative control
  • Dress how you want = no $$$ spent on work wardrobe
  • Determine your own rates = unlimited income potential
  • Work from home = no cubicle and maybe a window
  • No boss = no possibility of getting down-sized
  • No colleagues = no office politics
  • Providing services or goods = satisfaction from helping people directly
  • No rules = your pet can come to work
  • Multiple clients = a variety of different types of work
  • Internet = abundant information source

  • Uwah...sangat bestkan bunyiknya...but wait until you see the sad stressors of freelancing :


  • Work alone = loneliness
  • Set your own hours = time management problems
  • Choose your projects = difficulty finding clients
  • Determine your own rates = uncertainty as to what is a fair rate
  • Work from home = additional distractions
  • No boss = trouble deciding what to do
  • No colleagues = a feeling of isolation
  • No rules = fear of making a mistake
  • Multiple clients = being overloaded
  • No company perks = no insurance or paid days off
  • Internet = information overload
  • Self-employment = bookkeeping and accounting tasks
  • Some clients = scams

  • So, apa macam? Heh..macam2 bukan?? Tapi...saya akan pilih jadi salah satu cabang freelancer yang ada daripada kerja makan gaji dan bila berjaya dapatkan tender ka apa ka, still takde peningkatan dalam gaji. Huhhh...Tidak ada masalah tanpa penyelesaiannya bukan? Mungkin dua artikel di bawah akan membantu freelancer2 atau bakal2 freelancer untuk memantapkan lagi kerja anda .

    Walaupun saya seorang mak yang agak garang tapi saya akan pilih kerja yang akan mendekatkan saya dengan anak2 dan suami saya. Walaupun zaman bujang saya juga antara zaman yang terindah tetapi ia tetap tidak terlawan dengan alam bersama2 dengan anak2 yang saya lahirkan sendiri. Anda pula bagaimana??

    Friday, December 11, 2009

    Kenali Sejauh Mana Prestasi Kita


    Bismillah,

    Dulu2 masa reunion dengan kawan2, saya pernah merasa ketinggalan. Tambah pulak dengan teman baik saya sendiri Syuhairah :P . Tapi susah nak compare juga antara kami sebab saya memilih untuk kerja swasta tapi dia minat gomen. Walaupun begitu, saya pernah beberapa kali juga terasa nak apply gomen sbb saya tengok dia asyik naik pangkat atau gaji.

    Walaupun dia dah pegi jauh dalam pekerjaannya, saya pula dari pernah merasa gaji sedap di KL terpaksa pula berpuas hati dengan gaji yang biasa2 di KB. Saya pun tak pasti kenapa tapi kata orang ramai, sara hidup di Pantai Timur lebih rendah. Betul itu memang betul tapi hakikatnya adalah saya tidak pandai demand. Saya lebih suka keadaan yang menentukan.

    Sedangkan junior saya yang masuk ke syarikat yang sama boleh meraih gaji yang lebih tinggi (tahun berlainan). Walaupun begitu, saya masih cuba untuk melakukan yang terbaik untuk syarikat dan diri saya. Tidak mudah untuk hidup di tempat asing. Semuanya baru dikenali dan tiada keluarga saya di sini. Suami ade tapi time tu baru kenal kan?? So, kiranya saya berdikari betullah di sana.

    Sayangnya, walaupun kepuasan bekerja itu wujud, tapi saya rasa jika majikan atau pengurusan selalu memandang kepada prestasi pekerja, itu adalah lebih baik. Daripada menunggu setahun sekali untuk memberi kenaikan gaji. Ia adalah sesuatu yang tidak meningkatkan motivasi pekerja. Semasa di KL boleh kata 4-5 bulan sekali, sama ada gaji basic saya atau komisen ditambah.

    Jadi, dimana salahnya..adakah tempat atau diri kita tidak berusaha untuk berubah? Pakar Psikologi Kathy Peel dalam bukunya yang bertajuk 'The Family Manager' mengatakan kita perlukan hanya 5 minit sehari untuk memperkembangkan restasi kita. Sebabnya walaupun anda di kalangan best2 student masa belajar dulu, belum tentu dalam pekerjaan kita se 'best' itu kerana di alam pekerjaan ia banyak menuntut hal lain untuk difikir sama termasuklah tentang keluarga.

