Wednesday, November 05, 2014

Wujudkan Keakraban Dengan Pasangan

Bismillah,

Ntah kenapa sehari dua ini bila tangan saya secara random mengambil buku mesti ia adalah berkaitan cinta. Buku pertama yang saya terpegang adalah Gejolak Cinta. Yang horrornya saya baca bermuka-mukasurat pun tak juga faham. Haih..

Zauji siap sound, "Apsal ni umi buku gini baca dek anak kang?".. lalu saya tunjuk mukasurat2 di dalamnya yang penuh dengan madah pujangga ahli falsafah arab dan ayat Quran serta hadis dan dia pun respon, "Oh.. ingatkan novel merapu".. haha..

Letih baca tapi tak faham maka saya tarik buku lain. Boleh pulak yang keluarnya adalah '77 Tip Melembutkan Hati Lelaki'. Jenuh pula berfikir masa mana la beli buku gini ni haha.. lalu belek nota2 tertulis dalam tu macam bukan tulisan sendiri.

Kemudian barulah teringat barangkali ini buku yang dikidnep dari rumah mak. Kiranya bukan saya yang beli tapi memang berniat nak baca pun hehe.. sebab tu kidnep kuikui..

Dan kejadian yg sama menimpa lagi. Lepas 2 bab baca boleh pulak xdapat tangkap any points. Hamboi dasat sangat pemahaman kamu Pijah. Ni fail BM ke fail bab cinta hahaha... tapi gigih la baca sampai bab 3 dan YES (genggam tangan sambil menghunjam siku ke bawah) baru dapat satu point kuikui... hazab bebeno ye nak memaham bab ni hahaaha...

Ok sikit je la nak share ape penulis cakap. Dia suruh recall balik macam mana cara kita dan pasangan tertarik antara satu sama lain suatu masa dulu dan ulang lakukannya. Lalu saya pun trylah recall ape yang buat saya tertarik sama zauji ku. Hikhik...

Recall punya recall pun blurr jugak. Sebabnya dia tetiba je call tanya nak mintak saya (sblm tu ekceli dah kenal tp xde la rapat dan xde bunga2 ngorat pun). Saya tersenyap kemudian dengan machonya cakap kalau nak mintak saya, kena mintak dari mak abah saya. Maka proses itu pun bermula.

Pun tiada komunikasi antara kami. Tapi abah adalah cerita pihak lelaki call abah. Malah, ada pulak pihak lelaki hantar wakil skodeng saya di tempat kerja dalam keadaan saya tak tau mereka siapa. Sabo je la.. apa aku merepek time tu pun xtau la huhu..

Sampai seminggu sebelum nikah pun tak ada komunikasi. Zauji contact saya masa betul2 nak tanya nak minta saya tu je la. Ada juga beberapa mesej dan email tapi nadanya flat. Takde nampak macam nak mengorat pun gayanya.

Sampai kawan saya yang temankan saya beberapa hari sebelum nikah naik geram sebab semua soalan dia saya jawab dengan jawapan 'tak tahu'. Bila dah kena marah baru la tau 'oi parahnya diriku yang selamba buat derk je buat tak kisah perihal calon'.

Lalu apa yang buat rasa tertarik tu? Daripada takde langsung maka saya rasa sebab email dan chit chat yang flat tu je lah kot daya penarik yang ada. Maka saya dan zauji kena suburkanlah semula main balas2 mesej tapi volumenya kena lagi kuat dari sebelum kawin.

Cuma ada halanganlah sikit. Zauji dia bukan lekat sangat dengan telefon. Sebab dia kerja keliling rumah aje. Dia gi potong rumput ke bagi makan lembu ke telefon ada kat rumah. So kalau saya hantar mesej ek eleh bunyi telefon dia sebelah kita je huhu.. xsaspen langsung rasanya.

Dan kalau la dia angkut telefon dia kesana kesini sampai ke kandang lembu, nanti saya plak yang jadi syak yang bukan2 apsal yang sampai tak boleh berenggang dengan telefon. Adoi... apa pun tak boleh! Hahaha...

So cara lain yang boleh buat adalah hantar mesej time dia xde dirumah. Haha.. tapi adoihai.. part ni lagi la lawak. Dah dia keluar rumah tu sebab kalau ada urusan yang mendesak sangat barula dia keluar. Maka responnya pun lambat lah.

