Tuesday, November 04, 2014

Uwaiys diserang obor-obor : Cara Rawatan

Kejadian saspen telah berlaku masa kami ke pantai

Sebenarnya memula kena bukan teruk terus. Usamah kena dekat kaki dan perut. Then Ahmadan macam kena dihujung jari kaki. Tapi Usamah tak nangis. Ahmadan plak nangis kejap aje.. sekali bila Uwaiys kena huiiiii naik biru kepala umi kepanikan.

Kami memang nampak dah beberapa obor2 terdampar di gigi laut. Sudah pesan supaya anak2 hati2 sebab obor2 ada karan (ke ai bagi ajaran sesat? Huhu). Tapinya obor2 digigi laut senang nampak. Tak seperti obor2 yang di dalam air. Ia kelabu2 asap gitu..

Once Uwaiys meraung cepat2 lambai zauji dari kereta. Dia pun lari2 dtg kat kami dan akhirnya dia papah bawa Uwaiys ke kereta. Mula la menyesal tak bawa alat bekam, madu dan habbatussauda huaaaa...

Lepas tu call kawan2 yang doktor. Tak angkat!! Maka menggigil buka grup whatsapp geng Jelitawan Organik. Diorang suggest beberapa idea
1. Air kelapa
2. Air kencing (erk..) - zauji pun ada dengar nelayan bagitau kalau kena sengat ikan letak air kencing
3. Cuka

Disebabkan duduk tepi pantai takde cuka dan kelapa maka kekdahnya terpaksa kerah la yang ada untuk kencing. Huuhuhu dapatla sikit. Xleh fikir dah kaedah lain nak buat masa kecemasan.

Uwaiys meraung tak hingat masa tu. Memang jantung berdebar gila. Suruh anak2 naik bonet tak sempat dah nak tukar baju basah. Zauji bawa je kereta cari rumah yang rasanya munasabah nak singgah nak minta air kelapa.

So singgah satu rumah, tuan dia sedang bersihkan diri agaknya baru balik berkebun. Dia kata sakit tu budak kena. Suruh gi klinik cepat2. Dan tiba2 datang seorang penduduk kampung lagi dia kata, "Ni kalau orang sini tak sapu apa dah kalau kena.. pakai lok (abai) gitu aje.. tp org luar kena kot comor minyak gamat ke gapo".

Then zauji tanya kot tuan rumah ada madu dan alhamdulillah ada! So sapu la madu keliling kaki dia yang sakit. Eh sebelum tu mandikan dia dulu. Maklumlah tadi dah kena air najis kan wuwuuu..

Sapu madu dan kemudian suruh Uwaiys zikir minta ampun dari Allah. Macam selalu dia ikut aje.. sementara tu anak2 yang lain pun tumpang mandi siap tuan rumah jamu air bila dia tengok kaki Uwaiys takde naik merah2 -menandakan tak teruk. Dia ada naik macam kelopak garam tu aje masa tu. Tapi dah sapu madu terus nampak surut dah.

Bunyi tangisan Uwaiys pun berkurang. Dia ada menangis lagi lepas tu tapi nangis sebab tak nak dibawa ke klinik bimbang doktor potong kaki. Hahaha.. sabo je la. Dan kemudian dia ikut terlena dengan yang lain.

Masa di rumah orang tu saya google sikit dan ada yang suruh cek kot ada nampak nematosit pada kulit kawasan kena obor2 tu. Zauji cek tengok alhamdulillah nampak macam tak ada. Dan yang paling lawak adalah air kencing tu kiki.. huahua.. lenkali jgn diletak air kencing kikiki.. haih memang pengalaman sungguh la..

Kes Uwaiys ni kami yakin tak teruk cuma sebab aksi Uwaiys yang selalu propa maka memang kita makpak ni bole diserang panik. Sebenarnya apa2 hal kecemasan pun the first thing we must settle is control panic tu la.

Sampai je rumah dia dah boleh jalan macam biasa alhamdulillah. Siap boleh sembang..

Uwaiys : Abah lain kali kita gi pantai lainlah. Pantai ni banyak obor2
Abah : Eh lain kali Uwaiys tak payah la turun mandi pantai
Uwaiys : Alaaaa... Uwaiys nak jugak mandi pantai

Hadoi, tak serik tu hahaha.. sabo je la..