    Di sini disarankan beberapa langkah untuk meningkatkan prestasi diri :
    • Banyakkan membaca - tanpa membaca, kita hampir terkongkong dalam kotak pekerjaan dan rumah sahaja
    • Susun strategi - perhatikan apa yang boleh mendatangkan hasil dan apa yang boleh menyebabkan kita rugi.
    • Tulis ilmu2 yang ingin kita kuasai dan rencanakan tentangnya.
    • Buatlah idea untuk menaikkan semangat anda. Kalau ianya bercuti maka pergilah Cuti-Cuti Malaysia
    • Cari seseorang yang boleh kongsi masalah. Pastilah orang itu lebih pintar, bijaksana dan berpengalaman. Tapi, tempat yang paling baik diadukan masalah adalah....ALLAH SWT :)
    Sangat menarik jika dapat membaca tulisan2 Kathy Peel ini. Saya akan cuba sikit2 nanti...ianya benar2 membantu kita manage kerja dan rumahtangga serentak!!

    *Okeh sekarang saya keliru, am I a wonderwoman or Wonderpet datang membantu?? :P

    Tuesday, November 03, 2009

    Roommate Ku, Opismate Ku Jua


    Bismillah,

    Sebenarnya perlu ke sepasang suami isteri itu, atau barangkali kawan baiklah satu tempat kerja? Jawapan kepada soklan ini adalah subjektif...boleh jadi ada yang kata, "Mmm..elok juga jadi aku boleh control laki aku..idak le dia gi ngorat minah lain kan..." Tapi ada pulak yang kata, "Tanak ah satu tempat kje dgn bini...buatnya dia naik pangkat, aku lak yang keje bawah dia...jatuh saham la wei.."

    Walau apa pun alasan kalian semua, saya ada satu alasan yang menjadikan saya rasa selesa kerana satu opis dengan roommate saya. Ini adalah kerana kami sama2 suka berniaga dan kami sama2 faham bahawa cara ini adalah cara yang terbaik (bagi situasi kami) untuk terus berada lebih dekat dengan anak2 dan ahli keluarga yang lain.

    Manakan tidak sebelum ini, saya pernah bekerja dengan orang dan suami pun pernah bekerja dengan orang lain. Anak pula dijaga oleh orang lain dan masa untuk keluarga lain sangat minima. Bayangkan kerja 6 hari seminggu (malah kadang2 7 hari juga) dengan cuti tahunan 14 hari. Owh...jangan kata dengan ahli keluarga yang lain, masa bersama dengan anak2 juga sendat.

    Kini, alhamdulillah dengan izin ALLAH, maka (walaupun banyak lagi hutang) kedai ini telah menyatukan kami malah suami saya telah memulakan satu lagi cabang perniagaan yang dekat dengan jiwanya iaitu penternakan. Mungkin jika lebih kudrat, dia akan masuk pertanian pula. Saya happy tengok keadaan ini bukan sebab apa, kami kerja tanpa ada paksaan dan bebas menentukan pukul berapa mahu kedai dibuka dan pukul berapa pula hendak tutup.

    Risiko
    Sungguhpun begitu, perkara sebegini sebenarnya ada risikonya juga. Kadangkala kehidupan peribadi dan profesional bercampur aduk. Sebagai contohnya kedai cermin mata kami ini memerlukan lebih sikap profesional. Ada masanya, ketika mana saya memerlukan bantuan suami, dia pula sibuk di kandang ayamnya. Lalu sikap profesional yang saya cuba tegakkan itu menjadi sedikit kendur.

    Selain itu, tingkat bergantung kepada pasangan juga akan menjadi tinggi, jadi masing2 menjadi kurang berdikari. Bila ada sesuatu yang memerlukan kami membuat keputusan, selalu jawapan yang keluar dari mulut kami, "Nanti saya bincang dengan suami saya dulu..."Sebagai seorang isteri itu kira normallah jika saya minta izin darinya tapi bagaimana dengan suami saya? Kang dia mesti takut saya kecik ati kalau dia tak bincang dengan saya...

    Bagaimana Mengendalikannya??
    Apa yang penting, kami cuba menempatkan diri pada posisi masing2. Jika saya dilihat fully incharge pada perniagaan spek kami, maka suami memberi lebih peluang untuk saya menguruskannya. Jika berkesempatan saya akan ceritakan kepadanya dan jika dia perasan saya melakukan kesilapan, dia akan menegur saya. Maka tidaklah kami terkeliru sebenarnya ini tugas siapa dan itu tugas siapa.

