Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

Sunday, December 27, 2009

Teliti Di Dalam Solat



Bismillah,

Selepas solat Subuh, suami saya bertanya, “Kenapa tak kejutkan Asmaa’ sekali?” Saya hairan bukan sebab apa, Asmaa’ akan join solat Subuh jika dia tersedar kami bangun dan bersiap untuk solat. Saya belum cuba test lagi kejutkan dia seawal itu untuk solat bersama.

Lalu saya terfikir, 2 tahun lagi Asmaa’ akan berumur 7 tahun dan ketika itu kami perlu biasakan dia dengan solat. Melentur buluh biarla dari rebungnya dan buluh yang akan kami lentur ini adalah darah daging kami sendiri. Saya mahu dia faham bahawa solat itu bukan beban tetapi adalah tempat dia mendapatkan kekuatan dalaman nantinya.

Beberapa bulan lepas, seminggu sebelum tarikh Usamah terima hadiah dari atas pentas itu, mereka menghadiri kem solat untuk pelajar PASTI. Saya bagi kamera yang tidak ber bateri kepada cikgunya jadi tak adelah gambar mereka…wuwuuuu. Saya rasa Asmaa’ & Usamah dapat sesuatu di sana.

Balik dari program itu, Asmaa’ mula solat satu rakaat. Hihi.. satu rakaat tu sbb buku manual yang mereka ajarkan adalah menunjukkan cara satu rakaat sahaja. Tapi Alhamdulillah selepas itu, setiap kali sahaja kami hamparkan sejadah untuk solat, Asmaa’ akan turut sama.

Macam2 kerenah dia semasa solat, terutamanya kalau kami solat kebetulan dengan ada katun. Solat sengetlah, garu sana, garu sini, raba kedudukan tangan saya, siap menangis time solat kalau adik2 kacau dia. Tapi tiap kali lepas solat saya akan bgtau, “Kakak, kalau tgh solat, mata kena pandang tempat kita sujud saja. Tak bleh gerak sana sini.”

Abis solat, kalau jemaah dengan abahnya, maka abahnyalah yang akan bacakan doa. Tapi kalau solat dengan saya, maka saya berdoa senyap2 aje. Asmaa’ pun tanya, “Umi baca doa apa?” Saya kata, doa apa pun tak apa. Lalu dia baca doa sebelum makan siap mcm ni, “Doa sebelum makan..bismillah……”sampai abis…huhuhu

Selepas solat kami biasakan bersalam2. Semasa salam itu, Asmaa’ tertanya2 kenapa Usamah cium tangan dia dan dia tak perlu cium tangan Usamah, dan kenapa dia perlu cium tangan kami, dan kami tak perlu cium tangan dia. Lalu saya bagi tahu, yang muda kena hormatkan yang tua. Tapi bila dengar perkataan tua, dia pun mula takut.

"Kalau tua nanti mati ke umi??" haih...mcm mana nak cerita yang muda pun boleh mati. Saya pun gunakan pelbagai ayat untuk bgtau bahawa semua yang bernyawa akan merasakan mati. Bila dia faham, dia mula tanya kat dalam kubur nanti dia duduk dengan siapa? Saya bgtau kalau kakak baik, akan ada malaikat yang menunggu.

"Kakak kena bgtau ke nama kakak kat malaikat tu? Nanti kalau hantu yang datang kat kakak macam mana kalau malaikat tu tak kenal kakak?" Korang....Asmaa' menangis bersungguh2 dengan benda ni. Saya pun berkali2 bgtau dia, asal dia baik dan taat perintah ALLAH dia tak perlu takut di sana.

Saya tidak sangka perbualan kami itu, membuatkan dia rasa nak solat. Dia akan menangis kalau saya tak tunggu dia. Dia marah kalau Arwa sibuk nak pakai telekung dia juga. Lalu baru2 ni saya belikan Arwa telekung yang hampir sama dengan Asmaa'. Harganya RM 20 sahaja dan ia ada renda kelilingnya. Sangat comel....


Terbalik kot sokmo..pakai kain kat kapla :P

Surah Al-Ankabut : 20 "Sesungguhnya solat itu mencegah kamu daripada berbuat kejahatan dan kemungkaran"

Ya, itu adalah fungsi solat. Kita tidak hanya wajib menunaikan solat kerana ia adalah ibadah yang telah diwajibkan kepada kita tetapi kita perlu kepada solat itu kerana solat akan membuatkan kita menjauhi kemungkaran. Persoalannya, kenapa ramai orang yang solat tetapi masih lagi melakukan perbuatan yang menyalahi hukum?

Saya sebenarnya tidak layak untuk berbicara tentang hal ini kepada orang lain. Setelah terjumpa dengan tips ini, saya dapati ia boleh diadaptasikan asal sahaja kita berusaha untuk menghadirkan diri dalam solat kita. Semoga ini dapat membantu dan anda juga :

  • Ketika mendengar azan, berhentilah dari melakukan apa jua pekerjaan, hayati dan jawab semua kalimah azan itu
  • Hadirkan hati kita dan rasakan bahawa azan itu umpama seruan yang hebat di hari pembalasan
  • Segera berwudhu sebelum azan dan bersedia di tikar sembahyang
  • Katakan kepada diri "Wahai jiwa, tidakkah engkau malu berhadapan dengan Penciptamu? Mengapa engkau tidak mahu merendah diri di hadapanNya? Alangkah sombong dan bodohnya engkau? Ya ALLAH, bantulah aku menjadi orang2 yang bertaqwa."
  • Andaikan ALLAH benar2 sedang melihat kita. Betapa kerdilnya kita di sisi ALLAH...
Kalian mungkin lebih tahu dari saya. Solat benar2 dapat menghalang kita dari melakukan kejahatan. Kecuali kita tidak menjaga kualiti solat kita. Pasti ada beza orang yang solat mcm pacat berbanding orang yang memunyai toma'ninah dalam solatnya. Pasti ada beza orang yg sudah solat terus mencapai beg solek berbanding orang yang berzikir dan berdoa. Tapi itu sekadar nilaian mata, di sisi ALLAH hanya Dia sahaja yang tahu.