Kepada kalian, lain kali nak kepantai kena prepare benda yang dinyatakan dalam artikel yang saya copy dr google dibawah. Tapi yang pentingnya elok kena ada alat bekam, habbatussauda dan madu untuk kegunaan masa kecemasan. Ni yang paling penting mesti ada dalam emergency box.

Cuka boleh bantu reda kesakitan
August 24, 2013

KUALA LUMPUR - "Satu ketika anda ketawa gembira bermain dalam air dan seketika kemudian anda kemungkinan menjerit kesakitan seperti ada bara api di kaki anda.
  
"Hakikatnya anda telah disengat obor-obor," jelas seorang penyelam skuba veteran Steven Martyn yang ditemui di sebuah hospital di sini.
  
Apa yang anda perlu buat?
  
Menurut Martyn, terdapat beberapa perkara penting mangsa sengatan obor-obor boleh lakukan tetapi yang paling utama ialah individu berkenaan tidak panik.
 
Merawat Sengatan

Bagi seseorang yang menjadi mangsa, setelah menyedari terkena sengat, reaksi pertama si mangsa adalah 'menepis dan menolak' sesungut obor-obor yang melekat itu dan menggosok-gosok tempat sengatan.
  
"Ini hanya boleh mencetuskan nematocysts yang melekat di kulit daripada menambahkan sengatan serta mengeluarkan racun," jelas Martyn.
  
Menurut satu artikel dari eMedicine yang terdapat di Internet, racun daripada sengatan obor-obor adalah kompleks kandungannya dan kebanyakannya tidak diketahui.
  
Pakar-pakar mengatakan ada tiga tindakbalas yang boleh muncul daripada sengatan obor-obor.
  
"Satu ialah reaksi alergi yang spontan, keduanya adalah reaksi alergi yang lambat dan ketiga, reaksi toksik," jelas mereka.
 
Lindung Daripada Kecederaan Lanjut
 
Martyn, yang berkelulusan sarjana dalam biologi marin, menjelaskan bahawa mereka yamg memberi bantuan kecemasan mestilah melindungi diri mereka dan mangsa daripada kecederaan lanjut dengan tidak mengaktifkan saki-baki sesungut yang melekat di kulit mangsa.

Ini boleh dilakukan dengan mengguna asid asetik yang mempunyai kekuatan 4-6 peratus atau lebih dikenali sebagai cuka makan bagi sekurang-kurangnya 30 saat.

"Sebanyak 30 minit disyorkan. Bagi larutan alternatif jika tiada cuka makan, minuman bergas seperti Coca-cola atau air panas boleh digunakan.
  
"Jangan guna alkohol, minuman keras atau air kencing seperti yang disyorkan oleh beberapa pihak," kata beliau.
  
Martyn menjelaskan bahawa cuka berupaya menghentikan tindakan aktif nematocysts dan hanya selepas itu barulah sesunggut boleh dicabut dengan mengguna penyepit (tweezers).
  
"Ada baiknya sesunggut dicabut menggunakan tweezers sebab ada nematocysts yang boleh menyengat menembusi pelapik pelindung seperti sarung tangan," kata beliau.
  
Adalah juga perlu diperiksa tanda-tanda anafilaksis (anaphylactic shock) seperti kesukaran bernafas dan menelan atau jika ada sakit teruk, mintalah bantuan perubatan dengan seberapa segera.

Ubat 'Anti-Venom'
 
Sengatan daripada obor-obor kotak boleh menyebabkan kesakitan yang amat hingga terpaksa diberi ubat 'anti-venom'.
  
Menurut pakar-pakar kesihatan, pengurusan sakit hendaklah menjadi fokus utama dalam membantu mangsa sengatan obor-obor.
  
Racun atau toksin daripada sengatan obor-obor boleh membunuh sel-sel setempat dan mencetus 'pelepasan' toksin ke seluruh badan.
  
"Guna kompres sejuk di tempat sengatan manakala pek yang panas boleh membantu dalam keadaan kesakitan yang amat sangat," kata merea
 
Menurut laman web eMedicine, "ubat bius topikal serta korticosteroid boleh meredakan kesakitan.
  
Sakit sistemik yang disebabkan toksin boleh dirawat dengan menggunakan ubat penahan sakit acetaminophen dan Ibuprofen. Anti-histamine boleh juga digunakan.
  
Kecederaan yang disebabkan oleh sengatan hendaklah diawasi untuk beberapa minggu bagi menghindari jangkitan atau melambatkan tindakbalas alergik. Manakala kerosakan kulit dan parut mungkin berlaku.
 
