Tuesday, February 26, 2019

Berfesyen Dengan Bertudung

Bismillah,

Kecoh nampak gaya pasal tudung sehari dua ni.. terasa nak tolong tambah isi sikit.
Sebenarnya apa yang ada pada jenama dan harga?
Maaflah saya bukan jenis orang yang suka bergaya. Bukan tidak diajar, tetapi selepas saya faham tentang fesyen maka saya telah tinggalkannya dulu.
Bermula di matrikulasi saya telah mula pakai tudung labuh. Ketika itu, saya tersentuh bila ada seorang pelajar lelaki yang meneka saya dari sekolah aliran english bukan aliran agama.
Ketika itu saya rasa saya telah gagal membawa imej baik kepada sekolah yang saya cintai. Sungguh di sekolah itu saya tidak dapat banyak ilmu yang meresap kedalam hati tetapi disitulah kebiasaan saya berpakaian terbentuk.
Kebetulan, ketika saya melakukan perubahan itu, beberapa sahabat juga ikut sama. Maka bertambah2 semangat saya untuk mengekalkan tudung labuh itu.
Masuk UKM, ada pula sahabat yang membiasakan saya dengan fesyen baju kosong. Tidak kira sama ada jubah, jubah seluar, mini jubah dan baju kurung. Saya tidak ketinggalan menyertai mereka.
Malah ketika itu mula membiasakan diri memakai stokin dan baju dua lapis (di dalam baju kurung dan diluar jubah). Selepas membiasakan diri begitu baru saya faham perasaan guru sains saya di sekolah dahulu yang setiap hari memakai pakaian hitam dengan purdah.
Rupanya warna hitam yang saya sangka menyerap haba itu rupanya terus mengeluarkan haba dari terperangkap di dalam baju hitam. Jadi, sebenarnya tidak panas pun berpakaian begitu.
Tetapi saya tidak sampai tahap berpakaian hitam terus. Jubah saya kosong tetapi pelbagai warna. Sehinggalah selepas berkahwin dan mula menyusukan. Barulah saya tinggalkan kebiasaan berpakaian dua lapis itu.
Malah saya diskaun lagi dengan mula mengenakan kembali kain bercorak utk jubah dan baju kurung. Tapi, sejak beberapa hari lepas suami menegur kembali tentang pakaian saya rasa saya mungkin tidak akan pakai lagi pakaian bercorak ke luar rumah.
Masa berlalu.. tudung saya kekal begitu. Tidak pandai saya pakai tudung yang tidak berjahit didepan. Sesekali bersua dengan sahabat2 yang dulu mempengaruhi saya berubah, melihat ada yang berubah singkat dan berfesyen sebagainya, saya jadi tunduk sendiri.
Saya tidak kata itu salah. Itu hak mereka dalam berpakaian. Cuma saya rasa sedih melihat zaman kami berlalu begitu mudah. Ia pergi bagaikan angin ditepi pantai. Laju sekali...
Berbalik kepada soal tudung. Apa yang ada pada jenama dan harga? Fikir sedalamnya.. fikir..
Untuk apakah dikejar jenama dan harga itu? Sudahkah kita cuba jenama yang murah harganya dan pastikah tudung dgn jenama itu tidak selesa?
Dulu saya pernah juga mengejar fesyen tudung. Tetapi setelah beberapa ketika saya menyedari saya tidak selesa. Kerongsang disana sini perlu dipakai. Kerap kali terlihat leher disebalik selempang tudung.
Malah untuk solat terpaksa cari telekung pula. Masa untuk siapkan selempang atau belitan itu jangan kiralah.. belum dikira lenguh tangan semata2 mahu bergaya.
Jadi, kekallah saya begitu. Membeli tudung labuh kain koshibo siap berjahit dan bersulam ringkas dengan hanya RM20. Boleh dipakai bertahun lamanya.
Jarang sekali saya akan pilih kain jenis lain sedikit untuk dijadikan tudung tapi kekal berjahit di tengah dan yang penting tidak jarang (sebab itu saya tiada tudung bawal). Sudah selesa begitu. Pedulilah dengan fesyen, kemahuan berlawa dan lain2nya.
Yang penting bagi saya tudung murah itu selesa. Aurat insya Allah terjaga. Solat pun mudah tidak perlu mencari pelengkap seperti telekung. Tapi terpulanglah kalian jika masih mahu mencari jenama.
Perhatikan sahaja kemaksiatan yang berlaku disekeliling kita. Tiada henti dan kita masih rasa kita tidak menyumbang sedikit pun kemaksiatan itu. Sekarang fikirkan kembali...
Jenayah ragut misalnya. Saya tidak pernah lagi ragu2 membawa handbag dibahu. Kerana handbag saya terlindung dibawah tudung saya. Peragut barangkali akan berfikir panjang untuk meragut wanita bertudung labuh.
Mmm... jika kalian ada masalah tidak pandai menjahit tudung misalnya, beritahulah. Sebenarnya tidak susah pun. Seeloknya carilah tudung yang berjahit dihadapan.
Juga, tudung tu biarlah labuh. Biar dari pandangan sisi kiri dan kanan, tidak kelihatan bukit berkembar didepan itu. Simpanlah bukit tu untuk yang berhak sahaja.
Kepuasan apakah yang kita cari sebenarnya? Jika kepuasan itu yang meraja, nampak gaya kita bertuhankan nafsu. Allahurabbi...
Maaf sangat. Barangkali apa yang saya tulis ini mungkin melukakan hati terutamanya kawan2 lama saya yang berubah sekali dulu. Sungguh saya tidak bermaksud melukakan hati.
Maaf sekali lagi. Maaf..........

1 comment:

  1. It’s difficult to get knowledgeable folks on this topic, but the truth is be understood as what happens you’re preaching about! Thanks. No one of your Insta stalker will ever recognize that you are using ... a lot more data about who might view your profile, but not Instagram.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!