    Selain itu, kami juga harus menahan diri dari rasa ego. Bukan tidak tercabar tambah pula apabila menyentuh soal duit. Adakala, saya rasa ada hak untuk duit yang diperolehi dari kedai cermin mata tetapi saya tidak bekerja seorang diri. Maka saya perlu lebih toleransi supaya keseimbangan wujud antara kami berdua. Maka, apabila suami mendapat hasil dari penternakannya, saya akan tumpang tersengih2 sama. :P

    Seterusnya kita mesti saling menghormati hak dan tanggungjawab. Suami saya memahami bahawa dia adalah lebih arif tentang mesin dan kaedah memotong spek, lalu dia tahu jika saya memerlukannya untuk tujuan itu, dia perlu menyediakan lebih ruang kepada kedai spek ini. Namun begitu, ada masanya pula, ketika dia perlu untuk berada di kandang ayamnya itu, saya tidak akan mengganggu dan memaksa dia balik segera jika keadaan tidak mendesak.

    Kami telah membuat peraturan secara bersama dan kini sama2 kami mentaati peraturan itu. Memang jika ada yang meneliti detel pekerjaan kami, mungkin ada yang berfikir bahawa kami tidak mampu. Hakikatnya, alhamdulillah...kami masih selesa walau kadang2 diasak kesempitan. Dengan menggabungkan bakat dan kemampuan kami ini maka kami yakin, kami akan menghasilkan kekuatan berganda di masa akan datang.

    Kini, saya benar2 selesa dengan apa yang saya lalui hari2. Ya...kadang2 saya rasa saya memerlukan cuti dan hal ini selalu kami bincangkan namun bila ada halangan (selalunya hal kewangan) maka, kami pendamkan sahaja hasrat kami itu atau mencari alternatif bajet yang lain supaya anak2 tidak terasa hilangnya nikmat masa kanak2 mereka.

    *Entry ini ditulis dengan penuh rasa puas hati kerana saya benar2 suka dengan kehidupan yang saya jalani sekarang.... Mungkin mak abah saya akan memandang saya sebagai seorang yang benar2 berdikari kini... :)

    Monday, November 02, 2009

    Karier Atau Keluarga?



    Bismillah,

    Merenung kepada Ros MBP yang sekarang sedang membuat perancangan sebelum berhenti kerja, saya cukup tabik. Bukan nak kata yang orang lain mementingkan kerja berbanding keluarga tetapi untuk situasi Ros, masa mungkin telah hampir2 tiba untuk dia menumpukan lebih masa kepada keluarga. Untuk mereka yang mahu berhenti kerja dan mungkin mula menjadi WAHM (Working @ Home Mum) bolehla baca entry Ros di link ini. Idea yang Ros share tidak gila seperti tajuk entrynya... :P

    Mungkin ada di antara kita yang berasa serba salah untuk memulakan langkah ke arah ini. Nak berenti, baru je dapat naik pangkat. Tapi nak pulak tengok anak besar depan mata... Karier tu pulak penting untuk menunjukkan eksistensi tapi takmo pula dicop sebagai seorang ibu yang mengabaikan keluarga. Apatah pulak, gaji anda benar2 membantu suami anda menampung kehidupan yang tidak pernah cukup mcm dalam artikel Lyna ni plak.