Bila respon lambat, kita yang kat rumah beria menanti mesej masuk ni mula la nak fikir bukan2. Nak pulak anak tolong masukkan pakej mengamuk ke buat hal.. hoho.. hangin boleh naik dengan mudah hewhew..

Mula la hantar mesej berbau sindiran tajam, "Abg ni.. tak balas mesej orang macam ada orang perempuan sebelah abang yang abang nak jaga sangat hati dia!" Hoho.. lepas hantar mesej tu baru tertelan air liur sbb terfikir, alamak.. kalau betul huaaaa boleh berdarah airmataku wuwuuu...

Cepat2 istighfar, selawat dan zikir balik... zauji bukan xtau yang saya naik hangin tu pasal tgk kebun ku tunggang langgang selepas berbulan2 xde sape uruskan dek kesihatan ku yang tidak mengizinkan. Mujurlah dia tidak tenggelam dalam emosi yang sama huhu..

Dah dia balik rumah, dengar suara dia terus saya tersengih2 seorang diri di dapur fikir apela aku nk buat ni dah tadi gatai sangat melaser secukup rasa. Elok pulak tengah tersengih tu dia datang duduk depan kita betul2.

Huaaa.. takkan tengah sengih tiba2 nak masamkan balik muka? Hadoilah.. maka terus la sembang buat macam xde pape berlaku. Siap sound la nape yang tak balas mesej balik cepat2. Kan tak pasal2 kena serang?

Huhuhu.. sebbaik la boleh gelak2 balik mengenangkan kebodohan yang berlaku sebelum itu. Kalau kena boikot sebulan tak ke naya? Bukan laki bini je naya, pasti anak2 pun akan menjadi mangsa huhuhu..

Maka saya rasa komunikasi dalam talian memang boleh digunakan bagi menghubungkan rasa kasih antara suami dan isteri. Tapi kena carilah ayat2 ala2 nak mengorat antara satu sama lain tu. Jangan sampai komunikasi antara kita dan pasangan kita ni hilang sehingga kemudiannya kita dan pasangan kita mencari orang lain untuk menggantikan peranan kita.

Daripada orang lain yang mesej suami kita, lebih baiklah kita yang memenuhi kekosongan itu. Bukan orang lainpun nak bermanja2 kan? Dan yang penting kita boleh mengelakkan daripada maksiat seandainya komunikasi berlaku dengan bukan mahram.

Cumanya, andai berlaku kelewatan respon daripada pihak pasangan maka jangan cepat panas hati. Waktu macam tu lah nak praktikkan sabar dan baik sangka sesama kita. Kalau tersilap serang dan buat pasangan kita tu tak boleh cool juga memang boleh jadi gaduh xpepasal.

Malah pihak yang kena serang pun kena kawal emosi. Kena cepat2 kawtim dengan api yang sedang terbakar tu. Jangan la pergi simbah minyak pula kalau dah jadi gitu. Nanti dua2 rentung tak ke naya?

Juga, kalau boleh la.. silalah respon pasangan kita punya mesej dengan segera. Kalau bizi sangat balaslah sepatah dua kata bgtau kita sedang bizi. Barulah pasangan yang menunggu tu tak keluarkan hipotesis yang bukan2. Huhuhu..

Begitulah proses komunikasi suami isteri. Ini kami yang memang selalu bersama. Kalau yang kerja di pejabat berasingan pun boleh saling hantar mesej sembang2 ringan. Update bgtau sedang buat apa. Apatah pula pasangan PJJ. Seorang Utara seorang Selatan. Maka silalah berkomunikasi dengan rancak.

Sebab masa awal2 kenal dulu rajin berbalas mesej, rajin tulis surat, rajin hantar email. Alih2 dah kawin hilang habis semua tu. Maka rasa tertarik menarik antara pasangan tu akan berkuranglah jawabnya.

Alah zaman sekarang bukan payah pun nak cari bahan nak mesej. Guna je google nak cari gambar dengan madah romantik2, atau cari kisah Rasulullah dengan isteri baginda atau cari artikel yang menarik untuk dikongsi bersama.

Banyak benda boleh dijadikan bahan diskusi suami isteri. Jangan pernah rasa kekok untuk mengajak pasangan berbincang tentang sesuatu. Kita dan dia adalah saling melengkapi maka manfaatkanlah si dia untuk mendapat semangat, ilham atau idea baru.

Oit.. tunggu ape lagi? Meh mesej pasangan memasing meh.. :p

*eh pastikan yang dah nikah ye.

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!