*Semoga ALLAH mencampakkan kekhusyukan kepada diri kita.

Friday, June 05, 2009

LURUSKAN SAF ! RAPATKAN SAF !

Entry dibawah saya dapati dari satu email yang juga saya tak ambil siapakah penulisnya. Maafkan saya...


Sengaja saya letakkan tajuk ini kerana :

  • dah lama saya tak bincangkan hal sebegini dalam blog ini
  • saya frust kalau pergi solat tarawih ke, asal gi masjid jumpa hal mcm ni

Ungkapan ini sering kita dengar dari mulut imam dalam solat jemaah. Akan tetapi amat mengecewakan apabila ungkapan tinggal ungkapan, tanpa perlaksanaan. Kita masih melihat ahli jemaah menjauhkan diri dari satu sama lain. Ada yang marah apabila dirapati atau ditarik untuk merapat. Walhal, hakikatnya, saf dalam solat melambangkan persatuan dan kesatuan umat, sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

"Hendaklah kalian luruskan saf kalian, atau ALLAH akan memecahbelahkan persatuan kalian." (HR Muslim no 436).

Adalah menjadi kewajipan IMAM untuk memastikan saf dibelakangnya lurus dan rapat sebelum bertakbir, sebagaimana yang dibuat oleh Rasulullah SAW,

Dari Nu'man bin Basyir RA berkata, "Adalah Rasulullah SAW meluruskan saf kami, seolah-olah meluruskan anak panah sehinggalah beliau berpuas hati bahawa kami telah memenuhi pangilannya. Pada satu hari, beliau keluar untuk solat. Beliau berdiri dan ketika hendak takbir, kelihatan seorang yang dadanya kehadapan dari saf. Beliaupun besabda, Hendaklah kalian luruskan saf kalian, atau ALLAH akan memecahbelahkan persatuan kalian." (HR Muslim no 436).

Atas kesedaran tentang pentingnya perkara ini, Umar bin Khattab RA mewakilkan seorang untuk meluruskan saf. Beliau tidak akan bertakbir memulai solat selagi belum dikhabarkan bahawa saf telah lurus. Begitu juga Ali dan Uthman. Ali sering berkata sebelum solat, " Ke hadapan wahai fulan! Ke belakang wahai fulan!" (Jami' Tirmizi 1/439, Muwattha 1/173, Al-Umm 1/233).

Satu kesalahan yang menyelisihi sunnah, sering kita lihat di mana imam menyeru, luruskan saf! rapatkan saf! Lalu terus bertakbir memulakan solat tanpa melihat samada ahli jemaah melakukannya. Betul jugak ek?? Nape tok imam tak ejas jemaah dia dulu?

Anas bin Malik RA berkata, " Masing-masing dari kami (dahulu) menempelkan bahunya ke bahu kawan, dan mengenakan kakinya ke kaki kawannya. Jika kamu lakukan pada zaman sekarang, nescaya mereka menjadi seolah-olah KELDAI LIAR. (tidak suka dan menjauh). " (HR Abu Ya'la dalam Musnad 3720, Silsilah Sohihah 31)

Bushair bin Yasar Al-Ansari berkata, dari Anas RA, "Bahawa ketika beliau (Anas) datang ke Madinah, beliau ditanya, ' Apa yang engkau benci pada mereka semenjak engkau mengenali Rasulullah SAW ?' Beliau menjawab, ' Tidak ada yang aku benci dari mereka kecuali mereka tidak merapatkan saf." (HR Bukhari 724, sebagaimana dalam kitab Aktha Almusollin, Syaikh Masyur Hasan 207).


Sekiranya perkara ini diremehkan, maka kaum muslimin akan:

  • Memberi peluang dan ruang untuk syaithan sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Luruskan saf kalian, dan luruskanlah bahu-bahu kalian, dan tutuplah celah-celah. Jangan biarkan celah-celah tersebut untuk syaithan. Barangsiapa yang menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung(urusan) nya. Barangsiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah akan memutus(urusan) nya." (HR Abu Daud 666, Sohih Targhib wa Tarhib 495)
  • Berpecah dan banyak beselisih sebagaimana telah disebut dalam hadith sebelum ini.
  • Hilang pahala yang besar, sebagaimana diterangkan dalam sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya mendoakan orang yang menyambung saf." (HR Ahmad 4/269, 285, 304).


Alangkah ruginya kita apabila tidak mendapat pahala solat sepenuhnya hanya kerana kita lalai atau mementingkan keselesaan peribadi, lihat sabda Nabi, "Sesungguhnya seorang hamba itu mendirikan solat tetapi tidak mendapat pahala kecuali sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah." (HR Abu Daud, An Nasai).

Alhamdulillah, semoga dengan kesedaran ini kita boleh memperbaiki sifat solat kita untuk menyamai sifat solat Nabi SAW. Sabda Rasulullah SAW, "Solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku solat" (HR Bukhari dan Ahmad, dalam Irwaul Ghalil 213).


Lalu kawan2 dimanakah letaknya kita??