    Mmm...perkara di bawah ini mungkin boleh dijadikan pertimbangan sebelum anda bertekad menjadi surirumah sepenuh masa atau WAHM.
    • Kewangan - cek betul2 pendapatan suami semata2 bolehkah menampung sara hidup anda sekeluarga. Atau mungkin anda boleh mengurangkan belanja yang sedang diamalkan sekarang supaya tidak terasa bebannya nnt bila pendapatan berkurangan.
    • Realistik ke? - pastikan keputusan anda logik. Mana tahu anda tidak boleh puas di dalam pekerjaan anda kerana anda terlampau mahu melihat anak anda setiap masa?
    • Sokongan pasangan - kalau dah encik suami nak tanggung selepas anda berenti, eloklah berenti. tapi kang jgn plak bini mintak itu ini bising2 pulak kan...
    • Bertahan tapi perlu kompromi - kalau still nak terus kerja, fokus betul2. Time kerja, sila kerjakan kerja anda betul2. Balik umah, jangan bawak beban keje balik sampai anda kerjakan anak2 anda plak. Perlu juga kompromi dengan bos, "Oh bos ku yang wangi...janganlah suruh daku bawak balik mengira segala mak nenek ini dirumah. Kerana di rumah, aku perlu bilang berapa biji bawang perlu ku hiris, berapa kaki persegi rumah yang perlu ku sapu dan berapa banyak tapak kaki hitam anakku yang memenuhi rumah. Tenkiu" Tapi utk berkata begini, kat tempat keje jgn le asyik blogging ek sampai tak buat keje....eheheheh...
    Saya faham, susah nak decide untuk berenti keje ni. Even saya sendiri, sekarang saya ada kedai yang saya uruskan sendiri. Untuk ubah kepada serah atau gaji orang urus sepenuhnya, masih banyak perkara yang perlu saya timbangkan. Utara Selatan Timur Barat semua nak kena fikir. Jadi berdoalah banyak2 moga ALLAH beri petunjuk kepada anda dan saya dalam melalui liku kehidupan ini. Janganlah mataku dikaburi wang sehingga kasih sayang buat anak jauh pula kutinggalkan...


    Wajah inilah yang membuatkan saya terus mahu berada di rumah dan melihat dia dewasa di depan mata saya. Kasihan kakak dan abang2nya yang membesar di tangan orang lain dulu...

    Sunday, November 01, 2009

    Panduan Di Tempat Kerja Baru


    Bismillah,

    Baru2 ini saya terjumpa seorang rakan blogger (halamak takleh recall sape) yang bertukar tempat kerja. So, saya wish a very best of luck utk dia... Nampak mcm dia seronok2 aja untuk bertukar ke suasana baru. Ini bukan nak bagi panduan pada dia. Cuma sekadar nak share dengan orang lain aja. Kadang2 tajuk seperti inijuga akan menyebabkan orang sampai ke blog saya. Asyik sembang pasal laki bini, mak bapak dengan anak...sekali sekala kita pergi kepada topik general pulak kan...

    Sllnya apa yang ada di bawah ni tidak tertulis dalam undang2 di tempat baru tapi ia adalah manual asas kepada mereka yang beralih angin itu. Bukan apa, 1st impression tu sangat penting. Hari pertamalah masa mereka menilai peribadi kita dan hari pertamalah mereka akan menentukan sama ada kita hot atau damn cold.
    • Hulurkan salam perkenalan - let say orang tak datang kat kita dulu, eloklah kalau kita yang mula dulu. Kalau anda mengekalkan sifat pendiam anda, ia hanya akan menyebabkan orang ingat anda sombong aje...
    • Peramah - tapi jangan terlebih ramah lak ek sampai anda meramas2 jiwa orang yang bercakap dengan anda.
    • Penampilan - jangan melebih2 pada hari pertama, pilihlah jalan selamat...pakai pakaian yang sesuai dan sopan.
    • Jangan celupar - jangan la ek hari memula keje lagi dah me laser orang. Haru boleh....
    • Aktif dan berinisiatif - kalau taktau bertanyalah.
    • Gunakan masa rehat anda - kalau boleh rehatlah dengan yang lain. Jangan bawak diri sendiri...
    • Selesaikan pekerjaan sesuai dengan target - jangan sampai encik atau puan bos rasa, "Lahai, nape la aku pi amik budak ni...."

    Wednesday, August 19, 2009

    Menjadi Pekerja Yang Disayangi


    Bismillah,

    Selalunya lepas Subuh macam ni, Asmaa' dan Usamah dah dibangunkan untuk mandi dan siap2 ke sekolah. Tapi Usamah masih selsema dan nampaknya Asmaa' dah mula ikut selsema tapi mereka tidak demam. Jadi, kami masih simpan mereka di dalam rumah lagi. Nampaknya kejap2 lagi mesti diorang minta nak pergi rumah tokku mereka di jerteh lagilah jawabnyaCici.

    En abah pun nampak ngantuk sangat. Td dia terlena sekejap atas riba selepas kami solat Subuh. Selalunya dia akan ke Sg Kechil (tempat ayam piru dan kuda kami berkampung). Atau tidak dia akan duduk bersandar di dinding sambil membaca alQuran. Sebut tentang ini, teringat Uwaiys beberapa hari lepas. Dia ambil sebiji bantal dan letakkan di dinding untuk dibuat alas sandar dan sebiji lagi diletakkan atas paha dan dia mula ambil buku dan baca Bismillah....ha ha..sebijikk macam yang abah dia selalu buatCici.

