Alhamdulillah hari ni berlalu dengan baik. Kalau ada huru hara pun sedikit sahaja. Hari pertama semuanya masih semangat mempraktikkan apa yang baru diperkatakan semalam.
Selepas maghrib tadi kami dah bahagi2kan sticker. Panjang lagu Ahmadi dengan Iman sebab mereka xdapat sticker sebanyak abang dan kakak mereka huhu..
Uwaiys hanya menulis tiga kebaikan. Umi yang lebih2 sedih. Dia relax aje. Selepas yang lain bersurai saya mendekati Uwaiys. Saya menyapu2 belakang badan Uwaiys dan ajak dia bersembang.
Umi : Umi tau je Uwaiys buat banyak benda baik hari ni. Kenapa Uwaiys tak tulis?
Uwaiys : (dia senyum je, xnampak dia terkilan pun) Hehe.. Uwaiys tak sempat. Tapi banyak je yang Uwaiys dah buat.
Umi : Takpe.. tak tulis pun xpe. Uwaiys tahu tak kiri kanan Uwaiys ni ada malaikat yang jaga Uwaiys yang sentiasa catit kebaikan yang Uwaiys. Umi bagi sticker nanti sticker tu boleh hilang, boleh rosak tapi kalau Allah bagi pahala, pahala tu boleh tolong Uwaiys masuk syurga. Uwaiys lebih ikhlas buat sesuatu kebaikan kalau tak tulis..
Uwaiys : (sengih lagi.... umi berair mata sebab anak yang seorang ini memang special sikit cara dia)
Umi : Nanti Uwaiys cubalah tulis apa yang Uwaiys buat ye.. nanti umi belanja Uwaiys sticker lagi..
Kelihatannya dia memang buat kebaikan tanpa berharap nak dapat sticker. Satu kualiti yang kami dapat kesan dan boleh dikembangkan nanti. Insya Allah Uwaiys akan membesar menjadi hamba Allah yang humble merendah diri.
Di sini saya sertakan tulisan Usamah yang paling menyentuh hati. Terus bergenang airmata selepas mengintai no 14 pada buku catatan Usamah. Saya bertanya kepada zauji sama ada dia ada menyuruh anak2 berbuat demikian hari ini, zauji kata tak.
Semoga arwah abah tenang dialam sana. Insya Allah zuriat abah akan selalu mendoakan abah tenang dan bahagia di alam sana.
#homeschool