Friday, February 18, 2011

Kenapa Rasa Sakit Ketika Menyusukan Anak?

Bismillah,

Sejak Ahmadi tumbuh gigi 4 batang iaitu dua di atas dan dua di bawah, saya kadang2 terkejut2 dari tidur sebab sakit kena gigit. Oh, bukan main lagi dia mengasah gigi di tempat yang tidak betul. Sebetulnya saya tidak pernah mengalami puting merekah semasa menyusukan Arwa dan Ahmadi. Ia satu pengalaman baru sebab semasa Asmaa', Usamah dan Uwaiys dulu saya gagal! Gagal dari segi tekad menyusu dan tekniknya juga.

Tapi semenjak bercampur gaul dengan ibu2 blogger hebat yang mampu beli 2-3 peti ais untuk buat simpan susu siap 2-3 orang anak bergantung dengan susu mereka, saya rasa saya pun mampu. Cuma kemampuan saya masih tidak seperti mereka kerana saya tidak menyimpan walau 1 oz pun stok. Cuma saya berjanji walau ke mana saja saya pergi Ahmadi akan saya bawa.

Sebenarnya mitos yang mengatakan menyusu mesti sakit adalah salah!! Walaupun pada beberapa hari pertama menyusukan anak kita mengalami sedikit kesakitan ia adalah bersifat sementara iaitu ia adalah proses adaptasi. Setiap kesakitan yang berlebihan adalah tidak normal dan selalunya kesakitan ketika menyusu adalah berpunca dari lekapan bayi yang salah.


Kemudian jika puting mengalami rasa sakit melebihi tiga hari juga tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Ia mungkin ada jangkitan yang menyebabkan kesakitan itu berlarutan. Berhenti menyusu tidak akan mengubatinya malah ia adalah ikhtiar terakhir untuk mengubati puting yang luka.Puting merekah atau luka memerlukan masa untuk sembuh. Minyak, mentega atau bahan pelembap bolehlah disapukan buat sementara waktu.

Anda mungkin lebih sesuai tidak memakai baju dalam dan pakaian yang tidak kasar. Alat pelindung puting atau ‘nipple shield’ boleh didapati di kebanyakan farmasi bagi melindungi puting dan membolehkan bayi menyusu. Jika tidak, perahlah susu ke dalam botol. Teknik bayi menghisap juga perlu dibetulkan, bukannya kepada puting tetapi kepada kawasan areolar di sekelilingnya seperti di dalam gambar di atas.

Banyak lagi mitos tentang penyusuan boleh kita bincangkan. Insya ALLAH kita akan bincangkan tentang ini kemudian :)

*Saya pernah bincangkan tentang satu mitos dalam entry ini



Tekan butang kongsi di bawah untuk share dengan yang lain ye :)

4 comments:

  1. terima kasih untuk perkongsian :)

    tengah mencari sponsor contest, boleh share kat fb tak ??

    http://www.elissmie.com/2011/02/ada-orang-nak-sponsor-untuk-contest.html

    tq in advance :)

    ReplyDelete
  2. salam kenal...terima kasih atas perkongsian info berkenaan

    ReplyDelete
  3. eliss tak boleh nak fb..

    eliss email kat gmail yer :)

    ReplyDelete
  4. tq atas perkongsian ini

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!