    Mmm..diorang semua masih tido, saya pun tak tau nak masak apaCici. 2-3 hari ni rasa masak pun tak menjadi mana. Ha ha..dah lah masak ayam tua. Memasak ni, kalau asyik masak yang sama aje, makan pun rasa malas... So, saya ikut buku resepi. tapi ada juga part yang tak bestnya, kadang2 resipi tu jadi tak lah sesedap mata memandang (wakakaka...salahkan resepi ha ha...Cici)

    Pagi ni, seorang staf saya, As, decide nak hantar pamplet di sekitar pasar Kemboja di sini. Kalau ada yang nak jagakan anak2, saya sanggup je pegi hantar sama. Sebelum ni pun kami pernah buat sama2 juga. As nampak macam risau melihat trend sale yang agak menurun kebelakangan ni. Dua bulan ni pasti orang bajet lebih kepada barang2 raya dan bukan untuk spek..huhu..Cici

    Alhamdulillah, saya dapat staff yang boleh buat kerja. Macam Timah juga, dia dah boleh potong spek tanpa disuruh2. Sepanjang mempunyai staf setakat pembukaan dulu, semuanya memuaskan hati saya secara keseluruhannyaCici. Malah selepas mereka berhenti (2 sambung belajar, seorang dah jadi guru GSTT dan seorang lagi optometrist di Hospital Adventist, Penang), kami masih berhubungan macam adik beradik.

    Apabila bekerja, kita mesti bekerja dalam keadaan yang seronok. Kalau kita tak seronok, kita akan menjadi seperti kera sumbang dan prestasi pun tidak menyerlah. Berikut adalah beberapa tips yang mungkin membantu anda mencapai kepuasan dalam pekerjaanCici :

    • Jika anda buat over time, tunjukkan hasilnya
    • Jgn bercerita tentang keburukan orang lain
    • Jika mahu memuji, puji yang patut2 dan layak sahaja
    • Jgn bersetuju dalam keadaan yang tidak sesuai
    • Jangan biar orang bergosip tentang kita terlalu lama, nanti ia akan merosakkan reputasi kita
    • Pertahankan prestasi dan integriti anda. Jangan merosot
    • Sediakan jadual perancangan peribadi
    • Patuhi peraturan yang ditetapkan
    • Pandai berhumor
    • Berbaiklah dengan semua orang
    • Dapatkan ganjaran yang patut anda peroleh
    Mmm...As dgn Timah, korang nak apa untuk raya nanti??Cici

    Monday, November 05, 2007

    Adab-Adab Penyampai Ceramah

    Bismillah,
    Terlintas untuk mengulas sedikit tentang ini namun ingat ek, saye bukanlah juga orang terbaik namun sekadar nak memanjangkan ilmu di samping menambahkan ilmu buat diri sendiri. Terkenang zaman sekolah dgn dekat UKM dulu, bukanlah sampai tahap ceramah tapi pernah jugak la sesekali mengepalai usrah dan kumpulan-kumpulan kecil yang semacam usrah.

    Pernah juga menjadi bidan terjun masa kelas saya 4 Sains 1996 ditugaskan menjaga surau pada satu minggu ni. Alkisahnya, satu malam tu ada perhimpunan semua budak sekolah dan kelas kami masih bertolak antara satu sama lain sape yang patut bagi tazkirah. Mau tak seram, satu sekolah beb…

    Tapi, kalau dalam hal ni saya selalu berpegang, pelik2 dan takut2 pun ada benda yang terpaksa jugak kita harung dan saya bagaikan tak sedar masa mana saya bagi salam dan mengakhiri tazkirah tu. Tapi dengan keadaan takde basic dalam hal tu, maka saya tak pasti sejauh mana penerimaan budak sekolah time tu he he…

    Ape taknye, time kelas lain conduct, saya juga seperti mereka yang lain. Nampak macam dengar dan nampak macam faham tapi ntahla kemana saya letakkan ilmu yang saya kaut di situ dulu. Bukan takde pekdahnya langsung sekolah kat situ namun hidayah kan ALLAH yang bagi? Walaupun sekolah tu dinobatkan sekolah agama namun penampilan masing2 time cuti sekolah membayangkan bahawa ada yang tidak cukup lengkap dalam jiwa masing2.

