Wednesday, February 16, 2011

Tanda-Tanda Keguguran

Bismillah,



Semua pasangan yang berkahwin pastinya mahukan anak. Jadi, andai saja terlewat sikit period maka gembiralah pasangan tu sbb tanda2 awal yang seseorang akan datang menjelma. Tidak lama lagi akan ada suara tangisan anak kecil dan yang paling mengasyikkan adalah bau mereka yang sangat menyenangkan. Sampai bau masam mereka u'uk pun dicium2 penuh kasih sayang.

Tapi, dalam keghairahan menyambut orang baru, kadangkala bila tersilap sikit aktif, maka akan datang pula tanda-tanda keguguran. Bagi sesetengah orang tanda-tanda ini adalah normal tapi bagi sebahagian yang lain ia adalah amaran bahawa bayi itu mungkin tidak menjadi.


  • hCG level menurun
  • Pendarahan vagina - mesti cek kalau dah bleeding. 
  • Keputusan ultrasound - kadangkala kita boleh mengesahkan kehamilan dengan ultrasound, jadi untuk mengesahkan kandungan dalam keadaan baik atau tidak, bolehlah kita menjalani ujian ini
  • Rasa nyeri (cramping) di bawah perut - jika tidak disertai darah selalunya tidak apa tetapi sebaliknya jika ada pendarahan bersama. 
  • Ada jaringan tisu yang keluar dari vagina 

Bagi mendapatkan pengesahan lanjut, adalah lebih baik mendapatkan nasihat dari doktor. Jangan membuat2 prasangka sendiri dalam keadaan anda sedang hamil kerana ia mungkin membahayakan anda dan bayi anda juga. 

1 comment:

  1. Siti,
    betul tu.. jangan lambat2 takut mudarat..
    Jemput ke:ALL IN ONE

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!