Cuka

Kebanyakan persatuan penyelam skuba ada menyebut bahawa cuka makan sebagai bahan rawatan kecemasan bagi sengatan obor-obor.
  
Cuka boleh mengurangkan kesakitan serta merencat pergerakan bisa dari sengatan obor-obor.
  
Bila disengat oleh obot-obor kotak, cuka yang diguna secepat mungkin akan menghentikan bisa daripada memasuki tubuh mangsa dan itu mungkin sempadan antara hidup dan mati.
 
"Oleh itu cuka perlulah dibawa dalam kotak kecemasan setiap masa," jelas Martyn.
  
Kalau tiada cuka, pes 'baking soda' dan air garam (air laut) boleh digunakan sebagai pembersih luka.
  
"Harus diingat air kencing bukanlah ubat sengatan obor-obor," tambah beliau.
  
Doktor menyarankan penggunaan krim hidrokortison di tempat sengatan.
  
Dalam kes sengatan obor-obor, bila terdapat tanda alergi yang teruk, doktor mestilah dihubungi secepat mungkin bagi bantuan perubatan.  - Bernama

************************

Ok, doktor yang hensem tu cakap, sengatan obor-obor ni boleh buat First Aid sendiri. Kena standby je dalam picnic bucket benda2 nih, dan jugak dalam dompet anda. Apa benda yang dalam dompet? Kejap lagi aku gitau arr.

Cuka
Shaving cream
Apa-apa jenis kad (benda ni yang kena ada dalam dompet tu)

Cara nak rawat, cuma letak cuka untuk kurangkan rasa pedih tu, buka kaki obor2 tu. Guna apa2 benda laa yang boleh bantu untuk buka benda tu. Meskipun dah buka kaki obor2 yang korang nampak tu, sebenarnya masih ada lagi yang tersisa. So, lepas tu kena ambil shaving cream, letak kat tempat yang kena sengatan tu, ambik kredit kad mak korang, dan sapu krim tadi dengan kad kredit tu, kalau mak marah, cakap laa takkan nak guna shaver pulak? Kalau mak tanya siapa ajar, jangan cakap blog ni. *yang last part ni tak yah ikut. :p

Senang kan? Kalau bengkak tu masih belum kurang jugak, sila laa bawak ke hospital ye. Jangan biarkan camtu je. Ada tak yang pernah dengar kena sengat obor2, kena kencing kat atas tempat sengatan tu? Hahaha, seyes aku pun pernah dengar jugak pasal ni, dah tu takkan ko nak kencing pulak kan tengah2 pantai? Memang tak laa. :D
Ok, dah. Lepas ni tak yah kencing atas tempat sengatan obor2 dah. Bhahahaha.
Thanks for visiting.. ^_^v

**************************
Tips rawatan

Antara bahan yang lazimnya digunakan untuk rawatan awal sengatan obor-obor adalah seperti sodium bikarbonat (serbuk penaik yang digunakan untuk kek), asik borik, alkohol, larutan cucian amonia dan jus limau nipis. Bahan-bahan ini dapat bertindak menukarkan tahap keasidan (pH) di bahagian tubuh yang tersengat dan meredakan rasa sakit.

Langkah bantuan kecemasan yang disyorkan selepas itu adalah seperti berikut :-

1) Basuh kawasan sengatan dengan air laut.

2) Jika sesungut obor-obor terdapat di atas kulit, gunakan alatan yang bersesuaian seperti garpu atau memakai sarung tangan bagi membuang sesungut tersebut.

3) Kawasan sengatan kemudiannya direndam dalam larutan cuka (50 peratus) selama 30 minit.

4) Selepas itu, tuangkan bancuhan tepung atau serbuk penaik (baking powder) ke atas tempat sengatan dan gunakan pisau untuk mengikis keluar nematosit yang tertanam dalam kulit kita.

5) Ulangi basuhan cuka ke atas tempat tersebut dan sapukan krim yang mengandungi antihistamin, analgesik dan steroid (seperti betnovat) pada kawasan sengatan. Jika perlu, gunakan air untuk menghilangkan rasa sakit.

********************

Disebalik semua cadangan diatas, saya tetap percaya madu adalah yang terbaik untuk digunakan. Jika ada habbatussauda maka buka kapsul dan mix dengan madu dan sapu dan selebihnya bagi makan. Juga jangan lupa meminta perlindungan dari Allah setiap kali panik menyerang. Itu akan sangat membantu insya Allah..

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!