    Tak kisahlah, sama ada kita menyampaikan ceramah, mengendalikan usrah, memberi tazkirah atau sekalipun dalam perbualan harian, saya kira adab di bawah ini adalah bersesuaian.

    Tidak menyembunyikan kebenaran – Ya, berkata benarlah sekalipun pahit nye lah rasa. Kerana selepas dari itu, kita akan mengecap kemanisan yang takleh nk digambarkan di sini. Kemanisan kerana berkata benar. Sungguh, kita takkan kecewa jika kita mengelakkan diri dari menipu. Elakkan la walaupun kadang2 kebenaran sedikit memakan diri supaya pembohongan takkan menelan kita lebih teruk dari itu.
    Menguasai dan mendalami ilmu fardhu ain – Memandangkan diri mungkin menjadi tempat rujuknya permasalahan terutamanya dalam hal keagamaan, maka jadilah kita orang yang bersedia dalam menyampaikan ilmu. Bagaimana nak menguasai ilmu? Kene lah rajin mencari, bertanya dan membaca. Libatkan diri dengan majlis2 agama moga kefahaman kita dipastikan betul.
    Berlaku adil terhadap sasaran dakwah – Aha, sekalipun yang kita ceramahkan adalah orang yang dipandang besar dalam satu2 posisi contohnya dia ada level Dato’ sedangkan kita nak dipanggil Encik/Puan pun payah, kalau benda salah bagi tau lah salah. Juga perkara yang serasanya kita takut orang lain ambil kesempatan lebih dari kita maka janganlah runsing, ALLAH pasti akan membalasi kita dengan pemberian yang lebih lagi nantinya Insya ALLAH
    Tidak memalukan orang tertentu – seboleh daya elaklah dari gunakan nama seseorang sebagai ikon yang tidak baik. Macam yang kita tau, mengata belakang nih kan berdosa. Malu la orang tertentu kalau kita macam melekeh-lekehkan dia pada orang lain kan?
    Penyampaian penuh peringatan, nasihat dan tunjuk ajar – bukan di[enuhi dengan lawak tahap melampau. Nak melawak tu bukan tak boleh tapi biarlah berisi. Berusaha nak buat orang tak mengantuk sampai hilang isi adalah lebih merugikan.
    Menginsafkan pendengar – gunakan ayat yang mampu menusuk jiwa, yang bak kata orang boleh memetik suis dalam jiwa seseorang. Sebagai orang yang bercakap-cakap, suis nilah yang paling payah nk dicari namun percayalah, jika kita bercakap tu dari hati maka ke hati jugalah sampainya nanti.
    Tidak menimbulkan keraguan – ada satu kumpulan yang saya perhatikan, jika diorang ni nak bg tazkirah, mesti tinggalkan orang tu dengan persoalan. Buatnya orang tu mencari di tempat yang salah nak kata apa? Juga pastikan sumber yang kita gunakan adalah sahih jangan sampai orang faham dengan fahaman yang salah.
    Sedia terima teguran – terkadang ada di majlis itu golongan yang lebih berilmu dan dia pula berani menyatakan kebenaran, seandainya terjadi kita tersalah menyampaikan maklumat, maka terimalah dengan sebaiknya dengan syarat ilmu baru yang orang sampai kan tu biarlah betul.
    Jangan riya’ – orang yang biasa berceramah merasakan ceramah dia difahami dan disukai ramai. Ini bahaya sebab kes perasan he he… kemungkinan respon body tak sama dengan respon dari hati.
    Membuat persediaan dengan baik – jangan sampai tercari2 apa yang hendak dicakapkan kerana ini akan menyebabkan orang tertunggu-tunggu dan kemungkinan minatnya untuk mendalami satu2 ilmu bakal terbantut.
    Waras dan terbuka – kalau tak waras, mcm ne la pulak kan nk bagi ceramah dan kalau kita berfikiran tertutup maka susahlah beb orang nak mendekati kita.
    Tegas – tak kira di tika mana pun, kita musti tegas. Jangan sampai pendirian kita diperkatak kodokkan.
    Menyayangi – jika tidak menyayangi, maka kita mudah membenci. Orang yang disayangi musti menyayangi dulu. Sedang Nabi dulu tidak memilih bulu apatah kita yang ntah dimana tarafnya di sisi ALLAH.
    Memahami – psikologi masyarakat memang berbeza2 namun cubalah memahami supaya lebih mudah kita menyampaikan sesuatu yang bermanfaat untuknya.

