Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Thursday, September 16, 2010

Raya 1431

Bismillah,

Ohh..raya saya tahun ni bermula dengan kisah sadis. Time orang lain tgh sibuk bertakbir menandakan hari esok adalah hari raya, saya pulak melalak tak berenti2. Kereta yang kami hantar nak repair amik masa seploh hari baru siap. Part paling best lagik adalah part hari last berbuka tu my husband call dan bgtau kereta tak boleh start!! Skang bgtau saya kenapa saya takleh nangis??

Tapi alhamdulillah...adik ipar saya offer kereta Kelisa dia. Anak ku yang 4 org tu tidur kat seat belakang. Jgn tya struktur biologi mereka mcm mana, lebih kurang mcm popia lah jugak tinggal tak goreng jek lagi. Kot mana2 pun saya bersyukur kepada ALLAH kerana telah memberi saya cahaya setelah saya melalui kegelapan. Pagi raya tu, walaupun mata macam kene gam kanji sbb ngantuk tapi seronok yang amat.

Seronok sbb saya dapat bergambar dgn anak2 yang tak sempat pakai butang baju, part tu je dah seronok walaupun saya rasa baju raya saya tahun ni adalah baju yang paling hampeh pernah saya beli. Selepas tu, saya dapat bergambar pertama kali dengan mak abah dan adik beradik. OK, agak dramatik la kalau saya cakap saya rasa seronok dengan hanya bergambar, tapi memang itu menyeronokkan saya.


1st time tangkap gambo dengan sepupu..
tu pun Wa dengan Cik Yah kena paksa balik tak dan-dan nak balik
plus Siti, Cikcah dgn Adam yang tak reti nak balik :P

1st time tangkap gambo kami 3 beradik dengan mak abah...

1st time tangkap gambo dengan adik beradik saye..
mereka ini adalah budak yang kuat gadoh! :P
Nasib baik mereka ada kakak yang baik mcm saye...
Muahahaha....masuk lif, tekan naik tinggi2...
Adik saya edit gambo ni dalam FB dia dengan slogan
"Kami bukan anak mami, kami anak mak kami"

Dan, ini dia gambar kami sekeluarga...
Tak sempat nak boh butang baju melayu budak2 ni...huhuhuhu
dan lebih dasat lagi, tak dan nak gunting rambut Usamah dengan Uwaiys!!

Alhamdulillah..memang enjoy jugaklah raya kali ni
Terima kasih buat suami, saya tau dia tak senang duduk bila teringat bini dia nangis mcm budak2 tak dapat susu..huh, nyusahkan laki jek!