    Rasanya setakat tu jelah yang nak dikongsi. Mungkin ada banyak lagi so kepada first timer yang masuk ke alam baru ni, kene la cari lagi point yang lain utk memperkasakan skill sedia ada. Moga ini membantu juga!!!

    Sunday, May 13, 2007

    Menjaga Hubungan Baik Dgn Bos


    Ini juga adalah salah satu kategori menjaga hubungan sesama manusia. Sifir yang sebenar untuk berjaya dalam hidup adelah menjaga hubungan tak kiralh dengan Pencipta kita ke atau sesama manusia. Jadi dalam kerjaya, menjaga hubungan baik dgn bos adalah penting. Kalau tak susahlah utk kita pergi jauh dalam kerjaya kita atau yang paling horror sekali kene buang kerja. U'r fired...!! Aaa tidak...

    Memang ada di antara kita yang dapat bos yang adoila..Punya la garang. Naik tensi kalau gi keje tus..Saya pernah sekali, tapi yg magicnya kalau dia nak marah, dia suruh gi tempat lain. Aha, dia takleh marah kalau saya ade. Alhamdulillah sekurang2nya saya tak kene marah kerap2. Tapi tak kisah la dia garang sbb gaji kita dia yg bayar so ndak tak nak kene la baik dgn dia.

    1. Fokuskan perhatian anda pada kepentingan syarikat. Sbb ape, bila company up, kita pun akan up dgn automatik melainkan kita buat keje tapi tak dapat mende, yg tu kene la perjuangkan sket hak kita kan?

    2. Walaupun bos bersikap dgn sikap yg kita rasa tak munasabah dan suka menyusahkan kita, tak payah la susah2 nak ubah dia. Fahami pendirian dan cara dia buat kerja dan kita sesuaikan pula dgn cara kerja kita. Maklum la dia kan dah lama makan garam. For sure dia lagi hebat pada kita n we have to learn dari dia. Cari benda yang dia selalu titik beratkan dan beri perhatian pada benda tus...

    3. Fahami bos anda - yang ni penting! Kita kene tau apa dia suka dan apa yg dia tak suka. Dia pun manusia biasa mcm kita jugak. Jgn asyik nampak yg -ve aje kat dia. Sbb tak kira la bos ke sape ke, kalau kita asyik nampak yg -ve je, ini akan menyebabkan kita terhalang utk melihat ke dalam diri dia.

    4. Normally, majikan tak mau dengar sesuatu benda esp yg kita tgh handle dari org lain. So, bgtau dia apa yg telah berkembang atau menguncup seblom org lain yg cakap.

    5. Sentiasa libatkan diri dalam xtvt berpasukan. Kalau buat ape2 termasuk lah acara membeli belah beramai2, why not kita ajak dia..Kurang2 time makan poket kita jimat ahaks...

    6. Beranikan diri utk tolong dia dalam byk hal. Kalau dia tak mintak tolong just offer kan diri. Dia akan rasa kerja dia mudah dan akan menghargai kita yang berpenat lelah utk membantu.

    7. Pastikan anda menepati janji. Terutamanya pada ketika kita yg berjanji sendiri. Kalau tak dapat bgtau awal2, jgn bgtau dia dalam keadaan tak sesuai. Dah dia nak terberak sangat baru bgtau toilet rosak. Bahhaya tus...

    8. Kenali dia sebagai manusia biasa. Ini akan memudahkan komunikasi kita dengan dia dan seterusnya dia jua akan baik dgn kita.

    9. Elakkan dari mengata keji. Dah kompem kan mengata ni berdosa. Cuba gak kontrol sket benda yang tak elok dibincangkan. Sbb nya dibuatnya ade org yg nak melagakan kita dengan dia, sape yg akan kene buang nnt? Bukan kita ke?

    10. Pujilah sket. Jgn byk2 sbb sebenarnya semua yg baik datangnya dari Yg Maha Bijaksana. Betul kan?

    Adus, mata ku ini betapa lah mengantuknya. Ade tak sape2 nak share ubat tahan ngantuk. Siang lagi nk ngantuk...